17 minute read

PELANCONGAN PERUbATAN

Next Article
DESTINASI kELANTAN

DESTINASI kELANTAN

1

2

Advertisement

Jatuh cinta Kali Kedua kali ini saya memilih untuk menginap di suite keluarga yang mempunyai dua bilik. bilik utama mempunyai sebuah katil queen dan bilik lain mempunyai dua katil single. mewah. itulah yang dapat saya katakan sebaik berada di dalam bilik ini. walaupun masih mengekalkan ciri-ciri inggeris namun bilik ini telah dihias dan dilengkapi dengan peralatan moden. setiap bilik mempunyai mesin kopi dan teh, televisyen dengan siaran kabel terpilih, wi-fi, kipas antik, mini bar dan set penjagaan diri. sebaik tirai diselak, kelihatan tasik buatan manusia terbentang luas di hadapan mata. mata meleret pula ke laman yang luas di hadapan rumah yang dipenuhi bungabungaan. Tenang sekali jiwa ini setiap kali berada di sini.

3 sebaik tirai diselak, kelihatan tasik buatan manusia terbentang luas di hadapan mata. Mata meleret pula ke laman yang luas di hadapan rumah yang dipenuhi bungabungaan. Tenang sekali jiwa ini setiap kali berada di sini.

1. Pendiang api asli yang masih digunakan 2. Suhu badan diambil sebelum masuk ke premis 3. Set minum petang tradisional Inggeris 4. Madu lebah asli digunakan untuk sarapan pagi

1

2

3

usai berehat sebentar, saya turun ke lakeview Terrace untuk menikmati set minum petang tradisional inggeris. set yang berharga rm120 boleh dinikmati berdua. Apa yang istimewa tentulah skon dan jem strawberi yang dibuat sendiri oleh Chef di sini. udara yang

1. Ruang rehat dalam Suite

Keluarga 2. Ruang tamu 3. Suite keluarga

Bercuti di sini merupakan satu pengalaman yang cukup berbeza. saya bebas merayaurayau seperti berada di dalam rumah sendiri, tidak terkurung di dalam bilik sahaja seperti di hotel. nyaman membuatkan saya cepat berasa lapar. Tidak cukup dengan skon, saya memesan kepak ayam dan karipap untuk mengisi perut. saya kemudian disapa oleh low lai Fun, Pengurus hotel The lake house Cameron highlands. saya sempat berbual-bual sebentar dengan beliau. menurut lai Fun, selain skon, kepak ayam dan karipap adalah menu minum petang yang laris di sini. “The lake house mengekal rekaan kolonial yang sangat klasik. bangunan asal masih kekal tulen untuk memastikan setiap tetamu yang menginap di sini merasai elemen suasana perkampungan inggeris di scotland pada awal tahun 1900. suntikan kemewahan diberikan oleh hPl hotel & resort untuk memastikan para tetamu diangkat menjadi seperti golongan bangsawan inggeris,” tambah lai Fun. bila malam menjelang, pendiang api akan dinyalakan dengan menggunakan kayu setiap hari tepat jam 7 malam. masyarakat inggeris dahulunya menggunakan pendiang untuk memanas badan mereka pada malam yang dingin. Terdapat rak buku untuk mereka yang ingin berehat di ruang membaca sambil memanaskan badan. masa seakan terhenti ketika berada di dalam rumah ini. bagi saya, bercuti di sini merupakan satu pengalaman yang cukup berbeza. langsung tidak terasa seperti di hotel. saya bebas merayau-rayau seperti berada di dalam rumah sendiri, tidak terkurung di dalam bilik sahaja seperti di hotel. manakala anak-anak pula bebas bermain di dalam rumah atau di laman tanpa pengawasan namun selamat. mungkin anda perlu membayar lebih sedikit berbanding dengan hotel lain namun percayalah jika anda sudah menginap di sini, anda pasti tidak menyesal dan saya dapat rasakan yang anda akan kembali untuk menikmati pengalaman percutian yang berbeza dari apa yang pernah anda alami sebelum ini.

COVID -19 : MALAysIA DEsTINAsI PERUBATAN TERBAIk DI DUNIA

Ketika dunia diancam dengan wabak Covid-19 dan berjuang menangani krisis dunia ini, malaysia tampil sebagai negara teratas di dunia dalam peratus pesakit yang sembuh daripada Covid 19. Dengan kadar 32.7% , malaysia mengatasi negara -negara lain seperti singapura 24.4%, Hong Kong 22.54% manakala kadar purata penyembuhan di dunia adalah sebanyak 21.01%.

Sementara itu kadar pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Malaysia pula adalah yang paling rendah iaitu 1.63% berbanding Korea (1.84%),

Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%. Ini membuktikan bahawa kaedah Malaysia menangani wabak

Covid-19 ini adalah yang terbaik dengan sistem perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia.

Kecemerlangan Malaysia dalam bidang perubatan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diiktiraf diperingkat dunia sejak sekian lama. Malaysia menerusi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah menerima pengiktirafan di atas pencapaian cemerlang para penyedia perkhidmatan kesihatan di majlis anugerah Pelancongan Kesihatan International Medical Travel Journal (IMTJ) 2018 (International Medical Travel Journal (IMTJ) Medical Travel Awards 2018) yang diadakan di Athens. Sembilan daripada lima belas kategori yang dipertandingkan dibolot oleh Malaysia Healthcare. Ini termasuk, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang berjaya meraih anugerah “Kluster Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Tahun 2018” (Health and Medical Tourism: Cluster of the Year) untuk tahun kedua berturut-turut. Ini membuktikan kecekapan MHTC memainkan peranannya sebagai agensi yang memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia.

Malaysia juga mendapat Kepujian Tertinggi (Highly Commended) sebagai “Destinasi Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Terbaik” (Health and Medical Tourism: Destination of the Year). Pengiktirafan ini adalah untuk semua usaha yang telah dilakukan dalam memartabatkan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka untuk penjagaan kesihatan. Beberapa hospital swasta terulung di Malaysia juga telah berjaya meraih beberapa anugerah berprestij semasa majlis tersebut. Anugerah-anugerahnya adalah: 1. Hospital Antarabangsa Terbaik (International Hospital of the

Year) Pemenang: Gleneagles

Kuala Lumpur

2. Pusat Pakar Pesakit Antarabangsa

Terbaik (International Specialist

Patient Centre of the Year)

Pemenang: Institut Jantung

Negara

3. Klinik Kesuburan Antarabangsa

Terbaik (International Fertility

Clinic of the Year) Pemenang:

TMC Fertility

4. Klinik Pembedahan Kosmetik

Antarabangsa Terbaik (International

Cosmetic Surgery Clinic of The

Year) Pemenang: Beverly Wilshire

Medical Centre

5. Inisiatif Pemasaran Terbaik (Best

Marketing Initiative) Pemenang:

Gleneagles Kuala Lumpur

(Kempen Less Pain, More Gain - a

Minimally Invasive Surgery) 6. Inisiatif Kualiti Terbaik (Best

Quality Initiative) Pemenang:

Tropicana Medical Centre

7. Kecemerlangan Dalam

Perkhidmatan Pelanggan (Excellence in Customer Service)

Kepujian Tertinggi: Gleneagles

Kuala Lumpur

Anugerah ini dihakimi oleh lebih daripada 20 orang panel juri, yang dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam industri pelancongan kesihatan, dipengerusikan oleh Ketua Editor IMTJ, KeithPollard.

Para pemenang dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang mengetengahkan inovasi dan kecemerlangan di dalam industri pelancongan kesihatan. Antara nama-nama yang membarisi panel hakim elit ini termasuk Irving Stackpole daripada Stackpole and Associates, Ilan Geva daripada Ilan Geva and Friends, Dato’ Dr Jacob Thomas daripada Persatuan Hospital-Hospital Swasta Malaysia (APHM), dan Elizabeth Ziemba daripada Medical Tourism Training.

“Sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu, Malaysia telah kekal menjadi juara bertahan bagi anugerah “Destinasi Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Terbaik”, dan ini telah menjadi kayu ukur bagi negara-negara di seluruh dunia yang berlumba-lumba untuk menjadi destinasi pilihan untuk pelancongan kesihatan. Malaysia mempunyai dua faktor utama yang meletakkannya lebih jauh di hadapan berbanding destinasi-destinasi lain. Pertama sekali, Malaysia memiliki sistem perolehan data yang berstruktur mantap dan disokong kuat oleh pihak kerajaan. Keduanya, Malaysia menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang menyeluruh, terutamanya menerusi perkhidmatan concierge yang disediakan. Malaysia merupakan saingan yang kuat dalam industri pelancongan kesihatan dan ia amat menggalakkan untuk melihat para penyedia perkhidmatan kesihatan terus berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan,” ujar Keith Pollard.

Anugerah ini membuktikan kemampuan Malaysia Healthcare untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa di dalam industri pelancongan kesihatan. Selain anugerah ini, Malaysia juga telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk “Best Country in the World for Healthcare” (Negara Terbaik Dunia untuk Penjagaan Kesihatan) daripada International Living’s Annual Global Retirement Index bagi tahun 2015 sehingga 2017.

Pada awal tahun 2018, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara Asia yang terbaik untuk persaraan, meletakkan Malaysia sebagai negara kelima terbaik keseluruhan selepas Mexico, Costa Rica, Panama, dan Ecuador.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, “Saya amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Malaysia Healthcare pada majlis anugerah ini. Ternyata, gabungan tahap perkhidmatan kesihatan yang cemerlang, dan sokongan padu daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia inilah yang menjadi penggerak utama dalam memartabatkan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka untuk penjagaan kesihatan. Tahniah kepada semua penyedia penjagaan kesihatan di atas usaha yang konsisten dalam mengecapi kecemerlangan.”

Sebelum ini, Malaysia Healthcare telah memenangi “Destinasi Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Terbaik” selama tiga tahun berturut-turut daripada tahun 2015 hingga 2017. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan global yang terkemuka. MHTC juga juga telah memenangi “Kluster Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Tahun 2017” (Health and Medical Tourism: Cluster of the Year) pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2017, membuktikan pentingnya sokongan kerajaan yang kukuh dan kerjasama awam-swasta yang utuh dalam memacu industri pelancongan kesihatan negara.

MHTC adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 2009, dibawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia. Dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan global yang terkemuka, MHTC telah memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif untuk dimajukan dalam mencapai matlamat ini. Inisiatif-inisiatif ini telah diperkenalkan berlandaskan kekuatan dan keunikan negara sebagai destinasi penjagaan kesihatan. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah 1. Menjadikan Malaysia sebagai Hab

Rawatan Kesuburan dan Kardiologi di Asia, 2. Menubuhkan “Flagship Medical

Tourism Hospitals” di Malaysia, dan 3. Mengelolakan “Malaysia Year of

Healthcare Travel 2020” yakni kempen kesihatan antarabangsa pertama Malaysia.

Malaysia Healthcare sentiasa mengalu-alukan para penjaga kesihatan untuk “Experience Malaysia Healthcare, Embrace Malaysian Hospitality” (Alami Penjagaan Kesihatan Malaysia, Hayati Kemesraan Malaysia).

SELESa BErSanTai Di LOTuS DESaru BEacH rESOrT & Spa

Terletak di Pantai Timur hujung Selatan Johor, Lotus Desaru Beach Resort & Spa merupakan destinasi percutian keluarga yang pilihan ramai pengunjung ke Desaru.

antai berpasir putih terbentang kira-kira 26 kilometer,

Pmenghadap ke laut China Selatan yang dibingkai dengan rhu dan pokok palma. "Desaru" bermaksud "Kampung Casuarinas", menjelaskan banyaknya pokok Casuarina di sepanjang pantai Desaru.

Resort ini mengalu-alukan para tetamu untuk mahukan percutian yang sempurna di persekitaran pantai tropika, sama ada mereka suka percutian yang penuh dengan aktiviti, santai, atau gabungan perniagaan dengan keseronokan. Ia bukan sekadar resort di mana anda boleh berehat dan berehat, ia juga merupakan tempat di mana anda boleh berseronok dengan orang yang anda sayangi.

Resort yang bertema "Resort untuk semua sebab" ini menghadap ke Laut China Selatan menawarkan 480 unit dari satu, dua, tiga dan empat bilik apartmen suit. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden mulai dari dewan persidangan dan kemudahan jamuan, restoran, lounge, kolam renang ke pusat bermain kanak-kanak. Dewan jamuan / konvensyen pula boleh dengan mudah menampung 800 tetamu.

Aspek paling memukau yang terus menarik orang kembali ke Lotus Desaru adalah suasana pantai yang tenang yang dapat dinikmati oleh semua tetamu, tanpa mengira usia mereka.

aSpEk paLing mEmukau yang TEruS mEnarik Orang kEmBaLi kE LOTuS DESaru aDaLaH SuaSana panTai yang TEnang yang DapaT DinikmaTi OLEH SEmua TETamu, Tanpa mEngira uSia mErEka

Selain itu Resort juga menyediakan pakej seperti kerjasama dengan Kelab Golf ELS untuk yang mahukan sukan itu.

Lotus Group Hotels & Resorts menerima pelbagai pengiktirafan hebat termasuklah The Most Outstanding Beach Resort yang dianugerahkan oleh Pelancongan Gaya Hidup Asia yang berprestij, disahkan untuk ISO: 22000 Pengurusan Keselamatan Makanan oleh Lloyd's Register dan yang terbaru - "BESS" (Bersih, Sihat & Selamat) yang dianugerahkan oleh negeri Johor .

sehari di seLanGOr, JOM LaWati daerah KUaLa LanGat

terokailah Bandar-bandar utama di Daerah kuala langat seperti Bandar Banting, Pulau Carey, Jugra, Morib dan juga teluk Datok yang sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

ebutlah peluang untuk mengembara ke destinasi yang terkenal di Daerah

RKuala Langat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Negeri Selangor. Oleh kerana ianya terkenal dengan hasil pertanian serta mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan dan sejarah, pastikan anda kunjungi setiap lokasi yang kami cadangkan kepada anda.

9.00 a.m. Sarapan pagi di Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan. Mulakan hari anda dengan menikmati sarapan pagi di salah sebuah Restoran Cina pilihan ramai di Daerah ini Dekorasi dalaman restoran ini yang bercirikan gaya lama semestinya akan membawa anda kembali ke zaman dahulu.

10.00 a.m. Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen. Terletak di Jenjarom, kuil yang berkeluasan 16 ekar serta dibina pada tahun 1994 ini turut merupakan rumah bagi semua mercu tanda utama seperti Waterdrop Teahouse, taman Lumbini dan Galeri Seni Fo Guan Yuan.

11.00 a.m. Lawati Mah Meri Cultural Village untuk mempelajari budaya Orang Asal Negeri Selangor. Anda dapat melihat dan merasai sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka dengan menyertai pakej lawatan yang ditawarkan.

12.00 p.m. Dapatkan makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh.

1.00 p.m. Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal.

2.00 p.m. Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding.

4.00 p.m. Lawati Kuan Wellness Eco Park.

5.00 p.m. Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum petang.

6.00 p.m. Saksikan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib. Tiada ada yang lebih menenangkan selain daripada berjalan-jalan di sekitar Pantai Morib untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

7.00 p.m. Makan malam di Assam Batu Laut.

sony experia 1 yang panjang

Perkara pertama yang saya perasan sebaik menerima unit telefon pintar Sony Experia 1 adalah bentuknya yang panjang sedikit jika dibandingkan dengan telefon pintar yang lain. Telefon pintar ini akan sedikit terjulur keluar dari poket seluar jeans saya, datang dengan ratio paparan 21:9, menambah dimensi telefon ini secara keseluruhannya. Pertama kali saya rasa agak janggal untuk menggunakannya namun setelah beberapa hari bersama saya, baru saya sedari walaupun saiznya panjang, namun cukup mudah untuk memegang telefon ini menggunakan sebelah tangan. Bercakap mengenai sebelah tangan, Sony membangunkan Sony Side Sense, iaitu sensor yang membolehkan saya menggunakan telefon ini hanya dengan sebelah tangan! Memang mudah sekali. Cuma bagi saya skrinnya terlalu sensitif di mana ia mudah terus ke applikasi lain ketika kita bercakap telefon atau mengambil telefon ini dari poket.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Sony menghasilkan ratio sebegini. Sebenarnya Sony menyatakan dengan ratio ini anda boleh menonton filem seperti gambar asalnya kerana kebiasaannya filem direkodkan menggunakan ratio 21:9. Jadi telefon pintar ini amat sesuai untuk mereka yang gemar menonton filem atau televisyen siri di Netflix ataupun Youtube.

Ketika menonton Youtube dan Netflix, sedikit getaran akan terasa pada telefon bimbit, memberikan kesan seperti mendengar bunyi audio di dalam panggung wayang. Sony telah menambah fungsi Dynamic Vibration pada Experia 1. Tapi usah risau anda boleh mematikan fungsi ini jika tidak suka dengan getarannya.

Paparan skrin pula adalah 6.5 inci dengan kemampuan 4K HDR unit yang diambil dari teknologi Sony Bravia X1. Experia 1 dilindungi dengan kemasan Gorilla Glass 6 dan tahan habuk serta air. Namun jika menggunakan telefon ini, anda patut menggunakan casing kerana ia sangat nipis dan agak licin tanpa casing. Experia 1 juga tidak mempunyai lubang 3.5mm headphone jack. Telefon pintar ini dikuasakan dengan chipset Qualcomm Snapdragon 855, 6GB RAM dengan ruang storan 128GB. Cukup untuk menyimpan segala gambar dan video di dalamnya.

Dengan adanya Experia 1 ini, saya tidak lagi perlu membawa kamera untuk tugasan di luar. Experia 1 didatangkan dengan tiga kamera iaitu kamera utama RGB, satu kamera ultra lebar dan kamera telephoto zoom. Saya mengambil beberapa gambar dan video menggunakan Experia 1. Bagi saya, kamera 12MP ini mampu menghasilkan gambar yang baik malah fungsi ultra lebar pun agak bagus. Cuma kelemahannya bagi saya, fungsi kamera hanya basic, tidak banyak modmod tambahan seperti mod malam dan hyperlapses yang agak mengecewakan sedikit bagi saya. Fungsi zoomnya pula OK sahaja.

Secara keseluruhan, bagi saya Experia 1 adalah sebuah telefon pintar yang bagus. Baterinya juga mampu bertahan sehingga ke petang tanpa perlu mengecas. Cuma jika anda banyak menonton filem, ia akan cepat berkurang. Lagi satu paparannya juga agak kelam. Kadangkadang saya terpaksa mengubah fungsi adaptive brightness untuk menerangkan kembali paparan pada skrin.

HUAWEI MATEPAd PRo - TAblET SElAngkAh kE hADAPAn

“Evolusi teknologi nyata banyak mengubah cara kita berfikir dan bekerja masa kini. Bermula dengan komputer meja, alat kelui, PDA, komputer riba, telefon pintar dan juga tablet, evolusi eknologi nyata membantu melengkapkan hidup kita. Sedar tidak sedar, ia telah menjadi satu keperluan”

Gergasi teknologi China Huawei terus berjuang serta berusaha menarik perhatian ramai menerusi model terbaru mereka. Walaupun Huawei dilanda masalah di mana semua produk terbaru mereka tidak lagi mempunyai capaian Google, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk bersaing dan menghasilkan produk yang inovatif. Terkini Huawei memperkenalkan tablet terbaik pernah dihasilkan mereka iaitu HUAWEI MatePad Pro yang dilabel sebagai super tablet. Kenapa saya menggelarnya super tablet? Sebagai ketua editor, saya menjalani hidup yang pantas. Tablet ini banyak membantu saya selepas pertama kali saya menggunakannya.

Jika sebelum ini, saya hanya membaca tentang kehebatan tablet ini, namun apabila ia telah berada di tangan saya, nyata apa yang diwar-warkan bukan omongan kosong. Paling saya sukai adalah ketika memegang HUAWEI MatePad Pro ini. Tablet ini sangat nipis, dengan ukuran 4.9mm menghasilkan ratio skrin ke badan hampir 90% dan rekaan micro-arc membolehkan ia dipegang secara semulajadi. Dari segi skrin pula, HUAWEI MatePad Pro merupakan satu-satunya tablet di dunia yang mempunyai Full View HUAWEI dengan skrin 10.8inci dan paparan 16:10 body ultra nipis.Satu lagi perkara yang membuatkan kenapa saya memilih super tablet ini adalah kerana spesifikasinya yang memukau.

Kenapa HUAWEI MatePad Pro?

Ketika mempertimbangkan untuk membeli tablet, saya mementingkan kuasa pemprosesan yang tinggi. Kenapa saya berkata begitu? Sebabnya mudah. Saya banyak melakukan kerja dari luar pejabat, jadi dengan kuasa yang tinggi ia nyata mempercepatkan urusan harian. Dengan kuasa yang tinggi, ia membolehkan saya bekerja dan bergembira dalam masa yang sama. Saya boleh berkongsi skrin dengan boss saya sambil membuat nota dan edit gambar dalam masa yang sama. HUAWEI MatePad Pro dikuasakan dengan chipset mercu Kirin 990 dengan RAM 8GB dual-channel untuk menyokong capaian pelbagai tugas. Walaupun kadar penggunaan yang tinggi, tablet ini tidak terasa panas kerana adanya sistem penyejukan 12 lapisan. Dengan adanya bateri berkuasa 7250mAh, saya tidak perlu lagi risau untuk mencari ‘plug point’ apabila berada dalam kapal terbang atau ketika berada lama di luar pejabat. Tambahan pula HUAWEI MatePad Pro adalah tablet pertama di dunia yang menyokong pengecas tanpa wayar dan pengecasan berbalik.

Saya banyak menghabiskan masa di luar pejabat jadi produktiviti saya sedikit terjejas. Namun dengan adanya super tablet ini, ia banyak membantu kerana dengan saiznya yang kecil namun dengan skrin yang besar dan bateri yang berkuasa saya boleh melakukan kerja-kerja penulisan di mana-mana saja! Papan kekunci Smart Magnetic yang didatangkan sekali memudahkan kerja-kerja seorang editor seperti saya manakala M-Pensil banyak membantu saya dalam melakukan lakaran-lakaran penting. HUAWEI MatePad Pro mempunyai mod PC yang membolehkan tablet ni menjadi PC hanya dengan menyambungkannya ke papan kekunci yang ditawarkan.

Kelebihan HUAWEI MatePad Pro

Super tablet ini menyokong Multi-Window11 yang membolehkan tablet ini menjalankan pelbagai tugas. Kini saya boleh menonton rancangan kegemaran di applikasi Astro on the Go tanpa gangguan kerana saya boleh membalas segala mesej yang dihantar oleh teman-teman saya dengan fungsi floating window. Satu lagi tablet ini boleh digunakan dalam mod landskap dengan adanya applikasi App-Multiplier. Applikasi ini membolehkan paparan horizontal untuk memaparkan dua contoh dalam applikasi yang sama. Telefon pintar kini semakin canggih. Ramai pengguna menjadikan telefon pintar sebagai sebahagian dari hidup mereka. Untuk membantu pengguna dalam memaksimakan penggunaan dua peranti, Huawei Share membolehkan fungsi Multi-screen Collaboration. Dengan adanya fungsi ini, kolaborasi antara telefon pintar dan tablet menjadi reality. Dengan fungsi ini, segala data yang ada di telefon pintar saya boleh dilihat di skrin tablet. Segala gambar-gambar tugasan yang saya simpan di dalam telefon pintar boleh dipindahkan ke tablet hanya dengan menggunakan fungsi tarik dan letak.

Huawei MEETime

Sebuah lagi teknologi eksklusif yang diperkenalkan Huawei baru-baru ini adalah MEETime. Huawei MEETime membolehkan saya membuat panggilan video sambil berkongsi skrin untuk membuat nota dan suntingan dalam masa yang sama. Kalau anda mahu gunakan MEETime, pastikan ada sambungan WiFi atau LTE dan cari sahaja kenalan yang menggunakan fungsi yang sama untuk berhubung.

This article is from: