PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''TIDAK dapat dinafikan, kemantapan dan kesinambungan angkatan tentera adalah didukung oleh anggota-anggotanya yang mencukupi dan berkualiti. - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54 Tahun.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada (harta kamu) yang baik-baik (hasil daripada) apa yang kamu usahakan dan sebahagian daripada apa yang Kami telah keluarkan untukkamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 267).
TAHUN 60 / BILANGAN 94
8 OGOS 2015 / 1436
22
JABATAN PENERANGAN
Berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri YSHHB
EDISI SABTU / PERCUMA
Kebajikan golongan kurang upaya sentiasa dipeduli Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi tahun ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3, 12 dan 13).
Tumpukan kebajikan rakyat Laporan : Mohammad Rainie Haji Durani Foto : Hamzah Mohiddin dari Kuala Lumpur, Malaysia KUALA LUMPUR, Khamis, 6 Ogos. Forum Serantau ASEAN (ARF) yang sudah lebih 20 tahun telah mencapai kemajuan yang besar dalam banyak bidang politik dan teknikal keselamatan. Namun malangnya, sejak setahun lalu telah membawa kesedihan yang besar dalam bentuk bencana yang tidak diduga dan ancaman ekstremisme. Hal ini telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan pada forum sebelum ini, semua bersetuju bahawa kerja-kerja hendaklah khusus untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan melindungi mereka. Perkara tersebut dinyatakan oleh Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ketika berkenan mengurniakan sabda pada ARF Ke-22 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Sabda Duli Yang Teramat Mulia, berharap agar tugas sentiasa konsisten dan memenuhi cabaran-cabaran yang memberi kesan kepada rakyat.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Ke muka 24
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, menyeru agar golongan orang-orang yang berlainan upaya sentiasa diberi bantuan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan yang sama atau seimbang dengan anggota masyarakat yang lain. "Doakan juga mereka untuk sama-sama mengecapi kemakmuran dan kebahagiaan yang dirasai oleh seluruh rakyat dan penduduk negara ini. Demikian harapan tinggi kita bagi mereka." Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini. Dalam memeduli kebajikan mereka, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, pihak kerajaan telah pun menyediakan peruntukan dan beberapa skim, serta program bantuan, bimbingan dan latihan bagi meningkatkan lagi keupayaan golongan tersebut. Selain bantuan sara hidup, tambah titah baginda, kerajaan juga turut menitikberatkan hal ehwal pendidikan mereka, misalnya kerajaan telah menubuhkan Unit Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 1994, bagi tujuan untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak golongan berkenaan untuk mengikuti program pendidikan formal yang bersesuaian. "Beta juga menyambut baik inisiatif berterusan Yayasan beta dalam memberikan sumbangan, bantuan dan sokongan kepada golongan orang-orang yang berlainan upaya melalui persatuan-persatuan NGO dan pihak-pihak yang berkenaan yang mengendalikan program pembangunan dan pemulihan untuk mereka," titah Kebawah DYMM. Ke muka 24
Muka 11
Muka 23
APA rahsia di sebalik nama 'Jaudong'
ATLET Olimpik Khas rangkul sembilan pingat
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn