KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Januari 2011
Menerajui Kegemilangan Ilmu
Pengajian Tinggi ke Arah Transformasi Negara
SIDANG REDAKSI
KANDUNGAN
Januari 2011
• Bicara Pengarang • Ilmu Membina Tamaddun... KPT Menerajuinya! (Kata Aluan KSU)
Penasihat YBhg Datuk Hj. Ab Rahim bin Md Noor Ketua Pengarang Raihanah Hj. Khudri Penolong Ketua Pengarang Nur Ashikin Othman Sidang Pengarang • Mohd Izani Mohd Zain • Salmah Zainal Abidin • Mohd Sabri Abdullah • Azwarni Herni Che Noh • Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, Agensi, IPTA Urus Setia Penerbitan • Ahmad Aizuddin Miskandar @ Nasiruddin • Norasikin Khalid • Nurul Atiqah Mustafa Jurugambar Fadzilah Noordin Edaran Mohd Fairuf Azrin Mokhtar Diterbitkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengajian Tinggi Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 PUTRAJAYA Tel : 03 – 8883 5000 Faks : 03 – 8889 5141
3 4
BERITA KEMENTERIAN • “Pengajian Tinggi ke Arah Transformasi Negara” 5 • Seminar Perancangan Strategik KPT Lonjak Prestasi Warga 6-7 • MyBrain15 – Menjana Modal Insan Berpengetahuan Tinggi 8-9 • 5 Bintang Bukti Komitmen dan Kesungguhan Warga KPT 11 • ‘Jom Masuk U’ , Karnival Bermaklumat 12 • Pusat Pengambilan Setempat Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) 13 • Anugerah Profesor Ulung Iktiraf Sumbangan Profesor 14 • Soft Launch Of Malaysia-Indonesia-Thailand (M.I.T) Mobility Programme 15 • Hubungan Kerjasama KPT dan Industri Bank-Bank Negara, Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan 16 • KSU Temui Pro IPT dan Agensi di Bawahnya 17 • KPT Dekati Rakyat 17 • KPT Raikan Atlit Cemerlang 2010 18 • Budi Ditabur Jasa Dikenang 19 BERITA AGENSI • YTAR-“Tunku Scholars”, Cermin Keperibadian Bapa Kemerdekaan 20 • AKEPT-EDUCATE-10 Pertingkat Kualiti P&P IPT 21 • MQA-Setara 2009 : 18 Universiti dan Kolej Unversiti Cemerlang 22-23 • KOLEJ KOMUNITI-Kolej Komuniti dan Perubahan-Satu Agenda Kementerian Pengajian Tinggi 24 • Pelajar Sulung Politeknik METrO Kuala Lumpur Melapor Diri 25 • Pelaksanaan Pertukaran Kepada Pembiayaan Ujrah PTPTN 26 IKON ILMU Ko-Kurikulum Universiti Semakin Penting
27-29
• Sorotan 2010 KPT
30-33
TINTA ILMU • Peranan Pendidikan Tinggi Dalam Melahirkan Graduan Berkualiti 34-35 • UTeM dan Lancaster Universiti Anjur Simposium Antarabangsa 36-37
ms 11
ms 40 www.mohe.gov.my
PENYELIDIKAN • 5 Awards For UTM at IDEERS • Cleaner Production – Leads To Reduce Pollution, Health Risk and Increase Incomes For Small-Medium Entrepreneurs (SMEs)
38
39
INOVASI • USM Cipta Pesawat Pemantau Tanpa Pemandu 40 • ICT Support Rural Development At Bakelalan 41 WAWANCARA • `Libatkan Nilai Kreativiti, Inovasi’ Pendidikan Keusahawanan rentasi kurikulum - Naib Canselor UMK 42-43 KHIDMAT KOMUNITI • 18 Anak Yatim dan Miskin Terima Duit Raya Dari BKKUSIM 44 • Lawatan Ke Kemboja Meneroka Kerjasama Strategik dan Kemanusiaan 45-46 • Bengkel Pemikiran Kritis Dalam Pembelajaran Matematik 47 PENGANTARABANGSAAN • Semua Anggota ICMHESR Perlu Bekerjasama Jika Mahu Berjaya 48-49 RENCANA • Perserta dari 10 Negara Islam Membuat Panel Suria dalam Bengkel di UKM • UPM Lokasi Baharu Edu-Tourism Selangor • Tidur ketika kuliah…..kenapa? • UMT Dedahkan Survival Laut Kepada Pelajar Baru
50 51 52 53
KEUSAHAWANAN • Pasukan SIFE UiTM Sertai SIFE World Cup Di Los Angeles
54
PELAJAR • Gawai Kaamatan UPSI 2010 “1Gawai, 1Kaamatan, 1Malaysia”
55
IPTS • UCSI University To Lead Malaysia Hospitality and Tourism Education Initiative 56 SUKAN • Kejohanan Sukan Universiti Asean, Chiang Mai, Thailand 2010 • Sukan Varsiti MASTHAI Perkukuh Jalinan Kerjasama Malaysia-Thailand • Liga Bola Sepak IPT Piala Y.B. Menteri Pengajian Tinggi
57 58 59
ms 21
ms 58
Pengarang
B
ITARA menemui pembaca di awal tahun 2011 dengan satu mesej ringkas bahawa Pengajian Tinggi merupakan jambatan Kegemilangan dan Ketamadunan dunia sejagat.
Tahun 2010 telah berlalu meninggalkan kita dengan sebuah dimensi perubahan dalam landskap dan persekitaran pengajian tinggi yang sarat dengan cabaran yang kompleks. Namun tahun 2010 terbukti telah didepani dengan jayanya apabila Kementerian Pengajian Tinggi diiktiraf memiliki pengurusan yang bertaraf lima bintang dalam Star Rating yang diumumkan baru-baru ini. Sementara itu, kejayaan program dan inisiatif yang dijalankan bagi memartabatkan pengajian tinggi sesungguhnya telah menyokong gagasan model ekonomi baru negara yang berteraskan inovasi dan kreativiti. BITARA sepanjang 2010, sempat merakamkan beberapa inisiatif yang signifikan yang disempurnakan pelancaran dan promosinya. Antaranya termasuklah program MyBrain15, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung, pengiktirafan 6 buah pusat kecemerlangan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE), program employability yang komprehensif, Biasiswa Antarabangsa, program transformasi politeknik yang mengumumkan Tiga politeknik premier dan Transformasi Kolej komuniti. Melengkapi pencapaian 2010 adalah Kejayaan dalam arena sukan semasa sukan di chiengmai. Walau pun PTPTN melalui cabaran yang begitu getir sepanjang 2010, kejayaan menrealisasikan program Pelepasan bagi Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN telah dapat memartabatkan PTPTN sebagai sebuah agensi yang mendekati rakyat. Dalam keghairahan melengkapkan segala agenda yang di sasarkan, KPT bertafakul dengan pemergian mengejut Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Allahyarham Dato Dr. Ramli Hassan pada 5 Oktober 2010. Pemergian yang sememangnya ditangisi oleh keluarga juga memberi kesan mendalam kepada warga KPT yang sentiasa berganding bahu dengan Allahyarham bagi menggembelingkan usaha menjayakan perencanaan. Pada 24 November pula mantan Ketua Setiausaha, YBhg. Tan Sri Dr. Zulkefli Bin A. Hassan menamatkan tempoh kontrak perkhidmatannya di KPT. Sekali lagi warga KPT merasa kehilangan. Namun yang patah tumbuh yang hilang silih berganti. Bitara merakamkan penghargaan kepada mantan KSU dan mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Datuk Hj. AB Rahim Mohd Noor bagi menerajui pengurusan KPT seterusnya. Dengan azam dan cita melonjakkan sistem pengurusan dan meletakkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah kementerian yang unggul bersama warganya yang BITARA, marilah kita melangkah ke 2011 dengan satu azam memacu Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara. Ketua Pengarang
3
Ilmu Membina Tamaddun... KPT Menerajuinya!
S
alam satu Malaysia dan salam kegemilangan kepada semua pembaca BITARA, wadah penyambung bicara dan agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan pelanggan-pelanggannya yang dihormati.
Saya bersyukur kerana telah diberi kepercayaan mengemudi sebuah kementerian yang senantiasa dekat di hati rakyat. Pertumbuhan ekonomi yang disokong oleh kemakmuran dan kestabilan negara menjadikan rakyat Malaysia meletakkan Pengajian tinggi sebagai subjek utama yang menjadi tumpuan setiap keluarga. Justeru seluruh warga kerja KPT perlu memberi tumpuan secara total agar kita tidak tersasar daripada metlamat memberikan perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan KPT yang berada di seluruh pelusuk tanah air dan mungkin juga diseluruh dunia. KPT juga telah memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) setelah berjaya melengkapkan fasa pertama PSPTN iaitu meletakkan asas yang kukuh bagi melonjakkan sektor pengajian tinggi negara. Inisiatif-inisiatif yang telah memartabatkan pengajian tinggi telah dilaksanakan melalui institusi-institusi dibawah KPT. Selari dengan kemajuan ini, dan bersesuaian dengan usaha Peningkatan dan Pemerkasaan dalam fasa kedua PSPTN, adalah wajar untuk KPT melonjakkan imejnya dengan mempamer dan menzahirkan imej organisasi yang senantiasa memenangi hati dan minda rakyat. Sebagai langkah pertama bagi memulakan fasa ke dua PSPTN, KPT akan melangkah lebih agressif dengan langkah bukan cara biasa. Dalam fasa kedua PSPTN, KPT akan dipacu supaya melahirkan aura tersendiri melalui pendekatan dan program pemindahan ilmu dan inovasi yang akan memberi impak yang lebih besar kepada KPT dan masyarakat amnya serta dapat meningkatkan value for money bagi setiap aktiviti dan dapat pada masa yang sama meningkatkan visibility KPT di mata stakeholders.
Datuk Ab Rahim Md Noor dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPT mulai November 2010
Bertepatan dengan pendekatan dan hasrat kerajaan mendahulukan rakyat, dan bagi merealisasikan amanat tahun baharu 2011 yang bertemakan “Pengajian Tinggi Kearah Transformasi Negara� KPT akan melakukan transformasi menyeluruh kepada cara pelaksanaan kesemua agenda kritikal dan agenda berkaitan tanggungjawab sosial (CSR)nya. Tindakan yang lebih strategik lagi bersepadu melalui koleberasi dengan IPTA akan diperkasakan bagi menjayakan semua agenda kritikal. Engagement berterusan dengan stakeholders termasuk pihak industri akan dimantapkan lagi. Penganjuran program-program yang bertujuan melestarikan kesejahteraan hidup masyarakat kearah mengujudkan komuniti keilmuan, kegemilangan dan ketamadunan juga akan diperkasakan pelaksanaannya. Akhirnya Marilah sama-sama kita menggandakan usaha dalam merealisasikan wawasan mentransformasi pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok serta berkongsi aspirasi dalam menjadikan KPT sebagai sebuah kementerian yang terkemuka dan bersama memacu Pengajian Tinggi Kearah Transformasi Negara. Menerajui Kegemilangan Ilmu Ab Rahim MD Noor
KPT Prihatin Warga 4
BERITA KEMENTERIAN
“Pengajian Tinggi ke Arah Transformasi Negara”
Kementerian Pengajian Tinggi Sebagai Penyumbang Yang Kritikal mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokesional. • “Keseimbangan Ke Arah Kesempurnaan Negara Bangsa” menekankan mengenai titik keseimbangan dengan tradisi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Rukunegara.
M
engangkat tema “Pengajian Tinggi ke Arah Transformasi Negara”. Majlis Amanat Tahun Baharu 2011 telah diadakan dengan membawa angin perubahan ke arah lebih memartabatkan arena pengajian tinggi negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berpengehtahuan tinggi. Pengurusan atasan kementerian, Naib-naib Canselor, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua- ketua Eksekutif Agensi di bawah kementerian Pengajian Tinggi dibawa melihat satu dimensi baru bagi menyumbang ke arah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara. YB Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapannya turut menekankan berkaitan beberapa perkara utama:• “Rejuvenasi Budaya Akademia Sebenar” yang mana penekanan terhadap kemampuan melakukan pembaharuan dalam mengembali dan menyuburkan semula budaya akademia sebenar dalam universiti perlu dilakukan. • “Universiti dan Kesejagatan” dimana kementerian akan memperkenalkan satu lagi Projek Agenda Kritikal Critikal Agenda Cap iaitu Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme), KPT). Inisitif
• • • • •
yang bertujuan bagi meningkatkan lagi keberkesanan peranan sesebuah Universiti kepada Masyarakat. “Pembudayaan Berterusan dan Memartabatkan Kualiti” pula menekankan pembudayaan dan penerapan selain pengalaman nilai serta elemen kualiti dalam sektor pengajian tinggi negara adalah tunjang kepada semua institusi ilmu, di samping ianya merupakan kekuatan dalaman yang penting untuk institusi-institusi berkenaan kekal berdaya saing dan terus relevan dalam berhadapan dengan perkembangan semasa. “Mengupayakan Penyelidikan dan Inovasi” pula menyentuh mengenai keupayaan dan kekuatan dalam membangunkan sumber manusianya dengan nilai tambah dalam bidang inovasi dan kreativiti. “Memimpin Pengantarabangsaan” pula mencerminkan komitmen dan keyakinan Malaysia yang ingin berkongsi dan menyumbang kepada kemajuan manusia secara globalnya. “Memperkasa Kualiti dan Potensi Pelajar” dalam memberi pendedahan yang lebih meluas dalam aspek kebolehpasaran graduan “Menangani Perubahan Ekosistem Pengajian Tinggi” menyentuh usaha
Hampir 2500 orang warga pengajian tinggi yang mewakili semua komponen sektor pengajian tinggi termasuk IPTA, IPTS dan warga kementerian Pengajian Tinggi hadir dalam perhimpunan tahunan ini. Sementara itu warga kampus yang lainnya termasuk yang berada di luar negara mengikuti majlis ini melalui sesi video conference. Sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2011 ini, dua inisiatif yang dibangunkan dalam usaha memperkasakan IPT turut dilancarkan. Garis Panduan Intergriti Ahli Akademik, dibangunkan bagi memastikan kualiti tenaga akademik di IPT terus gah dan diperkasakan dan Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan (MyQuest) adalah bagi mengukur kualiti 402 buah Kolej Swasta yang ada dalam negara. Sementara itu dalam usaha mempertingkatkan tahap mesra perkhidmatan warga KPT kepada pelanggannya majlis Amanat Tahun Baru 2011 di akhiri dengan memperkenalkan imej warga ceria melalui kempen senyum.
5
BERITA KEMENTERIAN
Seminar Perancangan Strategik KPT Lonjak Prestasi Warga
S
eminar Perancangan Strategik (SPS) Kementerian Pengajian Tinggi diadakan sebanyak dua (2) kali setahun; pada awal tahun dan pertengahan tahun, bertujuan membincangkan tentang prestasi pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT), isu dan masalah serta cadangan program/aktiviti bagi setengah tahun berikut sekiranya terdapat pindaan daripada perancangan asal. Penyediaan SKT 2010 SPS Separuh Tahun Pertama KPT telah diadakan dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 bertempat di Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Pahang. Seminar ini dihadiri oleh seramai 66 orang pegawai kanan daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Format SKT pada tahun ini adalah berasaskan 22 Agenda Kritikal (CAP) Kementerian dan peranan setiap Jabatan / Bahagian / Agensi dalam menyumbang kepada CAP berkenaan. Walaupun Critical Agenda Projects (CAPs) Kementerian telah ditetapkan namun beberapa perkara masih perlu diselaraskan termasuk memperkukuhkan fungsi-fungsi sokongan agar objektif strategi yang disasarkan dapat dicapai. Bagi memastikan visi untuk menjadikan 6
KPT organisasi terhebat tercapai, warga KPT perlu bergerak lebih maju berbanding organisasi lain. Sementara itu, Tahun 2011 merupakan tahun penting dan KPT akan mengatur beberapa strategi kerana faktor-faktor berikut: • Tahun pertama pelaksanaan RMK10. Sehubungan dengan itu setiap pelaksanaan projek perlu dirancang dengan teliti bagi mengelak tindakan disaat akhir dan penundaan sehingga melangkaui tahun. KPT juga perlu memastikan tiada kelewatan projek yang berulang-ulang dan mengelakkan projek sakit yang disebabkan kontraktor yang tidak berwibawa. Setiap kelemahan dalam projek pembangunan perlu dikenalpasti dan diperbaiki. Rundingan terus (direct nego) juga hendaklah dielakkan kecuali bagi keperluan kepakaran tertentu. • Tahun Pelaksanaan PSPTN Fasa Kedua (2011 – 2015). Sepanjang fasa pertama pelaksanaan PSPTN, banyak kejayaan telah dicapai antaranya: º Pelancaran Majlis Profesor Negara; º Karnival Kerjaya dan Keusahawanan;
IPTA mengadakan quick win misalnya finishing school yang bertujuan memberikan kursus soft skill kepada graduan; dan Mengadakan Dasar Latihan Industri di IPT. Sehubungan itu, bagi menghadapi Fasa Kedua, penjajaran semula perlu dilaksanakan bagi mencerminkan gerak kerja yang lebih mantap dan menunjukkan imej yang lebih rapat dengan masyarakat. Pada masa ini kerajaan sangat menekankan aspek keberkesanan dan perbelanjaan berhemah dalam melaksanakan program. Sehubungan itu setiap program perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah, dilihat keberkesanan dan nilainya perlu standing dengan kos yang dibelanjakan. Semasa Amanat Tahun Baharu 2011 YB. Menteri telah mengariskan 8 Agenda dengan 63 penyataan dasar, inisiatif dan perubahan struktur iaitu: • Rejuvenasi Budaya Akademia Sebenar; Perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan sebagai contoh meningkatkan jumlah penerbitan buku-buku akademik.
Perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan sebagai contoh meningkatkan jumlah penerbitan buku-buku akademik.
• Universiti dan Kesejagatan; º Penekanan berterusan dan pembudayaan kualiti; menerusi kemudahan akses buku selaras dengan tag-line KPT iaitu “Menerajui Kegemilangan Ilmu” Perlu ada sistem pengumpulan data bagi mendapatkan amalan terbaik dari agensi-agensi lain untuk benchmark seterusnya ditambahbaik menjadi satu contoh kepada agensi lain pula; º Mengupayakan penyelidikan inovasi; Mewujudkan Bahagian Inovasi;
penambah baikan perlu diambil seperti: • Menyediakan pelan tindakan yang komprehensif; • Menilai sumber khususnya dari sudut kewangan, sumber manusia dan perundangan; dan • Menyediakan mentaliti yang sesuai (new mindset). Sehubungan dengan itu pendekatan berikut harus dilaksanakan iaitu: • Melaksanakan program transformasi minda di KPT dengan cara penukaran mindset dan dilakukan secara lebih strategik; • Kerjasama strategik bersama agensi agensi lain dalam pelbagai bidang seperti inovasi, sukan dan lain-lain; dan • Kerjasama bersama pihak swasta.
• Memimpin Pengantarabangsaan; • Memperkasa kualiti dan potensi pelajar; º Setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah sampai matlamat kepada golongan sasaran; • Menangani Perubahan Ekosistem Pengajian Tinggi; dan • Keseimbangan Ke Arah Kesempurnaan Negara. º Nilai murni dan integriti perlu ditanam dikalangan warga. AKEPT telah bersetuju untuk menyediakan garis panduan untuk ahli akademik. º Mewujudkan “Think Tank” to be proactive to top talent. Dalam merealisasikan tindakan sebagaimana yang dirancang, beberapa
KPT telah mendapat pengiktirafan 5 Bintang dengan pencapaian markah 93.18% (Star Rating yang dilaksanakan oleh MAMPU). Bagi meningkatkan lagi pencapaian markah yang diperolehi, MAMPU telah mencadangkan beberapa penambah baikan antaranya: • Melaksanakan program perekayasaan bagi menambahbaik proses kerja supaya memenuhi kepuasan pelanggan; • Mendapatkan usaha pengiktirafan sama ada di peringkat negeri, negara atau antarabangsa; • Mengemaskini fail meja dan menggunakan format yang seragam; • Mempertingkatkan pelaksanaan Kajian Kepuasan Pekerja; • Menyediakan Pelan Pengurusan Risiko yang komprehensif (perlu disediakan menjelang April 2011); • Meningkatkan prestasi penyediaan
minit mesyuarat iaitu 3+1 hari; • Meningkatkan tahap analisis tahap prestasi pembekal; • Mempercepatkan penyelesaian kes-kes tatatertib; • Mengemaskini HRMIS; • Menyebarluas maklumat berkenaan kesedaran ICT; • Memantapkan pelaksanaan JKICT dan penghantaran laporan kepada MAMPU; • Melaksanakan mystery shopping dalaman secara efektif. • Melaksanakan Program Mentoring; dan • Mengadakan Physcometric Test dikalangan warga. Untuk penilaian akan datang, KPT mensasarkan penarafan 5 Bintang dengan pencapaian markah 99.99%. Untuk itu, persediaan awal perlu dilaksanakan di mana Jawatankuasa Star Rating akan dibentuk dan pelaksanaan akan bermula seawal 1 Februari 2011
7
BERITA KEMENTERIAN
MyBrain15 – Menjana Modal Insan Berpengetahuan Tinggi
D
alam mencapai misi Negara ke arah tahap negara berpendapatan tinggi dan pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi, Kerajaan telah mengamanahkan tanggungjawab untuk menjana lebih ramai modal insan berpengetahuan tinggi kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui penyediaan sejumlah peruntukan di bawah RMKe-10 untuk pembiayaan pengajian peringkat ijazah lanjutan bagi program MyBrain15 dalam mencapai sasaran 60,000 pemegang ijazah kedoktoran pada tahun 2023. Dalam usaha meningkatkan jumlah pemegang PhD tempatan, kumpulan sasar telah diperluaskan kepada tidak hanya menumpukan kumpulan tenaga akademik IPTA sahaja di bawah program sedia ada, bahkan diperluaskan juga kepada graduan yang belum bekerja, kakitangan swasta, pensyarah IPTS serta eksekutif di industri di bawah program MyBrain15. Sehubungan itu, Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan program MyBrain15 bagi empat (4) projek pembangunan merangkumi tiga (3) projek baru dan satu (1) projek yang telah dilaksanakan di bawah RMKe-9 dan 8
diteruskan pelaksanaannya pada RMKe10 dengan menggunakan peruntukan dan sasaran yang baru. Jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM2.68 bilion. Projek-projek yang dimaksudkan ialah Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Sarjana Dalam Negara (MyMaster), Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Kedoktoran Dalam Negara (MyPhD) dan Program PhD Industri bagi projek baru manakala Program Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) adalah kesinambungan dari
RMKe-9 yang diteruskan pelaksanaan dalam RMKe-10. Majlis pra-pelancaran bagi program MyBrain15 yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin diadakan pada 1 Disember 2010 lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dimana pada masa yang sama aplikasi permohonan juga dibuka untuk permohonan. Majlis pra-pelancaran ini merupakan langkah dan promosi awal untuk
menghebahkan kepada masyarakat umum dan media massa mengenai inisiatif Kerajaan dalam memperkasakan modal insan Negara yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Selain itu, ianya menyaluran maklumat kepada mereka yang berminat supaya mereka dapat membuat perancangan dan persediaan awal untuk memohon di bawah program ini. Sambutan yang diberikan untuk program ini amat memberangsangkan berdasarkan jumlah permohonan sehingga 18 Januari 2011 iaitu 3,174 permohonan bagi MyMaster dan 483 permohonan bagi MyPhD. Dalam usaha merealisasikan sasaran tersebut, KPT telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan peluang pembiayaan kepada IPTS yang terpilih berbanding dengan dasar sedia ada yang hanya menumpukan kepada IPTA dan IPTS bertaraf GLC. Ini dilihat sebagai
satu pendekatan yang relevan lanjutan daripada pelaksanaan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) yang dibuat oleh Kerajaan. Dengan memilih IPTS yang cemerlang dan terbaik, ianya boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan dari Kerajaan terhadap kualiti yang telah dicapai. Malahan, dengan bertambahnya bilangan universiti pengajian yang dibenarkan di bawah program-program ini, ianya diharapkan akan membantu mempercepatkan usaha Kerajaan dalam mencapai modal insan yang berpengetahuan tinggi menjelang 2023. Dijangkakan juga, perluasan dasar ini akan mewujudkan persaingan yang lebih kompetitif di antara IPTS dan IPTA dalam memantapkan kualiti pembelajaran dan pengajian di peringkat lepasan ijazah dan seterusnya ke arah menghasilkan inovasi serta penyelidikan yang boleh dikomersialkan. Hal ini boleh dilihat dan dipetik dari ucapan YB Menteri Pengajian Tinggi pada Majlis penyampaian Amanat Tahun Baharu 2011 pada 17 Januari 2011 lalu: “Saya berharap ini akan memantapkan lagi kebolehan penyelidikan (research capability) IPTS. Dengan ini sumbangan IPT negara kita terhadap penghasilan inovasi dan produk yang
boleh dikomersialkan oleh IPT kita akan bertambah, program MyBrain15 dapat dijayakan dan seterusnya menyumbang kepada hasrat Model Ekonomi Baru Negara yang ingin mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020” Justeru, dalam usaha meningkatkan jumlah pemegang PhD dalam Negara,
...ianya diharapkan akan membantu mempercepatkan usaha Kerajaan dalam mencapai modal insan yang berpengetahuan tinggi menjelang 2023. KPT membiayai sehingga 5,000 graduan melalui MyPhD, 40,000 graduan MyMaster, 500 graduan melalui PhD Industri dan 9,700 pensyarah IPTA berkelayakan PhD atau setaraf dalam tempoh lima (5) tahun. Dengan terbentuknya modal insan yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi, inovatif dan kreatif serta fleksibel mengikut arus perubahan global yang serba pantas, kita mampu melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa dalam kelompok negaranegara maju, diibaratkan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
9
MESRA PELANGGAN
‘Pemandu KPT Pemandu Berhemah’
Stiker pemanduan berhemah...
Ke arah membudayakan sikap berhemah di Jalan Raya dikalangan warga KPT. Kurangkan kelajuan, Jauhi Kemalangan dan elakkan saman
Video kempen senyum boleh dilayari di www.mohe.gov.my 10
BERITA KEMENTERIAN
5 Bintang Bukti Komitmen dan Kesungguhan Warga KPT
K
ementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuktikan bahawa usia yang setahun jagung tidak menghalang KPT untuk mencapai penarafan lima bintang dalam sistem penilaian Star rating MAMPU bagi tahun 2010.
Dengan markah sebanyak 93.18% KPT telah meletakkan diri ditempat ketiga terbaik di antara 25 kementerian yang ada di Malaysia. KPT telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun terdahulu apabila hanya mencapai penarafan tiga bintang. Dalam ucapan Ybhg. Datuk Hj. Ab Rahim Md. Noor di Majlis Keraian Pencapaian Lima Bintang yang
diadakan di KPT baru-baru ini, beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja KPT atas usaha keras, kerjasama dan semangat jitu yang telah ditunjukkan dalam meletakkan KPT sebagai sebuah kementerian yang gemilang dan boleh dicontohi oleh kementerian-kementerian lain. Beliau juga menegaskan bahawa perlaksanaan pengurusan yang strategik , pemantauan dasar dan strategi yang berkesan perlu diteruskan malah perlu lebih diperkukuhkan dengan menjadikan KPT sebagai Learning Organization selain pengurusan risiko yang perlu diperkasakan. KPT akan terus memainkan peranan secara aktif dalam meneruskan kecemerlangan sekaligus menjadi pemacu kepada transformasi minda dan pembudayaan ilmu. Adalah menjadi tanggungjawab semua warga KPT untuk terus bekerja keras dalam satu pasukan untuk melonjakkan nama KPT sebagai sebuah kementerian yang menerajui kegemilangan ilmu.
11
BERITA KEMENTERIAN
‘Jom Masuk U’ , Karnival Bermaklumat
K
arnival Pengajian Tinggi Negara yang berfungsi sebagai pusat sehenti (One- Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasar telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu pada 14 Januari 2011. Sebanyak 148,500 tempat disediakan untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf disediakan di Institusi Pengajian Awam sempena Karnival Jom Masuk U pada tahun ini. Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 469,500 tempat secara keseluruhan yang disediakan kepada mereka selain di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan peluang-peluang pendidikan lanjutan lain seperti Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, daripada jumlah 148,500 tempat itu, pengambilan asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melibatkan 14,000 tempat, Diploma IPTA 34,000 tempat, Diploma Politeknik 51,000 tempat, Sijil di Kolej Komuniti 11,000 tempat manakala Sijil di Institut Latihan 12
Kemahiran Awam (ILKA) sebanyak 38,500 tempat. Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Karnival Jom Masuk U kali ke-7 di Terengganu Trade Centre (TTC) pada petang ini. Khaled juga memberitahu Karnival Jom Masuk U pada tahun ini buat pertama kali menawarkan program sijil dan sijil lanjutan. Ini berikutan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diberikan mandat untuk mengendalikan Pusat Pengambilan Setempat untuk program Sijil dan Sijil Lanjutan selain Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan oleh 27 Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau TEVT dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Dalam majlis itu juga, Khaled mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang merancang untuk mengarusperdanakan program pengajian diploma di IPTA sebagai usaha untuk memperkasakan
program diploma sebagai salah satu pilihan pelajar lulusan SPM atau setaraf melanjutkan pengajian, menyediakaan feeder atau pembekal bagi melahirkan graduan kemahiran/teknikal di universitiuniversiti teknikal selain memartabatkan program diploma dengan mendapat pengiktirafan daripada badan profesional dalam dan luar negara. Selain itu, beberapa cadangan pelaksanaan yang bersesuaian sedang dikaji antaranya memperkenalkan program-program baharu di IPTA dan juga Politeknik. Khaled berharap dengan adanya program-program baharu yang mesra pasaran ini, minat pelajar semakin bertambah untuk memilih pengajian diploma.
BERITA KEMENTERIAN
Pusat Pengambilan Setempat Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
M
esyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2011. Pusat Pengambilan Setempat meliputi 5 kementerian yang terdiri daripada Politeknik KPT, Kolej Komuniti KPT, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kementerian Sumber Manusia, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Kementerian Sumber Manusia dan Institut Kemahiran Mara (IKM) & Institut Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Institusi berkaitan menawarkan program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di 323 ILKA dan 27 Politeknik yang menawarkan kursus TEVT. Sejumlah 433 kursus akan ditawarkan di 323 ILKA dan 27 institusi TEVT bagi pengambilan tahun 2011 yang
akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Julai dan Januari. Pemohon TEVT & ILKA terdiri daripada Lepasan SPM/ Setaraf, Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Pelajar Lepasan Sekolah/ Menengah. Anggaran permohonan yang akan diterima oleh UPU ialah 300,000 rekod. Sejumlah 100,500 tempat disediakan oleh 350 institusi latihan awam seluruh negara.
Pusat Pengambilan Setempat mewujudkan pangkalan data berpusat bagi permohonan dan pemilihan kemasukan ke Program Sijil dan Diploma di TEVT dan ILKA. Ianya akan menjadi rujukan utama agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi untuk penyelarasan maklumat keperluan pembangunan modal insan negara. Dengan wujudnya pusat pengambilan setempat di bawah UPU KPT, kekeliruan mengenai kaedah dan tarikh permohonan oleh pelbagai agensi dan kementerian dapat dielakkan kerana pemohon
hanya perlu membayar RM10.60 di Agen Pemungut (BSN) untuk membeli No. Unik ID bagi mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA dengan mengguna pakai satu saluran aplikasi dalam talian melalui upu.mohe.gov.my. Justeru, kaedah ini menjimatkan serta mesra pelanggan. Kerajaan dapat memastikan semua lepasan SPM/Setaraf dapat akses yang meluas dalam pendidikan tinggi dalam bidang TEVT dan ILKA. Justeru, mengurangkan keciciran dan meningkatkan penglibatan belia dalam bidang kemahiran, teknik dan vokasional untuk memacu pembangunan ekonomi negara. Kementerian Pengajian Tinggi bertanggungjawab merealisasikan pusat pengambilan setempat seiring dengan hasrat kerajaan yang digariskan dalam RMK 10 iaitu “mengarus perdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti� dalam perkembangan dunia yang semakin pesat, dan permintaan yang tinggi bagi pekerja mahir, ia dilihat sebagai satu cara untuk memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negara keperingkat global. 13
BERITA KEMENTERIAN
Anugerah Profesor Ulung Iktiraf Sumbangan Profesor
M
ajlis Anugerah Profesor Ulung 2010 telah diadakan pada 15 Disember 2010 bertempat di Hotel Equatorial Bangi dan disempurnakan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi. Majlis ini merupakan yang julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa golongan cendekiawan selaras dengan pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (MAPPA XI) pada 9 Mac 2010 bagi menambahbaik skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Penambaikan terhadap skim ini akan membuka laluan kenaikan pangkat pensyarah hingga ke Gred Khas Tertinggi Turus tanpa perlu memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran di IPTA berkenaan. Ini juga telah ditekan dalam pembentangan oleh YAB Perdana Menteri semasa ucapan bajet tahun 2011 di Dewan Rakyat 15 Oktober 2010. Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Kerajaan tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pelawaan Permohonan/Pencalonan bagi Kenaikan 14
Pangkat Profesor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke Gred Khas Tertinggi Turus (Profesor Ulung) pada 10 Mei 2010 yang lalu. Sebanyak 20 permohonan dari IPTA telah diterima dan penilaian telah dibuat berdasarkan pendekatan dan kriteria tertentu oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas pada 27 September 2010 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri
Pengajian Tinggi. Sehubungan itu, Jawatankuasa bersetuju memperakukan tiga (3) orang calon untuk dianugerahkan Profesor Ulung (Profesor Gred Khas Tertinggi Turus). Tiga (3) orang penerima anugerah tersebut adalah Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof. Dr. Looi Lai Meng dari Universiti Malaya (UM). Y.B. Menteri turut mengumumkan bahawa penerima anugerah tersebut akan menerima elaun tambahan sebanyak RM10,000 selain gaji bulanan gred khas tertinggi turus dan juga geran penyelidikan bernilai RM300,000. Profesor Ulung ini diharapkan akan menjadi model terbaik atau idola kepada ahli akademik sebagai contoh cendekiawan terbilang dan berintegriti negara. Pengiktirafan yang telah diberikan ini akan merancakkan persaingan di kalangan profesor dan ahli akademik secara keseluruhannya untuk menghasilkan sumber ilmiah yang tinggi mutunya melalui penulisan, penerbitan dan juga penyelidikan bagi pembangunan negara.
BERITA KEMENTERIAN
Soft Launch Of Malaysia-IndonesiaThailand (M.I.T) Mobility Programme
M
ajlis perasmian program mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand (M.I.T) telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin dan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) yang terlibat, wakil Kerajaan Indonesia dan Thailand serta para pelajar Indonesia dan Thailand yang sedang mengikuti program mobiliti tersebut di enam (6) buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. IPTA yang terlibat adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sementara IPT Indonesia dan Thailand yang terlibat ialah Binus University, Bogor Agricultural University, Christian Matanatha University, Gajah Mada University, Indonesia University, Kasetsart University, Thammasat University, Prince of Songkla University dan Mahidol University. Program pertukaran
pelajar ini merupakan projek perintis bagi tiga buah negara; MalaysiaIndonesia-Thailand dalam usaha mengharmonisasikan bidang pendidikan tinggi di rantau ASEAN. Di bawah program ini, para pelajar mendapat penajaan daripada Kerajaan negara masing-masing dan juga institusi negara tuan rumah. Di bawah program perintis ini juga para pelajar boleh memilih kursus dalam 5 bidang yang ditawarkan iaitu pertanian, bahasa/budaya, hospitaliti/ pelancongan, perniagaan antarabangsa serta sains makanan & teknologi. Program ini mengambil masa sekurang-kurangnya satu semester dan menggunakan sistem pindahan kredit UCTS. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 46 orang pelajar Indonesia dan 11 pelajar Thailand yang sedang mengikuti program ini di Malaysia. Pelajar Malaysia dijangka akan menyertai program ini di Indonesia dan Thailand menjelang awal 2011. Program mobiliti ini mensasarkan penyertaan sehingga 500 orang pelajar menjelang tahun 2015 dengan penglibatan 10 buah negara ASEAN. 15
BERITA KEMENTERIAN
Hubungan Kerjasama KPT dan Industri Bank-Bank Negara, Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan
K
ementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memeterai satu lagi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) bagi Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP). Pemeteraian perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBhg. Tuan Haji Ab. Rahim Md. Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif IBBM, Encik Tay Kay Luan dan disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), YBhg. Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan Pengerusi IBBM, YBhg.Tan Sri Azman Hashim. Program FSTEP ini dibangunkan bagi menyediakan kumpulan kerja high talent dan berkaliber tinggi dalam industri perkhimatan kewangan. Program ini merupakan program intensif selama setahun yang memberi penekanan
16
kepada empat (4) bidang perbankan dan insurans iaitu conventional banking, investment banking, Islamic banking and insurance dan takaful. Program ini pula untuk membangunkan graduan serta meningkatkan kualiti dan emloyabilty
mereka dan seterusnya mendapat pekerjaan dalam industri kewangan. Graduan yang terpilih untuk menyertai program FSTEP akan menerima elaun sebanyak RM2,200 dan mendapat pembiayaan perubatan dan insurans. Graduan tersebut juga akan didedahkan kepada alam pekerjaan sebenar di institusi kewangan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk diserapkan sebagai pekerja tetap ke sektor perkhidmatan kewangan. Antara persetujuan yang dicapai
melalui Memorandum Persefahaman ini adalah seperti berikut: Kementerian menyelaras pembangunan program bersama universiti melalui: a) Penyaluran graduan yang berkualiti daripada pelbagai fakulti yang dikenalpasti untuk mengikuti program latihan FSTEP b) Bekerjasama dengan FSTEP dalam hubungan industri dalam bidang berkaitan: • Rekabentuk Program • Pegawai Perhubungan • Pertukaran maklumat dan bahan pengajaran kursus serta kes kajian yang dipersetujui bersama • Lawatan antara institusi • Pertukaran pegawai penyelidik dan academia termasuk graduan • Menganjurkan seminar peringkat kebangsaan/antarabangsa, aktiviti kebudayaan & sukan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) • Pembangunan program latihan • Pertukaran ilmu mengenai pembangunan industri kewangan dan Karnival Kerjaya IBBM melalui FSTEP, akan menempatkan graduan yang mengikuti program FSTEP di industri perkhidmatan kewangan. Manakala industri perkhidmatan kewangan akan memberikan elaun kepada graduan yang mengikuti program fast-track 1 tahun FSTEP. Peningkatan kebolehpasaran graduan bagi calon yang terpilih dengan menempatkan mereka di industri perkhidmatan kewangan melalui program FSTEP. Program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Institut BankBank Malaysia ini dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan universiti dan industri dapat menjadi rakan strategik dalam membantu usahausaha memacu ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi (high income economy) dan mencapai objektif Model Baharu Ekonomi Negara.
BERITA KEMENTERIAN
KSU Temui Pro IPT dan Agensi di Bawahnya
Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam KPT dan Agensi
KPT Dekati Rakyat
murni ini mendapat suntikan semangat dengan kehadiran KetuaSetiausaha KPT, Y.Bhg Datuk AB. Rahim Md. Noor yang turut sama membantu pasukan sukarelawan di Sekolah Kebangsaan Pogoh, Daerah Segamat.
K
ementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pasukan sukarelawan IPT bagi membantu mangsa banjir di selatan tanah air.Dalam Fasa pertama, 100 sukarelawan termasuk medical team Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) telah turun ke padang membantu kerja-kerja
pembersihan 13 sekolah yang terjejas termasuk 2 masjid di daerah Segamat. KPT melalui PerbadananTabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi menampung kos semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan. Usaha sukarelawan yang 17
BERITA KEMENTERIAN
KPT Raikan Atlit Cemerlang 2010
P
ihak Kementerian Pengajian Tinggi semalam telah menganjurkan Majlis Kecemerlangan Sukan & Penghargaan kepada para atlit IPT yang telah mencipta kejayaan sepanjang tahun 2010 bertempat di IOI Resort Palm Garden & Hotel Putrajaya. Majlis telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor. Majlis yang bertujuan meraikan kejayaan para atlit IPT yang telah
18
mencipta nama melalui pencapaian gemilang pada temasya Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Universiti ASEAN di Thailand. Antara nama besar yang telah menerima penghargaan tertinggi ialah atlit menembak negara Bibiana Ng Pei Chin, Chai Fong Ying dan Khoo Chai Ling yang masing-masing telah mencipta kejayaan di temasya Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Universiti ASEAN di Thailand yang memperolehi pencapaian membanggakan dengan memperolehi 37
emas. Seramai lebih 170 atlit menerima insentif keseluruhan berjumlah RM 420,000.00 yang terdiri dari hadiah wang tunai, Ipad dan baucher buku pengajian. Di majlis yang sama pihak KPT turut meraikan beberapa penyelidik yang telah menyempurnakan hasil penyelidikan masing-masing termasuk 6 orang penerima geran Penyelidikan Sukan KPT bagi tahun 2010 berjumlah RM 400,000.00 keseluruhan serta Pelancaran Liga Bola Sepak IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi edisi 2011.
BERITA KEMENTERIAN
Budi Ditabur Jasa Dikenang
P
enganjuran Majlis Jasamu dikenang adalah bertitik tolak daripada penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa serta sumbangan kepada mereka yang tidak pernah jemu menabur bakti kepada bangsa, agama dan negara. Seramai 16 orang pegawai telah diraikan di dalam majlis yang sederhana tapi meriah ini. Lebih manis majlis
kali ini turut meraikan persaraan Ybhg. Tan Sri Zulkefli bin A. Hassan, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi menyemarakkan lagi majlis tersebut Cik Azwarni Herni Che Noh, Pegawai Perhubungan Awam KPT telah tampil mendeklamasikan puisi bertajuk “Cerita Tentang Dia...”yang diciptakan khas buat mantan KSU.
Terhibur Melihat Tayangan video ‘tentang dia’
Cerita Tentang dia... Ketika untaian mutiara keringatmu membasahi lestari perjuangan Sengaja engkau buka tabir malap minda dan menerjahlah sinar kebijaksanaan Engkau satukan setiap denyut nadi dan kata pendeta silam Lalu kau bangunkan ketinggian puncak ilmu ke serata alam Dan setiap hela nafasmu adalah penyambung jejak peradaban bangsa berjaya. Engkaulah yang tanpa pernah berhenti untuk berfikir Tentang esok yang bakal kau tinggalkan…ke mana bangsa ini kan berakhir Saat kecelaruan falsafah mereka meruntun-runtun, Saat bercambah ideology baru yang kian membangun… Engkau pasrah untuk depani setiap cabaran mendatang Tatkala engkau tercatat sebagai pendeta terbilang. Usah kau bimbang untuk kami… Setiap pesanmu … setiap ajarmu…telah meresap dalam rongga
dan liang nadi Telah engkau pacak panji peradaban ilmu di puncak menara Telah engkau bentuk jiwa-jiwa yang dahaga untuk dewasa… tertib berbicara Sedang kamilah yang bakal mempertahankannya… panji itu kan terus megah berkibar Dari jejak keperkasaan yang engkau tinggalkan…masih tersisa untuk kami laksanakan Jauh engkau sentuh jiwamu…jiwa kami …jiwa kita Meninggalkan ingat yang terlalu kuat…bahawa alam ini punya pencipta Bahawa kita punya hala yang sama. Kepergian ini adalah kehilangan yang telah dijanjikan Saat airmata sekadar menumpang lalu di hujung perhentian Sedang yang kau tinggalkan masih banyak yang perlu ditafsirkan Sebagai pewaris dari tinggalan harum insan tersanjung Memahat nama terulung…Engkaulah! 19
YTAR
“Tunku Scholars”, Cermin Keperibadian Bapa Kemerdekaan
Lembaga Pemegang Amanah YTAR 2009
Y
ayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen No. 43 1966, dan dipengerusiken oleh YB Menteri Pengajian tinggi Malaysia. YTAR menawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) yang mengambil sempena nama Bapa Kemerdekaan Malaysia dan Perdana Menteri Pertama, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Biasiswa ini dikendalikan oleh YTAR scbagai suatu biasiswa yaag berprestij dan eksklusif. Semenjak pemilihan penerima biasiswa pertama pada Januari 2007, bilangan pelajar yang menerima biasiswa ini (di panggil “Tunku Scholars”) telah meningkat sehingga 142 orang. Kini bilangan penerima dihadkan kepada 30 orang sahaja setiap tahun. Tunku Scholars daripada kumpulan pertama dan kedua telah tamat pengajian Sarjana Muda. Kebanyakan mereka telah memasuki alam pekerjaan dalam berbagai bidang mengikut pengajian mereka, manakal ada sebilangan yang melanjutkan pengajian tahap Sarjana dan Kedoktoran, Cara pemilihan Tunku Scholars membolehkaa dikenalpasti pelajar yang, selain daripada cemerlang dalam akademik, juga mempunyai potensi kepimpinan. Paling penting, pelajar memperlihatkan sifat-sifat murni yang 20
dipunyai oleh Bapa Kemerdekaan, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Disamping menyediakan bantuan kewangan yang lebih tinggi daripada mana-mana biasiswa lain dalam negeri, Yayasan menyediakan aktviti pengkayaan dalam bentuk kem motivasi dan kepimpinan serta program-program ke arah meningkat dan mengekalkan tahap pencapaian akademik yang tinggi. Kermahiran dan kecekapan dalam “soft skills” juga akan diberi penekanan yang sesuai. Pada peringkat paling awal, semua Tunku Scholars diperkenalkan kepada sejarah hidup Almarhum Tunku Abdul Rahman. Kunjungan ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra ditambah dengan membaca dan membincang secara kumpulan biografi beliau pada zaman antara pengajian di England dan menjawat jawatan Ketua Menteri Tanah Melayu. Usaha ini dapat memberi pengertian kepada kumpulan remaja ini tentang sifat perjuangan, keperihatinan kepada mereka yang kurang bemasib baik serta toleransi kaum yang menjadi asas penting dalam pembentukan suatu maayarakat majmuk merdeka. Tunku Scholars dipandu untuk mengerti dan memahami corak pemikiran Almarhum Tunku dalam pembentangan Rancangan Pembangunan Malaya yang
pertama (1957), serta mendalami beberapa episod penting dalam sejarah Negara pra-merdeka. Dalam perjumpaan seterusnya, Tunku Scholars melalui sesi motivasi diri dan kumpulan serta diberi program pengkayaan Bahasa lnggeris. Ciri yang paling unik dalam skim biasiswa ini dibolehkan kerana sifatnya yang eksklusif, iaitu bilangan penerima seharusnya kecil. Bilangan yang kecil ini memungkinkan perhubungan yang kerap dan akrab antara Tunku Scholars dengan pengurusan YTAR. Anggota kerja utama YTAR bertindak sebagai rakan pembimbing yang memberi nasihat dalam berbagai bidang, dan senantiasa ada bila diperlukan. Tunku Scholars rata-rata bersetuju bahawa impak yang paling besar yang dirasai oleh mereka, selain daripada kebebasan daripada belenggu kewangan, adalah kesan daripada perhubungan akrab antara sesama mereka dan dengan pengurusan YTAR. Mereka dapat membentuk satu rangkaian persaudaraan yang baru, di luar daripada lingkungan kawan-kawan sekampus dan sekaum. Mereka sering bertukar-tukar pendapat dan pengalaman melalui rangkaian elektronik terkini. Melalui persahabatan Tunku Scholars, mereka tidak lagi terhad kepada parkongsian pendapat antara rakan-rakan sejurusan sahaja. Jurutera, doktor perubatan, akauntan, peguam, guru bahasa arab, doktor haiwan, saintis, majistret, dan banyak lagi graduan dalam berbagai bidana kerjaya, kini bersatu dalam rangkaian Tunku Scholars. Maklumat lanjut tentang biasiwa dan maklumat umum tentang Yayasan Tunku Abdul Rahman boleh didapati daripada laman web YTAR di alamat “www.yayasantar.org.my”.
AKEPT
EDUCATE-10 Pertingkat Kualiti P&P IPT
S
elaras dengan usaha transformasi pembelajaran dan pengajaran (P&P) pengajian tinggi negara, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi bersama Monash University Kampus Sunway telah menganjurkan seminar Educate10 bertempat di Hotel Nikko Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II yang mewakili Y.B. Menteri Pengajian Tinggi.
sentiasa mencari peluang untuk membina jaringan kerjasama dengan universitiuniversiti yang terkenal dalam bidang P&P. Seramai lebih kurang 500 peserta terutamanya dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti telah menghadiri seminar ini.
Penganjuran seminar Educate10 secara usaha bersama ini adalah salah satu usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti P&P di institusiinstitusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta melahirkan para graduan yang dapat bersaing di pasaran global serta mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.
Penganjuran seminar Educate10 secara usaha bersama ini adalah salah satu usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti P&P di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta melahirkan para graduan yang dapat bersaing di pasaran global serta mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah dalam ucapan perasmian seminar juga telah menegaskan bahawa universiti pada masa sekarang hendaklah menjadikan P&P sebagai bidang tugas utamanya dan 21
MQA
Setara 2009 : 18 Universiti dan Kolej Unversiti Cemerlang
BANGGA…Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kiri) bersama-sama Laporan Keputusan SETARA 09’. Turut kelihatan ialah Dr. Hou Kok Chung (paling kiri), Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan (tiga dari kiri) serta Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein.
K
EPUTUSAN Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi tahun 2009 (SETARA ’09) yang bakal digunakan sebagai salah satu input dalam penetapan dasar pendidikan tinggi yang bersesuaian telah diumumkan Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya baru-baru ini. Berbeza dengan SETARA 2007 yang hanya melibatkan 20 universiti awam, SETARA ’09 telah diperluaskan kepada semua universiti dan kolej universiti awam dan swasta, dan ini menjadikan penyertaan keseluruhan SETARA ’09 sebanyak 58 buah universiti dan kolej universiti. Fokus SETARA ’09 pula adalah kepada pengajaran dan pembelajaran (Teaching and Learning) di peringkat Ijazah Pertama yang dijalankan oleh universiti dan kolej universiti awam serta swasta yang turut serta. Ini bagi memastikan a same level playing field untuk semua terlibat kerana pengajaran dan pembelajaran merupakan 22
Namun, sebanyak 18 universiti dan kolej universiti berjaya menduduki Tier 5 iaitu tahap Cemerlang (Excellent) common denominator bagi semua universiti dan kolej universiti. Instrumen Instrumen SETARA ’09 terdiri daripada 25 kriteria yang meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan ouput dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia dibangunkan berasaskan instrumen SETARA 2007 yang telah ditambah baik melalui pelbagai siri bengkel, konsultasi dengan pihak berkepentingan dan juga kajian perbandingan. Ini termasuklah kajian rintis yang dijalankan di dua buah universiti dalam negara.
Pembangunan instrumen tersebut turut melibatkan perbandingan dengan amalan di luar negara dengan merujuk antaranya amalan Higher Education Funding Council of England (HEFCE) dan kajian Teaching & Learning Quality Indicators in Australian Universities oleh Denise Chalmers dari University of Western Australia. Selain itu, maklum balas terhadap instrumen juga diperoleh daripada rakan-rakan dari negara ASEAN iaitu tiga buah universiti di Indonesia dan 31 buah universiti di Thailand. Instrumen SETARA ’09 juga menilai INPUT pengajaran dan pembelajaran dengan pemberat 20 peratus, PROSES pengajaran dan pembelajaran dengan pemberat 40 peratus dan OUTPUT pengajaran dan pembelajaran dengan pemberat 40 peratus. Pencapaian IPT diberi penarafan dalam enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 iaitu Terbilang (Outstanding) sebagai tahap tertinggi dan Tier 1 iaitu Lemah (Weak) sebagai yang paling rendah.
Keputusan Menurut Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled, berdasarkan data universiti serta kolej universiti pada tahun 2009, keputusan SETARA ’09 mendapati tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai Tier 6 iaitu tahap Terbilang (Outstanding). Namun, sebanyak 18 universiti dan kolej universiti berjaya menduduki Tier 5 iaitu tahap Cemerlang (Excellent). Tambah beliau, sebanyak 25 universiti dan kolej universiti lagi berada di Tier 4 iaitu tahap Sangat Baik (Very Good) manakala, empat kolej universiti lagi menduduki Tier 3 iaitu tahap Baik (Good) yang mana kesemuanya adalah kolej universiti swasta. Tiada universiti dan kolej universiti yang berada di Tier 2 iaitu tahap Memuaskan (Satisfactory) dan Tier 1 iaitu tahap Lemah (Weak). Walau bagaimanapun, 11 universiti dan kolej universiti yang menyertai SETARA 09’ tidak diberikan penarafan kerana, sama ada, merupakan institusi pengajian tinggi yang baru, tidak menawarkan program Ijazah Pertama, tiada pelajar tahun akhir dan belum menghasilkan graduan; atau merupakan universiti bukan konvensional seperti universiti terbuka yang mungkin
memerlukan instrumen tersendiri. Dalam masa yang sama, eksesais ini turut memberi gambaran keseluruhan tentang tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang mana setiap institusi mempunyai kekuatan dalam bidang atau disiplin tertentu dan terdapat kemungkinan kekuatan dalam suatu bidang tertentu berada pada IPT dalam Tier yang lebih rendah. Oleh itu, ibu bapa juga perlu mengambil kira aspek ini dalam membuat pemilihan IPT. “Jumlah penyertaan IPT yang lebih banyak dan instrumen yang telah ditambah baik membataskan kita daripada membuat perbandingan secara langsung dengan hasil SETARA 2007. Walau bagaimanapun, saya melihat pencapaian yang hampir seimbang antara IPT awam dan swasta terutamanya pada Tier 5 (Cemerlang) dan Tier 4 (Sangat Baik) merupakan satu perkembangan yang amat positif ”. “Ini menggambarkan pembangunan kapasiti dan daya saing kualiti dalaman institusi semakin diberi perhatian oleh IPT baik awam mahupun swasta. Saya percaya, sekiranya persekitaran persaingan yang sihat ini dapat dikekalkan, ia akan menjadi pemangkin yang ampuh dalam usaha kita memperkasakan lagi daya saing sistem pendidikan tinggi negara,” terang
Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled. Dalam pada itu, eksesais SETARA ’09 telah dilaksanakan oleh satu jawatankuasa bebas Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang diketuai oleh Profesor Muhamad Jantan dari Universiti Sains Malaysia dan dianggotai oleh enam pakar dari universiti awam dan swasta. Satu Jawatankuasa Verifikasi juga telah ditubuhkan bagi meneliti instrumen dan proses penarafan yang digunakan serta kesahihan data yang dikemukakan oleh universiti dan kolej universiti. Melihat kepada kepentingannya dalam memperkasakan pengajian tinggi negara, eksesais SETARA ini bakal diteruskan MQA pada masa akan datang iaitu bagi setiap dua tahun sekali. Selain itu, pihak MQA turut akan membuat pemantapan berterusan terhadap instrumen yang sedia ada dan ini termasuklah mengambil kira dua lagi fungsi utama universiti – iaitu penyelidikan dan perkhidmatan. Ia mungkin memerlukan penyesuaian kepada instrumen sedia ada termasuk mengklasifikasi universiti dan kolej universiti dalam kelompok-kelompok yang berbeza-beza.
23
KOLEJ KOMUNITI
Kolej Komuniti dan Perubahan – Satu Agenda Kementerian Pengajian Tinggi Transformasi Kolej Komuniti “ Kementerian juga berhasrat melaksanakan Transformasi terhadap Kolej Komuniti. Jesteru itu, kita akan memastikan Kolej Komuniti dapat memperbanyakkan Program Skilled Based, meneroka program-program apprenticeship trainning dan memberi fokus kepada pelajar-
M
ajlis Perasmian yang telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Ketua Setiausaha KPT, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti serta para jemputan. Sembilan (9) Modular Kebangsaan Malaysia telah dikenalpasti bagi Fasa pertama ini selain daripada pelancaran logo baharu Kolej Komuniti. Pelan Pengukuhan Program Kolej Komuniti ini dilaksanakan bagi memastikan agar penubuhan Kolej Komuniti terus relevan dan memenuhi kehendak masyarakat serta industri tempatan. Antara langkah yang telah diambil pada Pelan Pengukuhan Program Kolej Komuniti ini adalah: 1. Merombak, mengemaskini dan memperkasakan kurikulum; 2. Merapatkan jurang Ilmu Kemahiran dengan industri; 3. Memperbanyakkan program berasaskan kemahiran; 4. Menjalinkan kerjasama yang rapat dengan IPT, industri dan badan badan serta agensi profesional sebagai rakan rongsi; 5. Memperkasakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat; dan 6. Mengenalpasti beberapa IPT (UTM, UiTM, Unimap, UUM, UniKL, OUM, dll) untuk menjalinkan kerjasama akademik di peringkat Diploma. 24
pelajar yang tercicir. Selain itu Kolej Komuniti telah turut memikul usaha memajukan proses Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi golongan tertentu.” YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin Amanat Tahun Baru PICC, 12 Januari 2010
PROGRAM PENGUKUHAN KOLEJ KOMUNITI Di bawah Pelan Pengukuhan Program Kolej Komuniti, enam (6) teras telah dipilih bagi merealisasikan transformasi ini iaitu: • Penubuhan Pusat Pengajian Setempat • Penubuhan Pusat Keusahawanan • Penubuhan Pusat Pentauliahan • Mempergiat Program Perantisan • Sijil Modular Kebangsaan (Smk) • Memperkasa Program Sepanjang Hayat • Program Pengukuhan Kolej Komuniti PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) Dengan terbentuknya program bermodular ini akan memperbanyakkan lagi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran melalui latihan kemahiran. Program ini dapat menyediakan negara dengan sumber tenaga pekerja mahir di masa hadapan. Adalah menjadi harapan dan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020 agar semua tenaga kerja di Malaysia mempunyai Sijil Kemahiran dan tenaga kerja terlatih. APA ITU SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Program latihan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar.
KELAYAKAN MASUK SMK ini terbuka kepada SEMUA lapisan WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 17 TAHUN KE ATAS sama ada yang sedang menganggur, bekerja, suri rumah mahu pun pesara. KELEBIHAN PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN • Tempoh minima program 3 bulan dan tempoh maksima 6 bulan • Tiada had masa untuk mengumpul SMK • Berasaskan proses kerja sebenar • Tiada pra-syarat kemasukan bagi setiap SMK • SMK boleh diambil di Kolej Komuniti berkaitan KELEBIHAN PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) • Membolehkan peserta bekerja dalam masa yang singkat • Pengumpulan pelbagai sijil dalam satu tempoh Simulasi dari pekerjaan sebenar • Pengumpulan SMK dalam pakej yang sama akan dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti • Membolehkan peserta bekerja dalam masa yang singkat • Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan
POLITEKNIK
Pelajar Sulung Politeknik METrO Kuala Lumpur Melapor Diri
Pelajar baru Politeknik METrO Kuala Lumpur sedang melapor diri
P
Ibu bapa dan pelajar sedang mendengar taklimat dari Tn. Hj. Zulkeply
oliteknik METrO Kuala Lumpur sebagai Care Taker PMKL dan telah (PMKL) telah melaksanakan berpeluang meningkatkan kefahaman pendaftaran pelajar sulungnya pada mereka menerusi sesi soal jawab selepas Januari 2011(Isnin). Kumpulan pertama itu. Majlis pendaftaran diakhiri dengan ini yang terdiri daripada 10 orang pelajar ucapan dari Y.Bhg.Datuk Hj. Mohlis lelaki dan 14 orang pelajar perempuan Bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah mula mendaftar di Dewan Kuliah Utama, (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Aziz Shah, Shah Alam, Selangor (PSA) Semua pelajar kumpulan pertama bagi Program Diploma ini telah ditawarkan Pengurusan Peruncitan tempat penginapan di (Diploma In Retail kamsis atas kerjasama Management). dari pihak pengurusan Proses pendaftaran PSA. Tawaran ini amat dikendalikan sendiri oleh bermakna bagi mereka pensyarah-pensyarah kerana mereka boleh PMKL dan dibantu oleh Y.Bhg. Datuk Mohlis menanda terus menumpukan tangani buku pelawat. staf sokongan PSA. Ibu perhatian terhadap bapa dan pelajar telah pengajian tanpa diberi taklimat ringkas mengenai PMKL dibebankan dengan urusan mencari rumah oleh Tn. Hj. Zulkeply Abdul Samad sewa memandangkan penempatan mereka yang sementara di PSA sebelum berpindah ke kampus tetap di Setiawangsa. Sebahagian besar dari pelajar berasal dari Kuala Lumpur iaitu 67%, diikuti oleh Selangor 21% dan negeri lain 12%. 58% dari mereka sedang mengikuti pengajian di institusi lain dan 30% sedang bekerja sebelum memilih untuk mengikuti pengajian di PMKL. 2 orang dari pelajar yang mendaftar merupakan anak peneroka Felda. PMKL yang merupakan Politeknik yang ke-28 di Malaysia, telah mula
beroperasi secara sementara di premis PSA mulai 1 Januari 2011. Kampus tetap PMKL terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur yang sedang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka akan mula digunakan sepenuhnya pada penghujung Mac 2011. Y.Bhg Datuk Hj. Mohlis memaklumkan dalam ucapan beliau bahawa perkataan METrO adalah singkatan bagi Maximising Education and Training Opportunities dan Politeknik METrO merupakan generasi baru Politeknik dengan pendekatan yang berbeza berbanding dengan Politeknik konvensional di Malaysia. Beliau menambah bahawa diantara konsep Politeknik METrO ialah doing more with less, tidak memerlukan capital expenditure yang tinggi, jenis program yang berorientasikan pengalaman dan handson, serta responsif kepada keperluan industri. Menurut beliau lagi, penubuhan beberapa buah Politeknik METrO merupakan sebahagian dari perancangan kerajaan untuk menambah bilangan pekerja mahir peringkat Diploma bagi memenuhi keperluan negara menjelang 2020. Sesungguhnya, upacara bersejarah pendaftaran kumpulan pertama pelajar PMKL ini merupakan titik permulaan kepada konsep baru dalam sistem Politeknik Malaysia.
25
PTPTN
Pelaksanaan Pertukaran Kepada Pembiayaan Ujrah PTPTN
P
erbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang melaksanakan kaedah baru pembiayaan pendidikan PTPTN dengan pengenaan Ujrah atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate). Pelaksanaan kaedah baru ini adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun. Kaedah baru ini adalah selaras dengan Syariah Islam sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008. Kaedah ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008. Tawaran perubahan pinjaman sedia ada 3% kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada
Untuk makluman, sejak pengumuman pertukaran ini disiarkan di media massa pada September lalu, PTPTN telah menerima 32,708 permohonan daripada peminjam PTPTN. Daripada jumlah tersebut, seramai 11,189 peminjam layak diberikan tawaran pembiayaan Ujrah. Untuk membolehkan tawaran Ujrah dikeluarkan, peminjam PTPTN perlu mengambil tindakan SEGERA dengan Mendaftar melalui laman web PTPTN di “www.ptptn.gov.my�. My dengan menggunakan nombor MyKad dan memasukkan alamat e-mel peminjam. Seterusnya peminjam perlu mengemaskini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang telah didaftarkan. Perkara yang perlu dikemaskini adalah nombor telefon, alamat e-mel, alamat terkini peminjam, maklumat ibu dan bapa serta maklumat majikan. Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10 haribulan setiap bulan. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemaskini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10 haribulan bulan yang berikutnya. Maklumat tentang penawaran akan di SMS melalui telefon dan dokumen tawaran Ujrah dihantar ke alamat e-mel peminjam. 26
1 Jun 2008. Walau bagaimanapun, tawaran ini adalah terkecuali bagi kes-kes yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang serta peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu seperti batal pinjaman / gagal pengajian / berhenti pengajian atau mendapat penaja lain. Bagi mengelakkan risiko kesesakan talian internet, PTPTN telah menjadualkan proses permohonan penawaran Ujrah secara berperingkat mengikut tahun pinjaman seperti berikut: TAHUN KELULUSAN PINJAMAN PENDIDIKAN
TARIKH MULA KEMAS KINI
2006, 2007, 2008
20 September 2010
2003, 2004, 2005
1 November 2010
2002 dan sebelumnya
1 Disember 2010
Kemudian dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam perlu dicetak dan ditandatangani. Dokumen tawaran yang telah dilengkapkan oleh peminjam hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tawaran. Tindakan untuk pelarasan akaun peminjam akan dibuat sebaik sahaja PTPTN menerima dokumen perjanjian yang lengkap daripada para pelajar. Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan yang baru. Pelbagai keistimewaan telah diberikan
oleh pihak Kerajaan kepada rakyat Malaysia termasuklah pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan Ujrah atau upah sebanyak 1%. Justeru, kepada semua peminjam PTPTN yang prihatin, mendaftarlah dengan SEGERA melalui laman web PTPTN bagi membolehkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah ditawarkan kepada anda. Maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web www.ptptn.gov.my atau hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455.
IKON ILMU
Ko-Kurikulum Universiti Semakin Penting
B
ilangan pelajar IPT di seluruh negara telah mencecah lebih lapan ratus ribu orang masa kini. Pada setiap tahun akan ada lagi puluhan ribu yang berjaya menamatkan pengajian dan mula mencari peluang kerja. Sebahagiannya bekerja dengan sektor kerajaan atau sektor swasta. Sebahagian yang lain pula mula bergelar usahawan. Tidak kurang juga kumpulan yang masih tidak pasti apakah yang harus dilakukan apabila bergelar graduan. Data Kementerian Pengajian Tinggi juga melaporkan setiap tahun terdapat lebih lima puluh ribu graduan yang masih belum memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian di IPT. Walaupun mereka telah diberikan ilmu pengetahuan serta latihan untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negara untuk masa hadapan
nampaknya mereka gagal bersaing dalam dunia yang sebenar di luar kampus. Cabaran usaha negara untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi serta sumber tenaga kerja yang berkualiti sebenarnya menjurus kepada kumpulan graduan lepasan IPT. Bagaimanapun, dapatan daripada beberapa kajian berkaitan kebolehpasaran graduan seperti Kajian Pengesanan graduan KPT serta kajian pengesanan graduan di semua IPTA menunjukkan dengan jelas majikan belum berpuas hati dengan tahap kemahiran insaniah graduan yang memohon pekerjaan. Malah data dari pengesanan graduan menunjukkan bahawa graduan sendiri masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu dengan tahap kemahiran yang dikuasai oleh mereka di dalam menghadapi alam pekerjaan. Empat komponen utama
kemahiran yang didapati sangat kurang dikuasai oleh graduan tetapi sangat dipentingkan untuk majikan ialah komunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris, kemahiran kerja berpasukan, keupayaan inovasi dan kreativiti serta kualiti daya saing yang rendah. Konsep kebolehpasaran bermaksud ‘The propensity of the graduate to exhibit attributes that employers anticipate will be necessary for the future effective functioning of their organization’. Dengan kata lain kebolehpasaran merujuk kepada keupayaan seseorang graduan untuk menguasai dan memiliki set kompetensi utama yang membolehkan seseorang individu itu mengekalkan daya saing serta selari dengan keperluan serta kehendak pasaran. Bagi memastikan bahawa seseorang graduan meningkatkan tahap 27
kebolehpasaran yang lebih tinggi, perkara yang paling asas ialah graduan tersebut dan juga pentadbir perkembangan pelajar di pusat pengajian tinggi harus mempunyai kesedaran serta bersedia dengan perubahan sama ada secara perlahan atau dramatik yang berlaku di tempat kerja. Akibat perkembangan globalisasi, perubahan pesat teknologi maklumat serta kewujudan secara besarbesaran K-ekonomi telah berlaku dengan begitu cepat perubahan di tempat kerja. Justeru itu, tanggungjawab mahasiswa selain perlu menamatkan pengajian dalam bidang pengajian masing-masing, mereka juga dituntut untuk memiliki keterampilan, soft skills serta kompetensi kendiri yang tinggi serta bersesuaian dengan permintaan pasaran tenaga kerja yang sangat kompetitif pada hari ini. Hal ini sememangnya telah disedari oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi. Maka di dalam memastikan kualiti kemahiran insaniah atau soft skills dikuasai oleh pelajar, KPT telah menetapkan semua IPT menawarkan kursus-kursus ko-kurikulum bertujuan memastikan mahasiswa diberikan peluang serta sebagai satu latihan yang dapat meningkatkan kualiti kemahiran insaniah mereka. Kebolehpasaran Graduan Senario membina kebolehpasaran graduan merupakan fenomena global. Sama ada di negara maju, membangun dan ketiga, isu kebolehpasaran wujud dalam bentuk yang berbeza. Di negara maju isu kebolehpasaran berkaitan membina graduan yang kreatif dan inovatif, manakala di negara membangun isu kebolehpasaran berkaitan dengan kemahiran umum kerjaya di sektor pendapatan tinggi seperti bekerja dalam pasukan, menjadi pemimpin kumpulan dan daya saing manakala di negara ketiga isu kebolehpasaran masih dilingkupi dengan masalah komunikasi, berbahasa Inggeris serta penguasaan ICT. Isu kebolehpasaran mula timbul di kalangan masyarakat negara maju seperti USA, kalangan negara kesatuan Eropah, 28
UK dan Jepun. Di UK misalnya isu ini mula diketengahkan pada tahun 1997 melalui Dearing Report yang dikeluarkan oleh National Committee of Inquiry into Higher Education. Antara lain laporan ini menegaskan bahawa ‘ higher education should equip graduates with the skills and attributes needed to be effective in a changing world of work’ (Ron Dearing.1997). Kalangan majikan juga berpandangan era abad ke 21 memerlukan ‘work-ready graduates’ dengan memiliki kemahiran generik yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan. Pada tahun 2004 juga satu kajian telah dilakukan oleh sekumpulan perunding kerjaya melibatkan 258 orang pengurusan dan pentadbiran tertinggi majikan sektor swasta di negara ini. Sepuluh kelemahan utama graduan dikenal pasti di dalam kajian ini iaitu kemahiran mengorganisasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kekurangan kreativiti, kurang kemahiran kritikal, kurang proaktif dan inisiatif, kemahiran membina jaringan serta daya saing yang rendah. Malah daripada sepuluh senarai kelemahan graduan yang telah dikenal pasti kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris dikatakan sebagai merupakan kemahiran yang sangat rendah dikuasai oleh para graduan. Bagi mengenal pasti masalah pengangguran graduan beberapa kajian lain juga telah dilakukan untuk meninjau jawapan sebenar kepada mengapa siswazah menganggur. Misalnya pada tahun 2004, Bank Negara Malaysia di dalam laporannya berkaitan pandangan majikan tentang keupayaan graduan menunjukkan ramai yang belum memenuhi tahap yang diharapkan oleh majikan terutamanya kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja sepasukan serta memiliki tahap daya saing yang dikatakan masih rendah. Berdasarkan keadaan tersebut KPT telah merancang untuk meningkat keperluan kemahiran insaniah atau soft skills di kalangan pelajar universiti. Penilaian berkaitan soft skills mula diberikan perhatian bukan sahaja oleh pihak Yang Berhormat Menteri
Pengajian Tinggi tetapi juga oleh Perdana Menteri semasa ucapan beliau di dalam majlis –majlis yang diadakan di IPTA. Malah di dalam majlis merasmikan Sudut Pidato di UKM pada bulan April yang lalu, beliau menekankan betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi diberikan perhatian oleh pihak universiti kepada para pelajar. Sejajar dengan itu juga, pihak KPT telah mengarahkan agar pusat ko-kurikulum semua IPTA supaya melaksanakan program yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Persoalannya adakah perkara ini telah berjaya dilakukan? Sejauh manakah perlaksanaan ko-kurikulum telah berjaya meningkat kemahiran insaniah pelajar? Apakah ada perbezaan yang ketara berlaku kepada kemahiran insaniah pelajar selepas mereka terlibat dengan ko-kurikulum dengan sebelum mereka melibatkan diri. Semua persoalan ini masih belum terjawab kerana pihak KPT masih memerlukan data dan hasil kajian yang komprehensif
Empat komponen utama kemahiran yang didapati sangat kurang dikuasai oleh graduan tetapi sangat dipentingkan untuk majikan ialah komunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris, kemahiran kerja berpasukan, keupayaan inovasi dan kreativiti serta kualiti daya saing yang rendah. untuk memahami keadaan ini. Pengalaman penulis menunjukkan secara umumnya terdapat tiga kaedah bagaimana ko-kurikulum telah dilaksanakan di IPT negara ini. Pendekatan pertama ialah menjadikan aktiviti ko-kurikulum sebagai kursus berkredit yang wajib disertai oleh semua pelajar universiti tersebut. Ada universiti yang memperuntukkan antara dua hingga lapan kredit yang perlu diambil oleh pelajar tahun satu dan dua untuk kegiatan ko-kurikulum. Pendekatan kedua ialah kegiatan kokurikulum wajib tetapi telah dijalankan
tanpa diberikan kredit. Walaupun semua peringkat yang paling asas sangat pelajar ‘wajib’ melibatkan diri di dalam memerlukan kemahiran komunikasi, kegiatan ko-kurikulum, penglibatan kerja berpasukan, kepimpinan dan tersebut tidak diambil kira untuk tujuan sebagainya. Kebanyakan ko-kurikulum pengijazahan mereka. Pendekatan dilaksanakan dalam bentuk kuliah dan ketiga, pelajar melakukan ko-kurikulum mempunyai peperiksaan yang perlu sebagai mengisi masa senggang diambil di akhir di universiti. Universiti semester. Amalan ini menyediakan kemudahan sebenarnya bercanggah untuk pelajar menjalankan dengan matlamat serta ko-kurikulum tetapi tidak tujuan pelaksanaan mewajibkan semua pelajar ko-kurikulum untuk terlibat. Pendekatan ini biasanya meningkatkan kemahiran diamalkan di IPTS. ‘hands-on’ para pelajar, En. Anuar Ahmad Antara kegiatan koberteraskan minat pelajar kurikulum utama yang serta menyeronokkan. dilaksanakan di IPT ialah aktiviti sukan, Maka perkuliahan yang menekankan kesenian, khidmat masyarakat, persatuan terlalu banyak teori akhirnya akan beruniform, keusahawanan, kepimpinan menyebabkan pelajar tidak berpeluang dalam berpersatuan. Persoalannya sejauh melaksanakan latihan secara praktikal dalam situasi yang sebenar. Oleh itu KPT harus menilai semula apakah untungnya kokurikulum yang dilaksanakan secara kuliah ini kepada para pelajar di IPT. Sebaiknya ko-kurikulum dilaksanakan berasaskan kepada perlaksanaan projek pelajar. Pelajar yang berminat dengan bidang komunikasi misalnya diberikan peluang untuk menganjurkan program yang manakah semua kegiatan ini dapat membantu kebolehpasaran serta membina nilai kerjaya dan keusahawanan di kalangan para mahasiswa apabila mereka tamat pengajian kelak? Apakah dengan melibatkan diri secara aktif di dalam ko-kurikulum maka kemahiran insaniah mereka akan meningkat dan seterusnya mampu membantu mereka menghadapi permintaan majikan kelak. Beberapa tinjauan menunjukkan ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh pihak universiti tidak sejajar dengan keperluan kemahiran insaniah pelajar serta pasaran kerja. Sebagai contoh masih terdapat universiti yang melaksanakan ko-kurikulum dalam bentuk konvensional yang lebih mementingkan pelaksanaan ko-kurikulum dan bukan menekankan kepada pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Kebanyakan universiti masih melaksanakan program sukan, kebudayaan, khidmat masyarakat dan sebagainya sedangkan pelajar pada
berkaitan kemahiran komunikasi seperti debat, public speaking, menjayakan sudut pidato dan sebagainya secara praktikal. Jika ada pelajar yang berminat dan ingin membina kemahiran keusahawanan maka seharusnya ko-kurikulum membenarkan mereka untuk memulakan perniagaan di kampus atau luar kampus dan bukannya ‘terpaksa’ masuk ke kuliah untuk mendengar, mencatat nota tentang teori perniagaan dan seterusnya wajib pula mengambil peperiksaan.
Beberapa tinjauan menunjukkan ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh pihak universiti tidak sejajar dengan keperluan kemahiran insaniah pelajar serta pasaran kerja. Sebagai contoh masih terdapat universiti yang melaksanakan ko-kurikulum dalam bentuk konvensional yang lebih mementingkan pelaksanaan ko-kurikulum dan bukan menekankan kepada pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Maka jika sekalipun mereka berjaya memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan, ini tidak memberikan apa-apa makna kepada pengupayaan minat berbanding dibenarkan menjalankan projek perniagaan secara langsung. Isu kebolehpasaran serta keusahawanan jelas gagal ditangani jika perkuliahan dibenarkan dilaksanakan di dalam aktiviti ko-kurikulum. Malah adalah paling baik jika kegiatan ko-kurikulum ini dilibatkan pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga komuniti luar kampus secara langsung. Langkah ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang dunia korporat dan perniagaan, aktiviti badan bukan kerajaan serta membantu komuniti, malah para mahasiswa akan mengembangkan pandangan alam (world view) mereka sendiri tentang cabaran serta kemahiran yang perlu mereka kuasai sebelum melangkah keluar dari menara gading bila tamat pengajian kelak. Penulis ialah Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar dan Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM Oleh : Anuar Ahmad
29
9 Januari : Karnival Jom Masuk U Persada Johor Bahru
16 -17 Januari : Karnival Pengajian Tinggi - Stadium Malawati Shah Alam
12 Januari : Hello Malaysia di BERNAMA
12 Januari : Majlis Pelancaran sisipan Varsiti
12 Januari : Majlis Amanat Tahun Baru 2010
21 Januari : Seminar Pegawai Pelapor Parlimen
6 -7 Februari : Karnival Pengajian Tinggi Stadium Tertutup Nilai
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
24 Februari : Program Transformasi Politeknik
27 -28 Februari : Karnival Pengajian Tinggi - Penang
16 Mac : Mesyuarat bersama Oxford Business Group
Mac : Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
Mac : Kerjasama (joint working group-JWG) pertama antara kerajaan Malaysia dan China
13 April : Site visit ISESCO KLCC
1 April : Majlis Pelancaran Professor Negara dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tingi
13 April : Perhimpunan Bulanan KPT
18 Mei : Delegasi Hong Kong Melawat KPT
15 - 16 Mei : Karnival Kerjaya & Usahawan Graduan - PWTC
24 Mei : Majlis MOU Scope International Malaysia & UiTM, UTM, UM dan UKM
1 Julai : Program Walk-About bersama TM2 UM, UPNM & UTM
5 Julai : International Scholarship Awards - PICC
Jun : APC 2009
9 Julai : International Sports Carnival
12 Julai : Pengumuman Keputusan Setara 2009
14 Julai : Transformasi Kolej Komuniti
19 Julai : Pelan Pengukuhan Strategik Kerjasama Industri / Masyarakat 13 Julai : Lawatan YB Menteri ke UiTM
20 Julai : Perhimpunan Bulanan
28 Julai : 4th JCI CYEA 2010, Top 10 Finalist Revealing Conference
6 Ogos : Majlis Perasmian Konvensyen Perwakilan Pelajar IPTA, ESSET Bangi
8 Ogos : Lawatan Sultan Johor ke Kolej Komuniti Ledang
6 Ogos : Mesyuarat MPPK bersama TPM - PICC
Ogos : Seminar Perancangan Strategik Separuh Tahun 2010
9 Ogos : Pelancaran Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti & Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM)
Ogos : Program Inovasi Islam
25 Ogos : Majlis Berbuka Puasa bersama Rakan Media
25 Ogos : Majlis Berbuka Puasa Warga KPT
26 Ogos : Majlis Khatam Al-Quran Peringkat KPT
Ogos : MPP IPTA - Glor Beach Resort
31 Ogos : Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Selayang
30 Ogos : Program Semarak Kemerdekaan KPT
Penggerak Star Rating KPT
2 September : Majlis Sumbangan Hari Raya Untuk Sokongan Rendah
28 September : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri KPT
23-25 September : Seminar Pengurusan Pengaduan Awam KPT
September : Slot Temuramah bersama RTM
30 September : Majlis Pelancaran Hari Optometri SeMalaysia “ World Sight Day UKM�
30 September : Majlis Naik Taraf Kolej Universiti Taylor’s kepada Universiti 30 September : Majlis Penyerahan Biasiswa Pelajar Kelas Pertama
12 Oktober : Majlis Pelancaran Pusat Pengambilan Setempat Kemasukan Ke Program Sijil & Diploma IPT / Latihan Vokasional & Latihan Kemahiran Awam
12 Oktober : Majlis MOA dengan National Authority for Quality Assurance Acceditation of Education (NAQAAE) Egypt
4 November : KDU sebagai University College
14 Oktober : Majlis MOU diantara KPT dan Western Digital
9 November : Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif
9 November : Graduation and MOU & MOA Graduation Ceremony
8 November : World Bank, Countesy COL President & University Austria & Countesy COL Australia HICOM
22 November : Majlis Penghargaan Ahli Jawatankuasa ISSECO
23 November : Kunjungan H.E. Paul Jones, U.S. Ambassador
11 November : Majlis Sambutan Hari Integriti
November : Pertemuan Pertama
23 November : Temuramah (Tan Sri Zulkifli B. A. Hassan) bersama Utusan
24 November : Hari Terakhir YB Menteri Bersama KSU
3 Disember : Taklimat Pengenalan JPT kepada KSU Baru
6 Disember : Program Modular Lukisan Seni Bina & Animasi serta Perasmian Kolej Komuniti Teluk Intan
25 November : Hari Pertama KSU (YBhg. Datuk Haji Abd Rahim bin Md Noor)
8 Disember : Program “Kepimpinan Kreatif & Inovatif Akademia muda
11 Disember : Konvensyen Belia FELDA Sempena Karnival IKTIRAF Peringkat Kebangsaan 2010
30 Disember : Program CSR (Corporate Sosial Responsibility) Keceriaan Pejabat
TINTA ILMU
Peranan Pendidikan Tinggi Dalam Melahirkan Graduan Berkualiti
P
endidikan tinggi berperanan untuk melahirkan golongan profesional dalam pelbagai bidang pekerjaan di samping memastikan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai nilai murni dan kemahiran insaniah yang diperlukan masyarakat dan majikan. Golongan profesional terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pekerjaan yang diceburi. Semua ini diperolehi melalui kurikulum yang dirancang dengan teliti untuk memastikan graduan program pengajian berkenaan layak dianggap profesional. Bagaimanapun terdapat definisi ‘profesional’ yang berbeza. Ada pendapat menyatakan ‘profesional’ adalah graduan daripada program pengajian yang mempunyai badan profesional seperti bidang kejuruteraan dan perubatan. Graduan bidang pengajian yang tidak mempunyai badan profesional seperti perguruan tidak dianggap profesional. Mereka hanya dianggap sebagai guru siswazah. Ada pihak yang mengkategorikan pendidikan yang melahirkan pekerja kepada pekerja mahir, 34
separa profesional dan profesional. Pekerja mahir adalah mereka yang mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tertentu, separa profesional adalah pemegang diploma dan profesional adalah pemegang ijazah sarjana muda.
Persoalannya ialah sejauh dan sedalam manakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipelajari untuk membolehkan graduan memegang segulung ijazah atau menjadi profesional dalam sesuatu bidang pekerjaan. Sejauh manakah kandungan sesuatu kursus yang diambil berbeza dengan kursus yang sama pada peringkat Diploma, Sarjana dan PhD? Terdapat kursus yang tidak dapat
membezakan sama ada kandungannya berada pada tahap Diploma, Ijazah sarjana muda, sarjana atau PhD. Keadaan ini menyebabkan pelajar belajar perkara yang sama berulang kali mengikut tahap pengajian. Dalam perkara ini, perancang kurikulum perlu peka dengan tahap pengajian dan kandungan kursus yang sesuai dengan tahap pengajian. Dari segi penyampaian kandungan, pensyarah menggunakan pelbagai kaedah dan teknik penyampaian. Kaedah yang paling banyak digunakan ialah syarahan. Kaedah tradisional ini sudah lama diamalkan oleh pensyarah dan sudah sebati dengan diri mereka. Bagaimanapun kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Ia sesuai digunakan untuk menyampaikan maklumat secara sehala oleh pensyarah kepada pelajar dalam kumpulan besar. Keberkesanan kaedah ini dipersoalkan pelbagai pihak. Atas sebab itu, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pensyarah menggunakan kaedah berfokuskan pelajar. Kaedah ini menghendaki pensyarah menyediakan persekitaran untuk membolehkan
pelajar menjadi pemandu dalam pembelajaran. Pensyarah bertindak sebagai fasilitator, memudahcara pelajar dalam pembelajaran mereka. Terdapat beberapa kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar ini. Antaranya ialah kajian kes, projek, pembelajaran berasaskan masalah, latihan di tempat kerja dan tugasan. Kaedahkaedah ini boleh dilaksanakan dengan melibatkan pelajar secara individu atau berkumpulan. Isu yang timbul dalam penggunaan kaedah berfokuskan pelajar ini ialah terdapat pensyarah yang terlalu taksub menggunakan satu kaedah sahaja dalam pengajaran mereka. Terdapat juga pensyarah yang tidak mahu menggunakan kaedah ini kerana membebankan mereka dalam menyediakan bahan dan juga ketidakmahiran mereka menggunakan kaedah berkenaan. Bagi pensyarah yang taksub menggunakan satu sahaja kaedah dalam pengajaran mereka perlu memikirkan tentang pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan stail pembelajaran. Untuk mengatasi kebosanan sesetengah pelajar belajar apabila pensyarah hanya menggunakan satu kaedah mengajar sepanjang semester, baik jika pensyarah menjalankan ujian diagnostik pada hari pertama perjumpaan dengan pelajar untuk menentukan sejauh mana pengetahuan dan kamahiran yang ada dalam diri pelajar. Maklumat yang diperolehi hasil ujian diagnostik ini membolehkan pensyarah merancang tahap pengetahuan dan kemahiran yang perlu disampaikan kepada pelajar dan menentukan kaedah yang sesuai digunakan supaya semua pelajar suka mempelajari kandungan yang disampaikan. Sejauh manakah dan berapa ramaikah pensyarah IPT menjalankan ujian diagnostik ini? Sepatutnya setiap pensyarah menjadikan ujian diagnostik sebagai amalan mereka sebelum memulakan pengajaran pada setiap semester. Dalam melahirkan seorang individu yang menyeluruh, tiga domain penting dalam pendidikan perlu diberi perhatian, iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif. Dalam penyampaian, domain yang kurang diberi penekanan oleh pensyarah dalam pengajaran mereka ialah domain afektif, iaitu aspek berkaitan dengan penerapan nilai murni dan pembentukan tingkah laku pelajar.
Kebanyakan pensyarah mengabaikan aspek ini dan memberi banyak tumpuan kepada aspek kognitif dan psikomotor. Satu lagi aspek yang juga mendapat perhatian pensyarah dan perancang kurikulum ialah kemahiran sosial atau kemahiran insaniah. Aspek kognitif, psikomotor dan kemahiran insaniah mudah dilaksanakan dan diukur berbanding dengan aspek afektif yang sukar diterapkan (terutama apabila dipersoalkan tentang penghayatan nilai oleh pelajar) dan diukur. Ada pihak cuba membina instrumen mengukur
aspek afektif ini tetapi sejauh manakah instrumen berkenaan benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur, dipersoalkan, lebih-lebih lagi apabila ianya hanya berlandaskan kepada persepsi pelajar terhadap item-item dalam instrumen berkenaan. Berbeza pula dengan aspek kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran) dan kemahiran insaniah. Untuk kognitif, pelbagai ujian diadakan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan yang diajar atau dipelajari oleh pelajar sudah dikuasai. Begitu juga dengan aspek kemahiran, penguasaan kemahiran pelajar boleh diukur dengan tepat. Pengetahuan dan kemahiran boleh diajar dan dipelajari pelajar. Pensyarah mestilah pandai memilih kaedah yang sesuai dengan kandungan yang disampaikan kepada pelajar. Pemilihan dan penggunaan kaedah yang sesuai dengan kandungan juga membolehkan pensyarah menyerapkan kemahiran insaniah secara tidak langsung dalam diri pelajar. Contohnya penggunaan kaedah perbincangan kumpulan membolehkan pelajar bekerja dalam kumpulan dan berkomunikasi di antara ahli kumpulan. Selain itu, nilai murni seperti hormat menghormati dan bekerjasama dapat diterapkan. Kemahiran insaniah seperti
bekerja dalam kumpulan, kebolehan berkomunikasi, penyelesaian masalah dan sebagainya boleh diajar dan diukur penguasaan oleh pelajar. Pengajaran kemahiran ini boleh dilakukan melalui kursus tersendiri atau boleh diterapkan melalui penyampaian dengan menggunakan kaedah tertentu seperti dinyatakan di atas. Dalam melahirkan graduan IPT, sama ada dipanggil profesional ataupun tidak, peranan pensyarah adalah penting untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan benar-benar dikuasai pelajar sebelum bergraduan. Selain itu, graduan juga perlu mempunyai kemahiran kebolehpasaran terutama berkaitan dengan kemahiran insaniah dan juga mempamerkan nilainilai murni yang sangat diperlukan masyarakat dan majikan. Malah terdapat majikan yang menyatakan mereka mahukan graduan mempunyai kemahiran insaniah dan mempamerkan nilai-nilai murni lebih daripada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pekerjaan boleh dilatih oleh industri apabila graduan bekerja tetapi sukar untuk majikan membentuk pekerja yang mempunyai nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah semasa bekerja. Bagi sesetengah majikan, mereka berpendapat perkembangan teknologi dalam pekerjaan menyebabkan apa yang dipelajari di IPT menjadi luput (obsolete). Oleh itu, graduan memang sentiasa perlu diberi pengetahuan dan kemahiran dalam pekerjaan yang dilakukan. Tidak cukup dengan apa yang dipelajari di IPT. Oleh : Prof. Dr. Zakaria Kasa Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kemahiran insaniah seperti bekerja dalam kumpulan, kebolehan berkomunikasi, penyelesaian masalah dan sebagainya boleh diajar dan diukur penguasaan oleh pelajar.
35
UTeM dan Lancaster Universiti Anjur Simposium Antarabangsa
Prof. Garik Markarian menyampaikan ucapan aluan sempena majlis perasmian.
U
niversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) semakin mendapat perhatian institusi pengajian tinggi antarabangsa apabila diberi penghormatan oleh Lancaster University dari United Kingdom (UK) untuk sama-sama berganding bahu menganjurkan 4th International Symposium on Broadband Communications (ISBC 2010). Pada simposium ini, Prof. Garik Markarian dari Lancaster University bertindak sebagai Pengerusi persidangan manakala Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi dilantik sebagai Pengerusi Bersama (General Co-Chair). Manakala Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) UTeM, Prof. Madya Muhammad Syahrir Johal diberikan kepercayaan untuk memegang 36
jawatan Pengerusi Teknikal persidangan bersama dengan Prof. Bahram Honary dari Lancaster University. ISBC 2010 telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan apabila disifatkan sebagai penganjuran terbaik oleh Prof. Garik Markarian. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari terakhir simposium itu. Menurut Prof. Garik, ISBC 2010 yang dianjurkan oleh UTeM telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli akademik dan profesional khususnya dalam bidang teknologi komunikasi. Semasa menyampaikan ucapan penutup ISBC 2010, beliau melahirkan penghargaan kepada UTeM kerana telah berjaya membawa nama-nama besar dalam bidang penyelidikan dan industri, malah kualiti kertas kerja yang dibentangkan adalah amat mengagumkan.
Majlis Perasmian ISBC 2010 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Penyampai ucaptama pada simposium kali ini merupakan pakar-pakar teknologi komunikasi antarabangsa antaranya Prof. Hikmet Sari yang merupakan Ketua Saintis SEQUANCE dari Perancis, Dr. Nader Zain iaitu Pengurus Teknikal Makmal Komunikasi Eropah dan Dr. Stephen Lowe, Pengerusi Persatuan Jalur Lebar Tanpa Wayar Eropah. Sementara itu nama yang tidak asing lagi di Malaysia dalam bidang komunikasi jalur lebar seperti Prof. Dr. Khazani Abdullah daripada Significant Technologies, Dr. Mazlan Abbas daripada MIMOS Berhad dan Prof. Dr. Tharek Abdul Rahman daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.
turut menyampaikan ucaptama pada persidangan tersebut. Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi, ISBC 2010 mendapat perhatian penyelidik antarabangsa seperti dari Russia, Jepun, Turki serta UK. Beliau yang juga Pengerusi Bersama (General Co-Chair) ISBC 2010 turut melahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat terutama sekali media massa dan ahli jawatankuasa yang dilantik bagi merealisasikan simposium ini.
Para tetamu kehormat dibawa melawat ke tapak pameran.
Pada simposium ini juga, UTeM yang menyambut ulangtahun ke-10 tahun ini turut melakar sejarah apabila memeterai dua Perjanjian Persefahaman (MoU) membabitkan Lancaster University dan sebuah syarikat dari Korea Selatan. MoU antara UTeM dan Lancaster University bakal menyaksikan kolaborasi dalam bidang penyelidikan, latihan, pertukaran pelajar dan staf serta penempatan industri. Sementara itu, Syarikat Man & Tel yang berpangkalan di Gyungbuk Korea Selatan akan bekerjasama dengan UTeM dalam
bidang pengkomersilan, perlindungan harta intelek serta pemindahan teknologi antara kedua-dua buah organisasi.
ISBC 2010 telah mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 74 kertas kerja dari Malaysia dan 80 kertas kerja dari luar negara. Antara negara yang mengambil bahagian terdiri daripada United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Armenia dan Perancis. Kejayaan penganjuran ISBC 2010 yang ini membuktikan komitmen padu yang diberikan oleh UTeM bagi merealisasikan hasrat menjadi sebuah Universiti Teknikal yang tersohor di dunia suatu hari nanti. Kepercayaan yang diberikan oleh pihak antarabangsa ini menjadi satu titik tolak bahawa UTeM juga setanding dengan universiti ternama yang lain. Walaupun usianya baru menjengah sedekad, pelbagai kejayaan telah diraih dan usaha menjadi sebuah institusi penyebaran ilmu yang kompetitif dan berinovatif sentiasa dipergiatkan agar Malaysia mampu menjadi hub pendidikan yang terkenal merata dunia. 37
PENYELIDIKAN
5 awards for UTM at IDEERS
Norhazilan (fourth from left) with his team celebrating their success at Taipei
U
niversiti Teknologi Malaysia (UTM) Delegation from Faculty of Civil Engineering (FKA) and Residential College of Tun Hussein Onn (KTHO) bagged 5 awards and certificates at a built and test structure competition program entitled “Introducing and Demonstrating Earthquake Engineering Research in Schools (IDEERS)” which was held at the Taiwan National Center for Research on Earthquake Engineering (NCREE), Taipei. It was a pure moment of joy when the postgraduate team, RESA-UTM (G12) from Reliability Engineering and Safety Assessment Research Group (RESA) received five awards and acknowledgement including one major prize, the world champion of IDEERS 2010. For the first time in the history of competition, postgraduate team from Malaysia managed to scoop the prestigious major prize by beating the previous champions such as University of Auckland, National Cheng Kung University, University of Hong Kong and Keimyung University. RESA-UTM G12 with their Multiway Sliding Isolator supervised by Dr. Norhazilan Md Noor (KTHO Principal) and Mohd Zamri Ramli, remarkablywon the 1st Place of the Overall Performance, Best Oral Presentation and Most Creative Structural Engineering Design. The team also ranked 2nd of the Most 38
Preferable Model Award behind University of Auckland. For the second time in a row, RESA-UTM team has become the only team with model and isolator system that can sustain the required quake intensity of 1000 gal before collapse to deserve the Best Structure Failure Prediction. The isolator was constructed at UTM-FKM Fabrication Laboratory under supervision of Maizan Sulaiman. The model was inspired by the anatomy of human body. The historic triumph by UTM delegation is a result of great cooperation between FKA, the Faculty of Mechanical Engineering (FKM), KTHO through Department of Student Affairs and Alumni (HEM&A), Innovative Construction Research Alliance (ICON) and Reliability Engineering and Safety Assessment Research Group (RESA). The program was jointly organized by NCREE, the National Applied Research Laboratories (NARL), the National Center for Research on Earthquake Engineering (NCREE), the National Science and Technology Center for Disaster Reduction (NCDR), British Council, the Asia-Pacific Network of Centers for Earthquake Engineering Research (ANCER) and University of Bristol United Kingdom. Since 2001, the event has been successfully drawn participants from Taiwan and all around the world such as United State, Belize, Guatemala, Singapore, Philippines, Indonesia, United
Kingdom, Hong Kong, South Korea, China, New Zealand, Vietnam, Japan, Germany and Malaysia. UTM delegation from Faculty of Civil Engineering was represented by Hamidun Mohd Noh, Siti Rabea’h, Nor Apaziah, Shadiah Husna, Lim Kar Sing, Nor Hamimi, Siti Fatimah, Arman Abdullah, Muhammad Sharaffuddeen, Wan Firdaus, Nur A’in Idris, Fakrul Razi, Nurul Amirah, Tan Khye Sim and Low Chw Kuan. Prof Dr. Shahrin Mohammad (Dean of FKA) acted as the advisor of the program. For this year competition, UTM team were beneficially sponsored KTHO, Department of Student Affairs & Alumni (HEMA), RESA as well as receiving sponsorship from private companies such as KTHO Photocopy Centre, Iman Klasik Enterprise, UU-Poh Hardware Trading, U-Tyre and Service Center, Ka Hon Enterprise, Kita Ryo Sdn Bhd. and UE Dry Cleaning. The sponsorship manifests excellent UTM-industry relationship in contributing to the student development program. In this competition, students were required to construct a wooden model according to the structural rules and specifications provided by the organizer. The model and specially designed isolator system were then tested on the high-tech shaking table until collapse according to the judges’ desired seismic strength.
PENYELIDIKAN
Cleaner Production – Leads To Reduce Pollution, Health Risk And Increase Incomes For Small-Medium Entrepreneurs (SMEs)
Fixing the colours in traditional vats for the ‘batik blok’ process
P
rofesor Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman recently assumed the Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali Chair which provides opportunities to researchers, particularly women scientists to contribute to national development. The Chair funded her research project, “Transforming Sustainability Strategy into Action: The Case for the Malaysian Process Industry,“ which focused on the application of a cleaner production for small-medium entrepreneurs (SMEs). “Cleaner production includes green technology that integrates safety, health and environment to deliver better quality products, processes or services at a more competitive price.” she says. Currently, the team is looking closely at the batik industry in Kelantan on cleaner production methods. “Since these are practically cottage industries in the truest sense of the word, the aspects of waste and safety issues are sometimes neglected,” she says. “The untreated wastewater can find its way into water courses or wells from which drinking water is drawn. These enterprises are therefore ripe for the adoption of cleaner production methods,” she added. Her research looks at what she
Profesor Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman: More researchers should be carried out on the environment
describes as ‘low-hanging fruits’ in order Cluster, has research interests in the to identify processes that lend easily to environment with a special learning adoption. The improvements put in place towards the participation of engineers for do not always require expensive plant a sustainable future. Nik Meriam was also or processes. It begins with a thorough recently appointed as a member to the examination of the work processes and National Environmental Council. making adjustments to traditionally-held She is the second person to hold the rituals that are so commonplace that they Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali Chair are easily overlooked. after Professor Halijah Ibrahim, who held Her team is working with the the position since August 26, 2003. Department of Environment to promote cleaner production methods, in particulars for SMEs, to reduce pollution and health risk caused by poor waste management. “Its ultimate goal is to clean up the environment whether it’s water, land or air. The work also extends to wastage reduction which leads to savings and results in increased incomes,” she says. In UM, the team is ready to offer Cleaner Production solutions to local industries at their own pace and investment capabilities. Nik Meriam is currently Profesor Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman together with Tun Dr. Siti Hasmah Mohd the chairperson of the Ali during the announcement of the second holder of Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali Chair recently. Sustainability Science Research 39
INOVASI
USM Cipta Pesawat Pemantau Tanpa Pemandu
P
enyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta pesawat pemantau tanpa pemandu (UAV) yang berupaya memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pemantauan persekitaran serta boleh digunakan secara meluas dalam industri agrikultur. Rekacipta pertama seumpamanya menggunakan teknologi tempatan itu boleh diaplikasikan terhadap pelbagai keperluan, termasuk memantau aliran trafik jalanraya, kualiti udara dan air, pembebasan karbon, ketenteraan dan sebagainya. Dalam bidang agrikultur pula, UAV tersebut boleh digunapakai bagi memantau dan memungut data sawah padi, sungai, pencerobohan hutan dan lain–lain. Ketua Penyelidik UAV yang dikenali sebagai Greentech 2020 itu, Endri Rachman berkata, istimewanya pesawat mudah alih tersebut boleh dilihat
40
daripada kepelbagaian aplikasinya dan rekabentuknya yang bercirikan teknologi hijau. Katanya, UAV yang bersifat ‘mata di udara’ itu turut berpotensi digunakan bagi kerja-kerja pemantauan di lokasi bencana alam termasuk kawasan dilanda banjir, tsunami, gempa bumi dan sebagainya. ``Pesawat ini boleh bertindak sebagai pendahulu dalam memantau sesuatu lokasi tanpa kehadiran manusia. Ia berupaya memungut data-data penting yang mana ia akan dipaparkan terus kepada skrin komputer. ``Teknologi ini membolehkan pengguna hanya duduk di depan komputer melakukan kerja-kerja analisis dan mengambil tindakan mengikut keperluan,’’ katanya pada sidang media dan demonstrasi penerbangan UAV tersebut di sini hari ini. Turut hadir pada demonstrasi berkenaan ialah Asisten Ketua Staf Tadbir, Markas Tentera Udara, Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Said dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Prof. Dato’ Omar Osman. Tambah beliau, UAV yang berkelajuan sehingga 55 km/sejam berkenaan mempunyai kapasiti penerbangan pada ketinggian sehingga 300 meter di udara dan mampu bertahan sehingga 60 minit dengan radius penerbangan mencapai 50 kilometer. ``Paling penting, UAV ini boleh
Ketua Penyelidik UAV yang dikenali sebagai Greentech 2020 itu, Endri Rachman berkata, istimewanya pesawat mudah alih tersebut boleh dilihat daripada kepelbagaian aplikasinya dan rekabentuknya yang bercirikan teknologi hijau. diterbangkan dengan mudah (handlaunch) tanpa memerlukan landasan khas dan tidak menggunakan petrol sebagai bahan bakar yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara,’’ ujarnya. Endri turut berkata, pesawat yang dibangunkan dengan geran Universiti Penyelidikan (RU) berjumlah RM400,000 ribu itu diterbangkan menggunakan kuasa motor elektrik. Katanya, pesawat sebegini yang sudah ada di pasaran semuanya dibangunkan menggunakan kepakaran luar negara dan kosnya mencecah RM35,000 seunit, dua kali ganda lebih tinggi daripada kos yang diperlukan jika menghasilkannya sendiri. ``Buat permulaan, pesawat yang sudah sedia beroperasi ini dilengkapi dengan dengan pelbagai cip elektronik termasuk sensor, kamera, GPS dan sebagainya, namun ia boleh diubahsuai dan ditambah mengikut keperluan tertentu,’’ katanya. Tambah beliau, penyelidkan UAV yang siap sepenuhnya November lalu turut mendapat sentuhan penyelidik bersama iaitu Pengarah CEDEC, Prof. Madya Dr. Othman Sidek dan pembantu penyelidik, Mohd Nurazri Zahari dan Faisal Abdurrachman. Oleh : Marziana Mohamed Alias
INOVASI
ICT To Support Rural Development At Bakelalan
B
uilding on experiences gained from the eBario project in Bario, the eBakelalan initiative (as with eLamai (Long Lamai in Ulu Baram), eLarapan (Pulau Larapan in Sabah and eBuayan of Kampung Buayan in Sabah) aims to explore ways in which ICT infrastructure (computer, internet, printer, and the telephone at a community telecentre) and related services can serve the needs of rural and remote communities in Malaysia with the financial assistant from the Japanese government for the solar system. Electronic Bakelalan or eBa Kelalan is one of the four new locations at which a group of research fellows at the Centre of Excellence in Rural Informatics at UNIMAS are currently introducing ICT infrasructure to enhance the livelihood of local communities in Ba Kelalan. Ba Kelalan was chosen as one of the sites for two reasons. First is because of its remote location. Located at approximately 3000 feet above sea level, Ba Kelalan is situated 4 km from the international border between Sarawak and East Kalimantan and 170 km from Lawas (the closest town). Ba Kelalan literally means ‘the wet lands along the Kelalan river.’ In a sense the place derives its name from the Kelalan river, which forms one of the major headwaters of Trusan River that flows into Brunei Bay on the west. The area is surrounded by some of the highest peaks and mountain ranges found in Sarawak. To the east is Apo Duat, a mountain range that separate it politically from East Kalimantan. Mount Murud, the highest mountain in Sarawak at 7900 feet is located to the west of Bakelalan. From time immemorial, the valley has been the home of the Lun Bawang people. Today there are 12 villages located within the valley: from the farthest east (Closest to the Indonesian Border) is Puneng Kelalan, Long Muda, Long Kumap, Long Langai, Long Lemutut, Long Ritan, Long Rusu, Telal Buda’ (Buduk Bui), Long Nawi (Buduk Bui), Long Rangat, Buduk Aru’, Long Ubau, Pa’ Pala, Pa Tawing. Administratively the area is known as Central Ba Kelalan. The
permanent residents of these villages are 1500 people although 3000 Lun Bawang calls Ba Kelalan as their home. Due to its height and surrounding mountain, its climate is cool with daily temperature ranging between 15 – 32 degree celsius. The main economic activity in the area is producing adan rice (also known as Bario Rice). Also there are those who rear buffaloes and other domesticated animals as source of income. Ba Kelalan nonetheless is well known for its Ba Kelalalan apple. Harvesting apple at the orchard The other important reason why Bakelalan was chosen is its people – the Lun Bawang have shown great interest in accepting and exploring the ways in which ICT, particularly the internet, can support rural development in the area. The initiative is designed to target all sections of the community regardless of age, sex, educational background and ethnic group. Nonetheless, special attention will be given to the links between technology and the roles women play in community development. This is because in rural areas, women (as individuals and as a group) can be considered important pillars of development. Another specific group we aim to assist through the project is children with disability or special needs. In our quest to be a fully developed nation by 2020, it is very easy to overlook the needs of these special ones in our midst. With the facilities and related servcies, we aim to ensure that their needs are taken into consideration in the design, planning and implementation of the project. Challenges Because of its remoteness, Bakelalan is located outside the national grid, and up to 4 months ago is with very meagre and
unstable communication and information infrastructure. Although Internet facilities and telephone were installed about a year or so ago, unfortunately have ceased to function. As a result there had been situations in the where by villagers had to track for about 2 hours over to East Kalimantan to make phone calls especially if there was an emergency. The community also rely on radio for news and information. Though very useful, the radio can only provide a one-way communication. Both of these situations: which is Bakelalan remote-ness, and the lack of basic and stable information and communication infrastructure in the area present a great challenge for eBakelalan. But there is a hope especially with the participation of local people in the project design, planning and implementation that these challenges can be overcome. Solar Power The installation of a solar system at the telecentre in Ba Kelalan is made possible through the financial assistance of the Japanese Government, particularly His Excellency Mr. Kazuyoshi Yamaguchi, the Consul-General of Japan for Sabah, Sarawak and Labuan. Through its Grassroots Grant Assistance for Human Security Project, the Japanese Government granted a total of US$ 54,664 (RM 174,870.14) to CoERI for its solar project in Ba Kelalan. It has to be noted here that this is the third grant awarded by the Japanese Government to CoERI after the same project in Long Lamai, Sarawak and Larapan Island, Sabah. The continued collaboration between the Japanese Government and CoERI symbolizes the former’s commitment in not only strengthening the diplomatic relations between Malaysia and Japan but also genuinely bringing meaningful change to ordinary people like the Lun Bawang. CoERI would like to record its deepest appreciation to the Japanese Government for its continued support in helping to bridge the digital divide in Malaysia and at the same time improving the quality of life of the rural communities. 41
WAWANCARA
`Libatkan Nilai Kreativiti, Inovasi’ Pendidikan keusahawanan rentasi kurikulum - Naib Canselor UMK pelbagai kemahiran dan ilmu untuk menghadapi cabaran globalisasi. “Kita menyatakan UMK sebagai sebuah Universiti Keusahawanan, ini bukan bermakna kita tidak boleh menawarkan program pengajian dalam bidang sains seperti perubatan veterinar. Sebelum ini ada sesetengah pihak berpendapat pendidikan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Ir. Zainai bin Mohamed keusahawanan itu harus datang daripada fakulti asyarakat sering kali mengaitkan perniagaan atau ekonomi sahaja. keusahawanan dengan aktiviti “Pandangan seumpama itu adalah berniaga atau menjalankan salah sama sekali. Kita harus sedar bahawa perniagaan sendiri untuk menjana keusahawanan telah menjadi agenda pendapatan lumayan, namun bagi Naib global pada masa ini bahkan pendidikan Canselor Universiti Malaysia Kelantan keusahawanan adalah merentasi (UMK), Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai kurikulum kerana ia juga melibatkan Mohamed konsep keusahawanan itu nilai-nilai inovasi dan kreativiti,” katanya sebenarnya perlu dilihat daripada aspek dalam satu wawancara di pejabatnya baruyang lebih luas dan terbuka terutama baru ini. dalam era globalisasi pada masa kini. Beliau berkata, ada di kalangan Sebagai sebuah Universiti yang individu daripada aliran sains seperti menjadikan keusahawanan sebagai falsafah kejuruteraan dan teknologi didapati telah kurikulumnya melalui frasa rangsangan mampu membuktikan mereka sebenarnya ‘Entrepreneurship Is Our Thrust’, UMK lebih bersifat keusahawanan daripada mahu membuktikan kepada masyarakat individu yang mempunyai kelayakan bahawa usahanya untuk melahirkan akademik dalam bidang ekonomi atau modal insan bercirikan keusahawanan perniagaan. bagi kesejahteraan global itu adalah “Apabila kita sebut tentang merentasi kurikulum pengajian. keusahawanan, ia merupakan sesuatu Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai, cabang ilmu yang boleh melatih seseorang pendidikan keusahawanan bukannya itu untuk menyesuaikan diri dalam tertumpu kepada matlamat untuk apa jua suasana sekalipun termasuk melahirkan modal insan yang berjaya berani menganggung risiko dalam usaha dalam bidang perniagaan semata-mata menyumbang kepada pertumbuhan nilai sebaliknya turut melibatkan usaha ekonomi yang tinggi. melengkapkan bakal graduan dengan “Individu yang mempunyai sifat-sifat
M
42
“Pihak SME Bank dan SME Corp sentiasa membantu kita dalam program latihan industri pelajar malah mereka juga datang ke UMK untuk memberi input kepada Universiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. keusahawanan lazimnya terdiri daripada mereka yang kreatif, inovatif dan selalu fikirkan perubahan kerana dengan adanya perubahan positif maka ia sebenarnya dapat mengurangkan pembaziran,” katanya. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai yang juga Pengerusi Projek Agenda Kritikal (CAP) bagi komponen keusahawanan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) memberitahu, peluang dan ruang untuk mengembangkan nilai-nilai keusahawanan dalam bidang sains untuk manfaat semua sebenarnya adalah sangat luas. “Sebagai contoh, individu yang terlibat dalam bidang perubatan veterinar dapat mengamalkan nilai keusahawanan dengan memikirkan bagaimana cara penjagaan haiwan itu dapat dibuat dengan lebih baik dan sempurna serta bukan hanya dengan memberi rawatan kepada haiwan sematamata apabila ianya mengalami masalah kesihatan. “Ini merupakan nilai kreativiti dan inovasi yang melayakkan seseorang itu digelar sebagai usahawanan. Mereka mempunyai daya keupayaan dan
kebolehan untuk mengaplikasikan idea kreatif terhadap masalah dan mencari peluang untuk meningkatkan produktiviti serta prestasi,” katanya. Menurut beliau, pihak Universiti bukan sahaja gembira dapat melihat pelajar-pelajar Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP) bergiat aktif dalam aktiviti keusahawanan, malah pelajarpelajar dari Fakulti Agro Industri & Sumber Asli (FASA) UMK juga berjaya membawa pendapatan untuk fakulti mereka dan Universiti secara umumnya. “Pendidikan keusahawanan bukan teori semata-mata sebaliknya kita mahu mendidik para pelajar memanipulasi segala sumber yang ada secara optimum untuk memaksimumkan produktiviti secara efektif. “Mereka pada masa yang sama harus mengembangkan idea baru untuk mencari kaedah terbaik dalam melihat masalah dan peluang serta memberi nilai tambah kepada produk keluaran mereka,” ujar beliau. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai menjelaskan, pelajar-pelajar FASA UMK sebagai contohnya telah memulakan langkah dan percubaan yang baik dalam mengembangkan nilai keusahawanan apabila mereka dapat mengaut keuntungan melalui penjualan rock melon yang mereka tanam sendiri melalui sistem tanaman fertigasi. “Pihak Universiti akan terus memberi galakan dan sokongan padu kepada pelajar-pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seumpama itu melalui pemberian insentif dan sebagainya. Kita berharap ini akan membakar semangat mereka untuk terus berusaha pada masa hadapan. “Bagaimanapun, kita tidak terlalu mengharapkan kesemua pelajar UMK untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan dan kalau kita dapat mencapai sasaran 15 hingga 20 peratus daripada jumlah pelajar yang kita ada sekarang, itu sudah cukup bagus bagi saya,” jelasnya. Beliau memberitahu, pihak Universiti berharap para pelajar yang terlibat dalam pembelajaran keusahawanan atau perniagaan dapat dilatih untuk memikir dan melaksanakan sesuatu perkara itu secara lebih menyeluruh seperti dari segi perancangan, pemasaran dan tenaga sumber manusia. “Kelebihan ini akan menjadi satu
nilai tambah kepada diri pelajar tersebut dan sekiranya dia tidak menjalankan perniagaan dan bekerja dengan industri, nilai keusahawanan yang ada pada dirinya akan menjadikan dia seorang pekerja yang baik dan dapat memberi sumbangan kepada syarikat. “Sebagai contohnya, seorang pekerja yang kreatif dan inovatif akan tahu bagaimana untuk mengoptimumkan sumber yang ada untuk membantu syarikat mengaut keuntungan yang maksimum,” katanya. Mengulas mengenai kerjasama UMK dengan pihak industri khususnya berkaitan dengan keusahawanan, Prof.
Dato’ Ir. Dr. Zainai menjelaskan, pihak industri sentiasa memberi sokongan padu kepada program-program keusahawanan yang dilaksanakan di UMK. “Pihak SME Bank dan SME Corp sentiasa membantu kita dalam program latihan industri pelajar malah mereka juga datang ke UMK untuk memberi input kepada Universiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. “Selain itu, kita telah menubuhkan UMK Action Group for Entrepreneurship (AGE) Council baru-baru ini yang bertujuan untuk menggerakkan agenda keusahawanan bersama pihak industri melalui kerjasama secara menyeluruh,” katanya. Sementara itu, beliau mengakui cabaran kepada pihak Universiti pada masa sekarang adalah aspek kebolehpasaran pelajar kumpulan pertama yang akan menamatkan pengajian pada tahun depan dan telah menjadi tugas Universiti untuk memastikan para pelajar tersebut mampu bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar. “Pihak Universiti sememangnya meletakkan harapan kepada pelajarpelajar kumpulan pertama. Kita sekarang cuba untuk memberi ilmu, kepakaran dan kemahiran kepada mereka dengan
sebanyak mungkin meskipun kita telah berusaha mengajar dan membimbing mereka selama tiga tahun dengan sebaikbaiknya. “Pelajar tahun akhir akan didedahkan kepada beberapa program tambahan yang saya fikir Universiti lain mungkin tidak mengambil langkah seumpama ini. Kita mahu memberi mereka peluang pembelajaran yang lebih banyak kerana apabila mereka sudah bekerja peluang sedemikian akan menjadi lebih sempit,” katanya. Sebagai contoh, menurut beliau, pelajar tahun akhir akan menyertai program khas bersama-sama University of Cambridge yang dikenali sebagai pendidikan keusahawanan mengikut pengalaman di University of Cambridge. “Kita akan membawa modul pendidikan keusahawanan di University of Cambridge selain meneruskan program dengan menggunakan modul National Council for Graduate Entrereneurship (NCGE) di United Kingdom (UK). Kita bekerjasama dengan NCGE untuk melaksanakan program yang dikenali sebagai FlyingStart,” katanya. “Dunia pendidikan yang bertapak di
Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai turut melahirkan rasa kerisauannya terhadap kumpulan pelajar UMK yang dianggap masih lemah dalam pelajaran terutama dalam kemahiran penguasaan bahasa Inggeris. mana-mana sekalipun mesti mempunyai pelajar yang lemah, baik dan cemerlang. Cuma yang kita risau sekarang ialah pelajar yang lemah tidak mahu berusaha dan ini menjadi cabaran kepada kita. “Kita mahu mengubah pemikiran mereka supaya mereka sedar bahawa mereka perlu menguasai kemahiran tertentu untuk lebih berjaya dalam hidup. Justeru, pihak Universiti berusaha untuk buat kelas dan program tambahan kepada pelajar tersebut untuk menambah nilai kepada diri mereka,” katanya. Oleh: Liau Pei Wen
43
KHIDMAT KOMUNITI
18 Anak Yatim dan Miskin Terima Duit Raya Dari BKKUSIM
K
ira-kira 18 orang anak yatim dan miskin dari Taman Baiduri, Dengkil Selangor menerima sumbangan makanan, pakaian dan duit raya sempena program ziarah dan penyampaian sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKKUSIM). Pengerusi BKKUSIM, En. Nur Ekmal Buhary berkata, program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak yatim dan miskin di samping menyampaikan sedikit sumbangan sebagai ingatan dan kasih sayang dari USIM kepada mereka. “Mungkin sumbangan yang diberikan oleh kami ini tidak seberapa tetapi mempunyai erti yang besar bagi anak-anak yatim dan miskin Taman Baiduri. Saya berharap dengan sumbangan ini dapatlah kiranya anak-anak ini menyambut aidilfitri dengan sempurna dan gembira”, tambah Ekmal lagi Menurut En. Mohd Shukry Md Latar selaku pengerusi rumah tersebut berkata, rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman 44
Baiduri telah dibuka pada 15 Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan khusus untuk anak-anak yatim dan miskin lelaki. “Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan serta buta huruf dan mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian”, tambah Shukry lagi. “Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adikberadik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini”, katanya. Penghuni rumah ini bermula dengan 7 orang anak-anak yatim dan miskin sehinggalah mencecah 18 orang. Mereka datang dari pelbagai negeri dan negara seperti Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Thailand dan Acheh. Salah seorang anak yatim dan miskin, Saadan bin Jaafar 16 tahun dari Thailand Narathiwat berkata setiap hari terutama di bulan ramadhan mereka sering menerima sumbangan makanan,
pakaian dan duit raya oleh masyarakat yang prihatin. “Saya cukup gembira dan berterima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan yang sedikit sebanyak dapat menyerikan sambutan 1 Syawal pada kali ini bersama keluarga” kata Saadan yang merupakan pelajar sekolah tahfiz Dato’ Ahmad Rozali. Bagi Firdaus bin Hanita, 10 tahun dari Padang Serai, Alor Setar Kedah berkata beliau akan menyambut aidilfitri bersama keluarga di Kedah. “Ustaz Shukry akan menghantar saya dan juga rakan-rakan lain untuk pulang berhari raya bersama keluarga di Kedah”, tambah Firdaus lagi. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail
KHIDMAT KOMUNITI
Lawatan Ke Kemboja Meneroka Kerjasama Strategik dan Kemanusiaan
Dr.Abdul Aziz (duduk tengah) dan Dato’ Md Ismail (duduk kanan) menyempurnakan pemasangan jubin di Masjid Kampung Chroy Metrey
D
alam memperkasa aspek pengantarabangsaan universiti, satu lawatan kerja rasmi delegasi pegawai dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke negara Kemboja. Delegasi UTHM telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama yang dikepalai sendiri Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin yang memberi tumpuan terhadap penerokaan kerjasama strategik UTHM dengan beberapa pihak di Kemboja manakala kumpulan kedua diketuai oleh Dekan Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Dr. Asri Selamat. Dalam menjalin hubungan dan kerjasama strategik ini, delegasi UTHM yang turut disertai Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Dato’ Md Ismail Ahmad Khan dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,
Profesor Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad telah mengadakan lawatan ke Royal University of Phnom Penh, Institut Teknologi Kemboja, Public Bank Kemboja, dan Kedutaan Malaysia di Kemboja. Dalam kunjungan ke Royal University of Phnom Penh (RUPP) yang terletak di tengah-tengah bandaraya Phnom Penh itu, kedua-dua pihak amat tertarik untuk menjalin kerjasama khususnya dalam perkongsian kepakaran dan penempatan (mobiliti) pelajar. Rektor RUPP Lav Chhiv Eav memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk memperkenalkan bidang pengajian kejuruteraan di RUPP dalam masa yang terdekat ini. RUPP merupakan sebuah universiti kerajaan yang memberi penekanan kepada pengajian di bidang Sains, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Dengan jumlah pelajar melebih 12 ribu orang, RUPP merupakan
universiti tertua dan terbesar di Kemboja. Semasa berkunjung ke Institut Teknologi Kemboja (ITC), delegasi UTHM telah disambut oleh Dr OM Romny selaku Director General . Bidang pengajian di institut ini mempunyai persamaan dengan beberapa bidang pengajian di UTHM seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik. Justeru kedua-dua pihak telah menyatakan minat untuk berkongsi kepakaran dan kemungkinan penempatan pelajar mahupun staf di kedua-dua organisasi. UTHM juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan ITC dari segi penempatan latihan industri para pelajar UTHM di Kemboja serta peluang untuk pelajar Kemboja melanjutkan pengajian di UTHM. Naib Canselor dan delegasi UTHM turut membuat kunjungan hormat 45
Bersama Rektor Royal Universiti Of Phnom Penh, Lav Chhiv Eav
menemui Duta Besar Malaysia di Kemboja Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein Pengiran Haji Mohd Tahir Nasruddin di Bangunan Kedutaan Malaysia di pinggir Phnom Penh. Dalam pertemuan ini, Dr. Mohd Noh telah mengambil kesempatan memperkenalkan UTHM dengan lebih lanjut di samping memaklumkan aktiviti  dan hasrat kerjasama yang ingin dijalinkan bersama pihak Kemboja. Dalam reaksi balasnya, Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein amat mengalu-alukan usaha yang digerakkan oleh UTHM ini dan menyatakan kesungguhan beliau bagi pihak Kedutaan Malaysia untuk menghulurkan kerjasama kepada pihak UTHM. Semasa di bumi Kemboja, Dr. Mohd Noh yang mempunyai atur cara padat, turut mengadakan pertemuan berasingan bersama Menteri Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja, Yang Berhormat Datuk Othsman Hassan, Timbalan Menteri Pendidikan serta Pengurus Public Bank Kemboja. Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuanpertemuan tersebut adalah hal-hal yang berkaitan kerjasama dalam bidang pembangunan modal insan, latihan
kemahiran dan sumber manusia yang sememangnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan Kemboja. Sementara itu, lawatan ke Kemboja kali ini juga menonjolkan keperihatinan warga UTHM terhadap nasib golongan minoriti Muslim di Kemboja. Program kemasyarakatan telah diadakan di Kampung Chroy Metrey yang berada di wilayah Kandal. Ini merupakan program susulan kerana pada Hari Raya Qurban yang lalu, UTHM telah mengurbankan 32 ekor lembu di kampung tersebut. Lawatan delegasi UTHM pada kali ini telah membawa berita gembira kepada penduduk kampung ini di mana, Naib Canselor UTHM dalam satu acara ringkas yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kandal, Yang Berhormat Zakariyya Adam telah menyampaikan sumbangan dana wakaf berjumlah 13 ribu Dolar Amerika (sumbangan warga UTHM) kepada wakil penduduk kampong ini bagi tujuan pemilikan sebidang tanah bersebelahan masjid di kampung berkenaan. Tanah yang dibeli ini akan didirikan sebuah bangunan sekolah agama tiga tingkat bagi membolehkan lebih 500 orang pelajar mengikuti sesi pembelajaran yang selesa.
Bagi merealisasikan cita-cita penduduk kampung membina bangunan sekolah ini, UTHM telah menyatakan hasrat untuk berusaha mendapatkan dana dan sumbangan dari seluruh warga universiti serta para dermawan dari Malaysia untuk menampung perbelanjaan pembinaan bangunan ini. Di Kampung ini juga, sekumpulan 10 orang pelajar UTHM telah berkampung selama tiga hari dan tinggal bersamasama keluarga angkat di situ. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan, antaranya mereka telah membantu penduduk kampung memasang lantai jubin di masjid, memberi motivasi kepada anak-anak penduduk kampung serta melaksanakan kenduri sekampung yang melibatkan penyembelihan seekor lembu dan enam ekor kambing. Kesemua perbelanjaan untuk aktiviti kemasyarakatan ini adalah hasil sumbangan warga UTHM. Oleh: Shafry Salim
Bersama Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein
Dr.Asri (tengah) memberi tunjuk ajar kepada para pelajar UTHM semasa gotong royong memasang jubin Masjid Chroy Metrey
46
Sebahagian penduduk Kampung Chroy Metrey yang hadir di majlis penyerahan sumbangan dana wakaf UTHM
KHIDMAT KOMUNITI
Bengkel Pemikiran Kritis Dalam Pembelajaran Matematik
J
emaah Dato-Dato Perlis Jabatan Pelajaran Negeri Perfis telah mengadakan Bengkel Pemikiran Kritis Dalam Pembelajaran Matematik bermula pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) selama 10 minggu berturut-turut. Bengkel ini melibatkan seramai 90 orang pelajar yang yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 90 orang pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada 10 buah sekolah menengah sekitar Negeri Perlis. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil UPSR dan PMR pada tahun ini berkaitan ilmu matematik selain turut bertujuan membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran tersebut dengan melibatkan mereka dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). MAJLIS PELANCARAN Majlis Pelancaran Bengkel ini telah disempurnakan pada 13 April 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin Walaupun hanya lawatan singkat ke Perlis pada tarikh berkenaan, komitmen yang ditonjolkan oleh beliau dalam menghadiri
dan merasmikan program tersebut membuktikan keprihatinan beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia untuk memajukan aspek pendidikan terutama membabitkan pelajar-pelajar sekolah di negeri Perlis. Hadirsama, ialah Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Dr. Md. Isa Sabu, Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Perlis, Jen (B) Dato’ Seri Che Md. Noor B. Md Arshad dan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Menurut Tan Sri Muhyiddin, penganjuran program pendidikan yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah itu merupakan satu usaha yang baik demi meningkatkan lagi kefahaman para pelajar terhadap subjek-subjek tertentu meskipun ia dijalankan dalam skala yang kecil. Namun, menurut beliau,inisiatif penganjur untuk menjemput guruguru yang terlibat serta khalayak peserta
itu sendiri mampu untuk menjadi penghubung terhadap perkembangan ilmu pelajar-pelajar lainnya. “Diharapkan para guru dan pelajar yang berpeluang mengikuti bengkel ini akan dapat mengembangkan ilmu yang diperolehi secara menyeluruh dan perkongsian ilmu seperti ini wajar dijadikan satu budaya yang sihat,” ujarnya. Tan Sri Muhyiddin seterusnya mengharapkan penganjuran bengkel seumpama itu akan membantu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang di negeri Perlis.
47
PENGANTARABANGSAAN
Semua Anggota ICMHESR Perlu Bekerjasama Jika Mahu Berjaya
P
ersidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam (ICMHESR) ke-5 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) lalu banyak membawa hasil positif kepada negaranegara terbabit secara keseluruhan bagi mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan terutama penyelidikan sains dan teknologi. Malah persidangan tersebut mengeluarkan 20 resolusi dalam Deklarasi Kuala Lumpur yang akan menentukan hala tuju sektor pengajian tinggi di semua negara peserta. Persidangan ini juga akan menjadi perintis dalam usaha pembangunan sains dan teknologi serta mewujudkan kerjasama lebih rapat di kalangan negara Islam. Oleh demikian negara-negara terbabit harus merebut peluang yang terbuka dalam bidang sains dan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah pembangunan negara masing-masing. 48
Melalui persidangan ini peserta dapat belajar dan berkongsi pengalaman bagi mewujudkan kerjasama berterusan dalam bidang sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ia juga diharap mampu menjana pertukaran maklumat penting bagi perkembangan negara anggota dan dunia Islam seterusnya. Persidangan kali ke-5 itu diadakan buat pertama kali di Malaysia serta rantau Asia. Kira-kira 160 perwakilan dari 48 negara termasuk Malaysia, 25 Menteri Pengajian Tinggi, 20 pertubuhan antarabangsa mengambil bahagian dalam persidangan tersebut. Ia dianjurkan bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pelajran Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama ICMHESR dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO). Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan
persidangan itu manaruh harapan tinggi agar ia dapat memberi manfaat yang terbaik kepada semua negara anggota khususnya demi kemajuan negara Islam di masa hadapan. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sudah tiba masanya negara-negara Islam bekerjasama mengambil tindakan bersepadu untuk menaikkan imej Islam sebagai agama yang aman melalui sistem pendidikan berkualiti. Pembudayaan kualiti dalam pendidikan bukan hanya kepada aspek meningkatkan pembelajaran semata-mata. Sebaliknya ke arah meningkatkan persepsi terhadap Muslim sebagai umat yang berintegriti. Beliau berkata persidangan itu juga menjadi bukti kepada negara bukan Islam bahawa umat Islam turut menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dan berharap untuk menghapuskan kebimbangan atau Islamophobia dalam kalangan negara bukan Islam terhadap Islam.
Sementara itu, menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin antara tiga perkara yang dianggap kritikal dan memerlukan perhatian hasil persidangan itu ialah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) instutisi pengajian tinggi dunia Islam, penggunaan teknologi baru dan keperluan mendesak mencapai kecekapan. Beliau berkata hasil daripada persidangan ini juga Malaysia memeterai Memorandum Persafahaman (MoU) dengan beberapa negara termasuk Brunei, Sudan dan Libya untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang pendidikan dengan negara terbabit. Ia bertujuan meningkatkan kerjasama dalam perundingan, pembangunan dan kemudahan latihan petugas dalam pertukaran antara universiti dan universiti. MoU itu juga mencadangkan lebih banyak pertukaran maklumat dan lawatan berkaitan pelbagai bidang, misalnya pembangunan kurikulum, selain pertukaran bahan kurikulum terutama pada peringkat universiti dengan universiti Katanya satu daripadanya dari segi meningkatkan mobiliti pelajar di mana melalui program itu, pelajar mesti mengikuti pengajian sekurang-kurangnya satu semester dalam universiti negara asing. Contoh pelajar Brunei di universiti Malaysia dan pelajar Malaysia di universiti Brunei. Selain itu, isu membabitkan program pemindahan kredit yang sama, kualiti dan sebagainya perlu dilihat secara manfaat bersama.
Walaupun, persidangan ini merupakan kali yang ke-5 diadakan hasilnya masih kabur dan kejayaan yang diharapkan masih jauh ke depan. Negara terbabit seolah-olah sedang mencari arah dan hala tuju yang tepat untuk mencapai hasrat tersebut. Kejayaan besar pada peringkat awal dilihat sukar dicapai kerana negara-negara terbabit kebanyakannya negara mundur dan tidak mampu menyediakan prasarana lengkap yang diperlukan, Oleh itu masing-masing mengharapkan bantuan dari negara anggota lain yang juga ratarata mengalami nasib yang sama. Sumbangan dan pengorbanan dari negara-negara anggota yang kaya dan lebih berupaya sangat diperlukan bagi membolehkan usaha meningkatkan pendidikan dan sains di kalangan negaranegara Islam mencapai kejayaan. Bagi Malaysia sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah memain peranan penting untuk menjayakan usaha tersebut. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai buktinya. UIAM yang diwujudkan dengan kerjasama OIC sejak 27 tahun lalu kini telah melahirkan ribuan siswazah yang sesetengahnya menjadi pemimpin utama di beberapa buah negara termasuk Maldives, Turki, Guinea, Gambia dan Bosnia Oleh yang demikian UIAM boleh dijadikan sebagai model dan lambang kejayaan institusi pengajian Islam setakat
ini. Dengan ini tidak hairanlah jika para perserta persidangan itu dibawa melawat ke UIAM pada hari terakhir persidangan berkenaan. Dalam lawatan itu ada sesetengah pemimpin yang terpegun dan ada juga yang mungkin tidak berasa apaapa keajaiban bila dibandingkan UIAM dengan universiti Islam antarabangsa di sesetengah negara Islam lain. Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tingggi sudah pasti mempunyai alasan tersendiri untuk memlilih UIAM untuk tujuan lawatan tersebut. Rektor UIAM Prof. Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid dalam taklimatnya kepada tetamu tersebut berkata UIAM yang memulakan pengajian pada tahun 1983 hanya mempunyai 152 pelajar dalam dua Kulliyyah iaitu Kulliyyah Ekonomi dan Kulliyyah Undang-Undang. Kini UIAM mempunyai 14 Kullliyyah dengan 22,000 pelajar yang datang dari 100 buah negara di seluruh dunia. Sebagai kesimpulan, dunia Islam perlu bekerjsama, berbincang dan mengatur strategi agar sumber dan kemajuan sains dan teknologi yang dimliki negara anggota OIC dapat digunakan untuk memajukan seluruh umat Islam. Kini ramai melihat apa-apa tindakan yang dilaksanakan oleh OIC menemui jalan buntu dan menjadi bahan ketawa pihak lain. Bagi membina sebuah rangkaian kerjasama yang kukuh, matlamat ini tidak hanya boleh diletakkan di bahu sesebuh negara sahaja, tetapi perlu dipikul secara kolektif oleh semua pihak supaya negara-negara Islam mampu berdiri sama tinggi dengan semua negara di dunia dan dapat menyertai cabaran pembangunan ilmu sains seperti kejuruteraan dan teknologi nano di peringkat global. Diharapkan perkembangan inovasi serta ilmu sains dan teknologi yang dibincang dalam persidangan ini mampu menjadi medium untuk memaju dan menghubungkan dunia Islam dan bukan Islam seterusnya menangkis persepsi negatif terhadap Islam serta dapat menangani masalah Islamophobia. Usaha menggembeling kepakaran dan kemampuan negaranegara Islam bukannya bertujuan bersaing dengan dunia bukan Islam sebaliknya sebagai persediaan untuk kedua-dua pihak saling bekerjasama. 49
RENCANA
Perserta dari 10 Negara Islam Membuat Panel Suria dalam Bengkel di UKM
S
eramai 20 orang peserta dari 10 negara yang menghadiri sebuah bengkel/ seminar di UKM mengenai penjanaan elektrik menggunakan tenaga suria untuk kawasan pendalaman telah mempelajari cara membuat panel suria itu. Di akhir sesi itu setiap peserta akan mempunyai satu panel surianya sendiri untuk dibawa pulang ke negara masingmasing sebagai buah tangan. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam Forum Tenaga Suria untuk kawasan Luar Bandar yang Ketiga pada 20hb hingga 24hb Julai ini. Ilmu yang mereka perolehi dalam bengkel itu di harap akan dapat mereka gunakan untuk membangunkan teknologi tenaga suria untuk menjana elektrik untuk kawasan pendalaman di negara masing-masing. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Institut Kajian Tenaga Suria (SERI) UKM dengan kerjasama UNESCO dan Perbadanan Sains, Pelajaran dan Kebudayaan Islam (ISESCO). Prof Dr Kamaruzzaman Sopian, Pengarah SERI berkata teknologi suria mudah di pasang dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Para penganjur berharap peserta akan mempraktikkan apa yang mereka telah pelajari di negara 50
masing-masing. Para peserta datang daripada Iraq, Iran, Kazakhstan, Pakistan, Brunei, Azerbaijan, Indonesia, Bangladesh, Afghanistan, and Libya. Sejumlah daripada penduduk negara-negara ini masih hidup tanpa tenaga elektrik walaupun kebanyakan negara ini mempunyai sinaran matahari terik. Tenaga elektrik sekarang ini adalah satu keperluan asasi untuk kehidupan rakyat moden. Tetapi kebanyakan masyarakat di dunia Islam masih tidak dapat menikmati kemudahan itu di mana masyarakat pendalaman masih menggunakan minyak tanah dan kayu sebagai sumber tenaga. Tenaga suria boleh mengisi keperluan ini dan menyinari hidup mereka dengan cahaya. Prof Saleem Zaidi dari Gratings Incorporated yang telah bekerjasama dengan SERI untuk mewujudkan industri desa tenaga suria di Chendering Terenganu berkata: “Panel solar Photo Voltaic (PV) perlu disampaikan kepada masyarakat yang memerlukan teknologi tersebut. Mereka ini boleh dibekalkan dengan ilmu untuk membuat panel suria mereka sendiri. Ini boleh di lakukan dengan menukar proses
teknologi panel suria kepada industri desa menggunakan teknologi PV yang menggabungkan Silikon, Oksigen dan suria yang boleh di dapati secara meluas dan dengan percuma.� Kemahiran membuat panel suria akan menyelesaikan masalah ketiadaan elektrik di kawasan pendalaman seperti di Africa dan Pakistan. “Tenaga suria boleh dijana di lokasi penggunaan asalkan terdapat sinaran suria. Sumber kuasa ini adalah percuma, juga tanpa perlu kabel yang berbatubatu panjangnya untuk menyalurkan tenaga elektrik. Oleh kerana ini ia amat berguna di negara membangun dan sedang membangun di mana grid kuasa (infrastruktur penyaluran tenaga elektrik) tidak cukup meluas untuk melingkungi banyak kawasan pendalaman dan luar bandar,� kata Dr Saleem. Dr Kamaruzzaman dan Dr Saleem pernah mewujudkan industri desa di Chendering Terengganu membuat panel suria oleh penduduk kampung di situ, di mana sebahagian daripada panel yang mereka membuat itu kini berjaya di eksport ke Bangladesh. Oleh: Shahfizal Musa
RENCANA
UPM Lokasi Baharu Edu-Tourism Selangor
U
niversiti Putra Malaysia (UPM) merupakan lokasi education tourism baharu yang perlu diperkenalkan di Selangor kerana kekayaan bio-diversitinya di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hutan Simpan Ayer Hitam dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun mulai 1996 oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada UPM untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, dan pengembangan perhutanan. Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong seluas 1.1 ribu hektar merupakan hutan simpan yang paling awal diwartakan di Selangor pada tahun 1906 dan satusatunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud dalam keadaan sempurna di Lembah Kelang dan Putrajaya. Hutan yang terletak 20 kilometer dari UPM dan 45 kilometer dari Kuala Lumpur itu dalam proses pemulihan kerana pernah dibalak. Kajian mendapati hutan yang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan itu mempunyai 127 spesis daripada 36 famili iaitu 30% daripada jumlah spesis pokok di Malaysia. Selain itu terdapat 33 spesis dari 13 famili rumpai, 43 spesis dari 9 famili lumut, 7 spesis palma, 8 spesis rotan dari 53 famili tumbuhan ubatan, 4 spesis
buluh dan 29 spesis pokok buah hutan. Hutan ini mempunyai 160 spesis burung daripada 38 famili dan lima spesis primat besar dari jenis lotong, ungka, beruk dan kera. 14 spesis mamalia kecil terdiri daripada enam sepsis tikus, empat tupai, tiga insektivor dan satu primat. Selain itu terdapat juga 13 spesis kelawar, 10 spesis reptilia, 18 spesis amfibia dan 10 spesis ikan. Keunikan hutan ini dikenali dengan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, Jeram Perigi, Jeram Belanga, Bukit Sawa Busu dan pelbagai rupa bentuk muka bumi serta keindahan flora dan fauna. Menurut Dr. Paiman Bawon yang terlibat dalam penyelenggaraan penyelidikan hutan simpan itu sejak lebih 10 tahun berkata terdapat kemudahan yang disediakan antaranya Stesen Luar Pendidikan dan Penyelidikan bertujuan untuk kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan kepada pelajar dan kakitangan UPM. Beliau selaku Ketua Seksyen Hutan dan Ladang, Fakulti Perhutanan UPM berkata antara kemudahan lain adalah 4 dometri peserta, 2 unit dometri untuk urus setia dan sebuah dewan serbaguna
yang meningkat keberkesanan dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan perhutanan pembinaan bangunan makmal luar. Terdapat juga beberapa infrastruktur asas kawasan tapak perkhemahan yang boleh digunakan untuk aktiviti seperti pendidikan, penyelidikan dan pengembangan yang dilakukan di hutan ini serta prasarana tapak perkhemahan ini merangkumi infrastruktur asas iaitu dewan serbaguna, surau, dapur, tandas, tapak perkhemahan dan padang. Daya tarikan ‘hutan UPM’ ini membuatkan kerajaan negeri Selangor telah menjadikannya sebagai salah satu lokasi pelancongan Selangor dengan 40 pelawat yang terdiri daripada wartawan akhbar dan majalah dalam negara dan ASEAN serta wakil syarikat pelancongan yang mengikuti program Selangor Shines Discovery FAM-Tour 2010 baru-baru ini. Pelawat berkesempatan melihat demonstrasi tisu kultur Tongkat Ali dan Kacip Fatimah oleh Prof. Dr. Faridah Qamaruz Zaman dari Institut Biosains (IBS) UPM, meninjau spesis burung dan unggas di air terjun Hutan Simpan dan aktiviti melepaskan benih ikan Lampan Sungai ke sungai di situ. Wakil media kebanyakannya melahirkan rasa kagum dengan persekitaran kawasan hutan itu yang bersih dan diurus dengan sistematik termasuk keindahan air terjun dan tumbuhan herba yang dipelihara oleh UPM. “Saya rasa macam tidak percaya hutan sebegini masih wujud lagi di kawasan pembangunan pesat koridor bandaraya,� kata wartawan dari Korea, Park Wong Sun. oleh Khairul Anuar Muhamad Noh
51
RENCANA
Tidur ketika kuliah‌ kenapa?
M
enurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan tidur sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Pelajar kaki tidur ini boleh dikenali melalui simptom biasanya mereka mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk dan kemudiannya mudah tertidur samada dengan perlakuannya tersandar dikerusi dengan matanya terlelap atau pergerakan kepala pelajar itu terhangguk-hangguk atau terlentuk ataupun yang paling serius dengan melungkupkan kepalanya dimeja tulis. Adakalanya pelajar yang kaki tidur ini berupaya berdengkur jika tidak dihentikannya atau jika dibiarkan sahaja. Beberapa aspek dikenalpasti menjadi punca pelajar tidur semasa kuliah iaitu disebabkan oleh pelajar itu sendiri, pensyarah dan persekitaran. Pelajar yang suka tidur biasanya mempunyai masalah disiplin terutama sekiranya tindakan disiplin tersebut diambil oleh pensyarah berkaitan. Mereka ini akan menunjukkan sikap ingin protes terhadap pensyarahnya. Permasalahan kaki tidur ini akan berterusan sekiranya matapelajaran yang diajar pensyarah bukan subjek yang diminati ataupun pensyarah yang mengajar bukan pensyarah yang diminatinya ataupun kadangkala pendekatan pengajaran yang diambil oleh pensyarah terlalu monotonous sahaja berkemungkinan juga disebabkan subjek tersebut terpaksa diajar mengikut kaedah begitu. Pelajar yang tidak cukup tidur pada waktu malam kadangkala disebabkan mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah ataupun 52
mengulangkaji pelajaran yang diajar oleh pensyarah atau membaca subjek yang akan dipelajari pada keesokan harinya. Terdapat juga pelajar yang tidak cukup tidur disebabkan mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melayari internet yang tiada kaitan dengan keperluan pelajaran, mereka sering bersembang-sembang kosong, seringkali keluar pada waktu malam, melakukan kerja sambilan untuk mendapat duit belanja, berhibur yang tiada batasnya, mengelamun dan berangan-angan kosong, dan ada kemungkinan juga pelajar yang terlebih tidur akan terus tidur apabila menghadiri kuliah kerana momentumnya diteruskan. Pelajar turut mengalami kejutan budaya iaitu peralihan dari sekolah ke alam universiti terutamanya bagi mereka yang tidak biasa tinggal di asrama. Apabila mereka berada dalam situasi sekarang dengan kemudahan internet 24 jam dan berbeza dengan kehidupan di kampong yang tidak ada kemudahan tersebut, maka perasaan ‘kemaruk’ atau gila internet memuncak sehinggakan mereka tidak dapat mengawal diri dan mengawal masa sehinggakan sanggup berjaga pada waktu malam. Bagi pihak pengurusan akademik perlu mengambil beberapa langkah segera memandangkan bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesuatu bilik kuliah turut menjejaskan kawalan oleh pensyarah. Pensyarah tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya sekiranya dibebankan dengan jumlah pelajar lebih 50 hingga 100 orang dalam satu bilik kuliah. Disamping jumlah pelajar yang besar dan tidak
ada bantuan alat pembesar suara, maka bagaimana pelajaran dapat disampaikan dengan sempurna. Disarankan juga bilik-bilik kuliah yang lebih selesa dan mudah bagi pensyarah untuk bergerak. Pensyarah juga perlu diberi peluang untuk mendapatkan bilik kuliah yang mesra pelajar seperti kerusi meja yang boleh diubah-ubah memandangkan terdapat di kalangan pensyarah yang kreatif akan membuat pelbagai aktiviti didalam kuliahnya. Pendekatan yang boleh diambil oleh pensyarah untuk mengatasi sebilangan pelajar yang kaki tidur adalah mengenalpasti siapa pelajar yang berkaitan dan tentukan pelajar ini diberi perhatian dengan melibatkan mereka dengan aktiviti pengajaran dibilik kuliah. Kedudukan pelajar kaki tidur ini perlu didalam arah pandangan pensyarah dan pensyarah mampu boleh merapati hingga ketempat pelajar tersebut dan meletakkan kaki tidur dengan pelajar yang mampu untuk sama-sama membimbing dan memberi nasihat supaya sentiasa memberikan perhatian kepada pengajaran. Pensyarah juga perlu pandai mempelbagaikan kaedah mengajar yang lebih menarik agar pelajar dapat mengikuti setiap minit syarahan yang disampaikan oleh pensyarah kepada pelajarnya. Selain itu, pensyarah boleh menilai keadaan pelajar-pelajarnya sekiranya terdapat tanda mereka mulai bosan atau mengantuk boleh membuat senaman ringkas dengan membuat beberapa aktiviti untuk menyegarkan mereka. Kesimpulannya masalah tidur di kalangan pelajar merupakan masalah individu pelajar itu sendiri kerana mereka gagal mempersiapkan diri mereka dalam keadaan bersiap sedia untuk menimba ilmu pengetahuan. Sikap suka menuding jari kepada orang lain diatas kelemahan diri mereka dalam pencapaian akademik haruslah dihentikan segera. Oleh : Mej Mohd Juraimy bin Hj Kadir & Mej Ahmad Azan bin Ridzuan
RENCANA
UMT Dedahkan Survival Laut Kepada Pelajar Baru
Sebahagian daripada pelajar-pelajar baru Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berpeluang mempelajari teknik yang betul dalam berkayak
S
eramai 1970 pelajar UMT diiringi pensyarah dan fasilitator mengikuti Program “Survival Laut dan Penghayatan Warisan� iaitu program pendedahan ikhtiar hidup di laut dan kepulauan kepada pelajar baru di pulau penyelidikan UMT iaitu Pulau Bidong. Program wajib yang dijalankan secara berperingkat kepada pelajar baru ini dianjurkan Pusat Kokurikulum UMT dengan kerjasama empat fakulti di UMT iaitu Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM). Objektif program yang dijalankan sebanyak 11 sesi ini adalah untuk
memberi pendedahan terhadap ikhtiar hidup di pulau dan laut di samping memberi peluang mereka menghayati warisan peninggalan Pulau Bidong yang kini menjadi sejarah yang amat berharga iaitu peninggalan orang hanyut Vietnam di sekitar tahun 1992 sehingga tahun 1997. Antara pengisian sepanjang program ini ialah menguji keyakinan diri di laut. Pelajar bukan saja diperkenalkan mengenai pelbagai teknik menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan di laut, malah lebih berharga apabila setiap pelajar turut diwajibkan mencuba teknik-teknik tersebut. Pelajar juga berpeluang belajar berenang dan snorkeling apabila diberi pendedahan tentang teknik asas yang betul oleh para fasilitator. Selain itu, pelajar turut menunjukkan kemahiran outdoor mereka dengan mendirikan khemah masing-masing sebagai tempat untuk bermalam. Sesi program dua hari satu malam ini diteruskan dengan JEJAK WARISAN..Salah satu aktiviti trek menyelusuri hutan Pulau Bidong untuk menikmati keindahan alam dan menyaksikan peniggalan orang hanyut Vietnam yang bermastautin di sini aktiviti berkayak
mengelilingi Pulau Bidong setelah selesai mengikut acara jejak warisan yang memberi keinsafan kepada mereka tentang betapa bertuahnya menjadi anak Malaysia jika dibandingkan dengan keperitan hidup pelarian Vietnam. Program yang dianjurkan ini bukan
Turut Serta...Naib Canselor UMT, Prof dr Aziz bin Deraman turut serta semasa taklimat diberikan kepada pelajar-pelajar baru tentang asas-asas survival laut
saja memberi peluang untuk melihat dan menghayati kesengsaraan orang hanyut Vietnam, malahan turut memperkayakan pengalaman pelajar dan mendedahkan cara survival laut dengan hidup di pulau tanpa kemudahan lengkap dan teknologi terkini. Semoga program seperti ini dapat membantu pelajar membentuk kemahiran Insaniah yang tinggi dalam diri masingmasing. Oleh: Suryati Salleh
satu ketika dulu
53
KEUSAHAWANAN
Pasukan SIFE UiTM Sertai SIFE World Cup Di Los Angeles
S
yabas diucapkan kepada Pasukan SIFE UiTM kerana berjaya menjuarai pertandingan Students In Free Enterprise (SIFE) bagi tahun ini setelah mereka gagal meraih kejuaraan pada tahun sebelumnya. Pertandingan yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menyaksikan pasukan SIFE UiTM telah berjaya merangkul kembali gelaran Malaysia National Champion bagi kali ke-8 dalam pertandingan Students In Free Enterprise (SIFE) 2010. SIFE merupakan sebuah program yang dilaksanakan dalam menyatukan mahasiswa, profesional akademik dan para pemimpin industri dengan misi bersama untuk mencipta sebuah dunia yang lebih baik melalui kekuatan positif dalam dunia perniagaan. Melalui gabungan idea serta bidang kepakaran dari latar belakang yang berbeza-beza, setiap peserta SIFE membuktikan bahawa seseorang individu dengan pengetahuan dan semangat 54
dalam menjalankan perniagaan boleh menjadikan diri mereka usahawan yang berjaya. Menurut penasihat bagi Pasukan SIFE UiTM, iaitu En Mohammed Hardy Loh dan Pn Noor Faizah,sebanyak 40 pasukan yang terdiri dari 40 buah
negara telah menyertainya. Ahli Pasukan SIFE UiTM terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang pendidikan yang berbeza, antaranya bidang perakaunan, kejuruteraan, IT, pendidikan dan arkitek. Dengan pelbagai kepakaran bidang yang berbeza, ia mampu melahirkan pelbagai idea dan juga dapat melahirkan
kreativiti dalam memenuhi kehendak atau permintaan yang diperlukan oleh komuniti. En Mohammed Hardy Loh dan Pn Noor Faizah berkata, antara pencapaian yang membanggakan adalah, Pasukan SIFE UiTM telah berjaya membantu komuniti di Kampung Kuala Tahan, Taman Negara Pahang dalam meningkatkan taraf hidup serta menggiatkan semula industri ekopelancongan di kawasan tersebut. Kejayaan ini adalah selaras dengan hasrat Naib Canselor UiTM, Prof Dato Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar, untuk melahirkan lebih ramai golongan graduan bergelar usahawan yang berjaya, terutamanya dalam membantu ekonomi golongan Melayu bumiputera. Pada pertengahan Oktober tahun ini, Pasukan SIFE UiTM akan sekali lagi mewakili Malaysia pada SIFE World Cup, di Los Angeles. Diharapkan Pasukan SIFE UiTM mampu meraih gelaran juara dunia bagi pertandingan tersebut, serta mengharumkan nama negara serta UiTM di peringkat antarabangsa.
PELAJAR
Gawai Kaamatan UPSI 2010 “1 Gawai, 1 Kaamatan, 1 Malaysia�
G
awai Kaamatan 2010 peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diadakan pada bertempat di Panggung Budaya Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai oleh Saudara Samuel Sila Mathew Unjah yang juga Exco Perpaduan & Integrasi Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPP UPSI). Program ini telah dihadiri kira-kira 400 orang dan bertujuan untuk memaparkan kebudayaan Sarawak dan Sabah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Program ini dilangsungkan bersempena dengan perayaan Gawai Kaamatan yang disambut secara meriah di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab Universiti Pendidikan Sultan Idris memiliki pelbagai kaum dan kebudayaan, pihak MPP UPSI telah menganjurkan program Gawai Kaamatan bagi membawa semua kebudayaan dan kemeriahan Gawai dan Kaamatan ke kampus UPSI untuk dirasai
bersama-sama semua mahasiswa UPSI. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan turut dihadiri YB Datuk Seri Douglas Uggah Ak Embas, Menteri Sumber Asli Malaysia. Program ini berlangsung selama 2 hari dan pelbagai persembahan kebudayaan Sarawak dan Sabah seperti ngajat, tarian sumazau, bertaboh, berpantun, teater Muzikal Rentap, sape dan pameran kebudayaan. Selain itu, futsal piala gawai kaamatan turut dilangsungkan dan ia terbuka kepada warga UPSI sahaja. Di samping itu, program ini turut serentak dengan pelancaran Bahasa Iban sebagai satu subjek minor. Pelancaran ini sebagai mengiktiraf bahasa Iban sebagai salah satu bahasa yang akan dipelajari oleh mahasiswa UPSI nanti. Di akhir majlis ini dilangsungkan sidang akhbar. Menurut Pengarah Program,Saudara Samuel Sila Mathew Unjah, Gawai
Kaamatan ini sangat penting sebagai Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan mempunyai hubungan yang erat kerana ia berkait rapat dengan musim menuai padi. Masyarakat tempatan menjadikan upacara ini untuk menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih atas tuaian padi yang baik pada tahun tersebut. Kedua-dua perayaan ini biasanya disambut oleh segenap lapisan masyarakat di kedua-dua negeri dengan penuh meriah. Semangat persaudaraan yang sekian lama terjalin masih lagi dipertahankan dengan amalan kunjungmengunjung sesama rakan. Inilah yang harus kita pertahankankan dan kekalkan untuk generasi akan datang. Justeru itu menurut beliau lagi semoga semangat persaudaraan ini bertaut di UPSI selaras dengan konsep Satu Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Oleh: Samuel Sila Mathew Unjah
55
IPTS
UCSI University To Lead Malaysia Hospitality and Tourism Education Initiative
A
s the country looks ahead to the unfolding of the government’s Economic Transformation Programme (ETP) to develop Malaysia into a high-income nation by 2020, UCSI University is taking the lead in an initiative centred on improving the nation’s tourism industry, starting with Sarawak. Minister of Higher Education Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin visited Sarawak’s capital city 11th February for the launch of the cluster, Entry Point Project 10, which falls under the “Education” National Key Economic Area (NKEA) under the ETP. The event was attended by more than 200 industry players and representatives of various government agencies and institutions of higher learning, including Assistant Minister of Tourism and Heritage Datuk Haji Talib Zulpilip,
56
Chairman of UCSI Group Dato’ Peter Ng, Secretary General of Ministry of Higher Education Haji Abdul Rahim Mohd Noor and Deputy Vice Chancellor of UCSI University Associate Professor Dr. Lachman.
UCSI University is leading the project’s Independent Management Team (IMT) made up of representatives from the nation’s hospitality and tourism industry including the Borneo Convention Centre, the Sarawak Tourism Federation, Malaysian Qualification Agency, SATT College and the Sarawak Economic Development Corporation, YTL International College of Hotel Management, among others. The project aims to improve the nation’s hospitality and tourism industry by increasing both the quality and quantity of workers in the field. To do this, members of the IMT are collaborating
to create a Work Based Learning curriculum for students studying hospitality and tourism and establish a network among educational institutions and hospitality and tourism providers to give students practical training. The project also aims to improve the wages and status of hospitality and tourism workers to attract more people to the field. With its Faculty of Hospitality and Management plus the support of its umbrella organisation, UCSI Group, UCSI University has created a Centre of Excellence in Tourism and Hospitality Education that is well-poised to take on this initiative. Led by tourism economist Associate Professor Dr Wong Kong-Yew, the Faculty of Hospitality and Management is revamping its current Diploma in Hotel Management to create a higher standard of training for all hospitality and tourism workers in Malaysia. The revised programme incorporates more practical training with the University’s industrial partners and will serve as a pilot programme to eventually spread to the rest of the nation. Providing additional training opportunities and industrial knowledge, UCSI Group is embarking on a RM1.13 billion expansion plan, including three five-star hotels to be built in Kuching, Kuala Lumpur and Bandar Springhill, Negeri Sembilan, respectively. The project in Bandar Springhill, in particular, will also include a convention centre as well as a state-of-the-art teaching hospital that plans to become a destination for international medical tourism. Together with the pilot training programme, UCSI Group’s expansion plans will not only provide students additional training and employment opportunities but provide higher-quality infrastructure to support Malaysia’s hospitality and tourism industry.
SUKAN
Kejohanan Sukan Universiti Asean, Chiang Mai, Thailand 2010
K
ejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada Disember lalu di Chiangmai, Thailand. Malaysia selaku tuan rumah dan Johan keseluruhan AUG siri yang lepas, telah menghantar kontinjen yang terdiri dari seramai 227 otang atlit dan 53 orang pegawai. Kontinjen Malaysia telah menyertai dan bertanding dalam
15 daripada 16 acara sukan yang dipertandingkan di AUG 2010. Mengikut keputusan rasmi kejohanan ini Malaysia berjayamemperoleh 37 pingat emas, melepasi sasaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 24 pingat emas, dan menduduki tempat ketiga keseluruhan. Kejayaan ini juga merupakan pencapaian terbaik pasukan Negara dalam Kejohanan AUG yang diadakan di luar
ATLIT • Kontinjen secara keseluruhannya berjumlah 331 orang. • Seramai 227 orang atlit. • Seramai 53 orang pengurus dan jurulatih. • Seramai 37 orang atlit elit ke AUG2010. • Seramai 16 orang atlit pelapis. • Seramai 41 orang atlit Biasiswa Sukan.
• Badminton • Bola Sepak • Pencak Silat • Renang • Ping Pong • Taekwondo • Bola Tampar • Futsal • Bola Tampar Pantai • Golf • Karate-Do • Sepak Takraw • Tenpin Boling
ACARA DISERTAI • Trek & Padang • Bola Keranjang
Malaysia sejak kejohanan ini diperkenalkan dari tahun 1981. Sejarah manis ini terukir di tanah Chiangmai selepas hampair 30 tahun Kejohanan AUG yang pertama diadakan di tempat yang sama.
BIL
NEGARA
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH
1.
THAILAND
23
25
19
67
2.
INDONESIA
23
20
18
61
3.
MALAYSIA
22
14
23
59
4.
VIETNAM
7
9
6
22
5
SINGAPURA
1
2
10
13
6.
FILIPINA
1
2
9
12
7.
LAOS
0
5
12
17
8.
MYANMAR
0
0
2
2
9.
TIMOR-LESTE
0
0
1
1
10.
BRUNEI
0
0
1
1
11.
KEMBOJA
0
0
0
0
57
SUKAN
Sukan Varsiti MASTHAI Perkukuh Jalinan Kerjasama Malaysia-Thailand
J
alinan kerjasama antara Malaysia dan Thailand yang telah terjalin sejak sekian lama, diperkukuhkan lagi dengan penganjuran Sukan Universiti Malaysia-Thailand kali ke-3, yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah.
58
Acara sukan tahunan itu menyaksikan 3 kategori yang dipertandingkan, membabitkan acara badminton, bola sepak dan futsal. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Tan Sri Dr. Dzulkefli A. Hassan. Katanya, objektif penganjuran sukan ini adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan yang sedia terjalin, selain sebagai medan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. “ Sejak dua edisi yang lalu, dapat dilihat bahawa penganjuran sukan ini menuju ke haluan yang tepat. Para atlet mahupun pegawai bukan sahaja menunjukkan semangat kesukanan yang baik, malah masing-masing saling memupuk semangat persahabatan,� tambahnya lagi. Lebih 50 atlet mengambil
bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini. Turut diadakan pertandingan Golf antara VIP dan Boling antara urusetia. Pasukan Thailand ternyata unggul dalam edisi kali ini, apabila menang kesemua acara yang dipertandingkan. Manakala dalam acara Golf dan Boling menyaksikan Malaysia menang bergaya ke atas pasukan Thailand.
SUKAN
Liga Bola Sepak IPT Piala Y.B. Menteri Pengajian Tinggi
Majlis Perasmian Liga Bolasepak IPT 2010 Di UPM
Majlis taklimat kejohanan liga IPT 2010 di pusat sukan UiTM Shah Alam.
L
iga Bola Sepak IPT Piala Y.B. Menteri Pengajian Tinggi merupakan hasil cetusan idea Y.B. Menteri Pengajian sendiri supaya diwujudkan satu pertandingan bola sepak yang melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti) secara menyeluruh. Y.B. Menteri melihat IPT mempunyai tanggugjawab dan potensi untuk membangunkan sukan bola sepak Negara. Justeru, pelaksanaan LIga ini memang wajar dan berketepatan pada masanya ketika Negara turut mahu melihat anjakan
Perlawanan akhir liga bolasepak IPT 2010 antara UiTM melawan UKM di stadium UiTM Shah Alam.
paradigma dalam kemajuan sukan paling popular di Malaysia ini. Di samping itu, penganjuran Liga ini telah menyediakan ruang bagi mencari bakat-bakat muda dan baru dalam sukan bola sepak. Y.B. Menteri Pengajian Tinggi merupakan penaung Liga ini dan diselaraskan oleh Bahagian Sukan KPT. Manakala, UiTM pula dilantik sebagai urusetia bagi Liga ini. Ini selaras dengan fungsi Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Bola Sepak. Bagi melancarkan lagi perjalanan Liga ini, satu Sekretariat Liga Bola Sepak IPT telah diwujudkan dan beroperasi di Bahagian Sukan, KPT. Pertandingan diadakan secara liga
melibatkan beberapa zon (Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak) dan seterusnya satu kejohanan peringkat akhir dijalankan melibatkan Johan dan Naib Johan di setiap Zon. Pasukan UiTM telah berjaya muncul Johan Liga ini bagi musim 2010 manakala pasukan Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) merangkul Naib Johan Liga.
TKSU ditemuramah oleh Shaukei Kahar semasa perlawanan akhir
59
Bersama Menggalas Amanah w w w.mohe.gov.my