Majalah Santai 86

Page 19

COVER STORY//CEO MARDI CORP

MARDI

atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Baru-baru ini Majalah Santai Travel sempat bersama-sama dengan orang kuat MARDI Corporation, Encik Zaidi Shahrim. Ini adalah kali pertama kali krew Majalah Santai Travel bertentang mata dengan beliau, di mana sebelum ini hanya sering melihat beliau di kaca televisyen kerana MAEPS telah dijadikan hospital sementara untuk menempatkan pesakit Covid 19. Siapa sangka dalam masa empat hari pusat konvensyen terbesar di Malaysia berjaya ditukar menjadi hospital sementara. Malah Malaysia Book of Records juga telah mengiktiraf pencapaian MAEPS kerana berjaya mendirikan hospital sementara paling pantas. MAEPS sinonim menjadi tuan rumah bagi kejayaan program skala raksasa seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) yang diadakan setiap dua tahun namun bagi Zaidi, MAEPS sebenarnya adalah sebuah hub agro pelancongan di Malaysia. “Apa yang ada dalam MAEPS adalah bertemakan agro pelancongan,” terang Zaidi ketika diwawancara baru-baru ini. Mungkin ramai di luar sana yang tidak tahu MAEPS mempunyai 14 buah replika rumah negeri di Malaysia. Tidak perlu lagi anda melawat semua negeri di Malaysia untuk belajar tentang senibina dan keunikan rumah di setiap negeri di Malaysia. “Kami juga ada menyediakan aktiviti sukan berkuda, jadi buat mereka yang berminat untuk berkuda boleh singgah di sini,” tambah beliau lagi. Buat mereka yang merancang untuk membawa anak-anak ke MAEPS, anda juga boleh melawat petting zoo G2G Animal Garden. Pelawat boleh berinteraksi dengan lebih KDN : PPI9083/08/2016(034564)

18 /

EDISI 71 2017 RM 8.00

/ INSPIRASI PERCUTIANKU

Wawancara Eksklusif

Encik Zaidi Shahrim CEO MARDI Corp MAEPS Pusat Agro Pelancongan Utama Malaysia Rasanya ramai rakyat Malaysia yang mengenali MAEPS atau Taman Ekspo Pertanian Malaysia. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa MAEPS berada di bawah seliaan MARDI Corporation Teks : Azli Khairi bin Abdul Hamid (AK) Foto : Yaman Ibrahim Terima kasih : Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)

EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.