4 minute read

COVER STORY MENYEMARAk INDUSTRI PELANCONGAN AGRO

Next Article
NEWS bE READY

NEWS bE READY

MAEPS sememangnya ideal bagi penganjuran acara seperti pameran berskala besar, konvensyen, seminar, konferens, mesyuarat juga acara - acara sosial seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, aktiviti rekreasi dan pelbagai lagi. Majalah Santai Travel baru-baru ini sempat bersama-sama dengan Puan Norafizah Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi, MARDI MAEPS Sdn Bhd.

Cuaca panas terik di MAEPS tidak menghalang sesi temubual eksklusif bersama orang kuat MAEPS ini bagi mengenali dengan lebih dekat lagi potensi Agrotourism. Pengalaman beliau selama 10 tahun berkhidmat di MAEPS dilihat dapat dimanfaatkan dalam pembangunan Agrotourism di Malaysia khususnya MAEPS Agrotourism Park.

Advertisement

“Konsep Agrotourism adalah melancong atau melawat sesebuah ladang serta kawasan pertanian yang mempunyai elemen seperti tanaman, ternakan dan perikanan serta melakukan aktiviti seperti memerah susu lembu, memetik herba atau sayur segar, memancing dan masak ikan segar,” terang Puan Nora kepada Santai.

Beliau juga merasakan yang kini industri Agrotourism semakin mendapat sambutan kerana ia dapat menjana pendapatan tambahan kepada petani penternak dan nelayan, dapat memelihara tanah pertanian dari diterokai dan memberi pendedahan kepada pengunjung tentang ilmu pertanian yang berkonsepkan edutainment. Kerajaan negeri juga dapat melahirkan usahawan baru dan memberi impak positif terhadap ekonomi sesebuah negeri dan mewujudkan peluang kepada mereka yang terlibat dalam industri ini.

“Potensi Agrotourism sangat besar. Agro pelancongan merupakan salah satu kluster dalam sektor pelancongan yang kian mendapat tempat di hati para pelancong luar negara dan tempatan,” kata Nora. Kepelbagaian

mENYEmaRaK iNDuSTRi PElaNCONgaN agRO

bERSama NORafizah RahmaN, KETua PEgawai OPERaSi, maRDi maEPS SDN bhD

MAEPS Serdang merupakan sebuah tapak acara yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 130 hektar dan terletak di Serdang, Selangor. Terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Kawasan Dewan Pameran Utama dan juga MAEPS Agrotourism Park. MAEPS dikelilingi dengan keindahan taman dan tumbuh-tumbuhan hijau digabungkan dengan kemudahan dewan serbaguna bagi memenuhi keperluan industri MICE.

jenis tarikan aktiviti dan destinasi menarik agrotourism antaranya seperti Durio Tourism pastinya dapat menarik minat dan memberi pengalaman yang berharga buat pengunjung disamping menikmati keenakan buah durian dan buah-buahan tempatan. Antara contoh lain adalah Program inap desa (Homestay) yang menawarkan kepelbagaian aktiviti seperti mengagau

ikan, permainan tradisional dan lainlain lagi yang antaranya menjadi salah satu tarikan buat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia.

Dalam konteks acara agrotourism, contohnya seperti Pameran Pertanian, Hortikultur& Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ia mampu menyumbang kepada kadar pelancongan domestik. MAHA menyajikan pelbagaiaktiviti berasaskan pertanian yang merangkumi sektor perikanan, penternakan, jentera pertanian yang mampu menarik minat pengunjung tempatan dan pelancong luar negara. Ia juga dapat membantu golongan petani, peniaga tempatan serta perusahaan industri kecil sederhana dalam menaikkan taraf ekonomi mereka secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi negara.

MAEPS Agrotourism Park terdiri daripada 8 laman pertanian, 13 rumah negeri dan taman rekreasi. Ia dibuka kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah dan menyediakan destinasi agrotourism untuk dikunjungi dan diterokai. Di antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama rakan dan keluarga adalah lawatan berpandu, memancing, berbasikal, berjoging, spa, membeli belah di pasar tani dan bersukan.

Ketika ditanya bagaimana MAEPS dapat menjadi destinasi Agrotourism terunggul. Beliau menegaskan dengan yakin bahawa MAEPS berpotensi menjadi destinasi agrotourism terunggul kerana dengan keluasan 130 hektar, MAEPS menawarkan pakej lawatan berpandu ke laman -laman pertanian seperti Laman Herba dan TamanMini Kelulut, Laman Padi, Laman Nanas, MAEPS Eco-Farm, MAEPS Rubinga Equine Centre (MREC) dan Laman Ternakan (G2G Animal Garden), semuanya dibawah satu bumbung. Dengan menawarkan Kepelbagaian tarikan aktiviti berasaskan pertanian, sememangnya menjadikan MAEPS sebagai satu lokasi yang sesuai bagi pewadahan ilmu.

Tarikan ini tidak hanya terhad bagi pengunjung dalam negara, malah turut menjadi perhatian dan tarikan buat pengunjung dari luar negara seperti Korea, China dan juga Jepun yang sememangnya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti pertanian di Malaysia. Laman Herba MAEPS antara laman utama yang sering dikunjungi, ia dihiasi setiap maklum balas yang diterima diberi perhatian yang serius bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di sini. “Untuk perancangan masa yang akan datang, kami merancang untuk mempelbagaikan lagi pilihan pakej-pakej dan menawarkan pengisian yang lebih menyeronokkan dan mampu menarik minat lebih ramai pengunjung ke MAEPS. Kami amat mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan-rakan industri seperti Tourism Malaysia, Tourism Selangor, syarikat agensi pelancongan dan hotel untuk menjalinkan kerjasama memperkenalkan dan mempromosikan MAEPS Agrotourism Park bukan sahaja di pasaran domestik malah ke peringkat antarabangsa.” ucap Nora menutup bicara pagi itu.

MAEPS juga merancang untuk membangunkan MAEPS Fasa 2 dan hal ini masih lagi dalam proses perbincangan bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Malaysian Agricultural Research & Development Institute (MARDI). “Jalinan kerjasama erat dan sokongan daripada pihak berkaitan amat penting dalam meneruskan usaha membangunkan fasiliti dan kemudahan seperti hotel, taman xtreme, taman tema bagi melengkapkan ‘ekosistem’ agrotourism di MAEPS.

Harapan saya juga, dengan penerapankonsep edutainment dalam pengisian aktiviti di MAEPS Agrotourism Park, serba sedikit dapat menyumbang kepada kepada pembangunan industri dan pada masa yang sama memberikan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

Selain itu, turut menjadikan MAEPS sebagai ‘one-stop centre’ bagi aktiviti dan program agrotourismdisampingmenjadikannya sebagai destinasi pilihan utama untuk dikunjungi bagi pelancong domestik mahupun antarabangsa”.

KONSEP agROTOuRiSm aDalah mElaNCONg aTau mElawaT SESEbuah laDaNg SERTa KawaSaN PERTaNiaN YaNg mEmPuNYai ElEmEN SEPERTi TaNamaN, TERNaKaN DaN PERiKaNaN SERTa mElaKuKaN aKTiViTi SEPERTi mEmERah SuSu lEmbu, mEmETiK hERba aTau SaYuR SEgaR, mEmaNCiNg DaN maSaK iKaN SEgaR

NORafizah RahmaN Ketua Pegawai Operasi maRDi maEPSSdn bhd

dengan lebih daripada 200 spesies herba yang kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat. Taman Mini Kelulut turut menjadi lokasi persinggahan di Laman Herba. “Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Taman Mini Kelulut di mana pengunjung berpeluang untuk merasai keunikan rasa madu kelulut terus dari sarang,” tambah beliau lagi. Tarikan lain iaitu sawah padi di Laman Padi MAEPS pula sesuai untuk aktiviti santai, permainan rakyat, agro hunt dan aktiviti laman agro. Pengunjung juga boleh menjamu selera di restoran yang berkonsepkan ‘Farm to table’ iaitu House of Kambing dan Goat2Go Farm yang menyajikan hidangan daging kambing segar dari ladang. MAEPS amat menitik beratkan kepuasan pelanggan,

This article is from: