PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“SALAH satu dari ciri takwa ialah memelihara iman. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa menyuruh kita untuk membaharui atau menggilap iman dengan mengucapkan banyak-banyak Laailahaillallaah, dalam makna iman itu boleh saja malap atau luntur jika tidak dipelihara.” - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijriah 1434.
“DAN Janganlah kamu
TAHUN 59 / BILANGAN 152
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” - (Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al Israa’ ayat 32).
1010 FEBRUARI DISEMBER 2014 2014 / / 1436
17
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
25 tahun kerjasama cemerlang ASEAN-Korea Laporan : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah dari Seoul, Repulik Korea SEOUL, REPUBLIK KOREA, Selasa, 9 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan sambutan 25 tahun hubungan dialog ASEAN-Republik Korea. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berharap semoga Presiden Republik Korea dan Republik Korea akan mencapai kejayaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Republik Korea di Busan. “Tahun ini merupakan tahun yang istimewa bagi hubungan di antara ASEAN dan Republik Korea yang sekarang memasuki 25 tahun kerjasama yang cemerlang, dan menyuarakan semula komitmen Negara Brunei Darussalam untuk terus bekerja rapat ke arah mempertingkatkan lagi perkongsian ASEAN-Republik Korea,” titah baginda pada Majlis Santap Malam Negara yang berlangsung di Bangunan Yeong Bin Gwan, Cheong Wa Dae, Seoul. Baginda seterusnya menyampaikan penghargaan kepada Presiden Republik Korea, kerajaan serta rakyat Republik Korea di atas persahabatan dan hubungan muhibah yang telah dihulurkan kepada rakyat dan Negara Brunei Darussalam. Baginda juga berharap untuk mengukuhkan lagi persahabatan yang mesra dan rapat yang dinikmati oleh rakyat Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.
MoU Brunei-Korea kukuhkan pencapaian SEOUL, REPUBLIK KOREA, Selasa, 9 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat gembira melihat Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea mengukuhkan lagi pencapaian yang sedia ada dengan penandatanganan tiga perjanjian semasa Keberangkatan Negara baginda ke Republik Korea. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea akan bertambah kukuh untuk manfaat bersama bagi rakyat Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Santap Malam Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Korea, Puan Yang Terutama Park Geun-hye berlangsung di Yeong Bin Gwan, Tkt 2, Cheong Wa Dae (Blue House), di sini. Ke muka 24
Muka 6
Muka 8
PKS penyumbang peluang pekerjaan
PERKHEMAHAN belia terapkan nilai-nilai Islam
HUBUNGAN Brunei dan Republik Korea semakin kukuh dengan Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Korea. Gambar atas, baginda bersalaman dengan Presiden Republik Korea, Puan Yang Terutama Park Geun-hye sejurus sebelum mengadakan Perjumpaan Dua Hala. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3, 4, 12, 13 dan 24).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn