2 minute read
COVER STORY CEO MARDI CORP
from Majalah Santai 86
by Santaidesign
MARDI atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia.
Baru-baru ini Majalah Santai Travel sempat bersama-sama dengan orang kuat MARDI Corporation, Encik Zaidi Shahrim. Ini adalah kali pertama kali krew Majalah Santai Travel bertentang mata dengan beliau, di mana sebelum ini hanya sering melihat beliau di kaca televisyen kerana MAEPS telah dijadikan hospital sementara untuk menempatkan pesakit Covid 19. Siapa sangka dalam masa empat hari pusat konvensyen terbesar di Malaysia berjaya ditukar menjadi hospital sementara. Malah Malaysia Book of Records juga telah mengiktiraf pencapaian MAEPS kerana berjaya mendirikan hospital sementara paling pantas.
Advertisement
MAEPS sinonim menjadi tuan rumah bagi kejayaan program skala raksasa seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) yang diadakan setiap dua tahun namun bagi Zaidi, MAEPS sebenarnya adalah sebuah hub agro pelancongan di Malaysia.
“Apa yang ada dalam MAEPS adalah bertemakan agro pelancongan,” terang Zaidi ketika diwawancara baru-baru ini. Mungkin ramai di luar sana yang tidak tahu MAEPS mempunyai 14 buah replika rumah negeri di Malaysia. Tidak perlu lagi anda melawat semua negeri di Malaysia untuk belajar tentang senibina dan keunikan rumah di setiap negeri di Malaysia.
“Kami juga ada menyediakan aktiviti sukan berkuda, jadi buat mereka yang berminat untuk berkuda boleh singgah di sini,” tambah beliau lagi. Buat mereka yang merancang untuk membawa anak-anak ke MAEPS, anda juga boleh melawat petting zoo G2G Animal Garden. Pelawat boleh berinteraksi dengan lebih
WaWanCaRa EkSkluSif EnCik Zaidi ShahRim CEO maRdi CORp maEpS puSaT agRO pElanCOngan uTama malaYSia
Rasanya ramai rakyat Malaysia yang mengenali MAEPS atau Taman Ekspo Pertanian Malaysia. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa MAEPS berada di bawah seliaan MARDI Corporation
TEKS : AZlI KHAIRI BIn ABDul HAMID (AK) FoTo : YAMAn IBRAHIM TERIMA KASIH : TAMAn EKSPo PERTAnIAn MAlAYSIA (MAEPS)
BuaT mEREka Yang mERanCang unTuk mEmBaWa anak-anak kE maEpS, anda juga BOlEh mElaWaT pETTing ZOO g2g animal gaRdEn. pElaWaT BOlEh BERinTERakSi dEngan lEBih daRipada 60 jEniS haiWan Yang diBEla di Sini.
SaYa BERhaRap SaTu haRi nanTi maEpS akan dipETakan dalam pETa pElanCOngan malaYSia SEBagai huB agRO pElanCOngan
daripada 60 jenis haiwan yang dibela di sini.
MAEPS juga dekat dengan peminat aktiviti lasak dan alam semulajadi. Aktiviti berkayak boleh dilakukan di kolam atau tasik yang berada di dalam kawasan MAEPS. Dengan kawasan yang begitu luas, MAEPS mempunyai green lung mereka sendiri.
Pelbagai flora dan fauna boleh ditemui di sini malah ramai yang tidak tahu terdapatnya air terjun semulajadi di MAEPS yang terhasil daripada punca air di bawah tanah.
Ketika ditanya apa yang akan dilaku oleh MAEPS selepas Covid 19, Zaidi memberitahu bahawa beberapa penambahbaikan seperti pusat nurseri yang bertemakan bunga-bungaan dan pokok dan merancang untuk membina Corporation, Encik Zaidi Shahrim amat berharap satu hari nanti MAEPS akan dipetakan dalam peta pelancongan Malaysia sebagai hub agro pelancongan.
“ Kepada para pemain industri yang mana berminat untuk bekerjasama atau menyokong usaha kami ini, saya alualukan untuk datang ke MAEPS nikmati sendiri keunikannya. Kita mungkin boleh bekerjasama dengan satu harapan bahawa pelancong-pelancong domestik dapat merasai bagaimana pengalaman sebenar agro tourism,” ucap beliau menamatkan bicara santai petang itu.
House of Cat untuk menempatkan kucingkucing tempatan dan baka-baka kucing unik untuk menarik lebih ramai pelancong.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MARDI
Zaidi ShahRim ketua pegawai Eksekutif maRdi Corporation