Bitara

Page 1

September 2012

KE

LU KH AR AS AN

Meneraju Kegemilangan Ilmu


SIDANG REDAKSI

Penasihat YBhg Datuk Ab Rahim Md Noor Ketua Pengarang Raihanah Hj. Khudri Pengarang • Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain • Azwarni Herni Che Noh • Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, Agensi, IPTA Urus Setia Penerbitan • Nor Afrida Mohd Noor • Amirullah Mohd Yusoff • Hudabiah Zainudin • Nur Amalina Mohd Rashid • Tuan Bukhori Nor Safian • Nur Hazwani Abdul Malik • Rohaida Bidin Jurugambar Fadzilah Noordin Edaran Mohd Fairuf Azrin Mokhtar Amir Azhar Khaidir Naim Raden Adiputra Diterbitkan Oleh:

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengajian Tinggi No 2, Menara 2 Jalan P5/6 Presint 5, 62200 Putrajaya. Tel : 03 – 8870 6000 Faks : 03 – 8870 6834

www.mohe.gov.my

KANDUNGAN

September 2012 3

• Bicara Pengarang

BERITA KEMENTERIAN (KPT) • Modal Insan Berkemahiran Tuntutan Negara 4 • PM Tinjau Kemahiran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti 5 • Pusat Kecemerlangan Industri atau Industry Centre of Excellence (ICoE), Penggerak Utama Tranformasi Negara 6-7 • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPT 2011- Razul Ikmal Tokoh Pekerja Contoh 8 • Lynas : Beri Manfaat Menyeluruh ke Arah Pembangunan Negara Menjelang Abad 21 9 • Sesi Pendengaran Awam Lynas: Rakyat Beri Pandangan 10 • Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS): Medan Mahasiswa Tabur Bakti 11 • UKK Mendepani Usaha Pembangunan dan Kelestarian Imej Organisasi 12-13 • MOU Antara UIAM Dengan Konsesi Pusat Asasi Gambang Sdn Bhd Melahirkan Kampus Yang Kondusif Kepada Pelajar 14-15 • Dana Penyelidikan Meningkatkan Daya Inovasi Pengkomersilan 16 • KPT Komited Sertai Jelajah Janji Ditepati 1Malaysia 17 • Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK): Platform Mahasiswa Menyampaikan Idea dan Pandangan 18-19 • PTPTN : Lebih 1.93 Juta Peminjam dan Penerima Biaya Mendapat Manfaat 20-23 • MOU Antara BERNAMA dengan IPTA dan IPTS Melahirkan Pelajar Latihan Industri Berkemahiran Serta Kompeten 24 • Inisiatif Kerjasama Universiti – NBOS 4 25-27 • National Blue Ocean Strategy 5 (NBOS 5) 28-31 • MOU Antara Universiti Perdana dan Universiti Mahidol Membentuk Generasi Inovatif 32 • Pelancaran Agenda Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan Bersama Industri 33 • Majlis Profesor Negara Sumbang Kepakaran Dalam Pembangunan Malaysia 34-35 • Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) 36-37 • Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UniCC) Lahir Graduan Berketrampilan 38 • YB Menteri Dekati Rakyat Di Rantau Panjang 39 • Sinar Ramadan d’ KPT 40-41 • Merdeka Raya Kementerian Pengajian Tinggi 43 • Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2012 (K3G) - Meningkatkan Employabiliti Para Graduan Ke Peringkat Nasional 44-45 • MyCite Memartabatkan Sumbangan Saintifik Ahli Akademik 46 BERITA AGENSI • AKEPT : AKEPT Memperkasa Kepakaran Tempatan 47 & 50 • PTPTN : Pembiayaan PTPTN Berlandaskan Prinsip Syariah 51

ms 9

ms 75

MQA : • APEL : Memperkasakan Pendidikan Sepanjang Hayat 52 • POLITEKNIK : • Pelajar Politeknik Primier Pamer Kreativiti 53 • 300 Penuntut Politeknik Jayakan Jelajah Desa 54 • Politeknik Malaysia: Peneraju Institusi Modal Insan Teknik & Vokasional Negara 55-56 • Penarafan Politeknik : Polyrate 2011 57-58 • Kem Motivasi Dedah Pengajian di Politeknik 59 • Politeknik Merlimau: Perteguh Program Teknologi Hijau 60 • PJB Muncul Juara Akademi Seni Kulinari 2011 61 • KOLEJ KOMUNITI : • Perjanjian Antara Kolej Komuniti Segamat 2: (PERHEBAT) Melahirkan Kemahiran Produktif 62-63 • Pertandingan ITEX 2012 Bukti Pensyarah Kolej Komuniti Berinovasi dan Kreatif 64 • Karnival HIJABISTA 2012 65 • Program Royal Belum Rainforest Challenge 2012 66-67 MAJLIS ILMU • 120 Minit Bersama Ustaz Don : Berkongsi Ilmu Mencerna Minda

68

RENCANA • UUM : Ke arah Universiti Pengurusan Terkemuka • Memperkasakan Mahasiswa Generasi Al-Abrar • UiTM : Bukan Sekadar Biasa • UniMAP : Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang

75-76

INOVASI • UTeM : Terus Bertekad Menerajui Kecemerlangan

77-78

69-70 71-72 73-74

RENCANA • Bersatu Menuju Puncak Kecemerlangan 79-80 • Naib Canselor Seru Warga UTHM Berbudaya Holistik 81-82 • 12 Sasaran Tumpuan Capai Prestasi Terbaik 2012 83 • UPM Capai KPI 92.74 % 84 • Transformasi UNIMAS Ke Arah 2015 85 • UMT Ke Arah Universiti Berteknologi Tinggi 86 • Transformasi Melonjak Kecemerlangan UPSI 87 IPTS • Sektor IPTS Pantau Aktiviti IPTS 88-90 • Garis Panduan Pengiklanan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 91-92 SUKAN • Sukan Bersama KPT 93 • Sukan Politeknik Malaysia Kali Ke-XIV dan Seminar Pembangunan Sukan Politeknik Malaysia 94 • Meningkatkan Pengurusan Bola Sepak Politeknik 95

ms 21

ms 95


Pengarang

B

itara edisi khas kali ini memberi fokus kepada aktiviti dan peranan Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi dibawahnya dalam menyemarakkan lagi pengajian tinggi negara. April 2012, genaplah 9 tahun penubuhan KPT, menyusuri kesinambungan mendepani sebuah dimensi perubahan serta percaturan global yang mencabar. Bitara kali ini, akan mengwar-warkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sebagai satu gaya hidup masyarakat dan komuniti di Malaysia bumi tercinta. PSH akan diterjemahkan kepada rakyat melalui beberapa penerapan mesej dan peningkatan kesedaran mengenainya. Pendekatan PSH berkonsepkan penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan formal. Program-program dan inisiatif kerajaan melalui PSH akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara.PSH bakal menjenamakan rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. Pembaca sekelian boleh menerokai PSH dalam Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional yang akan diadakan pada pada 22 dan 23 September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Orang ramai yang berkunjung ke Karnival ini akan mendapat maklumat mengenai program PSH yang ditawarkan kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai program PSH dan mencetus idea ke arah meningkatkan kualiti hidup. Salam Lebaran untuk semua pembaca Bitara. Maaf Zahir & Batin. Ketua Pengarang

3


BERITA KPT

Modal Insan Berkemahiran Tuntutan Negara

4


BERITA KPT

Antara Program-Program Menarik 1 Seminar My3L • •

Pembentang Kertas Kerja Oleh Ahli Akademik Acara Selingan Semasa Seminar : Motivasi Undangan Khas - Dato’ Fadhilah Kamsah (Pakar Motivasi) - Zull Design (Pereka Cipta Barangan Berinovasi) - Imam Muda Hizbur - Prof. Madya Sharifah Hayati

2 Bicara Hebat

Bicara Hebat Dengan Lima Tema • Hebat Bermotivasi • Hebat Berbicara • Hebat Berkemahiran • Hebat Bergaya • Hebat Berniaga Moderator : Fara Adeeba Panel • Zed Zaidi (Pelajar Dan Pelakon) • Soo Vincci (Pelajar, Seleberiti dan Masterchef ) • Dr. Tarmizi (Pakar Motivasi) • Mona Din (Usahawan Terkenal Butik Hajaba & Leesa Cosmetics) Penampilan Istimewa : Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

5


BERITA KPT

Pusat Kecemerlangan Industri atau Industry Centre of Excellence (ICoE), Penggerak Utama Tranformasi Negara

P

elancaran Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi bertempat di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara. Pusat

6

Kecemerlangan Industri atau Industry Centre of Excellence (ICoE) merupakan “signature program� Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyokong kepada kelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP). Pada tahun 2011, empat buah ICoE telah dilancarkan iaitu dalam bidang Elektrik & Elektronik (Infineon dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Infineon dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Manakala dalam bidang Automotif pula Miyazu dan

Syarikat Sapura bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, sektor pemborongan, peruncitan dan pengagihan telah dikenalpasti bagi memperhebatkan usaha ini. Dalam aspek ini, Pusat Kecemerlangan Industri yang sedang dibangunkan ICoE Malaysia Retailer-Chains Association bersama Universiti Utara Malaysia dan disokong oleh Kolej Universiti SEGI dan ICoE Mydin Mohamed Holdings bersama Universiti Teknologi MARA (Perak) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Pembangunan Modal Insan ini dijalankan dengan memberi fokus kepada Pembagunan Modal Insan dari peringkat lepasan sekolah, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta Perkongsian teknologi iaitu Program Pembagunan Pembekal (Vendor Development Program).


Malaysian Retailer –Chains Association (MRCA) dan Mydin Mohamed Holdings merupakan antara persatuan dan syarikat yang memainkan peranan utama dalam bidang borong, peruncitan & pengagihan di Malaysia. MRCA merupakan sebuah persatuan yang dianggotai melebihi 200 rantaian kedai runcit serta francaisor dan menaungi hampir 10,000 cawangan di seluruh Malaysia. Antaranya adalah Nelson’s, Poh Kong, OSIM, Secret Recipe, Senheng Electrical, 7-eleven, Focus Point, Naza Motor, Marry Brown, Voir, Petronas, Digi, Bonia dan lain-lain. Dengan rangkaian yang luas 100,000peluang pekerjaan diwujudkan bagi membantu

Pembangunan Modal Insan dan juga membuka peluang pekerjaan melalui kerja sambilan.

pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, hasil daripada majlis menandatangani ini penglibatan MRCA dapat membantu dalam aspek

Sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, sektor pemborongan, peruncitan dan pengagihan telah dikenalpasti bagi memperhebatkan usaha ini

7


BERITA KPT

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPT 2011- Razul Ikmal Tokoh Pekerja Contoh

D

ato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPT 2011 yang diadakan di Dewan D2 Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Seramai 1156 orang Pegawai KPT dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas komitmen dan prestasi cemerlang yang

8

telah ditunjukkan sepanjang tahun 2011. Pada majlis ini juga Encik Razul Ikmal Ramli yang merupakan Pegawai Khas Gred M48, telah dipilih sebagai Tokoh Pekerja Contoh tahun 2011. Berbanding tahun 2010, tahun 2011 juga mencatatkan peningkatan daripada segi pencapaian dimana 59.67% para pegawai di Kementerian mendapat tahap Cemerlang berbanding tahun 2010 hanya 47.25%. Melihatkan peningkatan positif

itu, KPT akan meneruskan inisiatif sumber manusia yang bertujuan untuk membangunkan dan mengekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan, mampu melakukan pelbagai tugasan dan juga berupaya untuk membudayakan kerja berprestasi tinggi bagi mencapai isis transformasi diri dari aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan diplomasi awam.


BERITA KPT

Lynas : Beri Manfaat Menyeluruh ke Arah Pembangunan Negara Menjelang Abad 21

A

hli Jawatankuasa Khas Palimen (PSC) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan tinjauan ke tapak kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan. Di dalam sesi lawatan 4 jam ini, turut diadakan juga sesi penjelasan daripada pihak Lynas mengenai perjalanan operasi Lynas termasuk proses pengurusan sisa buangan. Sesi lawatan tersebut dimulai dengan sesi taklimat oleh pihak Lynas kepada anggota PSC, diikuti dengan sesi lawatan ke tapak kilang dan akhir sekali anggota PSC telah mengadakan sesi sidang media bersama para wartawan yang samasama mengikuti lawatan tersebut. Di dalam lawatan ini seramai 5 orang anggota PSC yang hadir iaitu Ahli Parlimen Kota belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, manakala seorang lagi anggota tidak dapat hadir iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri. Lawatan ini juga disertai kira-kira 70 individu termasuk dari pihak Kementerian

Pengajian Tinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak media. Lawatan ini adalah kali ketiga anggota PSC ke kilang berkenaan sejak ditubuhkan. Hasil dari lawatan tersebut anggota PSC telah diberi penjelasan bahawa

berdasarkan laporan pakar, kilang Lynas yang dibina merupakan yang tercanggih dan paling selamat berbanding kilang lain seumpamanya di dunia. Di samping itu juga pihak Lynas Malaysia telah memberi jaminan bahawa mereka sentiasa membuka pintunya kepada mana-mana pihak yang tercanggih dan paling selamat berbanding kilang lain seumpamanya di dunia. Di samping itu juga pihak Lynas Malaysia telah memberi jaminan bahawa mereka sentiasa membuka pintunya kepada mana-mana pihak untuk hadir bersama pakar masing-masing untuk melawat dan mengkaji kilang tersebut. Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, antara syarat yang ditetapkan ialah kilang berkenaan perlu membayar satu peratus daripada hasil jualan kasar bagi tujuan pengurusan sisa dan R&D. “Selain itu, impak yang paling jelas ialah kilang itu dapat membantu negara kita berhijrah ke abad 21 dan ia boleh dimanfaatkan semua pihak samada dari segi teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan modal insan�, jelas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada para wartawan pada sidang media sebaik sahaja selesai sesi lawatan.

9


BERITA KPT

Sesi Pendengaran Awam Lynas: Rakyat Beri Pandangan

J

awatankuasa Khas Parlimen (PSC) telah memperuntukkan masa selama dua hari untuk mendengar bantahan dan pandangan rakyat mengenai pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Sesi yang berlansung di Bilik Mesyuarat Senat Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyaksikan seramai 13 individu dan enam pertubuhan hadir untuk menyatakan pendirian masing-masing. Anggota PSC yang menyertai sesi pendengaran awam ini disertai oleh Pengerusi PSC, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin; Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon; dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng. Sesi ini juga turut dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan seperti para pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan ia juga dihadiri oleh wakil dari pihak Lynas. 10

Antara pertubuhan yang hadir pula ialah MCA Pahang, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Peguam Cawangan Pahang, Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dan Gabungan Persatuan Tionghua Kuantan. Sesi ini telah mengundang pelbagai reaksi berbeza kerana terdapat pandangan yang menyokong dan membantah pembinaan kilang Lynas. Pada hari pertama sesi ini, kumpulan aktivist Save Malaysia Stop Lynas telah menimbulkan kontroversi dengan meninggalkan sesi pendengaran tanpa menyampaikan apa-apa pandangan.

Hal ini terjadi setelah permohonan mereka supaya PSC memberikan mereka imuniti daripada tindakan mahkamah hasil dari pendedahan yang bakal mereka kemuka telah ditolak oleh PSC. Menurut Pengerusi PSC, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, faktor utama penolakan tersebut ialah kerana PSC tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi imuniti kepada sesiapa sahaja yang datang ke sesi tersebut. Manakala pada hari terakhir sesi pendengaran awam, seorang Pensyarah Fakulti Sains Industri dan Teknologi, Universiti Malaysia Pahang, Jose Rajan memberitahu bahawa melalui pengalaman beliau selama 20 tahun berurusan dalam bidang nadir bumi, tiada kesan sampingan keatas kesihatannya. “Malah saya gunakan tangan tanpa sebarang alat perlindungan memegang bahan berkenaan tetapi sehingga hari ini, tahap radioaktif dalam badan saya rendah�, menurut Jose Rajan yang berasal dari Kerala, India.


BERITA KPT

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS): Medan Mahasiswa Tabur Bakti

B

ertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kampus 2012. Kehadiran Dato’ Sri Najib turut disertai oleh penaung Yayasan Sukarelawan Siswa iaitu YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga merupakan Menteri Pengajian Tinggi, bersama 10,000 mahasiswa dari hampir 30 institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah mewakili pelbagai persatuan dan fakulti masing-masing.

Dalam majlis yang diadakan itu, Perdana Menteri menasihati mahasiswa supaya tidak termakan hasutan dan janji manis yang diberikan oleh sesetengah pihak. Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah antara bukti kepercayaan kerajaan kepada mahasiswa dan juga kepercayaan kepimpinan kerajaan untuk tidak mengongkong minda mahasiswa, kerana ianya akan memberikan kesan kepada perjalanan masa depan mereka. Walau bagaimanapun, kepercayaan yang diberikan haruslah digalas bersama rasa bertanggungjawab. Majlis turut disusuli dengan

penyampaian watikah pelantikan kepada Penasihat Kehormat Persatuan Kanser Kebangsaan (NCSM), Datuk Zuraidah Atan sebagai Pengerusi YSS dan kemudiannya pelantikan 82 Duta Universiti di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 5 Kementerian Pengajian Tinggi. YSS yang berobjektifkan kepada melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa, menyelaras aktiviti sukarelawanan di kalangan mahasiswa, membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar negara, dan juga memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Antara pengisian aktiviti YSS adalah anggota YSS akan dilatih untuk berkemahiran professional dalam kerja-kerja sukarelawan mengikut kluster-kluster yang akan ditentukan oleh YSS, selaras dengan minat dan kebolehan para mahasiswa itu sendiri. Manakala, untuk permulaan, YSS akan menerbitkan dua peringkat program, iaitu program permulaan – yang mana peserta program ini akan menjalani modul latihan dan ujian kesukarelawan, yang melayakkan mereka memperoleh satu sijil pengiktirafan pada akhir program ini. Majlis diakhiri dengan sesi jamuan teh tarik antara Perdana Menteri dan mahasiswa.

11


BERITA KPT

UKK Mendepani Usaha Pembangunan dan Kelestarian Imej Organisasi

K

ementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ditubuhkan pada tahun 2004 ni mempunyai imej yang baik sebagai sebuah kementerian yang berperanan dalam memberi rakyat peluang luas kepada pendidikan tinggi. Peranan asas ini memberi kelebihan kepada KPT untuk memiliki imej yang disenangi khalayak khususnya pelajar-

12

pelajar IPT, pemegang-pemegang taruh dan masyarakat umum amnya. Melalui pemberitaan dan laporan media, jelas memperlihatkan bahawa imej KPT berada di tahap yang baik dan terkawal tanpa sebarang krisis yang boleh mencalarkan persepsi umum terhadap kementerian. • Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti

• • • • •

Menambahbaik mutu pengajaran dan pembelajaran Memperteguhkan usaha penyelidikan dan inovasi Memperkasakan institusi pengajian tinggi Mempergiatkan pengantarabangsaan Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat


Mengukuhkan sistem penyampaian KPT Selaras dengan kedudukan dan persepsi umum ini, satu tindakan bersepadu telah digerakkan bagi melestarikan imej KPT di kalangan umum dan stakeholders. Pelan Tindakan pelestarian imej dilaksanakan melalui penggabungan beberapa fungsi korporat kementerian yang dijalankan secara sendirian (insilo) oleh bahagian/ jabatan serta agensi di bawah kementerian. Penubuhan unit komunikasi korporat disemua kementerian pada pertengahan tahun 2009, dilihat sebagai usaha untuk memperkemaskan pengurusan media dan aduan terhadap jentera kerajaan. Diantara fungsi UKK termasuklah • Merancang dan menyelaras program perhubungan awam dan publisiti/ promosi bagi meningkatkan imej KPT dan kesedaran awam mengenai dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kementerian • Merancang dan melaksanakan pelan media bagi mempromosi dan memberi publisiti kepada program dan aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensinya • Meningkatkan kefahaman awam mengenai dasar, program dan aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensinya. • Memantau liputan media dan memberi maklum balas kepada isu yang dibangkitkan. • Menyelaras pengeluaran dan penerbitan kementerian sebagai sumber maklumat informatif. • Menjalin dan memupuk hubungan baik dengan media secara berterusan bagi memastikan media mendapat gambaran sebenar mengenai Kementerian/Jabatan berhubung dasar dan program yang dilaksanakan.

13


BERITA KPT

MOU Antara UIAM Dengan Konsesi Pusat Asasi Gambang Sdn Bhd Melahirkan Kampus Yang Kondusif Kepada Pelajar

K

ementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti juga kementeriankementerian dan jabatan-jabatan lain terus berusaha melaksanakan pelbagai rancangan demi memberi kemudahan pendidikan kepada rakyat. Ini selaras dengan kehendak dan konsep kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Semua rancangan dan projek ini diterjemahkan melalui pelbagai transformasi yang sedang dilaksanakan sekarang, termasuklah yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Salah satu daripadanya ialah membina Pusat Asasi Sains (Fasa 3) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gambang, Pahang. Projek ini ialah hasil inisiatif Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Selaras dengan itu, majlis menandatangani perjanjian konsesi pembinaan Pusat Asasi Sains (Fasa 3) yang membabitkan juga pihak iaitu dari UIAM, KPT dan Konsesi Pusat Asasi Gambang

14

Prof. Dato’ Dr. Zaleha berkata UIAM berharap semoga dengan terbina kampus ini, ia akan dapat menyediakan sebuah infrastruktur yang baik untuk memastikan proses pembelajaran yang sempurna dan selesa untuk semua pelajar dan kakitangan UIAM.

Sdn. Bhd. diadakan di Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 Julai 2012. Upacara ini telah disaksikan oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi, UIAM diwakili oleh Rektornya iaitu Prof. Dato’ Sri Zaleha Kamaruddin, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dan Konsesi Pusat Asasi Gambang

Sdn. Bhd. oleh Pengarah Urusannya, Dato’ Anwar Ali. Konsesi Pusat Asasi Gambang Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik Kumpulan Zelan Berhad.Projek ini dilaksanakan secara ‘BLMT’ iaitu bina, pajak, penyeliaan dan pindah milik melalui inisiatif pembiayaan swasta (PTI) selama 23 tahun. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha dalam ucapannya berkata, projek pembinaan Pusat Asasi Sains Fasa 3 yang ditandatangani itu menelan kos keseluruhan berjumlah lebih kurang RM390 juta. Tetuan Zelan Berhad adalah kontraktor utama yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan ini. Manakala pelantikan konsultan bagi pembinaan projek ini adalah terdiri daripada konsultan asal bagi projek Fasa 1 dan Fasa 2. Beliau berkata kerja-kerja pembinaan Fasa 1 telah dimulakan pada 8 Febuari 2010 dan siap sepenuhnya pada 7 Oktober 2010 dengan kos keseluruhan berjumlah RM25 juta. Manakala kerja-kerja Fasa 2 pula kini dalam proses pembinaan dengan kos keseluruhan berjumlah RM75 juta


dan dijangka siap pada bulan April 2013. Pusat Asasi UIAM bermula di kampus Subang Jaya pada tahun 1984. Kemudian, ia telah dipindahkan ke Lembah Pantai pada tahun 1990 dan akhirnya pada tahun 2001, Pusat Asasi UIAM telah dipindahkan ke Jalan Universiti, Petaling Jaya apabila kampus utama UIAM telah berpindah sepenuhnya ke Gombak. Katanya, bermula dari penubuhan pusat ini, pihak UIAM senantiasa menghadapi masalah berkurangan tempat dengan bertambahnya bilangan pengambilan pelajar, sehinggakan pada suatu tahap (antara 2007 hingga 2011) pihak UIAM terpaksa menyewa satu premis di Bandar Baru Nilai untuk dijadikan kampus satelit bagi menampung

bilangan pelajar yang kian meningkat. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha berkata, “pihak UIAM sentiasa berusaha merealisasikan impian mendapat sebuah kampus tetap bagi menempatkan pusat asasi UIAM. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memenuhi impian tersebut. Pada tahun 2006, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM290 juta untuk pembinaan kampus asasi di atas sebidang tanah di Janda Baik, Bentung, Pahang. Namun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.” Atas keprihatinan Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang juga Ketua

Semua rancangan dan projek ini diterjemahkan melalui pelbagai transformasi yang sedang dilaksanakan sekarang, termasuklah yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Salah satu daripadanya ialah membina Pusat Asasi Sains (Fasa 3) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gambang, Pahang

Perlembagaan UIAM, akhirnya pada tahun 2008, pihak UIAM sekali lagi dikurniakan sebidang tanah oleh Kerajaan Negeri Pahang yang terletak di Gambang untuk membina Pusat Asasi UIAM. Prof. Dato’ Dr. Zaleha berkata UIAM berharap semoga dengan terbina kampus ini, ia akan dapat menyediakan sebuah infrastruktur yang baik untuk memastikan proses pembelajaran yang sempurna dan selesa untuk semua pelajar dan kakitangan UIAM.

15


BERITA KPT

Dana Penyelidikan Meningkatkan Daya Inovasi Pengkomersilan

B

ahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi telah berjaya melancarkan Majlis Penyampaian Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 Julai 2012 lalu bertempat di Dewan Utama, KPT. Dana Penyelidikan yang telah disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10) sebanyak 741 juta merangkumi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang

16

(LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS). Majlis Penyampaian Dana Penyelidikan KPT dengan tema “R&D Penjana kekayaan Negara� bertujuan

untuk menyampai dan menyalurkan peruntukan geran penyelidikan kepada Institusi Pengajian Tinggi yang berjaya. Daripada peruntukan yang telah disalurkan kepada IPT, terdapat banyak produk yang dihasilkan berjaya dikomersilkan oleh IPT dengan jumlah penjanaan pendapatan yang tinggi. Melalui dana ini penyelidik berupaya untuk menjurus kepada penghasilan produk penyelidikan yang memenuhi keperluan pasaran, menyumbangkan kepada peningkatan taraf hidup masyarakat dan berupaya menuju kearah pengkomersilan.


BERITA KPT

KPT Komited Sertai Jelajah Janji Ditepati 1Malaysia

J

elajah Janji Ditepati bukan hanya slogan yang digembar-gemburkan tetapi adalah bukti kerajaan dapat melaksanakan janji yang telah diberikan kepada rakyat. Jelajah yang telah bermula pada pada bulan Jun yang lalu telah menemui rakyat di negeri Kedah, Perak, Melaka dan siri jelajah yang seterusnya adalah di negeri Selangor pada bulan Julai nanti. Slogan ‘Janji Ditepati’ juga dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan

ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos nanti. Bagi mencapai hasrat dalam menjadikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seiring dengan arus permodenan dan kecemerlangan, KPT telah turun padang mengikuti Program JJD dengan membawa mesej positif dalam mengangkat martabat pengajian tinggi Negara ke mata dunia sekaligus mencerminkan kerajaan amat menitikberatkan pendidikan kepada

rakyat. Antara aktiviti menarik sepanjang program ini berlansung adalah seperti pameran dan khidmat nasihat biasiswa, pameran produk 1Malaysia di, booth Media Prima dan sebagainya. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melebihi 50,000 pengunjung menunjukkan bahawa rakyat semakin peka dengan proses transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

17


BERITA KPT

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK): Platform Mahasiswa Menyampaikan Idea dan Pandangan

M

esyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bilangan 1 bagi tahun 2012 telah berjaya diadakan di Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini merupakan mesyuarat kali ketiga bagi perwakilan mahasiswa sesi 2011/2012 dan merupakan pertama kalinya dalam sejarah MPPK satu kumpulan Majlis Perwakilan Pelajar

18

berpeluang menghadiri MPPK sebanyak 3 kali. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin dan dalam ucapannya banyak pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh mahasiswa menerusi MPPK ini telah dilaksanakan oleh kerajaan dan pihakpihak berkaitan termasuklah penyediaan

peluang pekerjaan untuk graduan IPT di bawah 12 bidang Ekonomi Utama Negara dan pelancaran Portal Career For You. Mesyuarat MPPK bilangan 1 ini diadakan selepas pindaan Akta Universiti dan kolej Universiti (AUKU) yang melibatkan hal ehwal pelajar iaitu membolehkan para mahasiswa menyertai parti politik di luar kampus. Pindaan ini menunjukkan bahawa


kerajaan menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada para mahasiswa untuk bertanggungjawab dan menguruskan kebebasan dan hak yang telah diberikan secara bijak dan matang. Dalam ucapan Ybhg Dato’ seri Mohamed Khaled Nordin, YBMenteri Pengajian Tinggi mengumunkan bahawa kesemua pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh para pemimpin pelajar dalam mesyuarat MPPK yang lepas telah diberikan pertimbangan yang sebaik mungkin oleh kerajaan. Sejajar dengan itu, pihak kerajaan sedang dan telah mengambil tindakan susulan seperti yang terdapat dalam minit mesyuarat.

Diharapkan mesyuarat MPPK ini akan terus kekal menjadi platform untuk mahasiswa menyampaikan pandangan kepada kerajaan dalam proses merencanakan agenda negara untuk masa hadapan. Mudah-mudahan mesyuarat

MPPK yang telah berjaya dilangsungkan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan membawa negara ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.

Diharapkan mesyuarat MPPK ini akan terus kekal menjadi platform untuk mahasiswa menyampaikan pandangan kepada kerajaan dalam proses merencanakan agenda negara untuk masa hadapan.

19


BERITA KPT

PTPTN : Lebih 1.93 Juta Peminjam dan Penerima Biaya Mendapat Manfaat

P

endidikan menjadi agenda utama negara dalam melahirkan modal insan kelas pertama sekaligus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang mapan. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan komited memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat tidak terpinggir daripada mendapat peluang pendidikan khususnya di peringkat tinggi, sejajar dengan matlamat kecemerlangan yang menjadi asas Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditubuhkan pada Julai 1997 dan mula beroperasi November 1997. Tabung pendidikan ini telah membolehkan Pelajar-pelajar melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sehingga 31 Disember 2011, sejumlah 1.93 juta peminjam/ penerima biaya melibatkan peruntukan sebanyak RM42.96 bilion telah menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN di dalam usaha mencapai cita-cita sendiri, keluarga dan negara. Bagi merealisasikan transformasi pendidikan negara, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan

20

pemberian insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa untuk semua peminjam PTPTN yang tamat dengan cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf pada atau selepas Januari 2010. Jumlah keseluruhan peminjam yang telah diberikan pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf sehingga tahun 2011 ialah seramai 11,764 peminjam/ penerima biaya yang melibatkan jumlah pelupusan pinjaman/ pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Bilangan Pelajar yang Diluluskan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan PTPTN Sehingga 31 Disember 2011 Keseluruhan diluluskan : 11,764 (RM339.07 juta)

IPTS

26%

74% IPTA

Wang Pendahuluan pembiayaan (WPP) ringankan beban kewangan para pelajar Sejak ditubuhkan, Skim Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan menyaksikan perkembangan dan peningkatan yang cukup prolifik dari segi kelulusan pembiayaan. Seiring dengan perkembangan itu, skop pembiayaan turut diperluaskan bermula dengan penumpuan kepada pelajar IPTA pada awal penubuhannya dan disusuli dengan pelajar IPTS dalam negara. Di samping itu, jumlah kelulusan pembiayaan kepada pelajar turut bertambah saban tahun dan kelulusan kepada tahap pendidikan yang lebih menyeluruh sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Kemudahan pembiayaan juga diperluaskan kepada pengajian secara separuh masa dan jarak jauh di IPTA. Bagi meringankan beban kewangan para pelajar, PTPTN juga telah menawarkan kemudahan Wang Pendahuluan pembiayaan (WPP) kepada pelajar-pelajar yang layak untuk membolehkan mereka membuat persediaan awal sebelum mereka mendaftar diri di IPT. WPP yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi


membantu pelajar-pelajar yang pertama kali ditawarkan ke IPTA dan kurang berkemampuan turut diperluaskan kepada pelajar Politeknik mulai tahun 2010. Pemberian WPP ini sudah pasti dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar khususnya mereka dari kalangan yang kurang berkemampuan. Sehingga 31 Disember 2011, sebanyak 553,913 pelajar telah menerima dan menunaikan WPP yang melibatkan amaun keseluruhan RM812.27 juta.

PTPTN pembiaya pengajian utama Sebagai pembiaya pengajian yang utama di negara ini, PTPPTN sentiasa memikirkan bagaimanakah memberikan yang terbaik kepada pelanggannya. Justeru kerajaan bersetuju supaya kadar pengenaan kos pentadbiran ke atas pinjaman pendidikan PTPTN diturunkan beberapa kali. Ini dapat membantu pelajar agar mereka tidak dibebankan dengan bayaran balik yang tinggi. Pada permulaan penubuhan PTPTN, kos pentadbiran pinjaman pendidikan PTPTN dikenakan 4% setahun atas baki berkurangan. Semasa pembentangan Bajet 2004, kerajaan telah mengumumkan kos pentadbiran bagi pinjaman pendidikan PTPTN diturunkan daripada 4% kepada 3% setahun atas baki berkurangan. Berikutnya, PTPTN telah memperkenalkan pembiayaan pendidikan berlandaskan konsep Syariah iaitu mengikut kaedah Ujrah atau upah yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008. Melalui pelaksanaan kaedah ini, pelajar dapat menikmati pembiayaan pendidikan dengan pengenaan upah yang lebih rendah iaitu 1% setahun berbanding kos pentadbiran bagi pinjaman pendidikan konvensional.

Bayaran balik, PTPTN ambil pendekatan yang mesra pelanggan Salah satu usaha melestarikan keupayaan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar berpotensi meneruskan pengajian di IPT, adalah meningkatkan kutipan balik pinjaman. Para peminjam sentiasa diberi ingatan mesra agar tampil dan mengadakan rundingan berkaitan pembayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan PTPTN yang telah mereka nikmati semasa belajar. Amalan mesra pelanggan dengan konsep ‘Membayar Dengan Senyuman’ telah diperkenalkan. Disamping itu promosi dalam bentuk advertorial, advotorial dan iklan Tv turut diadakan. Bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan PTPTN telah menunjukkan Tarikh Kelulusan/ Kuatkuasa

peningkatan yang memberangsangkan pada setiap tahun. PTPTN turut memperkenalkan insentif pengiraan jumlah bayaran balik atas kadar 1% setahun kepada peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan baki hutang pembiayaan (belum mendapat tawaran pertukaran pinjaman pendidikan konvensional kepada pembiayaan Ujrah) selewat-lewatnya pada 31 Disember 2011 yang lalu. Ini merupakan tawaran untuk menarik minat dan menggalakkan pelajar yang mampu untuk menyelesaikan segera hutang pembiayaan pendidikan mereka tanpa perlu menunggu sehingga tamat tempoh bayaran balik.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN): Menabung bagi pendidikan tinggi anak-anak. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkonsepkan dan membudayakan pendekatan menabung bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Selaras dengan fungsi menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi, pelaksanaan skim ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan sambil menikmati pelbagai keistimewaan iaitu pelepasan cukai ke atas simpanan, insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan, manfaat perlindungan insurans serta khairat kematian dan pemberian dividen tahunan.

Kos Pentadbiran/ Upah

Sebelum 1 Januari 2004

4% setahun atas baki berkurang

Mulai 1 Januari 2004

3% setahun atas baki berkurang

Mulai 1 Mac 2007 (kursus Sarjana, PhD dan Profesional sahaja)

5% setahun atas baki berkurang

Mulai 1 Jun 2008

1% setahun atas kadar rata*

* Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan Ujrah atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance). 21


Kelebihan SSPN Pemberian Geran sepadan merupakan insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan sekiranya anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Pemberian geran sepadan ini adalah sebagai insentif kerajaan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Terus Memperkasakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan PTPTN terus komited untuk menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisme dan akauntabiliti yang tinggi. Komitmen ini dimanifestasikan dalam piagam pelanggan yang menjadi teras perkhidmatan PTPTN. Orientasi cakna dan mesra pelanggan turut dilengkapi dengan kemudahan laman web PTPTN bagi menyediakan akses langsung untuk urusan permohonan, semakan penyata, pembayaran balik 22

pembiayaan, penambahan deposit SSPN, capaian pelbagai borang dan interaksi online bagi mendapatkan maklumat terkini PTPTN. Pembukaan One Stop Center dan Info Center di lokasi terpilih pastinya akan meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan PTPTN kepada pelanggan. Ia merupakan salah satu inisiatif PTPTN menyalurkan informasi kepada masyarakat selaras dengan Teras Ketujuh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu untuk memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Komitmen yang jitu dan tidak berbelah bagi oleh PTPTN dalam memperkasakan sistem penyampaian PTPTN terbukti dengan pelbagai program yang diatur dan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, PTPTN mengambil serius inisiatif untuk meningkatkan nilai kehidupan warganya, masyarakat dan pelanggan serta berusaha memenuhi keperluan stakeholders melalui program yang dikenali sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat/ Corporate Social Responsibility (CSR). Program-program yang bersesuaian telah diadakan bagi merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara pelajar dengan warga PTPTN. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Kesedaran Pengurusan Kewangan kepada para pelajar

tahun akhir di IPT dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam menyebar luas maklumat mengenai pengurusan kewangan. Bagi memastikan PTPTN terus relevan di mata rakyat dan mengangkat martabat PTPTN menjadi sebuah institusi yang berprestasi tinggi, penambahbaikan berterusan terus dilaksanakan tanpa jemu. Momentum ini juga dipertingkatkan bagi memastikan PTPTN sentiasa relevan dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan negara. Atas dasar itu, Pelan Strategik PTPTN dan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia PTPTN telah diwujudkan dan dilancarkan pada 7 Disember 2011 yang lalu bertujuan untuk menjadikan PTPTN sebagai sebuah agensi yang unggul dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang melangkaui ekspektasi pelanggan khususnya dan masyarakat amnya. PTPTN senantiasa menitik beratkan dan menghargai para pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang dinamik. Adalah diharapkan PTPTN mampu menfokuskan kepada perkhidmatan jitu yang dapat memacu kepada wawasan 2020 untuk memberikan suatu penjanaan modal insan yang terbilang di negara ini melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang sistematik dan berkesan.


23


BERITA KPT

MOU Antara BERNAMA dengan IPTA dan IPTS Melahirkan Pelajar Latihan Industri Berkemahiran Serta Kompeten

S

atu majlis memorandum persefahaman telah ditermeterai melibatkan 12 Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara bersama dengan Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 8 Mei 2012 (Selasa) bertempat di Tingkat 9, Wisma Bernama Kuala Lumpur. Pada tahun 2007, melalui kerjasama dengan KPT, Bernama selaku agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pernah menjadi hos satu majlis dialog antara pihak media dengan pihak university

24

mengenai latihan industri untuk pelajar. Setahun kemudian jumlah pelajar yang memohon untuk menjalani praktikal di BERNAMA terus meningkat dan hampir 300 pelajar telah terlatih di bawah BERNAMA yang terdiri daripada pelbagai jurusan. Program Latihan Amali merupakan satu program di bawah Pusat Kecemerlangan Bernama yang terdiri daripada lima aspek yang diberi penekanan di bawah program ini. Pertama, penguasaan bahasa sama ada dari bentuk penulisan mahupun pertuturan sejajar

dengan matlamat kerajaan memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa inggeris. Kedua, kemampuan dari seggi menyelesaikan masalah. Ketiga, meyemai sifat keusahawanan dan profesionalisme. Keempat, pengembangan minda dengan mengasah bakat kreativiti dan inovasi dan yang kelima penerapan nilai-nilai murni dan moral supaya menjadi insan berguna kepada majikan, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Dengan termeterainya MOU ini maka, diharapkan universiti dapat meningkatkan peranannya dan memasarkan kajian ilmiahnya agar dapat dipromosikan menerusi pelbagai perkhidmatan BERNAMA yang sedia ada seperti Bernama TV, Bernama Radio24 dan Bernama.com.


BERITA KPT

Inisiatif Kerjasama Universiti – NBOS 4

H

asrat kerajaan untuk melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Program (RTP) sebagai fasa terakhir pembangunan luar bandar dalam meningkatkan pendapatan dan ekonomi masyarakat luar bandar memberi peluang kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk turut sama-sama menyumbang kepada pembangunan luar bandar. Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, KPT diberikan kepercayaan untuk menerajui lnisiatif Kerjasama Universiti yang melibatkan penglibatan secara langsung universiti-universiti tempatan dalam melahirkan modal insan, perkongsian teknologi dan juga kepakaran-kepakaran khusus yang boleh menjadi pemangkin kepada menzahirkan hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. KPT telah mengenalpasti beberapa program berimpak tinggi dan melaksanakan 4 program utama iaitu Program Duta Luar

Bandar, Program Health for Malaysia, Program Educate Malaysia dan Program Technology Sharing.

Program Duta Luar Bandar Program Duta Luar Bandar (DLB) merupakan program pelajar universiti

sebagai ikon masyarakat luar bandar dan menjadi penghubung antara bandar dan luar bandar. Duta Luar Bandar dipilih dari kalangan pelajar universiti tempatan yang berasal dari kawasan sekitar RTC dan mempunyai ciri-ciri pemimpin pelajar yang prihatin dengan masyarakat setempat. Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar universiti yang

25


berhasrat untuk memberi sumbang bakti dalam bentuk tenaga dan ilmu yang dimiliki untuk sama-sama membangunkan luar bandar. Program ini berupaya untuk membentuk ciri-ciri seorang pemimpin di samping memberikan peluang pelajar mendekati masyarakat luar bandar seawal mungkin. Pelbagai aktiviti diatur dan dilaksanakan dan mereka juga akan terlibat dalam mana-mana aktiviti yang dirancang oleh kementerian atau agensi lain. Di era teknologi yang semakin canggih ini, kerajaan amat prihatin dengan generasi muda yang banyak menggunakan teknologi terkini untuk tujuan komunikasi. Melalui Program Duta Luar Bandar, KPT mengambil inisiatif menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar menggunakan saluran komunikasi dan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan blog. Blog DLB iaitu www.dutaluarbandar.com serta Facebook Duta Luar Bandar diwujudkan untuk memberi peluang kepada perhubungan dua hala antara masyarakat Bandar dan luar bandar. Usaha ini dilihat mampu membantu KPT mengenal pasti isu dan cabaran masyarakat luar bandar di samping membantu kerajaan

26

menyampaikan maklumat mengenai pelbagai kemudahan yang sedia ada dan mendengar masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar. Kerjasama dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Kewangan (MOF), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) akan berupaya merialisasikan hasrat kerajaan.

Program ini memberi peluang kepada pelajarpelajar universiti yang berhasrat untuk memberi sumbang bakti dalam bentuk tenaga dan ilmu yang dimiliki untuk samasama membangunkan luar bandar.

Antara peranan Duta Luar Bandar ialah sebagai: • Pemimpin remaja; • Penghubung komuniti setempat; • Pakar rujuk kepada komuniti setempat; • Pengerakkan aktiviti komuniti; dan • Idola remaja Program Duta Luar Bandar ini telah diadakan secara pilot di RTC Gopeng dengan pelantikan seramai 20 orang DLB Gopeng. Program ini sedang dikembangkan lagi di RTC Gopeng dan juga ke RTC lain seperti RTC Kota Bharu dan RTC Kuala Kedah. Program Health for Malaysia Program Health for Malaysia (HFM) ialah program kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan sesi pemeriksaan percuma kepada masyarakat luar bandar. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan berkala. Melalui Strategi Lautan Biru, program ini mendapat kerjasama pelbagai agensi


kerajaan seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Perindustrian dan Asas Tani (MOA), Media Prima Berhad, dan sebagainya. Program sebegini memberi peluang kepada pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan sains kesihatan dari PPUKM beserta pensyarah sebagai mentor untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat luar bandar. Selain itu, program ini juga membantu JKN mengenal pasti penduduk yang mempunyai masalah kesihatan dengan merujuk kepada klinik kesihatan atau hospital terdekat.Pelbagai aktiviti diatur dalam Program HFM ini seperti pemeriksaan kesihatan asas, pemeriksaan gigi, pemeriksaan optometri, pemerikasaan kesihatan lelaki, dan pemeriksaan kesihatan wanita. Selain itu, JKN turut melaksanakan kempen derma darah ketika program berlangsung. Program HFM telah diadakan secara pilot di RTC Gopeng pada bulan November 2011 yang lalu. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

KPT akan melaksanakan Program HFM Siri 2 di RTC Gopeng pada 25 hingga 27 Mei 2012 nanti.

Program Educate Malaysia Selain itu, KPT juga melaksanakan Program Educate Malaysia. Program yang bertemakan ilmu pengetahuan, motivasi, dan kepimpinan ini bertujuan melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri dan sahsiah diri yang cemerlang sebagai pemimpin generasi pelapis. Program ini mensasarkan pelajar-pelajar sekolah menengah dari kawasan dalam linkungan 50 km radius dari sesebuah Rural Transformation Center (RTC). Para fasilitator dan mentor dari universiti akan berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan pendidikan seperti teknik belajar yang berkesan, motivasi diri serta membantu adik-adik angkat mereka tentang laluan pengajian tinggi dan kerjaya di masa hadapan. Program ini juga mampu memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dengan adanya aktiviti ceramah kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, program ini dapat membantu membina motivasi, potensi

diri serta trait personaliti diri sebagai asas kepimpinan bagi memimpin pelajar dan menjadi pemimpin pelapis di masa hadapan melalui kerjasama dengan adanya aktiviti kepimpinan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Program EM ini telah pun diadakan secara pilot di RTC Gopeng dengan melibatkan penyertaan seramai 1,100 orang pelajar dari 78 buah sekolah menengah di sekitar Gopeng. Program EM bagi RTC Kota Bharu Kelantan akan diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2012 nanti.

Program Perkongsian Teknologi Program perkongsian teknologi dan ilmu pengetahuan oleh pelajar university kepada masyarakat luar bandar dalam pelbagai bidang untuk komuniti setempat. Program ini bertujuan meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk luar Bandar melalui perkongsian teknologi bersama pihak university dan industri. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kualiti dan mutu produk yang dikeluarkan oleh penduduk luar bandar melalui penggunaan teknologi terkini. 27


BERITA KPT

National Blue Ocean Strategy 5 (NBOS 5)

S

trategi Lautan Biru Kebangsaan 5 atau turut dikenali sebagai NBOS 5 telah dirangka lanjutan daripada pelaksanaan NBOS 1, 2, 3 dan 4 yang setiap satunya diterajui oleh Kementerian yang berlainan dan mempunyai inisiatif dan matlamat yang berbeza. Program nasional ini merupakan satu inisiatif merentas kementerian yang melibatkan pelajar IPT untuk melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat. Penyelarasan peringkat tertinggi strategi ini akan dilaporkan dalam National Strategy Execution Summit (NSES) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk mentransformasikan Kerajaan. Program University Ambassador (UAP) telah dikenal pasti sebagai salah satu program yang dijayakan di bawah NBOS 5. UAP telah diterajui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan diselaraskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). JPT bersama-sama beberapa Kementerian dan agensi lain antaranya

28

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan beberapa agensi lain telah bekerjasama untuk membentuk satu jalinan strategik bagi membantu

menjayakan UAP. Sebanyak 4 inisiatif iaitu Innovation & Technology, Nurturing Interest in Math & Science, Lifelong Learning and Micro Entrepreneuers telah dikenal pasti untuk dijayakan di bawah UAP. Manakala sejumlah 7 program telah dibangunkan di bawah UAP iaitu C-Ways, ICT Village, SMARTORS, Mobile Siswa,


Melalui UA, pelajar universiti akan dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri terutamanya dari aspek kepimpinan, kemahiran komunikasi, berfikiran yang kritis, berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dan banyak lagi yang secara langsung disemai dan dipupuk semasa belangsungnya program. Pelajar akan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri dan bersedia untuk behadapan dengan orang ramai. Agrodesa, ME UniInterns dan iParents. Kesemua tujuh (7) program tersebut merupakan cetusan idea duta universiti dan telah ditambah baik melalui

perbincangan bersama pelbagai agensi yang berkaitan. Matlamat pelaksanaan programprogram UAP ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui beberapa program yang bermanfaat. Program-program berkenaan adalah hasil cetusan idea para pelajar universiti sendiri melalui kerjasama Kementerian dan agensi yang terlibat. Komuniti sasaran bagi fasa pertama program ini adalah sekitar Gopeng, Perak dan 100km radius daripada Gopeng. UAP melibatkan seramai 63 orang pelajar daripada enam (6) buah IPTA (USM, UIAM, UTM, USIM, UiTM dan UPSI) yang telah dilantik sebagai duta universiti (university ambassador). University Ambassador (UA) telah memainkan peranan sebagai wakil / jurucakap kepada YB Menteri / Kementerian Pengajian Tinggi serta kerajaan dalam usaha mengukuhkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan. Selain itu, UA juga turut berperanan sebagai agen perubahan dan perantaraan

di antara masyarakat dengan pihak kerajaan dalam menggerakkan program berbentuk kemasyarakatan yang telah dikenal pasti untuk dijalankan. Pelajar-pelajar yang dilantik ini telah dipilih dan dilatih supaya berkemampuan untuk memimpin masyarakat setempat termasuk di peringkat universiti/kampus, dan lokasi sasaran. Mereka juga bersedia untuk dijadikan sumber rujukan selain bertindak sebagai model contoh kepada masyarakat. Secara ringkasnya, fungsi UA adalah sebagai: • pemimpin belia terutamanya dalam aspek berpersatuan. • penghubung di antara komuniti setempat dan agensi Kerajaan dalam aspek penyampaian maklumat seperti kemudahan pinjaman dan lain-lain bantuan yang disediakan oleh Kerajaan. • pakar rujuk kepada komuniti setempat dalam isu-isu semasa berkaitan sosial, pendidikan, ekonomi, teknologi dan juga politik. • penyokong dan penggerak aktiviti komuniti setempat sama ada 29


membangunkan projek baru atau melalui kemudahan sedia ada yang disediakan Kerajaan. • sumber inspirasi dan tauladan di kalangan belia dengan cara menunjukkan perwatakan yang matang, positif dan berkeyakinan. Melalui UA, pelajar universiti akan dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri terutamanya dari aspek kepimpinan, kemahiran komunikasi, berfikiran yang kritis, berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dan banyak lagi yang secara langsung disemai dan dipupuk semasa belangsungnya program. Pelajar akan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri dan bersedia untuk behadapan dengan orang ramai. Penglibatan pelajar-pelajar ini sebagai Duta Universiti bukan sahaja memberi kesan positif kepada masyarakat dan Negara tetapi juga melatih pelajar-pelajar tersebut melalui pengalaman yang ditimba semasa melaksanakan tugas sebagai “Duta”. Pelajar-pelajar tersebut mengasah bakat kepimpinan mereka, meningkatkan keyakinan diri, belajar berkomunikasi secara berkesan selain berpeluang berinteraksi secara langsung dengan wakilwakil tetap dari pelbagai agensi berkaitan

30

Penglibatan pelajar-pelajar ini sebagai Duta Universiti bukan sahaja memberi kesan positif kepada masyarakat dan Negara tetapi juga melatih pelajar-pelajar tersebut melalui pengalaman yang ditimba semasa melaksanakan tugas sebagai “Duta”

yang terlibat sama dalam pelaksanaan program. Dalam melaksanakan kesemua program yang telah dikenal pasti, adalah diharapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan mampu memberi nilai tambah kepada inisiatif sedia ada yang dijalankan oleh pihak lain tetapi ternyata kurang memberi impak seperti yang diharapkan. Penglibatan pelajar-pelajar ini diharap dapat membuka mata dan menyuntik semangat kepada pihak-pihak terlibat bagi terus menjayakan program yang dikenal

pasti seperti mana yang digariskan dalam Strategi Lautan Biru Negara. C-Ways – dalam program ini duta universiti akan membantu pengusaha labu sayong memasarkan produk keluaran mereka. Ini melibatkan bantuan dari segi pembungkusan produk, penjemaan semula dan penempatan semula labu sayonguntuk menembusi pasaran yang lebih luas. Ia melibatkan duta universiti dari Universiti Teknologi Malaysia dan diadakan di sekitar Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Antara kementerian dan agensi luar yang terlibat adalah seperti MARA, MOA (TEKUN), Majlis Koperasi Malaysia (MKM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SIFE Malaysia and Kementerian Pelancongan Malaysia (MoTour). ICT Village – dalam program ini duta universiti akan membantu mendedahkan kemahiran ICT kepada penduduk setempat dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Jalur Lebar Komuniti dan Medan Info Desa. Ia melibatkan duta universiti dari Universiti Sains Malaysia. Lokasi yang telah dipilih adalah Felda Besout 2, Perak dan program ini diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Pengajian Politeknik, FELDA dan Gabungan Perkumpulan Wanita (GPW).

Mukim Belanja, Perak melalui kerjasama dengan FAMA dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

SMARTORS – dalam program ini duta universiti akan bekerjasama dengan guru cemerlang untuk memupuk dan mempertingkatkan minat terhadap subjek matematik dan sains di kalangan pelajar sekolah. Pelajar UiTM telah dipilih sebagai duta universiti bagi program ini. Program perintis diadakan di Sekolah Kebangsaan Trolak Utara, Perak dengan melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran

ME UniInterns – dalam program ini duta universiti akan membantu usahawan mikro memperbaiki prestasi perniagaan mereka dengan menggunakan model SME UniInterns daripada SME Corps. Duta Universiti dari USIM telah bersamasama dengan wakil agensi SME Corp., MASMED-UiTM dan KKLW telah bekerjasama untuk membantu usahawan kecil dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengenengahkan potensi produk masing-masing. Program perintis bagi ME UniInterns telah diadakan di sekitar Gopeng dengan melibatkan produk kek

Mobile Siswa – dalam program ini duta universiti akan menggunakan perpustakaan bergerak bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat dengan berfokuskan kepada niche area bagi kawasan berkenaan. Program yang melibatkan duta universiti dari Universiti Islam Antarabangsa ini telah diadakan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

tradisional dan juga makanan sejuk beku. iParents – dalam program ini duta universiti telah bekerjasama dengan guru cemerlang bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam subjek sains dan matematik. Duta Universiti daripada UPSI bersama-sama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan program dengan melibatkan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada pelajar sekolah di Felda Besout 1. Pelaksanaan aktiviti sains dan matematik yang menarik merupakan usaha untuk memupuk minat pelajar sekolah agar lebih meminati sains dan matematik.

Agro Desa – dalam program ini duta universiti daripada UiTM akan membantu menyediakan petani dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Program ini diadakan di Parit, 31


BERITA KPT

MOU Antara Universiti Perdana dan Universiti Mahidol Membentuk Generasi Inovatif

S

atu majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Perdana, Malaysia dan Unniversiti Mahidol, Thailand telah dilaksanakan. Majlis julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung di Bangunan MAEPS Serdang, Selangor. Majlis ini merupakan platform penting dalam meningkatkan hubungan antara universiti dalam dan luar negara bagi melahirkan mahasiswa perubatan yang bercita rasa tinggi sekaligus menghasilkan modal intelek negara. Majlis ini diserikan lagi oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan turut dihadiri oleh Lembaga Pengerusi Universiti Perdana, Dekan Fakulti Perubatan Tropikal Universiti Mahidol, Thailand, Menteri di Kedutaan Thailand, Duta Ireland, Timbalan Pengarah Unit Awam dan Swasta Jabatan Perdana Menteri, serta Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Pengajian Tinggi, Datin Prof Ir

32

Dr Siti Hamisah Tapsir. Memorandum persefahaman ini bertujuan untuk melahirkan satu kolaborasi antara Universiti Perdana dan Universiti Mahidol berkenaan dengan pertubuhan dua fakulti iaitu Fakulti Perubatan Tropika dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Selain itu, memorandum ini juga bertujuan untuk mencapai kata sepakat berkenaan program mobiliti pelajar antara keduadua universiti. Memorandum ini juga dirangka bertujuan pertukaran pengajaran serta penyelidikan dan pembangunan. Persetujuan yang dicapai ini membolehkan sistem pendidikan negara meningkat kepada tahap ke arah meneraju kecemerlangan Pengajian Tinggi negara. Universiti Perdana merupakan sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada September 2010 ini telah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Naib Canselornya. Menteri Pengajian Tinggi YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin

Nordin dalam ucapannya berkata bahawa “program ini bakal membantu menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam bidang penyelidikan perubatan serantau dan seluruh dunia.” Selain itu, “ia bukan sahaja meningkatkan bakat mahasiswa dan anak muda tempatan yang akhirnya akan memberikan manfaat kepada negara kita Malaysia.” ulasannya di akhir ucapan tersebut.

“program ini bakal membantu menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam bidang penyelidikan perubatan serantau dan seluruh dunia.”


BERITA KPT

Pelancaran Agenda Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan Bersama Industri

G

lobal Entrepreneurship Research and Innovation Center (GERIC), akan menjadi platform dalam usaha memperkasa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai peneraju dalam bidang keusahawanan di peringkat pengajian tinggi negara. Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penubuhan GERIC dilihat pemangkin imej universiti menjadi sebuah pusat kecemerlangan unggul dalam bidang keusahawanan dan inovasi. Beliau berkata, bagi memastikan misi GERIC tercapai, tiga strategi utama dilaksanakan melalui penyediaan platform R&D, sumber kepakaran keusahawanan dan inovasi dalam membangunkan produk bagi tujuan pengkomersilan. “GERIC juga akan berperanan sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan bertaraf HICoE (teras perkhidmatan) dan menjadi pusat pembangunan keusahawanan dan inovasi untuk Universiti serta negara melalui pendidikan, penyelidikan dan pemindahan teknologi,” katanya pada majlis Pelancaran Agenda Keusahawanan UMK Bersama Industri di Hotel Grand Riverview, di sini,

hari ini. Menurut Dato’ Seri Mohamed Khaled, UMK perlu komited dan berusaha dengan mengintai peluang menjalankan kerjasama dengan pemain industri termasuklah institusi pendidikan luar negara dan tempatan. “Dalam usaha kita mencapai agenda pendidikan keusahawanan, IPT juga perlu mem¬perluaskan jaringan dengan industri serta institusi serantau sama ada pada peringkat lokal atau pun antarabangsa. Usaha ini memerlukan IPT mencari rakan strategik yang sesuai dengan bidang tujahan masing-masing,” katanya. Untuk rekod, UMK juga telah mengadakan usahasama dengan dua institusi pendidikan luar negara iaitu Prince of Songkla University (PSU) dan Australian Institute of Manage¬ment Western Australia (AIM WA) menerusi memorandum persefahaman bagi

perkong¬sian pengalaman dan mengukuhkan hubungan akademik, termasuk melaksanakan program berkembar. Pada masa sama UMK telah menjalankan program sosial berpaksikan keusahawanan merentasi sempadan negara dengan penganjuran Program Social Enterprise in Economic Development (SEED) yang dijalankan oleh dengan kerjasama beberapa buah universiti di rantau ASEAN dan St. Gallen University, Switzerland di bawah Asean Learning Network Council (ALNC) telah berjaya merubah pemikiran orang kampung untuk berdikari dengan mewujudkan enterprais atau perusahaan kecil di kampung masing¬masing. Sehubungan itu, Dato‘ Seri Mohamed Khaled, berharap melalui penubuhan GERIC, UMK mampu menjadi peneraju dalam bidang pendidikan keusahawanan dan boleh menjadi contoh kepada IPTA yang lain. “GERIC akan dapat dinaik taraf kepada pusat kecemerlangan tinggi (HiCOE) dalam masa yang singkat berdasarkan program yang telah dirancang dengan begitu rapi dan teliti yang berpaksikan kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan hasil inovasi serta pemindahan teknologi untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya. Sebarang maklumat boleh hubungi Pusat Hubungan Korporat dan Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di talian 09-7717009.

33


BERITA KPT

Majlis Profesor Negara Sumbang Kepakaran Dalam Pembangunan Malaysia

B

ersempena dengan ulangtahun kedua Majlis Profesor Negara (MPN), satu majlis dialog antara MPN dan YB Menteri Pengajian Tinggi telah diadakan. Majlis ini diadakan di pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sejarah terukir dengan penubuhan MPN ini pada 1 April 2010 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, YB Perdana Menteri Malaysia. Secara umumnya setiap profesor di IPTA adalah automatik akan menjadi ahli MPN dan mereka bebas memilih untuk menjadi mana-mana ahli 14 kluster di MPN ini termasuk Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan, Kluster Teknologi Maklumat Komunikasi dan sebagainya. MPN penting kepada pembangunan

34

negara dan mempunyai objektif untuk menyumbang input kepakaran, khidmat nasihat dan pemikiran, pemegang amanah dan memberi peluang untuk mereka membalas kembali jasa yang diperoleh kepada kerajaan. MPN dikatakan sebagai “pemikir negara� apabila khidmat mereka digunakan dalam bidang advokasi awam khususnya untuk memperkukuhkan asas penggubalan dasar negara serta perlaksanaan program baru serta meningkatkan daya saing negara dalam pertumbuhan ekonomi negara terutamanya sebagai jantera pertumbuhan dalam Program Transformasi Ekonomi Negara. Justeru itu, MPN akan terus berusaha untuk memberikan idea dan buah fikiran yang terbaik sekaligus menjadi lonjakan

unggul untuk membangunkan negara seiring dengan proses transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan ketika ini.

MPN penting kepada pembangunan negara dan mempunyai objektif untuk menyumbang input kepakaran, khidmat nasihat dan pemikiran, pemegang amanah dan memberi peluang untuk mereka membalas kembali jasa yang diperoleh kepada kerajaan


35


BERITA KPT

Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF)

K

arnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2011/2012 telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merupakan wadah menyatupadu dan memperkukuhkan muhibah di antara generaasi baru dan lama FELDA dengan memupuk perpaduan melalui aktiviti – aktiviti seperti sukan dan pertandingan. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut sama terlibat langsung di dalam program sebagai manifestasi pelaksanaan tanggungjawab sosial yang amat baik dalam menyampaikan maklumat terkini berkenaan dengan sektor pengajian tinggi negara kepada publik umumnya dan warga FELDA khasnya. Ini adalah selari dengan hasrat untuk meningkatkan ketampakan KPT sebagai sebuah kementerian yang memartabatkan ilmu dan menjulang nilai-nilai keintelektualan.

36


37


BERITA KPT

Majlis Kokurikulum UniversitiUniversiti Malaysia (UniCC) Lahir Graduan Berketrampilan

M

ajlis Kokurikulum UniversitiUniversiti Malaysia atau Malaysian University CoCurricular Council (UniCC) telah ditubuhkan pada 10 Disember 2010. Ia merupakan pemangkin utama kepada Pusat Kokurikulum atau Pusat Pembangunan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk membantu melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdaya saing. UniCC juga berfungsi sebagai pengantara antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan semua IPT dalam penyaluran maklumat berkaitan dengan pembangunan Kemahiran Insaniah pelajar dari semasa ke semasa. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah melantik Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, Pengarah Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, UPM sebagai Pengerusi Majlis Kokurikulum UniversitiUniversiti Malaysia (UniCC) bagi tempoh dua tahun mulai 2011 hingga 2013. Watikah pelantikan sebagai Pengerusi UniCC telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi mewakili YB Menteri Pengajian Tinggi

38

UniCC juga berfungsi sebagai pengantara antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan semua IPT dalam penyaluran maklumat berkaitan dengan pembangunan Kemahiran Insaniah pelajar dari semasa ke semasa.

Malaysia di Majlis Perasmian Bengkel Kebangsaan Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Kukurikulum Berkredit 2011 pada 1 hingga 3 Julai yang lalui di The Royal Bintang, Seremban. UniCC merupakan platform utama kepada Pusat Kokurikulum atau Pusat Pembangunan Pelajar IPT untuk membantu melahirkan graduan yang berktrampilan dan berdaya saing, menghasilkan graduan yang seimbang sama ada dari segi ketrampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan

bernilai murni, justeru terhasilnya graduan berpesonaliti unggul atau towering personality. Pembangunan modal insan menjadi agenda utama kepada peneraju IPT. CAP pembangunan holistik pelajar memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar IPT. Terma rujukan: • UniCC diletakan dibawah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi; • Mesyuarat UniCC diadakan mengikut kekerapan 3 bulan sekali; • Ahli mesyuarat terdiri daripada Pengarah/ Dekan/ Ketua Pusat Kokurikulum sahaja (wakil tidak dibenarkan); • UniCC merupakan badan penasihat berkaitan dasar-dasar dan garis panduan pembangunan kursus kokurikulum berkredit di IPT; • UniCC menjadi pakar rujuk kepada training of trainers (TOT) kokurikulum berkredit; dan • UniCC merupakan penasihat kepada pembangunan holistic pelajar (CAPHSD) yang mengfokuskan kepada kemahiran insaniah.


BERITA KPT

YB Menteri Dekati Rakyat Di Rantau Panjang

P

rihatin terhadap rakyat YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan perjumpaan dengan komuniti setempat di Parlimen Rantau Panjang bagi menghulurkan sumbangan sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak. Pelbagai program telah berlangsung dan di antaranya ialah Penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN. Majlis telah diadakan di Dewan Besar,

Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas. Seramai 4000 orang telah hadir dari kawasan Rantau Panjang melibatkan komuniti, pelajar dan wakil agensi. Bertepatan dengan pendekatan dan hasrat kerajaan mendahulukan rakyat, pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh PTPTN dalam usaha transformasi PTPTN menjadi sebuah institusi peneraju dalam pembiayaan pendidikan di negara ini. Sehubungan

itu, langkah proaktif telah diambil dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam penganjuran program tersebut. Selain sesi penyerahan WPP, Kaunter Informasi PTPTN turut disediakan untuk pertanyaan dan semakan bertujuan untuk menyampaikan informasi yang tepat kepada para pelanggan PTPTN di samping dapat bertemu dengan bakal mahasiswa.

39


Sinar Ramadan d’ KPT Majlis Ramah Mesra & Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri Bersama Warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kompleks Seri Perdana

Majlis Ihya’ Ramadhan YB Menteri Pengajian Tinggi Bersama Pelajar IPT 2012 - Dewan Bankuet UPM

40


Majlis Berbuka Puasa KPT

Majlis Berbuka Puasa Bersama Media

41


42


BERITA KPT

Merdeka Raya Kementerian Pengajian Tinggi

S

empena meraikan Syawal yang mulia dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menganjurakan Sambutan Merdeka Raya yang telah dihadiri oleh lebih 1000 tetamu dari kalangan pemegang taruh kementerian disamping rakan-rakan dari kementerian lain. Majlis istimewa ini dimeriahkan lagi dengan persembahan yang menghiburkan dari Kelab Kebudayaan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSIS) yang mendendangkan senandung lebaran dan lagu- lagu

kecintaan kepada negara. Meriahnya Aidilfitri tahun ini juga amat dirasakan apabila diraikan bersama sambutan Kemerdekaan negara yang ke-55. Selain daripada itu, Majlis Merdeka Raya ini juga diserikan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Fotografi KPT yang di anjurkan oleh kelab KPT dengan kerjasama NIKON yang bertemakan kemerdekaan. Sempena majlis Merdeka Raya ini juga, Unit Pusat Sumber, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan

Kuiz Kemerdekaan 2012 bermula pada 7 Ogos 2012 sehingga 27 Ogos 2012 yang lalu. Penganjuran kuiz ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotism sesama warga serta menghargai nilai kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara setelah sekian lama. Sesungguhnya merdeka raya ini telah mewujudkan ikatan perhubungan yang lebih akrab dan mesra sesama muslimin dan muslimat tidak kira bangsa mahupun agama bagi melahirkan negara Malaysia yang lebih aman dan bahagia di serata negara.

43


BERITA KPT

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2012 (K3G) - Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Ke Peringkat Nasional

K

ementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 dengan kerjasama Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) dan Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA) baru-baru. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 29 Jun sehingga 1 Julai bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pengajuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau K3G kali ini adalah edisi ketiga diadakan oleh KPT atas permintaan banyak pihak termasuk para majikan dan graduan bagi memberi peluang mereka membina kerjaya dalam dunia pekerjaan mahupun usahawan. Sebanyak 150 pihak terdiri

44

daripada agensi kerajaan dan swasta menawarkan pelbagai jawatan dan peluang keusahawanan bagi graduan lulusan sijil, diploma seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Angkatan Tentera Malaysia, SME Corp, Media Prima, Al-

Rajhi Bank, Samsung dan sebagainya. Daripada kajian pengesanan graduan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi tahun 2011, telah dikenalpasti seramai 184, 581 individu dari seluruh negara telah menamatkan pengajian


masing-masing dan bilangan tersebut dijangka meningkat kepada 230, 000 graduan yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun 2012. Menurut Dato’ Seri Khaled Nordin, pihak Kementerian telah merangka satu pelan kebolehdapatan kerja yang holistik melibatkan penyertaan

pihak industri dalam menghubungkan para graduan dengan pekerjaan yang sesuai termasuklah Program Pentauliahan Professional (3P), Bridging The Gap, MyCareer MyFuture, Degree++ dan sebagainya.

45


BERITA KPT

MyCite Memartabatkan Sumbangan Saintifik Ahli Akademik

P

enubuhan Sistem Indeks Sitasi Malaysia (MyCITE) oleh Pusat Sitasi Malaysia (MCC) merupakan sebahagian daripada strategi nasional dalam mewujudkan satu persekitaran cekap dan mampan untuk penerbitan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) para saintis di negara ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan menjadi penggerak utama pertumbuhan R&D di negara ini dengan pelaburan besar dalam penyelidikan

46

dan inovasi ke arah polisi strategik bagi merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. “Bagi tahun 2012 sahaja, sebanyak 400 juta ringgit telah diperuntukkan dalam membiayai penyelidikan-penyelidikan saintifik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya pada Majlis Pelancaran MyCITE dan Perasmian Persidangan Antarabangsa Sistem Sitasi Jurnal NegaraNegara Asia Pasifik di Sepang, Selangor baru-baru ini. Penyelidikan saintifik ini memperlihatkan penyertaan dan

penglibatan langsung para penyelidik bagi menemukan dapatan yang perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan ilmiah. MyCite dijangka dapat menjadi focus point atau rujukan untuk Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) satu masa nanti .“Pada masa yang sama, MyCite akan menjadi pemacu kepada ketertampakan sumbangan komuniti saintifik terhadap perkembangan ilmu di negara ini yang bukan sahaja boleh diakses dalam negara malah antarabangsa.” katanya lagi.


BERITA AGENSI : AKEPT

AKEPT Memperkasa Kepakaran Tempatan

A

kademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 2008 selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk mengubah pendidikan tinggi di Malaysia, terutama pembangunan modal insan. Fokus utama AKEPT adalah untuk membangunkan dan menjalankan program-program bersesuaian dengan pengalaman dalam kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang penyelidikan dan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini bertujuan untuk memupuk dan membangunkan kepimpinan akademik, kecemerlangan akademik dan kemahiran keusahawanan selain memperkukuhkan kemampuan organisasi dan governan IPT melalui latihan, khidmat nasihat, bimbingan yang disusun secara strategik untuk pegawai atasan dan pertengahan di

dalam struktur kepimpinan IPT. AKEPT bergerak selaras dengan agenda transformasi pengajian tinggi bagi memastikan institusi pengajian tinggi berdaya saing di peringkat global dan dikenali sebagai pusat rujukan unggul dalam bidang penyelidikan dan inovasi, pembelajaran dan pengajaran serta kompetensi kepimpinan pengajian tinggi, AKEPT turut menjalankan program dan aktiviti melalui tiga (3) pusat. Pusat-pusat tersebut ialah , Pusat Latihan Kepimpinan, Pusat Pembelajaran dan Pengajaran serta Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Inovasi. Sehingga kini, AKEPT telah menjalankan pelbagai program yang telah memberi impak dan hasil yang positif terutamanya bagi pencapaian AKEPT dan khususnya kejayaan untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Diantara pencapaian yang telah AKEPT peroleh sepanjang penglibatannya ialah mewujudkan kerjasama erat diantara Jabatan Pengajian

AKEPT telah menjalankan suatu tindakan proaktif dengan mewujudkan pelantar AKEPT Young Researchers Circle (AYRC). Pelantar ini telah berhasil mendapatkan penglibatan para pensyarah muda dan para akademik muda yang berumur 40 tahun ke bawah dari seluruh IPTA supaya aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan seterusnya berkongsi dapatan kajian tanpa sempadan bidang. ...Bersambung di muka 50 47


48


49


Tinggi (JPT) samaada IPTA mahupun IPTS serta Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara terutamanya penglibatan para akademia dalam bidang penyelidikan serta penerbitan. Selain itu juga, kerjasama turut wujud dalam merangka strategi serta pelaksanaan program latihan, seminar, persidangan dan kerjasama dalam pelbagai bidang khusus pembelajaran dan pengajaran. AKEPT juga telah menjalinkan usahasama dengan Pejabat Pengurusan Penyelidikan RMC atau Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan Penyelidikan di universiti tempatan dalam mengiatkan budaya penulisan berimpak tinggi dalam kalangan akademia. Ini membantu dalam usaha perkembangan ilmu dan menjadi rujukan dimasa yang mendatang selain bekerjasama dengan pakar-pakar antarabangsa dalam merangka strategi pembangunan pelbagai bidang P&P di Malaysia, juga sebagai penceramah / jurulatih dalam seminar, persidangan dan program latihan yang dilaksanakan. Antara yang terlibat adalah Dr. Edward de Bono dan Tony Buzan dalam bidang pembangunan pemikiran dan minda, Prof. Howard Colley (United Kingdom) dalam bidang Professionalization of Teaching in Higher Education, Prof. Michael Prosser (Hong Kong) dalam bidang Understanding Learning, Prof.Keith Trigwell (Australia) dalam bidang Learning Motivation and Engagement, Prof. Brenda Smith (United Kingdom) dalam bidang Learning Assessment, Prof. Colin Brock (United Kingdom) dalam bidang Student Supervision, Prof. Quinn Mills dan Prof. Nabil N. El Hage (Amerika Syarikat) dalam bidang Case Method, Prof. Tan Oon Seng (Singapura) dalam bidang Problem-Based Learning, Prof. Madya Dr.Tony Harland (New Zealand) dalam bidang Scholarship of Teaching and Learning dan ramai lagi. Program-program yang telah AKEPT jalankan bukan sahaja memperkasa kepakaran tempatan dalam kalangan warga akademik yang berpengalaman sebagai pakar rujuk dan jurulatih bidang-bidang khusus pembelajaran dan pengajaran, malah turut memfokuskan usaha sinergi dan inter-disiplin diantara pembangun modul, penyelidik akademik dan juga pertubuhan penyelidikan (dalaman & luaran- RU, Unit Perundingan UM, Melbourne Univ, SRI, 50

AKEPT telah menjalankan suatu tindakan proaktif dengan mewujudkan pelantar AKEPT Young Researchers Circle (AYRC). Pelantar ini telah berhasil mendapatkan penglibatan para pensyarah muda dan para akademik muda yang berumur 40 tahun ke bawah dari seluruh IPTA supaya aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan seterusnya berkongsi dapatan kajian tanpa sempadan bidang.

Oxford Said Business School, UNESCO) yang mengangkat nilai sains, kejuruteraan dan teknikal serta sains sosial. Juga mengambil kira hubungan dengan sektor industri terutamanya dalam pengalakkan nilai keusahawanan. Selain itu, AKEPT juga telah bekerjasama dengan Higher Education Academy (HEA) United Kingdom dalam memperkasa pembangunan bidang pembelajaran dan pengajaran di Malaysia disamping menggerakkan hubungan dengan Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Open Learning Centre (SEAMEO SEAMOLEC), Jakarta dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam pemerkasaan bidang e-Pembelajaran di peringkat ASEAN khususnya di Malaysia dan Indonesia sebagai permulaan. Kejayaan lain yang turut AKEPT hasilkan ialah membantu dalam penyediaan latihan akademik yang sistematik dan berasaskan kesarjanaan dan kebitaraan dalam pembelajaran dan pengajaran melalui pembinaan Modul Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA disamping menyokong pembangunan profesional berterusan (continuous professional development) dan pembinaan kepakaran warga akademik tempatan melalui inisiatif pembinaan Modul Training of Trainers

(ToT) dalam pelbagai bidang khusus P&P (dijangka siap pada akhir tahun 2012). AKEPT juga telah memberi tumpuan terhadap pembentukan modul bagi melengkapi bidang yang lebih luas dalam penyelidikan dan inovasi serta keusahawanan dan pembangunan institusi seperti Politeknik, Kolej Komuniti bahkan Universiti Teknikal dan Universiti Penyelidikan serta pengkormesilan produk penyelidikan dan nilai pasaran oleh pihak industri akan dikemaskini mengikut masa bersama penasihatan pihak Majlis Professor Negara mengikut sub kluster dan perundingan universiti tempatan. Dari segi pendedahan awal pula, AKEPT telah berjaya melaksanakan 1 Malaysia Youth Leadership dengan kerjasama pihak Jabatan Pengajian Tinggi, dimana program ini direncanakan untuk mendekati pelajar dari pelbagai sudut baik dari segi kepemimpinan, kerjaya, “softskill” dan juga semangat kenegaraan sebagai usaha memastikan golongan pelajar akan terus menjadi agen pembangunan negara yang akan mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di masa depan. Namun demikian, program ini ditukar kepada program baru iaitu 1 Malaysia Youth Leadership NBOS5. Ia mempunyai kaedah yang berbeza tetapi maksud yang sama iaitu dengan penglibatan para pelajar. Para pelajar ini dilatih menjadi “Trainer of Trainers (TOT)” bagi mewujudkan duta universiti atau “Univeristy Ambassador”. AKEPT telah menjalankan suatu tindakan proaktif dengan mewujudkan pelantar AKEPT Young Researchers Circle (AYRC). Pelantar ini telah berhasil mendapatkan penglibatan para pensyarah muda dan para akademik muda yang berumur 40 tahun ke bawah dari seluruh IPTA supaya aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan seterusnya berkongsi dapatan kajian tanpa sempadan bidang. Sebagai sebuah akademi yang sedang mencipta nama, AKEPT telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang selesa dan terkini seperti auditorium, bilik penginapan, bilik telekonferensi, gymnasium, dewan makan, surau, dewan serbaguna, cafeteria, gelanggang tenis. Peserta dan kakitangan menikmati semua kemudahan semasa mereka bekerja mahupun mengikuti program di AKEPT.


BERITA AGENSI : PTPN

Pembiayaan PTPTN Berlandaskan Prinsip Syariah

P

embiayaan pendidikan berlandaskan prinsip Syariah yang dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah dilaksanakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kaedah ini bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada (konvensional) yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan. Melalui prinsip Syariah yang diperkenalkan, pelajar dapat menikmati pembiayaan pendidikan dengan pengenaan upah atau Ujrah yang lebih rendah iaitu 1% setahun atas kadar rata. Pembiayaan pendidikan berlandaskan prinsip Syariah ini telah dilaksanakan kepada semua permohonan pembiayaan yang diluluskan mulai 1 Disember 2008. Bagi pelajar sedia ada yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Disember 2008, tawaran penukaran kepada Ujrah mula dilaksanakan pada 1 September 2010 iaitu setelah sistem selesai dibangunkan. Namun, tawaran ini adalah terkecuali bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan saman atau melanggar perjanjian pinjaman terdahulu. Peminjam yang layak akan dikemukakan dokumen tawaran perjanjian baru oleh PTPTN. Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh peminjam hanyalah mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi melalui portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my. Selepas diberikan dokumen tawaran, peminjam perlu

mencetak, melengkap dan mengembalikan dokumen tersebut kepada PTPTN dalam tempoh 90 hari daripada tarikh tawaran. Dengan hasrat untuk memudahkan urusan penerimaan tawaran oleh para peminjam yang seterusnya menikmati penurunan kos pentadbiran antara 47% hingga 49% berbanding kaedah terdahulu, PTPTN telah memberikan kelonggaran bahawa persetujuan majikan untuk membuat potongan gaji bulanan peminjam tidak diwajibkan, tetapi digalakkan. Selain itu, syarat dua penjamin turut dimansuhkan dan amaun ansuran bulanan telah dikurangkan dengan membuat penjadualan semula atau pemanjangan tempoh bayaran balik berasaskan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008. Peminjam juga dinasihatkan untuk berunding dengan PTPTN sekiranya masih tidak berkemampuan membuat bayaran balik mengikut amaun yang ditawarkan. Melalui pembiayaan berlandaskan Syariah yang diperkenalkan, seramai 836,408 peminjam sedia ada layak menikmati tawaran ini. Hasil daripada pelaksanaannya sehingga 31 Mac 2012, seramai 560,591 peminjam atau 67.0% yang layak telah mengemaskini maklumat. Manakala bakinya seramai 275,817 peminjam atau 33.0% masih belum mengemaskini maklumat untuk pertukaran tersebut. PTPTN masih memberi ruang kepada para peminjam sedia ada

untuk memilih kepada pembiayaan berlandaskan Syariah dengan penawaran adalah berasaskan baki pinjaman semasa (pada tarikh pengemaskinian maklumat). Pengemaskinian maklumat bagi pertukaran kepada pembiayaan Ujrah telah dibuka semula mulai 1 Januari 2012 kepada peminjam yang layak tetapi belum mengemaskini maklumat sehingga tarikh tutup 30 September 2011 yang lalu. Peluang ini turut diberikan kepada peminjam yang telah ditawarkan pertukaran Ujrah tetapi telah dibatalkan kerana tidak memulangkan dokumen perjanjian dalam tempoh 90 hari. Tawaran Ujrah berlandaskan prinsip Syariah ini merupakan salah satu bukti kerajaan komited untuk meringankan bebanan rakyat walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos dana yang tinggi. Nikmati dan syukurilah kaedah inovatif melalui pembiayaan pendidikan berlandaskan Syariah dengan upah atau Ujrah 1% yang telah disediakan kepada para peminjam.

51


BERITA AGENSI : MQA

APEL : Memperkasakan Pendidikan Sepanjang Hayat

A

gensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan Learning Never Stops itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dan turut dihadiri oleh seramai 550 orang wakil institusi pengajian tinggi (IPT), wakil dari pelbagai Kementerian, persatuan majikan, badan pertubuhan bukan kerajaan dan wakil kesatuan pekerja dari seluruh Malaysia. Majlis ini diadakan bagi menghebahkan tentang pelaksanaan APEL kepada pihak berkepentingan

52

dan juga memaklumkan polisi APEL kepada umum. APEL merupakan satu program terbaharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi tujuan pemerkasaan pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia. Secara khusus, sistem APEL ini membuka ruang akses pendidikan yang lebih luas bagi individu berkerjaya yang kurang atau tidak mempunyai kelayakan formal untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Bersempena majlis tersebut, YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan sijil APEL kepada 5 orang yang telah lulus penilaian APEL dan seterusnya turut melancarkan dokumen APEL iaitu Buku Garis Panduan Amalan Bijak, Buku Panduan Pelajar dan Brosur. Kementerian Pengajian Tinggi dan

MQA berharap inisiatif yang dilaksanakan menerusi APEL mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Secara khusus, sistem APEL ini membuka ruang akses pendidikan yang lebih luas bagi individu berkerjaya yang kurang atau tidak mempunyai kelayakan formal untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi.


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Pelajar Politeknik Primier Pamer Kreativiti

J

abatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) Politeknik Johor Bahru mengadakan program kolaborasi dan pertunjukan fesyen bagi menampilkan rekaan yang dihasilkan penuntut kepada orang ramai. Pengarah Politeknik Johor Bahru, Azizi Lin berkata, pertunjukan fesyen itu melibatkan penuntut dalam bidang Reka Bentuk Fesyen dan Reka Bentuk Pakaian. Beliau berkata, pertunjukan fesyen yang membawa tema Aspiring Concepteur Nite 2011 itu merupakan aktiviti kemuncak bagi program kolaborasi politeknik dengan dua syarikat lain. “Ia merupakan program perbincangan untuk menjalinkan usahasama dengan pihak industri fesyen iaitu Syarikat Honsi Apparel Sdn. Bhd. dan Plexus Asia Sdn. Bhd. “Ia bertujuan berkongsi dan bertukar ilmu kepakaran dalam bidang seni kreatif, teknikal dan keusahawanan dalam melahirkan graduan berketerampilan dan berkebolehan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pasir Gudang dekat sini baru-baru ini. Sebanyak 44 busana digayakan oleh model yang merupakan penuntut institusi

pengajian tinggi itu dengan 12 busana muslimah manakala selebihnya adalah fesyen kontemporari. JRKV merupakan salah satu jabatan di Politeknik Johor Bahru yang menawarkan program pendidikan kreatif dan inovasi kepada penuntut. Berkarya di luar bilik kuliah seperti menyertai program luar dan pengurusan acara adalah salah satu pendedahan dan strategi serta usaha jabatan itu ke arah kecemerlangan

akademik penuntut. Lanjutan daripada program kolaborasi itu Azizi berkata, pihaknya akan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat itu dalam tempoh tiga bulan lagi. “MOU berkenaan akan melibatkan pertukaran penuntut dan tenaga pengajar serta pengembangan maklumat bagi menjana lebih kecemerlangan oleh semua pihak,” katanya.

53


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

300 Penuntut Politeknik Jayakan Jelajah Desa

P

engarah Politeknik Kota Bharu (PKB), Noor Azaham Othman berkata, program tersebut anjuran bersama Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPIN). Menurutnya, Kelantan dipilih menjadi tuan rumah selepas Selangor yang menjadi lokasi pertama penganjuran program tersebut. Tambahnya, pemilihan Tumpat sebagai lokasi program itu disebabkan daerah itu mempunyai latar belakang penduduk terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa antaranya Melayu, Siam dan Cina. “Kita mahu mewujudkan satu ikatan perpaduan yang kukuh antara kaum dan ia bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang menjadi dasar kerajaan.

54

Selain itu, peserta turut terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa,” katanya di sini hari ini. Noor Azaham memberitahu, para peserta akan mendaftarkan diri pada 26 November ini di Kem Kok Keli, Tumpat dan program akan bermula pada keesokan harinya dengan lawatan ilmiah bagi melihat lebih dekat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah berkenaan. “Antaranya industri keropok, budu, serunding, dodol, batik, pertukangan emas dan perak, ukiran kayu serta padi. Selain lawatan ilmiah, para peserta juga akan mengadakan festival rakyat dan bersama komuniti di pekarangan pasar Kampung Bendang Pak Yong. Tambahnya, program itu turut memupuk semangat jati diri di kalangan

peserta melalui ceramah kenegaraan oleh Datuk Aziz Sattar dan tayangan layar bestari filem Bukit Kepong.

“Kita mahu mewujudkan satu ikatan perpaduan yang kukuh antara kaum dan ia bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang menjadi dasar kerajaan. Selain itu, peserta turut terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa,”


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Politeknik Malaysia: Peneraju Institusi Modal Insan Teknik & Vokasional Negara

S

emenjak kewujudan Politeknik Malaysia pada tahun 1969 dan ini bermakna telah 43 tahun politeknik menyumbang bakti dalam pengeluaran modal insan separa mahir dan separa professional dalam pelbagai bidang. Sesuai dengan maksud di sebalik ‘Politeknik’ iaitu pelbagai teknik, pelbagai lapangan dan disiplin ilmu teknik dan vokasional telah ditawarkan di politeknik. Dengan kekuatan seramai 7306 orang staf akademik yang menyumbang bakti di 30 buah politeknik, sejumlah 41,000 orang modal insan setahun diambil dan dilatih di dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, hospitaliti, sains kesetiausahaan serta reka bentuk dan komunikasi visual. Dalam tempoh 43 tahun beroperasi sejumlah 366,434 orang modal insan telah dilahirkan oleh politeknik sehingga tahun 2011 dan menjadi sebahagian daripada sejarah pembangunan negara. Dengan sasaran yang ditetapkan oleh negara bagi melahirkan 420, 000 orang graduat

menjelang tahun 2020 Jabatan Pengajian Politeknik dengan penuh usaha iltizam sedang berada dilandasan yang betul bagi mencapai sasaran tersebut. Selaku peneraju pengajian Teknikal dan Vokasional dan demi menyahut seruan kerajaan yang terkandung di dalam Pelan Transformasi Politeknik sejumlah 63 program telah ditawarkan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma bagi ambilan Julai 2012. Penambahan program tersebut adalah selari dengan hasrat politeknik untuk menjadi pemain utama dalam pendidikan teknik dan vokasional. Pelbagai program baru seperti artikultur, hotikultur pengurusan acara, pengurusan harta Islam, usahawan dan hortikultur landskap diperkenalkan bagi membantu negara menangani keperluan modal insan yang mempunyai kesimbangan diantara teori dan praktikal. Malahan penawaran program Diploma Penyediaan Makanan (Amalan Halal) menunjukkan kesiapsiagaan politeknik

dalam menghadapi perubahan penyediaan modal insan yang kompetititf. Penawaran program Diploma Penyediaan Makanan (Amalan Halal) disasarkan untuk membantu usaha negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menangani isu penyediaan makanan secara halal di negara kita. Sejarah juga tercipta apabila Diploma Lanjutan Elektronik (Perubatan) telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am yang dikeluarkan oleh universiti bagi tujuan penetapan gaji dan gred. Kejayaan ini akan menjadi penerobos bagi pelbagai diploma lanjutan lain yang ditawarkan oleh politeknik bagi meraih pengiktirafan yang sama kelak. Pelbagai kolaborasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dengan pelbagai pihak baik dari sektor industri, korporat, badan-badan profesional dan juga agensi-agensi kerajaan. Firma-firma multinasional yang menjadi pemain utama dalam industri masing-masing 55


seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Faber Group, Advance Pact dan Proton Holding Berhad telah menjalin kerjasama yang kukuh dan mesra ke arah memastikan lulusan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik mempunyai teori dan kemahiran yang mencukupi untuk terlibat didalam sektor masingmasing sebagai pekerja mahir dan separa mahir. Kepelbagaian program yang ditawarkan oleh politeknik adalah seiring dengan penekanan kualiti dalam aspek akademik seperti kandungan kurikulum serta pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akreditasi yang diperolehi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terhadap program yang ditawarkan oleh politeknik adalah bukti mengenai kemampuan politeknik menawarkan program yang bertaraf dunia tetapi sesuai dengan keperluan setempat dan negara. Pepatah yang mengatakan ‘Jangan terlalu mendongak ke atas sehingga lupa bumi dibawah’ merupakan pepatah yang mendorong politeknik menempatkan diri sebagai insitusi yang sesuai buat semua lapisan masyarakat. Ini dibuktikan dengan penawaran Sijil Kemahiran Khas dalam bidang Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Awam, Mekanikal dan Hospitaliti kepada golongan yang dikategorikan 56

sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Program-program Sijil Kemahiran Khas ini ditawarkan di lima buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran maka program Sijil Kemahiran Khas tersebut adalah sesuai bagi mempersiapkan pelajarpelajar tersebut dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan mereka dan boleh diaplikasikan di dalam industry yang bakal diceburi kelak. Politeknik METrO Penubuhan politeknik METrO merupakan salah satu daripada konsep politeknik yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dalam usaha politeknik untuk memberikan peluang pendidikan kepada masyarakat setempat amnya dan negara khasnya. Akronim

METrO yang bermaksud Maximising Education Training Opportunities merupakan salah satu konsep yang memperkukuhkan lagi usaha politeknik untuk memaksimumkan peluang pendidikan kepada orang ramai dengan memberikan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat setempat. Dengan mensasarkan pengajian berbentuk sepenuh dan separuh masa politeknik METrO menawarkan pengajian program-program berasaskan perkhidmatan dengan kerjasama badanbadan professional dalam usaha politeknik menjadi alternative terbaik masyarakat untuk mendapatkan sijil-sijil professional dalam bidang-bidang seperi perakaunan dan kewangan. Atas keyakinan yang tinggi oleh pihak kerajaan terhadap kualiti program dan pengurusan yang di sediakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik maka dalam tempoh 2 tahun terdapat tiga buah politeknik METrO yang beroperasi dibawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik iaitu Politeknik METrO Kuala Lumpur yang menawarkan program Diploma Pengurusan Peruncitan dan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Politeknik METrO Kuantan menawarkan program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Politeknik METrO Johor Baharu yang menawarkan program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan serta Diploma Kewangan dan Perbankan Islam.


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Penarafan Politeknik : Polyrate 2011

“Sesi Bengkel PolyRate

P

olyRate merupakan sistem penarafan politeknik yang bertujuan untuk menilai kualiti politeknik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. PolyRate yang dilaksanakan dalam tahun 2011 (PolyRate 2011) dibangunkan berdasarkan SETARA meliputi aspek-aspek governans, fizikal dan kewangan, bakat, kurikulum dan kualiti graduan di politeknik. 17 daripada 27 politeknik yang beroperasi, telah terlibat dalam PolyRate 2011 merupakan politeknik yang mempunyai graduat berdiploma. PolyRate 2011 dikendalikan oleh kumpulan perunding yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamad bin Jantan dari Universiti Sains Malaysia. Hasil penarafan, 2 politeknik, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mendapat Tier 5 iaitu tahap cemerlang. Manakala, 12 politeknik mendapat Tier 4 (amat baik) dan 3 politeknik mendapat Tier 3 (memuaskan). Pelaksanaan Polyrate 2011 telah memberi kesan yang positif pelaksanaan pengajian di politeknik. Ia memberi hala tuju jelas melalui petunjuk tertentu bagi memastikan politeknik kekal relevan dalam pendidikan dan latihan teknik dan vokasional. Melalui fasa pembangunan, pembinaan kapasiti dan penyampaian yang cemerlang, pengajian politeknik mampu untuk terus bersaing

dalam arus perubahan global. Penarafan politeknik selanjutnya dijangka akan dilaksanakan dalam tahun 2013.

Inovasi Produk Di Politeknik Selaras dengan Transformasi Politeknik, usaha untuk membudayakan inovasi dan kreativiti dilaksanakan selaras dengan Tahun Gerakan Inovasi Nasional yang telah diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2012. Antara aktiviti yang telah disertai politeknik ialah dalam The 11th Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 yang telah diadakan pada 16-18 Februari 2012. Ekspo ini dianjurkan oleh Malaysian Association of Research Scientists (MARS) dan PROTEMP Exhibitions Sdn. Bhd yang disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Expo tersebut telah mengenalpasti dua produk inovasi yang dihasilkan oleh politeknik iaitu Pearl Jelly Maker dan Satay Skew Machine berpotensi untuk diketengahkan selanjutnya. Pada 18 April 2012, kedua-dua produk tersebut telah memenangi anugerah perak dalam 40th International Exhibition of Inventions 2012 di Geneva, Switzerland. Kedua-dua

produk ini merupakan antara 42 produk inovasi yang telah diaplikasikan, hasil dari projek pelajar dan pensyarah di 30 buah Politeknik Malaysia. Sebahagian daripada produk tersebut telah difailkan untuk proses pempatenan dalam proses pembangunan produk seterusnya.

Senarai Produk Inovasi Politeknik • • • • • • • • • • • • • • • • •

Valve Seal Pneumatic Device 2011 Balatak (dari bahan plastik terbuang) Lampu Sikang (sudu) Duli (beg serbaguna) Tag ID Kiub Asam Pedas Melaka Furnace Design Metal melters Using LPG Gas Sistem i-Pelajar dan i-Pensyarah Basic electric Training Kit Automatic Display and Calling System Technology (AD-CaST) Kit Jenazah Auto Paging Announcement System Multinetwork Cable Tester Device Automatic Display & Calling System Technology (AD-CaST) RFID Pintar Pengurusan Perpustakaan PSP Sistem Pengurusan Penasihat Akademik (SPPA) e-Thumb 57


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

e-Book Kursus AA101 3P Online Portable Wiring Trainer 3 Phase Motor Trainer Advance PLC Trainer Keropok Cempedak Kerepek Bayam Berperisa Smart Store Electronic Door Lock ProBatt Tester Sistem Pendaftaran Kursus Permanent Hair Oil Filter (PHOF) Smart Laser Electronic System Attendance Monitoring Student (ESAMS) Programmable Logic Controller Trainer Board Version 4 Programmable Logic Controller Kit Sistem Pemadanan Kod Bar Bagi Kertas Jawapan Peperiksaan Lemang Rotation Simple Fertilizer Machine Profesional (VesaPro) Emergency Tool Kit Magic Ball Pearl Jelly Maker Satay Skew Machine

Pearl Jelly Maker

• •

SMS Alarm System Valve Seal Remover

Politeknik Metro Politeknik Metro telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Menteri Pengajian Tinggi pada Julai 2011 dalam satu acara pelancaran di Politeknik METrO Kuala Lumpur. METrO merupakan singkatan kepada Maximising Education and Training Opportunities, dan konsep institusi pendidikan dan latihan yang terletak di kawasan metropolitan dan menawarkan program yang berasaskan perkhidmatan (service-based) dan perdagangan. Programnya juga mempunyai ciri kebolehlenturan (flexibility) yang tinggi ia boleh berkembang mengikut keperluan semasa. Politeknik Metro memberi peluang kepada warga kota terutama yang telah bekerja untuk meningkatkan taraf pendidikan masing-masing. Pada masa ini, tiga Politeknik Metro telah beroperasi iaitu di Politeknik

SMS Alarm System

METrO Kuala Lumpur, Politeknik METrO Kuantan dan Politeknik METrO Johor Bahru. Untuk permulaan, setiap Politeknik Metro menawarkan dua program pengajian. Sebanyak dua Politeknik Metro iaitu Politeknik METrO di Betong, Sarawak dan di Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang, telah mendapat kelulusan pembinaan dalam RMKe-10 Rolling Plan Kedua, sebagai tambahan kepada tiga Politeknik Metro sedia ada.

Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mendapat Tier 5 iaitu tahap cemerlang. Manakala, 12 politeknik mendapat Tier 4 (amat baik) dan 3 politeknik mendapat Tier 3 (memuaskan).

Satay Skew Machine

Valve Seal Remover

58


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Kem Motivasi Dedah Pengajian di Politeknik

J

abatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendekati golongan sasar melalui program Kem Motivasi selama tiga hari dua malam (3D2N) di Politeknik Premier Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Program itu merupakan satu pendekatan untuk mempersiapkan para pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengenali dan mengetahui peluang pendidikan yang terdapat di institusi pengajian politeknik yang ada di negara ini. Seramai 139 pelajar dari 13 buah sekolah menengah dari Zon Selatan

iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan terlibat dalam program motivasi ini. Sekolah-sekolah berkenaan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, SMK Seri Tanjung, SMK Dang Anum, SMK Pasir Panjang, SMK Bukit Saujana, SMK Anjung Batu, SMK Seri Mersing, SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3, SMK Megah Ria, SMK Bandar Seri Alam dan SMK Pengawa Timor. Pelbagai pengisian menarik disusun sepanjang program seperti teknik menjawab soalan sains dan matematik,

bengkel menghadapi peperiksaan, aktiviti Explorace Intelek, kuliah kerohanian, ceramah dan taklimat daripada para pensyarah politeknik dan guru-guru cemerlang serta resolusi program. Program ini diharap akan dapat terus diadakan lagi bagi mendedahkan peluangpeluang yang terdapat di politeknik kepada lepasan SPM di seluruh negara dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memilih bidang yang bersesuaian dengan minat serta pencapaian akademik masing-masing.

59


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

Politeknik Merlimau: Perteguh Program Teknologi Hijau

P

oliteknik Merlimau (PMM) mengorak langkah dengan lebih serius dalam mengamalkan program teknologi hijau apabila Perjanjian Penjimatan Tenaga (Energy Performance Contract) telah ditandatangani oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Taiace Engineering Sdn. Bhd, dimana PMM telah dipilih untuk menjadi institusi pertama melaksanakan program ini.

Perjanjian ini adalah satu usaha dalam menyahut seruan kerajaan supaya mengamalkan penjimatan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan termasuklah institusi pendidikan. Melalui usaha ini Politeknik Merlimau dapat menyumbangkan kepada pengurangan 60

pengeluaran karbon yang disasarkan oleh kerajaan sebanyak 40 peratus menjelang 2020 dan ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada usaha global bagi perubahan iklim dunia. Perjanjian ini juga amat bertepatan dengan Politeknik Merlimau yang terletak di Negeri Melaka, Negeri Teknologi Hijau. Perjanjian dokumen ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Haji Omar Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pengajian Tinggi dengan Pengerusi Eksekutif Taiace Engineering Sdn. Bhd. pada 20 Februari 2012 di Kementerian Pengajian Tinggi dengan disaksikan oleh Datuk Mokhlis Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Dr Arshad Bin Kassim, Pengarah Politreknik Merlimau, Melaka. Sebelum ini, Politeknik Merlimau telah pun mengamalkan pendekatan ‘Go Green Campus’ apabila menjadikan kampus PMM sebagai kawasan zero polysterine sejak tahun 2009 lagi dan turut mencipta rekod dalam Malaysia Book of Record pada tahun 2010 apabila berjaya menyambung 8 km plastik urai terpakai dalam kempen go green. Selain itu, PMM telah pun mencipta baja komposit yang dihasilkan oleh

pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam dan melaksanakan pengumpulan minyak terpakai oleh Jabatan Pelancongan & Hospitaliti. Pada 26 April setiap tahun pula PMM menyahut seruan ‘earth hour’ dengan memadamkan semua lampu dan penghawa dingin selama satu jam. Terbaru pada 26 April 2012 ini pula, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dijadualkan akan merasmikan Rumah Solar Politeknik Merlimau sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Politeknik yang akan diadakan di sini.


BERITA AGENSI : POLITEKNIK

PJB Muncul Juara Akademi Seni Kulinari 2011

D

ua pelajar daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah berjaya mempamerkan kehebatan dan membuktikan kehandalan apabila berjaya merangkul kejuaraan untuk muncul johan dalam Akademi Seni Kulinari 2011 yang berlangsung di Furniture Industry Technology Centre (FITEC). Berkat kesungguhan, kesabaran dengan semangat juang yang tinggi Mohamad Sharul Hamisan dan Ahmad Fadzir Izam Zamri pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering berjaya mengalahkan 100 peserta daripada Institusi- Institusi Pengajian Tinggi yang

mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan pertandingan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5000 beserta piala dan sijil.Kejayaan ini seterusnya meletakkan nama Politeknik Johor Bahru di puncak kegemilangan dan membuktikan bahawa pelajar keluaran Politeknik mampu berdaya saing dan tiada tandingannya dengan mana-mana pencabar dari Institusi Pengajian Tinggi yang menguasai bidang kulinari ini. Peserta telah menjalani latihan di bawah bimbingan En. Mohd Amin Zakaria bersama tenaga pengajar Cik Siti Norizan dan Cik Nurul Badariah. Tahniah

dan syabas diucapkan. Pencapaian yang cemerlang ini menutup tirai kejayaan JPH bagi tahun 2011 dan merupakan hadiah kepada Ketua Jabatan JPH, Hajah Rosnah Binti Rahmat, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Sahul Hamid Abdul Wahab dan mantan Pengarah PJB Encik Shabudin Bin Man.

Saksikan Kemunculan Mereka Di Kaca Tv Anda Dalam Rancangan Akademi Seni Kulinari Bersama Chef Liza Zainol Bermula Awal Tahun 2012 Yang Akan Ditayangkan Di RTM 2

61


BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Perjanjian Antara Kolej Komuniti Segamat 2: (PERHEBAT) Melahirkan Kemahiran Produktif

S

atu Majlis Perasmian Kolej Komuniti Segamat 2 dan Perjanjian bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah diadakan bertempat di Kolej Komuniti ini sendiri bersempena dengan Lawatan Kerja Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Daerah Segamat. Majlis perasmian ini diadakan bagi tujuan bertukar-tukar maklumat, idea dan mengenali fungsi serta peranan BadanBadan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan juga Badan –Badan Bukan Kerajaan (NGO). Hal ini secara tidak langsung, masyarakat dapat mengetahui peranan Kolej Komuniti serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti kepada masyarakat dan bangsa. “Dalam memartabatkan kolej komuniti di persada negara, rakyat Malaysia amnya, dan golongan belia khususnya harus bersedia membekalkan diri mereka dengan ilmu, latihan dan

62

kemahiran agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” kata YB Datuk Sri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam ucapan aluannya di majlis perasmian tersebut. Sebelum Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjalankan upacara gimik menandatangani plak perasmian, beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa bidang pendidikan teknik dan vokasional yang dikenalpasti boleh melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menjadi penyumbang kepada penjanaan kekayaan baharu. Justeru, peningkatan kualiti pendidikan berteraskan kemahiran perlu diperkasa supaya modal insan yang berkemahiran tinggi dapat dijana bagi memenuhi keperluan aset negara. Kolej Komuniti Segamat 2 merupakan salah satu daripada 12 buah Kolej Komuniti yang berada di Johor.

Pada peringkat awal penubuhan, Kolej Komuniti ini menawarkan tiga program pengajian iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Teknologi Elektrik dan juga Sijil Teknologi Maklumat. Selaras dengan perubahan program pengajian di kesemua Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Segamat 2 kini menawarkan Sijil Modular Kebangsaan bagi bidang Pemasangan Elektrik, Lukisan senibina dan Aplikasi Perisian Komputer.Kini, seramai 1262 orang pelajar telah mendaftar sehingga sejak pengambilan pertama dibuat pada 17 Jun 2003 yang lalu. Upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) pula telah dijalankan di antara Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ybhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor dan Ketua Pengarah Perhebat, Hj Suhadi bin Komar disaksikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj Yassin, dan YB Datuk Sri


“Dalam memartabatkan kolej komuniti di persada negara, rakyat Malaysia amnya, dan golongan belia khususnya harus bersedia membekalkan diri mereka dengan ilmu, latihan dan kemahiran agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,� - YB Datuk Sri Mohamed Khaled bin Nordin

Mohamed Khaled bin Nordin. Kolej Komuniti ini bukan sahaja terdiri daripada pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat, malah turut menjadi pilihan warga bekerja yang bakal bersara. Ini termasuk Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang sedang melalui proses peralihan sebelum bersara daripada tugas. Peserta ini dikawal selia oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera ataupun singkatannya PERHEBAT.

Setiap tahun PERHEBAT akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek yang tidak melebihi 2 minggu seperti Program Pra Latihan Peralihan Bersepadu, Industri Asas Tani dan Penternakan manakala program jangka masa panjang pula menawarkan bidang Binaan dan Kejuruteraan, Automotif, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan dan lain-lain. Jadi, hasil kerjasama produktif antara Kolej Komuniti dan sektor swasta bukan

sahaja akan memudahkan pengaliran pengetahuan, tetapi menggalakkan lagi pembangunan rangkaian bagi penciptaan, edaran dan penyebaran pengetahuan. Oleh itu, langkah kewujudan Kolej Komuniti dan kerjasama bersama PERHEBAT ini bakal menggalakkan lagi ekosistem inovasi terbuka melalui perkongsian pengetahuan antara keduadua organisasi sangat bertepatan. Justeru, diharapkan kolaborasi ini bukan sahaja memenuhi tuntutan pasaran kerja malah mereka mampu untuk berdiri sendiri sebagai usahawan berjaya suatu hari nanti.

63


BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Pertandingan ITEX 2012 Bukti Pensyarah Kolej Komuniti Berinovasi dan Kreatif

I

nternational Invention, Innovation and Technology Exhibation 2012 (ITEX’12) yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre tempohari telah memperlihatkan penglibatan lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi membabitkan peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Institut Latihan Kemahiran, syarikat korporat, agensi kerajaan, persatuan inovasi dan idividu dalam dan luar negara. Antara negara luar yang menyertai pertandingan ini adalah Iran, Korea Selatan, Poland, Rusia, Vietnam, Arab Saudi, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura, China dan Hong Kong. Turut berlangsung semasa ITEX’12 adalah Asian Young Inventors Exhibition

64

2012 (AYIE) yang bertujuan untuk memupuk budaya inovasi di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini melibatkan lebih dari 23 kategori dan pasukan dari Kolej Komuniti Segamat 2 telah mempertaruhkan dua produk didalam kategori EducationalItems melibatkan 5 orang pensyarah dari Kolej Komuniti Segamat 2. Kedua-dua produk tersebut adalah, Conduit Bender Gadget dan ‘To Become The Most Knowledgeable’ Games Objektif penyertaan pertandingan ini bagi memperkembangkan dan memperkenalkan daya kreativiti dan inovasi pensyarah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan melahirkan Tenaga

pengajar yang berdayasaing dengan institut kemahiran yang lain. Bagi keseluruhan pertandingan ini, sebanyak 66 produk yang dipertandingkan di bawah kategori EducationalItems. Daripada jumlah itu, 56 produk telah berjaya memperolehi anugerah samada Emas, Perak atau Gangsa Penyertaan dari Kolej Komuniti Segamat 2 buat julung kalinya membuahkan hasil dimana telah memenangi pingat gangsa bagi 2 kategori yang dipertandingkan. Pihak pernyertaan dan kejayaan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Segamat 2 di dalam pameran ini mampu menaikkan nama Kolej Komuniti. Pengunjung dan peserta pameran sudah mula mengenali akan Kolej Komuniti dan fungsinya dan secara langsung memperlihatkan kemampuan Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi yang menggalakkan dan mengamalkan budaya inovasi. Penyertaan pihak pensyarah dalam pertandingan ini juga dapat memberi memberi impak kepada para pensyarah dan para pelajar bagi melibatkan diri dalam program inovasi seperti pertandingan ini.


BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Karnival HIJABISTA 2012

A

MAED Malaysia di ilhamkan dan di bangunkan untuk menolong membangunkan generasi usahawan dan Pereka fesyen kreatif yang akan dapat membantu memajukan industri Busana Muslimah di Malaysia. AMAED adalah suntikan nafas baru di dalam industri fesyen, di mana Usahawan dan Pereka fesyen di bawah pelbagai jenama dapat bersatu untuk mengaktifkan fesyen Busana Muslimah. Salah satu dari objektif AMAED ialah untuk memperkenalkan Kuala Lumpur sebagai hub untuk fesyen Busana Muslim di mata dunia. Usaha ini memerlukan komitmen dan dedikasi serta kolaborasi yang kukuh dari pihak Pereka fesyen, Usahawan dan juga pembekal. Oleh yang demikian, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,JPKK dan juga Puspanita Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dipelawa untuk berkerjasama untuk menjayakan program ini seterusnya memberi pendedahan serta berkongsi pengalaman bersama dengan industri seterusnya mempromosikan Kolej Komuniti kepada Industri dan juga masyarakat dan peserta yang hadir.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti merebut peluang ini untuk bersama –sama mengisi beberapa program bersama AMAED seterusnya meluaskan akses kepada dunia luar disamping berkongsi informasi dan pengalaman sebenar. Justeru itu juga pihak AMAED menyediakan pelbagai kemudahan seperti slot untuk Ikon Bekas Pelajar Kolej Komuniti yang telah Berjaya, membuka gerai promosi dan jualan, membuat rekaan peserta ikon Hijabista dan juga memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti untuk menyertai Karnival tersebut. Pihak AMAED juga telah bekerjasama

dengan pihak Media untuk bersama-sama mempromosikan AMAED dan juga Kolej Komuniti kepada masyarakat. Selain itu, antara intipati program adalah seminar yang bertemakan komunikasi, perniagaan, penampilan diri, penataan gaya dan bagaimana kita mampu bersaing seiring dengan arus kemodenan. Pelajar Kolej Komuniti secara tidak langsung didedahkan dengan aktivitiaktiviti luar terutamanya yang melibatkan industri supaya mereka sentiasa mendapat pendedahan awal dan menyuntik semangat keusahawanan dalam diri. Sebanyak 15 rekaan pelajarpelajar Kolej Komuniti diperagakan oleh calon-calon IKON HIJABISTA 2012 Karnival Hijabista 2012 yang berlangsung di Grand Dorsett Subang pada 1 Julai 2012 telah memberi impak baru dan pengalaman baru pada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dalam usahama menganjurkan program seperti ini bersama pihak industri.

65


BERITA AGENSI : KOLEJ KOMUNITI

Program Royal Belum Rainforest Challenge 2012

P

rogram Royal Belum Rainforest Challenge 2012 merupakan program edisi kali ke-3. Program Royal Belum Rainforest Challenge 2012 adalah suatu usaha mengembangkan

program ini bertujuan untuk melahirkan pelajarpelajar yang cergas, sedia bekerjasama dalam organisasi, mengamalkan nilai-nilai positif dan mempunyai penampilan diri yang baik supaya mereka bakal menjadi generasi yang cemerlang sekaligus mempunyai penampilan diri yang meyakinkan dan akan menjadi aset penting kepada negara.

66

potensi pelajar dalam ekplorasi dan rekreasi penerokaan pencarian keindahan, keunikan, dan kerahsiaan yang terdapat di Hulu Perak. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berfokuskan penerapan nilainilai murni dan positif di dalam diri

pelajar seperti menghargai keindahan alam semulajadi,mengamalkan sikap setiakawan dan berani menghadapi cabaran. Ekspedisi ini juga akan meguji daya tahan para pelajar yang mendaki Gunung Kenderung, Gunung yang tertinggi di


Daerah Hulu Perak yang merupakan kebanggaan masyarakat di Gerik. Program ini juga menerap pembinaan sahsiah pada para pelajar Kolej Komuniti dari segi Jalinan Ukhwah, Kreativiti dan Pengurusan Strategik Program Royal Belum Rainforest Challenge 2012 ini di rasmikan oleh Ybhg Datuk Hj Omar bin Abd Rahman (Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KPT).pada 4 Mei 2012 dan semasa perasmian tersebut Y.Bhg Datuk telah melepaskan benih ikan serta menanam pokok sebagai simbolik perasmian. Perlaksanaan program ini merupakan salah satu dari aktiviti Kempen Gaya Hidup Sihat dikalangan para pelajar supaya dapat menerapkan semangat berpasukan, setiakawan, bersemangat waja, berfikiran positif, mempunyai jati diri, berani mengharungi cabaran, bantu membantu, tidak mementingkan diri dan sentiasa inginkan kejayaan. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk melahirkan pelajarpelajar yang cergas,

sedia bekerjasama dalam organisasi, mengamalkan nilai-nilai positif dan mempunyai penampilan diri yang baik supaya mereka bakal menjadi generasi yang cemerlang sekaligus mempunyai

penampilan diri yang meyakinkan dan akan menjadi aset penting kepada negara. (Selaras dengan keperluan Modul Kemahiran Insaniah, KPT dan teras 2 : PSPTN).

67


MAJLIS ILMU

120 Minit Bersama Ustaz Don : Berkongsi Ilmu Mencerna Minda

M

ajlis ilmu merupakan perkongsian madah yang membolehkan masyarakat mencerna pendapat serta merubah pemikiran seterusnya perlakuan berladaskan syariat yang ditetapkan oleh agama Islam. Memetik kata-kata penceramah muda Ustaz Don Daniyal Don Biyajid “Akan turun malaikatmalaikat mengerumuni khalayak yang menghadiri majlis ilmu tidak kira di masjid, surau ataupun di rumah dan malaikat atas suruhan Allah SWT akan menyampaikan bahawa sesiapa sahaja yang menghadiri majlis ilmu pastinya tidak akan dilalaikan malah akan diberkati oleh Allah SWT tanpa mereka menyedarinya.” Slot 120 Minit Bersama Ustaz Don ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dengan dihadiri oleh ratusan warga kerja Kementerian. Slot 120 Minit Bersama Ustaz Don ini berkisarkan kepada

tajuk utama iaitu kelebihan bulan Rejab iaitu bulan yang diberi kebesaran dan kemuliaan serta bulan dimana terjadinya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. “Perisitwa Israk dan Mikraj ini diriwayatkan berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 selepas Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul. Ketika berlakunya peristiwa tersebut Rasulullah SAW yang sedang berehat di rumah Ummu Hani, sepupu Rasulullah SAW. Tiba-tiba datang malaikat Jibril AS menjemput Rasulullah dengan seekor tunggangan yang dipanggil Buraq. Tunggangan tersebut membawa Rasulullah SAW dan malaikat Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh untuk bertemu Allah SWT. Peristiwa ini berlaku untuk mengambil kewajipan solat lima waktu dari Allah SWT. Kesan kepada penghijrahan ini maka teriwayatlah

jumlah solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat islam,” ulasnya sebagai pembuka bicara. Sesuai dengan masa dan tarikh yang diadakan iaitu pada 1 Sya’ban, Ustaz Don turut mengulas mengenai kelebihan bulan Sya’ban yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk memohon ampun dari segala dosa. Antara kelebihan beramal di bulan Sya’ban adalah setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah SWT dengan 700 kali ganda. Allah SWT akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan kepada hambanya. Ustaz Don berkongsi pengetahuan lagi bahawa sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir sya’ban maka Allah SWT akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabinabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid. “Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam nifsu Sya’ban dengan memperbanyakkan berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya maka Allah SWT akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak” ulas Ustaz Don dalam majlis ilmu pada hari tersebut.

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

68


RENCANA

UUM : Ke arah Universiti Pengurusan Terkemuka

S

emenjak pertengahan 2010, Pengurusan Tertinggi UUM telah pun mempersiap-siaga ceracak yang kukuh sebagai asas membina landasan melonjakkan UUM ke arah menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka di rantau ini menjelang 2020. Amanat Naib Canselor pada 1 Januari 2012 yang lalu bertujuan untuk memperbaharui tekad dan memperingatkan warga UUM mengenai cabaran-cabaran yang ada di hadapan dalam kerangka proses Transformasi UUM menjelang 2020 yang dibahagikan kepada dua Fasa utama iaitu Fasa Pertama, 2011-2015 dan Fasa Kedua, 2016-2020, di mana lima tahun diperuntukkan bagi setiap fasa. UUM kini sedang menelusuri fasa pertama, dan kini baru sahaja berada pada tahun yang kedua Proses Transformasi UUM. Terdapat Empat Teras Strategik Universiti yang ingin dijayakan iaitu: • Pembangunan Kesarjanaan • Pembangunan Pelajar • Memperkasakan Akademik dan Pengantarabangsaan • Melestarikan Sumber Kewangan Yang Kukuh

Naib Canselor menyeru warga UUM untuk memikul amanah yang

dipertanggungjawabkan oleh universiti kerana jika bersatu hati, bersepakat dan bermuafakat serta sedia menyahut cabaran dan mengambil risiko, maka tidak ada apa pun yang dapat menghalang untuk sebuah institusi pengajian tinggi dari lembah Sintok yang bernama UUM ini menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang benar-benar terkemuka suatu hari nanti. Segala-galanya terletak di atas perancangan dan usaha yang dilakukan secara berterusan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih bukanlah jawapan yang dicari dan harapkan.

• Pembangunan Pelajar • Akademik Dan Pengantarabangsaan • Kelestarian Kewangan • Kebajikan Daripada segi kebajikan staf dan pelajar Skim Insurans Staf telah diwujudkan, di mana lebih 800,000 diperuntukkan oleh Universiti untuk membiayai insurans staf bagi kakitangan. Skim bantuan bencana dan skim kebajikan am untuk staf dan keluarga. Semua langkah yang diperlukan diambil bagi meningkatkan dan juga menjadikan prosedur dan peraturan baru kenaikan pangkat yang lebih telus dan objektif.

Imbasan 2011 Mulai pertengahan 2010, Pengurusan Tertinggi UUM telah mengambil beberapa langkah penting bagi merangsang, membudaya serta memantapkan lagi UUM ke arah matlamat yang ditetapkan bagi menjayakan Visi “Ke Arah Universiti Pengurusan Terkemuka” yang benar-benar relevant, referred and respected. Antara langkah-langkah penting yang telah diambil sejak itu termasuklah antaranya: • Pembentukan Semula Imej Korporat Universiti • Penyelidikan • Seminar Dan Penerbitan

Pencapaian Pelan Strategik Fasa I: 2011 - 2015 Dari segi pencapaian pelan strategik fasa I, secara khususnya UUM telah menjalankan usaha-usaha untuk mencapai empat Teras Strategi Universiti yang mengandungi 103 KPI (Key Performance Indicator) yang perlu dicapai. Ini merupakan usaha-usaha berterusan yang tidak akan selesai selagi matlamat tidak tercapai. • Teras 1: Membangunkan Kecemerlangan Aktiviti Kesarjanaan • Teras 2: Membangunkan Pelajar Secara Holistik 69


• Teras 3: Memperkasakan Aktiviti Akademik Dan Antarabangsa • Teras 4: Melestari Sumber Kewangan

Memperkukuhkan Pengurusan Kewangan Universiti Bagi memperkukuhkan pengurusan kewangan universiti kita mengharapkan seperti yang dibentangkan tadi universiti bercadang memperuntukkan sejumlah RM349,900,000.00 juta bagi belanja mengurus. Ini merupakan kenaikan 8.5 peratus berbanding bajet tahun 2010. Di bawah peruntukan mengurus ini sejumlah 72 peratus (181 juta) disediakan bagi pembayaran emolumen. 8 peratus untuk utiliti (27 juta) bayar bil elektrik dan air, 4.8 peratus penyelenggaraan bangunan (16 juta), 3 peratus untuk latihan dan SLAB (9.5 juta), 1.6 peratus untuk penyelidikan (5.7 juta) dan 11.6 peratus untuk keperluan lain seperti ubat untuk staf dan student yang sakit. Kenderaan, cukai tanah yang sudah pun meningkat dan vot perjalanan. Cabaran utama UUM dalam pengurusan kewangan pada tahun 2012 adalah terpaksa menjana dananya sendiri sejumlah 41.5 peratus kerana bajet kita telah dipotong oleh pihak KPT. Justeru tahun ini kita kena cari sendiri RM145 juta. Pihak kerajaan hanya memperuntukkan sejumlah RM236.6 juta sahaja. Justeru, beberapa langkah drastik perlu diambil segera seperti yang saya katakan tadi langkah berjimat cermat sewajarnya menjadi budaya kita. Penjimatan dari segi penggunaan utiliti diharapkan dapat mengurangkan beberapa juta lagi daripada pembiayaan UUM. • Menjana Sumber Baru • Mempergiatkan Penerbitan Dan Penyelidikan • Memantapkan Sistem Maklumat Bersepadu • Pendidikan Berkualiti • Pengurusan Acara Peringkat Antarabangsa Dan Kebangsaan • Harapan Kepada Warga UUM Harapan dan doa agar UUM melakar sejarahnya yang tersendiri di Tahun 2012 ini. Akhir sekali, sekiranya kita berjaya merealisasikan kesemua KPI yang terkandung dalam Pelan Strategik untuk Tahun 2012 dan di masa yang sama memberi tumpuan khusus kepada objektif-objektif strategik seperti yang 70

dinyatakan di atas, maka adalah tidak mustahil untuk UUM mencapai Key Result Areas (KRAs) yang terdiri daripada lapan bidang yang telah pun kita samasama ketahui. Sesungguhnya UUM belum lagi berjaya melepasi pain barrier dan tahap puncak lagi. Di sinilah daya tahan dan daya juang akan benar-benar teruji. Semua diharapkan sentiasa sokong-menyokong dan bantu-membantu sesama rakan di bawah semangat collegiality dan sentiasa mengiktiraf kepentingan sumbangan dan sokongan rakan dan jabatan yang lain. Jagalah tutur kata dan budi bahasa kerana kadang-kadang bahasa yang halus mulus akan melunakkan badan yang penat dan hati rakan taulan pula tidak akan mudah terguris. Biarlah badan penat, dan hati panas membara, tetapi kepala kekal dingin dan lidah tetap tulus dan mulus dalam berkatakata. Berbudi dan berbahasalah dengan baik sesama rakan sejawat dan bersedia untuk mengenepikan keegoan diri demi menghargai persahabatan dan collegiality serta memelihara keharmonian organisasi. Berhati-hati dan timbang-timbanglah bahasa yang digunakan apabila menulis emel dan mengirim SMS dan BBM kepada rakan dan taulan apa lagi kepada Ketua Jabatan sendiri. Percayalah,

kejayaan adalah milik mereka yang berani bercita-cita besar, berani berubah dan berani mengambil risiko. Mereka yang berjaya adalah mereka yang tidak melihat kekurangan sebagai halangan tetapi sebagai satu peluang untuk terus memajukan diri dan akhirnya mencapai apa yang dicita-citakan. Sekiranya dalam perjalanan menuju ke puncak itu kita terjatuh, tergelincir dan terluka, janganlah kita cepat berputus asa kerana semua itu sebenarnya adalah proses-proses yang Allah SWT telah aturkan untuk kita bagi membolehkan kita mempunyai ketahanan diri yang ampuh iaitu mampu berhadapan dengan apa juga cabaran apabila berada di puncak kelak. Untuk mempersiapkan diri menjadi insan yang benar-benar berorientasikan kerja berpasukan dan benar-benar sayang serta cinta sepenuh hati kepada organisasi UUM maka semua bersamasama menghayati dan menjiwai nilai-nilai bersama universiti iaitu: • Muhasabah diri • Mempertahankan integriti • Bekerja ke arah kecemerlangan • Saling menghormati dan menyayangi di antara satu sama lain • Sentiasa mengamalkan sikap pembelajaran berterusan membaiki kelemahan • Sentiasa mengamalkan komunikasi berhemah dan terbuka • Sentiasa bersyukur atas apa yang kita nikmati Moga-moga usaha memartabatkan universiti ini akan dihitungkan-Nya sebagai satu ibadah yang mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.


RENCANA

Memperkasakan Mahasiswa Generasi Al-Abrar

B

agi melahirkan ilmuwan berpendidikan sepadu yang mampu memimpin masyarakat majmuk untuk menerajui pembangunan negara dan membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan dunia sejagat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan terus menggerakkan usaha untuk membina dan melahirkan Golongan Al-Abrar. Naib canselor USIM, Yang berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, Mahasiswa USIM akan dipupuk dengan sifat-sifat Al-Abrar iaitu sifat suka berbakti dengan taat dan suka membuat amal kebajikan selaras dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mutaffifin ayat 22 dan surah Al-Infitar ayat 13 yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (iaitu Al-Abrar) (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam syurga yang penuh nikmat”. “Mereka ini adalah golongan yang suka memberi berbanding menerima, suka menyumbang berbanding menuntut sumbangan, mendahulukan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri,

“constructive” berbanding “destructive”, mencari kebaikan orang berbanding mencungkil keburukan orang, ikhlas berbanding “opportunistic”, dan positif berbanding “negative” beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor Tahun 2012 pada 13 Januari yang lalu. “Mahasiswa ini akhirnya akan lahir sebagai “insan berjiwa besar”, bersifat “wasatiyyah” dan “industry and society ready” tambah beliau lagi. Empat program utama yang sedia ada iaitu Program Transformasi Diri (PTD), Program Kecemerlangan Mahasiswa (PKM), Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa (PTKM) dan program Global Islamic Students Outreach (GISO) akan diperhebatkan lagi bagi memastikan hasrat yang dinyatakan tersebut tercapai. Selain itu, programprogram pembangunan keusahawanan mahasiswa, program kecemerlangan sukan yang disasarkan sekurang-kurangnya lima pelajar USIM akan mewakili negeri dalam acara sukan peringkat nasional akan terus diperkemas. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda

di dalam amanatnya turut menjelaskan Program PTKM yang telah dilancarkan pada Sepetember tahun lalu adalah bertujuan untuk mendedahkan dan melatih graduan USIM supaya peka dan biasa dengan isu-isu masyarakat. Program yang merangkumi aspek Kepenggunaan (Consumerism), Alam Sekitar (Environment) dan Kebajikan Sosial (Social Wellbeing) ini akan diperkukuhkan dan diperkembangkan dengan Program Kesejahteraan Remaja (Teenagers Wellbeing). Sehubungan itu, satu projek khas akan dibangunkan iaitu Projek Belia Islam Selamat dan Sejahtera (Project BLISS). “Dalam Projek BLISS, para pelajar USIM akan bergerak dalam masyarakat kawasan perumahan tertentu untuk membantu remaja-remaja menentukan matlamat hidup, masa depan dan menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial yang bermanfaat” katanya. Menurut beliau lagi pada tahun 2012 ini, satu program baru kemahasiswaan akan diperkenalkan iaitu Program Kepimpinan Muda Muslim Bagi Masa Depan (Young Muslim Leaders of the Future - YMLF). “Dalam program ini, mahasiswa tahun 2 yang mempunyai potensi sebagai pemimpin dengan kelayakan cemerlang (PNGK tertinggi teratas 1%) dan mempunyai kecenderungan serta ciri-ciri kepimpinan akan dipilih melalui proses saringan dan temu duga” Jelas beliau, program yang menyeluruh ini merentasi sepanjang tempoh pengajian di USIM dan melibatkan modul serta pengisian kepimpinan di dalam dan luar negara. “Satu sekretariat akan dibentuk bagi memacu program YMLF ini dan kumpulan pertama seramai 30 orang pelajar akan terlibat dengan peruntukan kos sebanyak RM1.2 juta” tambah beliau lagi. Dalam pada itu Naib Canselor USIM berkata, tahun 2012 juga akan menjadi 71


titik permulaan untuk menjadikan USIM sebagai sebuah Universiti Global. Melalui pendekatan ini USIM akan menjadi pemain utama sebagai penyedia pendidikan berkualiti khususnya kepada negara-negara OIC dan negara-negara minoriti Muslim. “USIM akan belayar dalam Lautan Biru tanpa bertembung dengan IPT-IPT yang sedia ada” “Dengan ini USIM dapat memainkan peranan mendidik, menyebar ilmu dan menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam, seterusnya lahir sebagai sebuah IPT yang relevan dan berguna kepada dunia Islam terutamanya negara-negara OIC dan Minoriti Muslim” katanya. Dalam masa yang sama, beliau turut memberitahu kepada para hadirin yang hadir bahawa pada tahun ini juga sebanyak enam program pengajian yang baru akan dibangunkan dan dengan pertambahan program baru ini USIM akan mempunyai 28 program peringkat sarjana muda dan 33 program peringkat pasca siswazah. “Empat daripada program ini adalah di peringkat pasca siswazah (Lepasan Ijazah, Master atau PhD) iaitu dalam bidang sains dan teknologi; kesenian dan kebudayaan Islam serta perbankan dan kewangan Islam sementara dua program sarjana muda adalah dalam bidang industri kreatif serta kewartawanan dan media baru”ujar beliau. Sementara itu, penawaran program e-Learning dalam bentuk berijazah, latihan pensijilan dan kursus pendek berbentuk pembelajaran sepanjang hayat

(life long learning) serta penambahbaikan jaminan kualiti akademik turut diberi fokus utama di dalam amanat tersebut. “Dengan terbinanya GOAL Centre (Global Open Access Learning Centre), program e-Learning akan dikembangkan lagi dengan membangunkan kurikulum

“Mahasiswa ini akhirnya akan lahir sebagai “insan berjiwa besar”, bersifat “wasatiyyah” dan “industry and society ready” tambah beliau lagi.

sedia ada ke dalam modul dan juga perisian (module and contents)”. “Peranan Goal Centre akan diperkuatkan lagi supaya ia mampu merealisasikan hasrat USIM untuk

menjadi Universiti Global dan dijangka akan menjadi penyumbang besar kepada penjanaan kewangan USIM” katanya. “Kegiatan meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan pengajaran akan terus diberikan penekanan. Tiga strategi akan dilaksanakan iaitu: memantapkan latihan dan pembangunan P&P, membangunkan bahan pengajaran berteraskan Quran dan Sunnah, dan memberikan penekanan kepada pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning - EL)” tambah beliau lagi. Antara fokus utama lain yang diberi perhatian oleh Naib Canselor turut merangkumi bidang-bidang Penyelidikan Dan Pengkomersilan; Penulisan Dan Penerbitan Buku; Persidangan Dan Pembangunan Ilmu Serta Pengantarabangsaan, Hubungan Industri Dan Penjenamaan. Mengakhiri amanat tersebut, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda menyeru agar seluruh warga USIM baik para pelajar, pentadbir dan ahli akademik supaya bekerjasama di dalam merealisasikan segala hasrat dan perancangan yang telah digariskan dengan memperbetulkan tekad dan matlamat disamping budaya kerja yang harus diperkemaskan dan dimantapkan lagi. Selain itu, kesediaan untuk membuat pengorbanan harus dijadikan keutamaan dan keikhlasan untuk meletakkan kepentingan universiti dan umat berbanding kepentingan peribadi harus diamalkan. “Sekiranya itu dapat dilaksanakan, saya yakin dan percaya USIM akan berjaya merealisaikan Visi, Misi dan Matlamatnya dan dengan itu agama, masyarakat dan negara akan lebih sejahtera dan makmur”. Oleh: Khairul Azizi Elias

72


RENCANA

UiTM : Bukan Sekadar Biasa

N

aib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar telah menyampaikan perutusan tahun baharu kepada warga universiti berkenaan pada 31 Januari 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam. Perutusan tersebut yang dihadiri oleh 5 ribu kakitangan universiti juga telah disiarkan secara langsung ke seluruh kampus cawangan melalui Web-TV UiTM. Turut hadir mendengar perutusan tersebut ialah Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub, ProCanselor. Dengan berlandaskan Amanat Tahun Baharu 2012 oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin beberapa hari sebelum itu, Dato’ Sahol Hamid telah menyampaikan hasrat beliau dan perancangan hala tuju universiti untuk beberapa tahun akan datang. Menyedari peranan UiTM, Dato’ Sahol Hamid mengajak warga universiti untuk sama-sama perhebatkan peranan bagi menjana graduan UiTM yang lebih berkualiti. Ia bertepatan dengan tema amanat YB Menteri yang merupakan satu penegasan bahawa langkah yang paling tepat untuk membina modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi serta menghasilkan inovasi berimpak besar adalah dengan bertindak untuk kepentingan pembangunan, kemajuan dan transformasi negara. Dato’ Sahol Hamid memaklumkan UiTM sekarang menawarkan sejumlah 347 program pengajian dalam sembilan peringkat, iaitu Pra-Diploma, Asasi,

Diploma, Sarjana Muda, Profesional, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah serta post-doctoral. Manakala enrolmen pelajar UiTM kini berjumlah 174,875 orang yang merangkumi pelajar sepenuh masa, Pengajian Luar Kampus, dan Program Pembelajaran Fleksibel. Dari jumlah tersebut, 69,474 berada di Shah Alam dan kampus-kampus satelit di sekitarnya. Manakala, lebih 105,000 ribu orang pelajar berada di kampus-kampus cawangan. Dari jumlah enrolmen itu 41.3% adalah pelajar peringkat sarjana muda, 47.5% pelajar diploma, 4.5% pelajar sarjana dan PhD, dan selebihnya pelajarpelajar pra-diploma dan asasi, profesional, dan diploma lepasan ijazah. Jumlah kakitangan UiTM pula ialah seramai 17,535 orang, dengan 48.6% atau 8,516 orang adalah kakitangan akademik, dan 51.4% atau 9,019 orang adalah kakitangan pentadbiran profesional, sokongan dan pelaksana. Dengan kekuatan tersebut UiTM akan terus mengimbang kualiti dan kuantiti produk akademiknya dengan perancangan berasaskan tema “Memperkasa Kecemerlangan Akademik UiTM.” Dato’ Sahol Hamid menegaskan UiTM akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatannya untuk memastikan para graduannya berkualiti, berilmu, berkebolehan praktis, berkemahiran dalam kepimpinan, berkeusahawanan, bekerja secara berpasukan, mahir berkomunikasi, berpemikiran kritis, mahir menyelesai masalah, bermoral, dan beretika profesional. Dengan itu mereka akan kekal menjadi graduan yang laris di pasaran pekerjaan. Untuk tujuan itu UiTM memerlukan staf akademik yang pakar, serta disokong penuh oleh staf pentadbiran yang juga berilmu dan efisien. UiTM akan memastikan kedua-dua kumpulan staf ini mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang-bidang teras serta tugas masingmasing, serta fasih dalam bahasa Inggeris. Pihak UiTM mahu para pensyarah mahir dalam sekurang-kurangnya

salah satu daripada kebolehan berikut, iaitu pengajaran, penyelidikan dan penerbitan, inovasi, pengkomersialan atau perkhidmatan profesional. Untuk memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM, semua jabatan dan pihak diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing. Pihak ILQaM (Institute of Leadership and Quality Management) diberi tanggungjawab menyediakan latihan dalam beberapa kelompok iaitu kepimpinan akademik dan pembangunan bakat, pengajaran, pembelajaran dan penilaian, serta pembangunan profesional berterusan. UiTM akan terus menyokong dan menggalakkan segala usaha staf akademik dan juga staf pentadbiran yang ingin meningkatkan lagi kepakaran, keprofesionalan dan kesarjanaan mereka melalui latihan industri, menghadiri kursus, dan mengambil cuti sabatikal di dalam dan di luar negara. Naib Canselor telah mengumumkan yang UiTM menyediakan lebih daripada 500 biasiswa setahun kepada staf akademik yang layak, berpotensi dan berkaliber melanjutkan pengajian dan meningkatkan kelayakan mereka di universiti luar negara yang terkemuka. UiTM juga akan meneruskan skim Tenaga Pengajar Muda dengan memilih graduan terbaik sahaja untuk dibiayai di bawah skim tersebut bagi memastikan kualiti pensyarah sentiasa tinggi. Mereka digalakkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti yang terkemuka dunia. Untuk tahun 2012 ini, UiTM akan juga memberi penekanan kepada penghasilan graduan pasca siswazah, sebagai menyokong hasrat negara dalam projek MyBrain15, di mana sasaran bilangan pemegang PhD di negara ini mencapai 60,000 orang menjelang tahun 2023. Sehubungan itu Naib Canselor telah memaklumkan bahawa bagi kemasukan ke IPTA untuk program kedoktoran dan sarjana untuk tahun 2011, UiTM telah mencatatkan pendaftaran pelajar pasca-siswazah baru yang tertinggi sekali 73


dengan peningkatan 88% berbanding tahun sebelumnya. Dari segi kedudukan enrolmen pelajar pasca-siswazah, UiTM kini menduduki tempat ketiga di belakang UPM dan UM. Bagi menyuntik semangat akademik dalam UiTM, pihak senat telah meluluskan lantikan baru bagi Saintis Pelawat dan Nobel Laureate Jemputan, untuk dimasukkan dalam Buku Garis Panduan Lantikan Akademia yang baharu untuk diguna pakai mulai tahun ini. Dari situ, Naib Canselor berharap seramai 200 perlantikan profesor dari universitiuniversiti tersohor luar negara, dan para profesional terkemuka dari sektor industri yang relevan dalam negara, dilakukan pada tahun ini juga. Dari segi Mobiliti Pelajar, Naib Canselor meminta para Dekan dan Rektor Kampus tingkatkan usaha menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam program berkenaan. Office of International Affairs diminta untuk membantu agar aktiviti pertukaran pelajar dipergiatkan lagi, melibatkan pelajar dari semua bidang gugusan. Untuk memastikan graduan UiTM kekal relevan, Dato’ Naib Canselor telah meminta pihak Hal Ehwal Akademik dan fakulti-fakulti merancang penawaran program akademik yang bersifat futuristik. Mulai tahun ini, UiTM akan memulakan penawaran beberapa program yang inovatif seperti Diploma 2-trek dan PhD Industri. Bagi mempercepatkan proses pemberian status kampus berautonomi kepada kampus-kampus cawangan, UiTM akan melaksanakan proses desentralisasi peperiksaan akhir yang selama ini berpusat di Shah Alam. Menyentuh tentang belanjawan universiti yang perlu dilakukan secara berhemah pada tahun 2012, Dato’ Naib Canselor mencadangkan UiTM berfokus kepada Belanjawan dan Inisiatif Pengurangan Kos. UiTM juga berusaha untuk mencapai saranan Kementerian Pengajian Tinggi yang menetapkan sasaran agar pihak IPT menjana pendapatan 30% daripada bajet tahunan sendiri. Untuk tahun 2012 juga Dato’ Naib Canselor akan memperhebatkan Vice Chancellor’s Special Projects (VCSP) yang diperkenalkan oleh beliau pada tahun 2010 bagi merancakkan aspek pembangunan dan pencapaian universiti ini. Ini adalah berdasarkan kepercayaan 74

beliau bahawa kejayaan sesuatu projek bergantung kepada tatacara pelaksanaan dan pemantauannya. Menurut beliau, setiap projek harus dilaksanakan dengan jayanya, dan kita perlu faham bahawa Failure Is Not An Option. Melalui konsep ini pelbagai kejayaan besar telah berhasil, seperti meletakkan staf UiTM di Tun Razak Chair di Ohio University, USA, dan projek Human Malay Genome. Melalui VCSP Putting UiTM on the World Map pula, Fakulti Perubatan telah berjaya mengadakan jaringan kerjasama dengan Universiti Harvard, University of Melbourne, Monash University, University of Tokyo, McGill University, Canada dan banyak lagi institusi luar negara ternama yang melibatkan staf dan pelajar fakulti tersebut. Pihak universiti juga akan memantau dengan teliti kelancaran semua VCSP, dengan memperkenalkan UiTM electronic Programme Management Office (UePMO), bagi memastikan setiap PTJ menyediakan inisiatif atau projek yang merupakan Business Unusual sahaja. Untuk menjaga kebajikan pelajar, Dato’ Naib Canselor meminta pihak HEP meneruskan usaha tahun lepas yang menumpukan kepada tema Tahun Kebajikan Pelajar. Beliau juga meminta agar penawaran perkhidmatan pelajar diberi sama rata di setiap kampus dan tidak tertumpu di Shah Alam sahaja. Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni atau JIM&A pula diminta untuk mengimbangi peranannya bersesuaian dengan kehendak negara. Dato’ Naib Canselor mahu melihat perhubungan UiTM bertambah hebat dengan industri tanpa mengabaikan pihak masyarakat dan alumni. Bagi menghasilkan graduan bersifat keusahawanan Dato’ Naib Canselor telah mengumumkan bahawa MASMED akan menawarkan kursus Minor in Applied Entrepreneurship, selain daripada kursus Masters in Applied Entrepreneurship dan Masters in Education (Entrepreneurship) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan mulai tahun ini. Dato’ Naib Canselor juga menyatakan bahawa UiTM akan terus mengambil

pelajar yang terbaik dalam semua bidang yang ditawarkan. Namun untuk memastikan falsafah asal penubuhan UiTM tidak diabaikan, universiti ini akan terus menggembleng tenaga memastikan belia-belia Melayu dan Bumiputera yang miskin diberi peluang kedua belajar di IPT melalui program khas yang dikenali sebagai Mengubah Destini Anak Bangsa. Naib Canselor juga menyatakan hasrat UiTM menjadi universiti berteraskan penyelidikan, yang mana ia akan menjadi penanda aras kepada keupayaan kita bersaing di peringkat serantau serta global. UiTM komited dalam usaha meningkatkan skor My Research Assessment atau MyRAnya. Dalam menghadapi enrolmen pelajar yang bakal mencecah 200 ribu orang, tumpuan akan diberikan kepada penggunaan sumber secara cekap dengan strategi yang bersifat pemboleh upaya atau pemangkin. Kampus-kampus PFI sedang rancak dibangunkan mengikut jadual meliputi Kampus Tapah, Kampung Pinang di Samarahan, Seremban 3, Jasin, Puncak Alam 3, Rembau, Raub, Pasir Gudang dan Mukah. Selain itu, infrastruktur tertentu akan juga dibina menerusi konsep PFI-S, misalnya menerusi pembangunan semula Kolej Jati dan Meranti, selain pembinaan Edu Eco Complex di Kampus Induk nanti. Naib Canselor juga melihat peluang UiTM menjadi pemain dalam kepesatan industri halal di peringkat nasional dan global. Justeru beliau mahu CITU (Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam) menerajui penubuhan Centre of Excellence for Halal Research and Training (HAREST) untuk menyumbang dengan lebih aktif lagi dalam industri halal negara dan dunia. Dato’ Naib Canselor juga mahu semua warga UiTM menjadi insan yang bersyukur di dalam negara ini dengan bertugas dengan penuh ikhlas memastikan hasrat dan amanat rakyat dan kerajaan dilaksanakan dengan sepenuhnya.


RENCANA

UniMAP : Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang

T

ahun 2012 bakal menyaksikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menginjak ke usia 10 tahun kewujudannya. Bermula dengan kelulusan penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada tahun 2002, UniMAP kini terus mengorak langkah mendaki tangga kegemilangan. “Sedekad gemilang kita berhemah, bertekad terbilang bertemu amanah” menjadi azimat kata yang lahir dari hati Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin sekatu menyampaikan amanat dan ucaptama tahunan yang diadakan pada 17 Februari lalu. Ujar beliau, dengan hanya bermula dengan kampus sementara di Kubang Gajah, kelahiran kampus tetap di Pauh Putra telah berupaya melahirkan rasa bangga yang tidak terhingga bukan sahaja buat dirinya malah sekalian warga UniMAP. “Ditambah dengan timbunan kejayaan yang kita ciptakan bersama sepanjang 10 tahun ini dan didorong oleh potensi imaginasi untuk menjadikan

UniMAP sebagai universiti tersohor di dalam negara dan di arena antarabangsa, tidak keterlaluan jika saya meletakkan harapan yang tinggi kepada diri saya dan anda semua untuk merealisasikannya,” ujar beliau. Menurut Dr. Kamarudin, untuk menjadi universiti yang cemerlang dan untuk membolehkan UniMAP diiktiraf cemerlang, seluruh warga digesa untuk menyumbang tenaga dan idea kreatif bagi mentransformasikan pengurusan dan pentadbiran universiti sehingga mencapai tahap yang diberi autonomi. Selain itu ujar beliau lagi, dalam usaha menjadi universiti tersohor pula, semua pihak digesa membuat penyelidikan, penerbitan dan menghasilkan produk penyelidikan yang bukan sahaja dapat dikongsi di dalam bilik kuliah, namun atas nama perkongsian ilmu baru, ianya diharap dapat dimanfaatkan oleh anak watan sehingga berupaya mentransformasikan ekonomi negara melalui agenda inovasi dan pengkomersilan. Dr. Kamarudin menegaskan,

sebagaimana visi UniMAP iaitu “menjadi institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa”, maka seharusnya semua pihak memainkan peranan penting untuk memastikan visi tersebut tercapai. “Visi ini jelas menggambarkan, UniMAP tidak sewajarnya menggilap potensi untuk menjadi institusi akademik yang berdaya saing semata-mata atau berasa selesa dengan hanya menjadi “teaching university” sebaliknya, turut menanam tekad untuk menjadi cemerlang dalam arena penyelidikan. “Seawal penubuhan universiti, saya telah memberikan penekanan pada aspek penyelidikan meskipun pada ketika itu kita dinasihati supaya memberi tumpuan kepada “teaching university”. Hasilnya, Institut Kejuruteraan Nano UniMAP telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” ujarnya lagi. Dr. Kamarudin seterusnya berkata, sebagai inisiatif baru untuk menggilap potensi sebenar dalam aspek penyelidikan, Stesen Agroteknologi akan dinaiktaraf 75


dengan nama barunya Institut Agroteknologi Lestari. Selain itu, ujarnya, tiga pusat kecemerlangan baru iaitu Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor Termaju dan Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Dibaharui akan turut ditubuhkan selain menaik taraf klusterkluster penyelidikan di masa akan datang dalam usaha menjadikan UniMAP sebagai Universiti Penyelidikan Teknikal pertama di Malaysia. Menurut Dr. Kamarudin, UniMAP mempunyai peluang yang cerah untuk memajukan bidang penyelidikan berdasarkan peningkatan dalam geran penyelidikan daripada hanya RM161,530 kepada RM11.3 juta pada tahun lalu. Ujar beliau, dengan tertubuhnya beberapa pusat kecemerlangan dan kluster penyelidikan juga, hasil-hasil penyelidikan diharap dapat diketengahkan kepada masyarakat melalui agenda pemasyarakatan dan pengkomersilan hasil penyelidikan. “Pada hakikatnya, masyarakat amat memerlukan hasil-hasil penyelidikan untuk meningkatkan produktiviti yang akhirnya diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Maka atas dasar itu, projek-projek penyelidikan seperti agroteknologi, teknologi hijau, turbin angin dan mesin pengeluaran produk industri kecil sederhana dan sebagainya yang telah dijalankan dan dikongsi dengan masyarakat hendaklah diperbanyakkan dalam kadar segera,” katanya. Sebagai membudayakan aspek

penyelidikan di UniMAP, beliau turut menggariskan enam inisiatif baru sebagai geran kepada penyelidik iaitu : • Insentif RM10,000 dalam bentuk geran untuk penyelidik yang menghasilkan kertas penyelidikan dalam jurnal yang mempunyai impak ISI sekurang-kurangnya 1 mata. (maksimum RM50,000 untuk 5 kertas penyelidikan) • Insentif RM5,000 dalam bentuk geran untuk penyelidik yang menghasilkan dua kertas penyelidikan dalam jurnal yang mempunyai impak ISI kurang dari 1 mata. • Insentif RM3,000 dalam bentuk wang tunai kepada penyelidik yang menghasilkan dua kertas penyelidikan yang mempunyai impak ISI yang melebihi tujuh mata. • Insentif wang tunai RM5,000 diberikan kepada penyelidik yang mendapat impak faktor ISI tertinggi untuk tahun semasa. • Universiti menanggung kos penerbitan dalam penerbitan kertas penyelidikan dalam jurnal yang mempunyai impak

“Pada hakikatnya, masyarakat amat memerlukan hasil-hasil penyelidikan untuk meningkatkan produktiviti yang akhirnya diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Maka atas dasar itu, projek-projek penyelidikan seperti agroteknologi, teknologi hijau, turbin angin dan mesin pengeluaran produk industri kecil sederhana dan sebagainya yang telah dijalankan dan dikongsi dengan masyarakat hendaklah diperbanyakkan dalam kadar segera,”

faktor ISI dengan syarat penyelidik tidak mempunyai geran penyelidikan. • Universiti akan menanggung kos yuran carian IP bagi produk yang berpotensi untuk dikomersilkan. Dalam pada itu, Dr Kamarudin juga mengharapkan Pelan Strategik 20112015 yang dilancarkan tahun lalu dapat membantu UniMAP meningkatkan lagi daya saing di masa akan datang. “Besarlah harapan saya agar semua staf dapat memberikan sumbangan yang semaksimum mungkin mengikut kadar ilmuan, pengalaman dan keupayaan masing-masing untuk menjayakan strategi yang telah dirumuskan,” jelasnya. Oleh : Suhana Abdul Mutalib

76


INOVASI

UTeM : Terus Bertekad Menerajui Kecemerlangan

B

ertemakan “Terus Bertekad Menerajui Kecemerlangan” Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan memulakan bicara dengan mengajak hadirin untuk mengubah set minda ke arah landasan betul bagi mendepani pelbagai cabaran dan persaingan yang mendatang. Seterusnya beliau menyeru warga UTeM menghayati Amanat Tahun Baharu 2012 YB Menteri Pengajian Tinggi yang memfokuskan kepada penghasilan modal insan kelas dunia, pembangunan universiti sebagai hab inovasi, mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional (TEVT) serta berfikiran global bertindak lokal. Tema perutusan “Terus Bertekad Menerajui Kecemerlangan”, istilah ‘menerajui’ yang dimaksudkan bakal menjadi perintis dan contoh terbaru dalam pengurusan kepimpinan dengan mengambil kira elemen yang berbeza daripada pelaksanaan biasa dengan menerapkan unsur yang unik, inovatif dan keterhadapan. Selari dengan tema perutusan tahun ini, UTeM memperkenalkan tagline “Always A Pioneer, Always Ahead”, sebagai satu tagline yang perlu ditonjolkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pengenalan tagline ini dilihat bakal

menyuntik semangat warga universiti untuk sentiasa menjadi perintis dan mendahului kecemerlangan dalam semua bidang. Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff turut membentangkan kerangka strategi UTeM yang menjadi tunjang kepada warga universiti untuk berusaha mencapai tahap kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara yang digariskan dalam kerangka strategi itu adalah matlamat untuk menyerlah di peringkat global. Bagi mencapai hasrat itu, pengalaman pembelajaran unik di UTeM harus dititikberatkan, kecemerlangan penyelidikan dan inovasi berfokus perlu ditingkatkan dan disokong oleh warga universiti yang profesional, berilmu dan bersistem. Beberapa inisiatif strategik yang bakal dilaksanakan oleh pelbagai portfolio akan menjadi fokus utama universiti pada tahun ini dan seterusnya menjadi agenda terpenting bagi kesinambungan kecemerlangan UTeM. 10 Inisiatif Strategik Utama: 1 Akademik Fokus akademik universiti perlu terus dipertingkatkan melalui pengiktirafan

akreditasi program bagi memastikan ianya diperakukan bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Program sarjana muda kejuruteraan diperkukuhkan lagi melalui hubungkait dan pemerkasaan dalam bidang penyelidikan. Situasi sekarang yang menjurus kepada mod program semasa perlu diubah kepada aspek penyelidikan yang lebih ditekankan. Sinergi di antara MTUN, Politeknik dan Kolej Komuniti menjadi asas bagi memartabatkan hala tuju pendidikan teknikal negara dan merupakan satu kenyataan setelah pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional baru-baru ini. 2 Penyelidikan dan Inovasi MTUN Centre Of Excellence (COE) merupakan Pusat Kecemerlangan yang berpotensi di mana UTeM telah diberi kepercayaan sebagai urus setia. Pusat ini menggabungkan kepakaran dari keempat-empat universiti MTUN dan telah diperuntukkan sejumlah RM8 juta. Dalam aspek pembangunan inovasi, cadangan penubuhan UTeM Blue Dot telah dimajukan kepada KPT sebagai Pusat Inovatif Kreatif yang akan memacu perkembangan penyelidikan dan inovasi. 3 Akademia dan Industri Akademia dan Industri merupakan aspek yang memberikan keunikan dan faktor kejayaan bagi sesebuah universiti teknikal. Jalinan kerjasama ini perlulah strategik dan ditumpukan kepada industri yang benar-benar dapat menyumbang dalam memajukan lagi program yang ditawarkan di UTeM. Perkongsian yang direncanakan berbentuk penyediaan kemudahan dan perkongsian kepakaran, kemudahan dan penyelidikan bersama, perolehan geran, penjanaan pendapatan dan teaching factory. 77


- Akademia Masyarakat Pembelajaran sepanjang hayat adalah aspek yang terus kekal relevan dan perlu dibangunkan dalam erti kata sebenar. Knowledge Transfer Programme (Program Pemindahan Ilmu) merupakan satu program yang telah diperuntukkan dana yang besar. UTeM telah memajukan 8 cadangan untuk digunakan bagi pembangunan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi usaha ini, UTeM telah berusaha dan berjaya memperolehi geran pusat dalam kategori Knowledge Transfer Programme. 4 Global dan serantau Bagi mempertingkatkan lagi kewujudan UTeM di peringkat global dan serantau, sasaran 5% hingga 10% pelajar antarabangsa yang disasarkan, perlu diusahakan dengan lebih efektif. Kolaborasi global di dalam bidang pendidikan juga akan terus diperkasakan. Program mobiliti yang merupakan nadi kepada usaha pengantarabangsaan juga akan diperkemaskan lagi dan bagi tahun ini, usaha akan bertumpu kepada Negaranegara CMLV, Korea Selatan, Turki, dan Timur Tengah. 5 Pembangunan Pelajar UTeM amat menitikberatkan aspek pembangunan pelajar secara holistik dan bagi mencapai hasrat ini, programprogram yang menekankan aspek kreativiti dan inovasi adalah digalakkan. Di antara program yang memperlihatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh adalah seperti pertandingan Eco Challenge dan Formula Varsiti yang bukan sahaja dapat meningkat daya saing malah turut membuka minda pelajar kepada sesuatu yang lebih besar dan lebih luas seperti pertandingan di peringkat antarabangsa. Salah satu contoh yang memperlihatkan keterlibatan pelajar adalah melalui Pertandingan Imagine Cup di mana pelajar diajak untuk menyelesaikan masalah yang digariskan di dalam The Eight United Nation Millenium Goals melalui inovasi IT. 6 Talent Management Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi 78

oleh universiti pada tahun ini adalah bagi mendapatkan tenaga akademik dan juga pentadbiran yang mencukupi dan mempunyai kepakaran yang sesuai. Bagi mempertingkatkan kepakaran akademik, UTeM telah menghantar ramai staf untuk menyambung pengajian di peringkat PhD dan usaha ini akan diteruskan dan dipertingkatkan bilangannya. Tenaga akademik juga akan digalakkan dan dipermudah cara bagi memperolehi status profesional. - Program Integrasi Insan Terbilang (PINTAR) PINTAR merupakan latihan dalaman kepada staf universiti dan berperanan memaklumkan kepada mereka mengenai perancangan universiti dan budaya kerja cemerlang yang ingin diterapkan. Pada tahun 2010, UTeM telah melalui satu pusingan di mana semua Pusat Tanggungjawab (PTj) telah melaluinya bersama dan program ini akan diteruskan lagi untuk tahun ini. 7 University Leadership Development Programme (ULDP) University Leadership Development Programme merupakan program pembangunan kepimpinan universiti. Walaupun UTeM merupakan sebuah universiti yang muda tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar

dan memerlukan asuhan, mentorship dan juga latihan yang telah dirancang dengan teliti. Bagi setiap sesi PINTAR, aspek pekerja yang berilmu dan profesional ditekankan kerana golongan sumber manusia inilah yang akan membangunkan UTeM menjadi universiti yang hebat dan yang lebih penting ialah setiap pekerja harus menjadi contoh kepada pelajar dalam bidang komunikasi dan bahasa. 8 Pemerkasaan ICT E-Learning perlu diperkukuhkan lagi melalui penubuhan jawatankuasa khas. PLE merupakan satu konsep baru hasil daripada percambahan idea semasa program University Leadership Development Program. Bagi tujuan pembangunan ICT, bajet akan diperuntukkan kerana ICT merupakan sesuatu yang penting bagi pembangunan universiti. 9 Pembangunan Suasana yang kondusif dan mesra pelajar merupakan aspek penting bagi sesebuah universiti. Bagi UTeM, inisiatif atau projek-projek yang menyokong ke arah pembangunan universiti amat dititikberatkan. Ciri-ciri keunikan UTeM yang menggabungkan unsur teknikal dan warisan perlu diketengahkan. Kediaman siswa siswi yang berkapasiti 1000 orang dijadualkan akan siap pada bulan Ogos dan 3060 kapasiti lagi di dalam proses kelulusan. Bagi kemudahan pengangkutan pula, 6 buah bas baru telah dibeli bagi memudahkan lagi pergerakan pelajar. 10 Kewangan Penjanaan dan penjimatan kewangan merupakan agenda yang memang amat penting dan dimasukkan sebagai satu komponen yang besar di dalam peta strategi UTeM. Tumpuan universiti tahun 2012 adalah kepada Outcome Based Budget (OBB) yang merupakan bentuk budgeting yang tertumpu kepada outcome. Ini bermaksud, setiap pemberian peruntukan perlu digunakan ke arah mencapai outcome yang benarbenar memberi impak dan nilai yang tinggi kepada universiti.


RENCANA

Bersatu Menuju Puncak Kecemerlangan

B

ersama Menjana Kecemerlangan, Satu Arah Satu Tujuan. Demikianlah tema Amanat Sulung Naib Canselor UMS yang keempat Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah pada 25 Jun 2012. Dalam amanatnya itu, Enam agenda utama telah digariskan ke arah membawa hala tuju UMS seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa tahap pengajian tinggi negara ke peringkat yang lebih jauh dan bertaraf dunia. Agenda pertama yang telah digariskan adalah “Kecintaan Terhadap Ilmu”. Menurut Naib Canselor, bagi merealisasikan agenda tersebut seluruh warga UMS perlu terus bersama-sama ke arah menjana kecemerlangan universiti dalam menghadapi cabaran arus perdana. “Sebagai warga UMS, kita menyedari bahawa hakikat urusan keilmuan pasti berubah dan mesti berubah sejajar dengan keperluan pembangunan dan dasar kerajaan. Sehubungan itu, Universiti Malaysia Sabah harus keluar daripada zon selesa dan mencabar kemampuan yang telah sedia ada. Tidak ada kejayaan tanpa

pengorbanan,” katanya. Tambah beliau, seseorang yang cinta ilmu takkan pernah berhenti belajar. Malah, seorang guru juga sekaligus adalah seorang pelajar seumur hidup, yang tidak akan pernah berhenti belajar. Sehubungan itu beliau turut menyeru agar para pensyarah untuk terus meluaskan pengetahuan dan ilmu bagi melengkapkan diri sebagai pencinta ilmu dan pengamal akademik di universiti. “Pemerkasaan Sumber Insan” turut diberi penekanan sekaligus menjadi agenda kedua yang diutarakan dalam amanat Naib Canselor. Dalam hal ini empat perkara telah diusulkan bagi memastikan objektif agenda ini tercapai. Menurut Dr. Mohd. Harun, perkara yang pertama adalah menerusi disiplin dan sumbangan dalam aktiviti pembangunan keilmuan di setiap Jabatan, Pusat, Sekolah, Institut dan Unit (JPSIU). Bagi Perkara Kedua pula, beliau berkata warga kerja UMS hendaklah dipupuk dengan amalan sense of belonging, iaitu membawa nilai kepunyaan bersama. Perkara Ketiga yang ditekankan adalah jujur dan ikhlas dalam bekerja. Manakala

perkara keempat pula Naib Canselor menyeru agar setiap staf perlu lebih profesional, dinamik, saling membantu dan progresif. Prof. Dr. Mohd Harun meneruskan amanatnya dengan menegaskan agenda yang ketiga yakni “Berkerja sebagai Satu Pasukan”. Berhubung perkara ini, beliau telah mengambil contoh terhadap falsafah air. “Bila air bergerak dalam kumpulan yang kecil, ia takkan memberikan impak yang besar. Tetapi sesudah air bergerak dalam sekumpulan ombak tsunami, ia akan menenggelamkan sebuah pulau hatta daratan yang luas,” ujarnya lagi. Bagi memastikan UMS terus ke hadapan seiiring dengan peredaran globalisasi Prof Dr. Mohd Harun juga telah menggariskan Bidang Tujahan dan Budaya Akademik yang Relevan sebagai agenda yang keempat. Menurutnya, perancangan setiap kursus akademik dan ko kurikulum UMS harus sentiasa dinilai dan diperhalusi dari masa ke semasa. Kata beliau, orang yang gagal bukanlah kerana tidak bijaksana tetapi separuh kegagalan berpunca daripada kegagalan merancang. “Dalam konteks ini, perancangan 79


kita haruslah kembali pada kesedaran diri bahawa tidak semua kursus masih relevan dan tidak semua kursus sudah tidak relevan. Kita wajar mengenalpasti kelemahan setiap kursus yang ditawarkan. Mengapa sesuatu kursus itu tidak mencapai matlamatnya? Adakah kekurangan kepakaran atau pengajarnya terlalu pakar hingga pelajar tidak mampu mengikuti minda kepakarannya,” tegas beliau lagi. Prof. Dr. Mohd Harun turut menggariskan “Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi” sebagai agenda yang kelima yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh oleh UMS. Menurutnya, kecemerlangan Penyelidikan

dan Inovasi dapat dipertingkatkan dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan melalui proses mewujudkan suasana, budaya dan ekosistem penyelidikan di dalam dan luar kampus UMS. Katanya lagi, Budaya penyelidikan tidak akan berkesan sekiranya hanya bergantung kepada dana daripada universiti atau kementerian. Justeru, beliau menyeru agar para penyelidik berusaha mendapatkan dana daripada pihak luar terutama daripada pihak bukan kerajaan seperti industri-industri, terutamanya industri tempatan seperti industri kelapa sawit. Pada agenda yang keenam pula Naib Canselor telah menggariskan

“Memperkukuh Penjanaan Pendapatan” sebagai antara halatuju utama UMS dibawah pimpinan beliau. Katanya, bagi menggalakkan budaya keusahawanan, setiap JSPIU perlu mengenalpasti sumber kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan secara optima. Katanya, ia termasuk meneroka bidang-bidang penyelidikan yang berpotensi untuk dimajukan dan diusahakan secara komersil seperti industri kreatif, penanaman orkid, hasil-hasil pertanian dan produk marin seperti akuakultur dan sebagainya. Ketika mengakhiri amanatnya beliau menyeru agar seluruh warga UMS sentiasa bersatu padu dan bekerja sebagai satu pasukan. Naib Canselor berkata, untuk menjadikan UMS bergerak pantas maju ke hadapan, jentera dan sistem perlu betul, kemas, lancar dan mapan. “Marilah kita sama-sama bertekad menjana kecemerlangan, dalam satu arah satu tujuan demi mengutamakan kepentingan UMS, mengetepikan kepentingan diri agar setiap kerja kita diberkati dan diredhai Tuhan. Saya menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bekerja dengan lebih kuat dan gigih demi menjadikan universiti yang kita cintai ini cemerlang di mata dunia dan menjadikan kita sebagai insan yang berbahagia dan berguna kepada masyarakat,” ujarnya lagi. Oleh Salbinous Saribun

80


RENCANA

Naib Canselor Seru Warga UTHM Berbudaya Holistik

N

aib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah menyampaikan amanat tahun 2012 kepada warga universiti pada 8 Februari lalu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII). Amanat yang bertemakan “Berbudaya Holistik dalam Membentuk Pemimpin Masa Depan” telah mengajak warga universiti untuk memahami intipati, halatuju dan perancangan UTHM yang telah direkabentuk dalam perancangan strategik, selari dengan hasrat Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Profesor Dato’ Dr Mohd Noh telah memulakan ucapannya dengan mengupas Amanat Tahun Baharu 2012 Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang disampaikan pada 26 Januari lepas. Beliau turut mengimbau dan membuat refleksi pencapaian UTHM sepanjang tahun 2011. Setelah itu beliau telah memperincikan perancangan

strategik UTHM bagi tahun 2012 ini. Dalam amanatnya, Naib Canselor turut menyatakan beberapa pengharapan beliau kepada UTHM. Beliau menyeru kepada seluruh warga universiti agar sama-sama berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan terus membangunkan budaya kerja secara berkumpulan, bijak menguruskan bakat yang ada dan sentiasa terbuka dalam menerima sebarang rancangan peralihan. Beliau turut mengingatkan tenaga akademik dan kakitangan sokongan agar sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu dan berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya universiti dapat melahirkan graduan yang cemerlang, berkualiti dan bersifat holistik. “warga UTHM perlu memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan fakulti dan universiti mampu bersaing dalam mendapatkan pelajar paling berbakat, menjadi fakulti paling tersohor dan mendapat geran penyelidikan paling ternama,” tambah beliau. Naib Canselor turut berkongsi

mengenai perancangan strategik UTHM bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2011 – 2016. Perancangan strategik tersebut adalah memperkukuhkan kecemerlangan pendidikan, memperkukuhkan kecemerlangan penyelidikan bersepadu dan pendidikan siswazah, memperkukuhkan kecemerlangan penglibatan awam, meningkatkan penjenamaan, imej dan pengantarabangsaan serta memperkukuhkan kecemerlangan staf, kepimpinan dan governan. Beliau turut memetik kenyataan yang dibuat oleh Mendiang Steve Jobs, pengasas Apple Computer Inc., bahawa inovasi memerlukan satu ekosistem untuk berjaya. Tambah beliau, inovasi memerlukan satu sistem yang holistik untuk memastikan kelestariannya dalam sesebuah organisasi. Ekosistem inovasi yang hebat memerlukan wujudnya beberapa faktor penting antaranya bakat, idea, modal pelaburan, pemindahan teknologi dan sistem sokongan dari konteks perundangan dan politik. 81


Naib Canselor turut mengulas beberapa perancangan mengenai Kampus UTHM Cawangan Pagoh dan antara matlamat pentingnya ialah UTHM akan memperkasakan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Diploma dan merealisasikan penubuhan Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Mengimbas pencapaian UTHM pada tahun 2011, beliau menyatakan UTHM telah berjaya mencapai sasaran sebanyak 20% pelajar berada dalam peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. UTHM telah menetapkan sasaran untuk merekodkan enrolmen pasca siswazah ke tahap 60% pada tahun 2020. Prestasi kebolehkerjaan graduan dan harta intelektual UTHM juga mencapai objektif yang kita sasarkan. Berdasarkan kajian kebolehpasaran oleh Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK), tahap graduan yang bekerja selepas 6 bulan menamatkan pengajian mencapai 78% berbanding sasaran 73% pada tahun lepas. UTHM juga berjaya menghasilkan sebanyak 48 harta intelektual berbanding sasaran 45 dalam tahun 2011. Dalam majlis tersebut, Naib Canselor turut memaklumkan pelantikan Profesor Dr. Wahid Razzaly sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu. Beliau yang sebelum ini merupakan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional dilantik ke

“warga UTHM perlu memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan fakulti dan universiti mampu bersaing dalam mendapatkan pelajar paling berbakat, menjadi fakulti paling tersohor dan mendapat geran penyelidikan paling ternama,� tambah beliau.

82

jawatan tersebut bagi menggantikan Profesor Dr. Rugayah Mohamed yang telah tamat tempoh pelantikannya. Majlis penyampaian amanat yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM itu telah dihadiri oleh lebih 1000 orang kakitangan. Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah UTHM; Profesor Ir. Dr. Haji Abas Abdul Wahab, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad serta beberapa Pegawai Kanan universiti. Majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian anugerah dan sijil penghargaan kepada sebahagian warga kerja UTHM yang telah berjaya memberikan komitmen dalam bidang masing-masing demi membantu

memantapkan lagi tadbir urus universiti. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Jasa Bakti ketua Projek Agenda Kritikal (CAPs) IPMO, Anugerah Kumpulan Terbaik CAPs IPMO, Anugerah Audit Dalaman Amalan 5s 2010, sijil penghargaan kepada Juruaudit Amalan 5s dan Juruaudit MS ISO 9001:2008 serta penyampaian hadiah kepada pemenang logo dan tagline amalan 5S. Sementara itu di ruang legar DTII pula turut diadakan pameran poster mengenai Projek Agenda Kritikal (CAPs) yang termaktub di bawah PSPTN bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan meningkatkan lagi kefahaman warga universiti terhadap agenda tersebut. oleh : Shafry Salim


RENCANA

12 Sasaran Tumpuan Capai Prestasi Terbaik 2012

U

niversiti Sains Malaysia (USM) meletakkan halatuju khusus untuk mencapai prestasi cemerlang pada 2012 berteraskan kepada 12 objektif tumpuan dan lebih kurang 100 penzahiran pencapaian di pelbagai peringkat universiti. Naib Canselornya, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, tumpuan tersebut merangkumi usaha ke arah meningkatkan prestasi universiti, menjayakan universiti penyelidikan bertaraf tinggi, melaksanakan sistem kelestarian dan mendapatkan pengiktirafan dalam bidang libatsama komuniti Asia Pasifik. Selain itu katanya, USM akan menstrukturkan semula struktur dan sistem pentadbirannya, melestarikan bakat pelajar dan staf, mencapai kelestarian kewangan, pengukuhan dalaman, transformasi universiti, penandaarasan governan, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan universiti. “Kita meletakkan perancangan dalam konteks yang luas dan daripada sasaran 100 penzahiran pencapaian yang

ditetapkan, ada yang telah dimulakan terlebih dahulu dan saya percaya ia akan mampu direalisasikan sepenuhnya,’’ katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor (PTNC) yang bertemakan konsep Bersama Untuk Kecemerlangan Universiti (BUKU)Menzahir Pencapaian di hadapan lebih 3,000 warga USM di sini hari ini. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas turut hadir dalam

majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MOU) di antara USM dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman turut menyempurnakan majlis panandatanganan plak dan pelancaran 12 tajuk buku terbitan DBP serta Pengurusan Penyelidikan@USM Geran RU. Tambah beliau, sejumlah RM80 ke RM100 juta diperuntukkan bagi membiayai projek penyelidikan sepanjang 2012 merangkumi pelbagai bidang termasuk yang menjadi kekuatan universiti seperti kejuruteraan bahan dan sumber mineral, perubatan, teknologi nano dan sebagainya. Omar juga berkata, sebuah Pusat Inkubator yang bernilai RM51 juta akan dibina dalam SAINS@USM di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang bertujuan untuk menyediakan pelantar mengkormesialkan produk-produk USM. ``Inkubator itu juga menempatkan pelbagai fasiliti guna sama, ruang makmal dan pejabat spin-off yang akan membangunkan hasil penyelidikan universiti untuk pasaran dengan bantuan anak-anak syraikat USM,’’ katanya. Katanya, turut tersenarai dalam perancangan adalah penubuhan pusat perkhidmatan di Hospital Universiti Sains

Malaysia (HUSM) yang dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains, USM. “Penubuhan pusat ini berpotensi menjadi pusat perkhidmatan bagi sains neuro di Kampus Kesihatan dengan peruntukan geran one-off yang dijanjikan sebanyak RM 2 juta oleh pihak kementerian,’’ katanya. Mengulas PTNC yang menjadi perutusan sulung beliau sejak menjawat jawatan itu pada September lalu, Omar berkata, konsep BUKU menggambarkan institusi keilmuan yang dikongsi bersama dengan warganya. “Dengan pendekatan tersebut, saya ingin menyeru kepada semua warga universiti untuk bersama-sama menzahirkan pencapaian yang mana pencapaian itu haruslah boleh diguna pakai oleh kumpulan sasaran. “Dalam konteks USM misalnya, jika kumpulan sasarannya adalah pelajar, maka golongan tersebut haruslah menjadi pihak utama untuk penyebaran ilmu kerana jika tidak begitu, ia bermakna universiti belum mampu untuk menzahirkan pencapaiannya,’’ jelas beliau. Tambah beliau, penzahiran pencapaian juga memerlukan gerak kerja bekerjasama dan bekerja bersamasama sebagai satu konsep yang harus dipraktikkan bagi merealisasikan harapan yang diimpikan. 83


RENCANA

UPM Capai KPI 92.74 %

U

niversiti Putra Malaysia (UPM) mengorak langkah pemantapan Pelan Strategik 2011-2013 dengan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebanyak 92.74 peratus daripada sasaran bagi tahun 2011. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi menjelaskan kejayaan itu disumbangkan oleh KPI Akademik sebanyak 89.33%, Penyelidikan dan Inovasi (92.61 %), Hal Ehwal Pelajar (95.60%), Jaringan Industri dan Masyarakat (100%), Sumber Manusia (76.89%), Pengurusan Kewangan (80%) dan Perkhidmatan Perpustakaan (96.29%). Beliau berkata kejayaan itu hasil penggubalan KPI Naib Canselor dengan 42 petunjuk yang menekankan orientasi outcome based, memperturunkan KPI Naib Canselor kepada KPI JPU, Dekan, Pengarah dan Staf melalui mekanisma perkongsian dan kajian semula KPI Naib Canselor setiap tiga bulan. Dalam Perutusan Naib Canselor 2012 di sini, beliau merakamkan penghargaan atas sumbangan peneraju, ketua PTJ dan warga UPM selain yakin KPI itu boleh ditingkatkan dengan motivasi dan produktiviti yang lebih mencabar. Memperincikan pencapaian berkenaan dalam sektor akademik, beliau yakin dapat

84

meningkatkan pencapaian UPM diiktiraf sebagai Universiti Terkemuka (outstanding) atau Tier 6 dalam Penilaian SETARA 2011 berbanding Tier 5 pada 2009. “Inisiatif UPM melaksanakan Test on Communication in English ke atas pelajar telah membuahkan hasil apabila UPM mencapai 86.15% komunikasi berbahasa Inggeris berbanding 78.36% pada 2010,” katanya. Selain itu katanya UPM mencapai 43.95 peratus kemasukan pelajar cemerlang peringkat Bacelor dengan CGPA 3.5 berbanding 30.25 peratus pada 2010. Bagi peringkat pengajian siswazah, pengeluaran 369 graduan PhD berbanding sasaran 300 pada tahun 2010 adalah tertinggi dalam negara. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berkata sebanyak 75.3 peratus graduan UPM mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat berbanding 74.1 peratus pada tahun 2010. Malah dari sudut kepuasan majikan, graduan UPM mencapai skor 12.26 peratus berbanding 9 peratus pada 2010 mengikut instrumen SETARA dengan skor maksimum 13. “Bagi sektor pengurusan kewangan pula, UPM berjaya memperolehi RM42.3 juta berbanding RM37.3 juta pada 2010,” katanya. Perutusan beliau juga menjelaskan di hadapan kira-kira seribu warga UPM seperti isu penamatan awal konsesi 15 tahun perjanjian perkhidmatan makanan dengan Desasiswa Catering Services Sdn. Bhd. untuk memberi perkhidmatan makanan yang lebih bermutu dan berharga patut. Selain itu katanya, UPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses melaksanakan Blue Ocean Strategy untuk mentransformasikan Hospital Serdang sebagai Hospital Pengajaran

berautonomi penuh dan ditadbir secara bersama. Sementara itu pada majlis yang sama, Tabung Dana Wakaf Ilmu menerima sumbangan berjumlah RM1,4474,892 juta daripada entiti-entiti UPM seperti UPM Holdings sebanyak RM 1 juta, staf pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Bahagian Akademik dan CADE (RM3232), staf pejabat TNC Penyelidikan dan Inovasi, TPU, IDEC, RMC, PPA dan Penerbit (RM 9030). Lain-lain sumbangan ialah daripada staf pejabat TNC Jaringan Industri dan Masyarakat, APEEC, CARE,

...sebanyak 75.3 peratus graduan UPM mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat berbanding 74.1 peratus pada tahun 2010. Akademi Sukan dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear sebanyak RM1665, staf perkhidmatan entiti Pejabat Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Perpustakaan (RM 340,904), staf fakulti dan sekolah (RM 40,957), staf institut (RM 18,424) dan staf pejabat TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, CPC, CEISED dan Kolej (RM 60,680). Dana itu akan dimanfaatkan melalui penyediaaan fasiliti dan prasarana bagi aktiviti keilmuan merangkumi program pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dakwah dan pengimarahan, penyelidikan dan inovasi serta khidmat komuniti. Naib Canselor juga mencadangkan UPM Holdings membangunkan hartanah UPM yang strategik untuk tujuan komersial agar pendapatannya boleh disumbangkan untuk Wakaf Ilmu bagi kegunaan pelajar yang tidak berkemampuan membiayai pengajian selain mengekalkan pemilikan hartanah UPM.


RENCANA

Transformasi UNIMAS Ke Arah 2015

U

NIMAS telah mengambil pendekatan proaktif dengan menggariskan beberapa program yang menjurus ke arah pencapaian kepada Pelan Strategik UNIMAS yang bertemakan “Transformasi Untuk Kejayaan, Komitmen Untuk Kecemerlangan”. Semasa Majlis Amanat Bersama Naib Canselor pada 15 Februari lalu, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata, pendekatan tersebut diambil selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi yang telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Mohd. Khaleed Nordin pada 26 Januari lalu. Menurut Naib Canselor, untuk mencapai status Universiti Penyelidikan pada tahun 2015, kualiti kerja dalam kalangan warga UNIMAS perlu ditingkatkan samada dari segi akademik, penyelidikan, kesarjanaan dan pengurusan. “Bagi mencapai hasrat ini, bilangan dan kualiti perjawatan akademik turut dikaji semula di samping menambah ruang pembelajaran dan pengajaran sedia ada. Oleh itu bilangan pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD perlu dipertingkatkan dan program untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan terutama kepada pensyarah muda dalam bentuk bengkel seperti Research Capacity Program dirancang bagi mencapai matlamat ini,” katanya lagi. Menurut Naib Casnelor lagi, di dalam pelan strategik UNIMAS juga ditekan

berkenaan dengan penambahan bilangan program akademiknya kepada sebanyak 50 program menjelangkan tahun 2015 berbanding 35 program yang sedia ada. Justeru itu, kata beliau, semua fakulti sedang mengkaji semula program-program tambahan yang boleh ditawarkan di fakulti masing-masing untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus graduan nanti boleh mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Manakala dari segi usaha untuk menarik lebih pengambilan pelajar pada masa akan datang, UNIMAS telah mengambil pendekatan dengan menyediakan prasarana yang kondusif, seperti contohnya, penambahan asrama, penambah baikan kelengkapan pembelajaran dan pengajaran, serta kelengkapan sukan dan rekreasi. “Promosi bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa turut dirancang supaya misi UNIMAS

untuk menjadi universiti pilihan dan contoh di peringkat negara dan antarabangsa dapat dicapai,” tambahnya lagi. Beliau berkata, sepanjang tempoh 20 tahun, UNIMAS telah berjaya setanding dengan universiti lain dari segi penyelidikan sebagai contoh Institutes Biodiversity and Environmental Conservation (IBEC) UNIMAS melalui Projek ikan lumba-lumba yang mana telah menaikkan nama UNIMAS di mata dunia. Katanya, selain itu, penyelidikan Malaria dan penyelidikan Emerging Tropical Infection Diseases telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Naib Casnelor memberitahu UNIMAS telah memenangi banyak anugerah di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dan telah menyusun semula beberapa institut penyelidikan UNIMAS dengan memberi nama baru contohnya IDEA (Institute of Design in Ergonomic And Application kepada INDI (Institute of Design and Innovation) agar bersesuaian dengan peranannya. Beliau berkata, UNIMAS turut menyediakan ROADMAP nya agar segala perancangan untuk mencapai matlamat ini berada dalam garis panduan yang dikehendaki.

“...bilangan pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD perlu dipertingkatkan dan program untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan terutama kepada pensyarah muda dalam bentuk bengkel seperti Research Capacity Program dirancang bagi mencapai matlamat ini,”

85


RENCANA

UMT Ke Arah Universiti Berteknologi Tinggi

U

niversiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini telah melansungkan Majlis Perhimpunan Bulanan tahun 2012 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis tersebut telah diterajui oleh Pejabat Naib Canselor yang menjadi hos perhimpunan kali ini. Majlis Perhimpunan Bulanan pada awal tahun ini merupakan platfom kepada Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman untuk menzahirkan amanat tahun 2012 beliau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga UMT kerana telah turut sama menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan kepada pembangunan negara. Antara agenda besar yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2011 adalah seperti penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada negarawan tersohor Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pelancaran Kapal RV Discovery oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Pada majlis tersebut juga, Pejabat Bahagian Perancangan Korporat, UMT telah melancarkan buku Pelan Strategi Universiti Malaysia Terengganu. Pada pelancaran ini juga menyaksikan visi UMT ditukar kepada “ Menjadi Universiti Berprestasi Tinggi Dengan Reputasi Global.” Ia sejajar dengan usaha UMT untuk memberi halatuju yang lebih jelas

86

dalam memastikan UMT menjadi sebuah universiti yang berprestasi tinggi. Pelan Strategik UMT ini dirangka dengan empat teras utama iaitu dari segi Akademik, Penyelidikan, Sosial dan Pengurusan. Pada ketika ini, UMT sedang giat memperkasa dan pengukuhkan lagi pelan strategik ini. “Pelan strategik ini diharap dapat memenuhi objektif utama yang digariskan iaitu dari segi melahirkan modal insan berwibawa, penawaran program akademik yang relevan, penghasilan produk penyelidikan, pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat dan menyediakan kampus yang kondusi untuk pembelajaran dan penyelidikan,” jelas beliau lagi. Dalam ucapan yang sama, Naib Canselor UMT juga menyebut tentang program Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) yang telah dimanfaatkan oleh 135 orang kakitangan UMT pada tahun 2011. Program LASBELA ini memberi peluang kepada kakitangan sokongan gred 1 hingga 44 untuk ke luar negara dengan diberi bantuan kewangan sebanyak RM 1,500.00 untuk melawat Universiti di luar Malaysia sebagai salah satu usaha untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman baru. Sejajar dengan perkembangan UMT untuk menjadi salah sebuah universiti yang berteknologi tinggi,

Pusat Teknologi Maklumat UMT telah berjaya melancarkan sebuah perisian dinamakan I-View dimana ia merupakan suatu aplikasi khusus yang dibangunkan bersama di antara Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) dengan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bagi tujuan paparan maklumat dan aktiviti semasa di UMT secara digital dan bersistematik. Selain itu, ia juga berfungsi dalam memberikan makluman semasa berkaitan dengan aktiviti utama di setiap PTj dan juga di bilik-bilik mesyuarat utama UMT. “Saya juga amat berbangga dengan pencapaian penyelidikan UMT dimana Kementerian Pengajian Tinggi telah mengiktiraf Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT sebagai salah sebuah pusat Hi-Coe berpotensi tahun lepas dan memberi suntikan yang besar terhadap penyelidikan di UMT. Pada tahun ini kita akan lebih berusaha untuk mendapat status Hi-Coe dalam bidang penyelidikan yang dapat memperkasakan lagi INOS sebagai sebuah institusi penyelidikan tersohor,” jelas beliau lagi. Perhimpunan bulanan tahun 2012 yang pertama ini merupakan titik permulaan bagi segala usaha yang dirancang oleh UMT untuk menjadikan ia sebuah universiti yang bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga mencipta nama di persada antarabangsa. oleh : Pejabat Komunikasi Korporat


RENCANA

Transformasi Melonjak Kecemerlangan UPSI

U

PSI, Tanjong Malim : Pada 9 Februari 2012 telah berlangsungnya Amanat Naib Canselor yang pertama oleh Prof Dato’ Dr Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baharu. Upacara ini bertempat di Auditorium Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 8.30 pagi dan dihadiri seramai 1200 orang kakitangan dan pelajar UPSI. Amanat ini meliputi pengumuman tentang pembangunan terbaru Universiti Pendidikan Sultan Idris, perkembangan terkini, penyelidikan, pencapaian, serta Pelan Strategik yang mengandungi tujuh teras mengikut bidang keutamaan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang disejajarkan dengan NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama Negara). Tujuh teras penting yang ditekankan ialah: 1. Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti 2. Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran 3. Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi 4. Memperkasakan Universiti Pendidikan Sultan Idris Sebagai Institusi Pendidikan Guru 5. Mempergiatkan Pengantarabangsaan 6. Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat 7. Memperkukuhkan Sistem Pencapaian Setiap teras ini mempunyai kepentingan dan matlamat sendiri

untuk kebaikan universiti dan pencapaian kakitangan juga institusi kebanggaan negara ini. Naib Canselor juga menyeru semua kakitangan agar menyemai budaya Uswatun Hasanah dan sentiasa berusaha untuk saling membimbing melalui contoh tauladan terbaik. Pada masa yang sama kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris disaran untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

Beberapa projek universiti turut diumumkan pada hari tersebut. Antaranya adalah projek Muzium Pendidikan Nasional dan juga kerja-kerja pembaikan di Kampus Sultan Azlan Shah yang menelan kos RM50 juta.

(NCDRC) di Kampus Sultan Azlan Shah. Selain daripada itu projek yang turut diumumkan adlaah cadangan pembinaan Sekolah Makmal, Makmal Penyelidikan Pendidikan, Kompleks Sukan dan Hotel UPSI. Yg. Bhg. Prof Zakaria Kasa dalam penutup ucapannya melahirkan harapan agar semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris melihat dengan jelas usaha untuk Melonjak Kecemerlangan dengan tujuan mentransformasikan Universiti Pendidikan Sultan Idris supaya mendapat kedudukan tegar berprestasi cemerlang.

Bagi projek terbaru pada 2012, UPSI telah menerima peruntukan sebanyak RM7 juta untuk National Child Development Research Centre 87


IPTS

Aktiviti IPTS Dipantau

Sebelas Kes Pendakwaan Di Sempurnakan , 46 Ip Dibuka

B

agi memperkasakan Institusi perngajian tinggi swasta, Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat (BPI) ditubuhkan di Jabatan Pengajian Tinggi. BPI bertanggungjawab untuk mengawal selia IPTS dengan memastikan kesemua peruntukan perundangan pendidikan dipatuhi oleh semua IPTS. Terdapat tiga (3) unit utama di bawah BPI iaitu Unit Penyeliaan & Pemantauan (UPP), Unit Aduan & Pemeriksaan (UAP) dan Unit Khidmat Bantuan Pelanggan (UKBP). Fungsi bahagian ini adalah: Mengurus aduan berkaitan IPTS untuk tindakan. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengawalseliaan, pemantauan dan pengauditan ke atas IPTS seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap IPTS yang dikenalpasti menyalahi peruntukan Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Peraturanperaturan di bawahnya. Mengambil tindakan perundangan sama ada dalam bentuk kompaun atau pendakwaan di mahkamah ke atas IPTS yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. Membantu merancang, menggubal dan menyediakan perkara dasar dan perundangan IPTS.

88

Memberi khidmat nasihat, bimbingan serta konsultasi kepada pelanggan berkaitan dengan pengajian tinggi swasta. Merancang dan mengurus program perkembangan dan pembangunan staf ke arah peningkatan kompetensi dan profesionalisme dalam bidang penguatkuasaan.

Tindakan Perundangan Dikenakan Keatas Mana-Mana Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Yang Tidak Akur Dengan Akta 555. Dalam terus memastikan rakyat terbela dan dilindungi daripada penipuan dan terpedaya dengan janji manis setengah IPTS yang tidak bertanggungjawab, KPT melalui Jabatan pengajian tinggi memperkukuhkan peranan yang dimainkan oleh Unit Aduan dan Pemeriksaan (UAP). UAP bergerak aktif untuk menguatkuasakan tindakan perundangan terhadap mana – mana Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tidak akur dengan Akta 555. Pada tahun 2011, BPI telah melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya mengesan banyak kesalahan dan ketidakakuran IPTS terhadap Akta 555 selaras dengan hasrat BPI untuk meningkatkan Perception of Being Cought (POBC) di kalangan IPTS seluruh Malaysia.

KPT telus dalam menjamin rakyat terbela. Ini dapat dilihat apabila sebanyak 11 kes pendakwaan ke atas 3 IPTS dilakukan. Dalwaan ini melibatkan seksyen 38 iaitu mengendalikan kursus pengajian tanpa kelulusan KPT. Pendakwaan tahun 2011 ini melibatkan 2 IPTS di sekitar Kuala Lumpur dan 1 IPTS di Johor Baharu. Jumlah keseluruhan nilai pendakwaan sebanyak RM199,000.


Kesemua amaun pendakwaan telah dijelaskan oleh pihak IPTS mengikut masa ditetapkan Mahkamah. Sementara itu, sebanyak 46 kertas siasatan telah dibuka oleh pegawai BPI melibatkan 61 IPTS dan 131 kompaun.

pendidikan. BPI juga telah mengadakan lawatan ke atas syarikat yang disyaki mengendalikan kursus pengajian program Sijil/Diploma/Ijazah/Master/PhD yang tidak berdaftar dengan KPT.

Operasi Task Force

Operasi Bersepadu Kpt Bekerjasama Dengan Pelbagai Agensi Kerajaaan

Pada tahun 2011, sebanyak 3 lawatan telah dilakukan melibatkan Traditional and Complementary Medicine (TCM). Begitu juga dengan 5 lawatan melibatkan pengendalian London Chamber of Commerce (LCCI) oleh IPTS/institusi

Terdapat 3 operasi bersepadu dilaksanakan bersama oleh BPI melibatkan agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL), Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Operasi yang dijalankan pada Mei, November dan Disember 2011 adalah berfokuskan kepada aduan tentang penyalahgunaan visa dan isu lain melibatkan pelajar antarabangsa. Operasi bersepadu ini memberi impak positif dalam penyelesaian terhadap aduan dan isu berbangkit melibatkan agensi luar yang diharap dapat mendukung aspirasi KPT dalam memperbaiki mutu pengajian IPTS.

Iklan Oleh IPTS Dipantau Sejumlah 3,519 iklan yang disiarkan telah dipantau. Ini termasuklah iklan yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan, laman sesawang, rencana, brosur, banner, billboard dan lainlain. Dari jumlah iklan yang dipantau, 239 menyalahi Garis Panduan Pengiklanan dan 158 Notis Arahan Pengiklanan (NAP) telah dikeluarkan kepada IPTS berkenaan. Bilangan iklan yang dipantau dan NAP yang dikeluarkan Jenis Media

Bil. Iklan Yang Dipantau

Bil.Kesalahan

Bil. NAP Dikeluarkan

Laman Sesawang

340

330

20

Akhbar

3,179

206

138

JUMLAH

3,519

239

158

Unit Khidmat Bantuan Pelanggan (UKBT) IPTS telah mengurus setiakan Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut zon seperti jadual di bawah. Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Bersama IPTS

Zon

Tarikh

Tempat

Zon Tengah (Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor)

31 Mac 2011

Hotel Marriot, Putrajaya

Zon Sarawak

12 April 2011

Hotel Four Sheraton, Kuching Sarawak

Zon Sabah

27 Mei 2011

Hotel Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah

Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)

7 Julai 2011

Hotel New Pacific, Kota Bharu Kelantan

Zon Utara (Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis)

18 Ogos 2011

Hotel Eastin, Pulau Pinang

Zon Selatan (Johor dan Melaka)

26 Sept. 2011

Hotel Grand Paragon, Johor Bahru

89


Penerbitan Dokumen

Matlamat Majlis ini adalah memberikan pendedahan secara hands on kepada pengusaha IPTS mengenai garis panduan baru seperti pengiklanan, pengurusan aduan di IPTS , meningkatkan pemahaman pengusaha IPTS terhadap pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (pindaan 2009) dan peraturan-peraturan serta pekeliling-pekeliling baru bagi menjaga kualiti pengurusan dan penawaran kursus pengajian di IPTS, pekelilingpekeliling baru Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), proses permohonan PTPTN dan dapatkan maklum balas/cadangan daripada pengusaha IPTS. Pembentangan adalah disampaikan oleh Pengarah dari setiap bahagian di SPIPTS iaitu Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat (BPI), Bahagian Pendaftaran & Piawaian (BPP) dan Bahagian Governan IPTS (BGS).

Menyertai Pameran Pelajar-pelajar, guru-guru, ibu bapa dan orang awam didedahkan dengan Panduan Pemilihan Ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta Di Malaysia dan Peluang Pengajian Tinggi di Institusi Pengajian

90

Tinggi Swasta melalui buku-buku yang diterbitkan oleh UAKBP iaitu Buku Semak Tahu Pilih dan Buku Yuran yang diedarkan kepada pengunjung yang hadir ke ‘booth’ pameran SPIPTS. • Pameran Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – Jom Masuk U Tahun 2011 yang diurus setiakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia di 11 zon seluruh negara yang berlangsung mulai minggu ke-2 Januari hingga April 2011. • Pameran “NAPEI 30th Malaysian Education Fair 2011” yang diurus setiakan oleh National Association Of Private Educational Institutions (NAPEI) yang diadakan di Midvalley Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 25 - 26 Jun 2011. • Pameran Sempena Seminar Peluang Pengajian Tinggi untuk Pelajar SPM dan STPM Wilayah Persekutuan Putrajaya 2011 yang diurus setiakan oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Ruang Pavilion Pameran, Aras G, Kementerian Pengajian Tinggi pada 16 Julai 2011.

• Buku Semak Tahu Pilih - beri panduan tentang pemilihan IPTS (bagaimana memilih kursus pengajian, syarat kelayakan masuk kursus pengajian di IPTS, pengiktirafan kursus pengajian, status kursus pengajian, pembiayaan kewangan, IPTS yang menjalankan kursus pengajian jarak jauh, SETARA ’09 dan banyak lagi maklumat kepada yang berminat untuk menyambung pelajaran di IPTS). • Buku Yuran - beri maklumat berhubung yuran kursus pengajian di IPTS (panduan yang membolehkan pilihan IPTS dibuat mengikut bidang pengajian). Program SPIPTS bersama Pelanggan : Penambahbaikan Amalan Pengurusan IPTS (Best Practices) Unit ini menganjurkan Program SPIPTS bersama Pelanggan : Penambahbaikan Amalan Pengurusan IPTS (Best Practices) yang diadakan di Dewan Serbaguna (MPH), Aras G, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada 22 September 2011 (Khamis). Program ini diadakan sebagai usaha berterusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk membantu pengusaha Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dipraktikkan dalam amalan pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Adalah diharapkan program ini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara pengusaha IPTS dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara.


IPTS

Garis Panduan Pengiklanan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Penggunaan Bahasa Dalam Iklan Bahasa Kebangsaan hendaklah diutamakan dalam iklan. Bahasa–bahasa lain jika digunakan hendaklah memberi maksud dan maklumat yang sama. 1 Maklumat IPTS (seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi) a. Butiran yang terkandung dalam iklan hendaklah memaparkan maklumat seperti berikut: • Nama dan alamat hendaklah di paparkan seperti mana yang telah diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS dan disertakan nombor telefon serta faksimile terkini; • Nombor perakuan pendaftaran IPTS atau nombor rujukan kelulusan penubuhan IPTS; • Nama penuh IPTS yang diiklankan hendaklah mempunyai saiz font yang sama (mudah dibaca); • Nama IPTS hendaklah diberi keutamaan (prominent) dalam iklan daripada nama institusi rakan kerjasama. b. IPTS tidak boleh memberi apa- apa penyataan palsu, mengaburi mata, menyinggung perasaan

atau mengelirukan. Contohnya : mendakwa dirinya IPTS Nombor 1, lebih baik daripada IPTS lain, Premier kecuali mendapat penganugerahan daripada badan sah yang di iktiraf.

c. Pengiklanan yang dibuat tidak boleh menyalahgunakan kepercayaan atau mengeksploitasi pengetahuan dan pengalaman pengguna. Contohnya, “Belajar Dahulu, Bayar Kemudian”; Dijamin Mendapat Pinjaman PTPTN/ MARA/ JPA; Pemberian Laptop percuma dan lain-lain.

2 Penggunaan logo a. Jika iklan mengandungi logo, logo IPTS hendaklah memaparkan logonya sendiri. Sekiranya menggunakan logo institusi rakan kerjasama maka saiznya hendaklah lebih kecil daripada logo IPTS. b. Logo institusi rakan kerjasama dan agensi lain hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan.

c. Logo agensi lain hanya boleh di gunakan dengan kebenaran bertulis agensi terbabit.

3 Kursus pengajian a. Nama kursus pengajian hendaklah di paparkan seperti yang diluluskan oleh KPT. b. Kod kursus pengajian dan tempoh sah laku kelulusan kursus hendaklah dinyatakan bersekali pada setiap kursus pengajian . c. Yuran keseluruhan hendaklah di paparkan seperti mana yang diluluskan. d. Syarikat Pemilik tidak digalakkan untuk mengiklankan kursus– kursus pengajian yang ditawarkan oleh institusi induk dan kumpulan institusi di bawah miliknya dalam satu iklan . Sekiranya syarikat pemilik ingin mengiklankan kursus–kursus yang ditawarkan bagi kumpulan IPTS di bawah miliknya, perkara berikut hendaklah dipatuhi: • Nama kursus pengajian hendaklah dinyatakan bersama 91


IPTS yang mendapat kelulusan; dan • Nombor perakuan pendaftaran hendaklah dinyatakan bersama IPTS yang mendapat kelulusan.

4 Pusat Wilayah Pusat wilayah bagi IPTS yang mengendalikan kursus pengajian melalui mod pendidikan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan mengiklankan kursus pengajian. Kursus-kursus PJJ hanya boleh diiklankan oleh IPTS induk yang diberikan kelulusan.

• Kod kursus pengajian seperti contoh berikut : e. Yuran keseluruhan pengajian yang terdiri daripada • Yuran Pengajian • Yuran Perpustakaan • Yuran Peperiksaan • Yuran Pendaftaran (sekali sahaja) bagi setiap program / kursus pengajian f. Sekiranya ada logo, keutamaan adalah kepada logo institusi. Logo institusi mesti lebih besar daripada logo rakan kongsi.

5 AM Iklan Mesti Mengandungi : a. Nama, alamat, nombor telefon dan faksimile institusi seperti yang diluluskan. b. Nombor rujukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi penubuhan institusi. c. Nombor perakuan pendaftaran institusi. d. Maklumat Kursus • Nama Kursus Pengajian

Nama Kursus Kod Kursus : KPT/JPS (K1234) 05/08

Bulan dan tahun tamat tempoh sah laku kursus pengajian Nombor Rujukan kursus pengajian Seperti syor MQA Rujukan Kementerian Pengajian Tinggi

92


SUKAN

Sukan Bersama KPT

93


SUKAN

Sukan Politeknik Malaysia Kali Ke XIV dan Seminar Pembangunan Sukan Politeknik Malaysia

K

arnival dan seminar ini merupakan satu titik sejarah bagi Jabatan Pengajian Politeknik demi memartabatkan sukan bola jaring, bola tampar, ping pong, futsal, sepak takraw dan badminton di kalangan pelajar, pegawai dan staf Institut Pengajian Tinggi Malaysia khasnya dan Malaysia amnya. Majlis Sukan Politeknik telah melantik Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebagai penggerak dalam penganjuran karnival dan seminar ini yang melibat pembabitan pelajar serta staf. Kepercayaan dan pemilihan Politeknik Sultan Azlan Shah sebagai penganjur karnival dan seminar amat berprestij ini adalah selari dengan Dasar Pembangunan Sukan IPT

94

(DPSIPT) bagi melahirkan ‘the thinking ahletes’. Karnival dan seminar ini mampu menilai semangat kesukanan dan kesabaran kepada semua wakil kontingen politeknik Malaysia. Saya mengharapkan karnival dan seminar ini akan menjadi gelanggang terbaik bukan sahaja tempat mempamerkan semangat dan kesungguhan para peserta tetapi menggalakkan penglibatkan atlet sukan secara lebih kompetetif serta berupaya menyahut permintaan masyarakat dalam amalan bersukan dan mengukuhkan pengurusan yang lebih professional terhadap sukan khususnya di politeknik. Karnival MSPM ini juga dianggap sebagai platform terbaik didalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, sekaligus dapat melahirkan atlet yang berprestasi tinggi selaras dengan

matlamat Dasar Pembanggunan Sukan IPT. Di dalam keghairahan setiap pasukan bertanding, ini secara tidak langsung menjadikan perkembangan sukan yang begitu hebat yang diyakini dapat memberi sumbangan dalam melahirkan atlet politeknik yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akedemik, bahkan ia dapat mmbentuk atlet yang bertanggungjawab, berdidiplin serta mempunyai jati diri yang kuat sebagai modal insan berkualiti.


SUKAN

Meningkatkan Pengurusan Bola Sepak Politeknik

P

rogram dua hari anjuran Pusat Kecemerlangan Politeknik dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terbabit dikendalikan Instruktur Teknikal FAM dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Kassim Kadir Bacha dan Ketua Unit Kejurulatihan FAM, R Gopalakrishnan. Pengurus Pusat Kecemerlangan Bola Sepak Politeknik, Sazami Shafii berkata, antara lain program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aspek undang-undang serta kejurulatihan bola sepak.

Katanya, seminar berkenaan jelas membuka minda peserta berkaitan kepentingan ilmu bola sepak malahan teknik dan pengendalian pengurusan di dalam dan luar padang. Beliau berkata, sokongan dan inisiatif Jabatan Pengajian Politeknik mewujudkan pusat kecemerlangan bola sepak yang berpusat di Politeknik Kota Bharu pada Oktober tahun lalu jelas membuka sejarah baru pusat pengajian terbabit dalam menyokong pembangunan sukan itu menerusi kerjasama FAM. “Program berkenaan turut memberi impak besar

terhadap kualiti pengurusan bola sepak buat politeknik terutama kepada generasi muda,” katanya. Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Wan Zulkifly Wan Zakaria berkata, program berkenaan penting dalam menyokong dasar pembangunan sukan IPT bagi melahirkan ‘The Thinking Athletes” seperti yang disarankan Menteri Pengajian Tinggi.

95


INFO KPT Sukacita dimaklumkan bahawa pada 4 November 2011 logo baharu KPT telah diperkenalkan kepada warga kementerian dan agensi di bawahnya. Penggunaan logo baharu telah pun diterima pakai dan digunakan dalam semua penerbitan yang berkait dengan bahan publisiti berkuatkuasa pada 1 Julai 2012. Logo boleh dirujuk di laman sesawang : www.mohe.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.