Majalah Santai 86

Page 70

Tiba waktunya untuk rakyat Malaysia untuk keluar dari kepompong masing-masing. Membuka penglihatan semula kepada produk pelancongan yang ditawarkan di Malaysia pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Inilah waktu yang paling tepat untuk berjalan-jalan, membeli-belah dan yang paling penting, makan angin. Melancong tetapi patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh KKM YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Menteri Pelancongan, Seni & budaya Malaysia

kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Kami mulakan aktiviti pagi dengan berjalan kaki ‘Heritage Walk’ ke Dataran Merdeka dari Menara DBKL. Setelah sampai, kami berhenti seketika untuk menghirup udara pagi Kuala Lumpur sambil mendengar cerita dan sejarah yang sangat menarik perhatian kami, diceritakan oleh pemandu pelancong. Sempat menyaksikan keindahan jambatan KL’s River Of Life yang ‘berdiri’ di atas dua sungai yang bercantum dihujungnya. Jambatan ini akan bertambah serinya pada waktu malam, kerana jambatan ini dihiasi dengan lampu neon yang bertukar-tukar warna. Sangat ‘insta-worthy’ orang kata. Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas KL Hop On, Hop Off (HOHO). Bas yang mempunyai bumbung yang separuh terbuka dan separuh lagi tertutup. Kami ditemani oleh dua kumpulan pemain muzik Jazz

yang sangat merdu suaranya dan sangat riang. Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan, ronda-ronda di bandar Kuala Lumpur sambil menyanyi sambil menghirup udara segar. Perhentian seterusnya adalah, Canopy Walkway di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur yang terletak di kaki

Bukit Nanas. Terkejut bukan? Selalunya bila sebut berkenaan dengan Canopy Walkway, Taman Negara Pahang adalah tempat yang kita bayangkan di fikiran. Namun, bagi mereka yang ingin melewati jambatan gantung sahaja tanpa merentasi laluan yang panjang, anda boleh singgah di Taman Eko Rimba KL ini. Perhentian seterusnya adalah di Muzium Diraja Kuala Lumpur, sempat berangan menjadi ala-ala keluarga diraja. Bangunan tersebut mempunyai banyak kisah tetapi kini telah diubah sepenuhnya menjadi muzium diraja yang boleh disinggah oleh rakyat kebanyakan. Sidang media dijalankan sebentar bagi bertanyakan soalan kepada menteri berkenaan dengan hala tuju industri pelancongan di Malaysia. “Pelancongan Malaysia akan pulih cuma ia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya” kata beliau.

KDN : PPI9083/08/2016(034564)

INSPIRASI PERCUTIANKU /

EDISI 71 2017 RM 8.00

/ 69

EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.