''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18.
''DALAM perkara ukhrawi, kita dituntut berubah dengan meninggalkan segala macam perkara mungkar yang ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Sementara dalam perkara duniawi, kita dikehendaki berubah untuk mencapai apa-apa yang terbaik dalam kehidupan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1428 Hijrah bersamaan 2007 Masihi.
4.57
TAHUN 63 / BILANGAN 3
5.07
6.30
6 JANUARI 2018 / 1439
6.54
12.27
19
3.49
6.21
7.36
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Persahabatan, kerjasama Brunei - Myanmar terus kukuh
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Htin Kyaw dan Konsular Negara dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Kesatuan Myanmar, Puan Yang Terutama Daw Aung San Suu Kyi dan kerajaan serta juga rakyat Myanmar bersempena Hari Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar Ke-70 Tahun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan
menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Htin Kyaw dan Konsular Negara dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Kesatuan Myanmar, Puan Yang Terutama Daw Aung San Suu Kyi dan kerajaan serta juga rakyat Myanmar
bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar Yang Ke-70 Tahun. Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan yang Terutama U Htin Kyaw, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan, dalam Negara Brunei Darussalam dan Republik
Kesatuan Myanmar meraikan Ulang Tahun Ke-25 penubuhan hubungan diplomatiknya, baginda berharap dapat meningkatkan persahabatan dan kerjasama yang bernilai yang telah dinikmati selama ini sebagai rakan dua hala dan serantau terutamanya dalam ASEAN. Sementara itu, dalam titah perutusan kepada Konsular Negara dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Kesatuan Myanmar, Puan Yang Terutama Daw Aung San Suu Kyi, baginda menzahirkan dalam sama-sama memperingati Ulang Tahun Ke-25 penubuhan hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Kesatuan Myanmar, baginda merakamkan penghargaan yang amat mendalam di atas persahabatan yang wujud di antara rakyat dan kerjasama yang berkembang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Kesatuan Myanmar. Baginda seterusnya merakamkan penghargaan di atas sumbangan peribadi PYT dalam mengukuhkan rangkaian kerjasama dua hala dan serantau. Baginda juga percaya dengan lawatan PYT ke Negara Brunei Darussalam dalam bulan Oktober yang lepas, setentunya akan mengukuhkan lagi hubungan bernilai dan sekian lama di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Kesatuan Myanmar. Pada mengakhiri titah-titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, TYT U Htin Kyaw dan Konsular Negara dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Kesatuan Myanmar, PYT Daw Aung San Suu Kyi.
Sistem pendidikan ugama sentiasa dipertingkatkan Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Januari. - Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melihat bahawa penerapan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 adalah sangat penting dalam masyarakat demi masa depan negara. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana
Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyatakan perkara tersebut semasa ditemu bual ketika membuat lawatan kerja, bersempena awal musim persekolahan ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah, Kampung Kilanas, di sini. Yang Berhormat menjelaskan,
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
sambutan ibu bapa dan penjaga terhadap undang-undang tersebut adalah sangat signifikan dan menggalakkan yang mana bilangan kemasukan penuntut meningkat dari tahun ke setahun. Kementerian Hal Ehwal Ugama jelas Yang Berhormat, akan sentiasa mempertingkatkan sistem pendidikan ugama di negara ini. Yang Berhormat kemudiannya membuat tinjauan ke bilik-bilik Darjah Pra dan Darjah 1 sambil beramah mesra dengan muridmurid serta ibu bapa pelajar. Ke muka 6
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 4
SM Sultan Sharif Ali, SR Mentiri tumpuan lawatan Menteri Pendidikan
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Muka 6
SISTEM pendidikan ugama sentiasa dipertingkatkan
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn