Btpn buletin 1

Page 1

Edisi 1/2012

Antara yang menarik didalam ms 6 Audit Pemantauan ISO 9000

ms 7 Program Out-Reach

ms 12 Sambutan Hari Guru 2012


Salam

Ketua Editor

S Sidang Redaksi

Buletin BTPN Perak Edisi Khas PENAUNG Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia PENASIHAT Mohammad Yusof bin K Mohamad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak KETUA EDITOR Sharuddin bin Yusof

alam sejahtera kepada semua pembaca Buletin BTPN Perak, edisi 1/2012. Pengisian kali ini lebih memaparkan kerjabuat dan aktiviti-aktiviti Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan juga Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak dalam mengerakkan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh kerana usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mentransformasikan pendidikan. Dasar-dasar baru dan sedia ada seperti mengerakkan Dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Memertabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memerlukan penglibatan BTPN dan PKG sebagai pusat mengurus latihan dan khidmat bantu. IBestariNet akan menjadi terminologi baru kepada sekolah dan warganya. Memberi kesedaran latihan ICT kepada semua warga pendidik yang menjadi pemangkin pembangunan pendidikan negara bukan hanya berlaku di bandar tetapi jauh ke pedalaman agar perkongsian ilmu di sama ratakan. SSQS, SPPICT, l-Nilam, 1Q-PSS dan pelbagai aplikasi digerakkan oleh BTPN dan PKG untuk memudahkan rekod dan data terkumpul yang akan menyokong pihak Kementerian Pelajaran mengemukakan keperluan dan dasar semua peringkat pendidikan termasuk guru-guru. BTPN dan PKG akan terus menjadi penggerak ‘grass root’ melaksanakan dasar kerajaan untuk melihat Malaysia sebagai Hub Pendidikan Dunia. Memberi khidmat penerbitan video dan audio malah yang lebih rancak lagi keperluan menyokong program-program Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang tersebut. BTPN dan PKG sinonim dengan tugasan sebegitu yang hanya merupakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian lain di Kementerian Pelajaran. Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 ini yang berlangsung di Kuala Kangsar telah membuktikan BTPN Perak dan PKG membantu melaksanakan tugas dengan cemerlang. Begitu juga dengan lain-lain majlis kebangsaan seperti Majlis Dialog Pendidikan Nasional, Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2012 dan lain-lain di mana BTPN diberi kepercayaan mendokumentasikan majlis. Sebagai nadi penggerak inovasi dan daya kreativiti, BTPN Perak dan PKG sentiasa memastikan program-program Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Perak khususnya. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia. Teruskan Cemerlang Menjulang Gemilang

SIDANG EDITOR Abd. Manap bin Haji Ibrahim PPT Adnan bin Othman Aini Fadiyah binti Musa Ahmad Fuat bin Hj. Shuib Mohd Izani bin Zainuddin Azatus Sakhia binti Shakir Mashkor FOTOGRAFI Mohd Noor Beg bin Abdul Ghani Mohd Faisal bin Mustapa Tuan Nordin bin Tuan Abdullah GRAFIK Mohd Faisal bin Mustapa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05-292 4933 / 292 4955 Faks : 05-292 4115 E-mel : btpnprk@moe.edu.my

Sharuddin Yusof

KANDUNGAN Seulas Bicara 3 Majlis Dialog TPM di Kinta River 4 Perhimpunan Bulanan BTPN Perak 2012 5 Audit Sirim Pemantauan ISO 9000 6 Program Outreach Pembestarian Sekolah Orang Asli Perak 7 Kegiatan Pegawai BTPN Perak dalam Pemantapan Ilmu 8 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan 9 Kursus MCP BTPN Perak 10 Aplikasi Atas Talian Sebagai Sokongan Penyelesaian Perkhidmatan Pangkalan Data 11 Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat

Buletin BTPN Perak

Kebangsaan 2012 12 ‘Terima Kasih Cikgu’ 14 Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Hilir Perak 2012 15 Perlawanan Bowling Antara Pegawai-Pegawai Staf BTPN dan PKG 16 Lawatan Ke Sekolah Kebangsaan Proton City Di Tanjung Malim 17 Bengkel Baik Pulih Komputer 17 Program Khidmatbantu ICT di SK Pos Dipang 18 Bengkel Asas Pengurusan PSS Peringkat Daerah Hilir Perak 18 Taklimat SSQS Peringkat Daerah Kinta Selatan 19 Pemilihan Tokoh Nilam

Peringkat Daerah Kuala Kangsar 2012 20 Program Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Kebangsaan 2012 20 Taklimat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Kampar 2012 21 Taklimat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari (GPB) PKG Kampar 2012 21 Taklimat Penarafan SSQS Daerah Perak Tengah 22 PaKaR Di Sekolah-Sekolah 22 Kursus Pemantapan Teknikal & Kemahiran Pengkomputeran Juruteknik Komputer (FT17) 23 Program Jerayawara Sastera 23 Fungsi BTPN dan PKG 24


Seulas Bicara

Ketua Penolong Pengarah

Mohammad Yusof bin K Mohamad

A

ssalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya berbicara dengan tuantuan dan puan-puan melalui Buletin BTPN Perak Edisi 1 Tahun 2012. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi memberi ruang dan peluang kepada saya menyampaikan dan menyatakan harapan dan menerangkan halatuju Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN Perak) bagi menghadapi masa-masa mendatang. BTPN Perak berfungsi sebagai penyokong kepada pelaksanaan pelan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh 2011 dan 2015 merupakan masa yang getir untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Setiap warga BTPN dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dituntut untuk memberi komitmen dan fokus yang sepenuhnya untuk mecapai matlamat tersebut. Ini boleh dicapai melalui semangat kerja berpasukan. Warga BTPN dan PKG perlu bergerak ke hadapan dan bekerja keras untuk menyediakan landasan yang tepat bagi melaksanakan segala kerja yang diberikan. Kita perlu berusaha untuk menjayakan pelbagai pelan strategik Kementerian Pelajaran Malaysia seperti National Key Results Areas (NKRA),

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), Peningkatan Pendidikan Guru, 1Murid 1Sukan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Merapatkan Jurang Pendidikan dan Reformasi Pentaksiran. Kesemua perkara yang dinyatakan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dan kita sebagai warga BTPN dan PKG Perak hendaklah rela berkorban untuk mencapai tujuan suci tersebut. Kita juga perlu akur dan mematuhi beberapa peraturan dan prosedur agar segala kerja yang dilakukan akan lebih terurus dan bersistematik. Segala pekerjaan dan aktiviti rasmi hendaklah didokumentasikan agar boleh menjadi rujukan dan bukti. Segala perkara yang dirancang dan dilakukan hendaklah bermatlamat memberi faedah kepada guru dan murid di sekolah. Kejayaan sesuatu program boleh menjadi rujukan dan penanda aras di masa hadapan. Persekitaran di BTPN dan PKG hendaklah sentiasa di pertingkatkan agar menjadi satu tempat yang ceria dan kemas pada sepanjang masa. PKG hendaklah dijadi sebagai tempat rujukan kepada guru-guru di kawasan sekeliling. PKG juga adalah nadi kepada organisasi BTPN negeri.

Saya juga berharap kesemua warga BTPN dan Perak akan sentiasa memajukan diri mereka pada setiap masa. Ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada BTPN dan PKG Perak. Banyak perkara yang perlu dilunaskan untuk meningkatkan kegemilangan pendidikan di negeri Perak. Sokongan dan kerjasama daripada pegawai-pegawai dan staf BTPN dan PKG di tagihkan untuk merealisasikan kesemua misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbekalkan tenaga manusia dan prasarana yang tersedia, kita mampu meningkatkan prestasi gemilang yang telah diwarisi. Kita perlulah bekerjasama untuk mencapai hasrat utama iaitu kegemilangan pendidikan anak cucu kita. Saya juga berharap dan berdoa agar segala usaha kita akan mendapat keredaan Allah SWT dan pengiktirafan yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang berkenaan. Sesungguhnya usaha untuk memajukan diri sendiri dan anak bangsa memerlukan pengorbanan yang besar dan kita boleh melakukannya.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Buletin BTPN Perak

3


Majlis Dialog TPM di Kinta River

4

Buletin BTPN Perak


Perhimpunan Bulanan BTPN Perak 2012

B

TPN Perak telah mengadakan perhimpunan buat kali pertama bagi tahun 2012 pada 18 Januari 2012 yang lalu. Unit Perhidmatan, Pentadbiran, Kewangan, Kualiti dan Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru (UPPKK&HEPKG) dipilih untuk menganjur perhimpunan tersebut.

dipilih sebagai tema perhimpunan. Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak dalam ucapannya menekankan bahawa segala perkara yang dilaksana perlu mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan agar ianya menjadi satu amalan.

Selain daripada warga BTPN Perak, Semua Ketua PKG Daerah turut dijemput hadir ke perhimpunan tersebut Ungkapan “Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa�

Di akhir perhimpunan, Encik Mohammad Yusof telah sudi untuk menyampaikan cenderamata kepada warga BTPN dan PKG yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.

Buletin BTPN Perak

5


Audit Sirim Pemantauan ISO 9000

B

ahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak telah melaksanakan Audit Pemantauan pada 30 & 31 Januari 2012. Audit ini dikendalikan oleh SIRIM dan bertujuan untuk memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 di BTPN Perak. Auditor SIRIM iaitu Tuan Haji Ali bin Borhan hadir untuk melaksanakan audit tersebut. Dokumen serta rekod berkaitan dengan skop yang terlibat dengan pelaksanaan MS ISO 9001:2008 telah disemak oleh Tuan Haji Ali di samping menemu bual pelaksana-pelaksana skop. Tiada ketidakakuran ditemui sepanjang perjalanan audit. Diakhir audit, Tuan Haji Ali menyerahkan laporan dapatan audit kepada Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak.

6

Buletin BTPN Perak


Program Outreach Pembestarian Sekolah Orang Asli Perak Pos Kemar, Kuala Mu Ayer Mu & Ayer Denak

Buletin BTPN Perak

7


Kegiatan Pegawai BTPN Perak Dalam Pemantapan Ilmu

8

Buletin BTPN Perak


Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

S

atu mesyuarat Kajian Semula Pengurusan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak telah diadakan pada 25 Januari 2012. Mesyuarat ini yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, En. Mohammad bin K. Mohamad. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penolong-penolong Pengarah di BTPN Perak iaitu Haji Md. Isa bin Md. Amin, En Rosli bin Sarip, En. Sharuddin bin Yusof, En. Noor Azman Shah bin Mohd Yussof dan En. Megat Azizan. Dalam mesyurat ini, para pegawai BTPN Perak telah diberi penerangan tentang perjalanan BTPN Perak yang terbaru. Antara perkara-perkara yang dibentangkan dalam

mesyuarat tersebut adalah pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Kajian Semula Pengurusan BTPN Perak, laporan sistem pengurusan kualiti BTPN Perak, laporan audit dalaman dan audit susulan, laporan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan serta laporan analisis aduan dan maklum balas pelanggan. Ketua Penolong Pengarah telah meminta para pegawai BTPN Perak agar tidak menimbulkan perkara-perkara yang boleh memburukkan nama organisasi. Beliau juga menyatakan bahawa hubungan antara pegawai-pegawai BTPN dan PKG sangatlah penting untuk keharmonian perjalanan tugasan. Beliau mengatakan bahawa mesyuarat kajian ini mestilah dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali. Menurut beliau lagi, ada dua perkara yang penting iaitu Jawatankuasa Tatatertib dan Senarai Penyelia. BTPN perlu ada penyelia di setiap peringkat dan Ketua Unit adalah penyelia di setiap unit.

Buletin BTPN Perak

9


Kursus MCP BTPN Perak

10

Buletin BTPN Perak


Aplikasi Atas Talian Sebagai Sokongan Penyelesaian Perkhidmatan Pangkalan Data Peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak 1. E-Umph - Untuk mengesan pergerakan harian secara elektronik - oleh Unit Perkhidmatan ICT : Membangun dan mengembangkan pangkalan data yang berstatus internet dan intranet bagi mempercepatkan proses pendaftaran pergerakan pegawai untuk tindakan dan maklumat unit-unit lain.

Status Dokumentasi Manual Pengguna KIK Kategori Bahan

: : : : :

Berfungsi Berdokumentasi lengkap Ada Proses untuk projek KIK Bahan elektronik online

2. UPIMForm - Direktori Maklumat Media & Teknologi Pendidikan Secara elektronik - oleh Unit Promosi, lnovasi dan Media Membangun dan mengembangkan pangkalan data yang berstatus internet dan intranet bagi mempercepatkan proses capaian dan daftar maklumat media dan teknologi pendidikan yang terdapat di sekolah-sekolah Negeri Perak dan PKG.

Status Dokumentasi

: :

Berfungsi Berdokumentasi lengkap

Manual Pengguna KIK Kategori Bahan

: : :

Ada Proses penambahbaikan Bahan elektronik online

3. Datamedia - Kutipan/Semakan Data & Maklumat Media Teknologi Pendidikan Secara elektronik-oleh Unit Promosi, lnovasi dan Media Membangun dan mengembangkan pangkalan data yang berstatus internet dan intranet bagi mempercepatkan proses capaian dan daftar maklumat media dan teknologi pendidikan yang terdapat di sekolah-sekolah Negeri Perak dan PKG. Data dan maklumat diintergrasikan dengan UPIMForm. Status Dokumentasi Manual Pengguna KIK Kategori Bahan

: : : : :

Bertungsi Berdokumentasi Lengkap Ada Proses Penambaikan Bahan elektronik online

Buletin BTPN Perak

11


Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012

N

egeri Perak sangat bertuah kerana telah dipilih sebagai tuan rumah perayaan Hari Guru peringkat Kebangsaan. Bandar Kuala Kangsar sebagai tuan rumah Hari Guru Kebangsaan telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan Hari Guru berlangsung dengan lancar. Tempat yang dipilih adalah Dewan Jubli Kuala Kangsar

12

Buletin BTPN Perak


Buletin BTPN Perak

13


‘Terima Kasih Cikgu’

‘T

erima Kasih Cikgu’ merupakan klip video dokumentari khas menghargai jasa guru-guru mendidik anak bangsa. Ia memaparkan temubual bersama para ilmuan, tokoh politik, pengiat seni, usahawan, dan mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang di Malaysia. Antara mereka yang ditemubual ialah YB Dato’ Dr Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia, YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kader, Menteri Besar Perak, Tan Sri Dato’ Dr Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak.

14

Buletin BTPN Perak


Kursus Penghasilan Bahan Buku dan Bukan Buku Pusat Sumber PKG

P

ada 3 April 2012 telah berlangsung satu kursus iaitu tentang Penghasilan Bahan Buku dan Bukan Buku Pusat Sumber PKG. Kursus ini telah diuruskan oleh Unit Pusat Sumber, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak(BTPN). Ia turut di hadiri oleh Penolong Pengarah BTPN Perak, Tuan Haji Md. Isa bin Md. Amin dan di sertai oleh pegawai-pegawai daripada Unit Pusat Sumber iaitu Tuan Haji Alias bin Mohamad dan Tuan Haji Zolkifli bin Sabran. Para pegawai daripada PKG-PKG Negeri Perak telah menghadiri kursus ini untuk menambah pengetahuan mereka tentang kaedah penghasilan Bahan Buku dan Bukan Bahan Buku. Kursus ini sangat penting untuk menaikkan tahap Pusat Sumber PKG masing-masing.

Buletin BTPN Perak

15


Perlawanan Bowling Antara PegawaiPegawai Staf BTPN dan PKG

P

ada 21 Mac 2012 telah berlangsung satu aktiviti yang bertujuan untuk mempereratkan siratul rahim antara pegawai-pegawai BTPN Perak dan PKG Perak. Aktiviti yang dimaksudkan itu adalah perlawanan bowling antara pegawai-pegawai staf BTPN dan PKG. Turut hadir untuk meraikan para pegawai tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, En. Mohammad Yusof bin K. Mohamad. Aktiviti bowling yang dijalankan itu sangat meriah dan berlanjutan hingga ke akhir malam. Pelbagai

aksi yang menarik boleh dilihat pada malam itu. Ada peserta yang terjerit-jerit apabila bola bowling masuk ke longkang. Ada juga peserta yang dapat membuat lontaran yang cantik dan ‘strike’. Acara penyampaian hadiah telah dibuat pada akhir perlawanan tersebut.

16

Buletin BTPN Perak


Lawatan Ke Sekolah Kebangsaan Proton City Di Tanjung Malim

P

ada 24 Februari 2012, beberapa orang pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) bersama pegawaipegawai daripada Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Proton City di Tanjung Malim. Ketibaan mereka telah disambut oleh pihak pengurusan dan guru-guru sekolah. Sambutan meriah itu telah menyemarakan lagi sambutan dan mempereratkan hubungan antara guru-guru SK Proton City dengan pegawai-pegawai daripada BTPN dan PKG Perak. Turut serta En. Cheng Jew Wai dari BTP Induk yang antara lain mengumpul data dan kajian keberkesanan ICT sekolah.

Bengkel Baik Pulih Komputer

P

ara peserta adalah terdiri dari juruteknik sekolah dan juruteknik PKG. FT PKG sebagai JU dalam program ini. Diantara objektif perbengkelan ini adalah untuk memantapkan kemahiran FT sekolah dalam menjalankan penyelenggaraan PC di sekolah. Peralatan yang perlu dibawa ke bengkel ini ialah sebuah PC setiap peserta. Peserta di perjelaskan langkah-langkah baik pulih PC dati A hinga Z. Membuka dan memasang semula PC yang dibawa. Memprogram semula PC masing-masing.

Tempat : Tarikh :

PKG Gunung Semanggol 22 Mei – 26 Mei 2012

Buletin BTPN Perak

17


Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Hilir Perak 2012

P

emilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG telah diadakan pada 28 Jun 2012. Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah merupakan aktiviti tahunan Program NILAM, selaras dengan aktiviti di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan yang mana di peringkat akhirnya akan dikenalpasti juara terunggul iaitu Tokoh NILAM. Empat kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Menengah Bandar, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, Kategori Sekolah Rendah Bandar dan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Setiap Pusat Kegiatan Guru Daerah Hilir Perak akan menghantar wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Seramai 5 orang calon bagi SM Luar Bandar, 2 orang calon bagi SM Bandar manakala seramai 5 orang calon bagi SR Luar Bandar dan 3 orang calon bagi SR Bandar. Peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan murid Tahun Lima dari sekolah-sekolah daerah Hilir Perak. Manakala hakim dan urus setia pemilihan tersebut terdiri daripada Guru Munsyi Dewan, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris.

Kursus Pemantapan Teknikal dan Pengkomputeran Juruteknik Komputer Sekolah

18

Buletin BTPN Perak


Khidmat Bantu Membina Bahan Bantu Mengajar (Bahasa Arab KSSR Tahun 1) Kepada Guru-Guru Kinta Utara

Taklimat SSQS Peringkat Daerah Kinta Selatan

T

aklimat tersebut telah diadakan pada 21 Jun 2012, bertempat di SBPI Gopeng dengan dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar serta wakil seramai 80 orang yang mewakili bilangan sekolah di daerah Kinta Selatan. Taklimat adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak pentadbir sekolah mengenai kepentingan pengisian data SSQS ini. Disampaikan oleh En. Abdul Aziz Jamaludin dan En. Noor Azman Shah.

Buletin BTPN Perak

19


Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Kangsar 2012

P

emilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Kangsar bagi tahun 2012 telah diadakan pada 25 & 26 Jun 2012 bertempat di Chalet Mr. Os D’ Kampung, Kota Lama Kanan. Seramai 14 orang peserta telah mengambil bahagian mengikut pecahan kategori iaitu 7 orang dari Sekolah Rendah dan 7 orang dari Sekolah Menengah. Seramai 10 orang Hakim telah dipilih oleh Panel Pemilihan Hakim Daerah berdasarkan kriteria seperti Munsyi Dewan, Guru Cemerlang, Guru Inovatif dan Sebagainya untuk bertugas sebagai hakim pemilihan. Semua staf PKG Daerah Kuala Kangsar telah terlibat sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti kali ini.

Program Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Kebangsaan 2012

20

Buletin BTPN Perak


Taklimat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Kampar 2012

T

aklimat tersebut telah diadakan di PKG Kampar pada 14 Jun 2012. Ia bertujuan untuk membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan serta perancangan aktiviti sepanjang tahun 2012. Seramai 20 orang GPM terlibat di dalam taklimat tersebut.

Taklimat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari (GPB) PKG Kampar 2012

T

aklimat tersebut telah diadakan di PKG Kampar pada 14 Jun 2012. Ia bertujuan untuk membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan serta perancangan aktiviti sepanjang tahun 2012. Seramai 20 orang GPB terlibat di dalam taklimat tersebut.

Buletin BTPN Perak

21


Taklimat Penarafan SSQS Daerah Perak Tengah

B

ertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah telah berlangsung taklimat berkaitan SSQS yang mana taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Noor Azman Shah dan En. Abdul Aziz dari unit ICT BTPN Perak, Taklimat tersebut juga telah dihadiri oleh seramai 58 orang Guru Besar sekolah rendah dan 16 orang Pengetua Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah. Adalah diharapkan pengisian data SSQS dapat berjalan dengan lancar dan terbaik dapat diberikan oleh setiap sekolah di daerah Perak Tengah. Bagi pihak PKG Daerah, jutaan terima kasih kepada En. Norazman Shah dan En. Abdul Aziz dari unit ICT BTPN Perak diatas kesudian mereka menyampaikan taklimat.

PaKaR Di SekolahSekolah

22

Buletin BTPN Perak

S

eperti tahun yang sebelumnya pasukan PaKaR sekali lagi telah melaksanakan khidmat bantu sekolah yang mana setakat bulan mei 2012 empat buah sekolah dibantu. Seramai empat orang juruteknik komputer PKG daerah dan dua orang PTP 1 PKG daerah telah berjaya membantu dan mengatasi masalah yang timbul berkaitan komputer. Besar harapannya agar pasukan ini terus berjaya membantu dan menabur bakti kepada sekolah-sekolah yang amat memerlukan khidmat bantuan berkenaan perkomputeran khususnya ICT.


Kursus Pemantapan Teknikal & Kemahiran Pengkomputeran Juruteknik Komputer (FT17) Sekolah Daerah Larut, Matang & Selama

K

ursus ini telah diadakan pada 7 hingga 9 April 2012 bertempat di Dewan Kuliah SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping. Taklimat ini telah dihadiri oleh 49 orang juruteknik dari sekolah-sekolah daerah Larut Matang & Selama. Sesi ini telah dikendalikan oleh Juruteknik Komputer PKG Daerah serta dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah LMS.

Program Jerayawara Sastera

P

ada 29 Mac 2012, bertempat di SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping telah berlangsungnya Program Jerayawara Sastera Daerah LMS.

Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Perak Daerah Larut, Matang dan Selama dan Pusat Kegiatan Guru Daerah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Pejabat Pelajaran Daerah dan Panitia Kesusasteraan Melayu Daerah. Ianya melibatkan 146 orang Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan 292 orang murid dari setiap sekolah di daerah Larut, Matang & Selama. Majis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buletin BTPN Perak

23



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.