Malaysia Direct Seller I MDTCA 2022 I BM

Page 1

MALAYSIA DIRECT SELLER KPDNDHEP PERKUAT PERSAINGAN INDUSTRI JUALANLANGSUNG DALAM EKONOMI DIGITAL Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) PELANCARAN PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG EDISI 1 / 2022 DITERBITKAN OLEH

Direct Seller Malaysia adalah penerbitan rasmi Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) yang telah ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan perdagangan nasional ini mempromosi industri jualan langsung di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dengan keahlian sebanyak 123 syarikat di dalam negara, DSAM adalah suara rasmi industri, dan menyumbang kepada imej profesional industri dan kehadirannya di peringkat tempatan dan global. Ia bekerja rapat dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan lain-lain badan kerajaan dan persatuian perdagangan untuk mencapai matlamat bersama.

Malaysia adalah di antara pasaran terbesar jualan langsung di dunia dan yang (WFDSA). Unjuran perolehan jualan industri bagi 2020 oleh Kementyerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalam RM20 bilion.

Penerbitan Direct Seller Malaysia adalah terutmanya untuk melayani keperluan industri jualan langsung dalam negara yang dinamik dan menyuarakan keperihatinan dan keperluan industri.

PASARAN SASARAN

• Semua ahli DSAM • Pengurusan Atasan Syarikat • Kementerian-kementerian dan ajensi kerajaan yang relevan

Diedarkan semasa berlangsung acaraacara DSAM

Pengedar-pengedar bebas

Pengguna-pengguna

Dijual di semua kedai buku termula di seluruih negara

Untuk informasi lebih lanjut dan pertanyaan Harini Management Services Sdn Bhd (609031-W) W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603-7932 3259

ISSUE 1 / 2020 MALAYSIA ISSUE 1 DIRECT SELLER SELLER CREATING BUSINESSFRIENDLY GOVERNANCE Datuk Muez Abd Aziz, Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (MDTCA) RECORDSETTING RECORDSETTING ISSUE 1 / 2021 MALAYSIA MALAYSIA DIRECT SELLER DIRECT SELLER MDTCA SUPPORTS GROWTH OF DIRECT SELLING INDUSTRY Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Secretary General, Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs MDTCA SUPPORTS GROWTH OF SELLING Seri Hj. Hj. Ahmad, Secretary Ministry of Domestic and Affairs DIRECT SELLER MALAYSIA SUARA INDIUSTRI JUALAN LANGSUNG THE SUPERMAN BEHIND SUPERLIFE Lai Tek Kean, CEO and Founder of SuperLife DSAM’S OUTSTANDING ENTREPRENEUR DSAM’S OUTSTANDING ENTREPRENEUR DIRECT SELLER MALAYSIA ISSUE 1 / 2020 ISSUE 1 / 2021 MALAYSIA DIRECT SELLER DIRECT SELLER FORGING AHEAD: THE RISE OF THE NEW ELKEN Falko Leonhardt, DSAM VIRTUAL CONVENTION 2020 Your Direct Selling Business
1 Vol 1 no 1 / Malaysia Direct Seller / 10
KULIT 2 KPDNDHEP Perkuat Persaingan Industri Jualan Langsung Dalam Ekonomi Digital Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) berkongsi perspektif beliau tentang hala tuju industri jualan langsung Malaysia dalam ekonomi digital. SOROTAN 6 Pelancaran Pelan Hala Tuju Jualan Langsung 8 Jamuan CEO DSAM 10 Kolaborasi Dsam Dengan MRCA Untuk Menyokong Inisiatif #Benderaputih 12 PM-International Terima Anugerah Bagi Pertumbuhan Antarabanhgsa Terbesar, 2021 16 Faedah Menjadi Ahli DSAM 18 Direktori Ahli-ahli
DATUK AZMAN MOHD YUSOF, KETUAN SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNDHEP) 6 8 KANDUNGAN
CERITA
KULIT

KPDNDHEP PERKUAT PERSAINGAN INDUSTRI JUALAN LANGSUNG DALAM EKONOMI DIGITAL

2 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1
CERITA KULIT
Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkongsi perspektif beliau mengenai hala tuju industri jualan langsung di Malaysia di tengah-tengah ekonomi digital.

industri jualan langsung telah mengalami pola pertumbuhan yang positif di tengah-tengah suasana pandemik COVID-19 selama dua tahun yang lalu. Industri jualan langsung Malaysia telah menduduki antara 10 tempat tertinggi di seluruh dunia – tepatnya menduduki tempat ke enam di seluruh dunia dan tempat ke empat di rantau Asia Pasifik dari segi nilai jualan, menurut Laporan Penjualan Runcit Jualan Langsung terbitan Persekutuan PersatuanPersatuan Jualan Langsung Dunia (WGFDSA). Memandangkan potensi pertumbuhan yang cemerlang serta sumbangan ekonomi industri jualan langsung bagi Malaysia, KPDNDHEP mensasarkan industri ini sebagai salah satu pemacu ekonomi utama yang perlu diperkuatkan lagi untuk mengukuhkan potensinya.

“Hala tuju kerajaan bagi industri jualan langsung adalah untuk memberi tenaga semula, menggiatkan semula dan meremajakan semula industri ini.

Oleh itu, kami sedang mengkaji semula dasar-dasar dan Akta-akta dan juga membuat peruntukan untuk latihan bagi memacu industri,” kata Datuk Azman. Beliau menjangkakan kolaborasi di antara KPDNDHEP,

CERITA KULIT

Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) untuk merancang dan memacu industri jualan langsung yang lebih kukuh di negara ini.

PANDANGAN POSITIF MASA DEPAN INDUSTRI JUALAN LANGSUNG

Bercakap mengenai pandangan positif masa depan industri jualan langsung Datuk Azman menyatakan yang perolehan jualan bagi industri jualan langsung pada tahun 2020 telah mancatatkan angka RM25.7 bilion, satu peningkatan 19% berbanding RM21.5 bilion yang dicatatkan pada 2019. Beliau menambah bahawa setakat hujung bulan Mei 2022, perolehan jualan industri berada pada RM11.4 bilion dan diunjurkan mencapai RM26.5 bilion. Beliau mendedahkan bahawa angka perolehan jualan menyumbang kepada ekonomi nasional di bawah perkhidmatan perdagangan distributif, menjadinkannya salah satu penyumbang yang utama kepada ekonomi.“

“Jumlah angka jualan bagi 2021 bagi industri jualan langsung dijangka menyumbang secara positif kepada ekonomi negara kita meskipun negara kita dilanda teruk oleh pandemik COVID-19. KPDNDHEP yakin yang industri ini akan terus memacu kebangkitan semula dan pemulihan ekonomi Malaysia,” Datuk Azman menekankan.

KPDNDHEP AKAN BEKERJA RAPAT DENGAN DSAM DAN PIHAK BERKEPENTINGAN INDUSTRI

“KPDNDHEP gembira dapat bekerja dengan DSAM dan pihak berkepentingan industri untuk mengawal selia industri dan kami memandang ke hadapan untuk melaksanakan penambahbaikan kepada sektor ini memandangkan peranannya yang berkesan dalam ekonomi Malaysia,” tambah beliau.

KPDNDHEP berpadu tenaga dengan DSAM dan juga pemainpemain dalam industri melalui

perkongsian strategik, untuk menambahbaik daya saing perniagaan berinovasi dan mampan dalam industri jualan langsung.

“Kerjasama antara kerajaan dan kedua-dua persatuan, DSAM dan pihak berkepentingan industri adalah penting untuk memudahkan perniagaan dan untuk memastikan yang pemain-pemain industri sentiasa mematuhi Akta 1993. DSAM dan pihak berkepentingan industri perlu mainkan peranan penasihat dan pemudahcara untuk memastikan yang industri jualan langsung kekal relevan sebagai sektor perniagaan yang menarik untuk diusahakan, serta untuk menjana pendapatan tinggi,” tambah Datuk Azman.

PENGELUARAN LEBIH LESEN

Datuk Azman berkata bahawa di dalam mengembangkan industri jualan langsung, KPDNDHEP di bawah Kemajuan Francais dan Bahagian Jualan Langsung telah memproses dan memperbaharui kira-kira 36 lessen

4 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
“Hala tuju kerajaan bagi industri jualan langsung adalah untuk memberi tenaga semula, menggiatkan semula dan meremajakan semula industri ini. Oleh itu, kami sedang mengkaji semula dasardasar dan Akta-akta dan juga membuat peruntukan untuk latihan bagi memacu industri.”

jualan langsung dengan 15 lesen-lesen baharu dikeluarkan bagi tempoh antara Januari 2022 hingga hujung Mei 2022. Beliau menjelaskan bahawa sejumlah 396 syarikat sedang giat mengendalikan perniagaan mereka di pasaran domestik dan antarabangsa dengan lessenlesen yang sah di bawah Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500). Menurut Datuk Azman, KPDNDHEP telah mengeluarkan 30 lesen jualan langsung baharu pada tahun 2021 dan sejumlah 60 lesen baharu dijangka dikeluarkan pada 2022 dan 2023.

KPDNDHEP secara berterusan menggalakkan industri ini untuk menubuhkan segmen pasaran yang kukuh dengan kemudahan dalam berniaga, kerana ia akan membantu mengembangkan ekonomi dan menawarkan peluang-peluang pekerjaan dalam suasana pertumbuhan pascapandemik. Ini pula akan menarik lebih lagi ahli-ahli sambil menambahkan jualan secara berlipat ganda.

PELAN HALA TUJU JUALAN LANGSUNG

Pada tahun 2013, KPDNDHEP telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Jualan Langsung. Apabila berbincang tentang momentum yang dicapai oleh pelan hala tuju tersebut sejak ia bermula, Datuk Azman menerangkan, “Saya berasa gembira menyatakan bahawa pelan hala tuju tersebut telah mencapai matlamatnya. Setiap tahun berturutturut dalam seluruh perjalanannya, penjualan industri jualan langsung Malaysia telah melebihi angka yang disasarkan.”

“Misalnya, dalam tahun 2019 sahaja, industri jualan langsung Malaysia telah mancatat jualan RM21.54 bilion, melebihi sasaran RM18.5 bilion. Dalam tahun 2018, industri telah mencatat jualan sebanyak RM17.93 bilion, melebihi sasaran RM17 bilion,”tambah beliau.

Pencapaian ini telah menambah nilai positif ekonomi Malaysia serta memperkenalkan produk-produk inovatif

dalam pasaran melalui platform jualan langsung.

Pelan Hala Tuju terkini bagi 2021 telah dirumuskan untuk memastikan pembangunan industri jualan langsung yang terancang dan berstruktur; dan untuk menambahbaik keupayaan dan daya saing industri dalam masa jangka panjang dan pendek, dengan mengambil kira ekonomi digital, produk-produk inovatif dan amalan-amalan perniagaan yang baik sebagai fokus utama.

INDUSTRI JUALAN LANGSUNG DAN PENDIGITALAN

Datuk Azman menegaskan bahawa industri jualan langsung perlu giat melibatkan diri dalam ekonomi digital bersama produk-produk inovatif dan amalan perniagaan yang baik supaya dapat mengikut rentak pendigitalan dalam dunia perniagaan. Ini termasuklah supaya turut sama menjejaki gaya semasa aktiviti transaksi dalam talian dan e-Dagang. Dalam mempertimbangkan amalan-amalan tidak beretika yang berlaku di platformplatform e-Dagang di dalam penjualan produk jualan langsung, beliau menambah bahawa KPDNDHEP ingin mengesyorkan yang satu perjanjian di antara syarikat dan ejen-ejen mereka diperkemas dengan berkesan. Ini adalah untuk menjaga dan memastikan yang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan kekal eksklusif di platform-platform perniagaan. Selain daripada itu, satu sistem hujung-ke-hujung difikirkan sangat baik bagi perniaagaan-perniagaan jualan langsung.

“Industri jualan langsung adalah unik kerana hak eksklusif yang diberikan kepada setiap syarikat di dalam memasarkan produk mereka. Dalam hal ini, dengan kepesatan transaksi dalam talian dan platform-platform e-Dagang yang berlaku hari ini, perlu ada satu sistem pengurusan kawal selia,” kata Datuk Azman.

Beliau menambah bahawa pendigitalan kekal menjadi salah satu ciri penting pelan hala tuju. Salah

satu inisiatif pendigitalan di bawah pelan hala tuju adalah penggunaan sepenuhnya sistem BLESS dalam talian, pada masa yang sama juga menjalinkan perkongsian strategik di antara kerajaan dan pemain-pemain industri untuk membangunkan dan mempromosi operasi perniagaan digital.

“Di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia bergerak kearah proses menyepadukan teknologi ekonomi digital dalam semua sektor ekonomi. Elemen pendigitalan telah ditentukan di dalam pelan hala tuju yang telah dilancarkan pada April 2022, jadi semua pihak perlu ada komitmen kearah mewujudkan kebersamaan dan pertumbuhan ekonomi berkualiti, melalui inisiatif yang kreatif dan berteknologi tinggi dalam industri,” ujar Datuk Azman.

BERGERAK KE HADAPAN

Datuk Azman menyatakan bahawa untuk menubuhkan lanskap industri yang kukuh, para penjual langsung dan pengguna, mesti memastikan yang kepentingan serta hak pedagangpedagang berlesen dan juga penggunapengguna dilindungi.

“Selagi mereka mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada, pihak Kementerian akan terus menyokong industri jualan langsung,” tegasnya.

Beliau menasihatkan pemain-pemain industri untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga yang termampu atau berpatutan, dan menyesuaikan produk dan perkhidmatan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa, kerana ini adalah penting untuk industri kekal mampan dan relevan.

“Bagi pihak KPDNDHEP, saya ingin melihat industri jualan langsung terus mencatat kecemerlangan, berdaya maju, memanfaatkan orang ramai dan menyumbang kepada ekonomi yang lebih baik di masa akan datang. Akhir sekali, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada DSAM dan pemain-pemain industri.

5 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

PELANCARAN PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG

pada Mei 2022, Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna, telah merasmikan pelancaran Pelan Tindakan Jualan Langsung semasa berlangsungnya Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia. Pelan ini merupakan pelan hala tuju Kementerian tentang arah tujuan industri di masa akan datang dan telah diperkenalkan untuk manfaat semua pemain industri, bertujuan untuk mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif dan dinamik di dalam negara dan seluruh dunia.

Semasa pelancaran tersebut Datuk Rosol berkata bahawa persepsi lumrah tentang syarikat

jualan langsung adalah perkaitannya dengan skim piramid atau skim cepat kaya, dan tanggapan ini perlu diubah. Tambahnya, Kementerian akan terus menumpukan perhatian terhadap menambahkan bilangan syarikat-syarikat jualan langsung yang mempunyai lesen yang sah. Pelan hala tuju ini akan juga memperlihatkan Kementerian menambah baik berbagai inisiatif dengan meningkatkan kesedaran tentang potensi jualan langsung sebagai sumber pendapatan dan penjana ekonomi. Dengan itu, pihak Kementerian berharap untuk memacu dan mengatur strategi untuk melaksanakan pembangunan yang lebih holistik bagi industri. Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia merupakan satu inisiatif baharu untuk

mengembangkan industri dan meningkatkan kesedaran tentang aktiviti-aktiviti jualan langsung yang mematuhi undang-undang di Malaysia. Program tersebut melibatkan 22 syarikat jualan langsung dari Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) dan Persatuan Pengedaran Langsung Malaysia yang mempromosikan potensi peluang-peluang perniagaan kepada orang ramai. Acara ini juga memaparkan satu pameran di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, dan juga kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan industri jualan langsung. Pameran tersebut menerima pengunjung dari seluruh negara di mana mereka menyaksikan peluang-peluang peniagaan yang begitu meluas yang terluang dalam industri jualan langsung.

6 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
Sorotan/Pelan Tindakan
7 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

JAMUAN CEO DSAM SEMPENA AIDIL FITRI

dSAM menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriahnya di Hotel Saujana Kuala Lumpur pada 8 Jun 2022. Majlis itu mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli DSAM, rakan kongsi perniagaan dan para tetamu yang dihidangkan dengan berbagai juadah Raya. Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Dartuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM yang meluahkan perasaan teruja dan terima kasih beliau kerana berpeluang menjadi tuan rumah jamuan makan tengah hari tersebut setelah lama tidak berkumpul disebabkan Pandemik.

Stephen Ho telah menyampaikan

ucapan bertajuk “Transformasi Digital Menggunakan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)” menyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi perniagaan hari ini termasuk industri jualan langsung, peranan Artificial Intelligence (AI) dan bagaimana syarikat-syarikat jualan langsung boleh mengguna AI untuk memacu perniagaan mereka. Beliau menerangkan tentang proses pendigitalan dan mengurus operasi perniagaan menggunakan teknologi untuk memperolehi data penting yang boleh menambah baik penghantaran keputusan perniagaan dan untuk meningkat maju seterusnya. Stephen berkata yang peralatan

AI adalah penting bagi mempercepatkan pungutan dan penggunaan data yang tepat dan pantas. Beliau menyatakan bahawa IR4.0 berlegar di sekitar automasi dan penggunaan data dalam membuat keputusan perniagaan. Stephen menambah yang satu lagi pemacu penting memahami data dalam membuat keputusan adalah pembelajaran mesin.

Beliau mengakhiri penyampaian dengan kata nasihat bahawa ‘tidak ada AI terbaik dalam dunia’, hanya AI yang tepat bagi setiap perniagaan yang melibatkan bagaimana pemilik-pemilik perniagaan memanfaatkannya untuk pemacuan keputusan perniagaan.

8 / Direct Seller Malaysia / Issue 1 / 2022 Edisi 1 / 2022
SOROTAN/JAMUAN MAKAN TENGAH HARI CEO DSAM
LEBIH 100 ORANG TETAMU MENYERIKAN JAMUAN MAKAN TENGAH HARI SEMPENA AIDILFITRI SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MASAKAN MALAYSIA JATI, BERAMAH MESRA DAN MENDENGAR APA YANG DISAMPAIKAN SEBARISAN PARA PENCERAMAH.

KOREA, DESTINASI ANDA SETERUSNYA OLEH YANG KYUNG SOO, PENGARAH URUSAN PERTUBUHAN PELANCONGAN KOREA (KTO) DI MALAYSIA

Yang menyatakan kegembiraan beliau dapat peluang berada bersama-sama dengan DSAM dan ahli-ahlinya dalam jamuan makan istimewa ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden DSAM kerana menjadi tuan rumah kepada KTO di majlis tersebut. Yang berucap tentang peranan aktif KTO di dalam memacu pelancongan di Malaysia dan di dalam menarik rakyat Malaysia untuk menugunjungi Korea dan menikmati warisan budayanya dan juga daya tarikannya yang serba sempurna. Beliau berkongsi dengan para hadirin bahawa Korea sedang bergerak dengan baik ke arah norma biasa pasca pandemik dan sudah mula menyambut pelancongpelancong.

Sesi tersebut menyaksikan persembahan yang menerujakan serta memukau tentang daya tarikan Korea oleh seorang ahli pasukan pemasaran KTO. Hiza Idris yang berucap kepada para tetamu menerangkan tentang tempat-tempat melancong yang popular, desa-desa budaya, senibina moden

dan pesta-pesta kedaerahan yang indah permai serta pemandangan-pemandangan. Beliau membantu ahli-ahli DSAM dan para tetamu dengan tip-tip mengenai tempattempat bertaraf dunia bagi mengadakan mesyuarat dan bandaraya-bandaraya utama di Korea Selatan yang berpotensi menjadi pilihan syarikat-syarikat jualan langsung bagi menjalankan program perjalanan insentif mereka.

ENCIK WAN DARI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Dua puluh lima orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) menyerikan acara dengan dipimpin oleh Encik Wan dari Bahagian Francais dan Jualan Langsung. Beliau mengucapkan terima kasih kepada DSAM lkerana menjadi tuan rumah bagi beliau dan ahliahli pasukan beliau, dan menggalakkan DSAM untuk terus bekerja rapat dengan KPDNDHEP untuk mengawal selia industri jualan langsung bagi memastikan amalan-amalan perniagaan yang beretika.

9 2022 / Issue 1 / Direct Seller Malaysia / 2022 / Edisi

KOLABORASI DSAM DENGAN MRCA UNTUK MENYOKONG INISIATIF #BENDERAPUTIH

persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah berkolaborasi dengan Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) direct Selling dalam menyokong inisiatif #BenderaPutih, untuk menyumbangkan keperluan asas kepaha anggota masyarakat yang memerlukan. Menerusi inisiatif ini, DSAM berupaya meringankan kesusahan kekangan kewangan beberapa keluarga dan individu, terutamanya yang berada dalam kumpulan B40 yang menghadapi kesengsaraan akibat kehilangan pekerjaan, kehilangan pendapatan dan lain-lain cabaran kewangan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hamper-hamper makanan diedarkan ke rumah-rumah tangga di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. DSAM telah menyumbang sejumlah RM50,000 bagi tujuan murni ini,

di mana sumbangan menyeluruh pada Sept 2021 mencatatkan jumlah RM201,663. Di bawah inisiatif ini, DSAM telah mengedarkan kotakkotak makanan kepada keluargakeluarga di sekitar Lembah Kelang dan Kawasan sekelilingnya. Ia terdiri daripada makanan keperluan seperti beras, mi segera, bihun, sardin, kacang peas hijau, minuman serbuk coklat malt dan biskut.

Dengan inisiatif ini, DSAM berdaya menghulurkan bantuan kepada lebih 6,211 keluarga yang memerlukan dan individu-individu melalui 40 pusat pengedaran termasuk antara lainnya PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur; PPR Sri Sabah, Kuala Lumpur; Kampung Tasek Permai, Ampang Jaya; Kampung Labu Lanjut, Sepang; Kampung Baru Sungai Chua, Kajang; Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur; PPR Seri Nilam, Ampang; PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur; dan PPR Pandan Mewan, Ampang.

10 / Direct Seller Malaysia / Issue 1 / 2022
Sorotan/#BenderaPutih
11 2022 / Issue 1 / Direct Seller Malaysia /

PM-INTERNATIONAL TERIMA ANUGERAH BAGI

PERTUMBUHAN ANTARABANGSA TERBESAR, 2021

PM-International telah menerima anugerah ini tahun ini bagi tahun kedua berturut-turut. Anugerah ini berkait dengan pencapaian senarai kedudukan “DSN Global 100” bagi syarikat-syarikat jualan langsung terkemuka di seluruh dunia. Anugerah ini memberi penghormatan kepada syarikat yang meraih jumlah pendapatan tahunan yang paling tinggi di kalangan semua syarikat antarabangsa DSN Global 100.

PERTUMBUHAN STABIL DALAM MASA YANG SERBA MENCABAR

Dalam tahun 2021, PM-International yang menyumbang produk-produk premium kesihatan, kecergasan dan kecantikan telah meningkatkan jualan tahunan seluruhkumpulannya dengan lebih 35%, dengan mencatat jumah AS 2.35bilion.

Rolf Sorg, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas PM-International berkata kejayaan tersebut jelas merupakan hasil usaha rakanrakan kongsi PM-International di seluruh dunia.

“Rakan-rakan pasukan kita dan pasukan korporat kita telah melakukan kerja yang luar biasa. Bersama-sama kami telah mencatat kejayaan penting dalam keadaan yang paling sukar: jualan kedua billion kita,” katanya.

“Tatkala kita sedang menuju keluar

dari keadaan pandemik, kita memasuki era baharu ini dengan penuh kekuatan dan fokus yang jelas tentang sasaran-sasaran kita seterusnya dengan menggabungkan interaksi sendiri yang amat dirindui selama dua tahun dengan peluang-peluang yang baharu dan berdigital.”

PRESTASI KONSISTEN

Pengumuman oleh mereka yang mencapai prestasi jualan langsung tertinggi di dunia sentiasa ditunggu dengan penuh semangat. Dengan mencapai kedudukan ke 9 di kalangan syarikat jualan langsung terbesar di dunia dalam senarai DSN Global 100 semasa, PM-International berjaya mencatat tempat dalam senarai tersebut buta pertama kalinya pada tahun 2010 dan sejak itu telah disenaraikan dengan konsisten.

PM-International merupakan salah sebuah syarikat jualan langsung terbesar dalam bidang kesihatan, kecergasan dan kecantikan, berpangkalan di Schengen, Luxembourg. Pada 2021, kumpulan PM-International telah mencatat jualan sebanyak AS2.35 bilion.

Ditubuhkan pada tahun 1993, PMInternational telah memajukan dan memasarkan suplemen dan kosmetik premium berkualiti tinggi melalui jenamanya sendiri FitLine® - yang banyak mempunyai teknologi berpaten. Konsep Pengangkutan Nutrien (NTC®)

melambangkan kecekapan teras syarikat. Ia menghantar nutrien tepat pada masa di mana ia diperlukan – ke tahap talian selular, dari luar dan dalam.

Untuk menjamin kualiti produk yang tinggi secara berterusan, produk-produk diuji dengan kekerapan yang tetap dan bebas oleh ELAB Analytics GmbH. Pelanggan akhir boleh menyemak maklumat tentang analisis tersebut secara terus di laman sesawang WLAB Analytics dengan mengimbas kod QR pada bungkusan produk. Tidak ada syarikat pesaing lain yang menawarkan ketelusan di tahap ini.

Lebih daripada 700 juta produk FitLine® telah dijual di serata dunia. Lebih daripada 1000 olahragawan terutamanya dari lebih 60 disiplin olahraga dan 30 negara percaya kepada keberkesanan suplemen nutrien FitLine. Dan FitLine merupakan pembekal rasmi berbagai persatuan sukan dan pasukan nasional.

Dalam rangka kerja konsep pemasaran sukan yang unik, terjalin kerjasama dengan persatuan-persatuan sukan meluncur salji Jerman, Austria, Poland dan Kanada (DSV, ÖSV, PZN, ACA), Persekutuan Hoki Ais Jerman (DEB), Persekutuan Penunggang Basikal Jerman (BDR), Persatuan Olahraga Jerman (DLV), Persatuan Sukan Slaid Switzerland (termasuk ‘bobsleigh’), Persekutuan Bola Baling Switzerland (SHV) dan lain-lain.

12 / Direct Seller Malaysia / Issue 1 / 2022
Highlight / PM-International
PM-INTERNATIONAL AG MENCENGKAM BRAVO INTERNATIONAL GROWTH AWARD DARI MAJALAH AMERIKA SYARIKAT - “DIRECT SELLING NEWS”. IA DIIKTIRAF SEBAGAI SYARIKAT JUALAN LANGSUNG ANTARABANGSA YANG PALING CEPAT TUMBUH

BUILDING A NEW GENERATION OF MALAYSIAN ENTREPRENEURS THROUGH DIRECT SELLING AND INNOVATION

MEMBINA GENERASI BARU USAHAWAN MALAYSIA MELALUI JUALAN LANGSUNG DAN INOVASI

Peranan terbaik QNET adalah memperkasakan usahawan melalui amalan inovatif dan model perniagaan akar umbi yang telah diuji masa. QNET adalah syarikat jualan langsung yang berasaskan e-dagang yang beribu pejabat di Malaysia, degupan jantung Asia.

Empowering entrepreneurs through innovative practices and a time-tested grassroots business model is what QNET, an e-commerce based direct selling company headquartered in Malaysia, the beating heart of Asia, does best.

Waktu baru bermula dulu, QNET telah mempamerkan semangat inovatifnya dengan mendefinisi semula industri jualan langsung dengan menjadi salah satu syarikat yang pertama mendokong e-dagang di Asia. Ini membolehkan para pelanggan mengakses senarai produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi QNET tidak kira di mana mereka berada.

In its early days, QNET showcased its innovative spirit by redefining the direct selling industry as one of the first adopters of e-commerce in Asia, allowing customers to access QNET’s roster of high-quality products and services no matter where they are.

Dua puluh empat tahun selepas memulakan perniagaan, amalan inovatif QNET dapat dilihat dari portfolio produknya, yang termasuk berbagai jenis produk yang bertujuan mambantu orang dan meningkatkan kualiti hidup mereka seperti rangkaian produk Amezcua, HomePure, dan LifeQode. Produk-produk QNET dimajukan menurut standard antarabangsa dan ditauliahkan oleh lembagalembaga penasihat saintifik. Jajaran produk-produk Amezcua, khususnya, membuka jalan dalam merevolusikan bidang kesihatan peribadi dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Saintifiknya sendiri, yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan tenaga dari seluruh dunia.

Twenty-four years since its inception, QNET’s innovative practices extend to its product portfolio, which includes a broad array of products that aim to help people and improve their quality of life, such as its Amezcua, HomePure, and LifeQode range. QNET’s products are developed according to international standards and accredited by scientific advisory boards. QNET’s array of Amezcua products, in particular, led the way in revolutionising the field of personal health by establishing its very own Scientific Advisory Board consisting of health and energy experts from across the globe.

Not only does the company bring high-quality products to the market, but QNET is also a business that firmly believes in nurturing communities of enterprising people to become successful business owners. Through its direct selling business model, QNET has built a strong network of distributors in Malaysia who are passionate about what they do, especially when helping others take charge of their health, wealth, and happiness.

Bukan sahaja ia membawa produk-produk berkualiti tinggi ke pasaran, tetapi QNET juga merupakan perniagaan yang dengan teguh percaya untuk memupuk komuniti individu yang berjiwa keusahawanan untuk menjadi pemilik perniagaan yang berjaya. Melalui model perniagaan jualan langsungnya, QNET telah membina satu rangkaian para pengedar di Malaysia yang penuh bersemangat melalukan apa yang mereka lakukan, terutamanya apabila membantu orang lain mengendalikan sendiri kesihatan, kekayaan, dan kebahagiaan mereka.

16 / Direct Seller Malaysia / Issue 1 / 2022

www.qnet.net.my

Hari ini, QNET kekal berada di barisan hadapan industri jualan Langsung berbekalkan semangat berinovasi dan iltizam untuk memperkasa individu di sekeliling mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik. Baru-baru ini, QNET telah menerima Anugerah Usahawan Cemerlang Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) atas usaha yang sedang dilakukan oleh pengedar-pengedarnya dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan meskipun terdapat cabaran yang diakibatkan oleh pandemik selama dua tahun yang lalu.

Today, QNET remains at the forefront of the direct selling industry through sheer passion for innovation and a will to empower those around them to live healthier and better lives. Recently, QNET received the Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) Outstanding Entrepreneur Award for their distributors’ ongoing efforts in serving customers despite the challenges posed by the pandemic over the past two years.

Not only that, QNET is consistently engaging its Malaysian and international distributors and customers through its flagship bi-annual virtual convention, the V-Convention Connect (VCC). VCC’s fourth edition was held in March and saw a viewership of over half a million people from over 50 countries. The convention is a virtual celebration that lets viewers experience the fantastic products and resources, innovative service platforms, and strong global community that QNET offers. QNET is organising its next V-Convention as a hybrid event – bringing together its community in Penang, Malaysia, in October to showcase QNET’s best products.

Bukan itu sahaja, QNET secara konsisten menarik penyertaan para pengedar dan pelanggannya melalui konvensyen maya terkemuka dua tahun sekali, V-Convention Connect (VCC). Edisi ke empat VCC telah diadakan pada bulan Mac dan telah mencatat tontonan setengah juta orang dari lebih 50 negara. Konvensyen tersebut adalah perayaan maya yang membolehkan penonton mengalami produk-produk dan sumbersumber yang menakjubkan, platform-platform perkhidmatan inovatif, dan komuniti global yang kuat, yang ditawarkan oleh QNET. QNET akan menganjurkan V-Konvensyen seterusnya sebagai satu acara hybrid –mengumpulkan komunitinya di Pulau Pinang, Malaysia, pada Oktober untuk mempamerkan produk-produk terbaik QNET.

17 2022 / Issue 1 / Direct Seller Malaysia /

FAEDAH MENJADI AHLI DSAM

1Dioperasi oleh urusetia bebas. Kerahsiaan yang ketat adalah terjamin.

4

Mengamalkan tatakelakuan yang diiktriraf oleh Persekutuan

Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP). Penanda aras ahli-ahli adalah berasaskan standard global.

2

Berhak memaparkan logo berdaftar DSAM, pembawa piawai industri jualan langsung.

5

Tatakelakuan DSAM menawarkan perlindungan bagi para pengguna, syarikat-syarikat ahli dan pengedar bebas. Pematuhan terhadap tatakelakuan adalah diawasi oleh Pentadbir Tatakelakuan bebas. Kod Tatakelakuan juga merangkumi prosedur aduan yang berstruktur.

3

Bantuan nasihat dalam pelbagai bidang.

6

Akses ekslusif “Ahli-ahli sahaja” ke laman-laman sesawang WFDSA dan DSAM.

16 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022 Fokus

7

Bantuan yang diperibadikan apabila berkembang ke pasaran-pasaran gabungan ASEAN.

10

Mesyuarat bulanan dengan KPDNDHEP untuk membangkitkan isu-isu tertentu yang berkait dengan ahli-ahli ke Unit Jualan Langsung.

13

Berita terkini melalui buletin bulanan tentang semua perkara yang berkaitan dengan industri dan juga menerima naskah pekeliling bagi kemas kini perkara-perkara yang segera.

8

antuan dan rujukan kepada 60 persatuan jualan langsung yang bergabung di seluruh dunia apabila berkembang ke tahap global.

11

undang-undang utama dan perunding cukai antarabangsa, menyumbangkan perkhidmatan tahap tertinggi kepada ahli-ahli kita di dalam bidang-bidang ini.

14

DSAM menjalankan tinjauan tahunan dan mengeluarkan satu laporan tahunan industri, termasuk saiz padsaran, sumbangan segmen produk, dan lain-lain. Ini adalah untuk membantu ahli-ahli kita di dalam membuat perancangan dan ramalan.

9

Platform bagi membangkitkan isu-isu industri kepada berbagai kementerian, termasuk KPDNDHEP, Kementerian Kesihatan, Lembaga Perlindungan Data Peribadi, Dana Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Kastan Di Raja Malaysia dan lain-lain.

12

Menghadiri jamuan makan tengah hari bersama CEO dari semasa ke semasa untuk membincangkan isu-isu, bertukar-tukar pendapat, pengetahuan dan pengalaman pada tahap pengurusan tertinggi.

15

Dan lain-lain lagi.

17 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

AGAPE SUPERIOR LIVING SDN BHD

Tel: 603-2732 5716 Website: www.agapeatp.com

AMC ALLIED METALCRAFT CORPORATION

SDN BHD

Tel: 603-8081 7223

Fax: 603-8081 0277 Website: www.amc.info/en-my

AMERIC CORPORATION SDN BHD

Tel: 604-229 3470 Fax: 604-229 3480 Website: www.americ.com.my

AM LIFE INTERNATIONAL SDN BHD

Tel: 603-8070 7616

Fax: 603-8070 4616 Website: www.amlife.my

AMWAY (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-7946 2288 Fax: 603-7946 2399 Website: www.amway.my

ANA EDAR SDN BHD

Tel: 603-6189 0484 Fax: 603-6187 1530 Website: www.anaedarhq.com

ANT BUILDER CONCEPT SDN BHD

Tel: 013-338 8428 Website: www.abc360go.com

ASCEND 1 SDN BHD

Tel: 603-9520 2991 Website: www.ascend135.com

ASEA REDOX MALAYSIA SDN BHD

Tel: 603-2779 4012 Website: www.aseaglobal.com

ASIA HERBAL BIOTECH SDN BHD

Tel: 603-5622 2600 Fax: 603-5622 2900 Website: www.ahb2u.com

ATOMY MALAYSIA SDN BHD

Tel: 603-2718 8989 Fax: 603-2718 8988 Website: www.atomy.com/my

AVON COSMETICS (M) SDN BHD

Tel: 603-5033 2800 Fax: 603-5033 2900 Website: www.avon.com

BE INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD

Tel: 603-8605 8500 Fax: 603-8605 8501 Website: www.beintl.com

BEST WORLD LIFESTYLE SDN BHD

Tel: 603-9057 1133 Fax: 603-9057 2158 Website: www.bwlgroup.com

BIING HAN ENTERPRISE SDN BHD

Tel: 603-2144 1081 Fax: 603-2144 7443 Website: www.binghan.com

BRILLIANT POINT SDN BHD

Tel: 603-4142 0411 Fax: 603-4142 0415 Website: www.bpi2u.com.my

CADWARE PIONEER SDN BHD

Tel: 603-9171 6952

Fax: 603-9171 6951 Website: www.cw-pioneer.com.my

CHINI ENTERPRISE (M) SDN BHD Tel: 603-4048 1268

Fax: 603-4041 9918 Website: www.chini.com.my

CHUNGHO (M) SDN BHD Tel: 1800 88 6677 Website: www.chunghomy.com.my

CNI ENTERPRISE (M) SDN BHD Tel: 603-5569 4000

Fax: 603-5569 3308 Website: www.cni.my

CONFORER GLOBAL SDN BHD Tel: 603-9283 5289 Fax: 603-9285 3449 Website: www.conforer2u.com

COSWAY (M) SDN BHD Tel: 603-2116 1188 Fax: 603-2148 5444 Website: www.cosway.com.my

COWAY (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-2059 0001

Fax: 603-2166 1677 Website: www.coway.com.my

CREATIVE DREAMS INTERNATIONAL SDN BHD Tel: 603-7954 9196 Fax: 603-7954 9197 Website: www.creativedreams.net

CUCKOO INTERNATIONAL (MAL) SDN BHD Tel: 1800-88-8181

Fax: 603-9078 2538 Website: www.cckoo.com.my

DE OCEAN INTERNATIONAL (M) SDN BHD Tel: 604-824 4040 Website: deocean-int.com

DECHO BIO INTERNATIONAL SDN BHD

Tel: 603-5569 8850

Fax: 603-5569 8840 Website: www.dechobio.com

DIAMOND INTEREST SDN BHD Tel: 604-397 4675

Fax: 604-397 9230 Website: www.di2u.com.my

DND WORLD SDN BHD (FORMERLY KNOWN AS WORLDWELLNESS NETWORK SDN BHD)

Tel: 603-7788 7791

Fax: 603-7788 0949 Website: www.worldwellness.com.my

DOTERRA MALAYSIA SDN BHD

Tel: 603-2633 7888 Website: www.doterraeveryday.my/

DXN MARKETING SDN BHD Tel: 603-772 3388

Fax: 603-772 1188 Website: www.dxn2u.com

EDMARK (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-8070 2488

Fax: 603-8075 3366 Website: www.edmarker.com

EDUTEX TRADING SDN BHD

Tel: 605-313 9988 Fax: 605-312 8068 Website: www.swisspro.com.my ELKEN SDN BHD Tel: 603-8021 0088 Website: www.elken.com

ENAGIC (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-2282 2332 Fax: 603-2282 2335 Website: www.enagic-my.com

EXCELLENT HOUSEHOLD RESOURCES MALAYSIA SDN BHD Tel: 603-5892 1962 Website: www.eharta365.com

EXTEND MY NETWORK SDN BHD Tel: 607-5588 276 Fax: 607-5588 278 Website: www.extendintl.com

FITLINE (M) SDN BHD Tel: 603-8081 6680 Fax: 603-8081 6102 Website: www.pm-international.com

FLANTECH ASIA SDN BHD Tel: 604-537 2200 Fax: 604-537 0099

FOREVER LIVING PRODUCTS (M) SDN BHD Tel: 603-9282 0033 Fax: 603-9283 5055 Website: www.forever.net.my

FORLIFE RESEARCH SDN BHD

Tel: 603-7629 6800 Fax: 603-7629 6688 Website: www.4life.com

GANO EXCEL ENTERPRISE SDN BHD Tel: 604-734 6828 Fax: 604-732 3828 Website: www.ganoexcel.com.my

GOODARCH TECHNOLOGY SDN BHD Tel: 603-9054 7589 Fax: 603-9054 5689 Website: www.mygoodarch2u.com

GREATEN BRIDGE SDN BHD Tel: 603-8656 6399 Website: www.greatenbridge.com

GROLIER (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-2688 1688 Fax: 603-2070 5708 Website: www.grolier-asia.com

HDI NETWORK (M) SDN BHD Tel: 603-5633 0906 Fax: 603-5633 3129 Website: www.hdinetwork.com

HEALTHY FUTURES SDN BHD

Tel: 603-7620 6865 Fax: 603-7620 6857 Website: www.saladmaster.com

HEALTHY HOMES MARKETING (M) SDN BHD

Tel: 603-9221 2828 Fax: 603-9221 1868 Website: www.rainbowsystem.com

HEALTHY WAY (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 603-8656 9999 Fax: 603-8656 1232 Website: www.healthyway2u.com

HERBALIFE PRODUCTS MALAYSIA SDN BHD Tel: 603-2687 3800 Fax: 603-2687 6262 Website: www.herbalife.com

HOME DIRECT SHOPPING SDN BHD Tel: 603-2282 1233 Fax: 603-2282 1833 Website: www.bestproducts.my

I-LINKAGE SDN BHD Tel: 603-2713 1288 Fax: 603-2713 1822 Website: www.nutric.com

IMMERI SDN BHD Tel: 603-8230 8851 Fax: 603-8230 8852 Website: www.immeri.my

INFINITUS INTERNATIONAL (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 603-8079 1828 Fax: 603-8079 1829

JEUNESSE GLOBAL SDN BHD Tel: 603-7960 6005 Fax: 603-7960 9005 Website: www.jeunessemy.com

JUST ESSENTIALS SDN BHD Tel: 603-6143 9008 Website: www.just.com.my

K-LINK INTERNATIONAL SDN BHD Tel: 603-7948 2333 Fax: 603-7948 2338 Website: www.k-link.com

KYANI (M) SDN BHD Tel: 603-5022 0833 Fax: 603-5022 0836 Website: www.kyani.net

KZ1 GLOBAL SDN BHD Tel: 603-7960 1877 Fax: 603-7960 2877 Website: www.teamkz1.my

LEROY INTERNATIONAL SDN BHD Tel: 603- 8925 9999 Fax: 603-8922 2280 Website: www.leroyinter.com

LG ELECTRONICS (M) SDN BHD Tel: 603-7962 7777 Fax: 603-7962 7700 Website: www.lg.com/my

LIFEWAVE (M) SDN BHD Tel: 603-9771 0535 Website: www.lifewave.com

LIFEPHARM ENTERPRISES SDN BHD Tel: 603-3319 2442 Website: www.lifepharm.com

LONGRICH BIOSCIENCE (M) BHD Tel: 603-2289 0888 Fax: 603-2289 0828 Website: www.longrich.com

18 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
Direktori Ahli

LUXOR NETWORK SDN BHD

Tel: 603-7681 2233

Fax: 603-7681 2266 Website: www.luxornetwork.com.my

MANAMANA INTERNATIONAL SDN BHD

Tel: 603-7788 7791 Fax: 603-7788 7792 Website: www.manamanamall.com

MARKET MALAYSIA SHOP SDN BHD Tel: 603-2289 3388 Fax: 603-2289 3300 Website: www.mys.shop.com

MARY KAY (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-7711 7555

Fax: 603-7711 7556 Website: www.marykay.com.my

MAX HEALTH & LIVING WORLDWIDE (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-7494 1270 Fax: 603-7931 5018 Website: www.max.com/my

MAX PINE INTERNATIONAL HOLDINGS SDN BHD

Tel: 604-506 0185 Fax: 604-506 0187 Website: www.maxpineinternational.com

MDDCONNECT HOLDINGS SDN BHD Tel: 603-2710 5767

MOI WORLDWIDE SDN BHD

Tel: 603-9221 0586 Fax: 603-9221 0586

MORINDA (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 6017-629 1377 / 6017-376 4810 Website: www.morinda.com

MPI MULTI-PURE INTERNATIONAL SDN BHD

Tel: 603-2242 4188 Fax: 603-2242 4886 Website: www.mpibodyline.com

NATURAL HEALTH FARM MARKETING (M) SDN BHD

Tel: 603-5569 3721 Fax: 603-5569 0139 Website: www.nhf.com.my

NEFFUL (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 603-2031 1177 Fax: 603-2031 1155

NHTC WELLNESS PRODUCT MALAYSIA

SDN BHD

Tel: 603-2703 1030 Website: https://malaysia-en.nhtglobal.com

NORWEX MALAYSIA SDN BHD

Tel: 603-3099 3339 Website: www.norwex.com

NU SKIN (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-2170 7700 Fax: 603-2170 7799 Website: www.nuskin.com.my

N.Z. NEW IMAGE SDN BHD

Tel: 603-7940 3688

Fax: 603-7940 3600 Website: www.newimageasia/my

ODC INTERNATIONAL (M) SDN BHD

Tel: 603-8051 0033 Website: www.e-odc.com

ODO SDN BHD Tel: 606-312 1199

OLA BEZELA SDN BHD Tel: 603-5632 4313 Website: www.natura.com/my

OMNI AAA (M) SDN BHD Tel: 603-6207 9811 Fax: 603-6207 9812 Website: www.omniaaa.com

OMX NUTRITION SDN BHD

Tel: 603-8025 9103

Fax: 603-8025 9110 Website: www.omx.com.my

OPTIMO INTERNATIONAL SDN BHD

Tel: 603-5192 1989 Fax: 603-5192 1978 Website: www.optimo.my

PERFECT PENTAGON SDN BHD

Tel: 603-7620 3800 Fax: 603-7620 8282 Website: www.perfect100.com.my

PHHP MARKETING (M) SDN BHD Tel: 607-861 9889 Fax: 607-861 5023 Website: www.phhp.com.my

PURE N FRESH MARKETING SDN BHD

Tel: 604-730 1720 Website: www.purenfresh.com.my

QNET (M) SDN BHD Tel: 603-7967 9888 Fax: 603-7957 5142 Website: www.qnet.net.my

RELIV INTERNATIONAL SDN BHD Tel: 603-5638 8788

RETURN LEGACY SDN BHD

Tel: 03- 61446399 Website: www.returnlegacy.com.my

REVELL SDN BHD

Tel: 603-4021 3800 Website: www.revellglobal.com

RICHNERGY INTERNATIONAL SDN BHD

Tel: 603-7499 2348

Fax: 603-7492 2219 Website: www.richlegacy2u.com

RIWAY (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 03-77345939 Website: www.web.riway.com

SACHAWAY SDN BHD

Tel: 607-558 2188 Website: www.inchaway.my

SAHAJIDAH HAI-O MARKETING SDN BHD

Tel: 603-3348 8588

Fax: 603-3348 8133

Website: www.sahajidahhai-o.com.my

SHAKLEE PRODUCTS (MALAYSIA) SDN BHD

Tel: 603-5622 3188

Fax: 603-5622 3199 Website: www.shaklee.com.my

SHUANG HOR ENTERPRISE (M) SDN BHD

Tel: 603-6275 8818

Fax: 603-6276 6822 Website: www.shuanghor.com.my

SIANG HIN NETWORK SDN BHD

Tel: 603-7960 7322 Fax: 603-7960 7323 Website: www.grandsun.com.tw

SINGER (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 603-7985 9090 Fax: 603-7985 9199 Website: www.singer.com.my

SK MAGIC RETAILS MALAYSIA SDN BHD Tel: 603-2716 6399 Fax: 603-2716 6400 Website: www.skmagic.com.my

STEMTECH MALAYSIA SDN BHD

Tel: 603-7980 2007 Fax: 603-7980 9700 Website: www.stemtech.com

STEMEY (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 604-646 9028 Fax: 604-646 7153 Website: www.stemeyglobal.com

STOLLE (M) SDN BHD Tel: 603-7498 0606 Website: www.stolle.com.my

SUCCESSMORE BEING (MALAYSIA)

SDN BHD

Tel: 603-6150 2066 Website: www.successmore.com

SUNRIDER INTERNATIONAL (MALAYSIA)

SDN BHD

Tel: 603-4253 3266 Fax: 603-4251 4986 Website: www.sunrider.com

SUPERLIFE WORLD SDN BHD Tel: 603-9202 6566 Website: www.superlifeworld.com

SWISDERM INTERNATIONAL (M) SDN BHD Tel: 603-5879 8544 Fax: 603-5879 8544 Website: www.swisderm.com

SYNERGY WORLDWIDE MARKETING

SDN BHD

Tel: 603-7710 8228 Fax: 603-7710 9229 Website: www.synergyworldwide.com

TDC HOLDINGS SDN BHD

Tel: 6016-561 3380 Website: www.tdchb.com

THANKS AI SALES & MARKETING

SDN BHD Tel: 603-7932 1613 Fax: 603-7932 1619 Website: www.thanksai.my

TIENS HEALTH DEVELOPMENT (M) S

DN BHD

Tel: 603-2201 8233 Website: www.tiens.com.my

TOTALIFE (M) SDN BHD

Tel: 603-6144 0528 Website: www.totalife.com.my

TOTAL REACH MARKETING SDN BHD Tel: 603-7877 6500 Fax: 603-7874 4294 Website: www.newlife.my

TRUE MIX SDN BHD Tel: 603-7804 9326 Fax: 603-7806 9326 Website: www.thermomix.com.my

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA SDN BHD

Tel: 012-201 6266 Website: www.tupperwarebrands.com. my

UGS NETWORK SERVICE (M) SDN BHD

Tel: 603-5879 1586 Fax: 603-5871 9587 Website: www.ugsnetwork.com.my

UHS ESSENTIAL HEALTH (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 603-2246 0800 Fax: 603-2246 0901 Website: www.usana.com

UNICITY MARKETING SDN BHD Tel: 603-7968 9911 Fax: 603-7968 0888 Website: www.unicity.com

VII NUTRITION SDN BHD Tel: 603-9766 5388 Website: www.viinutrition.com

VING VOIZ SDN BHD Tel: 603-8966 3088 Website: www.vingvz.com

VIVA LIFE SCIENCE SDN BHD Tel: 603-7859 8248 Fax: 603-7859 8249 Website: www.vivalife.com.my

WEALTHY PENTAGON SDN BHD Tel: 603-2280 0068 Fax: 603-2280 0568 Website: www.easecoxgroup.com

W MYTHS INTERNATIONAL HOLDINGS SDN BHD Tel: 604-502 2270 Website: www.wmyths.com

YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD Tel: 609-844 2775 Fax: 609-848 4775 Website: www.ymr2.net

YOUNG LIVING (MALAYSIA) SDN BHD Tel: 603-2280 1000 Fax: 603-2280 1002 Website: www.youngliving.com/en_MY

ZINZINO MALAYSIA SDN BHD Tel: 603-7955 2222 Fax: 603-7956 2222 Website: www.vmalife.com

ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD Tel: 604-616 2020 Fax: 604-641 3020 Website: www.zhulian.com.my

27 VENTURE SDN BHD Tel: 603-8051 7352 Website: www.27group.com.my

19 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.