2 minute read

DESTINASI bERINTERAkSI bERSAMA ORANGUTAN

Next Article
NEWS bE READY

NEWS bE READY

interaksi bersama Orangutan

Kuching, ibu negeri Sarawak yang terletak di Kepulauan Borneo mempunyai pelbagai jenis tarikan destinasi pelancongan. Segalanya ada di Kuching. Jika ingin bercanda di tepian pantai, anda boleh ke kawasan Pantai Damai. Jika ingin menyelusuri sungai, anda boleh mencuba bot penambang atau menaiki Kuching River Cruise. Jika anda sukakan alam semulajadi dan ingin melihat dengan lebih dekat haiwan unik Orangutan, anda boleh singgah di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Advertisement

PuSat HiDuPan LiaR SemenggOH (SemenggOH WiLDLife CentRe) DituBuHKan SeBagai PuSat ReHaBiLitaSi Bagi HiDuPan LiaR yang teRanCam Di mana SPeSieS-SPeSieS ini DiBeRi PeLinDungan Dan DiLatiH KemanDiRian DiRi untuK KemBaLi Ke HaBitat aSaL.

erletak hanya 20 minit dari

TBandaraya Kuching, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, berkunjung ke sini adalah acara wajib buat mereka yang bercuti ke negeri Sarawak. Jinakkan jiwa kita dengan mendekatkan diri kepada alam sambil menyaksi gelagat lincah

Orangutan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain, untuk mengambil makanan daripada para penjaga mereka.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh (Semenggoh Wildlife Centre) ditubuhkan sebagai pusat rehabilitasi bagi hidupan liar yang terancam di mana spesiesspesies ini diberi pelindungan dan dilatih kemandirian diri untuk kembali ke habitat asal.

Ditubuhkan pada tahun 1975, Pusat Hidupan Liar Semenggoh komited untuk memberi perlindungan dalam usaha pemuliharaan khususnya kepada spesies Orangutan Borneo (Pongo pymaeus), yang diselamatkan atau diserahkan secara sukarela.

Sehingga kini Pusat Hidupan Liar Semenggoh telah berjaya menjaga dan mengasuh sejumlah besar spesies Orangutan, yang telah membentuk populasi separa-liar di sekitar Rizab Semulajadi Semenggoh (Semenggoh Nature Reserve).

Populasi Orangutan yang terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh juga telah bertambah dengan kelahiran generasi-generasi baru daripada

KeBanyaKan maSa, ORangutan teRSeBut aKan HiDuP BeBaS Di PeRSeKitaRan SemuLaJaDi meReKa, teRutamanya PaDa muSim BuaH, Di mana SumBeR maKanan Di Hutan aDaLaH BanyaK SeRta muDaH DiPeROLeHi.

PengaLaman BeRinteRaKSi SeCaRa LangSung Dengan SPeSieS teRanCam Di BORneO aDaLaH Satu PengaLaman yang SuKaR untuK DiLuPaKan, menaKJuBKan Dan BeRBaLOi teRutamanya KePaDa PaRa PenCinta aLam SemuLaJaDi.

pasangan-pasangan Orangutan yang sediada. Kebanyakan masa, Orangutan tersebut akan hidup bebas di persekitaran semulajadi mereka, terutamanya pada musim buah, di mana sumber makanan di hutan adalah banyak serta mudah diperolehi. Pada musim buah kemunculan Orangutan di Pusat Hidupan Liar tidak dapat dijamin.

Semestinya pengalaman berinteraksi secara langsung dengan spesies terancam di Borneo adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan, menakjubkan dan berbaloi terutamanya kepada para pencinta alam semulajadi. Pusat Hidupan Liar Semenggoh mengkhususkan jadual dua kali sehari untuk mengagihkan buahbuahan kepada populasi Orangutan tersebut. ini merupakan tarikan utama pengunjung yang ingin melihat haiwan ini dengan lebih dekat. Selain itu, Pusat Hidupan Liar Semenggoh juga didedikasi sebagai platform untuk mendidik para pengunjung tentang pelbagai spesies hidupan liar yang terlindung dan terancam.

Sekiranya pengalaman memerhati Orangutan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh tidak memadai, dan ada keinginan untuk memberi komitmen yang lebih kepada Orangutan Borneo, para pengunjung dapat menyumbang secara langsung kepada usaha pemuliharaan melalui Orangutan adoption Program (https://

semenggoh.my/adoptorangutan/)

samada secara individu dengan bayaran Rm200 untuk setahun ataupun sumbangan korporat, dengan jumlah minima Rm10,000.00 untuk setahun. Bersama-samalah kita menjaga khazanah alam kita, sesungguhnya setiap ciptaan ada peranan dan sumbangannya masing-masing dan setiap perlakuan yang ikhlas ada ganjaran yang tersendiri.

This article is from: