Pelita Brunei - Sabtu 7 Feb 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KITA di Negara Brunei Darussalam, belum jauh terlajak. Tetapi jauh tidak jauh pun, itu belum tentu tanda selamat. Yang belum jauh akan boleh jauh, sama juga yang belum terjadi akan boleh saja terjadi. Sebab itu sebelum kita jauh terbabas kepada perkara-perkara yang tidak Islamik, maka bertahan itu adalah perlu dan bahkan wajib.” - Titah Sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam pada 25 September 1990.

“BARANGSIAPA yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada golongan mereka (kaum yang diserupainya itu).” - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radiallahuanhuma).

TAHUN 60 / BILANGAN 16

7 FEBRUARI 2015 / 1436

17

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Sikap tabah pemangkin kecemerlangan Oleh : Khartini Hamir, Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohiddin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali SUNGAI AKAR, Khamis, 5 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah mengingatkan setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, pemimpin itu pula perlulah tabah dan tekun, kerana sikap itu merupakan pemangkin kepada kecemerlangan. Menurut Kebawah Duli Yang Maha Mulia keterampilan Pegawai-Pegawai Kadet dan generasi muda, mengingatkan kita kepada prospek masa depan negara kerana masa depan negara itu lebih bergantung kepada tenaga dan kewibawaan generasi muda. Baginda bertitah menekankan perkara itu pada Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke-12 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, ABDB, Perkhemahan Sungai Akar, di sini. Baginda bertitah, jika generasi muda memiliki kekuatan fizikal dan rohani, maka insyaaAllah, kekuatan itu akan tumpah pula kepada bangsa dan negara. Sebaliknya, jika generasi muda lemah, maka akan tergugatlah ketahanan dan keselamatan kita. “Kerana itu tidak disangkal bahawa matlamat kita ialah membentuk generasi muda yang kuat, berilmu dan beriman untuk masa depan negara yang hebat,” titah baginda. Ke muka 24

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan titah pada Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-12 di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, ABDB, Perkhemahan Sungai Akar. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

Guru agama agen pemangkin realisasikan Negara Zikir Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman

Muka 3

MENERIMA mengadap dua perwakilan asing

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Februari. - Guru-guru agama di negara ini perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang mantap serta memiliki sifat kerohanian seperti konsep Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah untuk disampaikan kepada masyarakat. Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof berkata, mereka merupakan agen pemangkin bangsa khususnya dalam sama-sama merealisasikan hasrat negara iaitu menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Para guru agama juga, tegasnya, perlu menerapkan unsur-unsur

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

kerohanian yang positif dalam kehidupan seharian mereka, bukan sahaja di sekolah malah penghayatan itu hendaklah dijadikan pakaian dan perhiasan mereka pada setiap masa. "Inilah tarbiyah yang paling berkesan untuk disampaikan kepada para pendidik dan masyarakat umum kerana apabila satu pengajaran disertakan dengan contoh yang dipraktikkan dan dilihat dengan mata, pengajaran akan lebih difahami dan diikuti apatah lagi contoh itu merupakan model bergerak yang dekat di hati orang yang diajarkan," ujarnya pada Majlis Penangguhan Seminar Pendidikan Usuluddin Keempat Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Konvokesyen Keempat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.