PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“BETA berharap, supaya Brunei terus meningkat dan janganlah sekali-kali kita berhenti dari memperkaya diri dengan ilmu-ilmu Al-Qur’an. Bukan hanya untuk tujuan pertandingan semata-mata, tetapi lebih penting lagi, pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian mesti terus dikuatkan. - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1431H / 2010M pada 17 Ramadan 1431H/ 27 Ogos 2010M.
“DARI Abi Hurairah Radiallahuanha berkata: telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : ketika bulan Ramadan tiba, maka semua pintu syurga dibuka, kesemua pintu neraka ditutup, semua syaitan akan dibelenggu.” - (Riwayat Imam Al-Bukhari).
TAHUN 59 / BILANGAN 86
9 9FEBRUARI JULAI 2014 2014 / 1435 /
Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Julai. - Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-68 Tahun akan diadakan pada hari Selasa, 17 Ramadan 1435H bersamaan 15 Julai 2014M bermula pukul 11.30 pagi dengan tumpuan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong dan masjid-masjid utama seperti berikut dan juga di semua masjid dan surau seluruh Negara Brunei Darussalam:Tumpuan utama di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Bagi Daerah Brunei Muara di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Al-Muhtadee Billah, Mukim Sungai Kebun; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong dan Masjid Setia Ali, Pekan Muara. Daerah Belait di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Perpindahan Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria. Manakala Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Temburong di Masjid Utama Mohd. Salleh, Pekan Bangar. Sehubungan itu, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan serta orang ramai yang berugama Islam adalah diharapkan dan dialu-alukan untuk bersama-sama hadir ke masjid-masjid dan surau di seluruh negara khususnya di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong bagi bersama-sama meramaikan dan memohon keberkatan bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini.
11
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
APLEP bantu lahirkan pemimpin muda berwibawa Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman memalu gong tanda perasmian Program Pendidikan Pimpinan Asia Pasifik 2014.
TUNGKU LINK, Isnin, 7 Julai. - Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman percaya anak-anak muda cemerlang yang menyertai Program Pendidikan Pimpinan Asia Pasifik 2014 (The Asia Pacific Leaders Education Programme 2014 - APLEP) akan dapat membentuk masa depan negara dan masa depan rantau ini. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi berkata demikian pada Majlis Perasmian APLEP 2014 di Dewan Kuliah, Bangunan The Core, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini. Menurut Yang Berhormat, APLEP 2014 adalah perlu di mana bakat pemimpin di masa hadapan bukan sahaja cara terbaik ibu bapa sebagai penanda aras diri sendiri bahkan membantu mereka untuk memudahkan pemahaman para peserta dalam pelbagai budaya. Justeru itu, Yang Berhormat menegaskan, sebagai pemimpin di masa hadapan, kita tidak boleh melarikan diri dari arena antarabangsa dan tidak boleh melarikan diri dari bertemu dengan orang-orang berlainan di dunia. Selain itu, program tersebut akan dapat membantu para peserta mengeratkan hubungan dan merapatkan lagi perbezaan mereka pada masa akan datang. “Ini kerana, para pemimpin muda yang berwibawa, berpandangan jauh, mempunyai gambaran yang jelas untuk masa depan mereka dan apa yang paling penting mereka memahami antara satu sama lain,” tambahnya. Ke muka 24
AirAsia terbabas, tiada penumpang cedera
Muka 4
Muka 5
PEMBINAAN jejambat dan jalan raya berjalan lancar
PEMEDULIAN terhadap wanita
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Julai. - Kejadian terbabas dan tersasar ke bahu landasan hingga kawasan rumput di landasan 03 penerbangan AirAsia nombor pesawat AXM278 ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei tiada kecederaan dilaporkan. Pesawat berdaftar 9MAQA dari Kuala Lumpur telah mendarat kira-kira jam 1533 dengan membawa seramai 109 orang di dalam kapal iaitu 102 penumpang dan tujuh krew penerbangan telah selamat dipindahkan. Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Perhubungan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kumpulan Pemulihan Penerbangan Diraja Brunei serta agensi-agensi
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
bekerja erat dalam usaha mereka meredakan situasi untuk memastikan keselamatan penerbangan dan kemudahankemudahan lapangan terbang ke operasi biasa. Pemulihan penerbangan sedang dalam pembinaan, aerodrome (lapangan terbang) telah dimaklumkan ditutup untuk operasi sehingga keterangan lanjut. DCA ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas perhatian, kerjasama dan pemahaman untuk tidak membuat sebarang spekulasi tentang kemalangan sehingga penyiasatan dikeluarkan. Orang ramai boleh menghubungi meja maklumat kami di Lapangan Terbang melalui talian 2331747 atau 2344112 untuk maklumat penerbangan terkini.
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn