destinasi//KEMBALI travel
Kembali ‘Travel’: Terokai Laman Belakang Sendiri Rakyat Malaysia kini telah boleh kembali travel untuk merentas negeri. Semua orang excited nak balik kampung untuk sambung beraya dan jumpa ibu bapa. Selepas itu, bolehla sambung bercuti ke tempat lain pula. Tetapi, ke mana nak pergi? Nak ke luar negara tak boleh lagi. Bercuti di Malaysia ke? Oleh: Liyana Salleh
S
eelok-eloknya, bercuti lah di negara kita sendiri! Malaysia sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik yang kita boleh terokai. Setelah lama duduk di rumah, pelbagai jenis aktiviti yang telah kita lakukan. Selain daripada virus berbahaya, terdapat hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 ini. Di Jepun, rusarusa liar kembali bersiar-siar di bandar yang kosong. Selain itu, di Port Dickson, penyu telah kembali untuk bertelur disebabkan kawasan pantai yang sunyi dan ketiadaan orang. Ini adalah masa untuk kita melakukan refleksi kendiri terhadap aktiviti-aktiviti kita sebelum pandemik ini. Adakah apa yang kita ketahui sebagai ‘normal’ itu bagus untuk kita dan alam sekitar di masa hadapan? Norma baru adalah apa yang kita harus praktikkan. Justeru, apakah yang kita boleh buat ketika bercuti untuk mengekalkan keharmonian alam? 1. Bercuti sambil menyertai program kesukarelawan Ramai yang rasa apabila kita bercakap tentang program kesukarelawan, program tersebut adalah percuma. Ya, dahulunya, program kesukarelawan bermula KDN : PPI9083/08/2016(034564)
56 /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ INSPIRASI PERCUTIANKU
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan bayaran. Tetapi, kini, terdapat program kesukarelawan yang memerlukan anda untuk membayar yuran program. Terdapat banyak organisasi yang menawarkan program kesukarelwan berbayar. Program-program ini merangkumi pelbagai aspek dan menyokong pelbagai isu-isu alam sekitar dan komuniti. Yuran program tersebut sebenarnya adalah untuk menampung kos penginapan, makanan serta aktiviti-aktiviti anda. Dengan cara itu, kedatangan anda tidaklah membebankan organisasi-organisasi tersebut malah dapat membantu mereka. Kedatangan anda akan membantu mereka dari segi pertolongan tenaga buruh, buah fikiran, pertukaran pengetahuan dan juga sokongan moral. Untuk anda pula, menyertai program kesukarelawan boleh membantu anda untuk menambahkan pengetahuan dalam sesuatu isu konservasi dan komuniti, pengalaman bekerja, memperluas rangkaian dan memberi rasa kepuasan diri. Hal ini tentunya merupakan ‘brownie points’ untuk anda ketika temuduga untuk sesuatu pekerjaan kerana menunjukkan personaliti anda. Selain itu, anda akan memperoleh pengalaman yang cukup berharga
yang tidak boleh dibeli dengan apa-apa matawang di dunia. Dimanakah anda boleh menyertai program sukarela di Malaysia? Sekiranya anda berminat dengan konservasi penyu, anda boleh menyertai Perhentian Turtle Project di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian terkenal dengan kecantikan pantainya serta aktiviti snorkel untuk melihat terumbu karang dan hidupan laut. Di sini juga anda boleh melihat penyu yang datang untuk makan dan jika anda bertuah, anda boleh melihat penyu bertelur! Namun begitu, disebabkan kemasyurannya sebagai destinasi pelancongan, penyu-penyu berhadapan dengan ancaman-ancaman kepupusan yang disebabkan oleh manusia. Di Perhentian Turtle Project, jadilah ‘Penyu Warriors’ untuk menyelamatkan penyu-penyu ini dari kepupusan! Sertai pasukan projek tersebut untuk menjalankan tinjauan snorkel dan mengumpul data mengenai penyu melalui teknik ‘Photo ID’, rondaan malam untuk melindungi ibu penyu yang tengah bertelur dan telur-telurnya dalam memastikan tiada pemburu haram yang mengambilnya dan memberi ‘Awareness
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU