Maal Hijrah 1436h

Page 1




SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang)., D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand).





SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH D.M.N., D.K., D.K.H. Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan), The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).





Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

10

Perutusan YAB Perdana Menteri

Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat AIIah SWT, dengan taufik dan inayah-Nya dapat kita mengadakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Tahun 1436H bersamaan 2014M. Tanggal 1 Hijrah merupakan hari yang amat bermakna kepada umat Islam kerana hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai permulaan kalendar Islam. Seperti biasa, tarikh ini disambut dengan penuh kesyukuran bagi memperingati sejarah dan pengorbanan hijrah Rasulullah SAW serta keagungan Islam di mana kita berhimpun secara aman dan damai. Pemilihan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” sempena majlis sambutan pada kali ini sangat besar maknanya untuk kita hayati erti sebenar perpaduan dalam membina kemajuan negara. Dalam konteks peristiwa hijrah, kita dapati Rasulullah SAW telah memperlihatkan bahawa Islam amat mementingkan keamanan dan perpaduan. Ini dapat kita fahami dengan melihat kesungguhan Baginda SAW yang gigih menjalinkan hubungan sesama Islam tanpa mengira latar belakang keturunan, warna kulit dan kedudukan mereka. Kaedah ini bukan sahaja dapat menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar, bahkan berjaya membina ketamadunan ummah dalam tempoh yang singkat. Apa yang nyata, perpaduan menjadi agen yang menghasilkan perubahan kepada lanskap sesebuah negara. Rasulullah SAW menegaskan bahawa: “Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Maksud Hadis Riwayat Muslim)


11

Sehubungan itu, kita sering diingatkan agar tidak melampaui batas di dalam sesuatu perkara atau tindakan yang negatif (sifat mazmumah) seperti sangka buruk, cemburu, hasad dengki, riya’, takbur, keras kepala, tidak boleh ditegur dan seumpamanya kerana menjadi punca kepada terjejasnya perpaduan. Paling malang, umat Islam gagal bersaing dengan bangsa yang lain, terus dibelenggu perpecahan dan kehinaan.

Selaku penggerak kepada proses ini, kita perlulah sentiasa bekerja dengan istiqamah dan semangat mujahadah untuk terus melakukan yang terbaik demi agama, negara dan bangsa. Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunkan negara tercinta ini atas cinta kepada negara. Akhir kalam, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah 1436H / 2014M kali ini. Semoga rakyat dan bumi Malaysia terus aman makmur di bawah petunjuk dan rahmat Allah SWT. Sekian, wassalam. “PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada seluruh rakyat yang terus memberikan pertolongan dan sokongan kepada Kerajaan semasa negara menghadapi cabaran yang hebat. Pada hemat saya tanpa perpaduan, kita akan gagal menyelesaikan konflik yang berlaku walaupun kita mempunyai dasar dan pelan yang strategik. Perpaduan merupakan faktor utama dan penentu terhadap kejayaan proses transformasi negara.


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

12

Kata Alu-aluan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, dirafakkan jutaan kesyukuran ke hadrat-Nya kerana dengan limpah inayah dan iradah-Nya kita sekali lagi berkumpul bersempena Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M dengan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Resepi kejayaan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri antaranya adalah laungan “perpaduan” yang menjadi asas jati diri setiap warganegara Malaysia, ia juga merupakan nadi penggerak utama dalam memperkasakan bangsa Malaysia yang bebas serta bergerak seiring dalam menterjemahkan pembangunan negara dari sebuah negara yang tidak dikenali di rantau ini kepada sebuah mutiara rantau yang semakin bergemerlapan. Melalui perpaduan jugalah lahirnya kecintaan yang tidak berbelah bagi warga Malaysia terhadap negara ini.


13

Akhir kata, ucapan syabas dan tahniah khususnya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M. Semoga peralihan tahun hijrah ini menatijahkan hasil yang lebih baik untuk tahun yang akan datang. Sekian, wassalam

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B)

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Sesungguhnya kedatangan Islam merupakan satu transisi peradaban yang membawa perubahan besar terhadap kehidupan manusia yang lebih baik. Bermodalkan toleransi, sifat persefahaman dan saling menghormati dalam memenuhi hak keperluan asasi tersebut menatijahkan Perpaduan 1Ummah. Kemampuan Malaysia meneruskan kesinambungan legasi kecemerlangan tamadun ummah dijelmakan menerusi penggubalan dan pembangunan dasar serta prinsip pentadbiran negara yang dipandu berdasarkan nilai-nilai Islam sejagat selari dengan maqasid al-syariah.


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

14

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Alhamdulillah, setinggi-tingginya kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana di atas limpahan dan rahmat-Nya jua dapat kita berkumpul bagi menyambut satu peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M. Sesungguhnya sambutan yang berlatar belakang peristiwa hijrah Baginda Nabi SAW ini merupakan penanda bermulanya era baru dakwah Rasulullah SAW dan sebagai simbolik masa depan Islam yang bakal berkembang ke seluruh alam. Nikmat Islam itulah yang akhirnya bukan sahaja dinikmati oleh manusia malah seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana negara ini bukan sahaja dikurniakan dengan pelbagai nikmat dan kekayaaan hasil bumi, malah turut diberkati dengan nikmat keamanan dan keharmonian yang menjamin kesemua hasil kekayaan dan juga kemajuan ini dapat dinikmati bersama. Bagaimanapun, kita hendaklah sedar bahawa


15

keamanan ini bukan bersifat kekal bahkan menuntut usaha kita bersatu padu mencapai cita-cita dan harapan yang sama. Umat Islam pernah merasai zaman kegemilangannya sehingga berjaya membina tamadun dan budaya yang tinggi. Bagaimanapun, kemajuan yang dikecapi Islam ini sedikit demi sedikit telah ditenggelamkan oleh kemajuan tamadun Barat yang bijak beragenda dan memanfaatkan ketinggian tamadun Islam terdahulu.

Akhir kata semoga Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M ini dengan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” akan mampu memberi kesedaran kepada umat Islam untuk memperbaiki kelemahan, kesilapan dahulu dan sekarang serta kembali merenung peri penting aspek kesatuan yang berteraskan akidah dan akhlak sebenar yang menjadi cerminan ketinggian peribadi dan keunggulan tamadun Islam satu ketika dahulu. Sekian, wassalam “PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”

Dato’ Haji Othman bin Mustapha

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Perbezaan latar belakang agama dan bangsa ini tidak harus melemahkan iltizam kita untuk membina perpaduan yang kukuh. Hakikatnya terdapat negara yang berkongsi identiti bangsa, agama dan latar belakang sejarah yang sama, namun mereka tetap gagal membina perpaduan dalam kalangan mereka sendiri, malah telah diuji dengan bermacam pergolakan kerana kelekaan mereka dalam mengenal pasti unsur-unsur luar yang menghakis identiti agama dan bangsa mereka. Keunggulan identiti jiwa sebagai rakyat Malaysia mesti dikekalkan bagi menapis sebarang unsur luar yang wajar dan tidak wajar diserap khususnya dalam arus kemodenan kini.


16

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Perpaduan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersama jamaah dan janganlah kamu berpecah (keluar daripada jamaah)”. (Riwayat at-Tirmizi) Kejayaan Rasulullah SAW mengukuhkan dua sisi perpaduan iaitu dimensi sesama umat Islam dan pelbagai kabilah, merupakan model perpaduan terbaik dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara. Bahkan menerusi peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah membawa kepada satu transisi peradaban yang memacu transformasi kegemilangan tamadun manusia. Terasnya adalah kejayaan mempromosi dan melaksana prinsip penerimaan, kenegaraan dan

keadilan sosial sehingga berupaya menyusun serta mengatur landskap kehidupan masyarakat yang pelbagai dan mewujudkan konsep Unity in Diversity – perpaduan dalam kepelbagaian.

Prinsip Perpaduan - Penerimaan Fitrah alam dicipta dalam pelbagai bentuk dan ragam. Namun dalam menjamin kelestarian dan keharmonian hidup, Islam yang tegas dengan prinsipnya turut meraikan kepelbagaian tersebut kerana ia adalah anugerah daripada Maha Pencipta. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa


17 dan suku puak, supaya kamu bertaaruf dan berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…” (Surah al-Hujurat 49:13)

