8 minute read

COVER STORY ALAM MAYA kARIN... DESTINASI AGRO MAEPS SERDANG

Next Article
NEWS bE READY

NEWS bE READY

alaM Maya Karin...

Advertisement

DESTinaSi agRO MaEPS SERDang

Dunia fantasi wujud di alam realiti. itulah gambaran mengenai keindahan dan kedamaian alam semula jadi yang sering menjadi impian pengembara apabila berpeluang menjejakkan kaki di padang ragut destinasi pelancongan terkenal dunia iaitu new Zealand sekitar rotorua serta Queenstown sangat dikenali menerusi aktiviti menunggang kuda ataupun joyride horse riding.

OLEH ZUBIR MOHD YUNUS gOSIp15@gMaIL.cOM pENYELaRaS: ZUBIR MOHD YUNUS gaMBaR: YaMaN IBRaHIM / NEO STUDIO TERIMa KaSIH: TaMaN EKSpO pERTaNIaN MaLaYSIa SERDaNg (MaEpS)

azimnya dalam kalangan

Lpengembara yang meminati percutian alam semula jadi berkonsepkan ekopelancongan mahupun argopelancongan, destinasi paling hampir dengan pesona dimiliki

New Zealand adalah ladang lembu tenusu dan kambing biri-biri di sekitar Kundasang, Sabah, sekali gus memaparkan keindahan memukau berlatarbelakangkan gunung Kinabalu. pun begitu, mungkin ramai terlepas pandang, padang ragut menghijau terletak di Taman Ekspo pertanian

Malaysia Serdang atau lebih popular dikenali sebagai Malaysia agro

Exposition park Serdang (MaEpS), kira-kira 30 minit pemanduan dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, menyajikan pemandangan mempesona seumpama anda sedang bercuti atau bersantai di New Zealand. pastinya kita sukar menerima hakikat berkenaan, begitu juga dengan penulis di peringkat awal. Namun, apabila melihat sendiri beberapa ekor kuda bebas meragut di sekitar kawasan beralun itu dengan rumput menghijau dipagari pula palang berwarna putih, tidak keterlaluan melabel destinasi pelancongan baharu terletak di MaEpS agro Tourism park itu, 95 peratus pemandangannya persis padang ragut di New Zealand. Bezanya hanya cuaca, New Zealand sejuk, Serdang panas. apabila sang mentari bersinar menampilkan awan membiru, kawasan berkenaan pula sedikit berbukit, ia adalah nilai tambah kepada pesona padang ragut MaEpS agro Tourism park itu yang hampir menyamai keindahan destinasi pelancongan di New Zealand. Sekiranya pengunjung berswafoto di destinasi berkenaan dan memaparkannya di laman sosial media, sekali gus mendakwa sedang bercuti sambil menunggang kuda di New Zealand, warganet pasti mempercayainya 100 peratus. Walhal destinasi sebenar adalah Serdang. Inilah yang dikatakan biar foto berbicara.

Bagi menambah aura dan rencah New Zealand in little Serdang, Santai Travel mengundang aktres, pengacara dan penyanyi terkenal yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin, ke destinasi pelancongan berkenaan. Beliau yang pada awalnya mengakui tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai MaEpS, lebih-lebih lagi apa yang mampu disajikan MaEpS agro Tourism park, terus jatuh cinta pandang pertama sebaik sahaja dia melihat sekawan kuda meragut rumput di kawasan berbukit itu.

SEkiRanYa PEngunjung bERMinaT unTuk bERMalaM Di SEkiTaR MaEPS agRO TOuRiSM PaRk, PEnginaPan bERkOnSEPkan PElanTaR aTau gEgElung Dan kOnTEna Diubah Suai MEnjaDi bilik, DiSEDiakan OlEh naFaS CubE @ MaRDi, PaSTi MEMEnuhi CiTa RaSa PEngEMbaRa Yang MEMilih PERCuTian bERaSaSkan EkOPElanCOngan SERTa agRO PElanCOngan.

“Betullah, pemandangan macam New Zealand. Bergambar dekat sini, orang ingat saya sedang bercuti di padang ragut luar negara. Tak sangka langsung, di daerah Serdang atau lebih tepat di MaEpS agro Tourism park ada produk pelancongan seindah ini.

Terus-terang, saya dah jatuh cinta dengan tempat ini. Sepatutnya sejak awal lagi, saya dah tahu mengenai destinasi ini. Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk saya beritahu satu dunia, please come to Serdang dan anda akan terpesona dengan keindahan alam semula jadinya.” kata Maya ditemui baru-baru ini.

Ketika sesi fotografi itu, Maya kelihatan begitu teruja apabila ditemani sekawan kuda yang sedang leka meragut rumput di kawasan itu. Kuda berkenaan seolah-olah mampu menghidu kehadiran aktres sering mendapat jolokan ‘pontianak cantik’ itu yang kebetulan sangat mencintai haiwan berkenaan dan mampu menunggangnya dengan baik. Kuda sebenarnya mudah naik angin sekiranya pengendali gagal mengawal perasaannya, namun sebaliknya berlaku apabila ia memberi ‘kerjasama’ sepanjang fotografi berlangsung - manja dan ‘mesra kamera’, sekali gus menampilkan sudut penggambaran yang cantik.

Maya berpeluang menunggang kuda yang diberi nama Anugerah. Kebetulan, Maya pula baru sahaja diberi pengiktirafan anugerah Kepujian dalam kategori pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate yang berlangsung di Ramsgate, England pada 11 hingga 14 Jun lalu menerusi filem Olympic Dream masih belum ditayangkan lagi gara-gara pandemik cOVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Saya baru dapat anugerah, kuda pun nama Anugerah, sangat kebetulan. Sebenarnya sebelum ke sini, baru tiga minggu lalu saya menunggang kuda di sebuah kelab di Kuala Lumpur. Nampaknya selepas ini saya akan kerap kuda sekurang-kurangnya dua kali seminggu sehingga dia mampu memahami perasaan haiwan berkenaan, mengendalikannya dengan begitu baik termasuk melakukan aksi kuda berlari dan melompat. Justeru, tidak hairanlah, ketika aktiviti menunggang kuda di padang ragut berkenaan, sekawan kuda di situ seolah-olah ‘tunduk’ dengan arahan Maya.

Maya juga dibawa melawat ke ladang kuda terletak di MaEpS Rubinga Equine center (MREc) apabila beliau berkesempatan memandikan dan mendandan kuda yang diberi nama Afiyah berusia 18 tahun. Kata Maya, kali terakhir beliau memandikan kuda ketika dia berusia 14 tahun dan hari ini apabila usianya menginjak 41 tahun, antara aktiviti yang paling digemarinya ketika zaman remaja iaitu memanjakan kuda, akhirnya mengimbau nostalgianya.

Tarikan lain yang terdapat di sekitar MaEpS agro Tourism park ialah menikmati jus dan merasai keenakan aiskrim nanas daripada baka MD2 di destinasi pelancongan sebuah kiosk dikenali Nenas Montel. Selepas beberapa jam berada di bawah sang mentari menunggang kuda, Maya menikmati pula jus perahan nanas madu asli yang menampilkan rasa sangat manis tanpa campuran gula sambil ditemani Ketua pegawai Operasi (cOO), MaRDI MaEpS Sdn Bhd, Norafizah Rahman.

“Ini satu lagi tempat yang saya suka.

ini SaTu lagi TEMPaT Yang SaYa Suka. DaRiPaDa kiTa MEMbawa anak-anak kE PuSaT bEli-bElah, lEbih baik kiTa bawa MEREka jalan-jalan kE DESTinaSi SEPERTi ini. SElain MEnunggang kuDa SaMbil MEnikMaTi PanORaMa Yang MEMPESOna

bertandang ke padang ragut yang cantik ini menunggang kuda sambil menikmati pemandangannya yang begitu mempesona. Sangat luar biasa suasananya apabila berpeluang beriadah di destinasi alam semula jadi seperti ini,” jelasnya lagi.

Ketika zaman persekolahannya, Maya mengikuti kelas menunggang

"bETullah, PEManDangan MaCaM nEw ZEalanD. bERgaMbaR DEkaT Sini, ORang ingaT SaYa SEDang bERCuTi Di PaDang RaguT luaR nEgaRa. Tak Sangka langSung, Di DaERah SERDang aTau lEbih TEPaT Di MaEPS agRO TOuRiSM PaRk aDa PRODuk PElanCOngan SEinDah ini." - MaYa kaRin

Daripada kita membawa anak-anak ke pusat beli-belah, lebih baik kita bawa mereka jalan-jalan ke destinasi seperti ini. Selain menunggang kuda sambil menikmati panorama yang mempesona, kita juga berpeluang menikmati jus perahan buah-buahan tempatan seperti nanas MD2 ini. Rasanya manis semula jadi dan sangat berkhasiat untuk kita semua,” ujar Maya.

Sekiranya pengunjung berminat untuk bermalam di sekitar MaEpS agro Tourism park, penginapan berkonsepkan pelantar atau gegelung dan kontena diubah suai menjadi bilik, disediakan oleh NaFaS cube @ MaRDI, pasti memenuhi cita rasa pengembara yang memilih percutian berasaskan ekopelancongan serta agropelancongan kerana ia menampilkan pemandangan tasik buatan, malah dikelilingi hutan belantara, sambil itu berpeluang menikmati buah-buahan tempatan seperti nanas mahupun menjamu selera di House of Kambing (HOK) menyediakan sajian istimewa seperti kambing bakar, sup kambing dan kambing crispy.

Sebelum mengakhiri lawatan, Maya dibawa melawat ke Laman Herba & Sayur apabila beliau berkesempatan memetik sendiri sayur-sayuran tempatan seperti pegaga gajah, bayam Brazil dan daun kadok. Beliau yang rupa-rupanya

INFO

1. MAEPS adalah sebuah tapak acara yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 130 hektar terletak di

Serdang, Selangor. Diuruskan oleh MARDI MAEPS

Sdn Bhd.

2. Ditubuhkan sebagai tapak kekal acara Malaysia

Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) `

yang berlangsung setiap dua tahun.

3. MAEPS Agro Tourism Park terdiri daripada lapan laman iaitu Laman Herba, Laman Sayur,

Laman Padi, Laman Nanas, Laman

Perikanan, Laman Ternakan, Laman Jentera dan Laman Florikultur dengan kemudahan tram yang disediakan bagi keselesaan pengunjung. bagi SaYa, PERSEkiTaRan MaEPS agRO TOuRiSM PaRk SangaT bERkualiTi unTuk Tujuan PEnDiDikan Dan PERkEMbangan MinDa anak-anak

penggemar sayur-sayuran, sangat teruja apabila memetik sayuran berkenaan terus dari kebunnya dan tanpa rasa waswas dia terus memakannya begitu sahaja kerana tanaman berkenaan berasaskan organik dan ia dijamin bersih. pegaga gajah mampu merawat masalah penghadaman, penyakit lumpuh, sendi dan saraf, selain gout, kanser, jantung, kencing manis serta darah tinggi.

Manakala bayam Brazil, daunnya berupaya membersihkan darah selepas bersalin, anemia, meningkatkan kesihatan ginjal, menurunkan risiko kanser, antidiabetes, memperbaiki sistem pencernaan, mengurankan kolesterol dan memperkuat akar rambut.

“Sebenarnya banyak khasiat kesihatan sekiranya kita suka makan sayur-sayuran. Bagi ibu bapa, bawalah anak-anak mereka ke sini, jangan asyik dengan gadget sahaja. Banyak ilmu yang mampu kita peroleh apabila membawa keluarga bercuti ke tempat seperti ini. Bagi saya, persekitaran MaEpS agro Tourism park sangat berkualiti untuk tujuan pendidikan dan perkembangan minda anak-anak,” kata Maya yang turut menikmati sayur-sayuran berkenaan dengan pelbagai jenis sos perasa seperti kuah rojak, sos cili Thai, sambal belacan dan thousand island.

4. Terdapat tiga jenis pakej yang ditawarkan kepada pengunjung untuk aktiviti di MAEPS Agro Tourism

Park iaitu Pakej Laman Agro MAEPS, MAEPS

Agro Hunt dan MAEPS Food Hunt.

5. Pakej asas Laman Agro adalah seperti berikut: l RM65/pax bagi pengunjung antarabangsa (Non-Mykad) l RM45/pax bagi pengunjung tempatan (MyKad) l RM35/pax bagi pelajar

6. Pakej MAEPS Agro Hunt pula adalah berkonsepkan perlumbaan hebat mencari harta karun yang berasaskan pertanian. Harga pakej ini adalah RM42/pax. 7. Manakala pakej MAEPS Food Hunt adalah RM65/ pax (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah). Pengembaraan kulinari ini akan dimulakan dengan hidangan pembuka selera (appetiser) iaitu ulam-ulaman tempatan.

Anda berpeluang memetik sendiri ulam-ulaman segar di Laman Herba dan menikmatinya bersama sos istimewa yang disediakan sambil dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau.

8. Bagi maklumat lanjut dan sebarang tempahan, hubungi MAEPS Agro Tourism Park di talian 03 8948 4699 atau emel: info@maeps.com.my mahupun Instagram (IG) @maepsserdang

This article is from: