JPAM Perak
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
BIL 3 / 2013
JPAM Perak NAIB JOHAN
Anugerah Inovasi Pertahanan Awam 2013
Program Semarak Ukhuwah dan Jalinan Hubungan JPAM ms Perak Bersama Komuniti
5
EX-DINGIN
ms
8
Latihan Simulasi Antara ms Agensi Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama
20
Sekapur Sirih
Sidang Redaksi PENAUNG
• Kol (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman
PENASIHAT
• Mej (PA) Mohd Bukhori Bin Mat Sidik • En. Nordin Bin Shariff
KETUA PENGARANG
• Lt. (PA) Kamarulsyah Bin Muslim
PENGARANG • Semua PPAD dan PPAU PNPA Perak
URUSETIA TERBITAN • SM (PA) Muhammad Hafiz Bin Abdullah • L/Kpl (PA) Kamarzaman Bin Kassim • PBT (PA) Mohamad Akhmaluddin Bin Mohd Noor Hassan Ashari
S
idang Redaksi Nouvelles JPAM Perak menjemput pegawai, kakitangan serta anggota Pertahanan Awam Perak untuk menyumbang bahan artikel, penulisan ilmiah dan lain-lain yang sesuai untuk dimuatkan di dalam Nouvelles JPAM Perak ini. Penyumbang karya hendaklah menyertakan nama dan alamat dengan jelas supaya mudah untuk dihubungi. Semua rencana, artikel dan bahan tulisan yang terdapat di dalam Nouvelles JPAM Perak ini adalah pandangan, pendapat dan buah fikiran penulis semata-mata dan bukannya pendapat atau pandangan rasmi Jabatan.
Alamatkan karya anda kepada: Ketua Pengarang Nouvelles JPAM Perak Cawangan Perhubungan Awam PNPA Perak
Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman Pengarah JPAM Negeri Perak Darul Ridzuan
A
ssalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia, Salam 1 JPAM dan Salam Perak Aman Jaya. Alhamdulilah, JPAM Negeri Perak telah berjaya menempuh cabaran dan halangan di pertengahan tahun 2013 ini dengan jayanya. Oleh yang demikian saya berharap agar semua warga JPAM Perak dapat mempertingkatkan lagi prestasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan serta tahap profesionalisme khasnya serta tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana atau sebarang ancaman. Wassalam
KANDUNGAN JPAM Perak Menjadi Naib Johan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam 2013
1
Program Semarak Ukhuwah dan Jalinan Hubungan JPAM Perak Bersama Komuniti
5
EX – DINGIN 2013
8
Negeri Perak Tahun 2013 Mengikut Daerah
24
Statistik Pengambilan Anggota Baru JPAM Negeri Perak Mengikut Kategori (Utama, Sokongan dan Institusi)
24 25 28
10
Latihan Bersama JPAM Daerah Batang Padang dan JPAM Daerah Kampar
Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan (LKAMK)
11
Ceramah Kerjaya Di PLKN Desa Rimba
12
Program Awalan Kesedaran Keselamatan (PROKSPA)
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
13
Aktiviti Riadah - Lensa JPAM Perak
14
Latihan Mingguan PISPA Kolej Poly-Tech Mara Ipoh (KPTM)
15
Karnival Sukan JPAM Kinta 2013
16
Majlis Korban Perdana JPAM Perak 2013
Kursus Asas Pertahanan Awam JPAM Daerah Manjung Siri 2/2013
17
EX-OBETOVAT
18
Operasi Ribut di Selama
19
Latihan Simulasi Antara Agensi Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama
20
Laporan Pelan Tindakan Strategik JPAM Negeri Perak Bagi Tahun 2013
22
Pengambilan Anggota Sukarelawan Baru Pertahanan Awam (ASPA)
22
Statistik Pengambilan Anggota Baru JPAM
Program Kadet Pertahanan Awam (KAPA) 29 Latihan Kemahiran Pertahanan Awam Untuk Lepasan Menengah (Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) 30 Eksesais Peringkat Negeri
32
Eksesais Bersama Agensi Lain
33
Program Bersama Komuniti Outreach JPAM Perak 2013
34
Laporan Tahunan Mers 999 Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
35
Laporan Tahunan Bencana Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
39
Laporan Tahunan Menara Baywatch Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
42
Laporan Tahunan Ops Bantu VI Tahun Baru Cina Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
44
Laporan Tahunan Ops Bantu VII Hari Raya Aidilfitri Tahunan Bagi Jan–Dis 2013 45
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
JPAM Perak Menjadi Naib Johan
Anugerah Inovasi Pertahanan Awam 2013
J
PAM Perak menjadi naib johan dalam pertandingan Inovasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 2013. Pertandingan ini telah diadakan pada 21 hingga 23.10.2013 bertempat di Akademi
Latihan Pertahanan Awam Malaysia,Bangi. Dengan tema projek “Mengatasi Masalah Kos Tidak Efektif Dalam Penyediaan Sajian Semasa Latihan Asas”. Tahniah diucapakan kepada pasukan KIK JPAM Perak.
Pasukan KIK JPAM Perak bergambar kenangan bersama Dato’ Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri serta ketua Pengarah JPAM, Dato’ Sulaiman Bin Haji Keling
Bersambung di muka 4... Nouvelles | JPAM PERAK
3
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Mej.(PA) Mohd Bukhori Bin Mat Sidik, Timbalan Pengarah JPAM Perak memberi penerangan ringkas kepada Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Sulaiman Bin Haji Keling.
SM(PA) Sophian Bin Ismail (Ketua Kumpulan) bersama SM (PA) Siti Sarah Bt Abd Rahim ketika membentangkan projek kepada panel juri
4
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Program Semarak Ukhuwah dan
Jalinan Hubungan JPAM Perak Bersama Komuniti
Ahli Dewan Undangan Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya memberi ucapan Majlis Perasmian Penutup Program Semarak Ukhuwah
P
rogram Semarak Ukhuwah Dan Jalinan Hubungan JPAM Perak Bersama Komuniti Setempat telah diadakan pada 15 hingga 16.11.2013 bertempat di Masjid Al – Khairiah dan padang awam Selekoh,Bagan Datoh. Majlis Perasmian program ini telah dirasmikan oleh Kol.(PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak. Pada
program ini aktiviti yang telah diadakan ialah Kuliah Maghrib yang bertajuk “Kesukarelaan Berlandaskan Mengikut Perspektif Islam” yang telah diadakan bertempat di Masjid Al – Khairiah selepas solat maghrib. Keesokan harinya, program ini diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti serta pengisian yang telah dirancang seperti Gerai Pameran JPAM, Pendaftaran Anggota Sukarelawan Baru, pemeriksaan kesihatan
Majlis tahlil bersama ahli kariah Kg.Selekoh selepas majlis perasmian pembukaan program
Bersambung di muka 6... Nouvelles | JPAM PERAK
5
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
sambungan dari muka 5...
Program Semarak Ukhuwah..sambungan
secara percuma untuk komuniti setempat serta demonstrasi latihan kesiapsiagaan awam Menghadapi Kecemasan. Selain itu, diadakan juga sukan rakyat bagi memeriahkan lagi program ini bagi menarik minat masyarakat setempat hadir ke program ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menarik minat masyarakat menyertai JPAM serta memberi info – info terkini JPAM kepada masyarakat secara turun padang mendekati masyarakat setempat. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, masyarakat dapat mengetahui
6
Nouvelles | JPAM PERAK
perkhidmatan JPAM dengan lebih tepat dan lebih mesra rakyat. Selain itu, diadakan juga program gotong – royong serta outreach JPAM Perak bersama komuniti yang terpilih. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Bahagian Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya mewakili Ahli Parlimen Bagan Datoh, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Sekitar aktiviti yang diadakan pada Program Semarak Ukhuwah Dan Jalinan Hubungan JPAM Perak Bersama Komuniti Di Kg. Selekoh, Bagan Datoh, Perak.
Nouvelles | JPAM PERAK
7
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
EX – DINGIN 2013
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perak, Kol. (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman ketika majlis perasmian penutup latihan.
J
PAM Negeri Perak telah mengadakan satu latihan berkonsepkan fizikal dan mental serta menguji kemampuan para anggota JPAM Perak. Latihan ini telah diadakan bertempat di hutan simpan Gunung Berembun, Cameron Highland, Pahang. Latihan ini telah diadakan pada 17 – 19.09.2013. Seramai 30 orang pegawai dan 100 orang anggota JPAM Perak terlibat dalam latihan ini. Para pegawai dan anggota dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mengadakan simulasi operasi menyelamat di hutan mengikut perintah tetap operasi JPAM dan dipantau oleh para pegawai dan jurulatih.
8
Nouvelles | JPAM PERAK
Selain itu juga,para anggota dilatih dan didedahkan dengan kemahiran menggunakan GPS serta membaca peta dan kompas. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pegawai dan anggota JPAM Perak mengenai kemahiran menyelamat di hutan mengikut perintah tetap operasi JPAM. Selain itu, latihan ini dapat mengeratkan hubungan antara pegawai dan anggota serta memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Majlis perasmian penutup latihan ini telah disempurnakan oleh Kol.(PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman,Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Latihan Pandu arah pada waktu malam
Latihan kecergasan yang menguji fizikal dan mental anggota JPAM
Latihan mencari dan menyelamat
Nouvelles | JPAM PERAK
9
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Majlis Korban Perdana JPAM Perak 2013
B
ertempat di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kinta, JPAM Perak telah mengadakan program ibadah korban pada 18.10.2013. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan. Pada majlis ini, pegawai dan anggota JPAM Perak bergotongroyong menyembelih, melapah dan mengedarkan daging korban dan memasak bersama-sama. Selain mengadakan ibadah korban, majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara pegawai dan anggota JPAM Perak dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
10
Nouvelles | JPAM PERAK
Para pegawai dan anggota JPAM Perak bergotong-royong menyembelih dan memotong daging
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Latihan Bersama JPAM Daerah
Batang Padang dan JPAM Daerah Kampar
Membuat pondok seminggu untuk latihan ikhtiar Hidup
U
ntuk menjadi seorang penyelamat yang terbaik, seseorang penyelamat mestilah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas serta berilmu. Oleh yang demikian, pihak pengurusan JPAM Daerah Kampar dan Batang Padang telah mengadakan satu latihan gabungan yang menguji ketahanan fizikal dan mental para anggota kedua-dua daerah tersebut. Latihan ini telah diadakan pada 12-13.10.2013 yang lalu, bertempat di hutan berhampiran kampung Bermin, Tapah, Perak. Seramai 2 orang pegawai serta 54 orang anggota terlibat dalam latihan ini. Antara
Jalan Lasak sejauh 15 kilometer
pengisian latihan ini adalah para anggota perlu dikehendaki berjalan lasak sejauh 15 kilometer, ikhtiar hidup selama 2 hari, membuat pondok untuk bermalam serta diajar mengenai teknik apungan di air serta membuat pelampung dengan menggunakan barangan terbuang serta ponco yang telah disediakan oleh jabatan. Objektif mengadakan latihan ini adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada para anggota serta mengeratkan hubungan dikalangan anggota kedua-dua daerah.
Nouvelles | JPAM PERAK
11
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Ceramah Kerjaya Di PLKN Desa Rimba
P
ada 10.10.2013 yang lalu, JPAM Kuala Kangsar telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bertempat di Kem PLKN Desa Rimba, Sauk. Seramai 300 orang pelatih PLKN terlibat dalam program ini. Antara pengisian dalam ceramah ini adalah memberi maklumat tentang Pengenalan Pertahanan Awam,
12
Nouvelles | JPAM PERAK
sejarah dan maklumat korporat JPAM. Objektif pihak pengurusan Kem PLKN mengadakan program ini adalah untuk mendedahkan para pelatih mengenai perkhidmatan JPAM serta peranan dan menarik minat para pelatih untuk menjadi sukarelawan Pertahanan Awam.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Melentur Buluh Biarlah Dari
Rebungnya
P
rogram PROKSPA Tabika Perpaduan Datuk Setia Teluk Intan Diadakan Pada 2.10.2013. Seramai 35 Orang Murid terlibat. Antara aktiviti di jalankan adalah :• Pengenalan Talian Kecemasan 999 • Mewarna
Program Awalan Kesedaran Keselamatan Pertahanan Awam bertujuan mendidik kanakkanak mengenai keselamatan
Nouvelles | JPAM PERAK
13
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Aktiviti Riadah
14
Nouvelles | JPAM PERAK
Lensa JPAM Perak
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Latihan Mingguan PISPA Kolej Poly-Tech Mara Ipoh (KPTM)
Latihan Melawan Kebakaran Kecil
P
ada 5.10.2013 yang lalu, Pasukan Institusi Pertahanan Awam Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh telah mengadakan latihan mingguan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kinta. Seramai 115 orang pelajar terlibat dalam latihan ini. Aktiviti latihan yang telah diadakan adalah seperti latihan Memadam Kebakaran api kecil, latihan Ikatan dan Simpulan serta latihan Perawatan Awal. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar PISPA dengan ilmu kemahiran Pertahanan Awam.
Nouvelles | JPAM PERAK
15
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Karnival Sukan JPAM Kinta 2013
16
Nouvelles | JPAM PERAK
Lensa JPAM Perak
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Kursus Asas Pertahanan Awam
JPAM Daerah Manjung Siri 2/2013
K
ursus Asas JPAM Daerah Manjung telah diadakan pada 14 hingga 15.10.2013 bertempat di SMK Ambrose, Ayer Tawar.
Seramai 68 orang anggota baru JPAM telah menghadiri kursus ini. Setiap anggota baru JPAM wajib menjalani kursus asas ini bagi mendalami fungsi, peranan dan mempelajari ilmu dan kemahirankemahiran Pertahanan Awam. Antara latihan yang diadakan seperti Perawatan Awal, Asas Melawan Kebakaran, Asas Ikatan dan Simpulan, Kemahiran Kawad Kaki serta Kemahiran Menyelamat Kecemasan.
Latihan praktikal menguji pengusung
Nouvelles | JPAM PERAK
17
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
P
ada 24-26.11.2013 yang lalu, bertempat di Hutan Lipur Ulu Kenas,Kuala Kangsar JPAM Daerah Larut Matang & Selama dengan kerjasama JPAM Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan satu latihan yang disertai seramai 50 orang anggota. Latihan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk menguji tahap kemahiran anggota di samping melatih dalam menjalankan tugas-tugas operasi. Selain itu latihan ini juga dapat menilai tahap kesiapsiagaan Pegawai dan anggota yang terlibat serta mengukuhkan hubungan silaturahim. Perkataan obetovat bermaksud pengorbanan dalam bahasa czech.
18
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Operasi Ribut di Selama
P
ada 19.11.2013 JPAM Daerah Larut Matang & Selama telah terima 1 panggilan dari JPAM Unit Selama memohon bantuan anggota dan logistik bagi menangani 1 kes ribut di Kg. Sungai Rambutan Selama. Menurut sumber melaporkan kejadian ribut tersebut adalah pertama kali berlaku di kampung itu yang mana telah menyebabkan hampir 20 buah rumah megalami kerosakan.
Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. JPAM Daerah Larut Matang & Selama dengan kekuatan 10 anggota bergerak ke tempat kejadian dan berjaya membersihkan 3 buah rumah yang rosak dihempap pokok tumbang. Agensi lain yang turut terlibat dalam operasi ini adalah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta Majlis Perbandaran Selama.
Nouvelles | JPAM PERAK
19
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Latihan Simulasi Antara Agensi
Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama
L
atihan simulasi yang dianjurkan oleh pihak Hospital Taiping dengan kerjasama Pejabat Daerah Larut, Matang Dan Selama pada 28 November 2013 bermula jam 9.00 pagi di Bukit Larut, Taiping. Sinopsis kejadian simulasi yang mana seramai 50 pelajar Kolej Sains Perubatan Bersekutu Ulu Kinta telah menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di kaki Bukit Larut, Taiping. Orang awam yang menyedari kejadian tersebut telah menghubungi talian 999. Pihak polis mengesahkan menerima panggilan kejadian tersebut jam 9.48 pagi.
20
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Ekoran kejadian itu, sepasukan pihak POLIS, BOMBA, HOSPITAL, JPAM dan pihak berkuasa tempatan berkejar ke tempat kejadian dan membuka PKTK bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Hasil tinjauan awal pasukan menyelamat didapati ada mangsa tertimbus dan dihempap pokok yang mana 5 mangsa maut dan 31 mangsa mengalami kecederaan yang kritikal dan separa kritikal. Manakala 14 mangsa lagi cedera ringan.
Tujuan latihan simulasi ini adalah untuk menguji dan mengukur tahap kerjasama semua agensi apabila berlaku sesuatu bencana. Di samping itu juga simulasi ini bertujuan untuk menilai tahap kecekapan anggotaanggota menyelamat dan pengurusan bencana. Latihan tamat pada jam 12.00 tengah hari.
JPAM yang diketuai oleh Lt.(PA) Faizulhalimi Mohd Yunus bersama 35 anggota penyelamat dan pertolongan cemas telah digerakkan ke tempat kejadian apabila menerima panggilan pada jam 9.50 pagi. Turut serta dalam latihan simulasi ini ialah JPAM Kerian dan JPAM Kuala Kangsar yang mana masingmasing menghantar bantuan 3 anggota dan sebuah ambulans.
Nouvelles | JPAM PERAK
21
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Laporan Pelan Tindakan Strategik JPAM Negeri Perak Bagi Tahun 2013
Program Perancangan Strategik dan Sub Program Perancangan Strategik [Sasaran Kerta Tahunan (Skt)] Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak Januari - 20 Disember 2013 1: KESELAMAT AN 1.2
1
KINTA : A
14
317
894
60
32 kali / 6,495 orang 8 kali / 2,561 orang
2
LMS : A
7
188
1,870
60
51 kali / 2,717 orang
3
K.KANGSAR : B
8
155
661
0
12 kali / 5,108 orang 7 kali / 1,810 orang
4
KAMPAR : B
37
605
172
0
5
HULU PERAK : B
0
80
813
0
6
BTG PDG : A
0
352
695
150
7
MANJUNG : B
8
13
410
0
8
KERIAN : B
0
355
401
0
9
HILIR PERAK : C
4
50
481
0
10
PRK TENGAH : C
0
JUMLAH
511
152
60
2,626
6,525
330
9,481
5 kali / 837 orang
11 kali / 1,415 orang
5 kali / 1,230 orang
Demonstrasi (12 kali)
Pameran (12 kali)
Latihan Kemahiran Pertahanan Awam Untuk Lepasan Menengah (SISPA & PISPA) (1 SISPA = 1 IPT x 3 pl. x 33 org. = 99 org.) (1 PISPA = 1 PISPA x 1 pl. x 33 org. = 33 org.) SISPA
3.2
3.3
Perkhidmatan Operasi Bencana dan Khidmat Kemanusiaan JPAM (100%)
Ceramah (40 kali / 10,000 orang)
3.1
Perkhidmatan Pasukan Penyelamat Pantai JPAM (100%)
Latihan Orang Awam (100 kali / 7,200 orang)
2.6
Perkhidmatan Kecemasan MERS999 (100%)
Institusi (30%)
2.5
Eksesais Peringkat Negeri ( 2 Kali )
Sokongan (50%)
2.4 Program Kadet Pertahanan Awam (KAPA) (Sediada = 1 pl. x 33 org. = 33 org.) (Baru = 10 pl. x 33 org. = 330 org.)
Utama (20%)
Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan (LKAMK)
DAERAH
2.3 Program Awalan Kesedaran Keselamatan (Tadika & Sekolah Rendah) (6,000 orang)
2.2
Pengambilan Anggota Sukarela Baru Pertahanan Awam (8,400 orang)
2.1
NKRA
BIL.
3 : PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
2 : KOMUNITI
PISPA
3
9
3 kali / 981 org
2
SEDIA ADA
SEDIA ADA
-
0
1
4
5 kali / 1,033 org
3
0
SEDIA ADA
-
1
3
8
5 kali / 560 org
1
0
SEDIA ADA
-
0
5
10
4 kali / 477 org
1
0
0
-
0
-
0
-
0
15 kali / 1,553 orang 4 kali / 750 orang
4
4
9 kali / 1,410 org
1
0
0
5 kali / 1,663 orang 9 kali / 2,938 orang
6
4
7 kali / 872 org
1
SEDIA ADA
SEDIA ADA
2 Kali / 170 Org
6 kali / 1,419 orang
2
3
3 kali / 285 org
1
0
SEDIA ADA
100
2
20 kali / 1,633 orang 2 kali / 1,023 orang
1
1
1 kali / 46 org
1
0
SEDIA ADA
-
0
8 kali / 1,441 orang
5
7
20 kali / 670 org
2
0
0
-
0
7 kali / 2,020 orang 5 kali / 1,880 orang
7
7
10 kali / 2,264 org
0
0
SEDIA ADA (1), BARU (1)
-
1
37 Kali
57 Kali
70 kali / 8,598 orang
13
0
7
100
4
4 kali / 98 orang
4 kali / 692 orang
155 kali / 22,816 orang
65 kali / 16,467 orang
2 Kali / 170 Org
Pengambilan Anggota Sukarelawan Baru Pertahanan Awam (ASPA)
P
ada tahun 2013, JPAM Perak telah diberi mandat dan kepercayaan oleh pihak Pengurusan Tertinggi JPAM untuk mengambil dan melatih seramai 8400 orang Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) baru. Terdapat 3 kategori utama iaitu terdiri daripada Kumpulan Utama, Sokongan & Institusi. Oleh yang demikian, dengan pelbagai program yang telah diadakan JPAM Perak telah berjaya mencapai sasaran iaitu seramai 9481 orang anggota baru telah diambil dan didaftarkan sebagai anggota sukarelawan Pertahanan Awam.
22
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Nouvelles | JPAM PERAK
23
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Statistik Pengambilan Anggota Baru JPAM Negeri Perak Tahun 2013 Mengikut Daerah
Perak Tengah Hilir Perak Manjung Kerian
Hulu Perak
4%
6%
Kinta
8%
13%
8%
2013
9%
22%
Larut Matang & Selama
Daerah
8% Kampar
9%
Kuala Kangsar
Bil. Orang (Ahli baru)
Kinta Larut Matang & Selama Batang Padang Kuala Kangsar Kampar Hulu Perak Kerian Manjung Hilir Perak Perak Tengah
13%
Batang Padang
1271 2118 1197 816 777 893 756 423 531 723
Statistik Pengambilan Anggota Baru JPAM Negeri Perak Mengikut Kategori (Utama, Sokongan dan Institusi)
Institusi 330 orang 3%
69%
Sokongan 6,526 orang
24
Nouvelles | JPAM PERAK
2013
28%
Utama 2,626 orang
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan (LKAMK)
J
PAM Perak telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 100 kali (7200 orang). Latihan telah diadakan sebanyak 155 kali (22,816 orang) orang telah dilatih pada tahun 2013. Latihan untuk orang awam ini diadakan adalah untuk melatih orang awam mengenai kemahiran-kemahiran Pertahanan Awam seperti Perawatan Awal, Memadam Kebakaran dan Menyelamat Kecemasan. Selain itu, program seperti ceramah-ceramah mengenai Pertahanan Awam juga diadakan seperti ceramah Keselamatan dan kerjaya di Sekolah, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta dan kampung-kampung.
Sasaran yang ditetapkan adalah 40 kali ( 10,000 orang). JPAM Perak telah berjaya mencapai sebanyak 65 kali (16,467 orang). Demonstrasi Kemahiran Pertahanan Awam juga adalah sebahagian mempromosikan perkhidmatan Pertahanan Awam kepada masyarakat. Oleh yang demikian, disasarkan sebanyak 12 kali dan JPAM Perak telah berjaya mencapai sebanyak 37 kali. Program-program seperti pameran juga ditetapkan sasaran iaitu sebanyak 12 kali,dan JPAM Perak berjaya mencapai 57 kali mengadakan pameran pada tahun 2013.
Carta Bar menunjukkan aktiviti Latihan dan bilangan orang yang menyertai Latihan Orang Awam JPAM Perak bagi tahun 2013. Jumlah Latihan Orang Awam Yang wajib dijalankan oleh JPAM Perak bagi tahun 2013 adalah sebanyak 100 kali dan seramai 7200 orang sebagai sasaran. Sehingga penghujung bulan November Jumlah Latihan Orang Awam yang telah bersambung di muka 24... Nouvelles | JPAM PERAK
25
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
dijalankan adalah sebanyak 152 kali dan seramai 22,486 orang telah mengikuti latihan yang telah di jalankan. Peratusan juga telah menunjukkan jumlah pencapaian dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
Statistik Aktiviti Latihan Dan Bilangan Orang Yang Mengikuti Latihan Orang Awam JPAM Perak Bagi Tahun 2013 7000
Bil. Orang Awam
6000 11 x Latihan & 5028 Orang
Bil. Latihan
5000
4000
ra
k
n
Pe
ria
ilir
Ba
ra Pe
ta
H
M
an
ju
ng
ng
ng
ul
u
Pa
Pe
da
ra k
r pa m H
Ku
&
Ka
Se ata la ng m a al a Ka ng sa r
nt a La
ru
tM
Ki
0
4 x Latihan & 692 Orang
4 x Latihan & 100 Orang
1000
6 x Latihan & 1830 Orang
ga h
5 x Latihan & 837 Orang
20 x Latihan & 1633 Orang
Te n
5 x Latihan & 1663 Orang
2000
k
15 kali Latihan & 1553 Orang
Ke
51 x Latihan & 2717 orang
3000
Keterangan:*Jumlah keseluruhan LOA adalah sebanyak 145 x dan seramai 21913 telah aktiviti latihan anjuran JPAM Perak bagi tahun 2013.
Statistik Bilangan Aktiviti Ceramah Pertahanan Awam Negeri Perak Bagi Tahun 2013 Mengikut Daerah
Bil. Ceramah
3500 3000
Bil. Orang
9 x Ceramah & 2938 Orang 7 x ceramah & 2511 Orang
2500
7 Kali Ceramah & 1810 Orang
2000
11 x Ceramah & 1415 Orang
1500
6 x Ceramah & 1419 Orang
5 x Ceramah & 1230 Orang
2 x Ceramah & 1023 Orang
4 x Ceramah & 750 Orang
1000
8 x Ceramah & 1441 Orang
ga h Te n
Pe ra
ilir H
k
Pe r
ak
ria n Ke
ju ng
Pa d
Ba t
an
g
u ul H
M an
an g
ra k Pe
pa r Ka m
Se ata la ng m a la Ka ng sa r Ku a
&
La
ru
tM
Ki
0
nt a
500
Keterangan:*Jumlah keseluruhan Aktiviti Ceramah Pertahanan awam yang dijalankan oleh JPAM Perak adalah sebanyak 64 kali danjumlah orang awam yang mengikuti ceramah P/Awam JPAM Perak 2013 adalah seramai 16417.
26
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Statistik Aktiviti Demonstrasi Dan Pameran JPAM Negeri Perak Bagi Tahun 2013
Demonstrasi
12 10 8
5 x demo & 10 x Pameran
3 x Demo & 9 x Pameran
2 x Demo & 7 x Pameran
5 x Demo & 6 x Pameran
6 x Demo & 4 x Demo
6 4
Pameran
1 x Demo & 4 x Pameran
4 x Demo & 4 x Pameran
7 x Demo & 6 x Pameran
2 x Demo & 2 x Pameran 1 x Demo & 1 x Pameran
2
Te ng ah
Pe ra k
Pe ra k
H ilir
Ke ria n
M an ju ng
Ka m pa r H ul u Pe ra Ba k ta ng Pa da ng
Ki nt La a ru tM & Se ata la ng m Ku a al a Ka ng sa r
0
Carta Bar menunjukkan aktiviti Demonstrasi dan Pameran JPAM Perak bagi tahun 2013. Jumlah Demonstrasi Yang wajib dijalankan oleh JPAM Perak bagi tahun 2013 adalah sebanyak 12 kali dan Pameran sebanyak 12 kali. Sehingga penghujung bulan November Jumlah Demonstrasi yang telah dijalankan adalah sebanyak 36 kali dan Pameran Pertahanan Awam pula sebanyak 53 kali. Peratusan juga telah menunjukkan jumlah pencapaian dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
Keterangan :• Jumlah Aktiviti Demonstrasi Jpam Perak Bagi Tahun 2013 Adalah Sebanyak 36 Kali. • Jumlah Aktiviti Pameran Jpam Perak Bagi Tahun 2013 Sebanyak 53 Kali.
Nouvelles | JPAM PERAK
27
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Program Awalan Kesedaran Keselamatan (PROKSPA)
O
bjektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan serta kesedaran kepada kanak-kanak mengenai aspek keselamatan yang sesuai pada tahap umur mereka. Program ini disasarkan kepada kanak-kanak di tadika dan sekolah Rendah. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti melatih kanak-kanak melintas jalan,menggunakan talian kecemasan ketika berlaku bencana atau kemalangan dan aktiviti mewarna untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sasaran untuk program ini adalah sebanyak 6,000 orang. Dengan usaha yang berterusan serta kerjasama dari pihak seperti Jabatan Pelajaran Negeri Perak serta KEMAS, JPAM Perak berjaya mencapai sasaran yang ditatapkan, iaitu seramai 8,598 orang kanakkanak telah dilatih pada tahun 2013.
28
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Program Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
O
bjektif program ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar mengenai kemahirankemahiran Pertahanan Awam serta memberikan kesedaran khususnya dalam bencana dan kecemasan. Selain itu juga ianya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin. Sasaran yang
ditetapkan adalah untuk sekolah yang sedia ada penubuhan KAPA adalah sebanyak 1 platun (33 orang) dan penubuhan baru adalah sebanyak 3 buah sekolah baru. Dengan kerjasama serta sokongan padu yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak, JPAM Perak berjaya menubuh serta mendaftar sebanyak 13 buah sekolah baru untuk penubuhan KAPA.
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SMK RAJA PEREMPUAN ,IPOH
2
SMK CONVENT, TELUK INTAN, PERAK
DAERAH
TARIKH DITUBUHKAN
Kinta
29/1/2013
Hilir Perak
28/2/2013
3
SMK TOK PERDANA, SITIAWAN, PERAK
Manjung
28/2/2013
4
SMK TOH JOHAN, TAIPING
Larut Matang & Selama
26/9/2013
5
SMK JELAPANG JAYA,IPOH
Kinta
26/9/2013
6
SABK MAAHAD AL MIZAN,KUALA KANGSAR
7
SMK BERSIA FELDA,GERIK
8
MAAHAD AL -ABBASIAH, SUNGKAI
9
SMK MALIM NAWAR,KAMPAR
10
KOLEJ VOKASIONAL,TELUK INTAN
11
SMK ABU BAKAR AL -BAQIR,KERIAN
12 13
Kuala Kangsar
26/9/2013
Hulu Perak
26/9/2013
Batang Padang
26/9/2013
Kampar
26/9/2013
Hilir Perak
26/9/2013
Kerian
26/9/2013
SMK SUNGAI BAYOR,SELAMA
Larut Matang & Selama
26/9/2013
SM TEKNIK, TAIPING
Larut Matang & Selama
26/9/2013 Nouvelles | JPAM PERAK
29
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Latihan Kemahiran Pertahanan Awam Untuk Lepasan Menengah (SiswaSiswi Pertahanan Awam (SISPA)
S
iswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) merupakan Mahasiswa Dan Mahasiswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh KPT dan sedang mengikuti pengajian diperingkat Sarjana Muda. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran dan kemahiran Pertahanan Awam kepada SISPA khususnya dalam becana dan kecemasan serta
30
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
menerapkan nilai-nilai positif dalam diri para SISPA. Sasaran yang ditetapkan adalah 1 Institusi Pengajian Tinggi (3 Platun = 99 orang). JPAM Perak telah berjaya mencapai sasaran iaitu 3 platun bagi IPT sedia ada di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan Institut pendidikan Guru, Ipoh.
Senarai Penubuhan Baru Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Negeri Perak Tahun 2013 Nama Institusi Institut Pertanian Titi Gantung
Daerah Perak Tengah
Tarikh Ditubuhkan 11/3/2013
Nouvelles | JPAM PERAK
31
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Eksesais Peringkat Negeri
P
ada tahun 2013, JPAM Negeri Perak telah berjaya mengadakan 2 siri eksesais untuk pegawai dan anggota JPAM Negeri Perak. Eksesais yang diadakan ialah EX–DINGIN Dan EX–OBETOVAT. Eksesais ini diadakan bertujuan untuk melatih dan mengulangkaji latihan serta ilmu kemahiran Pertahanan Awam.Selain itu,ianya juga dapat menilai tahap kesiapsiagaan JPAM Negeri Perak dalam persiapan menghadapi bencana dan kecemasan khasnya.
32
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Eksesais Bersama Agensi Lain
P
ada tahun 2013, JPAM Negeri Perak telah terlibat dalam eksesais bersama agensi lain sebanyak 2 kali. Antara eksesais yang telah disertai adalah eksesais yang telah dianjurkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak (EX D-MEX) dan eksesais bencana Tanah Runtuh yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Objektif eksesais ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana bagi setiap agensi yang terlibat. Selain itu, eksesais ini juga dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara sesama pegawai dan anggota yang terlibat. Nama Eksesais Ex- D’mex – Anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
Eksesais Bencana Tanah Runtuh Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Lokasi Latihan
Tarikh Diadakan
Keterangan Eksesais
Terowong Landasan Keretapi Ipoh Taiping,Bukit Berapit
11.04.2013
Senario Mencari Dan Menyelamat Mangsa Kemalangan Keretapi Di Dalam Terowong.
Bukit Larut,Taiping
28.11.2013
Senario Latihan Mencari Dan Menyelamat Mangsa Yang Terlibat Dalam Bencana
Nouvelles | JPAM PERAK
33
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Program Bersama Komuniti Outreach JPAM Perak 2013
P
rogram ini diadakan untuk mempromosikan perkhidmatan JPAM Ke seluruh pelusok di negeri Perak. Selain itu,ianya diadakan untuk menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang kurang bernasib baik atau mengalami masalah kesihatan. Pengisian program adalah JPAM Perak
34
Nouvelles | JPAM PERAK
mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk setempat,mengadakan gotong – royong di 5 buah rumah penduduk yang terpilih di setiap daerah serta memberi bantuan makanan keperluan asas seperti beras,gula dan susu untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut.
Laporan Tahunan MERS 999 Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Statistik Tahunan Jan-Dis 2013 Mers 999
36
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Nouvelles | JPAM PERAK
37
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Keratan Akhbar
38
Nouvelles | JPAM PERAK
Laporan Tahunan Bencana Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
LAPORAN TAHUNAN BENCANA JAN-DIS 2013
40
Nouvelles | JPAM PERAK
Laporan Tahunan Menara Baywatch Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
STATISTIK TAHUNAN MENARA BAYWATCH JAN-DIS 2013
42
Nouvelles | JPAM PERAK
Laporan Tahunan Ops Bantu VI Tahun Baru Cina Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
STATISTIK OPS BANTU VI 2013 TAHUN BARU CINA
44
Nouvelles | JPAM PERAK
Laporan Tahunan Ops Bantu VII Hari Raya Aidilfitri Tahunan Bagi Jan–Dis 2013
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
STATISTIK OPS BANTU VII 2013 HARI RAYA AIDILFITRI
46
Nouvelles | JPAM PERAK
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak
Nouvelles | JPAM PERAK
47
Info Keselamatan
s a s A n a t a w Ra
Langkah Yang Perlu Dilakukan
Dalam kemalangan, kecederaan tubuh badan perlu dirawat sama ada di pusat Perubatan, Hospital dan Klinik. Apabila terjadi kes pendarahan yang serius, hubungi pihak Hospital dengan segera untuk mendapat bantuan.
••
Periksa luka untuk memastikan seriusnya luka dan tiada objek yang terbenam
••
Panduan berikut menerangkan cara-cara memberi bantuan yang sewajarnya kepada mangsa kecederaan untuk mengurakan penderitaannya sementara menunggu ambulans dan bantuan perubatan tiba.
Objek yang terbenam akan menyebabkan darah mengalir
••
Membuat tekanan langsung pada tempat luka adalah cara paling berkesan untuk pengaliran darah sementara menunggu bantuan tiba.
••
Adalah lebih baik jika kain kasa dialaskan ke atas luka untuk menghalang kemasukan kuman ke dalamnya sebelum melakukan tekanan.
••
Tinggikan bahagian luka melepasi paras jantung kerana ini dapat mengurangkan pendarahan.
••
Jangan biarkan mangsa luka bergerak aktif kerana ini boleh menyebabkan pendarahan
Pendarahan Pendarahan atau hemoraj ialah darah yang megalir keluar dari liang yang terjadi akibat kemalangan. Seriusnya pendarahan bergantung kepada saiz luka. Jika mangsa mengalami kehilangan banyak darah, ini boleh menyebabkan mangsa akan tidak sedar diri. cara yang terbaik mengurangkan pendarahan ialah menekan Secara langsung ke tempat luka dengan kain bersih.
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERAK Aras 1, Kompleks KDN, Persiaran Meru Utama, 30200 Ipoh Tel : 05-528 8030 | 528 8031 | 528 8023 Faks : 05-527 6801
Kunjungi Kami di: