Pelita Brunei - Sabtu 12 Julai 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“SIFAT mukjizat terlalu hebat. Ia tidak mampu dicabar atau dikalahkan oleh sebarang yang lain. Khasnya Al-Qur’an, walaupun cuma sepotong ayat yang pendek, tiada siapa yang dapat mencipta sepertinya, mentelah pula untuk mengalahkannya. Itulah dia Al-Qur’an.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1431 Hijriah / 2010 Masihi pada 17 Ramadan 1431H / 27 Ogos 2010M.

“DAN antara mereka pula ada yang berdoa dengan berkata: Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.” - (Surah Al-Baqarah ayat 101).

TAHUN 59 / BILANGAN 87

12 JULAI 2014 / 1435

14

JABATAN PENERANGAN

Bincang hubungan dua hala

EDISI SABTU / PERCUMA

HBT 2014 bermula 9 Ogos Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Albert F. Del Rosario.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

berkenan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Albert F. Del Rosario. Perjumpaan berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan. Pada perjumpaan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan Tuan Yang Terutama mengadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala dan hal ehwal serantau. TYT Albert F. Del Rosario berada di negara ini bagi lawatan kerja selama sehari.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Julai. - Sepuluh negara ahli ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Belia ASEAN - Trofi Hassanal Bolkiah (HBT) 2014 yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti. Kejohanan bertujuan untuk mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melibatkan pasukan terbaik di rantau ASEAN bersaing dalam liga bola sepak ASEAN atau Asia Tenggara, di samping memberi pendedahan dan kebolehan dalam kesukanan ASEAN kepada dunia. Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi HBT 2014 menjelaskan perkara itu pada sidang akhbar bersama media di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah. “Sebelum ini Negara Brunei Darussalam telah berjaya menganjurkan kejohanan yang sama pada tahun 2002, 2005, 2007 dan 2012 di mana Negara Brunei Darussalam telah menjuarai HBT semasa menentang Indonesia pada tahun 2012,” jelasnya. Ke muka 24

Dua buah ambulans laut dirasmikan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani

Kesihatan, berlangsung di Jeti Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di sini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Julai. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof merasmikan dua buah Ambulans Laut Baru Kementerian

Dua buah ambulans laut baru itu merupakan salah satu langkah Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan rawatan awal dan menangani kes-kes kecemasan yang berlaku di kediaman berdekatan dengan perairan. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 3

Muka 5

ANAK yatim warga Kementerian Kesihatan terima sumbangan

JANGAN ulangi perkara yang sudah jelas

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.