PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“NIKMAT di dunia akan hilang, berbanding nikmat di akhirat kekal abadi. Namun untuk memperolehi nikmat yang kekal ini, memerlukan adanya usaha dan pengorbanan. Ia bukan boleh dicapai dengan berpeluk tubuh atau memadai dengan menggantungkan cita-cita setinggi langit. Adapun nikmat yang dijanjikan oleh Allah itu hanyalah tertentu kepada mereka yang beramal soleh sahaja.” - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1434H / 2013M.
“SESIAPA mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.” - (Sabda Ibnu Umar Radiallahuanhuma yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah).
TAHUN 59 / BILANGAN 93
26 JULAI 2014 / 1435
28
JABATAN PENERANGAN
Kebawah DYMM utus tahniah kepada TYT Joko Widodo BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Joko Widodo, berikutan dengan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Presiden Indonesia 2014 baru-baru ini. Di dalam perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam dengan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan Tuan Yang Terutama dalam Pilihan Raya Umum Presiden Republik Indonesia 2014. Kebawah DYMM gembira Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia menikmati jalinan silaturahim yang sangat baik dan mesra. Baginda yakin, dengan kemenangan TYT, tali persahabatan akan terus dipertingkatkan demi kepentingan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Joko Widodo, berikutan dengan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Presiden Indonesia 2014 baru-baru ini.
dan kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara. Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia kepada
TYT Joko Widodo dan keluarga serta rakyat Indonesia dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga TYT dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam perlindungan-Nya jua.
Berangkat mengurniakan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan menyempurnakan pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi, berlangsung di Pusat Insani, Seria. - Foto : Masri Osman.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
EDISI SABTU / PERCUMA
Sejumlah 16,004 terima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai. - Seramai 16,004 orang yang terdiri daripada golongan tertentu yang bermastautin di Daerah Brunei dan Muara (DBM), Daerah Belait dan Daerah Tutong telah menerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi. Bagi DBM berjumlah 11,353 penerima yang telah berlangsung di Istana Nurul Iman pada hari Rabu, 23 Julai 2014, manakala bagi Daerah Belait berjumlah 2,325 penerima berlangsung di Pusat Insani, Seria dan Daerah Tutong berjumlah 2,326 penerima dan majlis telah berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Kedua-dua majlis berlangsung pada Khamis, 24 Julai 2014. Berangkat menyempurnakan pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah putera sulung baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi Kebawah DYMM. Berita lanjut dan gambar-gambar ke muka 3, 4, 12 dan 13 Muka 6
Kontrak Pembesaran Jalan Residency Fasa II ditandatangani
Muka 4
2,326 terima kurnia peribadi Kebawah DYMM di Tutong
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn