8 minute read
ACARA MENTERI LAWAT kL
from Majalah Santai 86
by Santaidesign
Tiba waktunya untuk rakyat malaysia untuk keluar dari kepompong masing-masing. membuka penglihatan semula kepada produk pelancongan yang ditawarkan di malaysia pada waktu perintah Kawalan pergerakan pemulihan (pKpp) yang dilaksanakan oleh kerajaan. inilah waktu yang paling tepat untuk berjalan-jalan, membeli-belah dan yang paling penting, makan angin. melancong tetapi patuh kepada Sop yang telah ditetapkan oleh KKm
YB dATo’ SRi HAjAHnAnCY SHuKRi menteri pelancongan, Seni & budaya malaysia
Advertisement
kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Kami mulakan aktiviti pagi dengan berjalan kaki ‘Heritage Walk’ ke Dataran Merdeka dari Menara DBKL. Setelah sampai, kami berhenti seketika untuk menghirup udara pagi Kuala Lumpur sambil mendengar cerita dan sejarah yang sangat menarik perhatian kami, diceritakan oleh pemandu pelancong.
Sempat menyaksikan keindahan jambatan KL’s River Of Life yang ‘berdiri’ di atas dua sungai yang bercantum dihujungnya. Jambatan ini akan bertambah serinya pada waktu malam, kerana jambatan ini dihiasi dengan lampu neon yang bertukar-tukar warna. Sangat ‘insta-worthy’ orang kata.
Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas KL Hop On, Hop Off (HoHo). Bas yang mempunyai bumbung yang separuh terbuka dan separuh lagi tertutup. Kami ditemani oleh dua kumpulan pemain muzik Jazz yang sangat merdu suaranya dan sangat riang. antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan, ronda-ronda di bandar Kuala Lumpur sambil menyanyi sambil menghirup udara segar.
Perhentian seterusnya adalah, Canopy Walkway di Taman eko Rimba Kuala Lumpur yang terletak di kaki Bukit Nanas. Terkejut bukan? Selalunya bila sebut berkenaan dengan Canopy Walkway, Taman Negara Pahang adalah tempat yang kita bayangkan di fikiran. Namun, bagi mereka yang ingin melewati jambatan gantung sahaja tanpa merentasi laluan yang panjang, anda boleh singgah di Taman eko Rimba KL ini.
Perhentian seterusnya adalah di Muzium Diraja Kuala Lumpur, sempat berangan menjadi ala-ala keluarga diraja. Bangunan tersebut mempunyai banyak kisah tetapi kini telah diubah sepenuhnya menjadi muzium diraja yang boleh disinggah oleh rakyat kebanyakan.
Sidang media dijalankan sebentar bagi bertanyakan soalan kepada menteri berkenaan dengan hala tuju industri pelancongan di Malaysia. “Pelancongan Malaysia akan pulih cuma ia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya” kata beliau.
FaSa PEMULIHaN PaSca cOVID-19 INDUSTrI PELaNcONGaN DI NEGErI SELaNGOr
pandemik covid-19 sememangnya telah memberikan impak kepada industri perkhidmatan dan perniagaan di seluruh dunia. antara industri yang paling terkesan dan terjejas teruk adalah industri pelancongan.
enurut data yang diterima
Moleh pihak Tourism Selangor, sekurangkurangnya tiga buah hotel di Negeri Selangor telah menghentikan operasi manakala beberapa buah hotel memilih untuk memberhentikan sementara operasi sehingga penghujung tahun ini. Para operator hotel yang memilih untuk meneruskan operasi pasca Covid-19 ini kebanyakkannya pula beroperasi tanpa mendapat keuntungan dengan jangkaan jumlah penginap hanya 40% dari kapasiti penuh hotel sehingga penghujung tahun ini.
Industri pelancongan adalah sebuah industri yang prominen dengan
Negeri Selangor merekodkan jumlah kedatangan pelancong seramai 7.62 juta orang pada tahun 2019 dengan peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya.
Manakala, merujuk kepada Laporan
Kaji Selidik Pelancongan Domestik 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor berada di tangga pertama dalam menerima kedatangan pelawat domestik pada tahun 2019 iaitu seramai 33.6 juta pelawat, diikuti oleh W.P Kuala Lumpur (22.6 juta), Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).
“reset Tourism” Kerajaan Negeri Selangor melalui Badan Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor sedang mempergiatkan usaha membangunkan semula industri
pelancongan Negeri pasca Covid-19 dengan visi “Reset Tourism”. Antara inisiatif yang diambil bagi mencapai visi ini adalah pelaksanaan Kempen Pelancongan Domestik, ‘Pusing Selangor Dulu’.
Kempen ini memberikan penekanan kepada pasaran pelancongan domestik susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun lalu oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Antara perancangan bagi memperkasa pelaksanaan Kempen ialah penggunaan optima landasan digital dan laman sosial media untuk hebahan promosi serba mampan, kolaborasi bersama pihak Media tempatan dan antarabangsa khususnya melalui penganjuran Program Media FAM Trip, kolaborasi bersama penggiat industri bagi mempromosikan pakejpakej pelancongan dan diskaun, pengiklanan outdoor billboard dan unipole bagi pasaran domestik, pembangunan pakej-pakej pelancongan baharu dengan nilai tambah yang unik, dan penganjuran acara-acara pelancongan Negeri Selangor dengan skala dan kapasiti yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Insentif dan Pakej ransangan Ekonomi Pasca covid-19 Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi 2020 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 55.85 bilion. Fasa Ketiga yang diumumkan pada Isnin melibatkan tiga komponen iaitu jaminan bekalan makanan atau food security, kemampanan ekonomi atau economic sustainability, dan pembangunan keupayaan ataupun capacity building.
Dato’ Seri Amirudin Shari dalam hujah pembentangan beliau dalam Sidang DUN Negeri Selangor pada 13 Julai berkata, “Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 terhadap sektor pelancongan Negeri Selangor amat dirasai terutamanya kepada pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel, inap desa (homestay), taman tema, syarikat penerbangan, syarikat perkapalan pelancongan dan agensi pelancongan. Dalam usaha menggiatkan semula ekonomi Negeri, kita harus memainkan peranan berganding bahu bersama-sama menyemarakkan semula industri pelancongan domestik Negeri Selangor, sekaligus meletakkan Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi”.
“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyalurkan subsidi baucar pelancongan bagi kegunaan di premis perhotelan, taman tema dan homestay berlesen di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor berjumlah RM 2 juta. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju meluluskan insentif khas one-off RM1,000 kepada pemandu pelancong, pengusaha homestay dan Hos Komuniti yang berjumlah RM 600 ribu bagi membantu mereka yang bergantung pendapatan dalam sektor pelancongan”, tambah Dato’ Seri Amirudin Shari.
Manakala, Encik Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Pihak Tourism Selangor menyambut baik pengumuman insentif pemandu pelancong, Hos Komuniti dan pengusaha homestay berlesen yang diumumkan oleh Y.B Dato’ Menteri Besar Selangor. Manakala, keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan semula industri pelancongan Negeri melalui pemberian baucar pelancongan sejumlah RM 2 juta, dijangka akan menarik minat pelancong domestik untuk melancong ke Negeri ini”.
“Kempen Pelancongan Domestik, ‘Pusing Selangor Dulu’ juga semakin mendapat perhatian dan reaksi positif daripada orang awam khususnya pelancong domestik. Dengan inisiatifinisiatif serba mampan yang diusahakan pihak Tourism Selangor, khususnya di landasan digital, adalah diharapkan agar Kempen ini memberikan impak yang signifikan kepada pertubuhan positif industri pelancongan Negeri”, tambah Encik Azrul Shah.
Tourism Selangor telah menetapkan sasaran baharu untuk jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor seramai 6 juta orang untuk tahun 2020 selaras dengan visi “Reset Tourism”. Dengan pelaksanaan Kempen Pusing Selangor Dulu yang sedang giat dijalankan, sasaran baharu tersebut dijangka dapat direalisasikan dengan sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh jumlah kedatangan pelancong domestik.
RESTORAN BERKONSEP RETRO A&W PERTAMA DIBUKA DI SEVENTEEN MALL, PJ
Restoran A&W Malaysia terbaharu akan mengimbau suasana dan nada zaman 60-an, 70-an dan 80-an ketika muzik funk, soul, disco dan klasik berkumandang di udara. Restoran A&W Malaysia yang ke-49 kini dibuka di Seventeen Mall, Section 17, Petaling Jaya – dengan satu kelainan yang tidak didapati di mana-mana restoran A&W di negara ini.
Sempena memperingati perjalanannya sebagai restoran makanan segera yang pertama di Malaysia pada tahun 1963, cawangan baharu yang dibina dengan pelaburan dana berjumlah RM1 juta ini menampilkan tema berkonsep retro yang pertama di Malaysia. Ia menampilkan sentuhan moden kepada rekaan keanggunan retro, lengkap dengan ruangan berpetak dan tempat duduk ala-bar, menjadikannya satu lokasi hebat untuk berinstagram yang lain daripada yang lain.
Untuk mengekalkan keaslian suasana nostalgia, sebuah peti muzik atau Juke Box akan menawarkan pilihan lagu-lagu retro kepada para pelanggan.
Restoran ini dapat menampung lebih daripada 80 pelanggan pada satu masa, dengan Zon Persendirian (Private Zone) yang boleh memuatkan seramai sehingga 20 orang untuk majlis istimewa seperti sambutan hari jadi dan majlis keramaian.
George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia berkata, “Kami merasa teruja untuk membawakan konsep retro A&W yang terbaharu ini. Sejak tahun 1963 lagi, rakyat Malaysia telah membesar dengan jenama ini, dan juga menggemari hidangan menu ikonik termasuk Coney yang enak, waffle yang menyelerakan dan A&W RB yang menyegarkan.
Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysian turut menggemari hidangan istimewa kami termasuk Mozza Burger dan A&W Aroma® Chicken, yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang segar untuk memastikan kualiti yang terbaik daripada kami.
'MARRYBROWN NASI LEMAK DAY' UNTUK MERAIKAN SAJIAN KEBANGGAN NEGARA
Tidak kira dekat atau jauh, kita tidak akan melupakan hidangan yang mewakili asal-usul, budaya dan identiti Malaysia: Nasi Lemak. Dalam meraikan sajian gastronomi kebanggan negara (dan juga sebagai sumber dorongan kepada semua bersempena pasca-Covid 19), Marrybrown Malaysia mengisytiharkan setiap 1 Ogos sebagai Marrybrown Nasi Lemak Day di seluruh negara.
Hari perdana ini dikhaskan untuk Nasi Lemak MB yang dimulakan dengan mengedarkan lebih daripada 10,000 kotak Nasi Lemak MB kepada rakyat Malaysia yang hadir dengan semangat untuk menerima sajian yang menyelerakan ini.
Sambutan Marrybrown Nasi Lemak Day ditetapkan pada 1 hari bulan kerana Nasi Lemak sering menjadi hidangan PERTAMA yang terlintas di fikiran ketika seseorang membayangkan tentang Malaysia, dan hidangan PERTAMA yang diinginkan oleh rakyat Malaysia setelah menjadi perantauan untuk sekian lama.
Untuk memperingati hari istimewa ini sebagai permulaan sesuatu yang dinanti-nantikan untuk tahun yang akan datang, Marrybrown Nasi Lemak Day mendapat gelaran “MOST NUMBER OF NASI LEMAK PACKS DISTRIBUTED IN MULTIPLE LOCATIONS” oleh Malaysia Book of Records, melambangkan komitmen Marrybrown untuk memberi rakyat Malaysia makanan yang mereka gemari dan sambutan seperti ini patut dikongsi bersama. "Bagi saya, Nasi Lemak menggambarkan perpaduan dan keharmonian Malaysia kerana setiap ramuan nasi lemak sama pentingnya seperti kita rakyat Malaysia yang berkembang lebih baik dalam perpaduan dan keharmonian. Dengan mewujudkan sentimen ini, kami dengan bangga memberi penghargaan Hidangan Kebanggaan Kita dengan mengisytiharkan 1 Ogos sebagai Marrybrown Nasi Lemak Day, bermula tahun ini,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Bagi Marrybrown, perkataan ‘pertama’ juga mewakili beberapa pencapaian yang pertama dalam perjalanan mereka selama 39 tahun dengan hidangan “something different” untuk peminat mereka. Salah satu daripada pencapaian ‘pertama’ mereka adalah menjadi rantaian makanan segera pertama di dunia yang menyajikan Nasi Lemak, syarikat francais QSR Malaysia pertama dan label QSR halal tempatan pertama yang mencapai pasaran antarabangsa.
Marrybrown juga akan mengadakan promosi menarik sempena ‘Marrybrown Nasi Lemak Day’ dan peminat MB boleh menantikan lebih lagi kejutan pada setiap hari bulan ‘pertama’ yang akan datang.