Piagam Madinah merupakan dokumen pertama yang menjadi asas kepada urus tadbir sebuah negara. Kejayaan Rasulullah SAW ini telah menghasilkan suasana kehidupan rakyat yang menitikberatkan hal persaudaraan dan bersatu padu menjaga negara. Dalam konteks sebuah negara berdaulat yang memiliki komuniti majmuk dan berlatar belakang rakyat pelbagai, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan merupakan punca kuasa dan rujukan terpenting dalam usaha menjamin hak-hak kepelbagaian tersebut. Selain itu, kestabilan politik dalam urus tadbir negara turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kuasa tenaga penyatuan berteraskan persefahaman, kerjasama, perundingan dan persetujuan. Pendekatan eksklusif dan inklusif yang dijadikan mekanisme dalam meraikan kepelbagaian, telah berjaya menghasilkan suasana perpaduan, saling menghormati dan bertoleransi yang menghiasi kehidupan bermasyarakat seterusnya menjadi nadi kepada perubahan yang lebih baik. Natijahnya, kesejahteraan hidup terpelihara, semangat patriotisme rakyat meningkat serta imej keselamatan dan keamanan negara dapat diperkasakan. Bersambung di muka 20

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

‘Bersatu teguh, bercerai roboh’ - begitulah pepatah yang sinonim dengan perpaduan. Menerusi firman Allah SWT di atas jelas bahawa Islam amat menekankan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama demi kepentingan bersama. Konsep taaruf dalam kemajmukan iaitu sentiasa mengikis prasangka dan salah faham serta saling menerima mampu mencerna masyarakat bernegara yang bersatu padu. Di samping itu, rakyat mestilah berusaha mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan. Sekiranya sensitiviti itu berjaya diurus dengan pertimbangan toleransi, persefahaman dan penerimaan sepenuhnya, maka ia mampu memperkukuhkan perpaduan sedia ada sehingga mampu digembleng menjadi kekuatan dan nadi kepada transformasi sebuah negara.

Prinsip Perpaduan - Kenegaraan



Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H / 2013M


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

20 Prinsip Perpaduan - Keadilan Sosial

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Islam adalah agama keadilan dan kesaksamaan. Peristiwa peletakkan ‘Hajarul al-Aswad’ membuktikan bahawa Islam membawa mesej keadilan yang menjamin kesejahteraan hidup. Pelaksanaannya juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang meliputi ekonomi, politik, sosial dan pelbagai lagi serta merentasi segenap lapisan masyarakat tanpa diskriminasi. Di samping itu, kebertanggungjawaban, penzahiran dan ketelusan serta imbangan merupakan asas nilai dan etikanya. Dalam hal ini, komitmen individu dan pemerintah sangat penting sebagai penentu kejayaan dalam usaha merealisasikan misi tersebut. Sesungguhnya masyarakat yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang melampau sehingga mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, masyarakat yang cintakan perpaduan dan keamanan adalah masyarakat yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan kelompok dan kepartian. Natijahnya, nilai integriti jadi budaya, kejayaan yang dikecapi dapat dinikmati secara bersama dan kemakmuran dapat dikongsi dengan lebih meluas.

Hakikatnya, keunikan negara Malaysia adalah kerana kemajmukannya. Kontrak sosial, latar belakang sejarah dan Perlembagaan negara perlu menjadi kerangka perpaduan dalam membina 1Ummah yang hebat dan mampu memacu tranformasi negara. Dalam mendepani cabaran global, usaha untuk melaksanakan ketiga-tiga prinsip tersebut dalam menghasilkan kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan pembangunan modal insan, seharusnya dijadikan agenda transformasi utama dan indikator kepada dimensi sebuah negara maju yang seimbang. Ia selari dengan kehendak maqasid al-syariah yang bersifat sejagat berteraskan maslahah, keadilan dan berhikmah serta mempunyai tujuan yang amat jelas. Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut integrasi, keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman terus segar. Bahkan ia dibina di atas landasan kesederhanaan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembangunan seimbang yang menatijahkan Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur (Negara yang baik dan diampuni Tuhan).


21

Pengertian logo Ma‘al Hijrah Huruf

bermakna Hijrah

Warna biru bermakna persaudaraan

Warna merah bermakna semangat pengorbanan

Warna kuning bermakna keagungan

Warna putih bermakna ďŹ trah manusia yang suci dan bersih

Huraian

P

eristiwa Rasulullah SAW bersama-sama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah sebagaimana yang dilambangkan dengan sarang labah-labah dalam logo di atas merupakan kemuncak penghijrahan kaum Muhajirin yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah tamadun manusia. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna merah. Peristiwa tersebut merupakan suatu ikatan yang memecahkan tembok bangsa, kaum, kabilah dan adat resam. Ini berwarna biru. dilambangkan dengan huruf

Pengorbanan yang besar kerana agama dan perpaduan umat Islam telah mencetuskan keagungan Islam dan umatnya yang seterusnya membawa cahaya kemajuan dan tamadun ke seluruh dunia. Ini dilambangkan dengan warna kuning yang meliputi bulatan bumi (glob).

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Bulatan melambangkan glob dunia. la dilingkari sarang labah-labah yang mengungkit peristiwa dramatik dan mendebarkan, iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah.


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

22

Atur Cara Majlis 07.00 pagi

w

Ketibaan kontinjen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

9.00 pagi

w

Ketibaan dif-dif kenamaan

9.20 pagi

w

Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman

9.25 pagi

w

Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor

9.30 pagi

w

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah

w

Lagu Negaraku

w

Bacaan doa

w

Bacaan ayat suci al-Quran

w

Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Tahun 1436H / 2014M

w

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

w

Penganugerahan Tokoh Ma‘al Hijrah Tahun 1436H / 2014M


23

11.00 pagi

Ucaptama Tokoh Ma‘al Hijrah Tahun 1436H / 2014M

w

Persembahan khas Ma‘al Hijrah

w

Lagu Negaraku

w

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Bilik Santapan

w

Santapan/Jamuan ringan

w

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis

w

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor meninggalkan majlis

w

YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman meninggalkan majlis

w

Majlis bersurai

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

w


Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah (Kebangsaan) Tahun 1435H / 2013M

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

24

YBhg. Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Hj. Zainal Abidin (B)


Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah (Antarabangsa) Tahun 1435H / 2013M

25

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

YBhg. Dr. Zakir Abdul Karim Naik


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

26


27

Lagu Tema Ma‘al Hijrah Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi Dan Umat Islam Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta Dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Ma‘al Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

28

Jawatankuasa Induk Pengerusi

Jawatankuasa Penerangan dan Seranta

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pengerusi

: Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Setiausaha

Setiausaha : Pegawai, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Sambutan VVIP, VIP dan Protokol Pengerusi

Urus Setia Induk Pengerusi

: Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pengarah, Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Pemilihan Tokoh Anugerah Ma‘al Hijrah Pengerusi

: Setiausaha Bahagian, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri

Jawatankuasa Jemputan VVIP, VIP dan Orang Awam Pengerusi

: Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

: Pengarah, Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Penglibatan Jabatan-Jabatan Kerajaan

Jawatankuasa Penerbitan Khas

Pengerusi

: Timbalan Ketua Pengarah, (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pengerusi

: Pengarah, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Perhimpunan, Persembahan Khas Dan Perjalanan Majlis

Jawatankuasa Buku Atur Cara

Pengerusi

: Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pengarah, Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pengerusi

: Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia

Setiausaha : Pegawai, Jabatan Penerangan Malaysia


29

Jawatankuasa Pengangkutan Pengerusi

: Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Jawatankuasa Penyiaran, Penyediaan Pentas dan Perhiasan Pengerusi

Setiausaha : Pegawai, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Jawatankuasa Kewangan Pengerusi

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat : Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Hadiah Dan Cenderamata Pengerusi

: Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Imam Besar Masjid Negara

Jawatankuasa Program Segmen Khas Ma‘al Hijrah Jawatankuasa Jamuan Dan Keraian Pengerusi

: Pengarah, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatankuasa Keselamatan dan Lalu Lintas Pengerusi

: Ketua Polis Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur : Ketua Polis Putrajaya, Ibu Pejabat Polis Daerah, Putrajaya

Setiausaha : Pegawai, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur : Pegawai, Ibu Pejabat Polis Daerah, Putrajaya

Pengerusi

: Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha : Pegawai, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Setiausaha : Pengarah Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pengerusi

: Pengarah, Bahagian Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


30

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

Penghargaan Istana Negara Jabatan Perdana Menteri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Polis Diraja Malaysia Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Kementerian Luar Negeri Kementerian Kesihatan Kementerian Kerja Raya Jabatan Penyiaran Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Masjid Negara, Kuala Lumpur Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Pihak Media

Serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M


31

Nota

Perpaduan Nadi Transformasi Negara


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H / 2014M

32

Nota




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.