Pelita Brunei - Sabtu 7 Nov 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''SEBALIKNYA para belia, dikehendaki supaya proaktif dalam memupuk dan memelihara budaya warisan, bukannya membiarkan budaya itu hakis atau mati.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-10 Tahun 2015 pada 17 Zulkaedah 1436 Hijrah bersamaan 1 September 2015 Masihi.

''DAN jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak dapat menghitung banyaknya. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Nahl, ayat 18).

TAHUN 60 / BILANGAN 133

7 NOVEMBER 2015 / 1437

225

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan berangkat menyaksikan kejohanan renang Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Masri Osman, Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 6 November. - Seramai 213 perenang yang mewakili 11 buah kelab renang termasuk sebuah kelab dari Miri, Sarawak menyertai Kejohanan Renang Brunei Terbuka Kali Ke-4 yang berlangsung di Kolam Renang Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan kejohanan tersebut.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Terbuka Kali Ke-4 di Kolam Renang Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Juga berangkat paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah (Lihat muka 2 dan 32).

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Jalil. Ke muka 32

'Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat' tema Majlis Ilmu 2015 Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Azmah Haji Ahad

Muka 3 BERANGKAT saksikan persembahan pancaragam tentera

Muka 4 YANG Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 November. - Tema Majlis Ilmu 2015 'Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat' yang membawa huraian, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala mengutus Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa ajaran Islam yang maha suci dan menjadikan Islam sebagai agama yang adil dan seimbang. Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof, selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2015 menjelaskan perkara tersebut pada Sidang Media Majlis Ilmu 2015 yang berlangsung di Bilik Mawar, Bangunan Lama KHEU, di sini. Jelasnya, prinsip Islam sebagai agama yang adil dan seimbang itulah yang dipraktikkan sejak zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Khulafa Ar-Rasyidin Radiallahu'anhum dan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

kurun-kurun awal selepasnya dan akan kekal selamanya, insyaaAllah. Terdahulu, jelasnya, Majlis Ilmu adalah merupakan salah satu acara utama perayaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu sejak tahun 2004. Majlis ilmu, tambah beliau, telah banyak menyumbangkan pelbagai ilmu pengetahuan kepada rakyat dan penduduk negara ini, yang mana fokus Majlis Ilmu setiap tahun adalah ditentukan oleh tema yang dipilih bagi tahun berkenaan. Di samping itu, katanya, tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menjadi mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia, di samping sebagai wadah menghidangkan ilmu dan maklumat yang

berguna kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Majlis Ilmu 2015 pada kali ini, jelasnya, memfokuskan kepada kesejahteraan sejagat dengan mengutamakan Wasatiah sebagai prinsip kehidupan dan panduan yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat manusia amnya. Tambahnya, dengan memenuhi tuntutan kehidupan dunia dan akhirat yang seimbang dan adil tanpa mengabaikan salah satu dari keduanya, umat manusia sejagat akan menikmati kehidupan yang harmoni, damai dan membangun ke arah kecemerlangan dan kejayaan. Istilah yang ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam ini jelasnya, sering disalahertikan dan sering kali dijadikan hujah untuk menafikan atau menyokong sesuatu tindakan sehingga umat Islam yang Wasatiah di sisi musuh Islam ialah umat yang menolak hukuman hudud, menafikan jihad, memperjuangkan kebebasan ijtihad dan kebebasan agama tanpa mengikut kefahaman syarak yang sebenar dan sebagainya. Ke muka 32

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.