PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“BETA berharap, supaya Brunei terus meningkat dan janganlah sekali-kali kita berhenti dari memperkaya diri dengan ilmu-ilmu Al-Qur’an. Bukan hanya untuk tujuan pertandingan semata-mata, tetapi lebih penting lagi, pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian mesti terus dikuatkan.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1431H / 2010M pada 17 Ramadan 1431H / 27 Ogos 2010M.
“SESUNGGUHNYA kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam lailatul qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Malam lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhan mereka mengatur segala urusan malam itu penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.” - (Surah Al-Qadar ayat 1-5).
TAHUN 59 / BILANGAN 90
19 JULAI 2014 / 1435
21
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 18 Julai.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang Ke-XIV dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak berikutan dengan nahas kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine pada hari Khamis, 17 Julai 2014.
Berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat
Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang Ke-XIV, baginda serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha amat berdukacita mendengar berita mengenai insiden nahas kapal terbang Malaysia Airlines MH17. Baginda dan keluarga serta kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam seterusnya dengan penuh rasa terharu, menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang mendalam kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah serta kerajaan dan rakyat Malaysia di atas tragedi ini. Baginda seterusnya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh-roh mangsa dan menempatkan mereka di kalangan orang yang mukmin dan soleh. Manakala dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, baginda amat bersedih mendengar berita mengejutkan mengenai insiden nahas kapal terbang Malaysia MH17 tersebut, dan baginda berserta kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada Yang Amat Berhormat, kerajaan dan rakyat Malaysia. Baginda berharap agar mereka akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapi musibah di bulan Ramadan yang mulia ini dan seterusnya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan melimpahkan rahmatNya ke atas roh-roh mangsa. Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Willem-Alexander, Raja Netherlands dan Perdana Menteri Netherlands, Tuan Yang Terutama Mark Rutte berikutan dengan nahas kapal terbang Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine pada hari Khamis, 17 Julai 2014. Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Willem-Alexander, Raja Netherlands, baginda terkejut dan amat sedih apabila mengetahui tentang kehilangan jiwa rakyat-rakyat Belanda akibat nahas kapal terbang terhempas tersebut. Kerajaan baginda serta rakyat Negara Brunei Darussalam turut bersama baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dalam menzahirkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Willem-Alexander, kerajaan serta rakyat Netherlands, terutamanya kepada keluarga mangsa-mangsa musibah tersebut. Sementara itu, dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Perdana Menteri Netherlands, TYT Mark Rutte, baginda amat bersedih mengetahui tentang kehilangan jiwa rakyat-rakyat Belanda akibat nahas kapal terbang terhempas tersebut, dan seterusnya baginda bagi pihak kerajaan baginda serta rakyat Negara Brunei Darussalam merakamkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada TYT dan rakyat Netherlands, terutamanya kepada keluarga mangsa-mangsa dalam masa yang rumit ini.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menandatangani Plak Kenangan sempena keberangkatan baginda bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat pertama di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Muhammad Asri Haji Awang Abas KAMPUNG MANGGIS / MADANG, Jumaat, 18 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat pertama di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman serta ahli-ahli yang lain.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel. Ke muka 24
Muka 7
IFTAR Bersama Belia
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn