PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''DI sinilah kita perlu bersikap lebih bijaksana dalam mengisi hari-hari kita pada setiap detik atau ketika. Kita mesti perhatikan apa yang terlintas di hadapan mata dan menilai apa yang disogok atau dihidangkan kepada kita, sama ada ia intan ataupun kaca.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu 2016 Masihi pada 20 Rabiulawal 1437H / 31 Disember 2015M.
''DAN sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 39).
TAHUN 61 / BILANGAN 4
9 JANUARI 2016 / 1437
28
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Pastikan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 dipatuhi Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman beramah mesra bersama murid-murid Darjah Pra yang baharu di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop.
Sambut, hayati 'Ayyamullah' Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 Januari.- Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menyatakan kelantangan orang berkata mengenai tahlil, menyambut Maulidur Rasul, Awal Tahun Hijrah, membaca Doa Akhir dan Awal Tahun itu adalah bid'ah dan ia merupakan kesalahan kerana tidak pernah dibuat
pada zaman Nabi. Dalam Kuliah Subuh di Masjid Kampung Kasat, Yang Berhormat berkata, apabila benda-benda baharu berupa kemudahan yang memberikan kesenangan hidup, orang tidak bising malah semuanya diterima pakai. Seterusnya, Yang Berhormat juga menimbulkan persoalan apakah keburukan dalam tahlil sedangkan di dalam tahlil itu ada ayat Al-Quran,
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
tasbih, selawat dan doa begitu juga dengan menyambut Awal Tahun Hijrah dengan acara-acara keagamaan seperti membaca Doa Akhir dan Awal Tahun dan ceramah-ceramah agama. Demikian juga menyambut Maulidur Rasul, setidak-tidaknya kita akan teringat untuk berselawat. Berhubung dengan selawat, jelasnya, sekali kita berselawat ke atas Nabi, malaikat pun berselawat ke atas kita (mendoakan kita) dan Allah pun berselawat kepada kita (mengurniakan rahmat-Nya kepada kita). Ke muka 4
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
SERUSOP, Khamis, 7 Januari. Perintah Pendidikan Ugama Wajib yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu bukanlah semata-mata untuk belajar agama ataupun pelajaran agama diajarkan sebagai satu mata pelajaran, malah ia adalah dihasratkan untuk memastikan adanya kesinambungan dalam persekolahan ugama. Ia juga bermaksud bahawa adanya persekolahan ugama dalam satu peringkat, di mana sekolah ugama itu mendidik dan mendisiplinkan para pelajar bagi melahirkan mereka sebagai seorang Muslim yang sempurna. Demikian dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dalam temu bual bersama pihak media semasa mengadakan tinjauan pendaftaran murid-murid baharu Darjah Pra Sekolah Ugama Tahun 2016 di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop. Dalam memantapkan lagi sistem pendidikan agama di negara ini, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan bahawa pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sudah menyediakan strategi-strategi khusus antaranya dalam menyediakan kemudahan dari setahun ke setahun, kemudahan tempat, persiapan para guru dan sebagainya. Apa yang paling penting, tambah Yang Berhormat ialah tiada pelajar yang akan tercicir dari pendidikan ugama. Ini jelas Yang Berhormat kerana mengikut Akta Pendidikan Ugama Wajib ialah untuk memastikan
generasi Brunei yang akan datang, mempunyai asas pendidikan agama sekurang-kurangnya hingga Darjah VI yang mana ia juga adalah bagi melengkapkan mereka sebagai seorang Muslim / Muslimah yang dapat menunaikan fardu ain. Yang Berhormat berkata, ia berbeza apabila mereka masuk sekolah menengah dan mengikuti pelajaran Islamic Religious Knowledge (IRK), yang mana subjek IRK itu adalah untuk melengkapi, mengemaskan dan mengukuhkan lagi apa yang sudah diajar di sekolah rendah. Menyentuh mengenai jumlah kemasukan murid-murid ke Darjah Pra persekolahan ugama tahun ini, Yang Berhormat berkata bahawa seramai 5,258 murid telah mendaftar di keempat-empat daerah. ''Jika dilihat dari perangkaan tersebut, ia menunjukkan satu petanda yang baik. Ertinya kalau ini berterusan, maka generasi Brunei akan datang merupakan generasi yang berpelajaran ugama,'' tambah Yang Berhormat. Rombongan Yang Berhormat disertai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Tinjauan Menteri Hal Ehwal Ugama tersebut adalah bagi memastikan perjalanan pendaftaran murid-murid baharu Darjah Pra tahun 2016 ke sekolah-sekolah ugama di seluruh negara berjalan dengan sempurna dan teratur, selain memastikan pendaftaran dan kemasukan murid-murid tersebut menepati kehendak Akta Pendidikan Ugama Wajib (Penggal 215) yang mana tidak ada lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam. Ke muka 6
Muka 2
Muka 5
SAMBUTAN Maulud Nabi terus bersemarak
TINJAUAN beberapa buah sekolah
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn