“BETA sangat gembira, aktiviti penghafalan Al-Qur’an adalah sedang berkembang dengan baiknya di negara ini. Beta berharap dengan adanya Pertandingan Menghafal Al-Qur'an seperti yang berjalan pada masa ini dan juga dengan adanya Institut Tahfiz Al-Quran, maka kita insya-Allah ada harapan untuk dapat melahirkan lebih ramai lagi penghafal-penghafal Al-Qur'an yang berilmu dan berkualiti.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1433 Hijriah 17 Ramadan 1433 bersamaan 5 Ogos 2012.
“WAHAI orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 183).
28 JUN 2014 / 1435
TAHUN 59 / BILANGAN 81
30
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Orang Besar Lapan Perak Darul Ridzuan, Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Ramli bin Ngah Talib (kiri) dan Setiausaha Kesihatan di Jabatan Kesihatan, Republik Filipina, Yang Berhormat Dr. Enrique T. Ona (kanan).
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Orang Besar Lapan Perak Darul Ridzuan, Yang Berbahagia
Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja dan Setiausaha Kesihatan, Jabatan Kesihatan, Republik Filipina. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah mula-mula berkenan menerima mengadap Orang Besar Lapan Perak Darul Ridzuan, Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Ramli bin Ngah Talib. Mengiringi Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Ramli ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat
Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan; Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, Yang Dihormati Toh Raja Diraja Kolonel (B) Dato’ Abd. Rahim bin Mohamad Nor dan Setiausaha Dewan Negara Perak Darul Ridzuan, Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Dato’ Ayop bin Hashim. Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Setiausaha Kesihatan di Jabatan Kesihatan, Republik Filipina, Yang Berhormat Dr. Enrique T. Ona. Pada Majlis Mengadap tersebut Yang Berhormat Dr. Enrique T. Ona diiringi oleh Pengarah Biro Kerjasama Kesihatan
Gandakan keimanan, ketakwaan dalam bulan Ramadan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Jun. - Beberapa hari lagi umat Islam di negara ini akan memasuki bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, bulan rahmat yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh umat Islam di negara ini bahkan juga oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bersabda, di bulan
inilah kita diwajibkan mengerjakan ibadah puasa dan melipatgandakan
Muka 3 BERANGKAT merasmikan Persidangan Kejururawatan dan Perbidanan Antarabangsa
keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan mentaati segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Ke muka 12 dan 13
Muka 12 dan 13 BUAH Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM diagihkan
Antarabangsa, Republik Filipina, Ms. Maylene M. Beltran. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Ms. Celeste Vinzon-Balatbat. Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. Kedua-dua Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.
Puasa Ramadan 1435 Hijriah bermula 29 Jun 2014 Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman TUNGKU, Jumaat, 27 Jun. - Umat Islam di negara ini akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014 Masihi bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah berikutan tidak sabit kelihatan hasil daripada merukyah anak bulan yang dilakukan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di negara ini pada lewat petang tadi. Di Daerah Brunei dan Muara, Menara Bangunan Ibu Pejabat DST Lebuhraya Tungku merupakan antara tempat merukyah awal anak bulan Ramadan tersebut. Berikutan anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan, maka bulan Syaaban digenapkan menjadi 30 hari dan sehubungan itu, Sembahyang Sunnat Tarawih dan Majlis-majlis Bertadarus akan dimulakan di
masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bermula esok malam. Kerja-kerja merukyah anak bulan tersebut antaranya telah dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Mahkamah Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Ukur. Antara yang berada di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST tersebut ialah Setiausaha Tetap JPM, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof. Ke muka 24