6 minute read

DESTINASI kELANTAN

JOM BERCUTI DI KELANTAN

Seperti yang semua tahu, Tahun 2020 membawa 1001 cabaran kepada industri pelancongan sedunia. Ini termasuk juga pelancongan domestik yang terkesan teruk akibat pandemik Covid 19. Tourism Malaysia telah mengambil satu inisiatif agar industri pelancongan yang sudah terjejas perlu disemarakkan semula. Oleh itu, pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan satu program Ekspresi Media Kelantan 2020 yang disertai oleh beberapa orang pengamal media.

Advertisement

teks : Izzah zahraa (wartawan pelatIh) foto : Izzah zahraa & Ihsan Backpackerz MagazIne terIMa kasIh : BahagIan koMunIkasI tourIsM MalaysIa

abong merupakan tempat

Dpelancongan yang sangat sesuai bagi mereka yang minat dengan aktiviti-aktiviti luar atau lebih kepada ‘nature’. Destinasi ini juga memberi peluang kepada para pelancong yang mendambakan suasana aktiviti yang lasak. Destinasi pertama adalah Jelawang pipe resort & extreme park. taman ekstrem ini berhampiran dengan keindahan hutan tropika dan kawasan air terjun menjadikan ia sangat menarik untuk diterokai. Jelawang pipe resort & extreme park menggunakan

‘tube’ sebagai struktur utamanya. satu keistimewaannya di sini, pelancong yang menginap di sini dapat menikmati deruan air sungai yang mengalir yang terletak di belakang tempat penginapan dan udara yang dingin. selain penginapan yang selesa,

Jelawang pipe resort & extreme park ini juga menyediakan surau, kafé dan tandas yang sentiasa bersih. fogging sentiasa dilakukan untuk memastikan tiada nyamuk di kawasan ini. Beberapa aktiviti lasak seperti flying fox, water tubing, via ferrata, waterfall hiking, caving, abseiling, rock climbing dan paragliding boleh dilakukan. saya sempat mencuba flying fox setinggi 15 meter dan panjangnya 150 meter, merentasi air terjun sungai Batu yang berlatarbelakang pemandangan gunung che tahir. selain daripada itu, kami juga melakukan aktiviti ‘caving’ di kompleks gua Ikan, Dabong. Ia merupakan gua batu kapur yang berusia kira-kira 150 juta tahun menghimpunkan gua Ikan, gua pagar, gua gelap dan gua keris yang dikatakan dahulunya adalah sebuah lautan berdasarkan sumbersumber fosil yang dijumpai di dalam gua tersebut. lebih menarik lagi apabila kami berpeluang menjejaki gua keris, terdapat satu bongkah batu yang berbentuk sebilah keris di dalamnya. sebelah batu tersebut terdapat sebuah kolam yang sentiasa digenangi air yang menitis dari puncak gua. tengah-tengah gua tersebut terdapat satu lubang diterangi cahaya semulajadi dari puncak gua tersebut. cahaya tersebut muncul dari lubang bumbung gua sehingga menampakkan cahaya terus tertumpu yang dipanggil sebagai ‘God Light’. kompleks gua Ikan ini terletak 10 kilometer dari Jelawang pipe resort. aktiviti terakhir kami di Dabong adalah ‘tubing’ di sungai kenerong.

Warna-Warni Kota Bharu Dari Dabong kami singgah di kota Bharu, kelantan. kami terus bergerak menuju ke Jeti MIB, kuala Besar untuk singgah di warung pak Mat pulau pisang yang cukup terkenal dengan menu teh Madu. kami menaiki bot di Jeti Medan Ikan Bakar bersebelahan dengan warung pak Mat untuk ke pulau suri floating Market. tambang bot pergi balik hanya rM15 seorang. pulau suri floating Market ini merupakan pasar terapung yang pertama di Malaysia menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau seperti jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, etok-etok salai serta aneka kuih tradisional dan kerabu nipah. kelantan terkenal dengan corak batik yang sangat cantik. untuk mendapatkan

koleksi batik yang berkualiti tinggi, pelancong wajib pergi ke Batik ayu fashion di kampung talak. ayu fashion, tukang batik yang mengekalkan teknik tradisional dalam pembuatan batik. saya berpeluang melihat sendiri bagaimana cara batik dihasilkan dengan kaedah blok tradisional. sangat mengagumkam apabila pengusaha Batik ayu fashion ini masih mengekalkan warisan tradisi yang unik ini. Batik ayu fashion lebih dikenali batik eksklusif kerana setiap blok yang digunakan tidak akan sama dengan corak blok yang lain. Maksudnya tiada corak yang akan berulang. apa yang anda beli tidak akan sama dengan manamana batik lain.

Jika pengunjung dating ke Butik ayu fashion ini, pengunjung akan berpeluang untuk melihat ribuan blok yang telah digunakan, dipamerkan di dinding dan bumbung dalam bengkel ayu fashion. lebih kurang 5000 cop blok batik yang telah dihasilkan oleh mereka.

Galeri Wayang Kulit Tradisional sebelum bergerak ke galeri wayang kulit, kami makan malam di sabye sabye café. kafé ini berkonsepkan tradisional dan mempunyai rekabentuk dan sangat instagrammable. Dari sini kami berjalan kaki ke galeri wayang kulit di seberang jalan . galeri ini dibina apabila satu-satunya tok Dalang wayang kulit tradisional kelantan, pak Dain mencetuskan satu idea di mana beliau tidak mahu tradisi wayang kulit ini dilupakan atau pupus begitu sahaja. pak Dain dikatakan mahir menguasai antara 30-40 watak wayang kulit. Dengan adanya pameran koleksi-koleksi wayang kulit pengunjung dapat melihat dan mengetahui bentuk wayang kulit dengan lebih dekat. uniknya apabila usaha pak Dain untuk menarik minat generasi muda, beliau telah mencipta wayang kulit star wars yang telah dipersembah di tiga buah negara iaitu perancis, singapura dan cina.

perahu kolek merupakan perahu tradisional yang dihiasi lukisan dan hiasan ukiran yang amat unik di pangkalan Datu, kelantan. perahu kolek mempaparkan artifak budaya dan warisan masyarakat sesebuah negara dan bangsa. Ia adalah pengakutan air melayu yang mempunyai pengaruh dalam tamadun melayu sejak beratus tahun dahulu. Dengan bayaran rM10 seorang, pengunjung dapat menyelusuri sungai pangkalan Datu sambil menikmati keindahan alam sekitar sungai tersebut sepanjang enam kilometer.

Menariknya, perjalanan ini bukan hanya duduk di dalam perahu, tetapi pengunjung akan berhenti di beberapa tempat yang menarik seperti Masjid ar-rahman pulau gajah yang menampilkan keunikan seni bina Islam dan Melayu. Ia turut menerapkan gabungan hiasan binaan dari empat negara luar iaitu Indonesia, Maghribi, yaman dan turki. selain itu pengunjung akan dibawa untuk melihat rumah api di pulau nami melalui sungai serta Bachok dan rumah lama cina yang berusia 200 tahun lama dahulu. tambahan lagi, pengunjung akan berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti penduduk kampung menuai nira nipah, mengutip lokan dan melihat ikan air tawar. perahu kolek dapat memuatkan seramai 15 hingga 25 penumpang. Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba perahu kolek boleh ke pengkalan Datu setiap hari sabtu dan beroperasi setiap sabtu bermula 9 pagi hingga 4 petang. pada hari terakhir di kelantan, kami telah mengambil sarapan pagi di ayang café, kota Bharu di mana pelbagai jenis makanan yang tidak dapat di negeri lain dan kuih dengan harga yang sangat murah. Bermula dari ayang café, kami menaiki beca menuju ke kota Bharu street art dan pasar siti khadijah yang terkenal di negeri serambi mekah ini yang hampir 90% peniaganya adalah perempuan.

This article is from: