Merdeka program 57

Page 1


Negarawan Merdeka... memerdekakan negara Mengisi kemerdekaan negara Mendukung martabat bangsa Membawa obor perjuangan Sentiasa terang tanpa padam menyinari ke persada antarabangsa Najib Abdul Razak Utusan Melayu, 1 Ogos 2007

Direkabentuk dan dicetak oleh PERCETAKAN ZAINON KASSIM SDN BHD


ATUR CARA

PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-57 31 OGOS 2014, AHAD DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

Diterbitkan oleh: Jabatan Penerangan Malaysia Untuk: Jawatankuasa Induk SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-57 TAHUN 2014



SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan)., D.K. (Pahang)., D.K. (Selangor)., D.K. (Perlis)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Terengganu)., D.K. (Perak)., D.K. (Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K.,Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM)., Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand).



SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH D.M.N., D.K., D.K.H. Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan) Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustratious Order Of Chula Chom Klao (Thailand).



Perutusan YAB PERDANA MENTERI Alhamdulillah, segala pujian dan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, lantaran dengan rahmat-Nya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara buat kali yang ke-57. Dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan dan berpandukan ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia serta rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa. Sesungguhnya, 2014 merupakan tahun yang sukar untuk kita semua. Peristiwa kehilangan pesawat MH370 dan tragedi pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh baru-baru ini, benar-benar mencabar serta menguji kematangan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Sememangnya, tragedi yang melanda ini menuntut kita untuk terus berpadu sebagai satu bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu. Ia juga menjadi satu iktibar dan pengajaran buat kita semua bahawa kemerdekaan bukanlah sekadar slogan sematamata. Laungan keramat Merdeka ini seharusnya direnungi dan dihayati sebaik mungkin. Watan ini adalah warisan untuk anak bangsa. Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita. Di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar dan di sini jugalah dengan izin Tuhan kita akan bersemadi. Keranamu MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Selamat menyambut Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Yang Ke-57.

DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia

vii


Kata Alu-aluan YB MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA Pada tahun ini, Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-57. Tema MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dipilih supaya kemerdekaan tahun ini lebih dekat dan menyentuh hati setiap rakyat Malaysia. Rasa cinta kepada negara akan mendorong kita untuk lebih menghayati erti kemerdekaan dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Pelbagai acara telah dirancang bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Bermula dengan Doa Untuk Malaysia, Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan seterusnya Karnival Minggu Merdeka serta Amanat Merdeka oleh YAB Perdana Menteri. Pada tahun ini juga kita memberikan sedikit sentuhan teknologi multimedia dalam Acara Perbarisan dan Perarakan dengan memasukkan elemen animasi Upin Ipin yang menjadi harta intelek negara sebagai daya tarikan dan medium penyampaian mesej kemerdekaan. Tenaga daripada semua pihak termasuk semua Kementerian, Jabatan dan Agensi, pihak swasta dan juga NGO telah digembleng untuk merealisasikan sambutan pada tahun ini. Kita amat berterima kasih kepada semua yang terlibat. Inilah yang kita impikan, CINTA telah menyatukan kita semua untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Penghargaan juga diberikan kepada ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Sambutan Kemerdekaan 2014 yang telah bertungkus lumus demi memastikan sambutan pada tahun ini berjalan lancar. Semoga mesej kemerdekaan ini tersebar luas dan sebarkanlah cinta kerana MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK 4

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-57


LOGO, KONSEP DAN TEMA SAMBUTAN

J

alur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. la merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Angka 57 membawa maksud Ulang Tahun Ke-57 Kemerdekaan Malaysia, sekali gus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan. Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda. Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya. Tema ‘MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

WARNA MERAH

Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta.

WARNA BIRU

Lambang penyatuan antara kaum.

dan

keharmonian

WARNA KUNING

Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berperlembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH

Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat antara pemimpin dan rakyat.

5


LAGU TEMA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-57 TAHUN 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Cinta...cinta kepada nusa Kini dan selamanya Tak berbelah bagi

Di sini lahirnya sebuah cinta Curahkan sepenuhnya Jasa dan budi kita

Cinta bergema Sejarah kebangkitan Semangat bagai pahlawan Alangkah oh bertuahnya

Segala cabaran Kita terus tempuhi Jangan ada yang leka Tetap berjuang

Kita Punya rasa yang dalam Pada pertiwi ini Kita terus berganding ke mercu

Ayuhlah berbakti Hingga akhirnya

Di sini lahirnya sebuah cinta Cinta yang semarakkan Penyatuan kita semua 6

Lagu Lirik Artis

: : :

Sharon Paul Fedtri Yahya Bob


LAGU WARISAN Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini... tersemai cita-cita Bercambah menjadi warisan Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku semaikan cinta ini Betapa Di bumi ini ku melangkah Ke utara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin...kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan Pencipta Lagu dan Lirik: Syed Haron

7


LAGU JALUR GEMILANG Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur Gemilang... di bawah naunganmu Jalur Gemilang... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur Gemilang... megah kami terasa Jalur Gemilang... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah Jalur Gemilang Pencipta Lagu dan Lirik: Datuk Suhaimi Mohd. Zain & Syed Ismail Syed Omar

8


ACARA-ACARA UTAMA SAMBUTAN Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 Tarikh

18 Ogos 2014

Masa

7.30 pagi

Lokasi

Dataran Putrajaya, Putrajaya.

Kem Kepimpinan Nusantara : Memperkasa Jaringan Serantau Tarikh

23-27 Ogos 2014

Masa

7.30 pagi

Lokasi

Hotel Shangri-La, Putrajaya.

MINGGU MERDEKA

Aset Negara Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Perkarangan Parkir Stadium Merdeka.

Perkampungan Belia dan Kerjaya Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Padang Merbok.

Perkampungan Sains, Teknologi dan Inovasi Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Laman Tuanku Abdul Rahman.

9


Perkampungan Santai Seni Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Perkarangan Hadapan Pasar Seni.

Autoshow Merdeka Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Loading Bay Stadium Negara.

Perkampungan Dunia Wanita dan Si Comel Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Laman Wakaf Buta, Jalan Masjid India.

Perkampungan Dunia Usahawan

10

Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Hadapan Hotel Starpoint dan Hadapan Kompleks Hanifah (Pameran), Kuala Lumpur.

Lokasi 2

Hadapan Madras, Jalan Bunus 5, Jalan Bunus 6 dan Sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (Jualan) Kuala Lumpur.


Laman KKMM Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

KL Sentral, Kuala Lumpur.

Memori 57 Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

PC Fair dan Jualan Boom Merdeka Tarikh

28 Ogos -1 September 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Seminar Usahawan Anak Merdeka Tarikh

28 Ogos 2014

Masa

9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi

Grand Ballroom, Primiera Hotel, Kuala Lumpur.

11


Fiesta Blog Shop Tarikh

30 dan 31 Ogos 2014

Masa

10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi

Dataran Medan Pasar dan Jalan Benteng Kuala Lumpur.

Memori Chow Kit Road 2.0 Tarikh

29 - 31 Ogos 2014

Masa

8.30 malam

Lokasi

Jalan Tunku Abdul Rahman (hadapan SOGO) Kuala Lumpur.

Amanat Merdeka Tarikh

30 Ogos 2014

Masa

8.30 malam

Lokasi

Saloma Bistro, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Perbarisan dan Perarakan Tarikh

31 Ogos 2014

Masa

8.00 pagi

Lokasi

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Malaysia 12

Tarikh

16 September 2014

Masa

8.00 malam

Lokasi

Dataran Kipas, Miri, Sarawak.


13


14


15


ATUR CARA PERBARISAN DAN PERARAKAN Sebelum 6.45 Pagi

t

Persediaan di Dataran

7.20 Pagi

t

Ketibaan Tetamu Jemputan dan Dif-dif Kehormat

7.40 Pagi

t

Pergerakan masuk Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) mengambil tempat

KOMPONEN 1 : KETIBAAN RASMI PEMBESAR NEGARA 7.50 Pagi

7.55 Pagi

8.00 Pagi

t

t

Hormat Timbalan

t

Ketibaan YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor

t

Hormat Perdana

t

t

8.05 Pagi

8.15 Pagi

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman

t

Keberangkatan tiba SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong Negaraku Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh SPB Yang di-Pertuan Agong

t

Negaraku

t

Acara menaikkan Jalur Gemilang

t

Nyanyian Negaraku

KOMPONEN 2 : JEJAK GEMILANG MERDEKA 8.20 Pagi

t

Bacaan Ikrar Segmen “Lahirnya Sebuah Cinta” (Sesi Bertafakur dan Lagu Warisan)

8.30 Pagi

t

Persembahan Legasi Kemerdekaan

KOMPONEN 3 : WARISAN PEMIMPIN 8.45 Pagi

t

Pembawa Jalur Gemilang Raksasa dan Bendera Negeri-negeri § Pembawa Bendera Besar dan Jalur Gemilang daripada penuntut Institut Kemahiran Belia Negara § Pembawa Bendera Negeri-negeri daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara

t

16

Perarakan Kontinjen i. Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan § Kontinjen Kementerian/Jabatan Kerajaan § Kontinjen PUSPANITA, BAKAT, PERKEP dan PERISMA


ii. Malaysia Sejahtera § § § § §

Kontinjen Kontinjen Kontinjen Kontinjen Kontinjen

Agensi-agensi Kerajaan Syarikat Berkaitan Kerajaan Syarikat Perbankan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Syarikat Telekomunikasi

iii. Ketenteraman Awam

§ Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen § Kontinjen

Jabatan Penjara Malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pasukan Bomba dan Penyelamat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia Smart Team, Majlis Keselamatan Negara Kementerian Kesihatan Malaysia St. John Ambulance Persatuan Bulan Sabit Merah

iv. Keselamatan Negara

10.00 Pagi

§ Kontinjen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia § Persembahan VAT 69 § Kontinjen Polis Diraja Malaysia § Kontinjen Unit K-9 § Kontinjen Berkuda § Perarakan Aset PDRM § Persembahan Army Red Warrior § Kawad Senyap TLDM § Kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia § Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia § Kontinjen Tentera Darat Diraja Malaysia § Kontinjen Para § Skuadron Istiadat Berkuda § Perarakan Aset ATM

t

Lagu-Lagu Patriotik (Medley)

t

Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat

t

SPB Yang di-Pertuan Agong menerima Tabik Hormat

t

Negaraku

KOMPONEN 4 : KEBERANGKATAN PULANG PEMBESAR NEGARA 10.05 Pagi

t

t t

t

Keberangkatan SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong meninggalkan majlis Kawalan Kehormatan Utama berjalan keluar YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor meninggalkan majlis YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Norainee binti Haji Abdul Rahman meninggalkan majlis

t

Dif-dif jemputan meninggalkan majlis

t

Majlis bersurai

17


Komponen Jejak Gemilang Merdeka Konsep ini membawa masyarakat menyusur kembali sejarah kemerdekaan negara dari zaman perjuangan menuntut kemerdekaan seterusnya menghayati usaha dan kegigihan pemimpin dan rakyat Malaysia untuk membangun, membentuk serta memajukan negara. Pada masa kini masyarakat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hasil daripada pengorbanan para pejuang terdahulu serta jasa yang disemai oleh kepimpinan terdahulu.

Segmen Legasi Kemerdekaan Memaparkan betapa peri pentingnya peranan para belia dalam memperteguhkan keharmonian dan mengekalkan keamanan negara serta menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang gejala dan anasir yang tidak sihat. Sebagai generasi penyambung warisan, para belia perlu sentiasa berusaha gigih membangunkan negara bagi memenuhi dan menjayakan aspirasi yang diperjuangkan oleh kesemua Perdana Menteri.

18


Segmen Warisan Pemimpin Perbarisan segmen ini dimulakan dengan Pembawa Bendera Besar dan Bendera Negeri-negeri disertai oleh penuntut Institut Kemahiran Belia Negara dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

Perarakan Kontinjen Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan Perbarisan kontinjen melambangkan peranan penjawat awam yang gigih merangka dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dalam setiap era kepimpinan untuk membangunkan negara.

Malaysia Sejahtera Menggambarkan konsep keamanan dan keharmonian negara yang berkembang pesat dalam pelbagai bidang dari segi pendidikan, teknologi, pertanian, industri pembuatan, pembinaan, industri berasaskan perkhidmatan, teknologi maklumat dan lain-lain melalui konsep usahasama pintar (smart partnership) sektor awam dan sektor swasta.

Ketenteraman Awam Memberi sokongan dalam mengekalkan ketenteraman negara melibatkan pasukan beruniform dan juga kontinjen pasukan medik.

Keselamatan Negara Segmen ini merupakan acara kemuncak bagi Perarakan Kontinjen iaitu perbarisan kontinjen pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perarakan Kontinjen bagi segmen ini akan turut disemarakkan dengan persembahan istimewa daripada VAT 69 daripada PDRM, persembahan Army Red Warrior dan kawad senyap daripada ATM.

19


JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2014 Pengerusi YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kewangan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan YBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Jawatankuasa Penajaan YBhg. Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Puan Ng Wan Peng Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Multimedia Jawatankuasa Publisiti dan Promosi YBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Logo Merdeka YBhg. Dato’ Adilah Shek Omar Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Jawatankuasa Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Jawatankuasa Memori Chow Kit Road 2.0 YBhg. Dato’ Norhyati Ismail Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Jawatankuasa Perarakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia YBhg. Datuk Othman Haji Mahmood Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Jawatankuasa Doa untuk Malaysia YBhg. Dato’ Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Jawatankuasa Pendokumentasian Berpusat YBrs. Dr. Megat Al-Imran Yasin Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Jawatankuasa Bahan Penerbitan YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Jawatankuasa Produk dan Barangan Promosi YBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia 20

Jawatankuasa Minggu Merdeka YBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia


Jawatankuasa Amanat Merdeka YBhg. Datuk Yong Soo Heng Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Jawatankuasa Mencipta Lagu Merdeka YBhg. Dato’ Norhyati Ismail Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Jawatankuasa Bersama Keselamatan YBhg. Dato’ Sri Mohamad Khalid bin Haji Shariff Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin Panglima Angkatan Tentera Malaysia YBhg. IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar Ketua Polis Negara Jawatankuasa Kesihatan YBhg. Datuk Farida binti Mohd. Ali Kementerian Kesihatan Malaysia Jawatankuasa Teknikal / Siar Raya YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Jawatankuasa Bersama Khalayak YBhg. Datuk Jamil bin Haji Salleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk Dr. Ong Hong Peng Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan YBhg. Dato’ Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Jawatankuasa Bersama Logistik dan Persiapan Lokasi YBhg. Datuk Seri Haji Adnan bin Haji Md Ikshan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Haji Che Mat Pengerusi Perbadanan Putrajaya YBhg. Dato’ Zohari bin Haji Akob Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Jawatankuasa Sambutan dan Protokol YBhg. Datuk Othman Haji Mahmood Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Sekretariat Merdeka YBhg. Dato’ Mohid Mohamed Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

21


JUMLAH KONTINJEN ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57 BILANGAN PESERTA BAGI SEGMEN BACAAN IKRAR DAN PERSEMBAHAN NO 1.

2.

SEGMEN Bacaan Ikrar

Legasi Kemerdekaan

AGENSI PELAKSANA Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia

PESERTA

BILANGAN

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan laungan Merdeka oleh 57 peserta pelbagai kaum terdiri daripada murid sekolah, guru, pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, agensi Kerajaan, Pasukan Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Badan Berkanun, Sektor Korporat dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

57

Murid-murid sekolah di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia.

JUMLAH PESERTA

4,832

4,889

BILANGAN KONTINJEN BAGI SEGMEN PERBARISAN DAN PERARAKAN NO.

SEGMEN

1.

Pembawa Bendera Besar dan Bendera Negeri-negeri

Kementerian Belia dan Sukan

Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan

Jabatan Perkhidmatan ยง Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Awam

2.

AGENSI PELAKSANA

ยง Penuntut Institut Kemahiran Belia Negara ยง Program Latihan Khidmat Negara

BILANGAN

114

620

PUSPANITA

22

KONTINJEN

ยง Pihak Pengurusan dan Ahli-ahli PUSPANITA, BAKAT, PERKEP dan PERISMA

500


NO. 3.

SEGMEN Malaysia Sejahtera

AGENSI PELAKSANA Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

KONTINJEN

BILANGAN

Kontinjen Terbahagi Kepada Beberapa Segmen Kecil Kepelbagaian Budaya Agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan: § Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) § Arkib Negara Malaysia § Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia § Perpustakaan Negara Malaysia Semangat Waja § 1M4U § Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) Perpaduan § Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

971

Telekomunikasi § Telekom Malaysia § Celcom § Digi § Maxis Syarikat Berkaitan Kerajaan § Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) § Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) § Tenaga Nasional Berhad (TNB) § MAYBANK 4.

5.

Ketenteraman Awam

Keselamatan

Kementerian Dalam Negeri

§ Jabatan Penjara Malaysia § Jabatan Pertahanan Awam Malaysia § Pasukan Bomba dan Penyelamat § Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) § Jabatan Kastam Diraja Malaysia § Jabatan Imigresen Malaysia § Kontinjen Smart Team, Majlis Keselamatan Negara

Kementerian Kesihatan

§ Kementerian Kesihatan Malaysia (Doktor dan Jururawat) § St. John Ambulance § Persatuan Bulan Sabit Merah

Angkatan Tentera Malaysia

§ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) § Polis Diraja Malaysia (PDRM) § Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

JUMLAH KONTINJEN *

1,300

544 500 1,790 3,020 9,359

Jumlah Keseluruhan Peserta dan Kontinjen : 14,248 23


PENGHARGAAN Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-57 Tahun 2014 merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

24


Negarawan Merdeka... memerdekakan negara Mengisi kemerdekaan negara Mendukung martabat bangsa Membawa obor perjuangan Sentiasa terang tanpa padam menyinari ke persada antarabangsa Najib Abdul Razak Utusan Melayu, 1 Ogos 2007

Direkabentuk dan dicetak oleh PERCETAKAN ZAINON KASSIM SDN BHD



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.