Pelita Brunei - Sabtu 6 Feb 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''MISALNYA dalam menghargai subsidi kerajaan, kita perlu bersikap dan berfikiran seimbang, dengan berterima kasih, di samping pandai memanfaatkannya melalui amalan mengelak pembaziran dan penyalahgunaan.'' - Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27 pada 23 Februari 2011.

TAHUN 61 / BILANGAN 16

''DAN sesiapa yang datang kepada-Nya dalam keadaan beriman lagi telah mengerjakan amalan-amalan soleh maka mereka itulah yang beroleh darjat-darjat yang tinggi di sisi Allah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Thaahaa, ayat 75).

6 FEBRUARI 2016 / 1437

27

JABATAN PENERANGAN

Seramai 1,234 dianugerahkan anak-anak kunci rumah

EDISI SABTU / PERCUMA

Mahkamah Komersial bakal ditubuhkan Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Februari. - Penubuhan Mahkamah Komersial yang akan dihakimkan oleh Mahkamah Perantaraan adalah untuk mempercepatkan perbicaraan kes-kes komersial. Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli menjelaskan perkara tersebut semasa berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Undang-Undang 2016 yang berlangsung di Bangunan Mahkamah Tinggi - Mahkamah Besar, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di sini. Menurut Yang Amat Arif, projek penubuhan Mahkamah Komersial ini akan dilaksanakan oleh Badan Kehakiman. Kes-kes komersial ini jelasnya, akan diberi keutamaan dari segi tarikh perbicaraan apabila perlu untuk memastikan bahawa ia diuruskan mengikut masa yang ditetapkan. ''Ianya telah dirancang bahawa Mahkamah Komersial yang baharu akan mendengar pertikaian yang berkaitan dengan kontrak, ekspot dan import barangan, insurans dan insurans semula, perbankan dan perkhidmatan kewangan, operasi pasaran dan pertukaran dan pembelian dan penjualan komoditi. Dua prosedur baru juga akan diperkenalkan dalam Mahkamah Komersial yang akan membantu mempercepatkan penyelesaian perkara, iaitu Persidangan Pengurusan Kes (CMC) dan pilihan untuk pengantaraan. Pada masa ini terdapat lapan orang Panel Hakim Mahkamah Perantaraan dan Pendaftaran yang dikenal pasti yang akan mendengar kes-kes komersial, di samping kes-kes yang lain. Adalah diharapkan bahawa jumlah hakim yang ramai ini akan membantu mempercepatkan penyelesaian kes-kes dan memendekkan 'giliran' pada tarikh perbicaraan,'' ujar Yang Amat Arif lagi. Dengan Mahkamah Komersial yang baharu itu, tambah Yang Amat Arif, Badan Kehakiman akan terus menilai sama ada jumlah kes akan mewajarkan peningkatan bidang kuasa Mahkamah Komersial yang mana akan membantu menentukan hala tuju seterusnya bagi mahkamah untuk bergerak ke depan. Ke muka 6

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan anak kunci rumah kepada salah seorang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati bagi Daerah Brunei dan Muara. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).

Kibarkan bendera mulai 7 Februari Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Februari. - Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun dan bagi memeriahkan lagi sambutan sukacita rakyat serta penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat serta perniagaan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

dan pemasangan serta penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta mulai hari Ahad, 28 Rabiulakhir 1437 Hijrah bersamaan 7 Februari 2016 Masihi sehingga hari Sabtu, 18 Jamadilawal 1437H bersamaan 27 Februari 2016M. Dalam hubungan itu, Pengiran-Pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Muka 5

TAHUN Undang-Undang 2016 dibuka

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.