''APAKAH dia pahala itu? Pahala adalah perkara yang amat berharga, malah tidak dapat dinilai harganya itu, kerana ia bukanlah komoditi yang diperniagakan, tetapi semata-mata kurnia Allah untuk orang-orang yang dikehendaki-Nya. Ia akan dijawat di Akhirat kelak, iaitu suatu hari di mana tidak ada lagi apa-apa yang kita inginkan, kecuali ganjaran pahala semata-mata.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.'' - (Surah Ali 'Imran, ayat 102).
4.40
TAHUN 61 / BILANGAN 82
4.50
6.14
9 JULAI 2016 / 1437
6.38
4
12.27
3.52
6.37
7.52
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Aidilfitri peluang bersemuka raja dikasihi
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri para diplomat asing ke negara ini dan isteri para pembesar negara sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 12 dan 13).
Hari kedua istana dibuka sempena Aidilfitri
Meriah 33,106 junjung ziarah Oleh : Noriah binti Haji Abdul Hamid, Abu Bakar Haji Abdul Rahman
6 Hari Lagi
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 Julai. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari istimewa bagi penduduk di negara ini apabila tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Majlis Terbuka Istana Nurul Iman yang sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan setiap tahun. Majlis Istana Terbuka yang diadakan ini merupakan peluang keemasan untuk orang ramai mengadap dan junjung ziarah serta
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri secara langsung dengan lebih dekat lagi ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain. Majlis yang diadakan setiap tahun ini merupakan acara tradisi yang diadakan sejak sekian lama yang setentunya dapat mendekatkan dan merapatkan lagi hubungan kemesraan di antara pemimpin dan rakyat jelata, sekali gus dalam sama-sama memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri. Ke muka 4 & 5
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Muka 3
Berangkat menunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri bersama rakyat
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn