PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“APABILA lahir nanti saintis dan teknologis kita, kita akan sokong dan berikan mereka kemudahan yang cukup untuk terus mengharungi penyelidikan dan pengembangan, di mana hasilnya kelak akan menjadikan kita ini bangsa yang sentiasa di hadapan dan berjaya. Semuanya itu dalam keredaan Allah.” - Titah Perasmian Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun, pada 4 Muharram 1436 Hijrah / 28 Oktober 2014 Masihi.
“MENYEBABKAN kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.” - (Riwayat Al-Imam Bukhari).
TAHUN 59 / BILANGAN 150
6 DISEMBER 2014 / 1436
13
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Pesuruhjaya Polis Republik Singapura dikurniakan Bintang Kebesaran
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Peter Ng Joo Hee.- Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Peter Ng Joo Hee yang membawa gelaran ‘Dato Seri Pahlawan’. Selepas majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga
berkenan menerima mengadap TYT Dato Seri Pahlawan Peter Ng Joo Hee dan seterusnya berkenan menerima pesambah daripada TYT. Hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Jaya Ratnam. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd. Noor dan Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) JPM, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
MABIMS tolak terminologi 'jihad' Berita : Ihsan Kementerian Hal Ehwal Ugama
BALI, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 3 Disember. - Empat Menteri Agama yang bergabung dalam Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura - MABIMS telah menyelesaikan Pertemuan Tidak Rasmi MABIMS yang berlangsung di Hotel Nusa Dua Beach Denpasar, Bali. Mesyuarat MABIMS didahului dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (Senior Officers Meeting SOM) yang diadakan pada 1 hingga 2
Disember lepas. Dalam sidang ini, semua negara anggota MABIMS menyampaikan laporan Bidang Strategi dan Bidang Khas sesuai dengan bidang yang menjadi tanggungjawab masingmasing. Mesyuarat MABIMS Ke-16 kali ini membawa tema 'Agama Sebagai Berkah Bagi Umat Manusia' yang diambil dalam rangka untuk menunjukkan bahawa agama merupakan berkah bagi umat manusia
ke arah jalan yang benar dan menjauhi kemungkaran. Tema ini juga diangkat untuk menegaskan bahawa umat Islam di kawasan serantau memberi peranan yang signifikan terhadap pembangunan dan kesatuan negara dan bangsa. Pertemuan MABIMS kali ini juga dilaksanakan sempena memperingati Penubuhan 25 Tahun MABIMS diselajurkan dengan Pelancaran Buku 25 Tahun MABIMS. Buku ini berisi perjalanan kerjasama para Menteri Agama serantau dalam bidang urusan agama Islam yang dapat mendukung keberhasilan pembangunan nasional setiap negara anggota.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Ke muka 3
Muka 12
HADIRI Pertemuan Tidak Rasmi MABIMS Ke-16
Muka 7
PENDIDIKAN kanak-kanak berkesan hasilkan pendidikan signifikan
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn