Btpn buletin 2

Page 1

Edisi 2/2014

btpnperak.moe.edu.my

Kem Motivasi Bersama Aznil Haji Nawawi Sempena Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Perak 2014 Antara yang menarik didalam ms 4 Pertandingan Video Digital Pendidikan 2014

ms 6 Majlis Sambutan Merdeka Raya 2014

ms 14 Sekitar Aktiviti-aktiviti di Program KEM NILAM 2014


Salam

Ketua Editor

A

Sidang Redaksi Buletin BTPN Perak

PENAUNG Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia PENASIHAT Dr. Suhaimi bin Kadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak KETUA EDITOR Sharuddin bin Yusof SIDANG EDITOR Ahmad Fuat bin Hj. Shuib Adnan bin Hj. Othman Hasri bin Abu Abd. Manap bin Hj. Ibrahim PPT Jamal Aminuddin bin Mohd Yunus Haslinda binti Jamaluddin Zainal Arifin bin Ngah Jamaludin Mohd Shuhaimi bin Hj Zubir Irma binti Zainuddin Yusaini bin Mohd Yusof Aini Fadiyah binti Musa Fairuziah binti Ghazali Sharoul Anuar bin Zainal Abidin FOTOGRAFI Mohd Noor Beg bin Abdul Ghani Hasri bin Abu YM Tuan Nordin bin Tuan Abdullah GRAFIK Hasri bin Abu YM Tuan Nordin bin Tuan Abdullah Saiful Azmi bin Hashim BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGRI PERAK JALAN TAWAS BARU UTARA, TASEK DAMAI, 30010 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN Tel : 05-2924933 / 2924955 Faks : 05-2924115 E-mel : btpnprk@moe.gov.my

ssalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia Dan Salam Perak Aman Jaya. Bersua dalam Buletin Edisi 2/2014 yang padat dengan pengisian memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di Malaysia dan khususnya Negeri Perak. Teknologi diberi penyesuaian dalam dunia pendidikan dan merupakan suatu alat yang sesuai untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemampuannya menerima dan memproses data sehingga 24 jam sehari. Teknologi yang ada juga mampu digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran sekiranya disusun dengan sistematik dan berkesan. ‘Leaps of knowledge’ atau anjakan pengetahuan menjadi trend terkini yang meletakkan teknologi sebagai bahan bantu mengajar atau alat pengajaran mudah untuk belajar. Melihat perkembangan generasi seterusnya dalam menguasai ilmu maka tidak dapat tidak sebagai warga pendidikan harus melihat lebih jauh dan futuristik terhadap anak didik dan generasi seterusnya. Dengan bekerja secara berpasukan dan berangkaian BTPN Perak dan PKG mempunyai strategi untuk mensasarkan ilmu secara terus melalui teknologi tanpa sepenuhnya bergantung kepada guru. Kita warga pendidik seharusnya telah melaksanakan dan bukan hanya merasakan perlu dilaksanakan atau akan melaksanakan anjakan pengetahuan. Ketika kita memikirkan rintis, ada orang lain yang telah merintis jalan. Kesedaran ini haruslah kita gunakan untuk membuat penambahbaikan kepada yang sedia ada. BTP, Kementerian Pendidikan Malaysia dan rangkaiannya BTPN dan PKG telah menggerakan kesedaran dan gelanggang melalui akses 1BestariNet untuk memudahkan warga pendidik dan pelanggannya mendapat capaian. Frog VLE, adalah aplikasi persekitaran pembelajaran maya yang dibekalkan oleh KPM dengan tujuan menyokong PdP dan perkongsian pintar dalam perkomputeran awan. Bagi menjayakan dasar KPM sebagai induk pendidikan kerajaan, BTPN Perak dan PKG berusaha membuat penambahbaikan berterusan dalam fungsi dan halatuju bahagian ini programprogram MBMMBI, EduwebTV, Video E-Guru, VLE, Pengurusan Sumber melalui Pusat Sumber, NILAM dan semua berkaitan teknologi. ‘Inspiring changemakers in education’ Sharuddin Yusof

KANDUNGAN Seulas Bicara 3 Pertandingan Video Digital Pendidikan 2014 4 Kem Motivasi Bersama Aznil Haji Nawawi 5 Majlis Sambutan Merdeka Raya 2014 6 Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan 7 Video E-Guru dapat memberi panduan dan amalan terbaik kepada PdP Guru 8 Kejohanan Hoki Sekolah Asia Kali ke-4 9 Bengkel Pengemaskinian Sistem HRMIS Dan MySPATA BTPN dan PKG Perak di Langkawi 10 National ICT Security Discourse CyberSAFE Challenge Trophy 2014 11 Sambutan Hari raya Aidilfitri 1435H/2014M 12 Kelas ‘Frog’ Di masa Hadapan 13 Sekitar Aktiviti-aktiviti di Program Kem Nilam 2014 14-15 Broadcast Asia 2014 di Marina Bay Sands, Singapura 16 Bengkel Penghasilan Laman Pembelajaran Persekitaran Maya (VLE) 17 Program Sarana Penglibatan Ibu

Buletin BTPN Perak

Bapa & Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014 17 Kajian Penggunaan FROG VLE Dalam Kalangan Guru di 1096 Sekolah Negeri Perak 18 Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya (VLE) Daerah Batang Padang Dan Hilir Perak 19 Program Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)-(Daerah Kuala Kangsar Dan Daerah Hulu Perak) 19 Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya (VLE) Daerah Kinta Utara Dan Kinta Selatan 20 Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya (VLE) - (Daerah Perak Tengah & Manjung) 20 Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya (VLE) - (Daerah Larut Matang, Selama & Kerian) 21 Bengkel Pembangunan Laman Pembelajaran Sains Tingkatan 3 Daerah Hulu Perak 2014 Kohort 1,2,3 21

Anugerah Tokoh Nilam Dan PSS Cemerlang 22 Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014 23 Bengkel Penghasilan Bahan PDP Interaktif PKG Kuala Kurau & PKG Parit Buntar 24 Program Khidmat Bantu Konfigurasi Rangkaian (PAKAR) Daerah Perak Tengah 24 Program Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Perak Tengah 24 Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam PKG Peringkat Daerah Kinta Selatan 25 Penilaian Anugerah PSS Cemerlang Peringkat PKG Daerah Kinta Selatan 2014 25 Bengkel Pembinaan Learning Object PKG Daerah Kinta Selatan 2014 Kohot 1,2 & 3 26 Taklimat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Kehadiran Murid PKG Daerah Kinta Selatan 26 Majlis Anugerah Nilam dan PSS Cemerlang Peringkat Daerah Kerian 27 Selamat Bersara dan Teruskan Bakti Mu Untuk Agama Bangsa Dan Negara 27


Seulas Bicara Ketua Penolong Pengarah

A

lhamdulilah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya saya diberi ruang berbicara di dalam Buletin Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak Edisi 2/2014. Tahniah! Syabas! Terima kasih diucapkan kepada sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menerbitkan buletin yang menjadi kebanggaan warga BTPN dan PKG negeri Perak. Ketika memulakan tugas kepimpinan di BTPN Perak pada 1 Januari 2014 yang lalu, saya telah menekankan kepentingan kerja secara berpasukan, berintegriti, bersiap siaga, berketrampilan, bertindak berlunaskan peraturan, dan berinovasi serta kompeten. Saranan ini menuntut agar setiap individu dalam BTPN dan PKG Negeri Perak berinisiatif dan membuat anjakan paradigma dan pengetahuan. Kerja secara berpasukan menjadi salah satu faktor kejayaan dalam merancang, melaksana dan menilai sesuatu aktiviti atau program. Ini kerana ilmu pengetahuan dan kemahiran atau tahap kompetensi seseorang tidak sama walau pun mereka memiliki kelayakan di bidang yang sama. Integriti seseorang pegawai dan staf pula adalah anak kunci kepada kejayaan pelaksanaan dasar oleh sesebuah bahagian, jabatan atau agensi kerajaan. Kealpaan atau kecuaian seseorang pegawai terhadap usaha ke arah mengamalkan sikap berintegriti dapat diberi teguran oleh rakan sepasukan yang juga

mempunyai tahap integriti yang berbeza. Hal demikian menjadikan ketirisan dapat diminimakan dalam tugas-tugas rasmi di pejabat mahu pun luar pejabat. Teguran oleh rakan sepasukan kelazimannya mudah diterima berbanding teguran yang diterima daripada pihak atasan. Era digital atau juga disebut perkampungan dunia (global village) telah merubah landskap kerja di kebanyakan bahagian, jabatan dan agensi kerajaan dengan begitu drastik sekali. Menoleh sejenak suasana ruang pejabat atau sekolah sekitar tahun 90-an yakni lebih kurang dua puluh empat (24) tahun lampau. Ketukan mesin taip dan timbunan kertas menjadi sebahagian ‘selingan muzik’ dan ‘hiasan’ di kebanyakan ruang pejabat atau sekolah. Aktiviti melekatkan setem dan sampul surat urusan rasmi menggunakan celupan air atau air liur adalah lumrah di ketika itu. Tetapi suasana begitu telah menjadi nostalgia apabila tugas mesin taip telah diambil alih oleh set komputer. Timbunan kertas telah diganti dengan arkib emel yang boleh menyimpan ribuan malah ratusan ribu surat atau memo. Justeru kesiap siagaan semua warga kerja BTPN dan PKG negeri Perak sudah pasti dituntut agar berganjak seiring kepantasan teknologi masa kini. Sebelum melakukan sesuatu tindakan semestinya kita memikirkan kesan langsung mahupun tidak langsung kepada diri sendiri, rakan sekerja, dan organisasi. Peraturan digubal bukan bertujuan

menyusahkan seseorang tetapi sebagai panduan pelaksanaan sesuatu kerja supaya menjadi betulkan yang biasa atau biasakan yang betul. BTPN dan PKG negeri Perak adalah merupakan sebuah agensi kerajaan yang sentiasa berurusan dengan pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah. Di waktu yang sama terpaksa juga memenuhi permintaan pelanggan yang berada di luar bidang pendidikan khususnya ibu bapa dan masyarakat. Bagi tujuan mengekalkan kepercayaan pihakpihak berkepentingan mahupun ibu bapa termasuk masyarakat, saya berharap semua warga kerja BTPN dan PKG negeri Perak mampu meneruskan ketrampilan positif yang sedia diamalkan secara profesional. Sebelum saya akhiri bicara di ruangan ini, seperkara yang mesti diberi perhatian ialah kerja yang kita lakukan adalah untuk memastikan anak-anak di bilik darjah dapat memanfaatkan semua insiatif yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu ‘padu’ kebolehan dan kehebatan sama ada di BTPN ataupun PKG negeri Perak dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tingkatkan tahap kompetensi agar mampu membantu mengatasi permasalahan pentadir dan guru sekolah-sekolah kelompok PKG masing-masing. Fokus utama (core bussiness) BTP, BTPN dan PKG kini adalah membantu memantau pelaksanaan dan penggunaan modulmodul Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Standard School Quality System (SSQS), IBestarinet, Chroomebook, VDI Think Client, Multi Point Server (HP Multiseat), dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), iQ-PSS, i-Nilam, Persekitaran Pembelajaran Maya Frog VLE dan penyenggaraan peralatan ICT sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di negeri Perak. Sekian, selamat meneruskan usaha murni di persada pendidikan negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Malaysia amnya. Dr. Suhaimi bin Kadir

Bahagian Teknologi Pendidikan Perak

3


Buletin BTPN Perak

Pertandingan Video Digital Pendidikan 2014

B

ahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak berusaha mencari jalan atau kaedah agar seni dan bakat berkarya di kalangan guru dan murid dapat digarap seterusnya dicungkil bagi tujuan seperti mana yang telah diperkatakan di awal tadi iaitu dapat membantu menambahkan koleksi bahan bantu mengajar berbentuk video atau filem pendek berunsurkan pendidikan. Di mana akhirnya koleksi tersebut dapat dikongsi oleh rakan-rakan pendidik mahu pun murid-murid di seluruh pelusuk negeri dan negara. Pertandingan Video Digital Pendidikan (VDP) ini terbuka

kepada semua sekolah menengah di negeri Perak tanpa mengenakan apa-apa bayaran termasuk yuran pendaftaran. Ianya dibahagi kepada 2 kategori iaitu Sekolah Menengah Rendah (SMR) dan Sekolah Menengah Atas (SMA). Sebanyak 30 video telah diterima oleh urus setia pertandingan untuk dinilai. Sekalung tahniah dihulurkan kepada 15 buah sekolah dari seluruh negeri yang menyertai pertandingan pada tahun pertama ini. Program VDP 2014 adalah kolaborasi di antara Jabatan Pendidikan Perak dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Walaupun sebelum ini ada dianjurkan pertandingan sebegini oleh agensi lain namun kali ini ia dilihat lebih menghampiri maklamat di mana lebih banyak koleksi bahan bantu berbentuk video atau filem pendek boleh dikumpul untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan murid-murid.

4


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Kem Motivasi Bersama Aznil Haji Nawawi

A

znil Haji Nawawi dijemput dan menjadi tetamu istimewa dalam Kem Nilam Negeri Perak. Dengan kepakaran sebagai pengacara terkenal serta artis berkebolehan beliau diberi ruang untuk bersama-sama peserta-peserta NILAM Peringkat Negeri Perak. Pengisian selama 2 jam yang diberikan cukup bermakna bagi memperlihatkan kemahiran komunikasi murid-murid dan tetamu. Majlis berakhir dengan penuh makna dan riang ria dengan penyampaian cenderamata oleh Y.Brs Dr Suhaimi Bin Kadir menyampaikan cenderahati kepada Datuk Aznil haji Nawawi.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

5


Buletin BTPN Perak

Majlis Sambutan Merdeka Raya 2014

P

ada …………………… telah berlangsung d u a acara yang sangat meriah dan bermakna kepada warga Bahagian Teknologi Pendidikan d a n Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu sambutan Hari Raya Raya Aidil Fitri 2014 dan Sambutan Kebangsaan.dua Acara tersebut telah 22 Julai 2014 Hari berlangsungnya acara yang diadakan di Bilik Juara, Bahagian Teknologi sangat meriah dan bermakna kepada warga Negeri Teknologi Perak. IaPendidikan telah seawall pagi dengan Bahagian dan Pusat kehadiran para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai BTPN dan PKG serta bekas kakitangannya. Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu sambutan Hari Raya Raya Aidil Fitri 2014 dan Sambutan Hari Kebangsaan. Acara Sambutan Raya dan telah dimulakan dengan lagu Negaraku dan Negeri Perak. Acara tersebut telahHari diadakan di Kemerdekaan Bilik Juara, Bahagian Nyanyian lagu tesebut telah disampaikan dengan penuh semangat oleh para peserta. Seterusnya ucapan Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Kehadiran pegawai alu-aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Md Isa bin Md Amin selaku Pengerusi Majlis Sambutan. dan kakitangan BTPN dan PKG Negeri Perak memeriahkan Majlis telah diteruskan dengan bertafakur kerana ketibaan jenazah mangsa tragedi MH 17 dari Belanda majlis ini. Sambutan juga meraikan pertukaran beberapa ke Malaysia. Seterusnya adalah ucapan persaraan daripada wakil-wakil BTPN, PKG dan bahagian orang pegawai dan kakitangan BTPN dan PKG. pentadbiran. Ucapan tersebut adalah daripada Haji Zolkifli bin Sabran mewakili pegawai-pegawai dari BTPN, Encik Abd. bin Yahaya mewakilitelah pegawai-pegawai dari PKG dan Puan Zaharah bt. Acara Sambutan HariRahman Raya dan Kemerdekaan Ibrahim mewakili pegawai-pegawai pentadbiran. Acara dimulakan dengan lagu Negaraku dan Negeri Perak. telah diteruskan dengan gimik sambutan. Ucapan Haji Zolkifli bin Sabran mewakili pegawaiperasmian disampaikan oleh Dr. dengan Suhaimipenuh bin Kadiradalah selakudaripada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Nyanyian lagu telah tesebut telah disampaikan pegawai dari BTPN, Encik Abd. Rahman Teknologi Negeri Perak. Diakhir telah diadakan penyampaian sijil dan hadiah kepada bin Yahaya semangat olehPendidikan para peserta. Seterusnya ucapan acara alu-aluan mewakili pegawai-pegawai dari PKG dan Puan Zaharah peserta yang terlibat. telahpara disampaikan oleh Tuan Haji Md Isa bin Md Amin bt. Ibrahim mewakili pegawai-pegawai pentadbiran. selaku Pengerusi Majlis Sambutan. Acara telah diteruskan dengan gimik sambutan. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Dr. Suhaimi bin Kadir Majlis telah diteruskan dengan bertafakur kerana ketibaan selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi jenazah mangsa tragedi MH 17 dari Belanda ke Malaysia. Pendidikan Negeri Perak. Diakhir acara telah diadakan Seterusnya adalah ucapan persaraan daripada wakil-wakil penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta yang BTPN, PKG dan bahagian pentadbiran. Ucapan tersebut terlibat.

6


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan

MRT di Kota Singa

Mengelilingi Kota Singa tidak perlu bersusah payah. Menggunakan MRT (Mass Rapid Transit) adalah cara terbaik untuk sampai ke semua destinasi di Singapura. Sistem yang efektif, menepati masa dan lancar membantu semua pergerakan sampai ke destinasi mengikut keperluan. Dengan kepantasan 100 km/ jam membolehkan pengguna sampai ke destinasi dengan tambang yang berpatutan.

Dalam lawatan yang dibuat oleh 14 orang pegawai dan kakitangan BTPN Perak dan PKG Perak, MRT menjadi penghubung utama bermula dari Kranji Station, selepas sahaja CIQ Johor Baharu dan Singapura hinggalah menemukan kami ke Marina Bay Sands. Bugis Junction, Kampung Gelam, Sentosa Island malah Universal Studio dihubungkan melalui MRT. Ada sesuatu yang menarik untuk anda mencuba pengangkutan ini sebelum beberapa tahun lagi Kuala Lumpur juga mempunyai sistem yang sama. Kita tidak perlu lagi menggunakan Underground di Kota London untuk merasakan sistem yang sama seperti ini. Ia ada di sini

Program Pengantarabangsaan Ke Brunei Darussalam

Budaya Serumpun Malaysia - Indonesia

Sebelas orang pegawai dan staf berpeluang membuat lawatan ke Pekanbaru, Riau pada 30 Ogos hingga 2 September 2014. Selama 4 hari 3 malam berada di sana, banyak budaya dan warisan Melayu yang telah dikongsi bersama antara Indonesia dan Malaysia. Budaya perkahwinan, pakaian, makanan dan bahasa masih boleh dilihat di sana. Kemahiran berpantun adalah warisan yang sedia wujud di Riau, juga nusantara amnya. Lawatan ini juga dapat menjengah budaya Melayu di rumah tradisi Melayu Minangkabau, rumah dan perkampungan serta sejarah hubungan antara Riau dan Melaka.

Persatuan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Negeri Perak (PPSSNP) telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Brunei Darussalam pada 22 Oktober hingga 26 Oktober 2014. Lawatan ini disertai oleh seramai 27 orang ahli jawatankuasa PPSSNP. Lawatan ini berkesempatan ke Sekolah Rendah Rimba 1 dan juga Radio, Televisyen Brunei (RTB). Selain itu juga kami mengunjungi Muzium Kg Air dan juga Muzium Teknologi Melayu. Lawatan ini juga telah mendapat liputan berita di TV4 RTB. Ini memberi impak yang baik dalam hubungan baik dua negara iaitu Malaysia dan Brunei khususnya dalam bidang pendidikan.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

7


Buletin BTPN Perak

Video E-Guru dapat memberi panduan dan amalan terbaik kepada PdP Guru

P

ortal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-Guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari URL: pnp.moe.gov.my/ eguru. Video e-guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam biik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru. Selain dari itu, pengguna boleh memuatnaik video sendiri setelah mendaftar. Portal yang menyokong konsep user generated content seperti ini adalah satu ciri yang menarik dan mesra pengguna. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model yang lain. Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah menggubal SKPM 2010 sebagai rujukan kepada penilaian sekolah di Malaysia, yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai iaitu:

8

Standard 1 :

Kepimpinan dan Hala Tuju

Standard 2 :

Pengurusan Organisasi

Standard 3 :

Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid

Standard 4 :

Pembelajaran dan Pengajaran

Standard 5 :

Kemenjadian Murid


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Kejohanan Hoki Sekolah Asia Kali ke-4

Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat, P. Kamalanathan

K

ejohanan Hoki Sekolah Asia Kali ke-4 telah berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada 14 sehingga 22 Ogos 2014. Dalam ucapan perasmian penutupnya, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat, P. Kamalanathan telah memuji pihak penganjur Kejohanan Hoki Sekolah Asia terutama Persekutuan Sukan Sekolah Asian dan jawatankuasa pertandingan tersebut kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan kejohanan tersebut. Beliau juga telah memuji pasukan yang berjaya dan berharap pihak yang kalah akan menggunakan pengalaman kejohanan untuk meningkatkan diri masingmasing.

Malaysia telah berjaya mempertahankan gelaran johan setelah mengalahkan Singapura 10-0. Malaysia telah mendahului 6 – 0 pada separuh masa pertama. Malaysia juga telah memenangi ‘Man of the Match’ yang telah dimenangi oleh Muhd Hafizuddin Zaidi. Malaysia telah menjadi Johan sementara Singapura Naib Johan. Pasukan BTPN Perak yang diketuai oleh Encik Sharuddin bin Yusof telah membuat konti di Stadium Azlan Shah. Pihak BTPN Perak telah membuat temuramah dan pengambaran dari konti tersebut. Krew yang diketuai oleh Encik Manap bin Haji Ibrahim telah membuat liputan yang menyeluruh di Stadium Azlan Shah. Perlawanan antara pasukan Malaysia dengan Singapura

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

9


Buletin BTPN Perak

Bengkel Pengemaskinian Sistem HRMIS Dan MySPATA BTPN dan PKG Perak di Langkawi

U

nit Perkhidmatan, Pentadbiran, Kewangan, Kualiti dan Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru (UPPKK&HEPKG) telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian HRMIS dan MySPATA dari 3 hingga 6 November 2014 bertempat di Hotel Grand Continental, Langkawi. Peserta bengkel terdiri daripada Pembantu Tadbir BTPN dan PKG. Encik Megat Azizan bin Megat Ibrahim dan Encik Mohd Faizul bin Bakar menyampaikan ceramah dan taklimat berkaitan pengisian MySPATA sementara Encik Badrol Hisham bin Sabri pula memberi penerangan tentang pengisian HRMIS. Di samping itu, satu slot perkongsian ilmu tentang personaliti diri telah disampaikan oleh Encik Kamaruzaman bin Ismail, mantan Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Literasi Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.

10


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

National ICT Security Discourse CyberSAFE Challenge Trophy 2014

B

ertemakan ‘LET’S DISCOURSE’ , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak menjadi lokasi untuk semua murid-murid terpilih bagi menyertai debat kebangsaan berkaitan dengan kesedaran dan kepentingan keselamatan siber di Malaysia. Bermula 08 November 2014 hinggalah peringkat akhir yang berlangsung pada 13 November 2014. Disertai oleh 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, BTPN Perak menjadi gelanggang awal untuk mengasah bakat, memberi kemahiran dan menyusun strategi bagi mengejar peluang keperingkat akhir yang berlangsung di Causarina@Meru, Ipoh dengan memperoleh hadiah yang lumayan. Majlis penutup yang dirasmikan oleh Menteri Sains Teknologi Dan Teknologi Hijau menganugerahkan tropi dan hadiah wang tunai yang lumayan sebanyak RM5000.00. Dua buah sekolah telah berentap di peringkat akhir, iaitu SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang dan SM Datuk Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan yang akhirnya dijuarai oleh SM Datuk Abdul Razak, Seremban.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

11


Buletin BTPN Perak

Sambutan

S

ambutan Hari Raya Aidil Fitri 2014 yang telah berlangsung di Dewan Juara. Sambutan yang diadakan sangat meriah dengan para peserta memakai pelbagai fesyen baju raya. Mereka telah bergambar secara beramairamai dengan penolong-penolong pengarah dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Mereka juga telah dijamu dengan pelbagai hidangan yang sangat menyelerakan di cafeteria BTPN Perak.

12

1435H/ 2014M


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Kelas

Di Masa Hadapan

Ucapkan selamat tinggal kepada muka-muka kosong dan pelajar yang mengantuk. Masa hadapan kelas di Malaysia lebih hampir daripada apa yang anda fikirkan. Di sini dinyatakan 5 perkara yang anda boleh cuba dalam kelas anda sendiri.

Bekerjasama dan belajar Penyusunan tempat duduk murid dalam kelas telah tidak berubah sejak beratus tahun dahulu. Ubah tradisi ini dengan mengumpul meja-meja bersama untuk membolehkan murid bekerjasama Ini dapat menghasilkan satu suasana persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar dimana murid dapat menyelesaikan permasalahan pembelajaran bersama-sama.

Dinding bercerita Isikan dinding-dinding kelas yang kosong dengan mesej dan maklumat yang bernilai. Kelas yang mempunyai dinding “Pinterest� boleh menceriakan kelas dengan lebih berkesan dan mencipta ruang yang nyaman dan berguna kepada murid.

Persembahan projek. Sekat sesetengah tempat di kelas di mana murid dapat menyimpan dan mempersembahkan projek-projek yang mereka boleh banggakan. Apabila murid diberi peluang menunjukkan hasil kerja mereka, ia akan memberi murid tersebut satu perasaan kepuasan diri sendiri dan sokongan yang sangat penting dalam pendidikan.

Zon menyatakan sesuatu Menyatakan pendapat sendiri dalam sesebuah kelas yang besar boleh menakutkan atau mencabar kepada sesetengah murid. Reka sebuah papan kenyataan dimana murid boleh melekatkan atau meletakkan pendapat mereka untuk hari tersebut. Ia dapat membantu guru menerima maklumbalas dan memberi ruang kepada murid untuk menyatakan perasaan mereka.

Persekitaran pembelajaran kendiri Murid-murid yang mempunyai akaun “Frog VLE� boleh mendapat “dashboard� sendiri di mana mereka boleh menghasilkan bahan pembelajaran dan membentuk ruang pembelajaran mereka sendiri. Memupuk sikap dan tabiat ini boleh menghasilkan pelajar yang bermotivasi kendiri.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

13


Sekitar Aktiviti-aktiviti di Program

KEM NILAM 2014

14


15


Buletin BTPN Perak

Broadcast Asia 2014 di Marina Bay Sands, Singapura

P

eluang untuk berada dalam sebuah persidangan dan pameran antarabangsa bukanlah sesuatu yang datang berulang kali. Dengan tujuan menambah dan meningkatkan ilmu dalam pelbagai teknologi media dan ICT. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak melalui Unit Promosi, Inovasi Dan Media telah menghantar 14 orang peserta bagi menyertai Broadcast Asia 2014 atau Persidangan Dan Pameran Antarabangsa Penyiaran, Komunikasi Dan Perniagaan 2014 di Marina Bay Sands, Convention Centre di Singapura. Kehadiran sehari penuh itu memberi maklumat dan info mendalam terhadap teknologi-teknologi terkini dalam penyiaran dan media khususnya. Ketua Unit Promosi, Inovasi Dan Media, En. Sharuddin Bin Yusof berusaha meningkatkan mutu dan prestasi para pegawai dan kakitangan sokongan di bawah kawalannya. Berhubung dengan peningkatan kualiti dan kompetensi

16

para petugas kru terutamanya, UPIM akan cuba menghantar sejumlah peserta untuk mengikuti Broadcast Asia di Singapura pada masa-masa akan datang. Disamping itu, peserta juga dapat merasai dan berpeluang menggunakan peralatan rakaman terkini serta dapat mempelajari teknik-teknik yang digunakan seperti teknik rakaman, suntingan dan penyiaran. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan dapat memberikan manfaat kepada peserta seterusnya kepada organisasi.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Bengkel Penghasilan Laman Pembelajaran Persekitaran Maya (VLE)

P

usat Kegiatan Guru Daerah Batang Padang telah menjalankan Bengkel Penghasilan Laman Pembelajaran Persekitaran Maya (VLE) pada 18 hingga 20 November 2014 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bidor . Penyertaan Bengkel ini terdiri daripada Guru Sains Tingkatan 3 Daerah Batang Padang seramai 46 orang . Encik Sahroul Anuar Zainal Abidin dari PTP1 PKG Sungkai merupakan penceramah utama dan dibantu oleh PTP dan JTK PKG Daerah Batang Padang. Setiap peserta telah menghasilkan satu Laman Pembelajaran untuk dimuatnaik ke MOE Repository KPM. Secara keseluruhannya bengkel ini telah Berjaya dilaksanakan.

Program Sarana Penglibatan Ibu Bapa & Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014

P

elbagai manfaat dan faedah dapat dikongsikan bersama dalam program ini. Sumbersumber digital yang dibangunkan oleh guru-guru dapat dikongsi dan dikolaborasi melalui amalan terbaik atau ‘best practices’. Ibu bapa berkongsi pengalaman bersama melalui fasilitator dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah juga dari institusi pendidikan lain. Mengisi program sarana ini, peserta diberi pemahaman bagaimana pembelajaran di abad ke 21 dan penggunaan PdP secara digital yang disediakan melalui saluran Frog VLE. Pengisian sangat bermakna dengan kebolehan dan kepakaran yang digarap untuk peserta oleh Dr Abdul Hadi Mohd Dawi, Pensyarah IPG Kampus Ipoh, Perak

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

17


Buletin BTPN Perak

Kajian Penggunaan FROG VLE Dalam Kalangan Guru di 1096 Sekolah Negeri Perak

S

atu instrumen Soal Selidik yang bertajuk “ Kajian Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE) Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-Sekolah Negeri Perak” telah berjaya dihasilkan. Soal Selidik tersebut telah dimuatnaik melalui Portal JPN Perak dan 1bestariNet untuk dijawab dalam talian oleh guru-guru yang mengajar 4 matapelajaran teras iaitu: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Seramai 2909 responden telah berjaya menjawab soal selidik setakat 2 Disember 2014. Google Docs Survey Form digunakan untuk memudahkan soal selidik dilaksanakan Dua mesyuarat dan perbengkelan bagi pembinaan instrumen soal selidik Kajian Penggunaan FROG VLE Dalam Kalangan Guru di 1096 Sekolah Negeri Perak diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak. YBrs Dr Suhaimi bin Kadir sendiri, telah mempengerusikan mesyuarat dan menjadi penceramah sepanjang bengkel ini berlangsung. Dr Zulkifli Bin Kusin juga Ketua Penolong Pengarah, Sektor ICT, BTP turut serta bagi memastikan konsistensi pendokumentasian kajian dapat dihasilkan.

Bilangan Responden Kajian Mengikut Subjek Dan Jantina Bagi Semua Daerah Negeri Perak Daerah BATANG PADANG

KINTA UTARA

KINTA SELATAN

MANJUNG

KUALA KANGSAR

18

Jantina Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS

Lelaki 17 10 17 16 Lelaki 23 23 39 21 Lelaki 14 8 18 11 Lelaki 14 9 4 10 Lelaki 32 18 22 16

Perempuan 46 50 40 31 Perempuan 68 72 70 80 Perempuan 34 34 30 28 Perempuan 46 44 57 49 Perempuan 38 45 52 57

Jumlah 63 60 57 47 Jumlah 91 95 109 101 Jumlah 48 42 48 39 Jumlah 60 53 61 59 Jumlah 70 63 74 73

Daerah HILIR PERAK

LARUT MATANG SELAMA

KERIAN

HULU PERAK

PERAK TENGAH

Jantina Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS Subjek BM BI MAT SAINS

Lelaki 31 23 33 30 Lelaki 38 35 60 44 Lelaki 29 24 35 15 Lelaki 15 9 28 16 Lelaki 11 4 12 10

Perempuan 75 84 84 78 Perempuan 102 96 77 99 Perempuan 48 43 43 47 Perempuan 28 33 26 37 Perempuan 20 25 27 22

Jumlah 106 107 117 108 Jumlah 140 131 137 143 Jumlah 77 67 78 62 Jumlah 43 42 54 53 Jumlah 31 29 39 32


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya (VLE) Daerah Batang Padang Dan Hilir Perak

P

ROGRAM Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE) telah berlangsung di semua sepuluh daerah negeri Perak. Program yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak adalah sebagai sebuah wadah perkongsian amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi pembelajaran persekitaran maya di semua sekolah negeri Perak. Program roadshow ini bermula di Hotel Grand Kampar, Kampar pada 13 dan 14 Oktober 2014 dengan penyertaan seramai 116 orang dari daerah Batang Padang dan 137 orang dari daerah Hilir Perak dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar. Seramai 14 orang pembentang kertas kerja jemputan telah berkongsi amalan pengajaran dan pembelajaran terbaik bagi sekolah masingmasing kepada para peserta. Ucaputama adalah Dr Yahya Osman, Pensyarah Cemerlang dari IPG Kampus Ipoh dengan pengisian berkaitan Virtual

Learning Environment dan 21st Century Learning Skill. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada para peserta sebagai usaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Program Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)(Daerah Kuala Kangsar Dan Daerah Hulu Perak)

P

ada 16 dan 17 Oktober 2014, bertempat di Hotel Tower Regency telah berlangsung satu Program Amalan Terbaik Pengintegrasian Pembelajaran Maya Negeri Perak bagi daerah Kuala Kangsar dan daerah Hulu Perak. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu telah melibatkan 321 orang Pengetua dan Guru Besar sekolah. Ucaptama bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Rozhan bin Mohamed Idrus, Fakulti Sains dan Teknologi,Universiti Sains Islam Malaysia. Program ini bertujuan meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Seramai 16 orang pembentang dari sekolah-sekolah terpilih bagi kedua-dua daerah telah berkongsi pengalaman dan idea dalam menjadikan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) sebagai platform utama yang menyokong proses

pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah. Rata-rata peserta merasa bertuah dengan pendedahan dan idea yang telah diberikan dan diharapkan penggunaan teknologi dalam pendidikan akan dapat dipertingkatkan lagi seterusnya diamalkan di sekolah masing-masing. Para peserta turut diberi info terkini berkaitan Frog VLE oleh Cik Nur Dyana binti Abdul Hanni wakil dari YTL Comms. Sdn. Bhd. Perkongsian dan info terkini oleh beliau banyak memberi manfaat kepada para peserta tentang Frog VLE. Sebelum bersurai Pegawai Unit ICT BTPN Perak, En Nazarkhan bin Abdullah turut membentangkan Dashboard KPI VLE, yang menunjukkan tahap penggunaan aplikasi ini oleh sekolah-sekolah.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

19


Buletin BTPN Perak

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya (VLE) Daerah Kinta Utara Dan Kinta Selatan

D

alam usaha memperkasa persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment), Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Kinta Utara telah menjalankan Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya (VLE) Daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan pada 17 dan 18 Oktober 2014 bertempat di Kinta Riverfront Hotel and Suites, Ipoh. Seramai 217 orang peserta dalam

kalangan Pengetua, Guru Besar dan guru telah dijemput untuk menyertai program ini. 10 orang pembentang telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian amalan terbaik di sekolah masing-masing. Antara pembentang yang dijemput untuk menyampaikan perkongsian amalan terbaik masing-masing ialah En. Hamidi bin Mohd dari SMK Sam Tet, Puan Ayu Hartini binti Ariffin dari SK Sungai Rokam, Puan Wong Fui Moi dari SK Sri Kinta, Puan Cheah Jun Yue dari SJKC Wan Hwa I dan Foo Ching Chee dari SJKC New Kopisan, Gopeng.

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya (VLE) - (Daerah Perak Tengah & Manjung)

20


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya (VLE) - (Daerah Larut Matang, Selama & Kerian)

Bengkel Pembangunan Laman Pembelajaran Sains Tingkatan 3 Daerah Hulu Perak 2014 Kohort 1,2,3

B

engkel ini dilaksanakan secara berperingkat. Fasa 1 pada 18-19 Mac 2014. Fasa 2 dan 3 pada 23-25 September 2013 dan 29-30 September 2014. Bengkel ini dijalankan di PKG Gerik. Seramai 26 orang guru Sains Tingkatatan 3 terlibat dalam perbengkelan ini.

Pembangunan Laman Pembelajaran Sains Tingkatan 3 ini bertujuan agar dapat memberi ilmu dan kemahiran tentang persekitaran pembelajaran Maya (VLE) dan menghasilkan bahan untuk VLE agar dapat dikongsi oleh guru-guru dan murid-murid. Sebanyak 79 bahan yang telah dihasilkan oleh guru-guru Sains Tingkatan 3 dan pegawai-pegawai PKG Hulu Perak. Antara fasilitator yang membantu membangunkan VLE ini ialah Encik Abdul Rahman bin Yahya(SK Beng,Lenggong), Pn Rashidah binti Taib(SK Seri Adika Raja) dan Pn Chea (SJK C Kg.Baru Batu 2).

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

21


Buletin BTPN Perak

Anugerah Tokoh Nilam Dan PSS Cemerlang

P

ada 13 Oktober 2014, buat julung kalinya Anugerah Tokoh Nilam dan PSS Cemerlang Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan di Taiping Sentral, sebuah pusat membeli belah yang terkenal di daerah ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Kamal Bin Mansor, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Dalam ucapannya, En. Kamal Bin Mansor menzahirkan rasa bangga atas pencapaian daerah Larut Matang dan Selama dalam setiap aktiviti Nilam serta PSS Cemerlang yang dipertandingkan di peringkat negeri. Beliau juga berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Dalam majlis ini sebanyak 12 Anugerah bagi kategori Nilam yang melibatkan 33 penerima terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Manakala 5 Anugerah kategori PSS Cemerlang pula melibatkan 22 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang sekitar Larut Matang dan Selama.

22


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014

P

elancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014 telah dijalankan pada 4 November 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuak Luar ,Pengkalan Hulu Perak. Kem Membaca ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Dr. Suhaimi bin Kadir Ketua Penolong Pengarah,BTPN Perak. Kem Membaca 1 Malaysia ini turut disertai oleh Delegasi Pejabat Pendidikan Tempatan (PPT) Wilayah Yala 3, Betong Thailand. Seramai 20 orang yang terdiri daripada 7 orang pegawai, 2 orang guru dan 10 orang pelajar sekolah rendah

hadir dalam program ini. Delegasi ini diketuai oleh Encik Suriyan Chantomp, Timbalan Pengarah PPT Yala 3. Objektif Pelancaran Kem Membaca ini ialah untuk mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat . Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan senyap selama 2014 saat atau 33 minit :34 saat oleh pelajar tahap 2, Persembahan murid-murid seperti bercerita, berpidato, Kalam Jamaie, ‘Choral Speaking’, daripada sekolah-sekolah di Pengkalan Hulu dan wakil PPT Yala 3 ,Thailand. Sesungguhnya, pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia ini telah mencapai matlamatnya. Malahan sudah mencapai hubungan kerjasama dalam pendidikan antara BTPN Perak dengan PPT Yala 3 Thailand.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

23


Buletin BTPN Perak

Bengkel Penghasilan Bahan PDP Interaktif PKG Kuala Kurau & PKG Parit Buntar Peserta bengkel yang hadir adalah seramai 32 orang guru dari kelompok PKG Kuala Kurau dan PKG Parit Buntar. Mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan. Guru-guru yang hadir telah dibimbing oleh Encik Mohd Shukri bin Awang, JU Daerah bagi pembinaan bahan pengajaran secara interaktif.

P

Di akhir sesi perbengkelan, setiap kumpulan berjaya menghasilkan satu bahan PdP interaktif. Bahan tersebut dikumpulkan dan dicetak ke dalam cakera padat untuk diedarkan ke sekolah-sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau dan PKG Parit Buntar.

usat Kegiatan Guru Kuala Kurau dan Pusat Kegiatan Guru Parit Buntar telah berkerjasama menganjurkan Bengkel Pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1. Bengkel tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 – 15 Oktober 2014 di makmal ICT SK Kuala Kurau. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan tentang cara membina bahan pengajaran berasaskan perisian Microsoft Powerpoint. Bahan pengajaran itu dibina secara interaktif bagi menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdP di dalam kelas.

Program Khidmat Bantu Konfigurasi Rangkaian (PAKAR) Daerah Perak Tengah

P

rogram Khidmat Bantu Konfigurasi Rangkaian (PAKAR) ini telah dijalankan di dua buah sekolah terpilih iaitu SMK Lambor Kiri dan SK Pulau Juar. Program ini telah diusahakan oleh PKG Kampong Gajah dengan kerjasama semua Juruteknik Komputer PKG Daerah Perak Tengah. Dengan usaha ini, satu rangkaian internet telah dapat

diwujudkan dilokasi berikut iaitu makmal komputer, bilik guru, kelas pra sekolah dan semua bilik darjah. Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PKG Kampong Gajah dan semua Juruteknik Komputer PKG Daerah Perak Tengah atas usaha murni ini.

Program Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Perak Tengah

M

ajlis penyampaian hadiah sedang berlangsung dan kelihatan Ketua PKG Daerah Perak Tengah, En Adenan bin Morad sedang menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang dan semua peserta. Seramai 4 orang peserta telah terpilih untuk mewakili PKG Daerah Perak Tengah ke Pertandingan Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Perak pada bulan Oktober 2014. “

24


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam PKG Peringkat Daerah Kinta Selatan - 24 dan 25 JUN 2014

Penilaian Anugerah PSS Cemerlang Peringkat PKG Daerah Kinta Selatan 2014 - 7 hingga 11 Julai 2014

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

25


Buletin BTPN Perak

Bengkel Pembinaan Learning Object PKG Daerah Kinta Selatan 2014 Kohot 1,2 & 3

Taklimat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Kehadiran Murid PKG Daerah Kinta Selatan-1 & 2 Oktober 2014

26


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Majlis Anugerah Nilam dan PSS Cemerlang Peringkat Daerah Kerian

P

usat Kegiatan Guru Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Anugerah Nilam dan PSS Cemerlang Peringkat Daerah Kerian pada 29 Oktober 2014. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMK Abu Bakar Al-Baqir Bagan Serai, Perak. Perasmian Majlis Anugerah Nilam telah disempurnakan oleh Encik Abdul Muhaimin bin ARahman Nazri telah hadir bagi mewakili YB Adun Alor Pongsu, Dato Sham bin Mat Sahat. Majlis Anugerah ini terbahagi kepada 2 iaitu Anugerah Tokoh Nilam Daerah dan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Daerah Kerian. Seramai 40 peserta telah mewakili kelompok PKG masing-masing dalam pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kerian bagi tahun 2014.

Mohd Irsyad bin Mohd Rashidi telah berjaya menjadi Johan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Negeri Perak kategori SR manakala Kamiinee a/p G.Nanasegaran pula terpilih sebagai Naib Johan Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Negeri Perak kategori SR.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah mengikut kategori masing-masing. Nama Mohd Irsyad bin Mohd Rashidi Nur Thaqifah bt. Abdul Manap Kamiinee a/p G.Nanasegaran Aaron Ignatius a/l Murthy SK Sungai Burong SK Seri Kerian SJKT Ladang Chersonese SMK Gunung Semanggol SMK Alor Pongsu

SK Sungai Burong pula telah menjadi Johan PSS Cemerlang Negeri Perak kategori SR Gred A manakala SMK Gunung Semanggol pula telah Anugerah Kategori berjaya menjadi Naib Johan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Daerah Kerian Sekolah Rendah PSS Cemerlang Negeri Tokoh Nilam Bahasa Melayu Daerah Kerian Sekolah Menengah Perak Kategori SMK Gred Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Daerah Kerian Sekolah Rendah A. Tahniah diucapkan di Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Daerah Kerian Sekolah Menengah atas pencapaian gemilang Sekolah Rendah Gred A PSS Cemerlang Pasukan Nilam dan PSS Sekolah Rendah Gred B PSS Cemerlang Cemerlang Daerah Kerian Sekolah Rendah Kurang Murid PSS Cemerlang bagi tahun 2014. PSS Cemerlang PSS Cemerlang

Sekolah Menengah Gred A Sekolah Menengah Gred B

Selamat Bersara dan Teruskan Bakti Mu Untuk Agama Bangsa Dan Negara 1. PN. SOFIAH BINTI HARUN (PTP) 2. EN. MOHD HASHIM BIN IBRAHIM (PTP) 3. PN. ZAHARAH BINTI IBRAHIM (PT) 4. EN. AHMAD HUSIN (PEMANDU) 5. HJ. ZOLKIFLI BIN SABRAN (PTP) 6. EN. HAMZAH BIN ABDUL HAMID (PTP) 7. PN. LINDA CHRISTINA A/P ANTHONY (PT) 8. EN. MOHD AMIN BIN DARI

En. Mohd Hashim Bin Ibrahim

PKG TAIPING PKG TRONG BTPN PERAK BTPN PERAK BTPN PERAK PKG CHENDERONG BALAI PKG SIMPANG PKG HUTAN MELINTANG

En. Ahmad Bin Husain

1 APRIL 2014 1 JANUARI 2014 1 OGOS 2014 1 OGOS 2014 1 OGOS 2014 1 OGOS 2014 1 FEBRUARI 2014 21 OKTOBER 2014

En. Hamzah Abdul hamid

En. MD Amin Bin Dari Pn. Sofiah Binti Harun

Pn. Zaharah Binti Ibrahim

Hj. Zolkifli Bin Sabran

Pn. Linda Christina a/p Anthony Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

27



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.