Pelita Brunei - Sabtu 2 Ogos 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KEMENANGAN ini hanya boleh diperolehi oleh mereka yang berjaya menamatkan ibadat puasa sebulan genap. Memang bukan mudah untuk memperolehi kemenangan ini, kecuali bagi mereka yang benar-benar istiqamah sahaja.” - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1434H / 2013M.

“DAN demi sesungguhnya Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah kitab (Al-Qur’an) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu atas dasar pengetahuan (Kami) untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” - (Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah al-A’raaf ayat 52).

TAHUN 59 / BILANGAN 96

2 OGOS 2014 / 1435

5

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Seramai 96,555 berkunjung ke istana sempena Hari Raya

PENUH MESRA... Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat-kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah para pengunjung lelaki dan wanita pada hari ketiga Istana Nurul Iman dibuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijriah. - Foto : Hamzah Mohiddin dan Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

Oleh : Nooratini Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Ogos. - Istana Nurul Iman menerima kunjungan seramai 96,555 orang bagi menjunjung ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri

sepanjang tiga hari istana dibukakan bagi kunjungan orang ramai. Daripada jumlah tersebut, seramai 11,070 orang pengunjung menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman

pada sebelah petang, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki, manakala di ruang lain istana Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima junjung ziarah pengunjung wanita. Ke muka 12 dan 13

Bendera besar negara berkibar megah Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Ogos.Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berslogankan ‘Sentiasa Membuat Kebajikan Dengan Petunjuk Allah’ kini berkibar megah di ibu negara menandakan bermulanya pengibaran bendera di

seluruh negara sempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun pada 15 Julai. Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam berukuran 3.7 meter x 7.3 meter (12 kaki x 24 kaki) tersebut dilangsungkan di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun hadir selaku tetamu kehormat. Ke muka 24

Muka 8

JADIKAN Hari Raya kalendar pelancongan utama negara

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 2 Ogos 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu