PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“SEKARANG, kita berada pula di ambang raya. Allah Yang Maha Pemurah terus sahaja membukakan rahmat-Nya kepada orang-orang yang beraya. Menurut maksud sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang menghidupkan dua malam hari raya dengan ibadat, maka tiadalah mati hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. Ini, merupakan isyarat jelas, bahawa hari raya juga hendaklah turut diisi dengan ibadat, bukannya dengan hanya suka-suka kosong atau hiburan-hiburan yang melekakan.” - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1429 Hijriah / 2008 Masihi.
“DAN wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” - (Surah Al Baqarah 184).
TAHUN 59 / BILANGAN 98
6 FEBRUARI 6 OGOS 2014 / 1435
9
JABATAN PENERANGAN
Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja
EDISI RABU / PERCUMA
Berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Ogos.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang berikutan dengan gempa bumi yang melanda Wilayah Yunnan di Republik Rakyat China baru-baru ini. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping, baginda telah menzahirkan perasaan amat dukacita berikutan dengan kehilangan banyak jiwa serta kemusnahan harta benda akibat gempa bumi tersebut. Baginda dan kerajaan baginda serta rakyat Negara Brunei Darussalam seterusnya menyampaikan ucapan takziah dan amat simpati kepada rakyat dan Kerajaan Republik Rakyat China terutamanya kepada keluargakeluarga yang terjejas oleh gempa bumi tersebut. Sementara itu, di dalam perutusan Kebawah DYMM kepada Premier of the State Council Republik Rakyat China, TYT Li Keqiang, baginda telah menzahirkan perasaan dukacita apabila mengetahui tentang kehilangan jiwa serta kemusnahan akibat gempa bumi tersebut yang mana baginda serta kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada rakyat dan Kerajaan Republik Rakyat China, terutamanya kepada keluarga-keluarga mangsa gempa bumi itu.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menjirus ayeng asah-asahan ke makam ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. - Foto : Ihsan The Brunei Times. (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).
PSI kos efektif, sempurna BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Ogos. Amalan penyusuan susu ibu (PSI) adalah asas permulaan kehidupan manusia dan telah dibuktikan sebagai kaedah yang paling mudah, sempurna, bijak dan kos efektif dalam menjamin pertumbuhan kesihatan kanak-kanak serta dapat menjalinkan pengukuhan kasih sayang di antara ibu dan anak serta keluarga. Dalam hubungan ini, Kementerian Kesihatan secara berterusan menyarankan supaya semua pihak yang berkepentingan untuk bekerjasama dan melaksanakan peranan masing-masing terhadap pentingnya untuk melindungi, mempromosi dan menyokong PSI demi kesihatan dan menyelamatkan nyawa ibu dan anak damit. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menyatakan perkara tersebut dalam perutusan sempena Sambutan Minggu PSI Sedunia Bagi Tahun 2014 yang bertemakan ‘PSI: Matlamat Kemenangan Untuk Kehidupan’. Menurut Yang Berhormat, tema tersebut menekankan kepentingan peningkatan dan pengekalan perlindungan,
promosi serta sokongan ke atas amalan PSI dalam mencapai Matlamat Pembangunan Milenium - MPM (2015) dan tahun-tahun seterusnya. Yang Berhormat berkata, di antara objektif Sambutan Minggu PSI Sedunia 2014 termasuklah memberi maklumat mengenai MPM 2015 dan bagaimana ianya berkaitan dengan PSI dan pemakanan anak damit dan kanak-kanak kecil yang berumur antara 1 hingga 5 tahun dan bagi mengongsikan kemajuan dan perkembangan yang telah dicapai setakat ini serta mengetengahkan cabaran-cabaran utama dalam perihal PSI dan pemakanan anak damit dan kanak-kanak kecil satu hingga lima tahun. Di samping itu, jelasnya, sambutan juga untuk meningkatkan dan memperkukuhkan lagi inisiatif-inisiatif dalam melindungi, mempromosi dan menyokong amalan PSI sebagai langkah utama dalam mencapai MPM 2015 dan tahun-tahun seterusnya termasuk bagi memupuk minat dalam kalangan para belia untuk memahami kepentingan PSI dalam dunia moden yang sentiasa berubah.
Muka 6
Muka 9
PESAWAT Bell 212 menamatkan perkhidmatan
PENDIDIK wajib membentuk keperibadian luhur
Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn