Bitara Feb Issue 2012

Page 1

Februari 2012

Meneraju Kegemilangan Ilmu

Malaysia,

Pendidikan Untuk Semua


SIDANG REDAKSI

Penasihat YBhg Datuk Hj. Ab Rahim bin Md Noor Ketua Pengarang Raihanah Hj. Khudri Penolong Ketua Pengarang Mohd Sabri Abdullah Pengarang • Mohd Izani Mohd Zain • Azwarni Herni Che Noh • Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, Agensi, IPTA Urus Setia Penerbitan • Norasikin Khalid • Nur Amalina Arif Jurugambar Fadzilah Noordin Edaran Mohd Fairuf Azrin Mokhtar Diterbitkan Oleh:

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengajian Tinggi No 2, Menara 2 Jalan P5/6 Presint 5, 62200 Putrajaya. Tel : 03 – 8870 6000 Faks : 03 – 8870 6834

www.mohe.gov.my

KANDUNGAN

Februari 2012 3

• Bicara Pengarang

BERITA KEMENTERIAN • Kolej Komuniti Bantu Masyarakat Pekan Tingkatkan Sosio Ekonomi 4 • 61,000 Banjiri Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 Kuantan 5 • Kunjungan Hormat Rektor Universiti Al-Azhar Mesir ke KPT 6 • MPPK Sokong Agenda Transformasi Negara 7 • “Persekitaran Kondusif, Pemacu Transformasi” 8 • CoE Berpotensi Pergiat Program R&D 9 • PSH Gilap Modal Insan Bertaraf Dunia 10 • KPT Dekati Masyarakat 11 • Dana Penyelidikan Memacu Kecemerlangan Pendidikan 12-13 • AAN Iktiraf Tokoh Akademik Negara 14-15 • PECIPTA 2011–Persidangan dan Ekspo Ciptaan IPT Antarabangsa 16 • Kejohanan Tenpin Boling KPT- Media 2011 Meriah 18 • Jaringan Kerjasama Diperkukuh-KPT Hargai Media 19 • Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi 20 • Seminar Pengantarabangsaan dan Pemasaran Pengajian Tinggi Malaysia 2011 21 • Siri Jelajah IPTS Bersama Timbalan Menteri 22 BERITA AGENSI • AKEPT : Program Pemimpin Muda Membentuk Nilai Kepimpinan 23 • MQA : Dialog MQA Bersama Wakil Pelajar IPT 24 WACANA PROFESOR • AUKU 2009 Membangun Kuasa Intelektual Pelajar

25-26

BERITA AGENSI • Politeknik : • Politeknik METrO 27-28 • Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan 29 • Politeknik Peneraju Kecemerlangan TVET di Rantau Asia Pasifik 30 • Program Rovers Challenge 2011 32-33 • Kolej Komuniti : • Royal Belum Rainforest Challenge 34 • Selaman Skuba Tarikan Terbaru Kolej Komuniti Langkawi 35 • Perasmian Program Latihan 1Malaysia Bersama Komuniti 1Hulu Langat 38 • Emas dan Perak Milik Kolej Komuniti Langkawi 39 • Program Silaturahim Siswa IPT dan Masyarakat (PROSISMA) Kluang 40 • UMT Anjur Program Pengenalan Skuba Untuk Pelajar 41 PENYELIDIKAN • Penyelidik UniMAP Harumkan Malaysia di Pentas Antarabangsa

RENCANA • UUM Universiti Berfokus

44

INOVASI • Pengusung Penyelamat Kompak • UTeM, IPTA Pertama Tawarkan Kursus Teknologi Kejuruteraan

45 46-47

JEJAK ALUMNI • Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) Dinobat Sebagai Tokoh Alumni UiTM 2010 48-49 PENGANTARABANGSAAN • Program Pengantarabangsaan di Kemboja Beri Iktibar Kepada Warga UMK 50-51 • 30 Mahasiswa Berpersonaliti UniSZA Berjaya Merentasi Global 52 RECANA • Fokus Kepada Golongan Terkebawah, Bukan Elit –NC

53

WAWANCARA • Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin: Rektor Baru UIAM

54-55

KEUSAHAWANAN • Keusahawanan di Universiti: Mampu Lahir Akademia dan Graduan Berdaya Saing

56-57

RECANA • UTHM Ungguli Tiga Kategori Dalam Festival Keroncong MAKUM 2011 58 • Kontrak Pembelajaran-Inovasi Baru Dalam Sistem Pendidikan UKM 59 • Pemakaian White Coat Bukti Kesungguhan UPNM Lahirkan Doktor Tentera Tidak Lama Lagi 60-61 • UM Wellness Programme Offers Free Health Screening 62-63 • UMS Buktikan Malaysia Setaraf USA, Brazil dan Scotland 64 • UPSI Menjadi Tuan Rumah Program International Youth Student Exchange 2012 65 • Inovasi Kunci Kelestarian Ummah 66 SUKAN • Pelajar UMP Berkayuh Penuhi Hasrat Temui Perdana Menteri • UPM Johan MASUM • Temasya Sukan Universiti 2011 di Shenzhen Meriah

69

IPTS • The Allianze University College of Medical Sciences

70

67 68

42-43

ms 4

ms 48

ms 11

ms 69


Pengarang

B

itara menemui pembaca membawa kesinambungan wajah 2011 mengiringi tabir awal 2012. Bitara kali ini menggabungkan beberapa peristiwa penting disuku akhir tahun 2011 dan Agenda Pendidikan Negara 2012. Sepanjang 2011, lebih 100 program berteraskan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dianjurkan. Di antara program yang menjadi pencetus gerakan memperkasakan semua inisiatif di bawah CAPS adalah pelancaran Pelan Tindakan Fasa 2, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Pasukan Projek Agenda Kritikal. YB. Menteri Pengajian Tinggi bergandingan dengan Timbalan-timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Timbalan-timbalan KSU, Ketua-ketua Pengarah, barisan hadapan serta warga KPT, jabatan / bahagian dan agensi memacu gerakan dinamik mencetus kejayaan sepanjang 2011. Di antara majlis berprestij yang turut diseri dengan kehadiran YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah Kongres Profesor Negara dan “Global Premier Dinner Talk”, Pertukaran Memorandum Perjanjian Mengenai ‘Formation Of Malaysia Institute For Supply Chain Innovation (MISI)’, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011, Mesyuarat Pemimpin Pelajar Kebangsaan (MPPK), Pecah Tanah Hub Pendidikan, Bandar Universiti Pagoh dan Anugerah Akademik Negara (AAN). Mendahului senarai aktiviti bagi tahun 2012, merupakan sebuah signature program KPT, Karnival Pengajian Tinggi Negara. Penganjuran Kali ke-8 yang akan membawa KPT menemui kumpulan sasar disebelas zon atau lokasi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Karnival yang telah bermula 14 Januari hingga 1 April 2012 menyasarkan 350,000 pengunjung. Warga Pengajian Tinggi seterusnya telah mengikuti amanat YB Menteri Pengajian Tinggi dalam Majlis Amanat Tahun Baru 2012. Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat, Faham sesuai, Benar seukur, Bulat segolek, pipih selayang, Rundingan jangan selisih, Muafakat jangan bercanggah, Tuah pada sekata, Berani pada seia. Selamat membaca dan bersama-sama kita mendepani percaturan alam terbentang. Salam hormat.... Ketua Pengarang

3


BERITA KEMENTERIAN

Kolej Komuniti Bantu Masyarakat Pekan Tingkatkan Sosio Ekonomi pokok dan bunga, simen fero dan pembinaan wakaf. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Tun Razak telah melawat pameran sempena Perasmian Kampung Pulau Serai dan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Kampung Pulau Serai, Pekan Pahang. Tujuan utama pameran ini diadakan adalah, memperkenal usahawan-usahawan yang berjaya setelah mendapat latihan kemahiran di Kolej Komuniti melalui program latihan 1 Malaysia dan program keusahawanan.

Y

AB Perdana Menteri telah mengilhamkan penubuhan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu (PKPB) bagi membantu golongan miskin seperti ibu tunggal dan kumpulan asnaf. Konsep PKPB adalah dengan menyediakan rumah yang dilengkapi dengan perabot dan peralatan dapur. Peserta yang mendiami PKPB juga disediakan peluang pekerjaan. Terdapat empat PKPB di daerah Pekan iaitu; PKPB Salong, PKPB Bukit Kenau, PKPB Padang Rumbia dan PKPB Pulau Serai. Kolej Komuniti Pekan akan mengadakan beberapa program di PKPB Kampung Padang Rumbia dan Kampung Pulau Serai bagi merealisasikan objektif berikut; Menyediakan dan memberi latihan kepada penghuni PKPB untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang telah dicadangkan oleh YBhg. Dato’ Paduka Sheikh Puzi. Membantu menaiktaraf sosio ekonomi penduduk di PKPB menerusi latihan kemahiran yang disediakan oleh pihak kolej. 4

Di Kampung Padang Rumbia, Kolej Komuniti Paya Besar telah memberikan latihan kemahiran mengenai perkakasan komputer manakala Kolej Komuniti Temerloh pula memberikan latihan kemahiran jahitan. Di kampung Pulau Serai, Kolej Komuniti Pekan telah memberikan latihan yang berkaitan dengan pengurusan nurseri, pembiakan pokok, penjagaan

Gerai-gerai yang disertai lebih dari enam Kolej Komuniti seluruh Malaysia dan telah mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat setempat.

Perdana Menteri Malaysia juga telah dihiburkan dengan Percussion Kolej Komuniti Selayang semasa lawatan ke tapak pameran.


BERITA KEMENTERIAN

61,000 Banjiri

B

erperanan sebagai Pusat Sehenti One Stop Centre bermaklumat bagi permohonan melanjutkan pengajian ke IPT, ILK, peluang pembiayaan dan lain-lain , Karnival Pengajian Tinggi Negara dengan temanya ‘Jom Masuk U’ yang telah menjadi signature program Kementerian Pengajian Tinggi kembali menemui golongan sasar bagi kali kelapan. YAB Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan bin Hj. Yaakub, Menteri Besar Pahang telah mewakili Perdana Menteri Malaysia merasmikan karnival tersebut sebagai pembuka tirai bagi jelajah ‘Jom Masuk U’

Kuantan

pada tahun 2012. Hujan yang turun tidak menghalang lebih 50,000 pengunjung membanjiri Karnival ‘Jom Masuk U’ 2012. Rata-rata pengunjung yang ditemui memberi maklumbalas positif mengenai penganjuran karnival ini berikutan banyak maklumat mengenai IPT dapat diperolehi.

5


BERITA KEMENTERIAN

Kunjungan Hormat Rektor Universiti Al-Azhar Mesir ke KPT

S

atu Kunjungan Hormat oleh delegasi daripada Universiti AlAzhar, Mesir yang diketuai oleh Prof. Dr. Usamah Mohamed Mohamed Hassan Elabed, Rektor Universiti AlAzhar, Mesir telah diadakan pada 1 November 2011. Bersama delegasi tersebut, turut serta adalah delegasi daripada Yayasan As-Sofa, Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengasas Yayasan tersebut iaitu Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki. Semasa Kunjungan Hormat tersebut pihak KPT dan Universiti Al-Azhar telah

6

bersepakat untuk bekerjasama dalam membangunkan pengajian tinggi dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara. Univeriti Al-Azhar juga bersetuju membantu dalam membantu pelajar-

pelajar Malaysia membuat persiapan dengan mengusasai Bahasa Arab sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti AlAzhar dengan mengadakan peperiksaan khas. Beliau juga menyatakan harapan agar kerjasama antara Universiti Al-Azhar dan Yayasan As-Sofa yang dimeterai akan dapat membuka peluang kepada pelajar Malaysia dalam melanjutkan pelajaran ke Universiti tersebut. YB Menteri juga menyatakan harapan agar Universiti tersebut dapat menambah kuota bilangan pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di sana.


BERITA KEMENTERIAN

MPPK Sokong Agenda Transformasi Negara

M

esyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil. 2/2011 yang telah diadakan di Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 21 November 2011 bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang. Mesyuarat MPPK Bil. 2/2011 telah dihadiri oleh seramai 117 perwakilan daripada 19 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 13 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia. Seramai empat (4) orang wakil setiap IPT menghadiri mesyuarat MPPK ini yang terdiri daripada Presiden/Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil mahasiswi daripada MPP, wakil kaum minoriti daripada MPP dan pemimpin pelajar yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) IPT. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah empat (4) orang YB Menteri dan tiga (3) orang wakil Menteri di

samping 61 orang pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan wakil daripada kementerian dan agensiagensi lain yang berkaitan dengan kertas kerja yang dibentangkan. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan iaitu: 1. Rasionalisasi Subsidi : Keberkesanan dan Kebergantungan Rakyat; 2. Goods and Services Tax (GST) : Antara Kehendak Rakyat dan Keperluan Kerajaan; 3. Mencapai Status Negara Maju Tanpa Menjejaskan Jati Diri Bangsa; dan 4. Bersediakah Negara Mengamalkan Meritokrasi Mutlak? MPPK merupakan wadah utama yang menemukan kepimpinan pelajar dan pihak kerajaan dalam memberi peluang kepada kepimpinan pelajar bagi membincangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan pelajar mahupun kepimpinan negara. MPPK merupakan platform yang diwujudkan Kerajaan sejak Oktober 1999 sebagai satu pengiktirafan terhadap para pemimpin pelajar selaku perwakilan untuk memberikan idea dan pandangan mereka dalam apa jua perkara. Ini adalah kerana suara generasi muda amat penting sebagai pewaris negara ke arah transformasi negara melalui idea dan pandangan bernas yang dikemukakan. Di samping itu, para perwakilan dapat menunjukkan kematangan yang tinggi dalam membantu Kerajaan untuk

menggubal suatu dasar yang lebih baik dan menghasilkan keputusankeputusan yang baik melalui isu-isu yang dibentangkan. Proses yang berlaku dalam pertemuan ini adalah proses musyawarah yang merupakan sebahagian

sumbangan semua ahli mesyuarat terhadap pembangunan negara. Segala pandangan yang dilontarkan oleh perwakilan pelajar telah dikemukakan secara berkesan, produktif dan konstruktif. MPPK diadakan secara tertutup tanpa kehadiran media atau pengurusan tertinggi Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ia dirancang sedemikian rupa bagi memberi peluang kepada perwakilan pelajar untuk memberi pandangan konstruktif kepada Kerajaan melalui mekanisme dan platform yang telah dibentuk. Golongan pelajar di IPT diyakini dapat bersama-sama Kerajaan berperanan dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada pembangunan negara. 7


BERITA KEMENTERIAN

“Persekitaran Kondusif, Pemacu Transformasi”

8


BERITA KEMENTERIAN

CoE Berpotensi Pergiat Program R&D

S

empena Pelancaran CoE 2011, penerima-penerima CoE berpotensi 2011 termasuklah UM, UKM, UMT, UTHM, UMP, UTeM, UniMAP dan USM. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyampaikan replika cek bernilai RM2 juta bagi setiap CoE Berpotensi. Objektif pelancaran dan pelaksanaan CoE Berpotensi 2011:-

• •

Menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi dana suntikan kepada Pusat-pusat Kecemerlangan (CoE) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain untuk mengupayakan kapasiti penyelidikan mereka; Membantu potensi CoE berkaitan untuk mempergiat program penyelidikan dan pembangunan

CoE Berpotensi 2011

(R&D) agar dapat menjadi pusat rujukan (referral point) di peringkat nasional; Menjadi perintis/pelapis (feeder) kepada Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE);

Mengupayakan potensi CoE ke arah mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE) pada masa akan hadapan. IPT

Photonics Research Centre (PRC)

UM

Centre for Nanotechnology and Catalysis (NANOCEN)

UM

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

UKM

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

UKM

Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)

UMT

Pusat Kecemerlangan Malaysian Technical University Network (CoE MTUN)

UTHM, UMP, UTeM, UniMAP

Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains (PKPPN)

USM 9


BERITA KEMENTERIAN

PSH Gilap Modal Insan Bertaraf Dunia

M

enyedari kepentingan ilmu secara berterusan kepada semua peringkat masyarakat di semua peringkat umur Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan termaterma pelaksanaan pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan melancarkan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 20112020 dan Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Sepanjang Hayat 2011 dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Open Universiti Malaysia (OUM). Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur. Pelancaran ini selaras dengan teras keenam, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan objektifnya bagi memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh YB. Timbalan Menteri Pengajian

10

Tinggi, Pegawai Kanan Kementerian, para penyelidik, penggubal dasar pengajian tinggi, serta pembekal latihan dan pendidikan PSH kepada komuniti dan rakyat jelata termasuk setiap

pihak berkepentingan (stakeholders) turut hadir menyatakan sokongan dan turut membantu mempromosi dan menggalakkan PSH sekaligus membuktikan iktizam semua warga pengajian tinggi menjayakan agenda nasional bagi melahirkan modal insan berkualiti

dan mampu berdaya saing dan berminda kreatif. Pada masa yang sama, satu persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai International Conference on Lifelong Learning 2011 (ICLLL 2011) turut diadakan bertemakan “Transforming Nations through Enculturation of Lifelong Learning�. Persidangan ini bertujuan untuk mengetengahkan pengalaman negaranegara lain di dalam pelaksanaan PSH dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai pembelajaran sepanjang hayat. PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Sejajar dengan pembangunan sosio ekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengkayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri. Untuk itu, PSH melalui pendidikan jarak jauh, e-Pembelajaran, pembelajaran di tempat kerja dan separuh masa telah menjadi sebahagian budaya dan cara hidup ke arah menyokong Pembangunan Modal Insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi menjelang tahun 2020.


BERITA KEMENTERIAN

KPT Dekati Masyarakat

P

rojek Bakti Murni Kementerian Pengajian Tinggi 2011 ini merupakan sebuah projek berimpak tinggi Kementerian Pengajian Tinggi dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Wilayah Raja Alias, Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Projek Bakti Murni ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan FELDA dan projek ini akan dilangsungkan pada 30 September 2011 sehingga 3 Oktober 2011. Tujuan utama Projek Bakti Murni ini diadakan adalah untuk menawan hati warga Felda melalui program-program yang berteraskan pengembangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri siswa/ siswi. Perkara ini sangatlah penting bagi mendedahkan siswa/ siswi kepada sosiologi masyarakat luar bandar. Projek Bakti Murni adalah sebuah projek yang murni untuk siswa/ siswi dan penduduk FELDA kerana melalui projek ini, siswa/ siswi akan didedahkan dengan pelbagai perkara mengenai kebudayaan dan kehidupan masyarakat luar bandar. Selain itu siswa/ siswi dapat memainkan peranan yang penting sebagai medium bagi menjelaskan dasar Kerajaan berkaitan pembanguanan dan motivasi pendidikan kepada penduduk tempatan. Disamping itu projek ini juga akan dapat membantu membentuk nilai kekeluargaan dan memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak FELDA selain dapat membantu mengurangkan masalah sosial dikalangan remaja.

FELDA Raja Alias dipilh sebagai tempat untuk melaksanakan Projek Bakti Murni ini adalah kerana infrastruktur yang ada lengkap untuk menjayakan projek ini. Disamping itu, FELDA Raja Alias ini juga telah melakukan promosi dan pelancaran Projek Jalur Lebar Komuniti pada bulan Mac 2010. Ketika itu, Simposium dan Ekspo Usahawan FELDA juga dilancarkan menjadikan FELDA ini sebagai sebuah tempat yang menarik utnuk merealisasikan objektif Projek Bakti Murni ini. Didalam usaha merealisasikan dan menggerakkan Projek Bakti Murni ini, projek ini telah mendapat kerjasama daripada IPTA dan IPTS tempatan dengan penglibatan seramai 450 orang siswa/ siswi yang terdiri daripada 480 orang siswa/ siswi tempatan dan selebihnya 60 orang adalah siswa/siswi antarabangsa. Siswa/ siswi tempatan ini akan ditempatkan di 10 buah kluster dari 3 buah zon iaitu zon Raja Alias, zon Serting dan zon Palong. Manakala jumlah keluarga angkat yang terlibat ialah seramai 540 buah keluarga, ini bermakna 1 keluarga akan mendapat seorang anak angkat.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif Projek Bakti Murni ini adalah seperti karnival pendidikan, program bimbingan kesihatan, program dan bengkel pembangunan kemahiran komuniti, program motivasi kecemerlangan belia, program keluarga angkat, program sekolah angkat dan program melestarikan kebudayaan. Semua aktiviti-aktiviti ini akan dilaksanakan oleh beberapa buah IPTA/ IPTS yang telah dipilih antaranya adalah UiTM, UPM, IMU, JPKK, JPP, UTeM, UTHM, UTM, UCTI, UNITEN, USIM, UPNM dan PSAS. Kejayaan projek ini amatlah bererti kerana dengan itu bermakna objektif utama Projek Bakti Murni iaitu menawan hati warga FELDA melalui programprogram yang berteraskan pengembangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri siswa/siswi berjaya. Projek ini diharapkan dapat meningkatkan imej Kementerian Pengajian Tinggi selain dapat membantu mempromosikan IPTA dan IPTS yang terdapat di Malaysia. Di samping itu, projek ini diharap dapat membantu anak-anak FELDA dari segi pembelajaran, dapat memantau kemajuan anakanak FELDA, membudayakan komuniti tempatan dengan Bahasa Inggeris, meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan siswa/ siswi mahupun penduduk setempat, memperkenalkan budaya tempatan kepada pelajar dan juga mengantarabangsakan komuniti FELDA. 11


BERITA KEMENTERIAN

Dana Penyelidikan Memacu Kecemerlangan Pendidikan

P

elancaran Dana Penyelidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi bertujuan untuk menghebahkan lima program geran penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (RMKe-10). Sejajar dengan Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi telah diberi peruntukan sebanyak RM741 juta bagi tahun 2011 dan 2012 di bawah RMKe10 bagi membiayai aktiviti penyelidikan yang merangkumi program Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Insentif Penyelidikan. Dalam majlis tersebut juga, sesi penyerahan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berjaya memperolehi geran FRGS, ERGS dan LRGS bagi tahun 2011 turut dijalankan. Pelaksanaan geran FRGS di bawah KPT telah bermula dari tahun 2006 di

12

bawah Rancangan Malaysia ke-Sembilan yang mana sebanyak RM285 juta telah disalurkan bagi membiayai penyelidikan fundamental di Institusi Pengajian Tinggi. Penyelidikan fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu. Di samping itu juga, penyelidikan ini diharap dapat menghasilkan modal insan dan peningkatan bilangan penerbitan di Malaysia. Evolusi ke arah penyelidikan fundamental sehingga kini dapat dibahagikan kepada tiga fasa. Evolusi yang pertama telah bermula sejak tahun 2006 sehingga 2008 apabila KPT telah memperoleh peruntukan penyelidikan FRGS. Pada tempoh ini, penyelidik di IPT terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diberi pendedahan dan peluang untuk menjalankan penyelidikan fundamental dan fasa ini dikenali sebagai Fasa Pembudayaan Penyelidikan (Enhancing Research Culture). Memasuki fasa yang kedua di antara tahun 2009 hingga 2010 yang dikenali

sebagai fasa untuk Memupuk Kualiti Penyelidikan (Inculcating Research Quality) kepada semua penyelidik di IPT yang mana kualiti penyelidikan menjadi asas dan kriteria dalam penilaian permohonan yang diterima. Pada tempoh ini juga, pihak KPT telah membuka permohonan FRGS kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Cawangan Kampus Malaysia (UC). Sehubungan itu, prosedur dan proses permohonan telah ditambah baik dan projek yang diperakukan hanya kepada penyelidikan yang benar-benar berkualiti kerana peningkatan persaingan di kalangan penyelidikan. Kini, evolusi penyelidikan KPT telah memasuki fasa ketiga di antara tahun 2011 hingga 2015 yang dikenali sebagai fasa untuk Memacu Kecemerlangan Penyelidikan (Driving Research Excellence) selaras dengan agenda dan peruntukan di bawah RMKe-10. Agenda penyelidikan pada fasa ketiga ini perlu menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan cemerlang terutama dalam menghasilkan output yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian. Walaupun kajian yang dijalankan oleh Agensi Luar (Elsevier dan Thompson)


menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penerbitan ilmiah oleh para penyelidik, namun ianya belum cukup untuk kita berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Sehubungan itu, setiap IPT di Malaysia perlu merangka strategi (blue print) atau roadmap R&D untuk memacu kecemerlangan penyelidikan dan meluaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi yang lebih mantap ke arah peningkatan penerokaan pengetahuan baharu dan pengkomersilan produk yang dihasilkan. Pihak pengurusan universiti perlu menggalakkan minda perintis (pioneer mindset) di kalangan penyelidik; meletakkan fokus kepada penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak negara; menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk atau teknologi platform yang mampu dikomersilkan; dan memperkaya khazanah ilmu (knowledge repository) negara. Semangat kolaborasi dan komplementari’ di antara kalangan penyelidik dan di kalangan institusi juga merupakan elemen yang penting yang perlu diperkukuhkan bagi memecahkan sikap ‘working in silos’. Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapannya menyatakan pada tahun 2010, syarikat Elsevier yang berpengkalan di Singapura telah membentangkan hasil kajian mereka terhadap bilangan penerbitan semua negara di dunia. Data yang mereka perolehi telah membuka mata dunia kerana menunjukkan kadar peningkatan yang ketara dalam penghasilan bilangan penerbitan di Malaysia. Pencapaian purata 5 tahun mulai 2006 hingga 2010 menunjukkan kadar peningkatan bilangan penerbitan di Malaysia adalah sebanyak 28.42% dan merupakan kadar peningkatan tertinggi di dunia. Beliau berharap kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi dengan adanya program-program dana baru iaitu LRGS, ERGS, dan PRGS. Agenda Universiti Penyelidikan (RU), Universiti APEX dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HiCoE) telah meningkatkan budaya dan penerbitan ilmiah di kalangan pensyarah di IPT. Pengiktirafan Universiti Penyelidikan merupakan salah satu usaha Kementerian bagi menggalakkan universiti tempatan untuk bersaing di peringkat global dan seterusnya meningkatkan

kedudukan (ranking) dalam penarafan antarabangsa. Kesemua lima buah Universiti Penyelidikan (RU) diminta untuk terus mempertingkatkan usaha untuk meneraju platform penyelidikan berimpak tinggi. Enam (6) Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HiCOE yang dinobatkan tahun lalu, juga perlu memainkan peranan penting untuk menjadi peneraju bidang dan tema penyelidikan tujahan besar dengan peruntukan penyelidikan yang signifikan. HICoE perlu mengadakan kolaborasi antara kumpulan penyelidik merentasi sempadan universiti sama ada dari dalam atau luar negara seterusnya dapat melonjakkan posisi ke peringkat serantau dan antarabangsa. Kewujudan program baru seperti LRGS akan meneruskan kesinambungan program R&D dan dijangka akan dapat meneruskan lonjakan budaya penyelidikan yang telah dicapai pada hari ini. Kumpulan-kumpulan

penyelidikan digalakkan untuk bergabung dan membentuk niche atau kepakaran tertentu dan menjadi kumpulan pakar yang terulung di peringkat dunia pada masa akan datang. Pelaksanaan geran LRGS merupakan inisiatif baru Kementerian dalam pembangunan R&D. LRGS berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidangbidang cutting edge khususnya nic yang telah dikenalpasti. LRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai institusi dan bersifat multi disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam nic-nic tertentu. Tujuh nic berimpak tinggi yang telah dikenalpasti di bawah geran LRGS top-down yang diketuai oleh Universiti Penyelidikan adalah Pemanasan Global (Global Warming), Penyakit Berjangkit (Infectious Diseases),

Perubatan Tropika (Tropical Medicine), Keselamatan Tenaga dan Air (Water And Energy Security), Keselamatan Makanan (Food Security), Teknologi Komunikasi Dan Informasi (Information And Communication Technology) dan Pembuatan Termaju dan Tambah Nilai (Advanced & Value Added Manufacturing). Selain daripada bidang tujahan yang telah dikenalpasti, IPT selain Universiti Penyelidikan juga boleh menjadi peneraju dengan mengemukakan kekuatan dan kepakaran nic masing-masing di bawah program LRGS Bottom-Up. Pihak Kementerian telah mengenalpasti IPT yang menerajui penyelidikan di bawah LRGS berdasarkan kekuatan nic di IPT masing-masing. Untuk memastikan IPT di negara ini dapat diiktiraf di peringkat antarabangsa, adalah penting bagi ahli akademik dapat memberikan pengajaran yang berkualiti (deliver quality teaching) dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dan juga perlu menunjukkan keupayaan mereka untuk menjalankan penyelidikan yang berkualiti tinggi. Dalam melaksanakan agenda yang dirancang, penglibatan dan komitmen daripada semua pihak amat diperlukan. Holistic effort by all the stakeholders (Kerajaan, pihak industri, para penyelidik, pusat pengurusan penyelidikan dan Inovasi serta pengurusan tertinggi dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi) untuk sama-sama menggembleng tenaga, idea dan buah fikiran untuk mencapai halatuju program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia. Penyelidik di IPT perlu melakukan anjakan paradigma (paradigm shift) dengan mengubah minda (mindset) supaya keluar dari kepompong kecil untuk menjalankan kolaborasi dari pelbagai institusi yang lebih besar lagi termasuk kolaborasi dengan institusi penyelidikan antarabangsa. Penerapan budaya kualiti (quality culture) dalam urus-tadbir penyelidikan yang mempunyai nilai-nilai kebertangungjawaban, jujur dan ketelusan diperlukan untuk mengisi agenda kecemerlangan. Semangat bekerjasama (team spirit) adalah penting di kalangan penyelidik terutama bekerjasama dalam bidang penyelidikan yang sama untuk membentuk kekuatan nich yang diterokai di peringkat negara. 13


BERITA KEMENTERIAN

AAN Iktiraf Tokoh Akademik Negara

S

elepas 6 tahun pelaksanaannya, Anugerah Akademik Negara (AAN) semakin dikenali dan diperkatakan oleh warga pengajian tinggi negara khususnya. Program ini telah digarap sebagai satu platform pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik tempatan yang menunjukkan potensi yang cemerlang di dalam pelbagai lapangan di sektor pengajian tinggi. Saban tahun, bilangan permohonan bagi menyertai AAN yang diterima daripada warga akademik tempatan semakin meningkat dan kualiti permohonan yang diterima juga semakin bertambah baik. Pakej yang terkandung di dalam AAN merangkumi aktiviti penyelidikan, penerbitan, pengkomersialan dan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu asas yang hampir sempurna untuk membawa pendidikan tinggi di negara ini ke satu tahap setanding dengan negara-negara maju yang lain. Budaya dan aktiviti penyelidikan ilmiah subur, kegiatan penulisan dan penerbitan ilmiah berkembang pesat, inovasi pengajaran dan pembelajaran banyak terhasil di IPT. Semuanya ini akan menjadikan sesebuah universiti lebih berkualiti dan berupaya menarik lebih ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini.

14

Universiti tempatan merupakan pemain utama di dalam penghasilan graduan yang cemerlang sebagai modal insan yang membawa hala tuju negara ke arah negara maju. Kejayaan ini telah didokong oleh pelbagai faktor di dalam ekosistem pengajian tinggi sendiri. Peranan yang dimainkan oleh ahli akademik sama ada sebagai pendidik, penyelidik, pentadbir dan sebagainya telah menyemarakkan lagi suasana pembelajaran dan pengajaran di universiti dan telah mewujudkan sebuah ekosistem pembelajaran yang begitu kondusif kepada pelajar. Usaha sebegini tentunya tidak mudah dilaksanakan dan tenaga di pelbagai peringkat perlu digembleng bagi merealisasikannya. Sumbangan dan khidmat bakti ahli akademik ke arah pembangunan menyeluruh negara telah mendorong KPT untuk mencungkil bakat-bakat yang cemerlang di unversiti dan seterusnya diiktiraf sebagai tokoh dan pakar di dalam pelbagai bidang kepakaran masing-masing. Ini sekaligus akan dapat memartabatkan hasil ahli akademik dan memelihara kewibawaan serta komitmen keilmuan dalam sektor pengajian tinggi. Lantaran itu, sebuah anugerah yang berprestij dan tertinggi iaitu Anugerah

Akademik Negara telah diwujudkan bagi menyemarakkan lagi industri pengajian tinggi negara. Pihak Kementerian percaya bahawa melalui pelaksanaan inisiatif ini akan menggalakkan persaingan sihat di antara ahli-ahli akademik dan mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Ramai nama telah diiktiraf dan diberi sanjungan melalui pelaksanaan AAN. Antara nama yang tidak asing lagi kepada kita adalah Prof. Diraja Ungku Aziz yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara pada AAN 2006. Pemilihan Prof. Diraja sebagai Tokoh Akademik Negara yang pertama adalah amat bertepatan sekali dengan pencapaian cemerlang yang telah beliau sumbangkan kepada pembangunan agama, bangsa dan negara. Cetusan idea yang bernas telah memberikan impak yang besar di dalam kehidupan masyarakat seperti penubuhan Tabung Haji yang sehingga kini memberi kejayaan yang besar di dalam membantu umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam Ke-5 berkenaan. Selain Prof. Diraja Ungku Aziz, beberapa nama besar seperti Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin, sasterawan negara iaitu Prof. Dr. Mohammad Haji Salleh dan baru-baru ini Prof. Emeritus


Tan Sri Datuk Dr. Haji Omar bin Abdul Rahman turut dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara. Inisiatif pelaksanaan AAN telah memberikan impak yang besar dan signifikan kepada perkembangan bidang pengajian tinggi negara dan universiti sendiri. Ahli akademik lebih terdorong untuk menerbitkan makalah jurnal yang terbaik dan mempunyai faktor impak yang tinggi melalui kategori penerbitan makalah jurnal. Usaha Kerajaan untuk melihat lebih banyak buku ilmiah asli yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada masayarakat dan negara diterbitkan semakin menampakkan hasil. Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk telah dapat mencungkil produk inovasi dan reka cipta bertaraf antarabangsa dan bernilai jutaan ringgit. Hasil karya seni dan kreativiti ahli akademik tidak kurang hebat apabila turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan salah seorang penerima anugerah seni dan kreativiti juga pernah membuat pameran seni di peringkat antarabangsa. AAN telah membantu pihak Kementerian di dalam mewujudkan penanda aras untuk menentukan kualiti ahli akademik bagi sesebuah universiti untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran bagi pendidikan rakyat dan Negara. Secara langsung, penerima AAN telah membantu universiti masing-masing menjadi lebih cemerlang. Cendiakawan di IPTA dan IPTS telah membukti kemampuan mereka bersaing dalam konteks dunia global melalui penulisan ilmiah, jurnal , buku dan penglibatan dalam seni dan kreativiti yang telah mampu memberi persaingan yang sengit. Usaha yang dihasilkan oleh ahli akademik ini telah membantu perkembangan dan pembangunan Negara dari sudut K-Ekonomi khususnya. Selaras dengan nilai-nilai 1 Malaysia iaitu : • Budaya kecemerlangan – penganjuran AAN akan menjadi pendorong kepada pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi oleh para ahli akademik. • Meritokrasi – prinsip pengadilan AAN adalah berdasarkan kepada meritokrasi iaitu hanya ahli akademik yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria

akan dinobatkan sebagai penerima AAN tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Ini menekankan persaingan secara terbuka dan adil. Berdasarkan kepada nilai-nilai berkenaan, pelaksanaan AAN akan dapat membantu memperkukuhkan hubungan antara kaum. Jawatankuasa AAN adalah turut terdiri daripada pakar-pakar akademik yang berbilang kaum dan secara langsung dapat mewujudkan semangat perpaduan yang lahir daripada perasaan hormat menghormati, sikap saling mempercayai dan kesepakatan di dalam membuat keputusan. AAN merupakan satu pendekatan untuk membudayakan aktiviti penyelidikan ilmiah, kegiatan penulisan dan penerbitan ilmiah berkembang pesat di IPT, inovasi pengajaran dan pembelajaran banyak terhasil di IPT. Semuanya ini akan menjadikan sesebuah universiti lebih berkualiti dan berupaya menarik lebih ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini. Kualiti adalah amat ditekankan di dalam pelaksanaan AAN. Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan dinilai dan dinobatkan sebagai penerima. Pengiktirafan ini secara

langsung mendorong ahli akademik untuk meningkatkan kualiti masing-masing dalam semua perkara. Ahli akademik yang berkualiti akan menghasilkan graduan yang berkualiti dan seterusnya meningkatkan martabat pengajian tinggi negara. Penerima-penerima AAN yang lalu telah dijadikan role model oleh IPT dan melalui pengiktirafan yang diberikan telah membolehkan kepakaran mereka dikongsi bersama ahli akademik yang lain. Ramai daripada mereka telah dijemput oleh institusi pendidikan yang lain untuk berkongsi ilmu serta kepakaran. Maklum balas yang diterima adalah sangat positif dan rata-rata amat mengagumi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh para penerima AAN. Perkongsian ilmu dan inovasi yang wujud telah memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi Negara. AAN telah memberikan satu suntikan semangat kepada ahli akademik di Negara ini supaya terus berusaha untuk menghasilkan produk dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik bagi menyokong perkembangan dan kemajuan ilmu di Negara ini. Ia telah menggerakkan dan memberikan motivasi kepada ahli akademik lain dalam menjana kecemerlangan yang berterusan ke arah penghasilan yang amat membanggakan. Usaha berterusan dalam penambah baikan dilaksanakan bagi memantapkan dan memastikan anugerah ini benar-benar menggambarkan kecemerlangan ahli akademik dalam bidang masing-masing. 15


BERITA KEMENTERIAN

PECIPTA 2011–Persidangan dan Ekspo Ciptaan IPT Antarabangsa

P

ersidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 (PECIPTA 2011) telah berjaya dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 13 hingga 15 September 2011 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Pameran PECIPTA 2011 dengan tema “Menyemarak Inovasi Bersama Model Baru Ekonomi� ini antara lain bertujuan untuk menyokong citacita dan hasrat Kerajaan dalam memacu pembangunan Negara melalui penekanan kepada usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Selain daripada itu, PECIPTA 2011 bertujuan untuk mempamerkan hasil ciptaan dan inovasi yang berjaya dicapai melalui kegiatan pembangunan dan penyelidikan semua

16

institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara. PECIPTA 2011 merupakan aktiviti dwitahunan dengan penganjuran kali ke-6 bersama UiTM selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, 2001), Universiti Putra Malaysia (UPM, 2003), Universiti Teknologi Malaysia (UTM, 2005), Universiti Sains Malaysia (USM, 2007) dan Universiri Malaya (UM, 2009). Antara kategori yang dipertandingkan adalah produk yang pernah memenangi anugerah (Award Recipient), produk yang belum pernah memenangi anugerah (New

Entry), produk baru (Newly Marketed Product) dan Pecipta Remaja (Young Inventors). Tidak dilupakan pecipta dikalangan pelajar sekolah menengah, Pecipta Muda (Junior Inventors). Secara keseluruhannya, sebanyak 453 buah produk telah dipertandingkan dan 48 produk memenangi pingat emas, 92 produk mendapat pingat perak dan 138 produk mendapat pingat gangsa. Salah satu aktiviti yang diketengahkan sepanjang berlangsungnya PECIPTA 2011 adalah aktiviti Pemadanan Perniagaan (Business Matching). Sebanyak 112 padanan telah diadakan dimana 6% daripada produk telah menemui padanan industri yang sesuai dan perjanjian dimetrai, 74% diperingkat rundingan, 13% bercadangan untuk berkerjasama dan 7% akan mengambil tempoh setahun. Aktiviti ini dijadikan landasan pertemuan antarapihak penyelidik dan pihak industri untuk memperkenalkan hasil produk penyelidikan mereka ke pasaran. Selain daripada Pemadanan Perniagaan, terdapat juga Simposium Majlis Profesor Negara, Pengiklanan Produk (Product Pitching) dan Freescale Cup 2011.PECIPTA 2011 telah berjaya menarik 15,000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan kehebatan produk hasil ciptaan dan penyelidikan para pelajar dan para penyelidik dalam memartabatkan penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).


P

elaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi / Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6 seperti berikut:

1

Semua Pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph. D, Matrikulasi / Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di Intitusi Pengajian Tinggi dalam negeri pada Januari 2012, layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masingmasing dalam bulan Januari 2012. Sila

hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk mengambil baucar berkenaan.

3

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, beserta nombor kad pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, nombor kad pengenalan dan cop IPT masingmasing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

6

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 april 2012.

7

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

5

Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masingmasing.

17


BERITA KEMENTERIAN

Kejohanan Tenpin Boling KPT- Media 2011 Meriah

P

utrajaya - Kementerian Pengajian Tinggi dengan pengendalian Bahagian Sukan KPT buat pertama kalinya menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling MEDIA - KPT 2011 yang telah berlangsung pada 24 Disember lalu Alamanda Putrajaya. Kejohanan yang bertujuan untuk meraikan pihak pengamal media dan wartawan ini dilihat sebagai usaha pihak KPT untuk menjalinkan hubungan yang sihat dan erat dikalangan pihak warga kerja KPT khususnya Bahagian Sukan dengan pihak rakan media yang telah banyak membantu dan menyokong KPT mempromosikan aktiviti dan penganjuran sukan KPT sepanjang

18

tahun 2010 dan 2011. Selain dari itu kejohanan ini akan digunakan sebagai platform awal KPT menerusi Bahagian Sukan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti berteraskan sukan bagi tahun 2012-2013 kelak. Disamping itu penganjuran ini juga antara usaha dan komitmen KPT terhadap dokongan bagi penganjuran program pembangunan sukan disamping mengangkat serta meningkatkan reputasi KPT dikalangan pihak rakan media. Walaupun pertama kali dianjurkan, Kejohanan Ten Pin Boling KPT - Media Sukan 2011di Alamanda, Putrajaya baru-baru ini tetap meriah dengan lebih 100 penyertaan membabitkan kakitangan KPT dan petugas media tempatan. Pelbagai aksi dan gelagat menarik dapat dilihat sepanjang pertandingan empat kategori membabitkan Individu Media / KPT

Lelaki dan Wanita, Jemputan dan ‘VIP’ serta Berpasukan Media / KPT. Abd Rani Abdul dari Berita TV RTM menjuarai kategori Individu Media/KPT Lelaki dengan 537 jatuhan pin, diikuti Razali Mohamad (Berita Publishing B) dan Ahmad Nor Azmi (Berita Publishing A) manakala Nor Lida Mas’od (Berita Publishing A) dinobatkan juara kategori Wanita, diikuti Liza Habib (Berita Harian) dan Maznah Abu Bakar (BERNAMA). Dalam kategori Berpasukan Media/ KPT, Berita Publishing A unggul dengan 1844 jatuhan pin, diikuti Berita TV RTM ( 1808 ) dan BERNAMA TV (1761). Kejohanan yang berlangsung dengan meriahnya ini telah menyaksikan Y.Bhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor, Ketua Setiausaha KPT mendapat Johan bagi Ketegori Jemputan dan VIP dengan jatuhan pin sebanyak 413, diikuti Tony Azman Hassan ( 409 ) dan Ahmad Naim Ismail ( 406 ) di tempat ketiga. Majlis perasmian dan penutup kejohanan turut disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk KSU. Untuk makluman, kejohanan ini turut menawarkan 50 hadiah cabutan bertuah yang berupa barang elektrik serta hamper.


BERITA KEMENTERIAN

Jaringan Kerjasama DiperkukuhKPT Hargai Media

M

elihat kepentingan media sebagai medium penting dalam meluaskan jaringan komunikasi dan menyalurkan maklumat antara kementerian dan pemegang taruh khasnya dan masyarakat amnya. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Berbuka Puasa YB Menteri Pengajian Tinggi Bersama Media bertempat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur. Majlis yang kali ketiga diadakan ini mengundang kehadiran 600 wartawan dan petugas media dari pelbagai agensi media. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform yang dapat meluaskan jaringan komunikasi serta memperkukuhkan hubungan antara KPT dan agensi media tetapi juga bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kepada pihak media kerana

telah memberi liputan yang meluas mengenai KPT. Media juga banyak membantu memberikan sumbangan di dalam membina imej positif terhadap KPT melalui penerbitan artikel-artikel di keratan akhbar sekaligus membina penilaian positif dikalangan masyarakat mahupun mana-mana agensi lain terhadap kualiti dan kredibiliti KPT. Penglibatan semua pegawai perhubungan awam dari IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, PTPTN memeriahkan lagi majlis tersebut sekaligus menunjukkan KPT mempunyai jaringan perhubungan yang mantap di antara agensi di bawahnya. Di dalam aruspembangunan, kemajuan teknologi yang semakin pesat, penyalahgunaan medium-medium perantaraan seperti blog, laman sosial dan

sebagainya boleh memberikan implikasi yang negatif, walau bagaimanapun, media pada hari ini telah membantu menangkis semua fakta yang tidak benar melalui hasil kajian, temu ramah dan berdasarkan dari sumber yang betul. Kesungguhan serta semangat para wartawan amatlah di hargai dan melalui majlis ini diharap hubungan pihak KPT dengan pihak media dapat digarap agar menjadi lebih utuh dan teguh. Inilah antara sebab pihak KPT menganjurkan Majlis untuk meraikan media kerana para wartawan ini telah bertungkus lumus mendapatkan maklumat yang benar dan menyebarkan kepada masyarakat melalui medium yang sahih. Kredibiliti pihak media pada hari ini di dalam menjana berita yang bernas dan benar tidak boleh dinafikan lagi. Pengorbanan pihak media untuk menghadiri setiap acara yang dilaksanakan dan mengeluarkan artikelartikel positif di akhbar begitu memberikan seribu erti kepada pihak KPT di dalam usaha KPT mencapai misi dan visi iaitu menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pengajian tinggi menjelang tahun 2020.

19


BERITA KEMENTERIAN

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi

B

ersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dua program utama telah diadakan iaitu Majlis Pelancaran Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Forum Membudayakan Bahasa Melayu Tinggi di Kalangan Warga Sektor Pengajian Tinggi. Kedua-dua program ini telah berlangsung pada 27 Oktober 2011 (Khamis) di Dewan Utama KPT dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Tema program Bulan Bahasa Kebangsaan adalah 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara. Dalam majlis tersebut, secara rasminya Buku Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu telah dilancarkan dan akan diedarkan kepada semua sektor pengajian tinggi untuk dilaksanakan. Buat permulaan, 24 orang wakil telah menerima Buku Pelan Tindakan tersebut bagi mewakili institusi masing-masing. Buku Pelan Tindakan ini akan dijadikan sebagai penanda aras rujukan bagi pelaksanaan dan pemantauan untuk memartabatkan Bahasa Melayu bagi sektor pengajian tinggi. Manakala program Forum Membudayakan Bahasa Melayu Tinggi di kalangan warga sektor pengajian tinggi pula telah mengetengahkan dua orang tokoh utama dan tidak asing lagi dalam usaha memartabat dan membudaya Bahasa Melayu iaitu Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan Profesor Dr. Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM serta Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Jamian dari UPM pula bertindak sebagai Moderator bagi Forum ini. Pelbagai isu-isu menarik dalam konteks membudayakan Bahasa Melayu Tinggi telah diutarakan oleh para peserta yang hadir iaitu antaranya berhubung budaya

20

mempraktikkan percakapan Bahasa Melayu Tinggi, peranan yang boleh dimainkan oleh warga sektor pengajian tinggi dalam membudayakan Bahasa Melayu Tinggi dalam amalan etika kerja harian, bagaimana untuk menangani isu penyalahgunaan Bahasa Melayu pada hari ini dan bagaimana pula untuk membezakan antara Bahasa Melayu Tinggi dan Bahasa Melayu Rendah serta sejauh mana kesannya kepada masyarakat dan genarasi akan datang. Antara tetamu kehormat yang turut

hadir pada program ini adalah Datuk Abdul Rahim bin Md. Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi; Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pengurusan tertinggi sektor pengajian tinggi. Seramai 700 orang jemputan telah hadir pada program ini.

..secara rasminya Buku Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu telah dilancarkan dan akan diedarkan kepada semua sektor pengajian tinggi untuk dilaksanakan. Buat permulaan, 24 orang wakil telah menerima Buku Pelan Tindakan tersebut bagi mewakili institusi masingmasing.


BERITA KEMENTERIAN

Seminar Pengantarabangsaan dan Pemasaran Pengajian Tinggi Malaysia 2011

B

ahagian Education Malaysia telah mengurus setia Seminar Pengantarabangsaan & Pemasaran Pengajian Tinggi Malaysia 2011 yang diadakan pada 28 Julai 2011 di Hotel Pan Pacific KLIA.

Dengan tema “Bridging The World Through Higher Education� (menghubungkan dunia menerusi pengajian tinggi), seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Rujhan b. Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan turut dihadiri oleh 400 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi, perwakilan asing, agen perekrutan, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha pemasaran pengajian tinggi dan hal ehwal antarabangsa.

Antarabangsa, Universiti Sunway, UCTI dan ELS turut berkongsi pengalaman mereka mengenai strategi yang digunakan bagi memasarkan institusi pengajian tinggi masingmasing ke luar negara. Tetamu yang hadir juga turut berpeluang mendapatkan maklumat tentang peluang pemasaran, kelebihan dan isu-isu semasa daripada pegawai Education Malaysia di Dubai, Jakarta, Ho Chi Minh City dan Beijing serta daripada pengurus acara pameran yang berpengalaman luas dalam membantu memasarkan pengajian

tinggi ke luar negara. Pada acara ini juga, Kementerian Pengajian Tinggi turut melancarkan Buku Polisi Pengantarabangsaan 2011 yang di rangka oleh jawatankuasa yang terdiri daripada 23 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Seminar ini telah membuka peluang kepada peserta seminar untuk mendapatkan gambaran terus dan bertanya lanjut tentang pengalaman penceramah yang berpengalaman luas dalam pemasaran pengajian tinggi. Antara penceramah yang dijemput termasuk wakil dari British Council, Australian Education International dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand yang berkongsi pengalaman dalam pengurusan pelajar antarabangsa. Selain itu, wakil dari institusi seperti Universiti Islam 21


BERITA KEMENTERIAN

Siri Jelajah IPTS Bersama Timbalan Menteri

S

epanjang tahun 2011, Unit Khidmat Bantuan Pelanggan, SPIPTS, telah mengurus setiakan Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut zon. Zon yang terlibat adalah Zon Tengah (IPTS di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor) yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 31 Mac 2011, Zon Sarawak yang diadakan di Hotel Four Points Sheraton, di Kuching Sarawak pada 12 April 2011, Zon Sabah yang diadakan di Hotel Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah pada 27 Mei 2011, Zon Timur (IPTS di Kelantan, Terengganu dan Pahang) yang diadakan di Hotel New Pacific, Kota Bharu Kelantan

IPTS Zon Utara 22

pada 7 Julai 2011, Zon Utara (IPTS di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis) yang diadakan di Hotel Eastin, Pulau Pinang pada 18 Ogos 2011 dan berakhir dengan Zon Selatan (IPTS di Johor dan Melaka) yang diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru pada 26 September 2011. Matlamat majlis ini diadakan sebagai usaha berterusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memberikan pendedahan secara hands on kepada pengusaha IPTS mengenai garis panduan baru seperti pengiklanan, pengurusan aduan di IPTS, meningkatkan pemahaman pengusaha IPTS terhadap pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (pindaan 2009) dan peraturan-peraturan serta

pekeliling-pekeliling baru bagi menjaga kualiti pengurusan dan penawaran kursus pengajian di IPTS, pekelilingpekeliling baru Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), proses permohonan PTPTN dan mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada pengusaha IPTS. Pembentangan pada majlis ini adalah disampaikan oleh Pengarah dari Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat (BPI), Bahagian Pendaftaran dan Piawaian (BPP), Bahagian Governan IPTS (BGS) serta wakil dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

IPTS Zon Timur


Program Pemimpin Muda Membentuk Nilai Kepimpinan

S

elaras dengan agenda transformasi Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdaya saing di peringkat global, AKEPT dengan berlandaskan tanggungjawab “Membentuk Minda, Membina Kepemimpinan� telah melancarkan Program Pemimpin Muda pada 22 Ogos 2011 (Isnin) bertempat di Auditorium, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi pada jam 6.00 petang. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Program Pemimpin Muda ini bertujuan membina nilai dan kualiti kepimpinan berdasarkan kerangka kepimpinan yang menjadi asas dalam semua program AKEPT, selain menyediakan pelantar bagi pemimpin muda untuk membentuk idea serta cadangan, menjana dialog dan pertukaran pandangan sesama generasi. Program Pemimpin Muda ini juga bertujuan menterjemah secara mendalam mengenai peranan utama AKEPT dalam menyediakan pemimpin pelapis dalam pelan penggantian di setiap Universiti. Program Pemimpin Muda ini juga

merupakan kesinambungan daripada program Kreatif dan Inovatif Akademia Muda yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010. Program Pemimpin Muda kali ini lebih bersifat sistematik dan dibahagikan mengikut pusat-pusat yang terdapat di AKEPT iaitu Pusat Latihan Kepimpinan, Pusat Kepimpinan Penyelidikan dan Inovasi, dan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dengan nama khusus bagi setiap pusat seperti AKEPT Young Global Leaders Caucus

(AYGLC), AKEPT Young Research Circle (AYRC) dan AKEPT Young Educators Caucus (AYEC). Pelancaran Program Pemimpin Muda Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi ini juga turut disertai dengan kehadiran Ahli Lembaga Penasihat AKEPT, Pengerusi Lembaga Penasihat AKEPT, Ketuaketua Jabatan Kementerian Pengajian Tinggi, Ketua-ketua Kluster dari Majlis Profesor Negara, dan Pegawai-pegawai Perhubungan Awam KPT dan universiti.

23


Dialog MQA Bersama Wakil Pelajar IPT

S

elaras dengan misi Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) untuk menjadi sebuah organisasi yang memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan terutama pelajar melalui amalan bijak jaminan kualiti pengajian tinggi, beberapa sesi dialog bersama wakil pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah diadakan. Pada 23 Disember 2010, MQA telah menganjurkan sesi dialog dan interaksi bersama wakil pelajar IPT bertempat di Dewan MQA, Menara PKNS-PJ, Petaling Jaya, Selangor bagi Zon Lembah Klang. Seramai 120 pelajar dari 70 buah IPT awam dan swasta dari Lembah Klang telah menyertai dialog bertemakan “Suara Pelajar dalam Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi” yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turut hadir ke sesi tersebut ialah YBhg Dato’ Dr Syed Ahmad Hussein, Ketua Pegawai Esekutif (KPE) MQA serta timbalannya, Prof. Zita Mohd Fahmi. Menurut Y.B. Dato’ Saifuddin, langkah MQA untuk mengadakan sesi dialog ini bertepatan dengan amalan governans baru yang menekankan penglibatan semua sektor penting masyarakat dalam menggubal sesebuah dasar. Dalam sesi tersebut, beliau juga memaklumkan akan menubuhkan

24

satu jawatankuasa yang melibatkan perwakilan pelajar IPT seluruh negara bagi memastikan isu-isu berbangkit serta usaha penambaikan kualiti IPT dapat diperbincangkan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip student centric

Antara isu-isu yang disuarakan para pelajar ialah syarat kemasukan yang ketat bagi sesetengah program, pelaksanaan mata pelajaran wajib serta kelengkapan yang perlu disediakan pihak IPT sejajar dengan kehendak standard MQA serta cadangan penglibatan mahasiswa dalam penggubalan dasar pendidikan tinggi. quality assurance. Beliau juga berharap agar jawatankuasa ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan tinggi negara malah merapatkan lagi hubungan di antara

pelajar dengan MQA. Bagi meneruskan usaha untuk mengeratkan hubungan MQA dan pelajar, MQA telah mengadakan sesi dialog bersama wakil pelajar IPT Zon Selatan yang telah diadakan pada 31 Mei 2011 yang lalu. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr Syed Ahmad Hussein, KPE MQA dan dihadiri oleh seramai 89 orang pelajar IPT di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Antara isu-isu yang disuarakan para pelajar ialah syarat kemasukan yang ketat bagi sesetengah program, pelaksanaan mata pelajaran wajib serta kelengkapan yang perlu disediakan pihak IPT sejajar dengan kehendak standard MQA serta cadangan penglibatan mahasiswa dalam penggubalan dasar pendidikan tinggi. Pada 22 Julai 2011 yang lalu, sekali lagi MQA mengadakan sesi dialog bersama-sama para pelajar IPT bagi Zon Timur telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ KPE MQA dan dihadiri seramai 150 pelajar IPT di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam pada itu, YBhg Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein berkata, MQA akan terus mengadakan sesi dialog sebegini sebagai medium untuk mendapatkan maklum balas daripada para pelajar bagi menambah baik proses jaminan kualiti sedia ada. Penutup sesi dialog MQA bersama wakil pelajar IPT bagi tahun 2011 akan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang pada 23 September 2011 yang melibatkan pelajar di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Oleh: Noor Farahstin Hassan


WACANA PROFESOR

AUKU 2009 Membangun Kuasa Intelektual Pelajar : Mahasiswa Boleh Kekal Peranan Sebagai ‘Komuniti Ilmu’, Tidak Dimanipulasi Parti Politik

A

KTA Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (AUKU 2009) memberi ruang dan peluang kepada komuniti akademik, termasuk mahasiswa untuk menjadi ‘kuasa intelektual’ yang ampuh dan berdaya saing bukan saja di pentas tempatan, malah peringkat global. Tidak ramai yang cuba memahami bahawa dalam proses penyediaan draf AUKU 2009, sebelum dibawa ke Parlimen, melibatkan pelbagai lapisan serta pandangan masyarakat, termasuklah golongan mahasiswa dan pensyarah pelbagai peringkat. Hasratnya ialah menyediakan landasan kukuh menjadikan institusi pengajian tinggi di Malaysia lebih berdaya saing, mampu menyediakan ekosistem intelektual yang segar, ruang autonomi bersesuaian dengan tanggungjawab menyediakan kualiti pendidikan terbaik dan menyuburkan kemahiran insaniah. AUKU 2009 adalah suatu peruntukan undang-undang menyeluruh menjelaskan tentang tanggungjawab dan kuasa menteri, penubuhan serta perlembagaan universiti, peruntukan serta bantuan wang dan akaun, penubuhan dan pengambilan tanah untuk universiti, kaedah-kaedah tata tertib sehinggalah tata cara penganugerahan ijazah dan majlis konvokesyen. Dari segi kelainannya berbanding AUKU sebelum pindaan 2009, urus tadbir lebih telus dan berkesan dengan kuasa lebih besar diberikan kepada Lembaga Pengarah. Ini memberi ruang untuk berlakunya penurunan kuasa Menteri sehingga dijangkakan menjelang 2015, autonomi penuh akan dimiliki oleh beberapa universiti awam yang sudah bersedia daripada pelbagai sudut termasuk penjanaan dana dan pengurusan modal insan. AUKU selepas pindaan 2009 juga memberi peluang kepada komuniti

akademik, termasuklah mahasiswa untuk lebih kreatif dan inovatif bagi menjalankan pelbagai kegiatan untuk menyediakan diri menjadi ‘pekerja ilmu’ dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin pantas berubah dari segi corak pekerjaan dan penjanaan kekayaan.

Selain itu, AUKU 2009 memberi mandat agar komuniti akademik mempunyai wibawa sendiri dalam pembangunan negara. Perkhidmatan universiti sebagai ahli akademik diberi pengiktirafan tinggi, sementara aktivisme mahasiswa dilindungi daripada pengaruh luar yang boleh menjejaskan peranan mereka sebagai ‘komuniti ilmu’.

Itulah sebabnya Bahagian III (Seksyen 15) diperkenalkan iaitu berkaitan ‘pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dan sebagainya.’ Satu-satunya peruntukan yang menjadi pertikaian dan sering kali disalah anggap ialah Seksyen 15 (1) (a) yang melarang mahasiswa menjadi ahli ‘manamana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia’. Mengapa larangan ini diperkenalkan? Larangan ini diperkenalkan supaya komuniti akademik terutama mahasiswa dapat mencorakkan wibawa dan identiti sendiri. Peruntukan tersebut adalah isyarat bahawa mahasiswa perlu bangun dan bergerak sendiri secara penuh keyakinan diri, tanpa didominasi, ditunjuk arah, apatah lagi terikut-ikut dengan budaya dan peraturan politik kepartian semasa berada di universiti. Sebagai Naib Canselor, mengharapkan peruntukan AUKU 2009 boleh menjadikan komuniti akademik, termasuk mahasiswa sebagai golongan yang menjadi alternatif kepada tata cara, pendapat dan idealisme politik kepartian. Saya

25


mengharapkan mahasiswa mempunyai jati diri sendiri, idea yang diadun sendiri dan berani membangunkan falsafah politik yang tidak terikat kepada percaturan politik luar kampus. Idealnya, politik mahasiswa adalah politik yang didokong oleh dapatan ilmu dan perkongsian bersama sarjana dan warga kampus yang sentiasa menghayati resam ilmu dengan melakukan kajian dalam pelbagai dimensi ilmu. Atas kepentingan pengembangan ilmu menerusi penyelidikan mereka bebas melakukan gerak kerja dan aktiviti ilmiah termasuklah berkaitan aspek politik, termasuk membabitkan parti politik.

Kuasa mahasiswa ialah kuasa ilmu kerana mereka berada di persada ilmu, di kalangan komuniti yang mendaulatkan budaya ilmu. Pengaruh mahasiswa ialah pengaruh ilmu kerana mereka adalah pencinta ilmu. Kualiti pergerakan mahasiswa ialah kualiti ilmu kerana dengan ilmu mereka boleh membuat pilihan dan penilaian yang lebih adil dan saksama. Justeru tanpa terikat kepada manamana parti politik maka membolehkan mahasiswa lebih mudah memaju diri dan organisasi menggunakan neraca ilmu untuk membuat pertimbangan yang lebih bijaksana. Memang suara dan idealisme politik kepartian adalah suatu realiti dan mempunyai peranan dan pengaruhnya yang tersendiri. Maka mahasiswa boleh menjemput manamana kelompok politik, dengan persetujuan pihak universiti, untuk berbincang dan berbahas 26

tentang pelbagai isu semasa. Mahasiswa boleh bersetuju dan membantah pendirian politik mana-mana parti politik. Sementara itu, mahasiswa juga perlu mempelajari idealisme politik tetapi dari sudut pengkayaan ilmu, bukan kaderisasi politik. Dengan demikian, ketika berada di kampus, tanpa terikat kepada mana-mana idealisme atau syarat keahlian politik kepartian maka mahasiswa mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri. Memang sepatutnya semua warga kampus termasuklah mahasiswa perlu berada di hadapan, bukan menjadi pengikut dari segi pengembangan idea, pemahaman terhadap persekitaran global dan setempat, dan menyediakan alternatif. Malang sekali seandainya pergerakan mahasiswa terpesona dengan suara dan gagasan politik kepartian, apatah lagi jika sekadar menjadi pengikut setara dengan status keahlian peringkat cawangan. Lebih malang lagi kerana sebagai ahli sesuatu pertubuhan politik, banyak peraturan dan tata cara yang terpaksa dipatuhi. Ini

lebih ketara jika ada perbezaan pandangan mahasiswa dengan pandangan rasmi parti yang mungkin menyebabkan seseorang ahli dikenakan tindakan disiplin. Justeru marilah kita menghayati semangat dan budaya ilmu bahawa sepanjang menuntut ilmu terutamanya di kampus maka kita perlu mematuhi pelbagai adab dan resam untuk menjadi komuniti ilmu yang sejati. Komuniti ilmu tidak bererti kita meletakkan diri pada kedudukan luar realiti. Sebaliknya komuniti ilmu menjadikan ilmu sebagai petunjuk, pedoman dan landasan dalam tindakan kita. Kerana dengan komitmen kepada budaya ilmu barulah kita dapat memperteguh wibawa dan membangunkan ‘kuasa intelektual’ sebagai penyuluh zaman. Oleh: Dr Zaini Ujang

Kuasa mahasiswa ialah kuasa ilmu kerana mereka berada di persada ilmu, di kalangan komuniti yang mendaulatkan budaya ilmu. Pengaruh mahasiswa ialah pengaruh ilmu kerana mereka adalah pencinta ilmu. Kualiti pergerakan mahasiswa ialah kualiti ilmu kerana dengan ilmu mereka boleh membuat pilihan dan penilaian yang lebih adil dan saksama.


Politeknik METrO

P

oliteknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional socio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat sama ada pada peringkat Industri Kecil dan Sederhana mahu pun Syarikat MultiNasional. Penubuhan Politeknik Metro menggunakan pendekatan doing more with less dan tidak memerlukan capital expenditure yang tinggi kerana ia akan dilaksanakan di bangunan komersial sedia ada di bandar-bandar besar tanpa sebarang kemudahan asrama. ‘METRO’ ialah akronim bagi Maximizing Education and Training Opportunities. Penubuhan Politeknik METrO selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama (Key Results Areas) Sektor Pengajian Tinggi, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan objektif Hala Tuju Transformasi Politeknik iaitu menambahkan lagi

peluang pengajian melalui peluasan penawaran program yang berkualiti. Konsep penubuhannya mempunyai sedikit kelainan dengan politeknik konvensional. Politeknik konvensional mempunyai kekangan terutama daripada aspek penawaran program yang boleh menarik minat pelajar terutamanya di bandarbandar besar. Belia-belia di kawasan tersebut mempunyai cita rasa berbeza sesuai dengan persekitaran metropolitan. Sehubungan itu, objektif penubuhan Politeknik METrO adalah untuk menyediakan program pengajian sepenuh masa dan program secara sambilan dalam bidang pekerjaan seperti perdagangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira program yang mempunyai tarikan tinggi di kalangan belia bandar. Politeknik METrO bersifat boutique yang berkonsep differentiation jelas dengan membawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang khusus (specialised). Dari segi pengoperasiannya, Politeknik Metro mempunyai program

pengajian, fasiliti dan persekitaran pembelajaran yang dipadankan dengan keperluan industri. Politeknik METrO akan menjalankan bidang pengajian yang menjurus kepada bidang kreatif atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan program lain yang mendapat permintaan yang tinggi. Programprogram ini berfokuskan industri serta berorientasikan perkhidmatan yang bertujuan untuk membangunkan modal insan yang mampu meningkatkan daya saing negara pada peringkat global. Jenis program pengajian yang ditawarkan di Politeknik METrO berbentuk sepenuh masa dan sambilan, melibatkan penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran yang berorientasikan pengalaman dan hands-on menggunakan ICT secara optimum. Jenis program yang dijalankan responsif kepada keperluan sektor pekerjaan dan boleh berubah dengan pantas mengikut keperluan semasa. Untuk menyokong program secara sambilan, kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara fleksibel bersandarkan ICT menggunakan pendekatan Open, Virtual and Distant Learning (OVDL). Politeknik METrO juga boleh berperanan sebagai sebuah institusi transition yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah sebelum memasuki pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi.

Antara keunikan Politeknik METrO ialah kemasukan fleksibel, program pengajian, jangka masa dan kos yang fleksibel dan sasaran pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau pelajar harian (commuting students). Program pengajian yang ditawarkan pula mempunyai nilai pasaran yang tinggi, mematuhi kompetensi industri, 27


cenderung kepada bidang pekerjaan yang lebih kepada penggunaan otak kanan, kandungan kurikulum yang menekankan hands-on dan kontekstual serta melibatkan komponen latihan sambil bekerja. Graduan yang dihasilkan oleh Politeknik METrO mempunyai kemahiran, berkeyakinan, berkebolehpasaran, berdaya keusahawanan serta cekap berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa. Keutamaan lokasi Politeknik METrO ialah di kawasan metropolitan (kepadatan penduduk tinggi) yang mempunyai rangkaian sistem pengangkutan yang baik. Setiap kampus Politeknik METrO

mempunyai kapasiti 1000 orang pelajar dan mempunyai infrastruktur ICT yang lengkap bagi pengoperasian OVDL. Sebanyak dua (2) buah Politeknik 28

METrO telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 dan lapan (8) buah di bawah Rancangan Malaysia ke10. Sehingga kini, tiga (3) buah Politeknik METrO sedang beroperasi iaitu Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Politeknik METrO Kuantan (PMKU) dan Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Program yang ditawarkan di Politeknik METrO ialah PMKL; Diploma Pengurusan Peruncitan dan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, PMKU; Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal), PMJB; Diploma Kewangan dan Perbankan Islam serta Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. Penubuhan Politeknik Metro di 10 lokasi dalam kawasan bandar akan memberi impak positif terhadap peranan dan fungsi politeknik dalam melaksanakan pendidikan dan latihan kepada pembangunan modal insan negara. Ia akan memberi keupayaan tambahan kepada sistem pendidikan dan latihan politeknik Malaysia untuk terus menjalankan program pengajian berkualiti bagi memenuhi keperluan industri negara. Rakyat, terutamanya, golongan masyarakat bandar akan mendapat manfaat melalui peluang pengajian dalam bidang tertentu yang bersesuaian dengan persekitaran mereka. Ini akan menyemarakkan lagi aktiviti sosioekonomi yang akhirnya membawa kepada peningkatan pendapatan dalam kalangan masyarakat bandar.

Jenis program pengajian yang ditawarkan di Politeknik METrO berbentuk sepenuh masa dan sambilan, melibatkan penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran yang berorientasikan pengalaman dan hands-on menggunakan ICT secara optimum.


Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan

P

oliteknik Johor Bahru telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan sempena nama DYMM Sultan Johor pada 15 Dis. 2011. Nama baru ini berkuatkuasa sebaik sahaja DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar , Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim berkenan menyempurnakan majlis pengisytiharan yang turut di hadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor serta dif-dif kehormat. Perancangan awal penubuhan Politeknik Johor Bahru bermula pada tahun 1991 dengan usaha untuk mengenalpasti tapak yang sesuai di sekitar kawasan Johor Bahru. Tapak ladang sawit seluas 100 ekar di Lot 1957, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru akhirnya telah dipilih memandangkan keadaan tanah yang sesuai dan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Politeknik Johor Bahru membuka pintunya kepada pelajar pada Julai 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru sebelum berpindah ke kampus tetapnya pada bulan Jun 1998. Politeknik Ibrahim Sultan ditunjangi oleh 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Politeknik Ibrahim Sultan telah melahirkan seramai 19,993 orang graduan bagi memenuhi pasaran modal insan negara. Melalui penawaran program berimpak tinggi, relevan dan responsif, Politeknik Ibrahim Sultan mampu menghasilkan graduan yang mempunyai employability skill, daya keusahawanan dan kebolehpasaran yang tinggi seterusnya menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pilihan utama dan melonjak imej

politeknik ke tahap lebih tinggi. Status Politeknik Premier yang telah diterima pada 25 Februari 2010 menjadi cabaran utama dalam memartabatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai institusi pilihan seterusnya menjadi peneraju pendidikan dalam latihan teknikal dan vokasional (TVET) serantau. Sebagai sebuah politeknik bertaraf premier, pihak kementerian telah memperuntukan sebanyak RM 13 juta dalam Rancangan Malaysia ke 10 bagi penubuhan sebuah Pusat Teknologi (COT – Centre of Technology) sebagai pemangkin kepada usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan. Di antara aktiviti yang telah dimulakan di Pusat Teknologi ini ialah mewujudkan sebuah unit untuk penyelidikan, inovasi dan keusahawanan dan melaksanakan kolaborasi program pengajian serta penyelidikan dengan pihak industri. Di samping itu, Politeknik Ibrahim Sultan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menawarkan pengajian kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat latihan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Ini disokong persekitaran pembelajaran yang kondusif lengkap dengan bengkel berteknologi tinggi, makmal komputer, Pusat Sumber dan kemudahan internet tanpa wayar menjadikan iklim pembelajaran lebih transformatif, kreatif dan inovatif. Selain

daripada itu, pensyarah yang berkaliber dan komited menjadi aset penting dalam membentuk pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Manakala, bidang tujahan atau niche area di Politeknik ini ialah seni reka kreatif dan reka bentuk industri. Bidang ini menarik ramai pelajar lepasan sekolah yang memminati pengajian berorentasikan perkhidmatan seperti teknologi kreatif dan reka bentuk grafik, reka bentuk fesyen dan pakaian serta reka bentuk industri. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk memperkukuhkan lagi niche area. Baru-baru ini, pihak Perbadanan Kraftangan Malaysia telah menunjukkan minat untuk berkolaborasi dengan politeknik ini bagi membangunkan produk kraf terutamanya dalam aspek reka bentuk produk dan pembungkusan. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapan beliau turut berharap warga politeknik akan meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan standard dan tahap pencapaian politeknik sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa sehingga Politeknik Ibrahim Sultan menjadi kebanggaan seluruh rakyat jelata khususnya di negeri Johor. Pada majlis yang sama, para tetamu turut menyaksikan upacara Pecah Tanah Bangunan Centre of Technology, Politeknik Ibrahim Sultan.

29


Politeknik Peneraju Kecemerlangan TVET di Rantau Asia Pasifik

M

alaysia telah dipilih pada tahun ini untuk menjadi tuan rumah bagi program Regional Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) Tahun 2011, dengan tajuk “Building TVET Excellence Through Accreditation System” . Ia berlangsung daripada 11 hingga 21 Julai 2011 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah beri tanggungjawab sebagai penganjur. Program ini juga mendapat komitmen penuh dari kolaborasi urusetia bersama iaitu Bahagian Dasar dan Antarabangsa KPT dan Politeknik Merlimau. Dirasmikan oleh Y.B Dato’ Dr. Hou Kok Chung Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Dalam ucapan pembukaan,

30

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (1) telah menyentuh mengenai akreditasi yang merupakan satu langkah budaya kualiti untuk menjamin kesempurnaan dari segi kecukupan sumber manusia, fizikal dan maklumat. YB Timbalan Menteri telah mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dr Hj. Mohd Naim bin Yaakob dari Malaysia sebagai Ketua Pengarah CPSC yang baru. Perlantikan beliau merupakan kebanggaan negara kerana beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerajui CPSC. Melibatkan penyertaan 23 orang delegasi dalam bidang Technical and Vocational Education and Training -TVET mewakili 16 negara anggota CPSC dari rantau Asia Pasifik. Antara negara anggota yang menghantar penyertaan adalah dari Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Fiji, India, Korea,

Maldives, Myanmar, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Sri Lanka ,Thailand dan Malaysia. Peserta Malaysia diwakili oleh Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin, Dr. Nik Azida bt Abd Ghani, Pn. Noor Aidi bt Nadzri dan Pn. Roziyani bt Zaidon. Sepanjang 11 hari program, peserta diberi latihan insentif kepada tiga modul utama dalam TVET iaitu Cabaran Kecemerlangan, Pemodelan Kualiti Melalui Sistem Akreditasi & Pendekatan Inovatif Kecemerlangan, serta Asia Pacific Accreditiation and Certification Commision (APACC) mekanisme yang digunapakai dalam piawaian CPSC dalam meningkatkan mutu kualiti institusi yang melaksanakan program TVET. Program ini dikendalikan oleh Prof. Rajesh P. Khambayat, Ph.D., Chairman, Training and Development Division,


Chairman, Research and Development Division, CPSC dan Profesor T.J. Tesoro Gayondato, Chairman, Project and Consultancy Division, CPSC yang merupakan pakar dalam bidang TVET. Manakala penceramah atau pakar tempatan ialah Profesor Madya Shahdan b. Md.Lani, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Dan Akreditasi, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka dan Puan Zainab binti Ahmad.Timblaan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah masing-masing berkongsi pengalaman berkaitan dengan New Initiatives in TVET Excellence – Malaysian Experience dan Case Study on Achieving and Sustaining Institutional Excellence. Impak program kepada peserta dan institusi pengajian tinggi di Malaysia, khasnya politeknik amatlah besar, melalui pendedahan kepada modul-modul ini kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. Serta mencapai status piawaian akreditasi institusi TVET serantau APACC . Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) teras ke-2 iaitu dalam menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Manafaat pengisian program ini juga boleh disampaikan kepada pelajar-pelajar

telah berjaya mengiat pengantarabangsaan seperti teras ke- 5 PSPTN. Sekalung penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik, Politeknik Merlimau dan semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih. Oleh : Noor Azlina binti Ahmad

politeknik khasnya bagi mencapai sasaran pelan transformasi politeknik dalam menyediakan 45 peratus tenaga mahir di pasaran kerja menjelang tahun 2020. Selain membina reputasi antarabangsa dalam penjenamaan politeknik di mata dunia. Secara tidak langsung dapat memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia selaras dengan hasrat dalam teras ke- 4 PSPTN. Reputasi baik pihak penganjur telah dibuktikan melalui, penerimaan maklumbalas positif dan memberangsangkan dengan keseluruhan penilaian tahap kepuasan dikalangan peserta adalah pada purata 98.5 peratus. Ini telah menunjukkan kolaborasi (KPTCPSC) dan penganjuran program ini

Impak program kepada peserta dan institusi pengajian tinggi di Malaysia, khasnya politeknik amatlah besar, melalui pendedahan kepada modul-modul ini kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. Serta mencapai status piawaian akreditasi institusi TVET serantau APACC . Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) teras ke-2 iaitu dalam menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran.

31


Program Rovers Challenge 2011 Anjuran Politeknik Seberang Perai Di Pulau Aman, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

P

oliteknik Seberang Perai dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP) telah menganjurkan Program Rovers Challenge 2011 yang bertemakan “Leadership and Friendship�. Majlis yang berlangsung di Dewan Orang Ramai, Pulau Aman ini telah mengumpulkan hampir 700 orang tetamu yang terdiri dari 400 orang pelajar daripada dua belas Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat dan selebihnya terdiri daripada urusetia program, pegawai pengiring dan para penduduk Pulau Aman. YBhg. Tn. Haji Hassan bin Hashim, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Kumpulan Latihan

32

KelanaSiswa Malaysia (KLKM) telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program Rovers Challenge 2011 anjuran Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia (KLKM), Program yang berlangsung selama empat hari ini menekankan aspek-aspek kemahiran kepengakapan dan memupuk perhubungan baik dikalangan mahasiswa disamping membentuk interaksi sihat di antara staf dengan pelajar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah explorace, flying fox, fox hunting, repealling, ikhtiar hidup, backwoods cooking, tangkul ketam, proses siput kapih, menjala, aktiviti gotong-royong bersama masyarakat

setempat, aktiviti kemasyarakatan, sukan lasak dan diakhiri dengan majlis kenduri kampung pada majlis penutup. Mohd. Syarizad Elias, Pengarah Program Rovers Challenge 2011 amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta sepanjang empat hari berkampung di Pulau Aman dan menyifatkan program khidmat masyarakat dalam konteks kepengakapan seperti ini memberikan pendedahan yang amat berguna terutamanya kepada Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia (KLKM), Politeknik Seberang Perai serta kepada para peserta daripada IPT yang terlibat menjayakan program


ini. Tidak dinafikan juga, bahawa terdapat para peserta yang kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Aman, dan program ini memberikan kesempatan kepada mereka untuk lebih mendalami tentang tatacara kehidupan di perkampungan nelayan khususnya seperti yang terdapat di sini. Tn. Haji Hassan bin Hashim, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM), di dalam ucapan perasmian penutup beliau merakamkan setinggitinggi tahniah dan syabas terhadap program yang telah dianjurkan dan menyifatkan penganjuran program seperti ini mampu menonjolkan aktiviti masyarakat Pulau Aman kepada pihak luar serta dapat membuktikan pengiktirafan masyarakat luar terhadap komuniti di sini. Menurut beliau lagi, “penganjuran program yang bertemakan Leadership & Friendship ini juga serba sedikit dapat mengasah bakat bakal pemimpinpemimpin pelapis negara di dalam membentuk modal insan berguna yang memenuhi semua aspek kehidupan, iaitu jasmani, emosi, kerohanian, intelektual serta sahsiah�. Ternyata program yang berlangsung selama empat hari ini sejajar dengan PSPTN Kementerian Pengajian Tinggi yang telah digariskan di bawah Projek Agenda Kritikal Pembangunan Holistik

Pelajar. Melalui Projek Agenda Kritikal (CAP) ini, pembinaan modal insan yang mantap dan mempunyai kepelbagaian dalam fungsi amat dititikberatkan agar pelajar mahupun graduan yang dihasilkan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran serta mampu bersaing di dalam dunia persaingan yang semakin mencabar dari tahun ke tahun berlandaskan pengetahuan yang bertunjangkan kepada sains dan teknologi. Pembangunan modal insan yang ditekankan juga memberi tumpuan

Ternyata program yang berlangsung selama empat hari ini sejajar dengan PSPTN Kementerian Pengajian Tinggi yang telah digariskan di bawah Projek Agenda Kritikal Pembangunan Holistik Pelajar.

kepada aspek keinsanan agar pelajar mampu hidup di dalam masyarakat dengan mempunyai personaliti unggul dan holistik. Melalui aktiviti yang dilalui para peserta di sepanjang program ini, para peserta diterapkan dengan ilmu-ilmu yang berguna dan antara perkara yang paling penting sekali adalah pembinaan semangat kerjasama yang tinggi serta sifat tolong-menolong. Aktviti seperti berakit dan jungle tracking amat memerlukan sifat kesabaran serta kerjasama yang tinggi bagi mencapai matlamat yang telah di tetapkan. Sehubungan itu, para peserta seharusnya memiliki komitmen serta daya usaha yang jitu bagi mencapai impian yang ingin dicapai. Pada program yang sama juga seorang pelajar OKU, Bokhuri Ali, 23, daripada POLIMAS telah mengambil bahagian dengan jayanya walaupun mengalami kecacatan pada tangan dan kaki. Beliau yang menuntut dalam jurusan Teknologi Maklumat menyifatkan bahawa kecacatan bukanlah penghalang bagi seseorang itu untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang berfaedah. Bahkan pada masa yang sama aktiviti yang berfaedah seperti ini membolehkan beliau bercampur gaul dengan para pelajar lain tanpa menghiraukan kekurangan yang dimiliki. Antara institusi yang mengambil bahagian di dalam program ini adalah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi Mara cawangan Merbok, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Sultan Azlan Shah, IPG Kampus Pulau Pinang, IPG Tuanku Bainun dan Politeknik Seberang Perai selaku penganjur program. Turut hadir pada majlis penutupan ini ialah En. Mohd. Najib bin Yaacob, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Seberang Perai, Tn. Haji Yaakob bin Haji Talib, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Penduduk (JKKP) Pulau Aman, Tn. Haji Zulkafli Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, En. Mohd. Syarizad Elias, Pengarah Program Rovers Challenge 2011, Ketuaketua Jabatan Politeknik Seberang Perai, Pegawai-pegawai pengiring, fasilitator, para peserta dan penduduk kampung Pulau Aman. 33


Royal Belum Rainforest Challenge

K

ecemerlangan akademik tanpa kemantapan sahsiah belum boleh meletakkan seorang pelajar pada tahap kejayaan yang sebenarnya kerana pelajar itu bukan dalam satu ‘vacuum’, tetapi berada dalam persekitaran yang memerlukan ia berinteraksi serta berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang dan dalam pelbagai ragam situasi. Jesteru para pelajar yang berada di IPT perlu disediakan dengan kemahirankemahiran tersebut supaya mereka bakal menjadi generasi yang cemerlang seterusnya penampilan diri yang meyakinkan. Program ini merupakan salah satu dari Kempen Gaya Hidup Sihat dikalangan pelajar supaya dapat menerapkan semangat setiakawan, semangat waja, berfikiran positif, peningkatan jati diri, berani, bantu membantu, tidak mementingkan diri dan sentiasa inginkan kejayaan.

Melibatkan 30 orang peserta daripada 5 wilayah kolej komuniti di Semenanjung Malaysia dan turut disertai wakil daripada Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Kota Bahru. Perjalanan kenderaan pacuan 4 roda yang diketuai oleh Polis DiRaja Malaysia dari IPD Gerik dibantu oleh Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan kumpulan Pacuan 4 Roda Raja Rimba Adventure serta penduduk tempatan (Air Rengat Adventure Team). Kenderaan sebayak 27 buah melalui jarak asalnya melebihi 200 km bermula di Kolej Komuniti Gerik melalui Kampung Air Panas ke RPS Dala, RPS Kemar, Pos Poi, Pos Piah, RPS Chewong, Air 34

Mangga, Sungai Tekam, RPS Semelor dan seterusnya keluar dan penutup di perkampungan Orang Asli RPS Air Banun. Namun begitu oleh kerana kekangan dari segi masa, cuaca dan halangan, laluan perjalanan terpaksa diubah menjadi laluan Kolej Komuniti Gerik, RPS Dala, RPS Kemar, Sungai Siput dan menggunakan jalanraya menuju

ke Tasik Banding dan kemudian barulah menggunakan laluan hutan menuju ke Sungai Tekam. Para peserta telah melaporkan diri pada petang 28 Oktober 2011 di Kolej Komuniti Gerik dan memulakan perjalanan pada 29 Oktober 2011. Majlis pembukaan perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Hj Omar Abd Rahman (TKSUP) di Kolej Komuniti Gerik seterusnya para konvoi dilepaskan pada jam 10.30 pagi. Pada hari pertama peserta telah bermalam di RPS Kemar. Di sana para peserta dilatih dalam semangat bekerjasama dari segi menyediakan tempat perlindungan dan mengenali alat

kelengkapan yang digunakan semasa aktiviti lasak pacuan 4 roda. Selain itu diselitkan juga dengan program motivasi bagi meningkatkan keyakinan peserta. Pada hari kedua (30 Oktober 2011) oleh kerana kekangan masa, cuaca dan halangan, konvoi telah bertolak ke Sungai Siput seterusnya menggunakan jalanraya persekutuan menuju ke Tasik Banding. Di sana barulah mereka bergerak menggunakan laluan balak menuju ke Sungai Tekam. Di Sungai Tekam beberapa aktiviti hutan telah dijalankan bagi menguji jati diri dan semangat berpasukan peserta. Pada hari ketiga (31 Oktober 2011) konvoi bergerak menuju ke lokasi majlis perasmian penutupan di RPS Air Banun. Dalam perjalanan mereka telah singgah di RPS Semelor yang mana kampung Orang Asli di situ diiktiraf sebagai perkampungan Orang Asli kedua tercantik di Malaysia. Majlis penutupan yang dijalankan pada pukul 3.30 petang telah disempurnakan oleh ADUN Temenggor iaitu Dato Hj Hasbullah Osman.


Selaman Skuba Tarikan Terbaru Kolej Komuniti Langkawi

Peserta menjalani latihan persediaan

P

erkembangan aktiviti rekreasi melibatkan alam semulajadi yang semakin popular kini telah mencetuskan idea untuk memperkenalkan Kursus Asas Selaman Skuba di Kolej Komuniti Langkawi. Kursus Asas Selaman Skuba yang dijalankan di bawah program Latihan 1 Malaysia ini dinaungi sendiri oleh Pengarah Kolej Komuniti Langkawi, Tuan Haji Mohd Mahadi Mydin. Kedudukan Pulau Langkawi itu sendiri telah membuka peluang kepada Kolej Komuniti Langkawi untuk menjalankan Kursus Asas Selaman Skuba secara serius dan aktif. Selaras dengan matlamat Program 1 Malaysia itu sendiri yang memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama mengikuti pelbagai kursus yang dijalankan di Kolej Komuniti Langkawi ini, Kursus Asas Selaman Skuba juga turut menawarkan peluang kepada masyarakat setempat dan pelbagai organisasi sama ada di dalam mahupun luar dari Langkawi untuk bersama-sama menikmati keindahan dasar laut. Kursus Asas Selaman Skuba ini telah dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 10 hingga 14 April 2011 dan juga pada 18 hingga 22 Julai 2011. Selaku penganjur kursus, kesempatan yang ada memberi

peluang kepada tenaga kerja Kolej Komuniti Langkawi sendiri untuk turut serta dan secara langsung membolehkan mereka mendapatkan lesen selaman skuba. Selain daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, kursus ini turut mendapat pengiktirafan daripada Profesional Association of Diving Instructors (PADI), National Association of Underwater Instructors (NAUI) dan Scuba Schools International (SSI). Bagi Kursus Asas Selaman Skuba, lokasi selaman yang terpilih adalah di sekitar Pulau Dangli, Tanjung Rhu dan Pulau Payar yang mana sememangnya popular bagi mereka yang menggemari aktiviti rekreasi sebegini. Menurut Encik Marzuki bin Muhamad, Penyelaras Skuba Kolej Komuniti Langkawi, peserta yang mengikuti kursus ini diberi pendedahan mengenai asas skuba secara teori terlebih

Panorama indah dasar laut

dahulu sebelum melakukan selaman yang sebenar. Terdapat tiga jenis pilihan kursus yang ditawarkan dalam Kursus Asas Selaman Skuba ini iaitu Open Water PADI, Open Water NAUI dan Open Water SSI dan setiap satunya mempunyai cabarannya yang tersendiri. Kursus ini sememangnya mendapat sokongan padu daripada Pengarah Kolej Komuniti Langkawi sendiri dan beliau turut mempunyai kelayakan untuk melakukan Open Water SSI. Menurut beliau lagi, dengan kos yang minimum, semua lapisan masyarakat akan mampu merasai pengalaman menyelam dan bermain dengan pelbagai spesis ikan yang berwarna-warni. Manakala menurut Cik Siti Dalia binti Muhamad yang juga Penyelaras Skuba Kolej Komuniti Langkawi, peserta kursus diberi pilihan untuk memilih jenis kursus yang mereka inginkan kerana setiap satunya adalah berbeza. “Bagi jenis Open Water PADI berpandukan kepada SSI Specification, saya melakukan dua jenis selaman iaitu Deep Dive dan Navigation Dive. Peserta yang lain seperti Encik Marzuki memilih melakukan Open Water NAUI berpandukan kepada SSI Specification yang mana membolehkan beliau melakukan Boat Dive dan Deep Dive,� ujarnya. Tambahnya lagi, pengalaman menyertai Kursus Asas Selaman Skuba ini merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna. Peluang serta pendedahan yang diterima sepanjang berlangsungnya kursus ini sememangnya amat berharga. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dengan melihat sendiri alam di dasar laut menjadi satu pengalaman yang cukup berharga untuk dikenang buat selamanya. Selain itu, beliau turut menyokong kursus ini terus diperkembangkan di Kolej Komuniti Langkawi dan berharap agar lebih banyak penyertaan daripada kakitangan kolej sendiri. 35


36


37


Program Latihan 1Malaysia Bersama Komuniti 1Hulu Langat dan Majlis Menandatangani Dokumen Kolaborasi

“K

olej Komuniti selain memberi peluang kedua untuk pelajar yang keciciran, ia juga berkhidmat sebagai pusat pendidikan untuk masyarakat tempatan.” Begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sewaktu merasmikan Majlis Perasmian Program Latihan 1Malaysia (PL1M) Bersama Komuniti 1Hulu Langat di Perkarangan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, Selangor pada 17 Julai 2011 (Ahad) bersamaan 22 Syaban 1432. Turut hadir bersama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti , Yang Berusaha Mejar Profesor Madya Kamarudin bin Kasim dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKHL, YB Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz yang disambut oleh Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat, Puan Roslina binti Lapanditah dan pegawai-pegawai kanan serta staf-staf KKHL. PL1M merupakan ilham YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Belanjawan 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Menurut beliau lagi, “Pada zaman ini, penting bagi masyarakat memperolehi pengetahuan. Jika mereka tidak melakukannya, itu adalah kesalahan mereka kerana gagal memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan untuk mereka.” Bermula pada tahun ini sejak bulan Januari sehinggalah sekarang, masyarakat setempat memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap program yang dijalankan dan sehingga kini pihak KKHL

38

telah menawarkan 142 jenis kursus dengan bilangan peserta seramai 2058 orang. Program ini mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan kaum Melayu malah kaum India dan Cina juga turut berminat mengikuti kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Sepanjang hari, masyarakat berpeluang melihat secara langsung kursus-kursus pendek yang dijalankan. Antaranya termasuklah Kursus Masakan, Urutan Refleksologi, Jahitan Manik, Adobe Photoshop dan juga Menservis Motosikal. Perasmian PL1M hari ini telah menjadi suatu hasrat yang direalisasikan melalui usaha KKHL dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Semenyih. Pada majlis ini, 10 dokumen kolaborasi telah ditandatangani antara pihak agensi dengan KKHL diserahkan kepada Y.B. Menteri. 10 syarikat tersebut adalah Perusahaan As Nura, Nor Pishah Enterprise, Ain Z Collection Enterprise, Asiah Food & Beverage, TZ Aro Warisan Enterprise, Rabbit Fun Land, Pepari Enterprise, Lizs Beuty & Boutique, Mum Dreams Boutique dan Asiapek Consortium Sdn. Bhd. Sebanyak 7 agensi lain turut menerima sijil kolaborasi berkaitan dengan latihan yang dikelolakan bersama-

sama KKHL. Manakala seramai 6 wakil peserta beberapa kursus yang telah dijalankan telah menerima Sijil PL1M. Antaranya Kursus Keusahawanan Penternakan Arnab, Sulaman Manik dan Labuci dan lain-lain. Kolaborasi di antara KKHL dan agensi terlibat menjadi simbol bagi memperkasakan hubungan erat dalam memberi kemahiran yang dapat memenuhi permintaan luar. Tidak ketinggalan ialah upacara penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej yang dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz sendiri. Majlis turut diserikan dengan acara menandatangani plak dan memotong riben perasmian bangunan kolej oleh Menteri Pengajian Tinggi serta melawat tapak pameran dan jualan. Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan PSH seperti Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, Sulaman Manik dan sebagainya yang dilaksanakan pada sebelah pagi serta cabutan bertuah. Melalui program ini, ternyata fungsi Kolej Komuniti sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat telah tersebar dengan jayanya sehingga penglibatan komuniti setempat meningkat secara mendadak. Akhirnya Belanjawan 2011 dapat disalurkan kepada komuniti sasaran secara sama rata. Ini dapat disaksikan dengan kelahiran usahawan-usahawan kecil sejurus kolabarasi dilaksanakan oleh KKHL. Pihak KKHL mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak KPT dan Pusat Khidmat ADUN Semenyih kerana hadir menyempurnakan majlis perasmian. Sesungguhnya tanpa komitmen dan keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti KKHL, objektif program ini tidak mungkin terlaksana dengan jayanya.


Emas dan Perak Milik Kolej Komuniti Langkawi

Pemenang Pingat Emas dan Perak yang menjadi kebanggaan Kolej Komuniti Langkawi

P

enyertaan pelajar dan pensyarah di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-20 dan Pertandingan MySkills ke-5 2011 ternyata membawa tuah kepada Kolej Komuniti Langkawi dengan memenangi pingat emas dan perak. Pertandingan yang berlangsung dari 3 Julai 2011 hingga 9 Julai 2011 di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia ini merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat serta kemahiran pelajar dan pensyarah dan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ini dikhususkan untuk para pelajar manakala Pertandingan MySkills pula adalah untuk para pensyarah. Pertandingan yang melibatkan cooking skill dan restaurant service ini diharap mampu membentuk daya inovasi dan pemikiran kreatif di dalam diri pelajar dan juga pensyarah. Menurut pensyarah pengiring, Cik Shahida binti Abdul

Rahim, pada pertandingan kali ini Kolej Komuniti Langkawi telah menghantar dua orang peserta bagi setiap pertandingan dan para peserta telah diberi masa untuk menjalankan latihan di Kolej Komuniti Selayang. Kolej Komuniti Langkawi telah berpeluang untuk menghantar empat orang peserta dan kesemuanya peserta ini telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Ternyata tuah berpihak kepada Encik Mohamad Jeffri bin Ahmad dan Ooi Chian Jian yang membawa pulang pingat perak dan emas serta hadiah sampingan lain. Pihak kolej ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana berjaya mengharumkan nama kolej. Menurut Encik Mohamad Jeffri Ahmad pula, Pertandingan MySkills yang beliau sertai ini melibatkan dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Setiap peringkat mempunyai penilaiannya yang tersendiri dan peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Antara tugasan yang peserta perlu lakukan adalah mencipta dua resepi Mocktail dan Coffee Cown Creation. Peserta akan dinilai dari segi rasa minuman, kepantasan, kecekapan serta kebersihan semasa melakukan tugasan ini. Mengulas sedikit mengenai kemenangannya, Encik Mohamad Jeffri bin Ahmad meluahkan perasaan gembiranya ketika saat diumumkan beliau sebagai pemenang pingat perak dan secara tidak langsung telah melenyapkan segala penat lelah yang dirasai sebelum dan sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut. “Saya berbangga kerana mampu mengharumkan nama Kolej Komuniti

Langkawi dalam satu pertandingan yang berprestij seperti ini. Suasana tegang yang menyelubungi dewan pertandingan, saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk membuat yang terbaik. Ternyata segala usaha dan masa yang diperuntukkan bagi menjalani latihan berbaloi apabila diumumkan sebagai pemenang walaupun sekadar pingat perak. Namun, ia sesuatu yang bermakna bagi saya kerana dalam Pertandingan MySkills ke-5 2011, tiada peserta yang menepati kriteria pingat emas dan secara tidak langsung menjadikan pingat yang saya menangi merupakan pingat tertinggi pada pertandingan tahun ini,” ujarnya lagi. Pertandingan anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ini sememangnya satu pertandingan yang memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan segala kemahiran yang diperolehi selain dapat menambahkan daya kreativiti mereka melalui cabaran dan tugasan yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung. Pertandingan

Salah satu cabaran dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia

Kemahiran Malaysia (PKM) dan Pertandingan MySkills 2011 tidak hanya tamat di sini sahaja kerana pemenang bagi setiap kategori pertandingan akan berpeluang mewakili negara ke pertandingan “ASEAN Skill Competition” dan seterusnya “World Skill Competition” (WSC). 39


Program Silaturahim Siswa IPT dan Masyarakat (PROSISMA) Kluang

YB Dato’ Dr Hou Kok Chung menyampaikan sumbangan kepada komuniti

Y

B Dato’ Dr Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah sudi hadir ke Program Silaturahim Siswa IPT dan Masyarakat (PROSISMA) yang telah diadakan di Kg. Sri Lambak Kluang, Johor. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan dikelolakan oleh Kolej Komuniti Segamat. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 28 – 30 Julai 2011. Menurut Pengarah Kolej Komuniti Segamat, merangkap Pengerusi program ini, seramai 90 orang pelajar Kolej Komuniti Wilayah Johor dan 28 keluarga telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pemantapan jati diri yang unggul serta sentiasa berjiwa masyarakat. Program ini juga dirancang untuk memupuk kerjasama di antara peserta dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Selain daripada itu, pelajar juga didedahkan

40

dengan kemahiran interpersonal melalui penglibatan dengan komuniti setempat dalam aktiviti “Tanggungjawab Sosial

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pemantapan jati diri yang unggul serta sentiasa berjiwa masyarakat. Korporat” (Corporate Social Responsibility). Di samping itu, penganjuran program adalah sebagai salah satu platform untuk mempromosikan Kolej Komuniti di mata masyarakat awam dan juga untuk menaikkan imej Kolej Komuniti sebagai salah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang menekankan kemahiran teknikal dan

kemahiran insaniah serta memperkenalkan fungsi kolej komuniti sebagai hub institusi pembelajaran sepanjang hayat yang memberi peluang dan ruang kepada masyarakat menuntut ilmu dan kemahiran yang ditawarkan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti khidmat masyarakat. Selain itu, kerjakerja menyelenggara pendawaian elektrik di salah sebuah rumah warga emas juga telah dilakukan oleh para pelajar dari Program Sijil Teknologi Elektrik dengan pemantauan pensyarah mereka. Manakala pelajar Sijil Penyelenggaraan Bangunan telah mengecat semula surau di samping melakukan penyelenggaraan sistem perpaipan. Para pelajar bidang automotif pula telah melakukan penyelenggaraan ke atas motosikal para penduduk. Perkhidmatan penukaran minyak hitam, palam pencucuh dan air bateri telah dilakukan dan mendapat sambutan yang hebat daripada penduduk kampung. Selain daripada aktiviti khidmat masyarakat, program kursus pendek juga diadakan. Kursus ini melibatkan masyarakat kampung yang mempelajari asas fotografi digital, jahitan manik dan juga solekan dan dandanan. Pada sebelah malamnya persembahan kebudayaan diadakan hasil daripada gabungan pelajar Kolej Komuniti dan para belia dan beliawanis Kg. Sri Lambak, Kluang.


RENCANA

UMT Anjur Program Pengenalan Skuba Untuk Pelajar

U

niversiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Program Pengenalan Selam Skuba di bawah Program Penggalakan Sains oleh Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) UMT. Program selama 4 hari 3 malam ini telah diadakan di Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong. Program ini melibatkan 40 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari sekolah di sekitar Kuala Terengganu. Seramai lima buah sekolah telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyertai program ini terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah, SMK Padang Kemunting, SMK Seri Nilam, SMK Bukit Besar dan SMK Ibrahim Fikri. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman. Program Pengalakkan Sains dan Teknologi 2011 ini adalah dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kerajaan Negeri Terengganu. “Saya amat bersyukur kerana kita dapat sekali lagi melakukan satu aktiviti yang merupakan tanggungjawab sosial universiti kepada penduduk setempat

di Kuala Terengganu ini,” kata Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman ketika menyampaikan ucapan beliau. “ Selam skuba merupakan satu aktiviti yang agak mahal kosnya kerana memerlukan peralatan-peralatan yang mahal, tetapi dengan pakar-pakar di UMT serta dana yang diberi, kita dapat memberi peluang kepada anak-anak kita ini untuk membuka minat mereka untuk belajar menyelam yang sudah semestinya jika

mempelajari teknik betul ketika berada di laut dan informasi baru ini boleh digunakan apabila berdepan dengan ancaman-ancaman di laut pada masa akan datang. Ia juga merupakan satu usaha UMT untuk menarik minat anak-anak masa depan ini untuk satu hari nanti berminat untuk menyambung pelajaran mereka di sini satu hari nanti. “Saya doakan, ilmu yang diberi dapat digunakan sebaik-baiknya agar satu hari dapat memanfaatkan semua,” terang beliau lagi ketika mengakhiri ucapan. Program ini memainkan peranan aktif kepada pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan terutamanya melalui progran khidmat komuniti yang giat dilakukan di UMT untuk memberi nilai tambah peluang yang ada kepada masyarakat di Terengganu ini. oleh : Lailatul Akmal Abd Rahman

dibayar dengan duit sendiri memakan kos yang besar,” ulas beliau lagi. Pada program ini, pelajarpelajar ini akan didedahkan dengan asas-asas kemahiran selam skuba sebagai langkah pertama mereka untuk satu hari nanti berkemungkinan berkecimpung dalam bidang selam skuba ini. Pelajar-pelajar juga dapat 41


PENYELIDIKAN

Penyelidik UniMAP Harumkan Malaysia di Pentas Antarabangsa

P

enyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan dalam beberapa siri pertandingan di peringkat antarabangsa yang berlangsung tahun ini. Kejayaan paling membanggakan pastinya menerusi penyertaan pada Pameran Rekacipta British (BIS) apabila berjaya meraih pingat tertinggi iaitu Anugerah Berlian menerusi produk A Novel Environmental Friendly Cement and Concrete oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Produk yang turut membabitkan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin sebagai penyelidik bersama itu turut meraih pingat emas pameran sekaligus membantu UniMAP mengungguli kedudukan pingat bagi penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

42

Mohd. Mustafa berkata, produk yang dihasilkannya itu merupakan satu sistem penghasilan simen atau konkrit tanpa simen yang dihasilkan melalui campuran abu terbang atau tanah liat tertentu yang kemudiannya dicampurkan dengan sebatian kimia dan bersifat mesra alam. Ujarnya, sistem penghasilan konkrit tanpa simen atau sistem geopolimer ini mempunyai pelbagai aplikasi yang agak luas dan mempunyai potensi besar untuk menyokong industri simen dan konkrit

binaan di masa akan datang. BIS yang berlangsung di Old Spitalfields Market, London mulai 19 hingga 22 Oktober lalu disertai oleh 15 negara dari seluruh dunia antaranya Russia, Saudi Arabia, Taiwan, Romania, Sepanyol, Australia, Ireland, Malaysia dan juga tuan rumah United Kingdom. Pertandingan ini menjanjikan hadiah Anugerah iaitu Anugerah Berlian, diikuti Anugerah Khas Platinum dan Anugerah Khas Pingat Emas Berganda. Selain itu, setiap produk yang menyertai pameran dan pertandingan ini juga akan dinilai untuk menentukan kedudukan pingat emas, perak atau gangsa bagi pameran. Sementara itu, Delegasi UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Ismail Daut menghantar 5 produk penyelidikan termasuk satu produk daripada pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar


iaitu Nurfaiza Mohamud. Selain Mohd Mustafa yang meraih Anugerah Berlian, Prof. Dr. Ismail Daut turut membanggakan Malaysia menerusi Anugerah Khas Platinum melalui produknya Photovoltaic Powered Inverter without Transformer. Turut meraih Anugerah Khas ialah, Dekan Pusat Pengurusan Penyelidkan dan Inovasi, Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid dengan produk penyelidikannya OCDMA Systems Using Random Diagonal Code yang mendapat Anugerah Khas Emas Berganda. Dua lagi produk memenangi pingat perak iaitu Agriculture Fertigation Robot memalui Jefri Efendi Mohd Salih dan juga penyelidik muda UniMAP iaitu Nurfaiza Mohamud dengan produknya Natural Adsorbent.

Kejayaan UniMAP di persada Antarabangsa diteruskan pada International Trade Fair Ideas-Inventions-New Product (IENA 2011) kali ke63 di Nuremberg, Jerman.

System For Honey Quality Assessments) dan Abu Hassan Abdullah menerusi produknya E-K9 (Electronic Hound For Hazardous Chemical Detection). Manakala pingat perak pula disumbangkan oleh Prof Madya Abdul Hamid Adom menerusi produknya “Hybrid Water Quality Monitoring System�. Terbaru, delegasi penyelidik UniMAP yang mewakili Malaysia ke 36th International Invention Show (INOVA 2011) yang berlangsung di Zagreb berjaya merangkul 12 pingat emas sekaligus muncul pemenang pingat terbanyak. Deligasi dari Malaysia yang turut diwakili oleh Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Sekolah Menengah Sains Kuching Sarawak, Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan Perak, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis secara keseluruhannya telah meraih 12 pingat emas, 6 perak dan 5 pingat gangsa. Lebih membanggakan, pada pertandingan berprestij yang disertai oleh lebih 22 negara di seluruh dunia itu

juga, Penyelidik UniMAP Prof. Madya Dr. Hazry Desa turut dinobatkan sebagai Best International Inventor Award melalui produk penyelidikannya e-SAVE:Easy Sprayer Aerial Vehicle selain turut memenangi pingat emas pameran. UniMAP juga mengambil peluang penyertaan pada pameran tersebut untuk memeterai dua memorandum persefahaman dengan dua organisasi dari Taiwan dan Romania. Bagi perjanjian pertama, ia membabitkan EYReC yang mewakili UniMAP dan Pusat Inovasi dan Kreativiti, Far East Universiti, Taiwan manakala perjanjian kedua adalah antara Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UniMAP dengan Forum Penyelidik Romania (Romanian Inventors ForumFIR). Kerjasama penyelidikan tersebut yang bertujuan mengembangkan lagi aktiviti penyelidikan terutama di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UniMAP khususnya dan pelajar-pelajar sekolah di negeri Perlis.

UniMAP yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Professornya, Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff yang turut menghantar satu produk untuk dipertandingkan, berjaya meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak pada pertandingan yang disertai oleh lebih 30 buah negara. Pingat emas UniMAP disumbangkan oleh Ammar Zakaria melalui produknya PerfectFruits (Multi Sensing Fruit grading system); Prof. Ali Yeon Md Shakaff (Sensor 43


RENCANA

UUM Universiti Berfokus

N

aib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mengumumkan lapan bidang tujahan utama yang dikenalpasti untuk menjadikan universiti ini sebagai Universiti Penyelidikan pada 2013 yang memfokus dalam bidang sains dan sosial. Lapan bidang tujahan ini ialah Analisis Kewangan Ekonomi dan Dasar (Economic-Financial Analysis and Policy), Keusahawanan (Entrepreneurship), Analisis Pengguna dan Pasaran (Consumer and Market Analysis), Kepimpinan Perniagaan dan Inovasi (Business Leadership and Innovation), Pengurusan Maklumat dan Media (Information and Media Management), Ketahanan Negara dan Pembangunan Negara (National Resilience and Nation Building), Tadbir Urus (Governance), Pengajian Antarabangsa (International Studies). Justeru, lapan bidang tujahan yang telah dikenalpasti hasil dari perbincangan dan proses pemurnian pelbagai pihak ini perlu diberi perhatian dalam menghasilkan sebarang penyelidikan di UUM. “Saya harap di bawah lapan bidang tujahan ini akan ada lagi sub-sub area yang akan dikemaskini dalam masa terdekat. Kita juga mahu para pelajar yang datang untuk membuat PhD dan program pengajian siswazah di universiti ini fokus kepada lapan bidang ini sahaja,” katanya. Tambah beliau, institut-institut 44

penyelidikan di UUM seperti CoOperative and Entrepreneurship Development Institute (CEDI), ITU-UUM ASP CoE for Rural ICT Development (ITU-UUM ASP CoE), Institute of Management and Business Research (IMBRe), Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) dan lainlain perlu memberi tumpuan kepada lapan bidang tujahan yang dinyatakan. “Kita perlu menubuhkan beberapa unit pengajian ilmu baru yang masih belum ada di UUM seperti geografi, antropologi dan banyak lagi bidang sains sosial yang penting bagi memperkuatkan lagi bidang sains sosial universiti ini,” jelasnya. Beliau turut berharap agar penyelidikan yang dibuat dapat memperkuatkan lagi usaha UUM

untuk menuju ke arah Universiti Penyelidikan. Malah, setiap penyelidikan yang dibuat juga perlu seiring dengan agenda negara dan agenda global agar ianya relevan bagi keperluan negara ini dan dunia luar. Beliau berkata, terdapat empat jenis universiti awam di Malaysia iaitu Universiti Apex, Universiti Penyelidikan, Universiti Fokus dan Universiti Komprehensif, di mana hanya Universiti Sains Malaysia sahaja diiktiraf sebagai Universiti Apex pada masa ini. Manakala, lima Universiti Penyelidikan sedia ada seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah berfokuskan kepada sains dan teknologi. Beliau berkata demikian di majlis penyampaian geran penyelidikan kepada penyelidik UUM, di mana sejumlah RM 4,287,473 juta diagihkan pada tahun lepas untuk memperkasakan lagi bidang tujahan serta hasrat universiti ke arah Universiti Penyelidikan.


INOVASI

Pengusung Penyelamat Kompak 1

2

4

3

5

Rajah 1

H

ari ini sering berlaku bencana alam daripada 2 kilogram di mana ia adalah seperti gempa bumi, tsunami, 60% lebih ringan daripada pengusung banjir kilat , ribut taufan yang konvensional. Muatan maksima adalah telah menyebabkan kehilangan nyawa 200 kilogram. Empat atau dua orang dan tempat tinggal. Kemalangan ini pembawa pengusung diperlukan bagi boleh berlaku di mana saja dan pada mengurangkan beban. Semasa kecemasan bila-bila masa sama ada anda pengusung ini tidak dalam perjalanan ataupun memerlukan sebarang dirumah. Banyak kemalangan operasi persiapan yang dan kecederaan terhadap orang kompleks. kurang upaya dan kanak kanak Informasi dicetak yang terpaksa berpindah ke dengan jelas bagi tempat yang lebih selamat. Para memudahkan pengguna. penyelamat dan masyarakat Reka bentuk ini Prof Madya Dr Khairul Aidil Azlin sekitar menghadapi banyak disertakan dengan Abd Rahman - Institut Reka Bentuk dan Inovasi (InRI) Universiti masalah sebelum , semasa dan selimut pelindung untuk Malaysia Sarawak selepas proses perpindahan melindugi pesakit semasa mangsa-mangsa. proses perpindahan. Sebahagian daripada Produk ini adalah pengusung selimut tersebut boleh digunakan untuk penyelamat kompak yang di perbuat menyokong tulang kaki yang mengalami daripada kanvas kalis api untuk kegunaan kecederaan. Walau bagaimanapun, kecemasan semasa menghadapi situasi pengusung ini tidak sesuai jika pesakit bencana, berkemah, memburu dan aktiviti tersebut mempunyai kecederaan tengkuk luar. Objektif utama produk ini adalah dan tulang belakang. Peralatan dan ubatan aplikasi kecemasan untuk memindahkan minima (first aid kit) di sediakan di orang kurang upaya atau pesakit yang ruang poket pada pengusung tersebut cedera ke suatu tempat yang lebih selamat. bagi memudahkan penyelamat merawat Berat pengusung ini adalah kurang mangsa secepat mungkin.

Rajah 1 1. Pengusung dikeluarkan daripada bag poch 2. Cara 2 orang bagi mengangkat mangsa 3. Pesakit di turunkan dari tempat kejadian 4. Merawat kaki yang patah 5. Ruang poket dijadikan bantal untuk pesakit

Pelbagai aplikasi dan kegunaan selain daripada berfungsi sebagai pengusung seperti, menyelamatkan diri daripada kebakaran dalam bangunan dan juga boleh digunakan sebagai pelapik tikar semasa di pusat perpindahan. Produk ini sangat sesuai untuk menurunkan pesakit dengan menggunakan tangga yang sempit dari bangunan yang tidak mempunyai perkhidmatan lif atau lif tidak boleh digunakan semasa kecemasan atau kebakaran. Bagi memudahkan penyimpanan produk ini disertakan dengan bag poch yang ringkas untuk disimpan di dalam ambulan, bonet kereta atau di dalam rumah. Potensi produk ini adalah tertumpu kepada pengguna yang tinggal di rumah pangsa, kondominium, pejabat-pejabat di bangunan tinggi, pemaju perumahan dan syarikat insuran. Ia juga berpotensi kepada pasukan–pasukan penyelamat dan beruniform seperti JPA3, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan pengguna yang mementingkan keselamatan. Harta Intelek : Reka Bentuk Perindustrian MY– 09-00538-0101 Anugerah Inovasi: 1. Pingat Emas – MTE 2007, Malaysia Technology Expo 2007, MARS Malaysia Association of Research Scientist, 2. Calon Anugerah Inovasi Negara 2007 3. Pingat Emas – IIFME 2008 -International Invention Fair of the Middle East, Kuwait City Kuwait. 3. Pingat Emas – The Belgian and International Trade Fair for Technology Innovation, EUREKA Brussels 2010, Belgium

45


INOVASI

UTeM, IPTA Pertama Tawarkan Kursus Teknologi Kejuruteraan : Sahut Saranan Kerajaan Lahirkan Lebih Ramai Jurutera Teknologi Dalam Negara

Program teknologi kejuruteraan UTeM bakal menghasilkan jurutera teknologis berkemahiran teknikal yang tinggi memenuhi keperluan majikan dan sektor perindustrian berteknologi tinggi negara kita

U

niversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengorak langkah maju ke hadapan dalam menjalankan fungsinya sebagai pengeluar utama graduan teknikal dan kejuruteraan bagi membantu negara Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Selari dengan itu UTeM telah menubuhkan satu lagi fakulti baru iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) pada tahun 2011 ini yang memulakan pengambilan pelajar bagi fasa pertamanya pada bulan September. Seramai 360 orang pelajar perintis program Teknologi Kejuruteraan ini telah mula mendaftar diri di fakulti baru ini sekaligus mencipta sejarah baru buat

46

UTeM selaku Universiti Teknikal yang pertama dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang mula melaksanakan operasi FTK ini. Kejayaan penubuhan FTK ini bertepatan dengan aspirasi Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Universiti Teknikal semestinya mampu membantu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi bagi menampung permintaan tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi dalam negara kita menjelang tahun 2015. UTeM sedia menggalas cabaran ini berpadanan dengan kemampuan dan kredibiliti universiti ini selaku IPTA Teknikal pertama dalam negara kita

dengan terus menawarkan 10 program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan Kepujian dalam pelbagai disiplin kejuruteraan. 10 kursus teknologi kejuruteraan ini merangkumi kursus Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan kepujian pengkhususan dalam Kuasa Industri, Automasi Industri dan Robotik. Seterusnya Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal pengkhususan dalam Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara serta pengkhususan dalam Teknologi Penyelenggaraan. Bagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan pula menawarkan pengkhususan dalam Proses


Konsep pengajian secara ‘hands on’ menjadi komponen utama dalam program Teknologi Kejuruteraan di UTeM.

dan Teknologi serta Rekabentuk Produk. Seterusnya Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik pengkhususan Telekomunikasi dan akhir sekali Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer dengan pengkhususan Sistem Komputer. Pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus teknologi kejuruteraan ini terbuka untuk semua pelajar lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma dari semua IPT dalam negara serta peluang ini juga terbuka kepada para lepasan diploma bidang teknikal dari semua institusi teknikal dalam negara kita. Kursus teknologi kejuruteraan ini merupakan program yang sememangnya

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

mendapat perhatian utama pihak industri dan majikan Malaysia kerana graduan dalam bidang ini dilengkapkan dengan kemahiran dan kepakaran serta kompeten dalam melaksanakan tugas selaku jurutera teknologi. Bagi memenuhi matlamat ini pihak UTeM telah membentuk konsep pengajian teknologi kejuruteraan ini bertepatan dengan keperluan dan saranan daripada pihak industri iaitu konsep pengajian secara praktikal atau ‘Hands On’. UTeM memiliki ramai tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman luas dalam bidang teknologi kejuruteraan ini yang terdiri daripada golongan Pensyarah dan Jurutera Pengajar yang memiliki pengetahuan, kepakaran, pengalaman dan pendedahan luas dalam bidang teknologi kejuruteraan ini. Manakala dari sudut fasiliti pula UTeM telah dilengkapi dengan makmal canggih dan berteknologi tinggi yang mana sebahagiannya disumbangkan oleh pihak industri dari dalam dan luar negara. Makmal canggih dan berteknologi tinggi yang terdapat di UTeM ini memenuhi keperluan dan berpadanan dengan kehendak semasa industri. Sekaligus keadaan ini memberi pakej lengkap buat UTeM dalam melahirkan graduan yang sememangnya bertepatan dengan permintaan semasa daripada pihak industri.

Dengan tertubuhnya FTK ini maka UTeM memiliki sejumlah tujuh fakulti secara keseluruhannya selain daripada enam fakulti lain yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) dan Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawanan (FPTT).

UTeM sedia menggalas cabaran ini berpadanan dengan kemampuan dan kredibiliti universiti ini selaku IPTA Teknikal pertama dalam negara kita dengan terus menawarkan 10 program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan Kepujian dalam pelbagai disiplin kejuruteraan.

47


JEJAK ALUMNI

Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) Dinobat Sebagai Tokoh Alumni UiTM 2010 Beliau mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja menguruskan kumpulan wang simpanan, tetapi juga dalam penubuhan, penyusunan semula dan pengurusan kepentingan perniagaan yang terdiri daripada perladangan, perdagangan, perbankan, pembangunan hartanah, minyak dan gas, farmaseutikal dan juga di dalam bidang pembinaan kapal.

T

an Sri Dato’ Lodin bin Wok Kamaruddin, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) telah dinobatkan sebagai Tokoh Alumni UiTM 2010 pada Majlis Malam Simfoni Kasih anjuran Yayasan Budiman UiTM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Alumni UiTM yang telah diadakan pada 1 Oktober 2011. Beliau dilahirkan pada tahun 1949 merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik beradik. Anak kelahiran Terengganu ini sering berpindah tempat tinggal kerana mengikut ayahnya yang bertugas sebagai pegawai kerajaan. Beliau dan keluarga pernah menetap di Kedah, Kelantan dan Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, Ipoh. Selepas menduduki peperiksaan MCE pada

48

tahun 1965, beliau berbasikal keliling kampungnya di Sungai Rokam Ipoh untuk mengajar anak-anak kecil dari rumah ke rumah dengan bayaran sebanyak RM20.00 sebulan. Pendapatan sebegitu amat bermakna kepada beliau untuk menampung perbelanjaannya sediri. Tan Sri Dato’ Lodin kemudiannya melanjutkan pengajian di Maktab RIDA, Jalan Othman (sekarang UiTM) dengan mengikuti jurusan Association of Chartered Certified Accountants atau ACCA. Selama 1 ½ tahun beliau menuntut di situ, banyak dugaan dan cabaran yang

beliau tempuhi serta kenangan beliau tinggal bersama rakan-rakan kuliah di Seksyen 14 Petaling Jaya. Setiap hari beliau dan rakan-rakan akan ke kuliah menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusan. Dengan kekurangan bahan rujukan dan buku teks ketika itu tambahan pula program ACCA merupakan program yang baru diperkenalkan, tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan pengajian. Semasa mengikuti pengajian di Maktab RIDA, beliau telah diberikan peluang oleh pihak MARA untuk


melanjutkan pengajian di College of Business Administration, University of Toledo, Amerika Syarikat dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1972 dan seterusnya Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1973. Setelah menamatkan pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan menjawat jawatan Pengurus Besar, Perbadanan Pembangunan Fraser Hill dari tahun 1973 hingga tahun 1982. Tan Sri Dato’ Lodin kini berusia 62 tahun adalah merupakan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) sejak dari Ogos 1982. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Pengerusi Boustead Holdings Berhad dan juga Timbalan Pengerusi Affin Holdings Berhad. Beliau mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja menguruskan kumpulan wang simpanan, tetapi juga dalam penubuhan, penyusunan semula dan pengurusan kepentingan perniagaan yang terdiri daripada perladangan, perdagangan, perbankan, pembangunan hartanah, minyak dan gas, farmaseutikal dan juga di dalam bidang pembinaan kapal. Selain menjadi Pengerusi atau ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat pelbagai di bawah LTAT dan Bousted Holdings, beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga 1Malaysia Development Berhad, sebuah entiti kKerajaan Malaysia yang ditubuhkan

untuk membantu menarik pelaburan langsung asing ke negara ini dan untuk melaksanakan pelbagai projek-projek pelaburan strategik mega Kerajaan. Di atas pengalaman serta kesungguhan beliau melaksanakan amanah yang diberi, Tan Sri Dato’ Lodin telah dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran dan pingat antaranya Ahli Mahkota Pahang pada tahun 1977, Ahli Setia Mahkota Kelantan tahun 1981, Pingat Pekerja Terpilih Selangor 1982, Darjah Setia Mahkota Pahang 1982, Kesatria Mangku Negara 1990, Darjah Ahli Paduka Mahkota Perak 1993, Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang 1994, Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak 1996, Darjah Panglima Setia Mahkota 2003, Chevalier De La Leegion d’ Honneur, France 2003, Outstanding Entrepreneur Award of APEA 2008, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang 2009, Degree of Doctor of Laws, Council and Senate of

The University of Nottingham, UK pada tahun 2010 dan The BrandLaureate Brand Personality Award 2010-2011. Perkahwainannya bersama dengan Puan Sri Datin Norhayati bt Abdul Rahman telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Kini keluarga beliau dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua orang cucu yang amat disayangi. Beliau turut mengisi masa lapangnya dengan bermain golf, melancong dan membaca. Oleh: Pusat Perhubungan Alumni UiTM

Sumbangan dan khidmat bakti Tan Sri Dato’ Lodin bin Wok Kamaruddin pasti terpahat dan kekal dalam sejarah selama-lamanya. Atas pencapaian beliau di dalam negara mahupun di luar negara bukan sahaja memberi penghargaan kepada beliau tetapi yang lebih penting adalah impak kepada UiTM yang terlebih dahulu memberi peluang kepada beliau untuk menimba ilmu sekali gus melayakkan beliau disanjung sebagai contoh kepada alumni yang lain.

49


PENGANTARABANGSAAN

Program Pengantarabangsaan di Kemboja Beri Iktibar Kepada Warga UMK

S

elepas empat tahun membina nama sebagai sebuah Universiti Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kini boleh berbangga apabila sentiasa mengungguli agenda memasyarakatkan Universiti terutamanya dalam program khidmat masyarakat dan misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Boleh dikatakan, setiap tahun UMK menganjurkan pelbagai aktiviti dan program untuk bagi membantu meringankan beban penduduk-penduduk di negara miskin yang menghadapi bencana di samping memberi iktibar kepada warga UMK sendiri. Mengambil tanggungjawab sosial itu, sekali lagi UMK melalui Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) telah mengadakan Kerja Lapangan, Sosial

50

dan Program Pengantarabangsaan Pelajar Pengajian Warisan ke Kemboja. Seramai 20 pelajar pengajian warisan FTKW bersama enam pegawai pengiring yang diketuai oleh Dekan FTKW, Prof. Madya Ab. Aziz Shuaib menyertai program ini. Senario kedaifan penduduk Muslim Kemboja diharapkan dapat memberi satu pengalaman tentang kehidupan sebenar masyarakat Malaysia sekitar tahun 1950 hingga 1970-an kepada pelajar. Prof. Madya Ab. Aziz berkata, misi bantuan kali ini melibatkan perkampungan minoriti Islam di Tonle Sap dan Perkampungan Melayu Champa (Kampung Cham) dengan hasrat dapat memberi kesedaran kepada pelajar terlibat bahawa keamanan dan kenikmatan yang kita miliki hari ini perlu dihargai.

Tambah beliau, walaupun baru berusia empat tahun, UMK antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang aktif menganjurkan misi kemanusiaan seumpama ini dan sehingga kini telah berjaya menganjurkan program kemasyarakatan di luar negara sebanyak tiga kali. “Pada misi bantuan kali ini, misi sukarelawan pelajar dan staf UMK membabitkan perkampungan minoriti Islam di Tonle Sap dan perkampungan Melayu Champa (Kampung Cham),� katanya. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak UMK sepanjang program seperti tayangan wayang gambar untuk kanakkanak, sukaneka, lawatan ke sekolah dan sebagainya. Sementara itu, Pensyarah FTKW,


Nawwal Abdul Kadir berkata, program kemanusiaan ini memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf melihat sendiri kehidupan di pendalaman Kemboja terutamanya Kampung Cham yang banyak memberi keinsafan kepada peserta betapa bertuahnya hidup di tanah air sendiri. Beliau berkata, walaupun hanya berada selama lima hari di sana kami dapat merasai sendiri kepayahan hidup di kampung tanpa bekalan air dan elektrik, jalan tanah merah dan kemudahan tandas yang daif, seolah-olah kehidupan di Malaysia sekitar 1970-an. “Program yang dijalankan di Kampung Cham terbahagi kepada tiga bahagian. Di Kampung Cham terdapat sebuah sekolah agama yang dibahagikan kepada tiga peringkat umur. “Antara aktiviti yang dijalankan oleh peserta adalah mengajar pelajar di sekolah itu mengenai abjad A hingga Z, bahasa Inggeris, menjalankan aktiviti mewarna

bagi kanak-kanak berumur 4 tingga 7 tahun manakala aktiviti sukaneka pula dijalankan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak,” katanya. Nawwal yang juga Penyelaras Program Pengantarabangsaan Pelajar Pengajian Warisan ke Kemboja memberitahu, sebahagian besar menganggap misi kali ini turut menyentuh hati para peserta kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana penduduk Kemboja menyambut ketibaan Ramadan dan Aidilfitri dalam serba kedaifan. Tambahnya, menerusi misi bantuan ini serba sedikit dapat meringankan beban penduduk yang dibelenggu kemiskinan. Sebahagian rumah mereka yang daif dan buruk menjadi tempat perlindungan mereka daripada panas dan hujan. “Dalam tinjauan pelajar tentang aktiviti ekonomi masyarakat Cham, kebanyakan penduduk bergantung kepada pertanian iaitu menanam padi, jagung, kelapa laut, mata kucing, dan lain-lain.

“Di samping itu, masyarakat Cham juga menjalankan perniagaan seperti menjual kuih tradisi dan kraftangan hasil buatan orang tempatan,” katanya. Tambah Nawwal, para peserta rombongan juga mengadakan lawatan akademik di beberapa lokasi di Phnom Penh seperti Kuil Angkor Wat, tugu Kemerdekaan Kemboja, Muzium Toul Sleng, Cheung Ek Kiling Field, The Royal Palace dan Silver Pagoda. “Hasil daripada misi kemanusiaan itu, rombongan mendapat penjelasan bagaimana sejarah kedatangan dan kekejaman Pol Pot di Kampung Cham menyebabkan kematian penduduk kampung iaitu daripada 1,200 orang kepada 1,044 orang. “Selain itu, kajian pelajar juga mendapati terdapat tiga keturunan iaitu Wan, Chek dan Nik yang mendiami Kampung Cham,” katanya. Jelas beliau, kebanyakan penduduk Islam dapat bertutur dalam bahasa Melayu disebabkan oleh penghijrahan penduduk pada ketika itu yang mendalami agama Islam di Patani dan bekerja di Malaysia bagi untuk membantu komuniti setempat membina masjid di Kampung Cham. “Rombongan FTKW juga sempat mengadakan pertemuan dengan Mufti Kerajaan Kemboja iaitu Haji Kamaruddin Yusof. Di Masjid Anniakmah Kampung Cham, rombongan UMK mengadakan majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga Islam yang diketuai Imam Masjid berkenaan Haji Yusof Ali,” katanya. Menurutnya, penduduk perkampungan Islam itu bergotongroyong menjayakan majlis kenduri dengan menyembelih dua ekor lembu yang ditaja oleh UMK.

51


PENGANTARABANGSAAN

30 Mahasiswa Berpersonaliti UniSZA Berjaya Merentasi Global

30

mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terdiri daripada anggota Kor-Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (KorSuksis) UniSZA berjaya menjalankan Misi Pembangunan Sosial Antarabangsa (MIPSA) Kor-Suksis UniSZA yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam. Program anjuran Kor-Suksis UniSZA dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSZA ini telah mencatat satu lagi kejayaan Kor-Suksis UniSZA di peringkat antarabangsa. Selaras dengan moto UniSZA `Ilmu Demi Faedah Insan’, delegasi MIPSA telah mengadakan perkongsian ilmiah di peringkat antarabangsa di dua buah universiti yang terletak di Bandar Ho Chi Minh iaitu HCMC International University dan HCMC Social Science & Humanity University. Delegasi MIPSA turut mengadakan pembentangan tentang budaya dan warisan Malaysia yang bertajuk A Comparison Of Culture & Heritage Malaysian And Vietnamese dan pembentangan kertas kerja yang bertajuk

52

“The Roles Of Police Volunteers Among University Students In Malaysia�. Selain itu, mereka juga mempersembahkan tarian zapin, inang dan joget serta persembahan kompang di universiti tersebut.

MIPSA juga menghulurkan sumbangan kepada masyarakat Islam di Bandar Ho Chi Minh. Sumbangan berupa 60 helai sejadah, 60 naskah Al-Quran, 60 naskah Surah Yassin, 60 pasang telekong dan wang tunai RM 3500. Sumbangan itu adalah hasil kutipan derma yang dijalankan oleh MIPSA di kampus UniSZA. Mereka juga mengunjungi sekolah kanak-kanak istimewa dan sekolah pelajar hilang daya

penglihatan. Lawatan Akademik ke Delta Mekong turut diadakan sebagai salah satu program sepanjang misi tersebut. Delta Mekong merupakan sebuah perkampungan masyarakat Vietnam yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan harian. Disamping itu, MIPSA juga sempat menjalankan Lawatan Akademik di Chu Chi Tunnel dan War Remnants Museum, sebuah tempat peninggalan sejarah tentera komunis Vietnam. Menurut Pengarah Program MIPSA, Syafiq Irsyad, misi ini banyak memberi pengalaman dan pendedahan kepada ahli-ahli Kor-Suksis mengenai kehidupan masyarakat Vietnam. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ianya banyak memberi idea dan pendedahan kepada golongan mahasiswa. Justeru itu, golongan mahasiswa perlu menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu dengan menggalakkan penglibatan golongan mahasiswa dalam aktiviti pengantarabangsaan.


RENCANA

Fokus Kepada Golongan Terkebawah, Bukan Elit – NC

P

ULAU PINANG, 6 Dis – Profesional bidang alam bina disaran supaya lebih memberi tumpuan kepada pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada golongan masyarakat terkebawah berbanding mereka yang berstatus elit. Demikian kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Dato’ Omar Osman ketika mengulas hala tuju dan keperluan semasa berkaitan isu-isu serta cabaran dalam bidang sains dan kejuruteraan dalam skop alam bina pada hari ini. Katanya, golongan terkebawah yang merangkumi lebih empat billion masyarakat dunia itu dilihat sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari

profesional dan akademia, dalam usaha mereka untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik dari sebelumnya. “Jika kita bercakap soal kelestarian, perkara pokok inilah yang perlu diambil kira kerana ia berkait secara langsung dengan usaha akademia serta profesional mengubah corak sosioekonomi masyarakat ke arah yang lebih baik,’’ katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan dan Bengkel Antarabangsa Alam Bina Negara-Negara Membangun (ICBEDC) 2011 anjuran Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) di sini semalam. Turut hadir ialah Dekan PPPBP, Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Ramli. Tambah beliau, fokus sepatutnya diberikan kepada masyarakat yang hanya mampu mendapatkan pendapatan purata kira-kira RM 10 ringgit sehari, daripada yang menjana pendapatan RM 10 sesaat yang sudah tentunya tidak mengalami sebarang kepayahan untuk kekal selesa dalam kehidupan.

“Kita melihat kebanyakan projekprojek alam bina khususnya pada hari ini cenderung untuk memberi lebih kepuasan kepada golongan elit dan ini seharusnya diberi perhatian kerana ia tidak memberi manfaat kepada golongan yang lebih memerlukan. “Justeru saya berharap melalui persidangan ini, pada akademia dan profesional dapat tampil dengan idea, cadangan dan input yang dapat mentransformasikan pembangunan alam bina kepada satu konsep yang lebih holistik dan lestari.’’ kata beliau. Sementara itu, persidangan yang dibarisi ratusan peserta dan pembentang kertas kerja itu dianjurkan bertujuan untuk menjadi platform bagi memudahcarakan perbincangan dan perkongsian idea serta ilmu berkenaan isuisu dan cabaran semasa dalam sains dan kejuruteraan di dalam ruang lingkup alam bina khususnya dari perspektif NegaraNegara Membangun. Dengan tema Rehumanizing The built Environment, persidangan dua hari itu turut memberi peluang kepada USM menghimpunkan dan meluaskan jaringan kerjasama baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. 53


WAWANCARA

Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin: Rektor Baru UIAM yang diterima dari sahabat-sahabat yang sanggup menggalas tanggungjawab secara bersama – “ yang berat sama dipikul” menguatkan semangat saya.

W

alaupun cuba mengelakkan isu wanita digunakan sebagai satu perbandingan dalam pelantikannya sebagai rektor UIAM, namun perkara itu tidak dapat dinafikan. Bagi Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin pelantikannya sebagai rektor wanita pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2 Ogos 2011 tidak dapat menepis pandangan umum itu kerana realitinya memang sedemikian. Prof. Dato’ Dr. Zaleha adalah seorang Profesor Undang-Undang yang tidak asing lagi dalam bidang Undang- Undang Perbandingan sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau yang telah berkhidmat dengan UIAM sejak 1985 lagi dan pernah menjawat pelbagai jawatan termasuk Dekan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim sebelum dipinjamkan selama dua tahun sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Anak kelahiran Raub, Pahang yang juga merupakan alumni UIAM melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Undang54

undang Perbandingan di University of London telah dilantik menjadi penasihat, pengerusi dan ahli jawatankuasa di beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa. Prof. Dato’ Dr. Zaleha juga telah menghasilkan 17 buah buku, lebih 200 kertas kerja, dan tulisan untuk akhbar Mingguan Malaysia, Berita Harian, The Star di samping rancangannya dalam Radio IKIM bertajuk “ Mahligai Kasih”. Ikutilah wawancara bersama beliau. Bilakah Dato’ dimaklumkan mengenai pelantikan ini dan apa perasaan ketika itu? Saya dimaklumkan sehari sebelum pengumuman rasmi dibuat. Saya berasa terharu kerana diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah universiti yang besar untuk membimbing dan melentur ‘khalifah’ ke arah memberi khidmat yang terbaik kejayaan seluruh ummah. Saya juga berasa gusar memikirkan tanggungjawab berat yang terpaksa saya pikul dan lalui. Tetapi, sokongan padu

Pastinya sebagai rektor wanita pertama, semua mata memandang ke arah Dato’ sekarang. Adakah Dato’ rasa terganggu atau merasakan ia adalah peluang untuk membuktikan kemampuan wanita meneraju universiti bertaraf antarabangsa? Saya tidak melihat pelantikan saya dari konteks ‘ rektor wanita pertama’, namun tidak dapat menidakkan wujud pandangan itu kerana realitinya memang begitu. Malah, saya dimaklumkan oleh rektor kedua UIAM bahawa bukan saja rektor wanita pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM), malah universiti Islam seluruh dunia. Oleh itu, saya perlu menunjukkan model yang baik. Saya merasakan harapan yang tinggi bukan kerana saya wanita, tetapi saya rektor baru dilantik, ramai yang mengharap sesuatu yang baru.Jadi, untuk pengharapan tinggi ini selalu saya nyatakan ia bukan tugas saya seorang, tetapi tugas bersama. Mentadbir organisasi yang besar memerlukan kekuatan mental dan fizikal dan saya selalu berdoa semoga Allah memberi saya kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Selalunya apabila tampuk pemerintahan berubah, maka akan berlaku perubahan dalam pengurusan. Apakah perubahan yang Dato’ rancang dalam mengurus tadbir UIAM? Menyentuh tanggapan itu kebiasaannya apabila tampuk pemerintahan berubah, akan berlaku perubahan dalam pengurusan, saya tidak menolak kemungkinan adanya rentak baru dalam pendekatan pentadbiran saya kerana suasana dan kehendak


sekeliling dan cabaran yang berbeza. Walau bagaimanapun, misi serta visi UIAM sudah jelas. Cuma, cara mencapai hasrat dan cita-cita itu mungkin berbeza berbanding pendekatan digunakan pucuk kepimpinan sebelum ini. Saya merancang untuk memberi penekanan kepada mengenal pasti potensi setiap warga UIAM supaya mereka boleh menyumbang secara optimum kepada universiti dan masyarakat. Setiap mereka sangat berharga kepada universiti ini kerana itulah kepakaran mereka tidak boleh dipersia-siakan. Atas semangat itulah kami akan memperkenalkannya. Latar belakang sebagai Profesor dalam bidang perundangan, apakah ia membantu dalam bidang tugasan Dato’ sekarang? Tentu sekali pengalaman saya sebagai Dekan Kulliyyah Undang- undang dahulu mengajar saya banyak perkara. Pertama mengendali sekumpulan manusia yang telah dilatih berhujah. Ini meningkatkan pengalaman- pengalaman pengurusan. Bukan satu perkara yang mudah mengendali bekas hakim dan peguam. Tetapi, alhamdulillah, saya mendapat sokongan sebahagian besar daripada mereka untuk memudahkan pengurusan di peringkat kulliyyah. Apakah agaknya cabaran yang menanti dan apakah strategi Dato’ untuk menanganinya? Alhamdulillah saya telah dilatih untuk berdepan dengan cabaran atau tekanan dan telah melalui selama lebih 27 tahun. Saya akan cuba melakukan yang terbaik, selain sentiasa meminta pandangan semua pihak melalui pendekatan ’syura’. Sebagai rektor, saya berpendapat bahawa saya tidak boleh berjalan seorang. Sokongan luar dugaan yang ditunjukkan pengurusan tertinggi UIAM pada mesyuarat pertama Senat menaikkan semangat saya untuk menyumbang secara bersama ke arah kecemerlangan UIAM. Langkah pertama saya ialah untuk memastikan pelan strategik bagi menjadikan UIAM universiti penyelidikan pada tahun sasaran (2012) yang menjurus ke arah kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan berjaya direalisasikan pada pertengahan tahun hadapan. Pelbagai mekanisma akan digerakkan untuk memastikan sasaran ini tercapai. Pada fasa pertama, 5 teras utama

akan diberi penekanan dan pelan tindakan dirangka untuk 5 teras utama tersebut. Pertama, UIAM diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan (2012). Kedua, mengenal potensi ahli melalui penubuhan dan menggerakkan Majlis Profesor untuk menyumbang secara optimum kepada universiti dan dunia profesional. Ketiga, akses serta menjalinkan hubungan yang erat dengan pelajar dan staf melalui mekanisme yang lebih mesra terutama menggunakan media baru. Keempat, menjaga kebajikan tiga komponen penting universiti iaitu pelajar, pensyarah dan pentadbiran. Kelima, mempergiat dan memantapkan usaha-usaha pengantarabangsaan dengan meluaskan lagi jaringan dari 106 bangsa kepada 120 bangsa. (2012) Sebagai pensyarah yang pernah berkhidmat di UIAM, mungkin ada dasar yang sebelum ini tidak dipersetujui atau dilihat mempunyai kelemahan. Apakah Dato’ akan gunakan kesempatan ini untuk menukar atau memperbaikinya? Seperti yang saya nyatakan, UIAM akan menubuhkan Majlis Profesor peringkat universiti yang akan merancakkan lagi agenda penyelidikan dan pembangunan seterusnya membawa UIAM mencapai kejayaan lebih tinggi dengan membudayakan penyelidikan. Penyelidikan perlu dilihat sebagai

menambah rantaian ilmu sedia ada bukan untuk kenaikan pangkat semata-mata. Pelajar UIAM juga akan terbabit secara langsung dalam setiap perancangan dibuat melalui hubungan rapat menggunakan media baru kerana pendekatan tradisional sudah tidak sesuai dengan generasi hari ini atau Gen Y. Satu mekanisme kaedah komunikasi baru paling berkesan akan dicipta bagi membolehkan pelajar berhubung dengan tenaga pengajar tidak kira masa dan ketika seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang pernah diguna pakai pelajar jurusan undang-undang. Dulu kita guna pendekatan pemindahan maklumat, tetapi sekarang kita menekankan kaedah ”knowledge discovery”. Menerusi kaedah komunikasi yang baru itu juga pelajar dan pensyarah boleh berhubung sebagai satu keluarga. Tidak dapat lari daripada naluri wanita yang lemah lembut, Prof Zaleha melahirkan keyakinan sifat keibuan, tetapi tegas mampu melahirkan pelajar yang memiliki akhlak Islamiah yang kaya semangat kendiri. Oleh kerana usia pelajar kebanyakannya masih muda belia tidak suka menggunakan pendekatan menghukum, sebaliknya pelajar perlu dididik dengan penuh kasih sayang dan beliau percaya tangan yang lembut boleh membentuk peribadi yang mulia. Tambahan, pelajar UIAM terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang negara berbeza ibarat kata pepatah,”banyak udang banyak garamnya,” memerlukan pendekatan yang pelbagai. Boleh Dato’ berkongsi harapan ke mana Dato’ ingin membawa UIAM atau bercadang meneruskan corak kepimpinan sebelum ini? Saya yakin semangat kesediaan menerima pelbagai pandangan serta sokongan semua pihak khususnya warga UIAM akan melonjakkan UIAM ke persada yang lebih baik lagi kepada pembangunan universiti dan membawa UIAM ke puncak kecemerlangan. Sekarang ini kebanyakan universiti Islam di dunia Islam akan melihat apa rektor wanita boleh buat. Sebagai yang pertama saya perlu menunjukkan model yang baik kerana ia akan memberi kesan kepada pelantikan wanita dalam jawatan tertinggi pada masa akan datang. Oleh: Abdul Halim Taib

55


KEUSAHAWANAN

Keusahawanan di Universiti: Mampu Lahir Akademia dan Graduan Berdaya Saing

Mahasiswa UTM giat menjual coklat-coklat sempena Chocolate and Book Fair 2011

I

nstitusi Pengajian Tinggi pada hari ini mempunyai peranan yang penting untuk mencorakkan masa depan modal insan masa depan negara yang kreatif dan inovatif yang mampu bersaing di peringkat global. Melihat kepada peranan besar ini universiti perlu dilihat sebagai gedung ilmu dalam kerangka baru dalam konteks universiti moden yang tidak terbelenggu dalam disiplin akademik yang terlalu terlalu mengkhusus sehingga menenggelamkan keindahan dan makna ilmu itu sendiri. Menyahut kepada tuntutan ini, UTM telah melaksanakan inisiatif ke arah pembentukan akademia baru UTM. Tranformasi yang dilaksanakan oleh UTM ini telah meletakkan tema ke arah Universiti Penyelidikan berteraskan Keusahawanan yang merupakan fokus UTM pada tahun 2011. Anjakan baru ini sekali gus dilihat seiring dengan hasrat negara ke arah menjana ekonomi bernilai tinggi. Dalam konteks ini warga UTM dari segala peringkat telah diberikan pelbagai pendedahan melalui pelbagai program agar berupaya sebagai pencetus inovasi dan mempunyai entrepreneurial thinking. 56

Entrepreneurial thinking dalam konteks bekerja sebagai komuniti akademik berkhidmat secara lebih proaktif, kreatif dan inovatif mengunakan sumber sedia ada tanpa terikat kepada biaya kerajaan. Malah program ini turut meletakkan mahasiswa sebagai sasaran terhadap entrepreneurial thinking. Keusahawanan Dalam Akademia Baru Tranformasi universiti ke arah Universiti Penyelidikan berasaskan Keusahawanan merupakan satu anjakan terhadap kematangan sesebuah universiti. Di sini terletak cabaran terhadap menterjemah aplikasi ilmu kepada suatu yang praktikal. Anjakan ini memerlukan perubahan minda dan persekitaran yang menggalakkan. Ini bermakna ahli akademik dan penyelidik perlu lebih terbuka untuk mengadakan perkongsian pintar dengan komuniti setempat, agensi maupun pihak industri. Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Universiti antaranya mewujudkan Kursi Profesor di industri automatif utama negara iaitu PROTON. Hasil usaha ini kini PROTON-UTM telah berjaya menghasilkan Kereta Elektrik pertama negara. Hasil kerjasama ini juga

telah membawa termetrinya perjanjian kerjasama bagi penubuhan dua Makmal Satelit Penyelidikan PROTON-UTM di UTM Johor Bahru dan UTM Kampus Anarabangsa. Ia disaksikan sendiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada Julai lalu. Melalui kerjasama ini juga UTM turut membantu pihak PROTON dalam pemfailan Paten Harta Intelek. UTM turut terlibat dalam pembangunan Wilayah Iskandar melalui penubuhan UTM Iskandar Malaysia Research Centre (IMREC). Keterlibatan penyelidik UTM dalam projek pembangunan ini menyediakan ruang kepada mereka untuk lebih dinamik dan kreatif terhadap penyelesaian masalah dan isu termasuk dalam penggubalan polisi di wilayah ini. Penghasilan produk yang lebih kreatif, bernilai komersil serta memberi kesejahteraan sejagat merupakan cabaran utama usaha ini. Pendedahan menerusi modul dan latihan daripada Stanford Research Institute (SRI) dan kerjsama beberapa insititusi terkenal dunia seperti Massachusete Institute of Technology (MIT) merupakan langkah strategik


Antara Aktiviti Program Keusahawanan 2011 PROGRAM

TARIKH

Lab Usahawan Muda di Langkawi, Kedah

27 – 30 Januari 2011

FIESTA U , UTM Johor Bahru

16-22 Januari 2011

Usahawan Prihatin : Bantuan Banjir di Segamat, Johor

5-6 Februari 2011

Perhimpunan Catur Bistari, Persada Johor Bahru

20 Februari 2011

Chocolate and book Fair, di UTM Johor Bahru

21 – 25 Februari 2011

Kursus Asas Keusahawanan Siswa di Tropikal Inn Johor Bahru

13- 17 Mei 2011

Penyertaan dalam 1 juta belia di Putrajaya

27-29 Mei 2011

UTM untuk memperkembangkan hasrat ini. Keusahawanan Dalam Program Tranformasi Mahasiswa IPT memegang peranan penting dalam menjayakan pembangunan negara khususnya dalam menyediakan modal insan yang mampu menjayakan pembangunan negara dan bakal menjadi pemimpin dan menggantikan generasi sedia ada. IPT bertanggungjawab untuk melahir dan memperkukuh potensi mahasiswa untuk lebih kreatif dan berdaya saing. Sehubungan itu UTM telah melaksanakan program transformasi kepada mahasiswanya melalui Pelan Tranformasi Pembangunan Mahasiswa yang lebih berstruktur, lebih terarah dan berkesan. Pogram 5 Teras Kecemerlangan Mahasiswa (ETP) yang terkandung salah satunya adalah Teras kecemerlangan Keusahawanan . 5 Teras Kecemerlangan Mahasiswa (5ETP): 1. Teras Kecemerlangan Akademik Nobel (Nobel Lauratte) 2. Teras Kecemerlangan Skan 3. Teras Kecemerlangan Kepimpinan 4. Teras Kecemerlangan Keusahawanan 5. Teras Kecemerlangan Tahfiz

Objektif Utama 5ETP 1. Memperkembangkan pakar, minat, kompetensi dan daya kreativiti mahasiswa secara holistik sepanjang pengajian di Universiti. 2. Berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman dengan cemerlang semasa dalam pengajian dan kerjaya. 3. Melahirakn saintis muda cemerlang, thinking athletes, pemimpin mahasiswa, usahawan muda dan teknohafiz yang menjadi contoh serta duta UTM di peringkat global.

Program yang dirancang secara khusus ini akan dibiayai sepenuhnya oleh universiti menerusi peluang berikut; 1. Program teras kecemerlangan diri yang dirancang secara khusus dan sistematik sepanjang pengajian . 2. Program kecemerlangan mahasiswa dan dilantik menjadi duta universiti untuk program-program seperti Global Outreach Program, internship, persidangan dan latihan di luar negara. 3. Pemberian pelbagai insentif, menarik daripada pihak universiti dan penaja dari masa ke semasa.

Objektif Utama Teras Kecemerlangan Usahawan;

teknologi kreatif dan inovatif seperti terkandung dalam Model Baru Ekonomi seperti dalam hasrat untuk meningkatkan ekonomi bernilai tinggi. Kerjasama dengan pelbagai pihak luar yang dilaksanakan juga mampu memberi peluang mahasiswa mewujudkan rangkaian sosial. Sebagaimana kita sedia maklum, dalam perniagaan rangkaian dan hubungan amat penting, maka kemahiran sosial niaga turut diterapkan dalam modul dan latihan yang dijalankan. Selain latihan secara bermodul, pendedahan terus dalam program tersusun, universiti turut menyediakan insentif berupa modal pinjaman dan ruang berniaga khas untuk dilaksanakan oleh mahasiswa yang berminat di dalam kampus dengan kadar yang cukup murah. Mereka yang berminat perlu membuat permohonan dengan menyertakan kertas kerja rancangan perniagaan bagi memperkukuhkan permohonan. Melalui usaha ini, program ini juga mampu mengilap potensi dan bakat mahasiswa dalam bidang perniagaan yang telah sedia ada contohnya mereka dalam kalangan keluarga usahawan dan sebagainya. Melalui program yang dirancang ini dapat membantu peserta terhadap kemahiran perundingan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah sebagai persediaan menjadi seorang usahawan.

1. Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia perniagaan di era global. 2. Melahirkan pemimpin usahawan di Tranformasi yang peringkat antarabangsa. dilaksanakan oleh UTM ini 3. Menukar paradigma mahasiswa telah meletakkan tema ke daripada budaya mencari pekerjaan kepada mencipta pekerjaan. arah Universiti Penyelidikan 4. Menyediakan program kesedaran berteraskan Keusahawanan mengenai keusahawanan dan dunia yang merupakan fokus UTM perniagaan kepada mahasiswa bermula pada tahun pertama. pada tahun 2011 Selain program-program tersusun yang disediakan, mahasiswa yang mengikuti program ini juga diberikan pendedahan untuk turut serta menjalankan perniagaan yang diselitkan dalam program yang dianjurkan, program anjuran universiti, kelab dan persatuan di universiti. Melalui program ini juga mahasiswa diberi motivasi dan digalakkan membina Student Mall UTM menyediakan ruang berniaga kepada mahasiswa perniagaan berasaskan memperkembangkan bakat keusahawanan di dalam Kampus.

57


RENCANA

UTHM Ungguli Tiga Kategori Dalam Festival Keroncong MAKUM 2011

Bergambar kenangan..UTHM rangkul tiga anugerah iaitu Johan Nyanyian Kumpulan, Gubahan Lagu Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

U

niversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tempat pertama nyanyian Keroncong kategori Kumpulan pada Festival Keroncong MAKUM 2011, yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM, 25 hingga 27 Februari 2011. Festival Keroncong ini dianjurkan oleh Unit Kebudayaan, UTHM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Majlis Kebudayaan UniversitiUniversiti Malaysia (MAKUM) dan Yayasan Warisan Negeri Johor (YWJ). Program yang berlangsung selama 3 hari itu telah disertai oleh 9 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA). Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori nyanyian keroncong Kumpulan dan nyanyian keroncong secara solo. UTHM juga berbangga kerana turut menerima Anugerah Khas Juri dan Anugerah Gubahan Lagu terbaik. Yang Berbahagia Profesor Madya

58

Antara objektif penganjuran Festival Keroncong ini adalah untuk mengembangkan seni muzik tradisional tempatan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menanam semangat cintakan seni muzik tradisional Melayu dan untuk menampilkan bakat-bakat seni mahasiswa IPTA di dalam nyanyian lagu keroncong. Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) merangkap Pengerusi MAKUM telah merasmikan majlis penutup festival tersebut.

Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM dan Tuan Haji Jamak Johan, Pengarah Yayasan Warisan Negeri Johor turut hadir memeriahkan majlis. Antara objektif penganjuran Festival Keroncong ini adalah untuk mengembangkan seni muzik tradisional tempatan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menanam semangat cintakan seni muzik tradisional Melayu dan untuk menampilkan bakat-bakat seni mahasiswa IPTA di dalam nyayian lagu keroncong. UTHM berbangga kerana festival ini telah diuruskan oleh Jawatan Kuasa Pelaksana yang terdiri daripada 71 orang pelajar daripada pelbagai jurusan. Mereka merupakan pelajar terlatih yang telah mengikuti bengkel Pengurusan Seni Persembahan yang dianjurkan oleh Unit Kebudayaan, UTHM sebelumnya.


RENCANA

Kontrak Pembelajaran-

Inovasi Baru Dalam Sistem Pendidikan UKM akademik berperanan menolong pelajar cara untuk mengakses pengetahuan yang sudah pun wujud. Mereka harus boleh menunjukkan kepada pelajar apa yang ada dalam dunia ini, pandu mereka terhadap cara menilai maklumat dan bagaimana menggunakannya. Jadi mereka boleh berperanan untuk melakukan perubahan kepada perkara yang mereka minati. “Jadi pada tahap mikro ini, kita menentukan apa hasilnya yang kita mahu pelajar memperolehi, bagaimana Melalui pendekatan Kontrak Pembelajaran, pelajar dibenarkan mengemukakan apa yang mereka inginkan dan konsensus harus dicapai antara pelajar dengan pensyarah.

U

KM memperkenalkan ‘kontrak pembelajaran’ sebagai sebahagian daripada strategi pembelajaran kepada pelajarnya, kata Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Shahabudin. Dalam kontrak pembelajaran, pelajar menentukan kegiatan yang mereka mahu lakukan bagi mencapai matlamat sebagaimana ditetapkan dalam kerangka pembelajaran universiti. Ini melibatkan kepimpinan, kerja berpasukan dan kebolehan pengurusan. Pelajar-pelajar boleh merangka program mereka sendiri dengan penyelia memastikan mereka mencapai hasil yang ditetapkan. Dalam satu temu bual dengan Portal Berita UKM, beliau menghuraikan bagaimana pensyarah boleh berperanan mengikut tahap yang berbeza. Pada tahap mikro, mereka berurusan langsung dengan pelajar dan membimbing pelajar dalam cara berfikir dan bertindak. Tambah beliau lagi, bukan pengetahuan atau ilmu saja yang disampaikan oleh akademia, tetapi juga

bagaimana membantu pelajar untuk berfikir selain menyemai nilai murni untuk kepentingan negara. Sebelum ini, ahli akademik melakukan tugas berasaskan apa yang mereka fikir terbaik, namun kini kita perlu lebih

Pensyarah akan membantu pelajar dan pelajar pula akan mengatur kegiatan pengajaran-pembelajaran mereka sendiri.

sistematik untuk melakukan pendekatan berasas hasil dan pendidikan bertumpu kepada pelajar, tambah beliau lagi. Pelajar dibenarkan mengemukakan apa yang mereka inginkan dan konsensus harus dicapai antara pelajar dengan pensyarah. Di peringkat bilik kuliah, kita boleh menetapkan garis panduan mengenai apa yang ahli akademik harus lakukan, bukan hanya menganggap diri mereka sebagai orang berpengetahuan dan menyampaikan pengetahuan itu. Sedangkan maklumat ada di mana-mana seperti di internet, dalam buku dan jurnal. Dengan itu ahli

Di peringkat bilik kuliah, kita boleh menetapkan garis panduan mengenai apa yang ahli akademik harus lakukan, bukan hanya menganggap diri mereka sebagai orang berpengetahuan dan menyampaikan pengetahuan itu pensyarah merangka pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pelajar mencapai matlamat itu,� katanya. Pensyarah akan membantu pelajar dan pelajar pula akan mengatur kegiatan pengajaran-pembelajaran mereka sendiri. Inilah kontrak pembelajaran, iaitu satu kontrak di antara universiti dengan pelajar. “Ia membenarkan pelajar melakukan sesuatu tetapi dalam pada itu mereka mesti melaksanakan kontrak mereka dari segi hasilnya. Pada tahap mikro ia sedang dimajukan dan berjalan dengan baik,� kata beliau. Ini bermakna, UKM meneruskan usaha memperkenalkan pendekatan inovatif terkini bagi memperkasa pelajar dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan daya kreativiti, keyakinan dan kemahiran insaniah. Oleh: S. Sivaselvam, Pusat Komunikasi Korporat, UKM

59


RENCANA

Pemakaian White Coat Bukti Kesungguhan UPNM Lahirkan Doktor Tentera Tidak Lama Lagi

Naib Canselor beramah mesra bersama pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan pada majlis tersebut.

P

eranan doktor bukan sahaja membantu pesakit di klinik atau di hospital semata-mata malah lebih dari itu membantu ribuan nyawa manusia dengan menyertai misi di wilayah atau negara yang bergolak di peringkat antarabangsa. Kebanyakkan dari doktor ini pula terdiri dari pakar dalam pelbagai bidang perubatan. Semuanya hadir menghulurkan bantuan dengan satu tujuan iaitu ‘menyelamatkan nyawa’. Dalam suasana tanpa peperangan pula, kita terus memacu kemajuan negara agar rakyat hidup lebih mewah lantas melupakan insan di luar sana yang bukan sahaja berperang dengan dihujani peluru malah berperang untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Ketika ini jualah kebanyakan doktor turun membantu komuniti yang memerlukan bantuan

60

rawatan peperangan, kebuluran, bencana alam, termasuk bertungkus-lumus melaksanakan misi-misi kemanusiaan dan ketenteraan untuk membina masyarakat dunia yang lebih sempurna.

Dalam mempersiapkan usaha Malaysia berhadapan dengan krisis kemanusiaan global, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi perintis dalam melahirkan graduan perubatan ketenteraan.

Seramai 47 pelajar berbilang bangsa menjadi perintis kepada kursus Pegawai Perubatan Tentera, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan yang baru diperkenalkan di UPNM, baru-baru ini. Kumpulan pelajar sulung ini menuntut di UPNM dan akan melalui suatu fasa pengajian yang sama sekali berbeza dengan pelajar perubatan IPTA lain seluruh Malaysia. Program Pengajian selama lima tahun ini menggabungkan aspek ketenteraan dan kerjaya perubatan. UPNM berperanan besar dalam melahirkan ‘Pemimpin Berkarekter yang Berintelektual’ untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) justeru UPNM sememangnya menekankan aspek kepimpinan ketenteraan dalam pembelajaran. Semua ini bertujuan melahirkan produk dan pemimpin


Diperhatikan keluarga dan media, kumpulan pelajar sulung Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan bergambar bersama-sama Pengurusan Tertinggi UPNM.

berkualiti untuk negara pada masa hadapan. Bidang perubatan ketenteraan di UPNM khususnya mencabar penuntutnya untuk mempraktikkan dan meningkatkan kualiti pembelajaran yang sistematik dan berdisiplin tinggi kerana memastikan aspek ketenteraan tidak diabaikan dan pengajian memberangsangkan bukanlah dua perkara yang mudah untuk dilakukan

Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan memakaikan kod Putih pada salah seorang pelajar sulung fakulti tersebut.

tanpa memiliki disiplin yang tinggi. Kumpulan pelajar sulung Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM ini bukan sahaja akan berkhidmat sebagai doktor tentera di pusat perubatan tentera sahaja malah lebih dari itu tenaga mereka akan turut disumbangkan kepada masyarakat di hospital-hospital dalam negara. Setiap dari doktor tentera yang bakal

lahir ini sebenarnya sedang bersiap sedia memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu perubatan dan ketenteraan untuk bertugas demi negara malah dihantar ke negara yang bergolak di seluruh dunia dalam memberi perkhidmatan perubatan terbaik.

Seramai 47 pelajar berbilang bangsa menjadi perintis kepada kursus Pegawai Perubatan Tentera, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan yang baru diperkenalkan di UPNM

Kumpulan pelajar doktor tentera pertama Fakulti Perubatan dan kesihatan Pertahanan ini pada 19 september 2011 yang lalu telah diraikan dalam Majlis Pemakaian Kot Putih Pelajar Pegawai Perubatan Tentera, di UPNM. Majlis tersebut telah disempurnakan Naib Canselor UPNM YBhg Lt Jen Dato’ Wira Datuk Allatif Mohd Noor. Hadir sama dalam acara tersebut adalah Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM, Mej Jen Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin. Dalam majlis tersebut Naib Canselor menyatakan bahawa dengan kemudahan prasarana dan kelengkapan moden serta tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman, UPNM mampu melahirkan doktor pakar, yang mampu menyelamatkan nyawa, berani mempertahankan negara disamping memiliki disiplin yang tinggi. 61


RENCANA

UM Wellness Programme Offers Free Health Screening

Activities conducted during the UM Wellness programme

K

UALA LUMPUR, – The Department of Social and Preventive Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya (UM) organised the University of Malaya Wellness Programme at the Dewan Tunku Canselor, UM. The programme reflects the university’s caring concept towards its employees’ health and well-being. The UM Wellness Programme offers free health screening and risk assessments to employees who are at high risk for chronic diseases. Risk factors include high cholesterol levels, high blood pressure, obesity, physical inactivity, an unhealthy diet, smoking and stress. Staff identified with chronic diseases will be advised to participate in health education through the wellness web page and referral to a clinician or dietitian. Professor Dr. Kurunathan Ratnavelu, Deputy Vice-Chancellor (Development), UM officiated the programme. Also present was Professor Dato’ Dr. Ikram

62

Shah Ismail, Dean, Faculty of Medicine, UM. “The progress of the Wellness Programme can be seen from the increasing number of UM staff who undergo medical checkups every year. Apart from UM staff, the Wellness Program has also extended its wings to the public especially in Petaling Jaya. We also see an increasing number of the public attending this program,” said Professor Dr. Kurunathan. “The Wellness Programme will continue to monitor the staff ’s health status and promote healthy lifestyle choices with the ultimate aim of maintaining well-being among UM staff and the public, which may reduce health care cost in the long term,” said Associate Professor Dr. Retneswari Masilamani, Chairman of the UM Wellness Programme. The objective of the Wellness Programme is to educate, support and

empower UM staff to make healthy lifestyle choices as well as to take a proactive approach to personal well being. The programme is also open to the public. UM Wellness Programme has been held since 2008 and this year’s theme was “Wellness for Health”. There were a total of 26 health booths, making it a one-stop centre for screening of several medical conditions and disorders for BMI, blood pressure, lipid profile and renal profile. Other activities include pap smear and mammogram for women, as well as talks on how to quit smoking and managing stress. The new activities introduced this year inclued weight management and dental health screening.

About UM Wellness Programme Wellness portrays positive health in an individual as supported by the quality of life and a sense of well being. Wellness


is an active process of the awareness and making choices toward a more successful existence. Wellness Programme in UM, launched in 2008, was established in response to the Malaysian government’s policy (Pekeliling 2003, Bil.3) which encourages all employees aged 40 years and above to conduct health screening and physical examination at regular intervals. However, the age limit for this programme has been lowered to 35 years due to popular request by staff. The Wellness Opening remarks by Deputy Vice-Chancellor (Development), Professor Dr. Kurunathan Programme has extended its wings to the public in its efforts to promote healthy lifestyle and “The Wellness Programme empower public to participate in activities will continue to monitor leading to personal well being. the staff’s health status and New initiatives have been introduced to enable a supportive environment for promote healthy lifestyle sustaining well being among UM staff choices with the ultimate aim in the campus. Several surveys have been of maintaining well-being conducted by Department of Social and Preventive Medicine in UM canteens among UM staff and the and cafeterias to ensure healthier choices public... of food. These efforts will be further

extended to ensure safe and healthy food within the campus. A no smoking policy has been enforced on campus. A quick analysis of the 3 year data indicates improvement in some health indicators, for example, blood pressure and cholesterol level of participants. This programme has helped to identify the preclinical disease conditions thus enabling patients to be referred earlier for further remedial management.

63


RENCANA

UMS Buktikan Malaysia Setaraf USA, Brazil dan Scotland

Hashim Paijan memukul gong sebagai gimik pelancaran Program Sarjana Minyak dan Gas di UMS sambil disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof Madya Dr. Hj. Kasim Md. Mansur (dua dari kiri) dan Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Rosalam Sarbatly (kiri).

U

niversiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi mengukir sejarah pengajian tinggi negara apabila menjadi universiti pertama yang menyediakan pengajian Sarjana Minyak dan Gas di negara ini. Program pengajian yang dilaksanakan oleh Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) akan mula beroperasi pada September ini sekaligus melonjakkan nama Malaysia sebagai negara keempat dunia yang menawarkan program seumpamanya selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Scotland. Majlis pelancaran program pengajian berkenaan pada 29 Julai 2011 telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri, Hashim Paijan mewakili Menteri Pembangunan Industri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah. Terdahulu Naib Canselor UMS, Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon dalam ucapannya berkata, pewujudan program pengajian ini di Sabah amat bertepatan dengan lokasi negeri tersebut yang dikelilingi oleh kepesatan pembangunan industri minyak dan gas. Katanya, ia bukan sahaja merancakkan lagi pembangunan industri berkenaan di negeri ini, malah turut membawa kepada kemasukan pelajar antarabangsa

64

program sepertinya yang sedia ada. “Selain kerja kursus yang berlainan, kelebihan program ini adalah para pelajar perlu menjalani latihan sebenar di industri terpilih bagi membolehkan mereka menamatkan pengajian,� ujarnya lagi. Menurut Dr. Rosalam, program secara sepenuh masa itu akan mengambil masa 18 bulan atau selama tiga semester. Jelasnya lagi, kaedah pengajaran dalam program itu termasuklah melalui kuliah, tutorial, kajian kes, latihan industri, kerja lapangan dan tesis. Beliau berkata, program itu dibuka kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) tidak kurang daripada 2.7 PNGK. Dalam pada itu, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dalam ucapannya yang dibacakan oleh Hashim Paijan berkata, kewujudan program tersebut diharap dapat membantu melahirkan modal insan mahir bagi memenuhi keperluan dalam pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini. Ujarnya, pembangunan pesat industri minyak dan gas khususnya pembinaan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis membuka banyak peluang pekerjaan kepada pelajar dalam bidang berkenaan. Seramai 15 siswazah pertama akan mengikuti program Sarjana tersebut dengan diseliakan oleh pakar-pakar dan pensyarah berpengalaman daripada UMS.

melanjutkan pengajian di UMS. �Kita sangat berbangga kerana UMS bukan sahaja universiti yang pertama menawarkan program ini di Malaysia, malah UMS juga telah membawa negara semakin dikenali mata dunia. Saya percaya program ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak hubungan kerjasama antarabangsa yang melibatkan negaranegara pengeluar minyak dan gas sekaligus menjadikan universiti ini tumpuan pelajar asing,� tambahnya lagi. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Md. Mansur. Sementara itu, Dekan SKTM, Prof. Madya Dr. Rosalam Sarbatly berkata, meskipun mendapat sambutan memberangsangkan dari beberapa negara Oleh: Salbinous Saribun Asia Tenggara, namun sebagai peringkat permulaan program tersebut diberi keutamaan kepada pelajar tempatan. Menurutnya, permintaan yang tinggi itu adalah disebabkan oleh faktor kandungan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri turut pengajian yang agak dibawa melawat ke pameran produk dan penyelidikan pelajar dengan berbeza berbanding diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. dengan program-


RENCANA

UPSI Menjadi Tuan Rumah Program International Youth Student Exchange 2012

T

anjong Malim , 10 Februari 2012 – Buat julung-julung kalinya, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diberikan penghormatan oleh Global Peace Festival Malaysia (GPF) untuk menjadi tuan rumah bagi program International Youth Exchange 2012 yang telah di adakan bermula 4 Februari hingga 11 Februari 2012. Program ini mengumpulkan seramai 55 orang para pemimpin remaja dari terutama dari universiti diseluruh dunia dan turut disertai seramai 25 orang mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Peserta dari luar negara seperti dari Korea Selatan, Monggolia, Indonesia, Filipina, Nepal dan Pakistan telah tiba di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 4 Februari 2012. Program bertujuan mengumpulkan mahasiswa dari pelbagai negara dalam satu program bersama disamping dapat meluaskan jaringan

persahabatan, bertukar-tukar pandangan dan idea melalui penglibatan bersama dalam pelbagai aktiviti yang telah di atur oleh pihak urus setia dan penganjur. Program sepanjang 8 hari ini dipadatkan dengan pelbagai aktiviti seperti program kepimpinan dan ‘team building’, program anak angkat dan khidmat masyarakat yang dijalankan di Kampung Ketoyong, Tanjong Malim, sukan rakyat bersama masyarakat setempat, lawatan ke tempat ibadat pelbagai agama dan program ‘jungle tracking’ dan ‘water rafting’ yang dikendalikan oleh Pusat Sukan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Sungkai, Perak.Pelajar turut didedahkan dengan pengalaman sebenar tentang kehidupan masyarakat Orang Asli dan pekerjaan di ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Program yang turut mendapat sokongan dan pembiayaan dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional ini turut diserikan

dengan Majlis Makan Perasmian yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh Zaleha Ismail dan dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi B. Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini diserikan lagi dengan ‘Peace, Youth & Leadership Forum’ yang bertajuk ‘Accepting Diversity, Living Peacefully’ yang diadakan pada 7 Februari 2012 bertempat di Dewan Konvensyen, Aras 5, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Panel jemputan adalah YBhg. Ustaz (Dr) Muhammad Uthman El-Muhammady (Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s – ACCIN), YBhg. Dato Ir. Ang Choo Hong (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism & Taoism – MCCBCHST) dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Forum ini dimudahcara oleh YBhg. Dr. Amir Farid B. Dato’ Hj. Isahak dari Interfaith Spiritual Fellowship (INSAF). Disediakan Oleh:Tn. Hj. Mohammad Fauzi B. Khalid

65


RENCANA

Inovasi Kunci Kelestarian Ummah

B

ertemakan “Inovasi:Kunci Ke Arah Kelestarian Ummah” Ekspo Inovasi Islam 2011 (i-Inova’11) pada kali ini menyaksikan sebanyak 95 pasukan menyertai program yang kini telah masuk tahun yang ke-dua setelah pertama kali diadakan pada tahun lalu. Ekspo selama tiga hari yang bermula pada Jumaat lepas anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) ini adalah berbentuk pameran dan pertandingan bagi mengenengahkan produk Islam yang inovatif dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan tempatan dan luar negara. Tujuan utama penganjuran i-Inova ini adalah untuk memperkenalkan inovasi dalam penciptaan produk Islam disamping untuk memberi ruang, meningkatkan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat untuk mengetahui dan memahami penggunaan dan penghasilan produk Islam terkini. Dalam pada itu, ianya juga memberi peluang kepada para pensyarah, penyelidik dan para pelajar di IPT tempatan untuk mencungkil bakat dan potensi diri dalam pelbagai bidang. Melalui pendedahan seperti ini para pelajar di IPT berpeluang mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi

66

semasa belajar di universiti untuk mencipta inovasi demi pembangunan ummah. i-Inova’11 kali ini mempertandingkan enam kategori yang terdiri daripada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kejuruteraan, Alam Bina, Bioteknologi Perubatan dan Pergigian, Sains Sosial dan Kemasyarakatan serta Muamalat dan Kewangan. Terbahagi kepada dua kategori, prasiswazah dan terbuka, i-Inova’11 menampilkan sebanyak 48 penyertaan untuk kategori terbuka dan 47 penyertaan untuk kategori prasiswazah. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menurut rujhan, penganjuran

i-INOVA’11 ini merupakan contoh terbaik di mana KPT amat menyokong penuh program inovasi di peringkat IPTA/ IPTS. “KPT memberikan sokongan padu atas usaha menjadikan inovasi dalam pendidikan tinggi Negara dan saya percaya, generasi yang ingin dibentuk pada masa hadapan, memerlukan generasi yang kreatif dan inovatif ” Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri pengajian Tinggi Malaysia semalam. UNIMAP (Kategori Prasiswazah) dengan produk mereka “Eco Twister SR” dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Kategori Terbuka) dengan “Modul Atomm 1 & 2 ( Approach To Mathematics Module 1 & 2 ) With Power Point Presentation” berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000, piala iringan beserta sijil apabila hasil inovasi mereka berjaya memenangi Anugerah Alkhawarizmi. Kejayaan mereka ini menjadi lebih manis lagi apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Islam i-INOVA’11. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil. Anugerah utama di dalam acara ini dinilai berdasarkan produk yang memberikan sumbangan yang besar kepada umat Islam secara khusunya dan masyarakat secara amnya serta mempunyai cirri-ciri inovasi dan praktikal. Dalam pada itu, Universiti Malaya (Kategori terbuka) dengan inovasi mereka bertajuk “Fakih – A Quran Recitation Courseware For Children With Special Needs” dan UTM, Johor (Kategori Prasiswazah) dengan “Easy Refillable Marker Pen With Portable Marker Pen Station” telah berjaya meraih Anugerah Ibnu Sina dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, piala iringan beserta sijil. Anugerah ini diberikan kepada peserta yang berjaya menonjolkan produk yang paling kreatif dan berinovasi di dalam i-INOVA’11 ini. Oleh: Khairul Azizi Elias


SUKAN

Pelajar UMP Berkayuh Penuhi Hasrat Temui Perdana Menteri

UMP

K

epenatan berkayuh di kalangan 110 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar SMK Tengku Abdullah Pekan dalam merealisasikan impian menyahut cabaran berbasikal dari Pekan Pahang menuju ke rumah Putrajaya nyata berbaloi apabila berjaya berkayuh sejauh 322 km untuk menemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak di pejabat beliau di Putrajaya. Acara pelepasan program anjuran UMP dan SMK Tengku Abdullah ini disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu , YB Ibrahim Awang Ismail di rumah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak di Pekan. Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, “Ekspedisi ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang erat melibatkan UMP dan pihak sekolah merealisasikan konsep 1 Malaysia serta dapat memasyarakatkan kampus.” Selain itu aktiviti ini berjaya menarik minat generasi muda yang berminat dalam menyertai sukan berbasikal serta mengamalkan gaya hidup sihat. Program selama empat hari ini singgah di beberapa lokasi melibatkan sekolah dan IPTA bagi mengedarkan risalah gaya

hidup sihat dan pemakanan seimbang untuk kecergasan dan kecerdasan minda pelajar. Ekspedisi singgah berehat di SMK Mat Kilau Pekan, UMP Gambang, Kompleks Belia Maran. SK Gau, SK Rantau Panjang, SMK Karak Setia dan SM Vokasional Ampuan Afzan dan. Peserta turut singgah di SMK Bukit Tinggi, SBPI Gombak dan di Universiti Putra Malaysia, Serdang sebelum tiba ke destinasi akhir di Putrajaya. Menurut Ketua Ekspedisi Ramle Abid berkata, “Pelajar juga dilatih agar mempunyai jati diri yang kuat dan berdisiplin bagi melahirkan pelajar yang lebih cemerlang, kreatif dan bersiap sedia dalam berdepan dengan pelbagai cabaran.” katanya.

Aktiviti ini juga berjaya mendekati generasi muda dengan program yang dapat memberi manfaat di samping mendekatkan mahasiswa dengan pelajar sekolah melalui aktiviti dalam kumpulan, program motivasi dan ketika berdepan suasana kepayahan. Sementara itu, jurulatih pasukan yang juga guru SMK Tengku Abdullah, Cikgu Sakri Hamzah berkata, mereka yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 di sekolah ini nyata gembira setelah menjalani perit getir menempuh rintangan sepanjang perjalanan ini. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam dalam merealisasikan program ini.

67


SUKAN

UPM Johan MASUM

U

niversiti Putra Malaysia (UPM) muncul johan keseluruhan apabila mendominasi pungutan pingat emas Karnival Sukan Majlis Sukan Malaysia (MASUM) yang berlangsung dari 18 Jun hingga 30 Jun 2011. Daripada 12 acara yang dipertandingkan pada fasa 1 bermula 18 Jun, kontinjen tuan rumah itu muncul juara dalam acara badminton lelaki dan wanita, bola tampar wanita, tenpin boling lelaki dan wanita, hoki, olahraga serta skuasy wanita. Bagi fasa 2 yang bermula 25 Jun, UPM terus unggul dalam acara bola keranjang wanita, karate dan memanah lelaki . Dengan pungutan 71 pingat emas, 29 perak dan 30 gangsa, UPM jauh meninggalkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meraih 46 pingat emas,

68

47 perak dan 39 gangsa di tempat kedua sementara Universiti Malaya (UM) pula berada di tangga ketiga dengan 19 emas, 30 perak dan 24 gangsa.

Olahraga menjadi lubuk emas buat UPM, yang dibarisi majoriti atlet kebangsaan apabila merangkul 22 pingat, sementara UiTM dan Universiti Malaya (UM), masing-masing sekadar meraih 4 pingat emas. Penyampaian hadiah dan piala pusingan disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi di Panggung Percubaan UPM. Sebelum itu, beliau yang membuat ucapan penutup kejohanan berkata, kejohanan Karnival Sukan MASUM harus diktiraf oleh semua pihak sebagai kejohanan yang bertaraf tinggi.

“Sejajar dengan hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan 30 peratus atlet negara dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi, penganjuran Karnival Sukan MASUM perlu dilihat lebih teliti bagi mencapai matlamat ini. “Saya juga berpendapat Pusat Kecemerlangan Sukan yang dipelopori oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti sesuatu bidang sukan,� katanya. Turut hadir pada majlis penutup ialah Pengerusi MASUM, Profesor Dr. Shaharuddin Abd. Aziz dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Profesor Dr. Mohd Fauzi Ramlan selaku Pengerusi jawatankuasa Induk Karnival Sukan MASUM 2011. Sebanyak 20 kontinjen institut pengajian tinggi Awam (IPTA) menyertai Karnival Sukan MASUM yang mempertandingkan 19 acara sukan melibatkan lebih 4,000 atlet. Sejak diperkenalkan sekitar 80-an, MASUM telah melahirkan beberapa tokoh sukan ternama seperti Zaiton Othman, Nazmizan Mohamad, Nik Nur Azura serta ramai lagi yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Oleh Syed Muhammad Azlan Sayid Hizar


SUKAN

Temasya Sukan Universiti 2011 di Shenzhen Meriah

69


IPTS

The Allianze University College of Medical Sciences

T

he Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) is an established university college that specializes in Medicine and Allied Health Sciences courses. As Meducationists - experts in medicine, education and professionalism – we are committed to transforming our students into dedicated and passionate medical professionals who’s quest is to enrich the lives of others. Our philosophy is encapsulated in our tagline “Ideas Beyond Science.” By inspiring new generations to ally their acquired scientific knowledge with creative insights, they will be better skilled to do their bit in trying to make life better for all of us.

the medical community, we look towards building another chapter of history for ideas and their conception.

Our Mission We strive to expand the possibilities of medical exploration through our mission of developing ideas beyond science in Medicine through both conventional and modern chemistry, our drive to achieve breakthroughs in this field is encouraged from all parties who work together with us including our students, meducators, partners, vendors and the community in which we operate. Education knowledge improves lives and creates more opportunities for creative ideas. We equip our Our Founder people with expandable quality Our founder is Dato’ education and make sure we share Zainuddin Wazir, a our expertise with everyone who professional Cardiothoracic need it, thus sparking a catalyst for surgeon who is renowned in change. his field. He has contributed Dato’ Zainuddin Wazir Professionalism with integrity President significantly to the medical and ethics, we serve the world and industry, including setting the environment with creative up a modern heart center in the Penang ideas without compromising on our General Hospital. responsibilities. We intend to groom future medical professionals to heal lives Our Story through compassionate human touch AUCMS was established in 2002 as the premier meducationist in Malaysia. Our Vision We have journeyed through milestones With an infinite flow of life changing and challenges with our philosophies in ideas, our vision is to be the top medicine, education and professionalism, meducationist throughout the nation and to bring improvement to lives with the world by the year 2015 ideas beyond science. Our founder is We dedicate ourselves to offer Dato’ Zainuddin Wazir, a professional medical excellence and life-long Cardiothoracic surgeon who is renowned learning opportunities for in his field. He has contributed health and health care significantly to the medical industry, professionals in including setting up a modern heart center Malaysia, Asean in the Penang General Hospital. countries and Together with Dato’ Zainuddin other Asia Pacific Wazir, various professional doctors who nations. are current practitioners in the fields of medicine and science have also given their support to the growth and expansion of AUCMS. As a team, they are dedicated to the progress of AUCMS new medical city campus. With belief and involvement of 70

Providing ethical studies of philosophies that encompass medicine, education and professionalism, it will be our ultimate achievement to inspire medical science breakthroughs with students who live and learn from their love of life. Our Programs AUCMS has just introduced our own degree programs (MD AUCMS) which is expected to start the first intake in October 2011. In addition, there are many other degree programs will be offered such as Doctor Physiotherapy, Physiotherapy Degree, Pharmacy Degree, Bachelor of Nursing, Bio-Technology Medical Degree, Bachelor of Management (Health Care), Medical Tourism Management Degree (Hospitality), Bachelor of Science degree Psychology, Bachelor of Science (Sport and Fitness) and Complementary Medicine Degree (homeopathy, Chinese, Ayurveda, etc.). AUCMS offers four (4) times intake per annum, in January, April, July and October. Students who are interested can apply through the website: www. allianzeuniversity.edu.my, tollfree: 1800-88-2015, email: write2us@ allianzeunicollege.edu.my or sms: AUCMS <space> ENQ <space> Name, Course and send to 36828.


KE ARAH PENSIJILAN AMALAN 5S

PERSEKITARAN KONDUSIF PEMACU TRANSFORMASI Anjuran : Kementerian Pengajian Tinggi

71



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.