Buletin btpn perak special

Page 1

ED

IS

IK

H

AS

B

A

H

A G

I

A

N

TEKNOLOGI PENDIDIKAN N e g e r i

P e r a k Edisi Khas 2013

Antara yang menarik di dalam ms 9 Format Pemilihan Tokoh Nilam Mengalami Perubahan

ms 17 Konvensyen KIK BTP Peringkat Kebangsaan 2013

ms 26-27 ETAS Memperkukuhkan Bahasa Inggeris


Salam

Ketua Editor

S

Sidang Redaksi

Buletin BTPN Perak Edisi Khas PENAUNG Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia PENASIHAT Mohammad Yusof bin K Mohamad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak KETUA EDITOR Sharuddin bin Yusof SIDANG EDITOR Abd Manap bin Hj. Ibrahim, PPT Helme bin Ahmad Suhaime Mohd Amirul Akmal bin Rahim Mohd Faiz bin Azri bin Azhar Mohd Hafiz bin Abd Halim Mohd Mokhrish bin Mustar Mohd Syamil bin Saari Mohd Zulhailee Ikram bin Rosley Muhammad Azwan bin Afandi Muhd Naim bin Dulah Nawir Osman bin Hj. Mohamed Saiful Azhar bin Alias Samsiah binti Bugiman Zawira bin Zahiri FOTOGRAFI Mohd Noor Beg bin Abdul Ghani Mohd Faisal bin Mustapa Tuan Nordin bin Tuan Abdullah

alam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Buletin Khas BTPN Perak 2013 muncul menjadi wadah perkongsian program dan aktivitiaktiviti Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak sepanjang tahun 2013 dalam mengerakkan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan perubahan landskap pendidikan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya, BTPN Perak dan rangkaian telah menjadi penggerak utama dalam pembangunan Dasar ICT dalam Pendidikan bagi mewujudkan anjakan transformasi untuk membina daya saing negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan abad ke-21 (21th Century Learning Skills). Membantu menggerakkan keberkesanan 1BestariNet agar menjadi akses utama di sekolah-sekolah. Menjadikan jurang digital lebih mengecil dengan melatih sebanyak mungkin guruguru dan murid menguasai konsep Virtual Learning Environment (VLE) melalui Frog VLE. BTPN Perak dan PKG Negeri Perak menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran PdP dalam pelbagai media dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah serta program literasi maklumat. Kami juga turut menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta PdP yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Khidmat kepakaran dan nasihat juga ditawarkan bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan kepada semua guru dan murid di sekolah. Anugerah Pusat Sumber Cemerlang dan Nilam menjadi ruang untuk melahirkan minat yang mendalam terhadap pembacaan dan pengetahuan. Selain itu, kami juga telah melaksanakan program-program pemantapan pembestarian sekolah dalam usaha membangun modal insan yang mampu bersaing di peringkat global, inovatif dan kreatif, bertepatan dengan peranannya sebagai peneraju teknologi pendidikan. Menganjak pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui 11 anjakan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PKG Perak mengambil peranan dalam usaha-usaha awal 2013-2025 memberi peranan penting menyelesaikan peningkatan keilmuan dan kepakaran. Dalam usaha meningkatkan daya saing sumber manusia kita juga perlu berkemahiran tinggi dengan menguasai sains dan teknologi serta mempunyai keupayaan berfikir di luar kotak di samping kritis, analitikal, kreatif dan inovasi.

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

KANDUNGAN Sekapur Sirih Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak

3

Perkongsian Amalan Terbaik PIBG

4

Datang Bertandang Ke SK Sungai Tiang

5

Tiada Rotan Akar Berguna

6

Pasukan Konfigurasi Rangkaian Komputer (PAKAR)

Ketokohan Di Mata Panel Kebangsaan

7

MBMMBI SR Fasa 2

22

8

Taklimat SSQS (Smart School Qualification Standards)

23

9

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

24

Bicara Intelek Bersama Timbalan Pengarah BTP

10

Pembelajaran Melangkaui Sempadan Dengan VLE

25

Bicara Intelek PKG Manjoi

11

SJK (T) Ladang Behrang ‘Diserang’

GRAFIK Mohd Faisal bin Mustapa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05-292 4933 / 292 4955 Faks : 05-292 4115 e-mel : btpnprk@moe.edu.my

Buletin BTPN Perak

Format Pemilihan Tokoh Nilam Mengalami Perubahan

Terima Kasih Di Atas Jasa Bakti Dan Budi 12 Setelah MS ISO Kini Dimantap Pula Dengan 5S

13

Kursus Meningkatkan Kompetensi Memantapkan Organisasi

14

Transformasi PKG

15

Pusat Sumber Cemerlang SK Taman

Jana Peringkat Kebangsaan 2013

18

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2013

19

ETAS Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

20-21

26-27

Pemberian Sijil Simpanan Premium Kepada Penerima APC

28

National Security ICT Debate Cybersafe Challenge Trophy 2013 Zon Utara

29

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BTPN Perak

30

MBMMBI SR Fasa 2

31


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Sekapur Sirih Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak melaporkan pergerakan harian mereka terutama cuti rehat, kursus, bengkel, taklimat, khidmat bantu, dan tugas luar setiap hari.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

B

ersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kerja keras dan usaha berterusan sidang redaksi Buletin BTPN Perak akhirnya berjaya menerbitkan buletin Edisi Khas 2013 ini. Ia membuktikan kepada kita bahawa perancangan bersistematik, iltizam dan kerja berpasukan adalah merupakan anak kunci keberhasilan sesuatu pekerjaan. Di BTPN Perak pelbagai program telah, sedang dan akan dirancang serta dijalankan bagi memastikan semua tugas dilaksanakan secara sistematik penuh iltizam berpaksikan kerja berpasukan. Sebagai contoh setiap aktiviti yang hendak dijalankan mesti dibuat permohonan bertulis (kertas kerja) kepada Ketua Penolong Pengarah melalui Ketua Unit sekurang-kurangnya dua minggu sebelum aktiviti dijalankan. Seminggu selepas aktiviti dijalankan laporan bergambar mesti diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah untuk melihat keberkesanan kos dan outputs. Arahan atau memo dalaman kepada petugas atau peserta sesuatu aktiviti mesti terlebih dahulu dikeluarkan sebelum mereka diarah melaksana atau menghadiri aktiviti berkenaan. Ia memberi gambaran bahawa semua aktiviti yang mana peserta terlibat sememangnya dirancang serta dilaksanakan berdasarkan takwim tahun semasa. Perkara ini mampu menangkis persepsi bahawa aktiviti yang dilaksanakan di peringkat BTPN sekadar ‘tangkap muat’ atau ‘seperti enau dalam belukar, melepas pucuk masingmasing’. Aspek pemantauan yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘mandor’ kini telah mengalami inovasi. Keberkesanan konsep pemantauan tidak dapat disangkal walau dunia telah mengalami perubahan drastik. Ia bukan ‘perangkap’ atau ‘sengaja mencari salah orang lain’ sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Penggunaan sistem atas talian e-UMPH di BTPN banyak membantu pihak pengurusan memantau pergerakan pegawai dan staf. Semua pegawai dan staf mengikut unit-unit mesti

Semua contoh yang telah dinyatakan telah, sedang dan akan diseragamkan ke semua Pusat Kegiatan Guru (PKG) di negeri Perak. Sebagai induk kepada organisasi PKG, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) perlu terlebih dahulu melangkah sederap dan mantap. Mempamerkan standard operating procedure (SOP) yang tidak akan dipertikai oleh pelanggan dalaman dan luaran. Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) yang telah tujuh tahun diamalkan berupaya memantapkan BTPN Perak. Kini BTPN Perak ke arah melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pula. Di dalam mengharungi tiga fasa gelombang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh. Kita tidak mampu membiarkan masa dan peluang terbuang. Kita mesti berani berubah dari keadaan yang baik ke tahap yang terbaik. Pelbagai cabaran yang BTPN dan PKG berjaya atasi. Penarafan SSQS, pengisian SPS, pembinaan e-Bahan, memanfaatkan persekitaran pembelajaran maya Frog VLE serta berbagai inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditangani dengan jayanya. Semua itu membuktikan bahawa kita memang mahu berubah dan sesekali tidak rela diubah. Berkat semangat ingin dan mahu berubah dari baik ke arah yang terbaik, sebuah Pusat Sumber Sekolah (PSS) iaitu Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting, Taiping telah dinobatkan sebagai Johan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 Kategori Sekolah Rendah. Ia amat membanggakan seluruh warga kerja BTPN dan PKG negeri Perak. Inilah terjemahan perancangan bersistematik, iltizam dan kerja berpasukan seperti mana yang telah dinyatakan di awal tadi. Kata-kata ‘do right thing at the first time’ mesti sentiasa diamalkan di semua peringkat organisasi. Natijahnya masa, tenaga, idea dan sumber kewangan tidak akan dibazirkan. Masih banyak ruang untuk BTPN dan PKG negeri Perak melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi meraih kegemilangan pada masa hadapan. Selamat maju jaya daripada saya untuk semua. Syabas. Tahniah. Terima kasih. Mohammad Yusof bin K Mohamad

Buletin BTPN Perak

3


Perkongsian Amalan Terbaik PIBG

S

ebelum saranan ibu bapa diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pihak BTPN Perak telah turut membantu pihak urus setia menerbitan video bahan dokumentasi Amalan Terbaik PIBG di SJK (T) St. Theresa’s Convent, Taiping. Bahan berkenaan telah ditayang untuk tontonan YAB Tan Sri Haji Mohd Muhyiddin bin Haji Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Bahan video ini juga telah memenangi tempat pertama Pertandingan Amalan Terbaik PIBG Peringkat Kebangsaan 2013 kategori SJK (T).

Kerja rakaman video semasa proses penerbitan bahan video Amalan Terbaik PIBG SJK (T) St.Theresa’s Convent, Taiping

4

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Datang Bertandang Ke SK Sungai Tiang

Wajah ceria tuan rumah dan tetamu yang datang bertandang.

23 April 2013

S

ekolah Kebangsaan Sungai Tiang yang terletak di Tasek Banding, Gerik telah menjadi tempat bertandang empat belas orang pegawai BTPN/ PKG Perak. Mereka bertandang untuk menjayakan program Outreach Sekolah Orang Asli Negeri Perak 2013. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi khidmat bantu di bidang ICT, Pusat Sumber Sekolah, Teknologi Pendidikan dan inisiatif Kementerian Tuan Hj Md Isa (berdiri) semasa majlis ucap selamat datang.

Pendidikan Malaysia (KPM) yang lain seperti EduWebTV dan Kampus Astro. Program selama tiga hari ini telah berjaya mengubah persepsi warga pendidik dan ibu bapa di perkampungan Sungai Tiang di mana beranggapan selama ini mereka tertinggal dan terpinggir dari arus pendidikan perdana. Program ini telah disiarkan oleh stesen RTM TV1 pada 4 Mei 2013 melalui slot Selamat Pagi Malaysia.

Kerja menyusun dan mengemas PSS sedang dijalankan. Buletin BTPN Perak

5


Tiada Rotan Akar Berguna

B

enarlah seperti untaian kata-kata ‘tiada rotan akar berguna’. Begitulah realiti yang berlaku di BTPN Perak, biarpun berbekalkan peralatan studio yang cukup terhad namun berupaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Keterbatasan peralatan dan kemahiran bukan alasan untuk membiarkan guru dan murid terkapai-kapai mencari bantuan menyelesaikan rakaman audio mahupun video untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) atau menyertai sebarang pertandingan. Terbaharu kru studio BTPN Perak telah membantu merakam audio dan video bahan inovasi drama Bahasa Inggeris ‘Catch Us If You Can’ di bawah seliaan Puan Fauzia binti Mohamed Sultan, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SMK Kampung Pasir Puteh, Ipoh.

6

Buletin BTPN Perak

Bilik kuliah Waja Bestari dijadikan studio semasa rakaman video drama ‘Catch Us If You Can’ oleh murid-murid SMK Kampung Pasir Puteh.


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Ketokohan Di Mata Panel Kebangsaan

Gaya seorang tokoh sedang menyampaikan persembahan. Panel Penilai sedang menemubual YM Raja Zainal.

19 Mac 2013

S

alah satu acara sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan saban tahun ialah Pemilihan Tokoh Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Panel pemilih yang terdiri daripada pegawai Bahagian Terknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur telah datang ke SK Seri Ampang. Kedatangan mereka adalah untuk menilai ketokohan YM Raja Zainal, Guru Besar SK Seri Ampang yang menjadi calon bagi negeri Perak untuk Pertandingan Tokoh Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 2013. Beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan pada pertandingan tersebut.

Anugerah yang pernah diterima oleh SK Seri Ampang-APICTA.

Dr. Suhaimi salah seorang dari panel sedang memerhati sesuatu.

Buletin BTPN Perak

7


SJK (T) Ladang Behrang ‘Diserang’

Perbincangan sebelum menyusun dan mengemas PSS.

11 Mac 2013

S

eramai dua puluh orang pegawai dan staf BTPN Perak termasuk PKG Daerah Batang Padang telah ‘menyerang’ SJK (T) Ladang Behrang River, Tanjung Malim. ‘Serangan’ yang dimaksudkan ialah merupakan sebahagian program

Tunjuk arah ke PSS SJK (T) Ladang Behrang River.

Encik Abd Manap menunjuk cara pengendalian alat Kampus Astro.

Encik Sharuddin sedang menyampaikan sumbangan buku PSS.

8

Buletin BTPN Perak

‘Outreach’ Pembestarian Sekolah SSQS Peringkat Negeri Perak. Sekolah diberi khidmat bantu meliputi bidang ICT, PSS dan Teknologi Pendidikan. Objektif program ini ialah memastikan penarafan SSQS dipertingkatkan dari dua bintang menjadi tiga bintang ke atas. Maklum balas yang diterima dari pihak sekolah amat memberangsangkan. “Program ini amat baik dan begitu banyak membantu. Dahulu Kampus Astro tidak berfungsi kini telah berfungsi. Suasana bilik PSS agak tidak kemas tetapi kini ceria dan tersusun. Capaian internet juga telah dapat dipulih. Terima kasih BTPN dan PKG”, begitu luahan Encik Selvaraju a/l Thangaraju, Guru Besar sekolah berkenaan.


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Format Pemilihan Tokoh Nilam Mengalami Perubahan

P

ada 10 April 2013 di studio BTNP Perak telah dijalankan penerbitan bahan video perubahan format pemilihan Tokoh Nilam. Ianya sejajar dengan arahan yang dikeluarkan oleh BTP, Kuala Lumpur mulai tahun 2013 semua negeri mengguna pakai format baharu. Beberapa orang guru sebagai hakim dan tokoh-tokoh Nilam yang dikenalpasti dipanggil bagi tujuan tersebut.

Buletin BTPN Perak

9


Bicara Intelek Bersama Timbalan Pengarah BTP

B

TPN Perak amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berusaha Dr. Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur pada 5 Februari 2013. Kehadiran Dr.Soon adalah bagi menyampaikan ucap utama Majlis Bicara Intelek di hadapan seramai 100 orang pegawai BTPN dan PKG negeri Perak. Intipati bicara intelek beliau ialah jati diri selaku warga negara Malaysia dan integriti selaku pejawat awam. Kedua-

dua perkara tidak boleh sama sekali dikompromi. Selaku warga negara kita wajib mempertahankan nama baik, kestabilan dan keamanan. Manakala selaku penjawat awam pula wajib mematuhi dan melaksanakan setiap arahan rasmi secara tuntas berlandaskan Perintah Am dan pekeliling terkini.

Sebaik sahaja selesai menyampaikan ucap utama Dr. Soon mengadakan perjumpaan dengan semua pegawai dan staf BTPN Perak.

10

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Datang Berpalukan Kompang Pergi Berkalungkan Penghargaan Encik Abdul Raauf bin Dimin

BIL 1

NAMA PEGAWAI Encik Abdul Raauf bin Dimin

DARI Fasilinus PPD Kuala Kangsar

KE Penolong Pengarah BTPN Perak

2

Encik Zawira bin Zahiri

PTP1 PKG Dato’ Panglima Kinta

PTP BTPN Perak

3

PTP2 PKG Beruas, Manjung

PTP 1 PKG Seri Manjung

PTP2 PKG Sungai Pari, Kinta Utara

PTP 2 PKG Dato’ Panglima Kinta

5

Encik Jerimi bin Fairus Loo Encik Meor Mohd Muazam bin Meor Rohidi Encik Wan Suhaidi bin Wan Chik

FT17 SK Pekan Tamparuli, Sabah

FT17 PKG Dato’ Panglima Kinta

6

Encik Mohd Rizal bin Tarmizi

PTP1 PKG Chenderong Balai, Hilir Perak

PTP 1 PKG Tanjung Tualang

7

Encik Norul Rizal bin Abdul Rahim

PTP 1 PKG Sungai Pari, Kinta Utara

PTP 1 PKG Gopeng

8

Puan Norzamzida binti Md Rashid Puan Wan Maszatul Laili binti Meor Rohidi Puan Aida Rohayu binti Mat Yusof Encik Abdul Basit bin Mohamad Nor Cik Ruzihana binti Saharudin Encik Mohamad Napiah bin Zakaria Encik Aidil bin Mat Rani Puan Nor Manisah binti Mohd Nawi Encik Hamzah bin Abd Hamid

PT N17 SMK Panglima Perang Kiri, Tapah

PT N17 PKG Gopeng

PTP 1, PKG Parit Buntar, Kerian

PTP1, PKG Kuala Kurau

PT N17 SMK Kedawang, Langkawi, Kedah

PT N17 PKG Gunung Semanggol

PT 1 PKG Bagan Serai, Kerian

PTP 1 PKG Parit Buntar

SK Sungai Siput, Kuala Kangsar

PTP 2 PKG Talang

SK Seri Banang, Batu Pahat, Johor

PTP 2 PKG Manong

PTP 1 PKG Temoh, Batang Padang

PTP 1 PKG Kati

SJK (C) Yuk Hwa, Tamalang, Kudat, Sabah

PTP 2 PKG Selekoh

PTP1 PKG Tanjung Tualang, Kinta Selatan

PTP 1 PKG Chenderong Balai

4

9 10 11 12 13 14 15 16

17 Encik Ahmad Razali bin Baharan

SK Kpg. Minyak, Kudat, Sabah

PTP 2 PKG Bagan Datoh

18 Encik Muhd Naim bin Dulah Nawir

FT17 PKG Teluk Intan

FT17 PKG Bagan Datoh

19 Encik Asri bin Abdul Hapaz

FT17 PKG Bagan Datoh

FT17 PKG Teluk Intan

20 Encik Mohd Fauzi bin Abdullah

SK Kampung Jambu, Taiping

PTP 2 PKG Taiping

21 Encik Yusaini bin Mohd Yusof SK Taman Jana, Kamunting Encik Mohd Khairul Amin bin 22 SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar Mohamed Halimi 23 Encik Mohd Nor Azmi bin Mahiyidin SK Sungai Rapat, Ipoh, Kinta Utara

PTP 2 PKG Kamunting

PTP 2 PKG Lenggong

24 Encik Mohd Zulhimi bin Rosli

SK Bongor, Gerik, Hulu Perak

PTP 2 PKG Gerik

25 Puan Afipah Bibi binti Abdullah

SJK(T) Ladang Kamatchy, Hutan Melintang

PTP 2 PKG Teluk Intan

26 Encik Mohd Azhar b. Lockman

SMK Sayong, Kuala Kangsar

PTP 2 PKG Trong

PTP 2 PKG Kota Lama Kanan

27 Tuan Haji Daud bin Ngah Hamzah PTP BTPN Perak

SK Pinji, Ipoh

28 Encik Ismail bin Md Yunus

PTP1 PKG Lahat

PTP BTPN Perak

29 Encik Mohamad Sofian bin Ahmad PTP 1 PKG Kuala Kurau, Kerian

SK Teluk Medan, Bagan Serai

30 Encik Jamaludin bin Ahmad

SK Senggang, Kuala Kangsar

PTP 1, PKG Lahat, Kinta Utara

31 Encik Mohd Fauzan bin Ngathi

PTP 1, PKG Gopeng, Kinta Selatan

PTP 1 PKG Kluang, Johor

32 Encik Mohd Hisham bin Alias

PTP2 PKG Gerik, Gerik, Hulu Perak

SMK Batu 4, Gerik

33 Encik Salehfi’i bin Ramli

PTP 1 PKG Kati, Kuala Kangsar

SK Pos Perwor, Sg. Siput (U)

34 Encik Mohd Amirul Baki bin Rosly

PT N17 PKG Gunung Semanggol

SK Pos Piah, Sg. Siput (U)

35 Puan Suhaili binti Arafin

FT 17 PKG Dato’ Panglima Kinta

SK Tanjung Batu, Tawau, Sabah

36 Puan Rosmawati binti Aliyaasa

PT N17 PKG Sungai Siput

Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng

Buletin BTPN Perak

11


Terima Kasih Di Atas Jasa Bakti Dan Budi

E

ncik Rosli bin Sarip pernah bertugas di beberapa buah PKG negeri Perak (daerah Batang Padang dan Hilir Perak) sebelum dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Siswazah setelah menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Pendidikan daripada Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang. Beliau kemudian bertugas sebagai Penolong Pengarah di BTPN Perak bermula pada tahun 2004. Berkat

kekentalan semangat serta iltizam yang jitu beliau berjaya menyambung dan menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 2011. Suka kepada laluan kerjaya yang lebih mencabar beliau kini beralih haluan dengan menyertai warga kerja Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai salah seorang tenaga pengajar di sana. Semua jasa bakti dan budi yang telah beliau curahkan semasa bertugas di bawah bumbung BTPN/PKG negeri Perak akan sentiasa disebut dan dikenang.

Suasana yang sempat dirakam melalui lensa kamera. Majlis penyampaian cendera hati daripada unit-unit BTPN dan PKG negeri Perak.

12

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Setelah MS ISO Kini Dimantap Pula Dengan 5S

P

ada 4 Mac 2013 para pegawai dan staf BTPN Perak telah mengadakan lawatan penandarasan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh. Lawatan yang diketuai oleh Tuan Haji Md Isa bin Md Amin bertujuan mempelajari dan melihat sendiri kaedah pihak ILP, Ipoh melaksanakan sistem kualiti 5’S sehingga berjaya memperoleh anugerah

Sijil Amalan 5’S. Hasil lawatan singkat tersebut berjaya memberi impak dan pendedahan yang amat berguna kepada semua peserta. Mereka amat berpuas hati apabila dapat melihat sendiri hasil dari amalan 5’S yang telah lama diamalkan oleh pegawai dan staf ILP, Ipoh.

Buletin BTPN Perak

13


Kursus Meningkatkan Kompetensi Memantapkan Organisasi

S

ebagai unit yang dipertanggungjawabkan menyelaras, merancang dan mengendalikan kursus serta bengkel untuk pegawai dan staf BTPN/PKG negeri Perak UPKP sentiasa sibuk. Kesibukan ini diagih sama rata di antara 3 orang pegawai termasuk Penolong Pengarah selaku Ketua Unit. Di antara banyak kursus dan bengkel yang berjaya dikendalikan ialah Kursus Integriti Untuk Pegawai BTPN/PKG negeri Perak pada 22 Mei 2013 bertempat di BTPN Perak. Manakala satu lagi iaitu Kursus Penghasilan Bahan PdP Pelbagai

Media Untuk Pegawai BTPN/PKG negeri Perak telah diadakan pada 26 hingga 29 Ogos di Chalet Air Panas, Jalan Betong, Pengkalan Hulu, Perak. Para peserta kursus di Chalet Air Panas telah berjaya mengasilkan DVD mengandungi video Gua Gendang (6:07), imejan flora fauna Gua Gendang (270 imej) dan bahan inovasi drama Bahasa Inggeris ‘Catch Us If you Can’ (32 chapter).

14

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Transformasi PKG

M

endokong usaha transformasi sistem pendidikan oleh Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara. Menyedari kepentingan transformasi dalam organisasi di kalangan kakitangan Pusat Kegiatan Guru (PKG)dalam menghadapi cabaran pelanggan. Kakitangan PKGperlu lebih berkeyakinan dalam pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dengan cara : 1. Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan profesional. 2. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru. 3. Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden. 5. Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Buletin BTPN Perak

15


Anugerah

Tokoh Nilam & Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Perak Tahun 2013 • 17 Oktober 2013 • Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh

16

Buletin BTPN Perak


Konvensyen KIK BTP Peringkat Kebangsaan 2013 SETTLE Mempertaruhkan “Data Media” Untuk Meraih Tempat Ketiga Kategori Teknikal

Konvensyen KIK BTP

Peringkat Kebangsaan 2013

TH Hotel & Convention Centre, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah • 29-31 Oktober 2013

Buletin BTPN Perak

17


Pusat Sumber Cemerlang SK Taman Jana Peringkat Kebangsaan 2013

Anugerah Johan PSS Kebangsaan

Timbalan KPM Dato Amin Bin Senin

P

ada 18 Jun 2013 telah berlangsungnya Pemantauan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan bertempat di SK Taman Jana. PSS SK Taman Jana telah sekali lagi dipilih mewakili negeri Perak dalam pertandingan tersebut. Pegawai pemantau yang terlibat adalah Puan Aishah Bt Othman (BTP) dan Encik Nor Ahmad Bin Khamzah (BTPN Selangor). Sebelum pemantauan PSS cemerlang, khidmat bantu PSS peringkat negeri telah dilaksanakan pada 2,3 dan 4 April 2013 bagi membantu Pusat sumber sekolah tersebut benarbenar bersedia untuk penilaian PSS Cemerlang peringkat kebangsaan 2013. Keistimewaan Dan program yang diwujudkan di PSS Sk Taman Jana adalah:• Mewujudkan dan melaksanakan konsep Pusat sumber dalam sekolah • Projek bacaan kantin • Kaunter bergerak • Program bacaan pagi • Pameran bertema

• • • • •

Projek laluan ilmu Program AK Zone (Program penyiaran waktu rehat) Mewujudkan sudut siber Dato Zahir Program bersama komuniti Nilam Program e-Sumber yang diasaskan oleh Guru ICT SK Taman Jana.

PSS SK Taman Jana telah dinobatkan sebagai Johan PSS Cemerlang sekolah rendah peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013 dalam majlis yang diadakan pada 18 September 2013 di Hotel Bayview, Melaka.

18

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2013

B

engkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah dijalankan di Negeri Perak serentak mengikut kelompok pada bulan Ogos dan September di PKG masing-masing. SPS adalah sistem pengurusan yang diperluaskan ke semua sekolah di Malaysia. Untuk permulaan, enam modul diperkenalkan. Bengkel pengisian bermula selepas pihak sekolah menerima latihan di PKG masing-masing. Dua orang admin dilantik untuk seuah sekolah. Admin 1 adalah guru data, manakala admin 2 terdiri dari Guru ICT atau GPB. PTP PKG merupakan fasilitator yang bertanggungjawab bagi melatih admin, memantau pengisian dan memastikan sekolah membuat pengisian data mengikut jadual yang ditetapkan. Taklimat mengenai SPS peringkat daerah telah dijalankan sendiri oleh PTP PKG dengan kehadiran Pegawai dari PPD. Semua sekolah hadir dengan diwakili oleh pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah. Aktiviti ini dibantu oleh JTK Kelompok PKG masing–masing yang diketuai oleh semua PTP. Manakala perluasannya dijalankan

Buletin BTPN Perak

19


Pasukan Konfigurasi Rangkaian Komputer (PAKAR)

P

asukan bantuan teknikal ini bertanggungjawab dalam kerja-kerja konfigurasi komputer pelayan (server) dan komputer klien (guru dan murid) di semua sekolah yang mempunyai Makmal Komputer. Skop kerja PaKaR ialah menyelenggara konfigurasi rangkaian setempat (LAN). Peranan PaKaR kini diperluaskan dengan memberi khidmat bantu menaik taraf rangkaian setempat sekolah-sekolah yang memerlukan dan inisiatif ICT KPM. Selain itu PaKaR juga memberi khidmat bantu aras pertama untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di sekolah.

20

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2014

Antara skop khidmat bantu PaKaR membuat konfigurasi rangkaian kawasan setempat (LAN), pemantauan status aduan Support Ticketing System (STS) sekolah, memberi cadangan dan nasihat kepada pihak sekolah tentang penggunaan, penjagaan dan keselamatan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, melaksana kerja-kerja menaik taraf rangkaian kawasan setempat tanpa melibatkan

kos bahan dan alat ganti yang perlu ditanggung oleh pihak BTP dan BTPN Perak, melaksanakan penyelenggaraan pencegahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi peralatan teknologi maklumat dan komunikasi milik kerajaan sahaja, dan memberikan perkhidmatan yang tidak termasuk skop kerja penyelenggaraan oleh syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buletin BTPN Perak

21


Jerayawara Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 - Bersama YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan II Malaysia

11 OKTOBER 2013 BALL ROOM, HOTEL KINTA RIVER FRONT, IPOH, PERAK

Sasaran: Semua Pengetua, Guru Besar, Guru, PIBG, dan Agensi Swasta Negeri Perak

22

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Taklimat SSQS (Smart School Qualification

Standards)

S

SQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalanamalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia. Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN. Instrumen SSQS 2.0 ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua/Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah Menengah. SSQS telah mula diisi oleh pihak sekolah bermula pada 09 September 2013 sehingga 24 September 2014 yang telah diubahsuai kedalam

format baru iaitu kedalam format “Google Form” dan pautan kepada borang hanya boleh diakses melalui pautan http://ssqs2013perak.wordpress.com sahaja serta pautan mengikut sekolah kelompok Pusat Kegiatan Guru masing-masing. Untuk membuat pegisian data SSQS, pihak sekolah mesti mengikut jumlah responden yang telah ditetapkan mengikut kuantiti guru dan murid yang terdapat di sekolah. Jumlah responden yang disarankan adalah seperti berikut:Jumlah Responden 62 orang (sekolah bukan SKM) PENTADBIR

1 orang

GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

1 orang

GURU

5orang guru untuk setiap 6 mata pelajaran

MURID

5 orang murid untuk setiap 6 mata pelajaran

Jumlah Respoden 38 orang (sekolah SKM) Bilangan murid mencukupi 30 dan bilangan guru 5 orang PENTADBIR

1 orang

GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

1 orang

GURU

1 orang untuk setiap 6 mata pelajaran

MURID

5 orang untuk setiap 6 mata pelajaran

Jumlah Responden 14 orang (sekolah SKM) Bilangan guru/ murid 6 orang sahaja PENTADBIR

1 orang

GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

1 orang

GURU

1 orang untuk setiap 6 mata pelajaran

MURID

1 orang untuk setiap 6 mata pelajaran

Buletin BTPN Perak

23


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

P

emilihan Tokoh Nilam pada tahun ini telah diadakan dalam bentuk format baharu. Pada tahun ini terdapat dua kategori Tokoh Nilam iaitu Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris dan Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu. Pemeringkat dilaksanakan dari peringkat sekolah, ke peringkat PKG dan peringkat Daerah. Calon yang mencapai kejayaan di peringkat daerah akan dipilih

24

Buletin BTPN Perak

untuk mewakili ke peringkat negeri Perak yang akan dijalankan pada bulan Oktober 2013. Majlis Penyampaian Hadiah dan pemenang dipilih dari 4 orang pelajar dari kalangan: SK (pemenang tempat pertama Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan SM (pemenang tempat pertama Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.)


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Pembelajaran Melangkaui Sempadan Dengan VLE

Apakah itu Frog VLE? Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewarwarkan notis sekolah melalui Internet. Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segalagalanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis. Peranan PKG Dalam VLE Membantu guru-guru memantapkan kemahiran, mengembangkan dan memperkasakan pengetahuan dalam persekitaran pembelajaran virtual (VLE) dan juga menyebarkan maklumat di peringkat sekolah kelompok masing-masing dengan mengadakan bengkel-bengkel di daerah PKG masing-masing.

Buletin BTPN Perak

25


ETAS Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

U

nit Bahasa, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak telah berkolaborasi dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN Perak) bagi merealisasikan hasrat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerbitkan bahan dokumentari program Fulbright English Teaching Assistantship (ETAS) di empat buah sekolah menengah di negeri Perak. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SMK Kampar dan SMK Sentosa di daerah Kinta Selatan. Manakala di daerah Batang pula ialah SMK Slim, Slim River dan SMK Pantai Remis di daerah Manjung. Keempatempat buah sekolah ini adalah sebahagian daripada lima belas (15) buah sekolah yang menerima program

ETAS ini di negeri Perak. Kerja-kerja penerbitan ini melibatkan dua puluh (20) orang kru terdiri daripada pegawai BTPN dan PKG Negeri Perak. Proses penerbitan dokumentari ini menggunakan kaedah Multi Camera Production (MCP). Kaedah MCP ini memerlukan kru yang ramai. Peralatan berharga dan berat seperti kamera video, tripod, audio mixer, video mixer, switch kawalan video terpaksa diangkat dari satu lokasi ke satu lokasi. Bagi mana-mana lokasi yang berada di aras bawah bangunan ianya mudah untuk diangkat sebelum dipasang. Manakala bagi lokasi yang terletak di aras tinggi kerja-kerja mengangkat semua peralatan terpaksa dilakukan sendiri oleh kru dengan bantuan tenaga murid-murid di sekolah berkenaan.

Stewart Jones – ETA SMK Kampar (25th September 2013)

26

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

Taylor Simpson – ETA SMK Pantai Remis (1st October 2013)

Jesse Mapstead – ETA SMK Sentosa (26th September 2013)

James Greisler - ETA SMK Slim, Slim River (30th September 2013)

Buletin BTPN Perak

27


Pemberian Sijil Simpanan Premium Kepada Penerima APC

P

enerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013 telah diraikan dalam Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Seramai lapan belas (18) orang penerima terdiri daripada enam (6) orang pegawai dan staf BTPN serta dua belas (12) orang pegawai/staf PKG telah menerima sijil masing-masing daripada Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Perak. Majlis tersebut telah diadakan pada 30 Julai 2013 di Bilik Perdana Bestari, BTPN Perak.

28

Buletin BTPN Perak


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

National Security ICT Debate Cybersafe Challenge Trophy 2013 Zon Utara

B

TPN Perak telah menjadi tuan rumah pertandingan “National Security ICT Debate Cybersafe Challenge Trophy 2013” Peringkat Zon Utara pada 29 dan 30 Oktober 2013. Pertandingan tersebut telah disertai oleh empat buah sekolah menengah iaitu The Malay College, Kuala Kangsar dan SMK Besout (Felda) mewakili negeri Perak manakala SM Sains Tun Sheh Shahabuddin dan SMA Al-Irshad pula mewakili negeri Pulau Pinang. Keempat-empat buah sekolah bertanding bagi merebut tempat sebagai wakil Zon Utara ke pertandingan Peringkat Kebangsaan. SMA Al-Irshad telah berjaya merebut tempat tersebut dan bertanding di “National Security ICT Debate Cybersafe Challenge Trophy 2013” Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 13 dan 14 November 2013. “BTPN Perak berbangga kerana dipilih menjadi tuan rumah kepada pertandingan yang julungjulung kali diadakan. Pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat berpidato di kalangan peserta tetapi lebih penting ianya menterjemahkan usaha kita merealisasikan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)”, ujar Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Perak ketika merasmikan majlis Penutupan Pertandingan “National Security ICT Debate Cybersafe Challenge Trophy 2013” Peringkat Zon Utara di Bilik Juara Bestari, BTPN Perak. Turut hadir sepanjang bertandingan berlangsung ialah Lt. Kol. (B) Mustaffa bin Ahmad, Naib Presiden, Bahagian Outreach Cyber Security Malaysia, Cyberjaya dan guru-guru pengiring serta penyokong ke empat-empat buah sekolah. Buletin BTPN Perak

29


Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BTPN Perak

A

udit Dalaman BTPN Perak telah dilaksanakan pada 13 dan 14 November 2013. Pasukan Juru Audit Dalaman terdiri daripada Encik Abd Manap bin Haji Ibrahim,PPT (BTPN PerakKetua Juru Audit Dalaman), Encik Ahmad Fuat bin Shuib (BTPN Perak), Encik Jamal Aminuddin bin Haji Md Yunus (BTPN Perak), Tuan Haji Ahmad Dzaki bin Abdul Rahaman (BTPN Kedah), Tuan Haji Khalid bin Mahmud (BTPN Pulau Pinang) dan Tuan Haji Abdul Halim bin Saad (BTPN Pulau Pinang). Pelaksanaannya adalah bagi mematuhi keperluan

30

Buletin BTPN Perak

standard Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 yang telah diamalkan sejak tahun 2007. Skop utama Prosedur Kualiti Proses (PKP) yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM QAS ialah Pengurusan Pemantauan BTPN Ke PKG, Pengurusan Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengurusan Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Perak.


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2013

MBMMBI SR Fasa 2

T

aklimat penggunaan dan istalasi Perisian Makmal MBMMBI SR Fasa 2 telah diberikan mengikut daerah berdasarkan jadual yang dirancang oleh BTPN Perak. Taklimat di PKG Manjoi melibatkan enam buah PKG di Daerah Kinta Utara telah dilaksanakan pada 06 Februari 2013 manakala taklimat bagi daerah Kerian telah diadakan pada 21 Februari 2013 bertempat di PKG Parit Buntar. Peserta taklimat adalah terdiri daripada seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat Tahun 3 atau Tahun 4 dari setiap sekolah rendah yang telah dibekalkan CD MBMMBI. Penceramah yang hadir ialah Encik Abd Manap Bin Haji Ibrahim, Pegawai

Teknologi Pendidikan, Unit Promosi, Inovasi dan Media dari BTPN Perak. Beliau juga adalah pegawai MBMMBI. Selain daripada beliau, turut hadir ialah Encik Abd Aziz bin Jamaludin Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Perak. Manakala penceramah teknikal bagi taklimat di PKG Manjoi ialah Encik Tajarazhar bin Abu Bakar iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan 1, Pusat Kegiatan Guru Bidor. Perolehan dan pembekalan Bahan Digital Sokongan ini adalah inisiatif untuk menjayakan dan memertabatkan dasar MBMMBI. Bahan Digital Sokongan ini perlu diajarkan kepada semua murid yang berkaitan. Guru juga perlu melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada guruguru lain di sekolah masing-masing.

Buletin BTPN Perak

31


BTPN PERAK

TAHUN

1

Teknologi Untuk Pendidikan Bistari


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.