PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BERKAT kesepaduan dan komitmen seluruh rakyat dan agensi-agensi kerajaan, serta peranan angkatan tentera yang berkesan, maka negara kita alhamdulillah sentiasa berada dalam suasana aman dan sejahtera.'' - Titah sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-54 Tahun pada 13 Syaaban 1436 / 31 Mei 2015.
''BERKATA pula orang-orang yang menyangka (meyakini) bahawa mereka akan menemui Allah. Berapa banyak telah terjadi kumpulan yang sedikit dapat mengalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 249).
TAHUN 60 / BILANGAN 67
6 JUN 2015 / 1436
19
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Sukan SEA Ke-28 kukuhkan ASEAN Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi dari Republik Singapura
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Acara Pembukaan Rasmi Sukan Asia Tenggara (SEA Games) Kali Ke-28, 2015 yang berlangsung di Stadium Negara, Singapore Sports Hub. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah.
Mekanisme kutipan TDBPM secara sukarela Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
Muka 4 Membina masjid mendapat faedah tiga dalam satu
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Jun. Dalam melaksanakan penubuhan Tabung Dana Bagi Penubuhan Masjid (TDBPM), Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah bersetuju terhadap beberapa perkara, di antaranya ialah pada peringkat awal bagi fasa pertama perundangannya, tabung ini akan menggunakan peruntukan Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, dalam sembah alu-aluannya dalam Majlis
Pelancaran Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid di Pusat Persidangan Antarabangsa berkata, satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi TDBPM ini yang dinamakan Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Masjid TDBPM. Akan tetapi Jawatankuasa Khas TDBPM ini hanyalah bersifat sementara. Yang Berhormat menambah, pada peringkat berikutnya bagi fasa kedua pula, tabung ini akan menggunakan Akta TDBPM, Negara Brunei Darussalam yang khusus mengenainya. Dalam fasa ini, Lembaga Pemegang Amanah akan ditubuhkan bagi menggantikan Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran TDBPM. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 5 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Acara Pembukaan Sukan Asia Tenggara (SEA Games) Kali Ke-28, 2015 yang berlangsung di Stadium Negara, Singapore Sports Hub. Ke muka 12 dan 13 Ke muka 12 & 13
Berkenan utus takziah kepada Republik Rakyat China BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Perdana Menteri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China berikutan dengan kejadian kapal yang karam di Wilayah Hubei, Republik Rakyat China. Di dalam perutusan baginda kepada Presiden Xi Jinping, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat sedih apabila mengetahui mengenai kehilangan jiwa akibat kejadian kapal karam tersebut. Baginda bagi pihak kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China terutamanya kepada keluarga-keluarga mangsa yang terjejas oleh nahas tersebut. Sementara itu, dalam perutusan baginda kepada Perdana Menteri Li Keqiang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sedih mendengar mengenai kehilangan nyawa berikutan dengan kapal penumpang yang karam di Wilayah Hubei itu. Baginda berserta kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam sama-sama menzahirkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada rakyat dan kerajaan Republik Rakyat China khususnya kepada keluargakeluarga mangsa. Baginda seterusnya berharap semoga operasi-operasi mencari dan menyelamat akan menemui kejayaan.
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn