5 minute read
DESTINASI kEMbALI TRAVEL
from Majalah Santai 86
by Santaidesign
KeMBali ‘travel’: teroKai laMan BelaKang sendiri
rakyat Malaysia kini telah boleh kembali travel untuk merentas negeri. Semua orang excited nak balik kampung untuk sambung beraya dan jumpa ibu bapa. Selepas itu, bolehla sambung bercuti ke tempat lain pula. tetapi, ke mana nak pergi? Nak ke luar negara tak boleh lagi. Bercuti di Malaysia ke? OleH: lIYANA SAlleH
Advertisement
eelok-eloknya, bercuti lah di ne-
Sgara kita sendiri! Malaysia sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik yang kita boleh terokai. Setelah lama duduk di rumah, pelbagai jenis aktiviti yang telah kita lakukan. Selain daripada virus berbahaya, terdapat hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 ini. Di Jepun, rusarusa liar kembali bersiar-siar di bandar yang kosong. Selain itu, di Port Dickson, penyu telah kembali untuk bertelur disebabkan kawasan pantai yang sunyi dan ketiadaan orang.
Ini adalah masa untuk kita melakukan refleksi kendiri terhadap aktiviti-aktiviti kita sebelum pandemik ini. Adakah apa yang kita ketahui sebagai ‘normal’ itu bagus untuk kita dan alam sekitar di masa hadapan? Norma baru adalah apa yang kita harus praktikkan. Justeru, apakah yang kita boleh buat ketika bercuti untuk mengekalkan keharmonian alam?
1. Bercuti sambil menyertai program kesukarelawan Ramai yang rasa apabila kita bercakap tentang program kesukarelawan, program tersebut adalah percuma. Ya, dahulunya, program kesukarelawan bermula dengan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan bayaran. Tetapi, kini, terdapat program kesukarelawan yang memerlukan anda untuk membayar yuran program.
Terdapat banyak organisasi yang menawarkan program kesukarelwan berbayar. Program-program ini merangkumi pelbagai aspek dan menyokong pelbagai isu-isu alam sekitar dan komuniti. Yuran program tersebut sebenarnya adalah untuk menampung kos penginapan, makanan serta aktiviti-aktiviti anda. Dengan cara itu, kedatangan anda tidaklah membebankan organisasi-organisasi tersebut malah dapat membantu mereka.
Kedatangan anda akan membantu mereka dari segi pertolongan tenaga buruh, buah fikiran, pertukaran pengetahuan dan juga sokongan moral. Untuk anda pula, menyertai program kesukarelawan boleh membantu anda untuk menambahkan pengetahuan dalam sesuatu isu konservasi dan komuniti, pengalaman bekerja, memperluas rangkaian dan memberi rasa kepuasan diri. Hal ini tentunya merupakan ‘brownie points’ untuk anda ketika temuduga untuk sesuatu pekerjaan kerana menunjukkan personaliti anda. Selain itu, anda akan memperoleh pengalaman yang cukup berharga yang tidak boleh dibeli dengan apa-apa matawang di dunia.
dimanakah anda boleh menyertai program sukarela di Malaysia? Sekiranya anda berminat dengan konservasi penyu, anda boleh menyertai Perhentian Turtle Project di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian terkenal dengan kecantikan pantainya serta aktiviti snorkel untuk melihat terumbu karang dan hidupan laut. Di sini juga anda boleh melihat penyu yang datang untuk makan dan jika anda bertuah, anda boleh melihat penyu bertelur! Namun begitu, disebabkan kemasyurannya sebagai destinasi pelancongan, penyu-penyu berhadapan dengan ancaman-ancaman kepupusan yang disebabkan oleh manusia.
Di Perhentian Turtle Project, jadilah ‘Penyu Warriors’ untuk menyelamatkan penyu-penyu ini dari kepupusan! Sertai pasukan projek tersebut untuk menjalankan tinjauan snorkel dan mengumpul data mengenai penyu melalui teknik ‘Photo ID’, rondaan malam untuk melindungi ibu penyu yang tengah bertelur dan telur-telurnya dalam memastikan tiada pemburu haram yang mengambilnya dan memberi ‘Awareness
Talk’ kepada pelancong-pelancong ke Pulau Perhentian.
Projek ini tengah mengadakan promosi untuk mengalu-alukan kedatangan sukarelawan untuk membantu mereka selepas PKP ini. Buat permohonan untuk menyertai mereka tahun ini atau tahun hadapan dan buat pembayaran deposit anda sebelum 17 Julai 2020 untuk menikmati diskaun 40%. Jangan terlepas peluang ini!
2. Bercuti secara eko Selari dengan norma baru, kita juga haruslah melihat kembali tabiat pelancongan kita. Apakah impak pelancongan anda kepada jejak karbon (carbon footprint) anda? Jejak karbon adalah impak perbuatan kita terhadap alam sekitar. Semakin tinggi jejak karbon kita, semakin teruklah impak terhadap alam sekitar iaitu melalui pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas) ke atmosfera. Kesan rumah hijau amatlah serius dan berbahaya kepada alam sekitar dan juga diri kita. Oleh itu, pilihlah untuk bercuti secara eko.
apa maksud percutian eko? Percutian eko bermaksud percutian di mana kita mengurangkan jejak karbon kita dengan membuat pilihan peka terhadap destinasi, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan, pemakanan, tempat tinggal dan pengangkutan yang digunakan ketika bercuti.
Sebagai contoh, pilihlah tempat penginapan yang diusahakan oleh orang tempatan. Selain itu, makanlah di tempat yang diusahakan oleh orang tempatan yang menyediakan menu lokal. Hal ini boleh membantu ekonomi tempatan kawasan tersebut dan tidak hanya menguntungkan pihak konglomerat.
Dari segi pengangkutan pula, pilih untuk berjalan kaki ke tempat yang dekat, ‘carpool’ bersama rakan-rakan jika pergi secara berkumpulan dan sebaiknya, gunakanlah pengangkutan awam. Ingatlah, penerbangan jarak dekat meningkatkan jejak karbon yang lebih tinggi daripada penerbangan jarak jauh. Hal ini disebabkan, pelepasan dan pendaratan kapal terbanglah yang sebenarnya memakan karbon yang tinggi.
Seterusnya, pilihlah aktiviti-aktiviti pelancongan yang tidak membahayakan atau mengganggu alam sekitar dan hidupan liar. Berhentilah menyokong aktiviti-aktiviti seperti menunggang gajah, mengambil foto jarak dekat bersama hidupan liar seperti harimau, ular dan sebagainya.
Hal ini disebabkan, hidupan-hidupan liar ini mempunyai hak untuk hidup bebas di habitat asli mereka. Cara-cara pengendalian haiwan-haiwan ini selalunya kejam, tidak beretika dan berlawanan dengan tingkah laku semula jadi haiwan tersebut. Anda memainkan peranan penting untuk memberhentikan tarikantarikan pelancong seperti ini. Sekiranya tiada permintaan, pengusaha-pengusaha aktiviti tersebut tidak akan mengusahakan aktiviti tersebut.
Banyaknya benda nak fikir. di mana harus saya mula? Jangan risau! Sekiranya anda sudah bersedia untuk melakukan percutian eko tetapi runsing dengan perancangannya, tanyalah pengendali seperti Fuze ecoteer untuk membantu anda.
Fuze Ecoteer adalah perusahaan social (social enterprise) yang fokus terhadap konservasi alam dan komuniti. Mereka mempunyai 3 projek konservasi di Malaysia dan juga menyokong dua projek konservasi lain di Malaysia dan Indonesia. Anda boleh memilih antara percutian eko yang mereka sediakan atau membantu anda untuk merancang percutian eko anda. Sekiranya anda mempunyai tempat tertentu yang ingin anda lawati atau aktiviti yang ingin anda lakukan, beritahulah mereka dan mereka akan menyusun itinerari pelancongan eko anda secara lengkap. Maya (virtual Field trip) Sekiranya anda adalah pelajar sekolah atau universiti dan tidak dibenarkan untuk keluar rumah untuk bercuti, jangan bimbang. Tidak perlulah mereput di rumah. Anda boleh cadangkan kepada sekolah atau universiti anda untuk mengadakan lawatan sambil belajar secara maya atau ‘Virtual Field Trip’. lawatan secara maya memberi peluang kepada anda untuk ‘berjumpa’ dengan pakar-pakar dan mengadakan sesi pembelajaran bersama mereka di rumah anda. Apa yang anda perlukan hanyalah komputer, talian internet dan luangkan masa anda. lawatan-lawatan secara maya ini boleh disesuaikan dengan keperluan pembelajaran anda. Sebagai contoh, sesuatu organisasi itu boleh mengadakan lawatan tersebut sebagai lawatan pembelajaran biologi, pembelajaran konservasi hidupan liar dan sebagainya. Bincanglah bersama organisasi yang mengendalikan lawatan secara maya anda.
Untuk pengetahuan anda, Fuze Ecoteer juga mengendalikan lawatan universiti dan sekolah. Sebelum bermulanya pandemik ini, mereka mengendalikan pelajar-pelajar dari seluruh Negara untuk lawatan sambil belajar mereka. Kini, untuk memudahkan peserta-peserta mereka, Fuze ecoteer juga mengendalikan lawatan sambil belajar. Anda boleh duduk di rumah sambil ‘melawat’ Pulau Perhentian, belajar tentang serta membantu proses konservasi batu karang dan penyu!
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang anda boleh lakukan dan tempat yang anda boleh lawati di mana anda berada. Ini adalah masa untuk kita melawat dan menerokai halaman rumah kita sendiri iaitu negara kita. Hal ini juga boleh membantu untuk menggerakkan ekonomi negara kita yang telah mengalami kemerosotan disebabkan pandemik ini. Kita jaga kita. Jom kita travel ke sana ke sini di dalam negara dan kekalkan semangat travel kita bersama.