''DAN perintahkanlah keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) Kamilah yang mengurniakan rezeki kepadamu. Dan akibat (kesudahan yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.'' -Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Taha, ayat 132.
''INILAH rahsianya, jika guru dan sistem pendidikan lemah. Kerana itu janganlah diabaikan sama sekali faktor guru dan sistem. Kalau berlaku kelemahan maka segeralah memeriksa guru dan sistem, bukannya menyalahkan murid dan pelajar. Guru dan sistem adalah ibarat 'acuan', sementara murid dan pelajar pula adalah hasil daripada acuan itu. Kalau acuan bagus, tentu saja, apa yang terhasil akan pasti bagus juga.'' - Titah Sempena Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.
4.36
TAHUN 62 / BILANGAN 129
4.46
6.05
6.28
28 OKTOBER 2017 / 1439
12.05
8
3.25
6.03
7.14
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Belia perlu miliki peribadi Al-Quran Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hernie Suliana Haji Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah untuk melihat para belia ASEAN memiliki peribadi Al-Quran. Baginda bermaksud dengan peribadi Al-Quran itu ialah akhlak mulia mengikut calak Al-Quran. Semua itu orang Islam dikehendaki untuk memiliki akhlak Al-Quran tersebut. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8 Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Menerusi Dasar Belia Negara, kita juga jelas baginda, menitikberatkan peningkatan ilmu pengetahuan. Kerana ilmu adalah tonggak bagi pembangunan. Tanpa ilmu, pembangunan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini juga sangat perlu kepada belia. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8 Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi.
Pusat pengajian tinggi perlu mengemaskan program, kokurikulum Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
Muka 5
Muka 9
BERANGKAT ke Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-7
LESTARIKAN Adat Istiadat Brunei
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan perlunya semua pusat pengajian
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
tinggi bergerak mengemaskan program dan kokurikulum masing-masing, supaya dapat melahirkan para graduan yang seimbang dan holistik dari aspek-aspek kerohanian, intelek, jasmani, keusahawanan dan kemasyarakatan. Negara, titah baginda, sangat memerlukan disiplindisiplin yang bermanfaat untuk pembangunan modal insan dan adalah tidak memadai, belajar hanya untuk ilmu, tetapi ilmu mesti dipelajari untuk jadi pelengkap. Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
selaku Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Ke-7 KUPU SB yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Dalam titah baginda juga menekankan perlunya KUPU SB dan institusi pengajian tinggi yang lain untuk menyediakan pengalaman-pengalaman berfikir yang kritis, supaya para graduan mampu untuk menggarap kebajikan bagi masyarakat dan negara. Ke muka 4
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn