Pelita Brunei - Sabtu 9 SEPT 2017

Page 1

''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskan dosa kamu) dengan 'Taubat Nasuha', mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.'' (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tahrim, ayat 8).''

''BETA sukacita mengingatkan, bahawa semua pengorbanan tidak ada titik akhirnya. Ia berlaku selama hayat dikandung badan. Semangat rela berkorban, sama sekali tidak boleh padam. Kerana jika padam, maka lemahlah 'daya tahan' bangsa. Bayangkan, kalau 'daya tahan' ini lemah, maka apakah yang dapat dibuat lagi untuk memperkasa bangsa dan negara?'' - Titah Sempena Upacara Sovereign's Parade Pengambilan Ke-16 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB pada hari Khamis, 8 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2017 Masihi.

4.45

TAHUN 62 / BILANGAN 108

4.55

6.12

6.35

9 SEPTEMBER 2017 / 1438

12.19

17

3.19

6.23

7.32

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Semua pihak berperanan tangani isu pengangguran Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

TUNGKU LINK, Khamis, 7 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) bertitah menaruh harapan agar kejayaan yang diraih oleh para graduan, akan dapat menjadikannya sebagai pendorong untuk memperolehi lain-lain kejayaan kerana menurut baginda sifat kejayaan adalah penyumbang bagi peningkatan

daya saing negara. Semasa bertitah di Majlis Konvokesyen Ke-29 yang berlangsung di Dewan Canselor UBD di sini, baginda turut menyentuh mengenai daya saing atau competitiveness dan mengucapkan tahniah kepada UBD kerana pada julung kalinya telah termasuk dalam QS World University Rankings pada tahun ini. ''UBD berada dalam 1.3 peratus universiti-universiti teratas di dunia dan kedudukan nombor 37 bagi universiti-universiti di bawah usia 50 tahun. Ke muka 3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkenan mengurniakan titah pada Majlis Konvokesyen Ke-29 UBD yang berlangsung di Dewan Canselor UBD. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas.

Kampus luar negara UBD di Da Nang Viet Nam Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

26 Hari Lagi

TUNGKU LINK, Khamis, 7 September. - Penubuhan kampus Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang pertama UBD-FPT Global Centre Da Nang Viet Nam adalah kampus luar negara yang pertama yang ditubuhkan oleh universiti dari negara ASEAN. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

bertitah melahirkan rasa gembira dengan usaha universiti berkenaan dalam mengambil dan melatih 13 orang graduan tempatan sebagai pengajar untuk berkhidmat di UBD - FPT Global Centre. ''Satu peringatan daripada beta, UBD melangkah keluar adalah merupakan satu pencapaian di arena antarabangsa. Ini adalah petanda baik untuk masa depan, khasnya dari sudut kemajuan dan peningkatan. Ke muka 3

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 4

Muka 5

BERKENAN menerima mengadap delegasi Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN

445 graduan terima ijazah sarjana dan diploma

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 9 SEPT 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu