''AKADEMI Pertahanan ABDB kini telah pun berpindah ke tapak baru, yang lebih moden dan kondusif untuk latihan-latihan ketenteraan. Infrastruktur yang luas dan baru ini adalah merupakan satu pelaburan besar yang diikhtiarkan oleh kerajaan beta bagi menjana pembangunan kapasiti sumber manusia Angkatan Bersenjata kita. Ia turut berperanan untuk menaikkan imej dan profil Akademi Pertahanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.'' - Titah Sempena Upacara Sovereign's Parade Pengambilan Ke-14 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB pada 28 April 2016 Masihi.
TAHUN 61 / BILANGAN 55
''DAN Kami memerintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menghentikan penyusuannya dalam dua tahun, (dengan demikian) : ''Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada Aku jualah tempat kembali.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Luqman, ayat 14).
7 MEI 2016 / 1437
29
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Kaji mutu bacaan Al-Quran dan sembahyang Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman
Tangani ancaman keganasan maritim sejagat
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Persidangan Antarabangsa. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 3 dan 4).
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya pihak-pihak
yang berkenaan akan tampil untuk membuat kajian-kajian terperinci, bukannya setakat kajian rambang, mengenai pencapaian masyarakat, khasnya penuntut-penuntut kita pada keseluruhannya, termasuk juga para mahasiswa di pusat-pusat pengajian tentang mutu bacaan Al-Quran dan sembahyang mereka. Titah Kebawah Duli Yang Maha
Muka 6
Muka 9
Pameran PDB tingkat kesedaran bahaya jenayah
120 belia sertai Program 'The Silent Jihad'
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, jarang orang bercakap mengenai membaiki ibadat sembahyang, tetapi yang banyak diperkatakan ialah tentang membaiki bacaan Al-Quran. ''Pada hemat beta, kedua-duanya itu patut diberikan perhatian seimbang, kerana bukan tidak pernah berlaku kekurangan atau kepincangan dalam perkara melakukan ibadat sembahyang itu,'' titah baginda pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Hanya kita di Brunei, titah baginda, mungkin belum ada statistik tentang sembahyang, tetapi di luar negara, kita sudah baca, bahawa penuntutpenuntut, bahkan mereka yang duduk di peringkat menengah pun, masih ramai yang tidak atau belum sempurna sembahyang mereka. Ke muka 3
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Pusat Kordinasi Berbilang Negara (MNCC) dijunjung oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah. - Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman (Lihat muka 12 & 13).
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn