Nouvelles7

Page 1

JPAM Perak

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

BIL 1 / 2014

Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2013

Majlis Penyerahan Kenderaan JPAM Perak 2014

ms

5

Operasi Memadam Kebakaran di Sungai Samak

ms

12

Kursus Asas Pertahanan Awam JPAM Larut Matang & Selama

ms

20


Sekapur Sirih

Sidang Redaksi PENAUNG

• Kol (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman

PENASIHAT

• Lt. Kol (PA) Mohd Bukhori Bin Mat Sidik • En.Nordin Bin Shariff

KETUA PENGARANG

• Lt. (PA) Norazlan Bin Turiman

PENGARANG • Semua PPAD dan PPAU PNPA Perak

URUSETIA TERBITAN

• SM (PA) Muhammad Hafiz Bin Abdullah • L/KPL (PA) Kamarzaman Bin Kassim • PBT (PA) Mohamad Akhmaluddin Bin Mohd Noor Hassan Ashari

Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman Pengarah JPAM Negeri Perak Darul Ridzuan

A

ssalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia, Salam 1 JPAM dan Salam Perak Aman Jaya. Saya berasa amat berbangga dan bersyukur, akhirnya tahun 2013 melabuhkan tirainya dan

JPAM Perak telah berjaya mengharungi cabaran tahun 2013 dengan jayanya. Saya mengucapkan sekalung tahniah dan ribuan terima

S

idang Redaksi Nouvelles JPAM Perak menjemput pegawai, kakitangan serta anggota Pertahanan Awam Perak untuk menyumbang bahan artikel, penulisan ilmiah dan lain-lain yang sesuai untuk dimuatkan di dalam Nouvelles JPAM Perak ini. Penyumbang karya hendaklah menyertakan nama dan alamat dengan jelas supaya mudah untuk dihubungi. Semua rencana, artikel dan bahan tulisan yang terdapat di dalam Nouvelles JPAM Perak ini adalah pandangan, pendapat dan buah fikiran penulis semata-mata dan bukannya pendapat atau pandangan rasmi Jabatan.

Alamatkan karya anda kepada: Ketua Pengarang Nouvelles JPAM Perak Cawangan Perhubungan Awam PNPA Perak

kasih kepada semua pegawai dan anggota JPAM Perak yang telah bertungkus-lumus siang dan malam, tidak kira hujan dan panas, bagi menjayakan program-program yang telah diadakan. Komitmen dan usaha semua pihak adalah menjadi teras bagi memantapkan lagi JPAM Perak khasnya insyaAllah. Selamat tahun baru 2014. Wassalam

KANDUNGAN Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2013

1

Latihan Asas Renang & Menyelamat di Air JPAM Perak Siri 1/2014

14

Majlis Penyerahan Kenderaan JPAM Perak 2014

5

Sekitar OPS Mencari dan Menyelamat di Hutan Bubu JPAM Daerah Kuala Kangsar

15

Ex–Pangkor 2014

6

Bas Jatuh Gaung

16

Kejohanan Bola Sepak JPAM Negeri Perak Piala Y.B Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohd Radzi 8 Kursus Asas Siri 1/ 2014 Daerah Batang Padang Dan Hilir Perak Kursus Asas JPAM Daerah Kinta dan Kampar Siri 1/2014

9

Majlis Ramah Mesra Komandan Bersama Pelajar Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA),

18

10

Latihan Orang Awam PDPA Hilir Perak Di Ladang Sime Darby

19

Kursus Asas Pertahanan Awam JPAM Larut Matang & Selama

20

Latihan Medan UiTM Seri Iskandar Bersama JPAM Daerah Kinta

21

Keratan Akhbar

22

Ex-Kenyir 2014

23

Latihan Mingguan Gabungan JPAM Daerah Kuala Kangsar, Larut Matang Selama dan Kerian 11 Operasi Memadam Kebakaran di Sungai Samak

Lawatan Sambil Belajar JPAM Negeri Perak Ke JPAM Pulau Pinang 17

12

Latihan Luar Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Universiti Islam Kuala Kangsar 13


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2013

Meriah‌Ketibaan Y.s Ketua Pengarah JPAM,Dato’ Sulaiman Bin Keling disambut dengan paluan kompang

B

ertempat di Dewan Banquet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, JPAM Perak telah mengadakan Malam Anugerah JPAM Perak 2013 pada 21.02.2014 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Sulaiman Bin Haji Keling, Ketua Pengarah JPAM. Majlis ini diadakan khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan oleh pihak pengurusan JPAM Perak kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang serta telah memberikan sumbangan untuk merealisasikan aspirasi jabatan dan kerajaan keseluruhanya. Sebanyak 30 Kategori Anugerah yang telah dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memenanginya. Bersambung di muka 4... Nouvelles | JPAM PERAK

3


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Ucapan Majlis Perasmian oleh Dato Ketua Pengarah JPAM

SM(PA) Mohd Fazly Bin zawawi memenangi anugerah Pegawai Tetap Skim KP Paling cemerlang‌Tahniah

Anugerah Rakan media JPAM Perak dimenangi oleh Sinar Harian

4

Nouvelles | JPAM PERAK

Dato’ Ahamad Bin Pakeh Adam Menerima Anugerah Khas JPAM Perak Tahun 2013

Mejar Bersekutu (PA) Abdul Latif Lim Bin Abdullah memenangi Anugerah Pegawai Bersekutu Paling Dedikasi

Anugerah Rakan Strategik JPAM Perak dimenangi oleh Pejabat Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Majlis Penyerahan Kenderaan JPAM Perak 2014

P

ada 11.02.2014 yang lalu, JPAM Perak telah mengadakan Majlis Penyerahan Kenderaan yang telah diadakan di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kinta. Majlis penyerahan kenderaan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak, Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman. Sebanyak 3 buah ambulans diserahkan kepada Pejabat Pertahanan Awam Daerah kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Bersambung di muka 6...

Nouvelles | JPAM PERAK

5


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Ucapan perasmian oleh Pengarah JPAM Perak Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman

ex–pangkor 2014

J

PAM Negeri Perak telah mengadakan satu eksesais yang menguji fizikal dan mental serta kemahiran para pegawai dan anggota JPAM Perak. Eksesais ini telah diadakan bertempat di kem Desa Rimba, Pulau Pangkor pada 10 hingga 13.03.2014 yang lalu. Seramai 40 orang pegawai termasuk pegawai Bersekutu serta 150 orang anggota terlibat dalam eksesais selama 3 hari 2 malam ini. Eksesais ini dijalankan secara kumpulankumpulan yang kemudian dipecahkan menjadi

6

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

kumpulan kecil, seterusnya setiap kumpulan perlu menempuh cabaran dan halangan seperti jalan lasak sejauh 40 kilometer, pandu arah sejauh 30 kilometer, simulasi menyelamat aras tinggi, serta latihan perairan dan kemahiran membaca peta dan penggunaan GPS.

hubungan antara pegawai dan anggota JPAM Perak khasnya. Majlis perasmian penutup eksesais ini telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak.

Objektif eksesais ini diadakan adalah untuk menguji fizikal dan mental serta kemahiran para pegawai dan anggota JPAM Perak disamping melatih dalam menjalankan tugas -tugas operasi. Selain itu, eksesais ini juga dapat membentuk serta mengukuhkan semangat kerja dalam pasukan serta mengukuhkan

Nouvelles | JPAM PERAK

7


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Kejohanan Bola Sepak JPAM Negeri Perak Piala Y.B Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohd Radzi

P

ada 15.02.2014 yang lalu, Bertempat di Padang Majlis Daerah Kampar, JPAM Daerah Kampar telah menjadi tuan rumah bagi menganjurkan kejohanan edisi sulung Piala Y. B Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohd Radzi, ADUN Tualang Sekah. Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab sukan Dan Rekreasi JPAM Perak (KERIS). Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari bin Haji Sulaiman, Pengarah JPAM Perak. Sebanyak 10 pasukan bolasepak dari daerah-daerah bertanding secara ‘kalah mati’ dan

pada sebelah petangnya, Majlis perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Y.B Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohd Radzi serta penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang bertanding. JPAM Kampar telah muncul juara setelah menewaskan pasukan JPAM Kerian di final dengan jaringan 2 – 0 .

Tahniah kepada Pasukan JPAM Kampar

8

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Kursus Asas Siri 1/ 2014 Daerah Batang Padang Dan Hilir Perak

P

ada 26 hingga 28/2/2014 yang lalu JPAM Daerah Batang Padang telah bekerjasama dengan JPAM Hilir Perak telah menjayakan kursus asas sukarelawan siri 1/ 2014 yang bertempat di pusat kokurikulum daerah Batang Padang Sungai Klah Sungkai. Majlis taklimat kursus asas siri 1 telah di sampaikan oleh pegawai pertahanan daerah Batang Padang. Seramai 6 orang jurulatih dan 108 orang anggota baru telah menyertai kursus ini. Antara

aktiviti yang telah diadakan sepanjang kursus ini ialah pengenalan JPAM, kawad kaki, pertolongan cemas dan melawan kebakaran. Objektif kursus ini di adakan untuk mendedahkan ilmu-ilmu pertahanan awam serta mengeratkan hubungan di kalangan anggota baru. Majlis perasmian penutup kursus asas siri 1/ 2014 ini telah di sempurnakan oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perak, Kol .(PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman.

Nouvelles | JPAM PERAK

9


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Kursus Asas JPAM Daerah Kinta dan Kampar Siri 1/2014

P

ada 28.02.2014 hingga 2.03.2014 yang lalu, JPAM Daerah Kinta dan Kampar telah bekerjasama mengadakan kursus asas untuk anggota baru JPAM. Seramai 10 orang jurulatih dan 140 orang anggota baru terlibat dalam kursus ini. Setiap anggota baru JPAM wajib menjalani kursus asas ini bagi mendalami fungsi, peranan dan mempelajari ilmu dan kemahiran-kemahiran asas Pertahanan Awam. Antara latihan yang telah diadakan seperti Perawatan awal, Asas melawan kebakaran, asas ikatan dan simpulan, kemahiran kawad kaki serta kemahiran menyelamat. Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman, Pengarah JPAM Negeri Perak.

10

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Latihan Mingguan Gabungan JPAM Daerah Kuala Kangsar, Larut Matang Selama dan Kerian

Latihan ‘water confident’ di tebing sg.Perak

L

atihan ini telah diadakan pada 9.02.2014 bertempat di tebing sungai Perak, Sayong, Kuala Kangsar. Seramai 10 orang pegawai dan 120 orang anggota JPAM terlibat dalam latihan ini. Antara aktiviti dan pengisian latihan ini adalah latihan melawan kebakaran dan latihan water confident. Objektif latihan secara gabungan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim serta meningkatkan tahap kemahiran pegawai dan anggota yang terlibat.

Nouvelles | JPAM PERAK

11


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Operasi Memadam Kebakaran di Sungai Samak

Anggota JPAM dan BOMBA bertungkus lumus memadam kebakaran

P

ada 3.02.2014 yang lalu, JPAM Daerah Hilir Perak telah terlibat membantu JBPM Hutan Melintang memadam kebakaran di ladang sawit di Sungai Samak, Hilir Perak. Seramai 5 orang anggota JPAM Daerah Hilir Perak terlibat dalam operasi ini.

12

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Latihan Luar Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Universiti Islam Kuala Kangsar

J

PAM Daerah Kuala Kangsar serta PISPA KUISAS telah mengadakan latihan luar bertempat di Kem Rekreasi Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Kangsar. Latihan ini telah diadakan pada 28.02.204 hingga 2.03.2014. Seramai 70 orang anggota PISPA KUISAS terlibat dalam latihan ini. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi latihan praktikal di luar selain latihan teori yang telah diadakan, selain itu ianya juga dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan.

Nouvelles | JPAM PERAK

13


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Lensa JPAM Perak

Latihan Asas Renang & Menyelamat di Air JPAM Perak Siri 1/2014

14

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Lensa JPAM Perak

Sekitar OPS Mencari dan Menyelamat di Hutan Bubu JPAM Daerah Kuala Kangsar

Nouvelles | JPAM PERAK

15


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

! g n u a G h u Bas Jat

P

ada 17.03.2014 yang lalu,JPAM Daerah Kinta Dan Kampar terlibat dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter yang berlaku di kilometer 301.5 lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Hentian Rehat Gua Tempurung. Seramai 3 orang pegawai dan 24 orang anggota JPAM terlibat operasi ini. Antara agensi lain yang terlibat dalam operasi ini adalah PDRM, BOMBA Dan JPJ.

16

Nouvelles | JPAM PERAK

SM(PA) Rayner Saimon (Ketua Operasi) ketika siadang media.


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Lawatan Sambil Belajar

JPAM Negeri Perak Ke JPAM Pulau Pinang

P

ada 14 hingga 16.03.2014 yang lalu, JPAM Negeri Perak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke JPAM Pulau Pinang. Seramai 25 orang pegawai dan anggota terlibat dalam lawatan sambil belajar ini. Antara tempat yang dilawati adalah Pusat Kawalan Operasi JPAM Pulau Pinang. Selain mengadakan lawatan sambil belajar, antara aktiviti lain yang diadakan adalah pertandingan bowling berpasukan antara JPAM Perak dan JPAM Pulau Pinang. Tidak ketinggalan juga diadakan

pertandingan acara badminton dan futsal. Objektif mengadakan program ini adalah untuk mendapatkan info-info mengenai gerak dan cara kerja Pusat kawalan Operasi JPAM Pulau Pinang yang telah beroperasi menggunakan aplikasi Sistem MERS Sepenuhnya. Selain itu, lawatan ini juga dapat merapatkan hubungan antara pegawai JPAM Negeri Perak dan Pulau Pinang.

Nouvelles | JPAM PERAK

17


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Majlis Ramah Mesra Komandan Bersama Pelajar Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

PPj Kehormat (PA) Prof Dato’ D.r Noraini Bt Idris memberi amanat kepada warga SISPA UPSI

P

ada 23 Februari 2014 (Ahad), jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kampus Sultan Abdul Jalil (KSAJ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak telah diadakan Majlis Ramah Mesra Komandan Bersama Pelajar Kor SISPA UPSI. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Tetap Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) dan JPAM Negeri Perak, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Kor SISPA UPSI serta 185 pelajar Kor SISPA UPSI yang terdiri daripada Semester 2 dan Semester 4. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, PPj. (PA) Roslan Bin Wahab dan Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN) Perak, Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman. Tujuan majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Komandan Kor SISPA UPSI iaitu PPj. Kehormat (PA) Prof. Dato’ Dr. Noraini Binti Idris (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi) kepada para pelajar. Di dalam majlis ini juga, para pelajar turut membuat persembahan im4u. Pelajar juga turut memberikan pelbagai cadangan dan pendapat untuk memantapkan lagi Kor SISPA UPSI.

18

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Lensa JPAM Perak

Latihan Orang Awam PDPA Hilir Perak Di Ladang Sime Darby

Nouvelles | JPAM PERAK

19


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Kursus Asas Pertahanan Awam JPAM Larut Matang & Selama

P

ada 14 hingga 16.02.2014 yang lalu, JPAM Larut Matang & Selama telah mengadakan kursus asas Pertahanan Awam untuk anggota baru. Seramai 8 orang jurulatih dan 109 orang pelatih terlibat dalam kursus ini. Kursus asas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada anggota baru tentang peranan JPAM dan memberi

20

Nouvelles | JPAM PERAK

latihan kemahiran asas kepada para peserta. Antara kemahiran asas yang diadakan adalah Asas kawad kaki, Asas melawan kebakaran, Asas menyelamat dan Perawatan awal. Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perak.


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Latihan Medan UiTM Seri Iskandar Bersama JPAM Daerah Kinta

P

ada 7-9.03 yang lalu, JPAM Kinta telah mengadakan latihan medan untuk pelajar UiTM Seri Iskandar. Latihan ini telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Kenas, Manong, Perak Seramai 80 orang pelajar telah menyertai latihan ini. Seramai 7 orang jurulatih Daripada JPAM Daerah Kinta terlibat dalam menjayakan latihan ini. Antara silibus latihan yang telah diadakan ialah latihan asas menyelamat dan kemahiran menyelamat aras tinggi. Antara objektif diadakan latihan ini ialah memberi pendedahan kemahiran praktikal kepada para pelajar mengenai kemahiran menyelamat di lapangan yang melibatkan pembelajaran secara teori dan praktikal. Selain itu, ianya dapat membentuk sahsiah para pelajar yang mempuyai daya kepimpinan serta mengelakkan dari para pelajar terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.

Nouvelles | JPAM PERAK

21


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

Keratan Akhbar

22

Nouvelles | JPAM PERAK


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak

2014

P

ada 7 hingga 9.04.2014 yang lalu, JPAM Negeri Perak telah mengadakan latihan pengendalian bot dan latihan menyelamat di air dan telah diadakan bertempat di Tasik Kenyir, Terengganu. Seramai 40 orang pegawai JPAM Negeri Perak telah menyertai latihan ini. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran para pegawai JPAM Perak.

Nouvelles | JPAM PERAK

23


Info Keselamatan

J

erebu ialah fenomena atmosfera debu, asap dan lain-lain zarah yang tercemar terampai di udara kering. Keadaan ini akan menurunkan tahap kebersihan udara dan juga jarak penglihatan. Jika keadaan seperti ini berterusan dalam satu jangkamasa yang lama, kesihatan kita boleh terjejas dangan teruk.

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

IPU

STATUS

0-50

Baik

51-100

Sederhana

101-200

Tidak Sihat

201-300

Sangat Tidak Sihat

301-500

Berbahaya

PUNCA-PUNCA JEREBU Punca utama jerebu akibat daripada: • Pembakaran Secara Terbuka. • Asap Dari Kilang. • Asap Dari Kenderaan.

TANDA-TANDA PENYAKIT YANG BERPUNCA DARIPADA JEREBU • • • • • •

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Mata terasa pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Terasa sakit dada.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:•

• • • • • • • • • •

Pesakit yang mengalami penyakit seperti selsema, bronchitis, asma, sakit mata, jantung atau penyakit paru-paru kronik perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mendapati tahap penyakit semakin kritikal. Golongan yang berisiko tinggi perlu mengambil ubatan yang disyorkan oleh doktor. Beriadah bersama keluarga di rumah dan kurangkan kegiatan di luar rumah. Digalakkan kerap mandi. Membasuh muka dan bahagian kulit dengan air bersih. Hidupkan alat hawa dingin kenderaan semasa memandu. Minum air dalam kuantiti yang banyak. Perokok tidak merokok jika tahap IPU melebihi 100. Berkongsi kenderaan atau gunakan kenderaan awam. Patuhi arahan pihak berkuasa. Golongan yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di kawasan bebas jerebu sekiranya tahap IPU meningkat ke paras bahaya. Kunjungi Kami di:

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERAK Aras 1, Kompleks KDN, Persiaran Meru Utama, 30200 Ipoh Tel : 05-528 8030 | 528 8031 | 528 8023 Faks : 05-527 6801


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.