1 minute read
HOTEL THE LAkE HOUSE
from Majalah Santai 86
by Santaidesign
PErcuTian PErsis Bangsawan
Advertisement
Teks : Azli khAiri Abdul hAmid (Ak) FoTo : muhAmAd hAFiz zAbidi TerimA kAsih : low lAi Fun (hoTel mAnAger)
1. Anak bebas bermain di sini 2. Kepak ayam dengan sos istimewa 3. Maklumat tetamu perlu diisi sebelum dibenarkan menginap 4. Bilik utama Suite
Keluarga
ni merupakan kunjungan saya
Iyang kedua di sini. Tidak banyak yang berubah. semuanya kelihatan sama seperti tujuh tahun lepas. sebaik turun dari kereta, bau bungabungaan segar menusuk hidung. saya disambut oleh pekerja The lake house yang lantas mengambil bacaan suhu sebelum dibenarkan memasuki premis.
Pembersih tangan juga disediakan untuk kegunaan para tetamu. semua pekerja hotel saya lihat menggunakan pelitup muka mengikut saranan kerajaan malaysia selepas negara kita dilanda pandemik Covid 19. setiap bagasi yang saya bawa juga disemburkan dengan cecair khas pembasmi kuman sebelum dibawa masuk ke dalam premis. ini adalah antara norma baharu yang akan anda hadapi bila bercuti.
The lake house Cameron highlands dibina oleh pesara tentera british, kolonel stanley i Foster yang berbangsa scotland. rumah desa ini mempunyai 19 buah bilik, siap dibina pada tahun 1969. rumah desa yang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini berinspirasikan senibina venakular scotland di mana jelas kelihatan penggunaan garisan geomatrik dan panel kayu gelap. kalau sudah nama rumah inggeris, tentulah sudah sinonim di seluruh bahagian dalam lorong, ruang tamu, bar & ruang istirehat, pendiang api, ruang membaca dan bilik tidur dalam bentuk kotak-kotak yang sering dihasilkan dari elemen kayu menegak dan mendatar yang bersilang pada dinding dan siling putih gading. kini
The lake house menawarkan 19 buah bilik penginapan bermula dari kategori bilik deluxe, suite junior, suite keluarga, suite Foster dan suite Cameron.
1
2
3 The Lake House cameron Highlands dibina oleh pesara tentera British, Kolonel stanley i Foster yang berbangsa scotland. rumah desa ini mempunyai 19 buah bilik, siap dibina pada tahun 1969. rumah desa yang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini berinspirasikan senibina venakular scotland.