Nbos kdn

Page 1




STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI


KANDUNGAN Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

4

Amanat Ketua Setiausaha

5

Pengenalan

6

Kementerian Dalam Negeri Selaku Peneraju Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 1. Kepolisan Lautan Biru

26

2. Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG)

41

Penglibatan Kementerian Dalam Negeri Dalam Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 1. Komunikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

46

2. Gelombang Kedua Kepolisan Lautan Biru 3. Komunikasi bersama PDRM dan ATM

50

4. Nilai tambah tinggi pertanian di atas tanah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang tidak digunakan 5. Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood)

63

6. Volunteerism 7. Meningkatkan kualiti hidup melalui Pusat Transformasi Bandar (UTC)

73

8. Transformasi kehidupan luar bandar melalui Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) 9. Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)

84

10. Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC)

89

11. 1Malaysia Komuniti Perwani

91

12. Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC)

93

13. Malaysiaku Indah (My Beautiful Malaysia)

96

26

46 58 68 79 87


Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

M

emegang kepada Misi Nasional, tonggak utama Kementerian Dalam Negeri adalah untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara. Dalam hubungan ini, Kementerian Dalam Negeri menetapkan Visi untuk menjadi kementerian peneraju keselamatan dan keamanan dalam negeri. Manakala Misi Kementerian Dalam Negeri adalah untuk memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Bagi mencapai Misi dan Visi ini, pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan salah satu langkah yang harus diutamakan. Idea strategi ini dapat memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada dalam mencipta lonjakan pembangunan negara pada kos rendah dan hasil yang segera. Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan pelbagai program NBOS bersama kementerian dan agensi kerajaan mahupun swasta. Alhamdulillah, hasilnya bukan sahaja dapat dinikmati oleh masyarakat tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara Kementerian. Dengan adanya kerjasama yang erat, saya yakin Misi Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan keselamatan negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara dapat dicapai. Di kesempatan ini, saya merakamkan syabas dan tahniah kepada warga Kementerian Dalam Negeri dan jabatan yang komited menjayakan program-program NBOS. Saya berharap agar usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

4


Amanat Ketua Setiausaha

S

trategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan satu pendekatan dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif dan sistematik kepada negara yang mana ia dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, kos yang lebih murah dan berimpak tinggi. Ini kerana pelaksanaan ideaidea tersebut menggunakan sumber sedia ada yang terdapat di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Pendekatan NBOS juga melibatkan kerjasama strategik Kementerian Dalam Negeri dengan Kementerian Pertahanan serta agensi lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerjasama strategik ini berupaya mengeratkan kerjasama antara agensi yang terlibat dalam pelaksanaan strategi ini dan dapat dioptimumkan dalam mencapai agenda negara. Kementerian Dalam Negeri akan terus memberi komitmen dan kerjasama dengan agensiagensi lain sama ada kerajaan mahupun swasta dalam melaksanakan program-program NBOS. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada warga Kementerian Dalam Negeri dan jabatanjabatan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program serta inisiatif-inisiatif NBOS. Usaha dan kerjasama yang ditunjukkan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI ALWI BIN HJ IBRAHIM

5


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Pengenalan

Y

AB Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menekankan idea, strategi dan program kreatif dan inovatif untuk membawa Malaysia ke arah sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 yang berpendapatan tinggi dan sejahtera. Walaupun kebanyakan Negara menjana pertumbuhan ekonomi dan pendapatan tinggi sebagai matlamat utama dalam pembangunan Negara, YAB Perdana Menteri percaya bahawa dalam sesebuah Negara yang benar-benar maju, rakyat juga harus sejahtera dan makmur di samping membayar cukai yang rendah.

6

Mesyuarat Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Bagi mencapai visi nasional ini, pembangunan Negara dijana melalui cetusan idea-idea Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang memegang kepada tiga prinsip utama iaitu kos yang rendah, berimpak tinggi dan dilaksanakan segera. Justeru, peranan dan sumber setiap agensi Kerajaan dioptimumkan bagi melaksanakan program yang berkesan dalam tempoh yang singkat.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Bengkel Strategi Lautan Biru Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri dan agensi

Pengamal NBOS juga menggunakan strategi logik iaitu Nilai Inovasi (Value Innovation) yang memperhalusi sesuatu masalah berbanding mencari penyelesaian bagi menangani masalah tersebut. Strategi ini dapat menjimatkan kos dan meningkatkan nilai dengan menghapuskan usaha yang tidak berfaedah serta menawarkan perkhidmatan mengikut kehendak orang ramai. Bagi melaksanakan NBOS, kaedah Tipping Point Leadership digunapakai bagi menggerakkan sesuatu program melalui individu, perlakuan atau aktiviti yang berpengaruh. Selain itu, kaedah Fair Process adalah penting kerana orang ramai mengambil berat terhadap proses pelaksanaan sebagaimana hasilnya kelak. Melalui kaedah ini,

ia memerlukan komunikasi berkesan melalui Engagement, Explanation dan Expectation Clarity. Bagi memastikan NBOS dijadikan sebagai salah satu budaya kerja warga Kementerian Dalam Negeri dan agensinya, bengkel serta kempen kesedaran NBOS dijalankan dari semasa ke semasa. Selain itu, bagi meneliti keberkesanan dan faedah pelaksanaan inisiatif NBOS kepada masyarakat dan Negara, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) menjalankan kajian impak terhadap inisiatif-inisiatif NBOS.

7


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kajian Impak Certified Security Guard (CSG) dan rondaan bersama ATM-PDRM oleh IPSOM

Strategi Lautan Biru Kebangsaan dipacu melalui Sidang Kemuncak NBOS bagi mewujudkan persekitaran ikatan emosi di antara agensi-agensi Kerajaan. Ikatan ini adalah penting bagi meningkatkan kerjasama tanpa sempadan dalam melaksanakan program Nasional. Sidang Kemuncak NBOS yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan dihadiri oleh Prof. W. Chan Kim, penasihat Strategi Lautan Biru Kebangsaan diadakan secara berkala dengan komitmen penuh pengurusan tertinggi Kementerian-kementerian dan agensiagensi.

8


“Salah satu tumpuan dan fokus utama penjawat awam bagi memastikan Bajet 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar sejajar agenda transformasi negara ialah program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) dilaksana sepenuhnya. Seperti yang kita sedia maklum, pelaksanaan pelbagai program di bawah projek NBOS sebelum ini mendatangkan hasil yang cukup menggalakkan seperti kerjasama erat antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Maka dalam hal ini penjawat awam perlu meneruskan banyak lagi program seumpama ini supaya NBOS dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam setiap program Kerajaan agar dapat memberi impak positif dan manfaat kepada rakyat dan negara.� Perdana Menteri Malaysia

9


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Definisi Strategi Lautan Biru l

l

Matlamat Strategi Lautan Biru bukanlah untuk mengatasi persaingan tetapi menjadikan persaingan yang tidak relevan dengan mewujudkan inisiatif baru iaitu Lautan Biru.

l

Strategi Lautan Biru memberi alternatif yang sistematik serta menghasilkan

produk dan perkhidmatan yang membuka dan menawarkan ruang pasaran baru dengan lonjakan besar dalam permintaan.

Berbeza dengan Strategi Lautan Merah iaitu merujuk kepada pasaran yang

penuh persaingan sama ada dari individu atau organisasi yang menghasilkan perkhidmatan atau produk yang sama.

LAUTAN MERAH

10

LAUTAN BIRU

Bersaing di ruang pasaran semasa

Mewujudkan ruang pasaran yang tidak ditandingi

Bersaing

Bekerjasama

Mengeksploitasi permintaan sedia ada

Mewujudkan permintaan baru

Mencapai hasil setara dengan nilai

Mencapai hasil menjangkaui nilai

Menyelarikan keseluruhan sistem organisasi dengan pilihan strategik sama ada perbezaan atau kos rendah

Menyelaraskan keseluruhan sistem organisasi dengan pilihan strategik yang mempunyai perbezaan dan kos rendah


Faktor Utama Strategi Lautan Biru Kebangsaan Hasil Berimpak Besar

H

asil berimpak besar adalah merujuk kepada proses baru menyediakan perkhidmatan Kerajaan dan atau tindakan yang memberi faedah lebih banyak kepada rakyat (dari perspektif rakyat). Magnitud kesan termasuk jumlah individu yang menerima manfaat, kekerapan dan tempoh faedah (contohnya setiap hari, bagi seluruh kehidupan mereka), berpotensi untuk meningkatkan jumlah individu yang menerima kebaikan serta pengukuran manfaat atau kepentingan tersebut kepada rakyat. Hasil berimpak besar adalah salah satu atau lebih perkara seperti berikut: l

l l l

Meningkatkan pendapatan Mengurangkan kos sara hidup Meningkatkan produktiviti Meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan

Meningkatkan kemudahan dan kesenangan l Memupuk kebanggaan negara l

Perbelanjaan Minimum Perbelanjaan minimum adalah apabila sesuatu inisiatif boleh menghasilkan manfaat yang sama seperti pendekatan konvensional pada kos yang jauh lebih rendah. Selain itu, ia dapat merealisasikan penjimatan. Idea perbelanjaan minimum biasanya menggunakan sumber sepenuhnya, mengurangkan pertindihan melalui kerjasama dan mencari kaedah dan cara baru serta murah bagi memperoleh manfaat yang sama atau lebih. Dalam beberapa kes, idea-idea ini juga menemui kaedah untuk menjana pendapatan atau kos pelaksanaan berterusan yang rendah. Juga terdapat kos bukan kewangan contohnya kos sosial dan alam sekitar seperti projek-projek yang secara tidak sengaja membawa kepada ketidakharmonian sosial dan mewujudkan pencemaran.

11


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

“Kerja tambahan tidak seharusnya bermakna perlu ada penambahan bajet atau jumlah kakitangan sebaliknya strategi harus menjadi pedoman bagi mengurangkan tenaga kerja dengan menghapuskan apa yang tidak perlu, sekaligus mewujudkan peluang baru dan menambah bidang baru untuk diceburi.� Perdana Menteri Malaysia

12


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Pelaksanaan Segera Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan dilaksanakan segera dan manfaat diperoleh tidak lebih 3-6 bulan selepas inisiatif diluluskan bagi memastikan kesan maksimum. Ini adalah kerana pelaksanaan yang lambat boleh menyebabkan kos yang tidak perlu, di mana sumber tidak digunakan sepenuhnya atau disekat dalam prosedur birokratik. Rakyat juga tidak akan menerima sebarang manfaat daripada inisiatif sehingga ianya dilaksanakan. Kepantasan pelaksanaan inisiatif perlu dinilai dengan membandingkan-nya dengan menyampaikan perkhidmatan konvensional iaitu menggunakan prosedur birokratik sedia ada, proses perolehan, pinjaman dan lain-lain. Di samping itu, terdapat beberapa halangan yang boleh melambatkan pelaksanaan. Contohnya termasuk kekangan daripada Kementerian dan agensi lain untuk berkongsi sumber atau kekurangan kerjasama daripada negeri dan Kerajaan Tempatan. Kebanyakan halangan ini boleh dijangkakan terlebih dahulu dan perlu diteliti dalam merangka inisiatif.

13


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN STRATEGI LAUTAN

Konsep Strategi Lautan Biru

BIRU KEBANGSAAN

P

rof. W. Chan Kim dan Renee Mauborgne memperkenalkan dan mengolah konsep Strategi Lautan Biru dalam buku “Blue Ocean Strategy: How to Create Uncontested Market Space and Make the Competition Irrelevant” yang diterbitkan oleh Harvard Business School. Buku ini dihasilkan berasaskan kajian ke atas 150 inisiatif strategik dalam masa lebih 100 tahun (1800–2000) dan melibatkan 30 industri diperluaskan kepada Badan Bukan Kerajaan, sektor awam di pelbagai Negara. Jualan buku Blue Ocean Strategy laris di peringkat antarabangsa dengan jualannya mencecah lebih 2 juta naskhah dan diterbitkan dalam 42 bahasa. Kajian Strategi Lautan Biru telah mengiktiraf beliau sebagai pemenang Anugerah Strategi 2011 Thinkers 50. Prof. W. Chan Kim yang lahir di Korea adalah pengasas bersama dan pengarah bersama INSEAD Blue Ocean Strategy Institute. Sebelum itu, beliau merupakan profesor di University of Michigan Business School, Amerika Syarikat. Beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah dan penasihat bagi beberapa syarikat multinasional di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Pasifik selain ahli penasihat Kesatuan Union dan penasihat di beberapa buah Negara lain.

Beberapa Kaedah Strategi Lautan Biru yang diaplikasikan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan l l l l l

l

14

Inovasi Nilai (Value Innovation) 4 Rangka Tindakan (4 Actions Framework) 6 Prinsip (6 Principles) 4 Kekangan Pelaksanaan (4 Hurdles to Execution) Kepimpinan Titik Pengubah (Tipping Point Leadership) Proses Kesaksamaan (Fair Process)


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Inovasi Nilai Asas kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru adalah apabila sesebuah organisasi berjaya mencapai Inovasi Nilai (Value Innovation). Ia terhasil apabila tindakan organisasi secara positif mempengaruhi struktur kos iaitu berjaya menurunkan kos pengeluaran dan meningkatkan nilai hasil secara serentak.

meningkatkan (raise) dan mewujudkan (create) elemen-elemen baru yang belum pernah ditawarkan dalam pasaran. Tindakan ini dinamakan Inovasi Nilai kerana organisasi tidak akan fokus kepada persaingan tetapi fokus menjadikan persaingan itu tidak relevan.

Penurunan kos dilakukan dengan menghapuskan (eliminate) dan mengurangkan (reduce) faktor-faktor yang menjadi punca persaingan dalam organisasi khususnya. Manakala nilai hasil ditingkatkan dengan

Menghapuskan

KOS

Mengurangkan

INOVASI NILAI Meningkatkan Mewujudkan

NILAI 15


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

“Strategi Lautan Biru menyokong agenda utama Kerajaan melalui pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada 2 aspek, iaitu mencari rumusan kreatif dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah� Perdana Menteri Malaysia

16


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

4 Rangka Tindakan Elemen penting untuk mencorakkan nilai pengurusan yang baru adalah dengan mengaplikasikan 4 Rangka Tindakan (4 Actions Framework) iaitu menghapuskan, mengurangkan, mewujudkan dan menambah peluang.

4

1

Menghapuskan (Eliminate)

Mengurangkan (Reduce)

Pembaziran proses, kos atau tindakan melampau ke paras minima tetapi tugas masih boleh dilaksanakan.

NILAI BARU

Mewujudkan (Create)

2

Permintaan dengan menerokai sumber atau produk baru

Proses, kos atau tindakan yang tidak membawa kebaikan atau kepentingan.

Meningkatkan (Raise)

Nilai hasil atau produk melebihi kehendak pengguna.

3 17


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

“Penjawat awam disaran menerapkan 4 elemen penting Strategi Lautan Biru iaitu ‘kurangkan, hapuskan, wujudkan dan menambah peluang’ ketika melaksanakan tugas.” Perdana Menteri Malaysia

18


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

6 Prinsip 6 Prinsip (6 Principles) utama dalam mengolah formula dan melaksanakan Strategi Lautan Biru dengan meminimakan risiko dan memaksimakan peluang secara sistematik. Panduan ini mengenalpasti kaedah sistematik bagi mencipta peluang tanpa persaingan, proses perancangan strategik dan meluaskan capaian Lautan Biru.

PRINSIP FORMULA

4 Prinsip

1

Membina semula sempadan pasaran

2

Melihat perspektif secara menyeluruh

Risiko Perancangan

3

Melangkaui permintaan sedia ada

Risiko Ukuran

4

Merangka strategi terbaik

Risiko Model Perniagaan

5

Mengatasi rintangan organisasi

Risiko Organisasi

6

Membina perancangan kepada strategi

utama mengolah formula Strategi Lautan Biru

2 Prinsip utama dalam menangani risiko Strategi Lautan Biru

RISIKO FORMULA Risiko Penelitian

Risiko Pengurusan

19


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

4 Kekangan

Pelaksanaan

Kekangan sentiasa wujud dalam melaksanakan strategi kepada tindakan. 4 Kekangan Pelaksanaan (4 Hurdles to Execution) iaitu kekangan kognitif, sumber, motivasi dan politik.

KOGNITIF

1

2

Penetapan matlamat dan tindakan dipengaruhi kehendak politik

Menggerakkan pemikiran dan sikap kakitangan untuk melaksanakan perancangan

MOTIVASI

SUMBER

Lebih banyak strategi dirangka, dianggap lebih banyak sumber diperlukan 20

POLITIK

3

4

Meningkatkan motivasi untuk bertindak pantas dansanggup untuk berubah dari keadaan semasa (status quo).


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

“Strategi Lautan Biru melibatkan pemikiran di luar kebiasaan dengan mengaplikasikan cara-cara yang kreatif dan inovatif, tetapi dalam masa yang sama dengan kos yang minimum, berimpak besar dan dapat dilaksanakan dengan segera. Bagi mencapai strategi lautan biru ini, ia perlu bebas daripada kongkongan mentaliti ‘silo’.” Ketua Setiausaha Negara

21


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kepimpinan Fokus Keutamaan Orangdan Ramai Kaedah pengurusan konvensional adalah tertumpu untuk menggerakkan memaklumkan ramai pihak. Kaedah ini menggunakan sumber yang tinggi dan turut mengambil jangkamasa yang panjang.

Orang Ramai

Manakala, Kepimpinan Titik Pengubah (Tipping Point Leadership) mengfokuskan kepada mengenalpasti individu atau organisasi utama yang dapat mengubah dan meyakinkan orang lain. Kaedah ini lebih berkesan dan dapat menjimatkan kos dalam mendapatkan kerjasama ramai pihak.

Individu / Organisasi Berpengaruh

Individu / Organisasi Berpengaruh Individu / Organisasi Berpengaruh

22

Individu / Organisasi Berpengaruh


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Proses Kesaksamaan

P

roses Kesaksamaan (Fair Process) adalah kaedah pengurusan dalam melaksanakan prosedur yang adil dalam merangka dan melaksanakan keputusan strategik. Proses Kesaksamaan memberi inspirasi kepada penjawat awam untuk bekerjasama secara sukarela dan berusaha melampaui tugas semasa dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru. Pelaksanaan sebarang

visi strategik bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pegawai dan kakitangan organisasi. Namun, komitmen tidak boleh dipaksa: kuku besi hanya menyebabkan kerjasama diwajibkan. Proses Kesaksamaan memberi inspirasi kepada penjawat awam menggunakan sepenuh tenaga dan usaha dalam melaksanakan strategi yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.

3 elemen yang menentukan Proses Kesaksamaan: Penglibatan (Engagement)

Penjelasan (Explanation)

Penjelasan Jangkaan (Expectation Clarity)

melibatkan semua pegawai dan kakitangan dalam merangka strategi.

Penjelasan Penglibatan Penjelasan Jangkaan (Engagement) (Explanation) memberi kefahaman dan menjelaskan pelan dan rasional keputusan yang diambil setelah mengambilkira (Expectation dan mempertimbangkan pendapat semua pegawai dan kakitangan. Clarity)

setelah strategi diputuskan, pihak pengurusan akan menetapkan dan menjelaskan peraturan baru. Pegawai dan kakitangan perlu faham dan jelas tindakan mereka agar objektif strategi dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam Proses Kesaksamaan, sikap, tingkah laku dan usaha individu yang positif adalah gabungan dinamik dalam mencapai matlamat Lautan Biru.

Penglibatan (Engagement)

Penjelasan (Explanation)

Penjelasan Jangkaan (Expectation Clarity)

SIKAP

Percaya dan komited “Saya rasa pandangan saya diambilkira”

TINGKAH LAKU

Kerjasama secara sukarela “Saya akan berusaha lebih daripada yang ditugaskan”

USAHA

Melebihi jangkaan – memulakan usaha sendiri

23

SIKAP


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Struktur Kebangsaan

P

rogram Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan beberapa program transformasi lain seperti dunia digital, sosial dan masyarakat merupakan usaha kohesif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang harmoni dan progresif.

7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

24

Strategi Lautan Biru Kebangsaan - 7 Inisiatif

12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)

Bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara maju berpendapatan tinggi tercapai, program-program transformasi ini dipacu menggunakan kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Strategi ini menggunakan sumber dari sektor Kerajaan mahu pun sektor swasta sama ada sedia ada ataupun belum diterokai, agar matlamat Negara dicapai dengan kos yang minimum, berimpak besar dan dilaksanakan dengan segera.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Inisiatif Berterusan Kerajaan Malaysia secara rasminya mengaplikasikan Strategi Lautan Biru Kebangsaan pada tahun 2009 dengan memperkenalkan beberapa inisiatif dan strategi baru. Sehingga kini, lebih 60 inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy – NBOS) telah diperkenalkan. Bermula November 2009, fokus Kerajaan adalah untuk meningkatkan keselamatan dalam negara menggunakan usaha dan kerjasama perlbagai agensi Kerajaan. Inisiatif seterusnya yang bermula pada tahun 2010 merupakan pendekatan holistik untuk mempercepatkan pembangunan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Manakala mulai 2012, inisiatif untuk membangunkan

dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar serta mewujudkan rangkaian perniagaan strategik di antara kawasan bandar dan luar bandar telah diperkenalkan. Inisiatif seterusnya menjurus kepada langkah untuk mewujudkan kejiranan dan masyarakat penyayang serta melibatkan masyarakat secara aktif demi kemakmuran negara. Inisiatif-inisiatif NBOS semasa diperluaskan agar lebih ramai pihak mendapat manfaat daripada kebaikan yang dibawa melalui NBOS.

Dis 2013 Jun 2013 Nov 2012 Jun 2012 Apr 2012 Nov 2011 Mei 2011 Nov 2010 Mei 2010 Nov 2009

1 Penjawat awam mengambil alih tugas di kaunter pentadbiran supaya anggota polis kembali kepada tugas rondaan.

2 Kolaborasi antara pihak polis dan tentera untuk memerangi jenayah.

3 Mengguna kan tenaga ATM untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar.

4 Mengubah kehidupan luar bandar melalui Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

5 Mempercepatkan transformasi luar bandar melalui pengembangan RTC dan mini RTC ke seluruh negara.

6 Mengubah masyarakat di seluruh negara melalui Program Transformasi Komuniti (CTP).

7 Meningkatkan kejiranan dan pembentukan komuniti melalui kerjasama kreatif.

8 Meningkatkan usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan agar lebih ramai pihak mendapat manfaat.

9 Menggalak ekonomi melalui keusahawanan

10

2014 & 2015

Mendekati isu-isu utama Rakyat melalui aktiviti ekonomi & sukarelawan

25


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kementerian Dalam Negeri Selaku Peneraju Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 1. Kepolisan Lautan Biru (Blue Ocean Policing)

P

olis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Blue Ocean Policing bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan orang awam. Melalui Blue Ocean Policing, PDRM meluaskan usaha Kepolisan Beruniform dan Kepolisan Awam dengan melibatkan kerjasama pelbagai sektor Kerajaan mahupun swasta.

26


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Anggota polis menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson dan Royal Malaysia Naval Academy (PULAREK) KD Sultan Ismail, Johor

Penjawat awam mengambil alih tugas perkeranian bagi membolehkan lebih ramai anggota polis bertugas di lapangan

27


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

28


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Bekas anggota tentera tamat menjalani latihan kepolisan dalam usaha menambah bilangan anggota polis

29


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Anggota polis, tentera, RELA, JPAM, pihak berkuasa tempatan dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) menjalankan rondaan keselamatan secara bersama

30


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

31


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Anggota polis memakai jaket keselamatan LED supaya lebih mudah dikenalpasti oleh orang awam

32

Kereta peronda polis dilengkapi Integrated Light and Sound Systems (ILSS) bagi meningkatkan kehadiran polis


Pelancaran program Go-To Safety Points bersama 7-Eleven

Pelancaran program Go-To Safety Points bersama Pos Malaysia

33


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Pelancaran program Go-To Safety Points bersama Petron

Usahasama PDRM dan MyTeksi dalam mencegah jenayah

34


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

35


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Pegawai kanan polis wanita dilantik sebagai Amanita dalam usaha menggalakkan golongan wanita terutamanya suri rumah sebagai rakan polis

36


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

37


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

38


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

39


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Mengadakan hubung jalin bersama Persatuan Bank bagi memerangi jenayah baru.

40


2. Pengawal Keselamatan Bertauliah (Certified Security Guards-CSG) Kementerian Dalam Negeri menjalankan inisiatif Certified Security Guards (CSG) dalam usaha mewujudkan pengawal keselamatan berkualiti tinggi, terlatih serta diiktiraf oleh pihak polis.

Majlis Tamat Program Latihan CSG disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor

41


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Majlis Tamat Program Latihan CSG disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor

42


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

43


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Sesi perbincangan CSG bersama Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) dan Persatuan Keselamatan Profesional Asia (APSA)

44


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Bengkel Pelaksanaan CSG Kementerian Dalam Negeri bersama pelbagai agensi Kerajaan, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) dan Persatuan Keselamatan Profesional Asia (APSA)

45


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Penglibatan Kementerian Dalam Negeri Dalam Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 1. Komunikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Kementerian Dalam Negeri dan agensinya menyokong pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan menghebahkan maklumat kepada warganya di seluruh negara.

Edaran Risalah dan Tayangan Video GST di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri

46


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Sesi Training of Trainers GST oleh pegawai KDN dan agensi mengikut zon di seluruh negara

47


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Sesi taklimat GST kepada pengurusan tertinggi agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri

48 Sesi taklimat GST bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri dan agensi


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

49


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

2. Gelombang Kedua Kepolisan Lautan Biru (Second Wave Blue Ocean Policing)

Perasmian CRP di Kem Mahkota Kluang, Johor

Jabatan Penjara Malaysia (PriDe) meningkatkan usaha pemulihan dengan menjalankan program Pusat Pemulihan Pemasyarakatan atau Community Rehabilitation Program (CRP)di kem-kem tentera. Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan rakyat.

50


Perasmian CRP di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan

51


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Perasmian CRP di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang

Perasmian CRP di Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Alor Setar, Kedah

52


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

53 Aktiviti pemulihan banduan di kem-kem tentera melalui Program Pemulihan Pemasyarakatan (CRP)


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Pasukan Gerakan Am (PGA) ditugaskan di kawasan bandar bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan hot spot dengan kawalan sempadan diambil alih oleh Angkatan Tentera Malaysia.

54


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

55


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Majlis Penutup Kursus Penataran Jurulatih Program Remaja Berwawasan

Aktiviti program remaja berwawasan oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

56


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Kerjasama antara komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkata Tentera Malaysia (ATM) dan Persatuan Penduduk dalam Program Rondaan Awam, Polis dan Tentera (RAPAT)

57


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

3. Komunikasi bersama PDRM dan ATM (Joint Communication Between PDRM and ATM) Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjayakan program-program Strategi Lautan Biru Kebangsaan berjaya mengeratkan usahasama di antara agensi ini dalam memelihara keselamatan

58

dalam negara dengan segera dan kos yang minima. Justeru, Komunikasi Bersama PDRM dan ATM memaparkan usaha dan komitmen agensi tersebut dalam menjayakan program-program Strategi Lautan Biru Kebangsaan.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Program Kerjasama diantara Polis dan Tentera diperingkat komuniti tempatan

59


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Community Outreach Days on Effective Execution of NBOS Initiatives

60


Nationally Televised Joint Award Ceremony for Those Involved in Lahad Datu

61


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Special Documentary on ATM/ PDRM Collaboration

62


YAB Perdana Menteri memetik buah Rock Melon semasa Majlis Pelancaran NBOS Projek Nilai Tambah Tinggi Pertanian di Atas Tanah AADK di Tapak Projek Pertanian Berteknologi Tinggi, Sepang

4. Nilai tambah tinggi pertanian di atas tanah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang tidak digunakan

Projek nilai tambah tinggi pertanian di atas tanah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dilaksanakan bagi memberi latihan kemahiran kepada penghuni di Institusi Pemulihan Dadah. Ia merupakan salah satu komponen utama dalam program pemulihan untuk merawat dan memulihkan penagih dadah melalui konsep ‘work therapy’. Selain memberi pendedahan kepada teknik-teknik pengurusan perniagaan berasaskan pertanian, projek ini juga mampu memberi kemahiran dan asas pertanian dibawah bimbingan khidmat nasihat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tanaman sayuran di Klinik ‘Cure & Care’ 1Malaysia, Dengkil

63


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Jualan hasil tanaman klien dan kakitangan Klinik Cure & Care 1Malaysia, Dengkil

64


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Tanaman nanas dan sayuran di Pusat Pemulihan Cure & Care Jelebu, Negeri Sembilan

65 Tanaman secara fertigasi di Klinik Cure & Care 1Malaysia Karangan, Kedah


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Tanaman kelapa sawit dan ternakan lembu di Pusat Pemulihan Cure & Care Muar, Johor

66


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Tanaman kelapa sawit dan ternakan ikan keli serta kambing di Pusat Pemulihan Cure & Care Gambang, Pahang

67


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

5. Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood-MyBN)

68

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengetuai beberapa program gotong royong di seluruh negara bagi mengeratkan komuniti dalam usaha mencegah jenayah di kawasan perumahan kos rendah. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama penduduk, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi Kerajaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga komited menjalankan rondaan di kawasan perumahan yang telah dibaik pulih dibawah program My Beautiful Malaysia.

Kawalan keselamatan di kawasan penduduk di perketat dengan rondaan anggota polis di kawasan yang terlibat.


Perasmian program gotong royong di Rumah Pangsa Kinta Heights, Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah, Ipoh, Perak

Sesi dialog bersama penduduk Rumah Pangsa Kinta Heights, Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah, Ipoh, Perak

69


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kaunter informasi pelbagai agensi Kerajaan dibuka kepada orang ramai semasa program gotong-royong NBOS

70

Persembahan oleh anak-anak penduduk Rumah Pangsa Alor Akar, Kuantan, Pahang semasa program gotong royong NBOS


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Aktiviti membersihkan kawasan di RPA Taman Santan 2, Perlis

Aktiviti membersihkan kawasan di Pangsapuri Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

Aktiviti mengecat di Flat Taman Mulia, Cheras, Kuala Lumpur

71


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Aktiviti membersihkan kawasan di Rumah Panjang Ensengei Sungai Buloh, Asajaya, Sarawak

72

Program pengindahan Pantai Klebang, Melaka bersama sukarelawan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

6. Volunteerism

Kementerian Dalam Negeri bersama Setiausaha Kerajaan Sabah dan Sarawak mengetuai program menanam pokok bagi mempamerkan semangat mesra alam serta mengeratkan komuniti dalam membanteras jenayah. Program ini dijayakan oleh pelbagai agensi Kerajaan, persatuan penduduk dan Badan Bukan Kerajan (NGO).

Aktiviti senaman semasa program menanam pokok di Taman Kenari, Kemuyang, Sibu, Sarawak

Aktiviti menanam pokok oleh penduduk Taman Kenari, Kemuyang, Sibu, Sarawak

Melepaskan anak ikan semasa sambutan Hari Sungai Sedunia di Sungai Moyog, Penampang, Sabah

73


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Perasmian menanam pokok di sepanjang Sungai Moyog, Penampang, Sabah

Persembahan oleh sukarelawan 1M4U semasa sambutan Hari Sungai Sedunia di Sungai Moyog, Penampang, Sabah

74


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

YB Tan Sri Benard Dompok bersama sukarelawan Community-Led Environmental Awareness for Our River (CLEAR) dan penduduk tempatan

New Sabah Times 1 Oktober 2012

The Borneo Post 30 September 2012

75


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Program Bakti RELA di Politeknik Seberang Perai

76


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan Bakti RELA Malaysia di Lubok Antu, Sarawak.

77


78


7. Meningkatkan kualiti hidup melalui Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centres-UTC)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) beroperasi di Urban Transformation Centres (UTC)Â bagi memastikan rakyat mendapat pelbagai perkhidmatan Kerajaan di bawah satu bumbung.

79


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

80


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

81


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

82


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Kunjungan YAB Perdana Menteri ke JPN UTC Pudu, Kuala Lumpur untuk permohonan cabutan sijil kelahiran

83


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

8. Transformasi kehidupan luar bandar melalui Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centres - RTC)

84

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merupakan antara agensi Kementerian Dalam Negeri yang beroperasi di Rural Transformation Centres (RTC). Ia merupakan pemacu dan pelengkap kepada Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang bertujuan untuk mempercepatkan peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

UTUSAN MALAYSIA 26 APRIL 2012

85


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

UTUSAN MALAYSIA 1 NOVEMBER 2012

86


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

9. Pusat Latihan 1Malaysia (1Malaysia Training Centre - 1MTC)

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai pusat-pusat latihan untuk digunapakai oleh agensi Kerajaan mahupun swasta di bawah inisiatif 1Malaysia Training Centre (1MTC).

87


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kemudahan dan aktiviti Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah

88


10. Pusat Panggilan 1Malaysia (1Malaysia One Call Centre-1MOCC)

Kementerian Dalam Negeri dan agensinya boleh dihubungi melalui 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) yang menyediakan kemudahan komunikasi perkhidmatan Kerajaan secara berpusat dengan satu nombor telefon iaitu 03-8000 8000. Pusat ini beroperasi 24 jam setiap hari termasuk cuti umum. Ia membolehkan rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan melalui mana-mana saluran komunikasi sama ada telefon, khidmat pesanan ringkas, faks, emel dan media sosial.

89


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

90


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

11. 1Malaysia Komuniti Perwani

Kementerian Dalam Negeri dan agensinya menyokong usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam melaksanakan inisiatif 1Malaysia Komuniti Perwani. Ia bertujuan

untuk mewujudkan jaringan kumpulan kecil wanita di seluruh negara bagi meningkatkan keselamatan kejiranan dan menggalakkan transformasi komuniti tempatan.

91


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Kementerian Dalam Negeri dan agensi turut menjayakan program Purple Walk pada 17 Mac 2013

Kaunter informasi Kementerian Dalam Negeri dan agensi turut dibuka semasa program Purple Walk

92


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

12. Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile Community Transformation CentreMobile CTC)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan dan pameran secara bergerak melalui inisiatif Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC). Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan oleh Kementerian Kewangan untuk memberi perkhidmatan pelbagai agensi Kerajaan secara bergerak.

YAB Perdana Menteri merasmikan inisiatif Mobile CTC

93


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Bas bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui kad pengenalan

94

Kaunter informasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut dibuka semasa konvoi Mobile CTC


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Bas pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semasa konvoi Mobile CTC

95


Aktiviti mengindahkan kawasan sempena Malaysiaku Indah

13. Malaysiaku Indah (My Beautiful Malaysia)

96

Kementerian Dalam Negeri dan agensinya bersamasama mengindahkan 390 lokasi pelancongan di seluruh Negara pada 3 Februari 2013 sempena memulakan Tahun Kesukarelaan pada tahun 2013. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan gelombang semangat patriotisme dan kesukarelaan di kalangan masyarakat.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

97


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

98


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

99


STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Akronim

100

1MOCC

1 Malaysia One Call Centre

Mobile CTC

Mobile Community Transformation Centre

1MTC

1 Malaysia Training Centre

MyBN

My Beautiful Neighbourhood

AADK

Agensi Antidadah Kebangsaan

NBOS

National Blue Ocean Strategy

APSA

Persatuan Keselamatan Profesional Asia

PDRM

Polis Diraja Malaysia

ATM

Angkatan Tentera Malaysia

PGA

Pasukan Gerakan Am

CLEAR

Community-Led Environmental Awareness for Our River

PPKKM

Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia

CRP

Program Pemulihan Pemasyarakatan

PriDe

Jabatan Penjara Malaysia

CSG

Certified Security Guard

RAPAT

Rondaan Awam, Polis dan Tentera

GST

Cukai Barang dan Perkhidmatan

RELA

Jabatan Sukarelawan Malaysia

IPSOM

Institut Keselamatan Awam Malaysia

RTC

Rural Transformation Centres

JIM

Jabatan Imigresen Malaysia

RTP

Program Transformasi Luar Bandar

JPAM

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

SRS

Skim Rondaan Sukarela

JPN

Jabatan Pendaftaran Negara

UTC

Urban Transformation Centres

MAMPU

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.