COVER STORY//MAEPS
MAEPS sememangnya ideal bagi penganjuran acara seperti pameran berskala besar, konvensyen, seminar, konferens, mesyuarat juga acara - acara sosial seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, aktiviti rekreasi dan pelbagai lagi. Majalah Santai Travel baru-baru ini sempat bersama-sama dengan Puan Norafizah Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi, MARDI MAEPS Sdn Bhd. Cuaca panas terik di MAEPS tidak menghalang sesi temubual eksklusif bersama orang kuat MAEPS ini bagi mengenali dengan lebih dekat lagi potensi Agrotourism. Pengalaman beliau selama 10 tahun berkhidmat di MAEPS dilihat dapat dimanfaatkan dalam pembangunan Agrotourism di Malaysia khususnya MAEPS Agrotourism Park. “Konsep Agrotourism adalah melancong atau melawat sesebuah ladang serta kawasan pertanian yang mempunyai elemen seperti tanaman, ternakan dan perikanan serta melakukan aktiviti seperti memerah susu lembu, memetik herba atau sayur segar, memancing dan masak ikan segar,” terang Puan Nora kepada Santai. Beliau juga merasakan yang kini industri Agrotourism semakin mendapat sambutan kerana ia dapat menjana pendapatan tambahan kepada petani penternak dan nelayan, dapat memelihara tanah pertanian dari diterokai dan memberi pendedahan kepada pengunjung tentang ilmu pertanian yang berkonsepkan edutainment. Kerajaan negeri juga dapat melahirkan usahawan baru dan memberi impak positif terhadap ekonomi sesebuah negeri dan mewujudkan peluang kepada mereka yang terlibat dalam industri ini. “Potensi Agrotourism sangat besar. Agro pelancongan merupakan salah satu kluster dalam sektor pelancongan yang kian mendapat tempat di hati para pelancong luar negara dan tempatan,” kata Nora. Kepelbagaian
KDN : PPI9083/08/2016(034564)
20 /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ INSPIRASI PERCUTIANKU
Menyemarak Industri Pelancongan Agro bersama Norafizah Rahman, Ketua Pegawai Operasi, MARDI MAEPS Sdn Bhd MAEPS Serdang merupakan sebuah tapak acara yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 130 hektar dan terletak di Serdang, Selangor. Terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Kawasan Dewan Pameran Utama dan juga MAEPS Agrotourism Park. MAEPS dikelilingi dengan keindahan taman dan tumbuh-tumbuhan hijau digabungkan dengan kemudahan dewan serbaguna bagi memenuhi keperluan industri MICE. jenis tarikan aktiviti dan destinasi menarik agrotourism antaranya seperti Durio Tourism pastinya dapat menarik minat dan memberi pengalaman yang berharga buat pengunjung disamping
menikmati keenakan buah durian dan buah-buahan tempatan. Antara contoh lain adalah Program inap desa (Homestay) yang menawarkan kepelbagaian aktiviti seperti mengagau
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU