PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''JIKA kita bertindak, maka bertindaklah dengan cara kita, seperti juga kalau berfikir, maka berfikirlah dengan cara kita orang-orang Brunei berfikir, tanpa perlu meniru-niru cara orang lain. Yang penting, kita menangani sebarang impak perubahan dan perkembangan itu, ialah dengan cara realistik dan pragmatik, bagi mempastikan semuanya adalah tetap kukuh dan stabil.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-69 Tahun pada 15 Ogos 2015.
''DARI Ibnu 'Abbas Radhiallahu'anhuma ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada seorang lelaki dan Baginda menasihatkannya : rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara yang lain. Masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum fakirmu, masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan masa hidupmu sebelum matimu.'' - (Riwayat Al-Imam Alhakim).
TAHUN 60 / BILANGAN 106
5 SEPTEMBER 2015 / 1436
21
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Penerapan nilai murni Islam :
Lahirkan rakyat berkualiti Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Syahadah / Sijil Diploma 'Aliyah Qiraat kepada graduan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3 dan 4).
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 September. - Calak pembangunan yang inklusif serta holistik adalah satu platform yang paling pragmatik dan efektif kepada pembangunan masyarakat khususnya generasi penerus ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri juga selaku Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersabda, penerapan nilai-nilai murni Islam adalah juga teras dan pemangkin kepada aspirasi untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, dengan memiliki kualiti hidup yang tinggi dan sekitaran pembangunan ekonomi yang dinamik lagi berdaya tahan. ''Perkara ini adalah sinonim dengan ajaran Islam yang menganjurkan pembangunan umat yang cemerlang dan dinamik. Ini dicapai menerusi penguasaan ilmu-ilmu duniawi bagi kemajuan serta kesejahteraan manusia sejagat, di samping mempersiapkan ilmu ukhrawi sebagai bekalan kegemilangan kehidupan di alam akhirat. Di sinilah letaknya keindahan tamadun Islam. Ia mempunyai upaya yang tinggi dalam memelihara dan menjaga kesinambungan kualiti kehidupan umat manusia yang didukung oleh sistem perdagangan dan ekonomi yang adil lagi saksama,'' sabda Duli Yang Teramat Mulia semasa merasmikan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) VIII yang berlangsung di UNISSA. Justeru, usaha bersepadu dan terarah di gugusan alam Nusantara, tegas DYTM, adalah amat relevan dan sudah sampai masanya bagi disediakan sebuah pelan strategik dan perlaksanaannya bagi memastikan tamadun dan syiar Islam akan terus dipelihara dengan melestarikan peranan dakwah. Ke muka 12 & 13
Jaga keterampilan rohani dan lahiriah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 September. - Tanggungjawab sebagai seorang penghafaz Al-Qur'an sangat mencabar yang memerlukan penjagaan keterampilan diri dari kedua-dua aspek kerohanian dan juga lahiriah. Memelihara kedua-dua aspek tersebut perlulah dilihat secara serius terutama sekali pembawaan diri dalam pergaulan kerana seorang penghafaz itu dilihat sebagai role model terbaik dan mulia dari pandangan masyarakat. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri menegaskan dalam sabdanya di Haflut Takharruj Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) Kali Ketiga yang berlangsung di Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas, di sini. Semasa bersabda, Duli Yang Teramat Mulia menyeru para graduan Haflut Takharruj ITQSHHB untuk terus menuntut ilmu Al-Qur'an dan yang berkaitan dengannya. "Kuatkan lagi azam untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ini termasuk dengan mengikuti kursus-kursus pengajian yang bersesuaian yang disediakan oleh Kerajaan Paduka Ayahanda. Mudah-mudahan dengan cara ini akan bertambahlah lagi bilangan orang-orang yang berilmu tinggi, khususnya dari kalangan para penghafaz Al-Qur'an di negara ini sebagai penyebar ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat," tegas DYTM. DYTM menekankan, para siswa dan siswi tidak hanya memberikan perhatian setakat hafalan Al-Qur'an semata-mata, mereka perlu mempelajari ilmu-ilmu lain yang pada hakikatnya juga penting dan mampu
menambah nilai dalam usaha untuk lebih memahami serta menghayati Al-Qur'an itu sendiri. Dalam perkara mempelajari Al-Qur'an, DYTM juga memetik titah Ayahanda DYTM bersempena majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2013 Masihi yang turut mengingatkan bahawa berguru itu ada keberkatan apabila membaca Al-Qur'an berbeza dengan semata-mata bergantung kepada buku atau internet di mana orang boleh saja melakukan kesilapan atau keliru. Melalui pendekatan sedemikian itu, sabda DYTM, setentunya mampu melengkapkan keupayaan setiap para graduan untuk menonjolkan diri dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi membimbing para belia ke arah merealisasikan ajaran Al-Qur'an dalam kehidupan.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said
Muka 5
Muka 6
Buku Laporan PPN 2013 - 2015 dilancarkan
Majlis Doa Selamat serta Kesyukuran Istiadat Bersiram
Ke muka 24 Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn