OKTOBER 2015 • MUHARAM 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X
Koyaknya Tabir Akidah
Membentuk Fikrah Ummah
Akhir zaman, akidah senipis kulit bawang. Mungkin benar ungkapan sedemikian, justeru kita melihat umat akhir zaman ini, mudah benar rosak akidah mereka. Semuanya berpunca dari kejahilan. Mereka tidak mampu lagi membezakan, di antara akidah yang betul dan yang salah. Mari kita lihat beberapa pernyataan berikut.
>4
MAIS Gesa Umat Islam Menderma Secara Bijak
Kebelakangan ini, kejadian memungut derma di tempat awam di Negeri Selangor semakin menjadi-jadi dan dilihat begitu berleluasa. Ini berpunca daripada.... >10
Wacana Pemimpin Galak Pimpinan Masyarakat Bantu Dakwah Zakat
Konsep Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah ‘Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jemaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jemaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu’. HR Bukhari.... 3
KAJANG, 29 September 2015—Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Wacana... >12
Syarahan Umum Dan Perasmian IRTI Corner Library IRCIEF-KUIS Bandar Seri Putra, 17 September Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS telah melaksanakan syarahan umum yang kedua dimana ia adalah di bawah program “2015 Quarterly Islamic.... >11
LANGGANI PRODUK
MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)
WASIAT Mengurus Wasiat Anda
HIBAH Pemegang Amanah Untuk Pemberian Dan Sedekah Anda
WANG ORANG BERHUTANG Menerima Wang Penghutang yang Gagal Memulangkan Hutang
HARTA LUQATAH Menerima harta yang dijumpai
WANG TIDAK PATUH SYARIAH Wang Syubhah / Wang Haram
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042
www.mais.gov.my Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar
© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my
Fakta: Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man’s Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. (Muslims Rituals and their effect on the person’s health)
Interaktif:
Dakwah & Kerohanian: Malaysia Prayer Times
Satu aplikasi ringkas yang memaparkan Waktu solat mengikut tempat yang kita duduki pada waktu semasa. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan: - Kompas - Peta ke lokasi masjid yang paling hampir dengan kita - Loceng penggera untuk solat sunat dan solat wajib
FOKUS Edisi • Oktober 2015 • 3
Konsep Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah Kembali kita mengenang semula hakikat sebenar firqah atau kumpulan yang dijanjikan sebagai golongan yang selamat dan dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad SAW kepada sesiapa yang berpegang teguh kepadanya. Adakah kita termasuk golongan tersebut? Siapakah golongan tersebut? Eloklah kita melihat semula penulisan yang pernah ditulis oleh tokoh terkenal iaitu Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam memperincikan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Oleh: Daudlin Bin Abdullah Pengarah Penyelidikan (MAIS) daudlin@mais.gov.my
M
azhab Ahli’s-Sunnah WalJama’ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan ‘deployment’ proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi. Penggunaan istilah jama’ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu ‘jamaah’ dan ‘firqah’ dengan pluralnya ‘firaq’. Dalam Sunan Ibn Majah satu riwayat dari Abu Hurairah RA: Maksudnya: ‘Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan’. Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik bahawa baginda SAW bersabda Maksudnya:’Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab’ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-
benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka’ Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?’. Jawab Baginda ‘Jama’ah’. Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah ‘jama’ah’. Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa’id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai. Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah ‘al-Jama’ah’. Kepentingan berpegang kepada jama’ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Huzaifah bin al-Yaman RA, katanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahanam pada akhir zaman, katanya, ‘Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita’. Lalu Huzaifah bertanya, ‘Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?’. Jawab Baginda: ‘Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu’. Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari yang riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman;. Sabda Baginda: Maksudnya: ‘Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau menin-
ggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu’. Siapakah yang dimaksudkan dengan Jemaah Muslimin? Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA Baginda diriwayatkan bersabda: Maksudnya: ‘Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra’il. Bani Isra’il telah berpecah menj’adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab’ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab’in millatan) melebihi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan). Mereka bertanya Baginda, ‘Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?’. Jawab Baginda, ‘(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana ‘alaihi wa ashabi)’. Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda SAW, maka dalam hadith riwayat Tirmidhi, ‘Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi SAW menyampaikan pengajaran yang cukup bermakna, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka
pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki ‘Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?’ Lalu Baginda SAW bersabda: Maksudnya: ‘Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekalian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu’. Hadith hasan sahih. Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi SAW dan perjalanan para Khulafa’ alRasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar. Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi SAW dan perjalanan Khulafa’al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu perjalanannya. Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajarnya yang dituntut oleh Syara’. Inilah sejarah serba sedikit asal usulnya yang dikatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebelum datangnya imam-imam aliran akidah yang membawa kepada pegangan akidah al-Asha’irah dan alMaturidiyyah yang menjadi pegangan terbesar umat Islam di Malaysia sejak berzaman. Edisi
Gambar hiasan
ISU 4 • Edisi • Oktober 2015
Koyaknya Tabir Akidah Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) hamizul@e-zakat.gov.my
“
Mujur aku ke dukun hari tu. Dia punya jampi, memang hebat. Bisnes aku untung gila.” “Doktor pakar di hospital itu memang tiada tandingan. Mujurlah dia sempat bedah aku, jika tidak mungkin aku dah jadi arwah.” “Saya ini ketua kampung tuan-tuan semua, sebab itu saya dapat saya bina jambatan baru ini. Jika tidak, sampai kiamatlah tuan-tuan terpaksa naik perahu menyeberang sungai.” Inilah antara ungkapan-ungkapan yang boleh merosakkan akidah. Kenapa? Ya, kerana ia telah mengenepikan Allah SWT sama sekali sebagai ‘pengizin’ kejadian. Sedangkan, tidak ada satu apa pun yang boleh memberi bekas (kesan), melainkan dengan izin Allah SWT. Sebab itu kita diajar mesti ‘meyandarkan’ setiap ungkapan dengan ‘insya-Allah’, yang bererti dengan ‘kehendak dan keizinan’ Allah SWT. Firman Allah SWT: “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. (al-Kahfi: 23)
Gambar hiasan
Akhir zaman, akidah senipis kulit bawang. Mungkin benar ungkapan sedemikian, justeru kita melihat umat akhir zaman ini, mudah benar rosak akidah mereka. Semuanya berpunca dari kejahilan. Mereka tidak mampu lagi membedakan, di antara akidah yang betul dan yang salah. Mari kita lihat beberapa pernyataan berikut.
Akidah Itu Tapak Binaan Demikianlah, akidah itu sememangnya asas atau tapak bagi sebuah binaan (foundation). Kukuh atau goyah sesebuah binaan, bermula dari asasnya. Jika bangunan dibina dengan teliti, menggunakan bahan termahal, dibina oleh tukang paling mahir, namun semuanya akan ranap jika asas tidak kuat. Terkena gempa sedikit sahaja pun, sudah retak di sana sini. Akhirnya tidak selamat didiami dan menyembah bumi. Kita sewajarnya sedar, akidah yang sahih itu ialah mengesakan Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa sekali pun. Asasnya ada dinyatakan Allah SWT di dalam alQuran. Firman Allah SWT: “Dan tidak ada satu pun yang sekufu (sama) dengan-Nya.” (al-Ikhlas: 4) Mungkin ada yang berkata, saya tidak pernah menduakan Allah SWT.
Benar, tapi menduakan Allah SWT bukan sekadar pada zat-Nya (diri Allah SWT), tetapi juga pada segala sifat dan perbuatan-Nya. Jika sampai ada yang mempercayai, makhluk boleh menyembuhkan penyakitnya, atau mendatangkan mudarat atas dirinya, maka itu juga termasuk ‘menduakan’ Allah SWT. Pernyataan-pernyataan di atas tadi adalah contohnya. Sebab itulah, penting bagi kita mempelajari dan memahami ilmu akidah Islam. Ia bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Biar pun mungkin ada di kalangan kita yang pernah belajar Sifat 20 dan merasa susah menghafal segala sifat berkenaan, hakikatnya itu adalah salah satu cara para ulama memahamkan umat tentang akidah. Sifat 20 dirangka agar kita lebih mengenal Allah SWT. Itu yang utama. Misalnya sifat wujud, ia ada perkai-
tan dengan kehidupan. Jika ada manusia yang menyatakan alam jagat ini tercipta dengan sendirinya, maka ia tidak dapat diterima akal. Setiap sesuatu yang wujud di dunia ini, mesti ada yang menciptakannya. Maka yang Maha Pencipta itu mestilah wujud terlebih dahulu, itulah Allah SWT. Malah wujud atau adanya Allah SWT itu berbeza dengan wujudnya makhluk. Adanya Allah tidak dimulai dengan tiada, sedangkan makhluk sebelumnya tiada. Hal ini perlulah ditekuni kepada ulama yang fakih mengenai ilmu tauhid atau akidah, maka baharulah manusia akan lebih memahaminya. Puncak Kefahaman Akidah Puncak di atas kefahaman kita kepada ilmu akidah, ialah kita menjadi orang yang dekat dengan Allah SWT. Bukan sekadar dilafazkan dengan lidah akan kewujudan Allah SWT, dan diakui dengan hati, tetapi lebih utama dijelmakan dalam tindakan dan perkataan. Orang yang berakidah, pancarannya adalah pada tindakan dan perkataannya. Orang yang berakidah, tidak akan mudah mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Allah SWT. Jika di dalam al-Quran sudah diberitahu bahawa tiada nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, maka tiada sebab lagi untuk sesiapa pun mempercayai adanya nabi baharu di zaman kini. Allah SWT berfirman: “Dia (Muhammad) adalah Rasulullah dan penutup para nabi.” (Al-Ahzab: 40) Maka, tidak ada sebab lagi untuk mengimani Rasul Melayu, yang mengakui dirinya nabi. Apatah lagi sampai mengimani Ayah Pin sebagai tuhan. Itu lebih tidak masuk akal. Kerana semuanya adalah perakuan yang bercanggah dengan al-Quran dan alhadis. Kesimpulannya, kekuatan tabir akidah berpunca dari ilmu. Orang yang berilmu mampu menepis badai cubaan keimanan, dan mampu juga mengawal haluan bahtera kehidupan agar tidak sampai dirosakkan oleh angin yang menggila lajunya. Allah SWT juga pasti akan membantu orang yang berusaha memperbaiki dirinya. Maka, marilah kita sama-sama menjaga akidah dan memastikan para perosak akidah itu dapat ditangani sebaik-baiknya. Ingatlah, dosa paling besar adalah melibatkan akidah. Tidak akan tercium bau syurga orang yang sudah rosak akidah. Buatlah amalan baik sebanyak mana sekali pun, tiada faedahnya. Di akhirat, tetap ke neraka. Wallahua’lam.
Edisi
GENERASI•Q Edisi • Oktober 2015 • 5
Wajah Pemuda Islam Berteraskan Akidah Yang Mantap Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam satu artikelnya yang bertajuk “al-jil al-nasr” atau “generasi kemenangan” menukilkan bahawa khazanah Negara yang paling berharga bukanlah emas, perak, bukan hasil mahsul, tetapi kekayaan yang paling bernilai ialah manusia. Menurut beliau, sebaikbaik anugerah daripada manusia ialah zaman belia atau zaman pemuda. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman kekuatan di antara dua pihak, iaitu zaman kanak-kanak dan zaman warga emas. Zaman pemuda adalah zaman yang paling gemilang bagi setiap insan. Zaman itu adalah zaman produktif, zaman membangun dan membina. Ia adalah satu anugerah Allah yang amat bernilai.
Oleh: Dr. Zulkefli bin Aini, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia zulaini@ukm.edu.my
J
usteru, lihat keadaan generasi pemuda kita. Adakah mereka berfikir hanya untuk memenuhi hawa nafsu dan perutnya sahaja bukan berfikir untuk kepentingan umat, bangsa dan negaranya. Jika begini keadaan pemuda kita, dibimbangi pemuda kita akan hanyut dibawa arus nafsu yang akan memusnahkan masa hadapannya dan juga Negara. Sebaliknya apabila mereka mengisi zaman kepemudaan mereka dengan mempertahan dan memperkukuhkan akidah, mengukuhkan syariat dan memperkemaskan diri dengan akhlak, di samping mempunyai wawasan yang baik, mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai cita-cita besar demi agama yang dicintai, In Sya Allah, Negara akan berada di landasan yang betul bagi mencapai Negara yang baik dengan mendapat keampunan dari Allah S.W.T. Ciri-ciri tersebut yang kita dambakan adalah bersumberkan daripada al-Quran, apabila kitab suci itu menceritakan tentang kisah tokoh pemuda yang sanggup berjuang demi agama dengan mempertahankan akidah mereka daripada unsur-unsur syirik. Antaranya ialah: 1. Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang menghancurkan berhala yang disembah oleh kaumnya sehingga di-
hukum bakar oleh Raja Namrud. Walau bagaimanapun Baginda diselamatkan oleh Allah S.W.T. daripada kezaliman mereka. 2. Kisah Nabi Yusuf a.s. yang diuji dengan godaan seorang wanita yang berpengaruh daripada melakukan sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. sehingga sanggup dipenjarakan demi menjaga akidah. 3. Kisah Nabi Musa a.s. yang ditemani oleh Nabi Harun a.s. yang menerima perintah Allah S.W.T. untuk berdakwah kepada Firaun demi menjaga kemurniaan akidah. 4. Kisah Ashabul Kahfi yang bertindak mempertahankan akidah sehingga terpaksa melarikan diri dari kampung halaman mereka sendiri. 5. Kisah Ashabul Ukhdud yang mengorbankan kepentingan diri demi menjaga akidah yang diyakininya sehingga terkorban akibat kezaliman pemerintah. Malah dalam lipatan sirah nabawiyyah, kita dapati bahawa Rasulullah s.a.w. menjadikan agenda akidah sebagai agenda utama dalam misi dakwahnya di Makkah. Malah dalam misi mempertahankan akidah umat Islam pada ketika itu, Baginda s.a.w. melalui kekuatan wahyu dan daya perancangan Baginda s.a.w. mengatur suatu perjalanan yang penuh berliku dan dramatik ke Yathrib (Madinah). Di situlah kita dapati bahawa beberapa orang anak muda diberikan peranan oleh Baginda s.a.w. bagi memastikan misi hijrah ke suatu tempat yang diwahyukan men-
Gambar hiasan
jadi kenyataan. Kita membaca kisah `Ali bin Abi Talib yang berani menggantikan tempat pembaringan Baginda s.a.w. pada malam bermulanya perjalanan ke Madinah. Kita membaca kisah Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq r.a., dan Abdullah bin Abi Fuhairah r.a. yang turut berperanan dalam peristiwa tersebut. Dalam sejarah juga kita pernah diperdengarkan dengan kisah Muhammad al-Fatih yang berjuang di medan Istanbul demi perjuangan mengangkat agama Allah S.W.T. yang akhirnya Islam dapat diamalkan di Negara tersebut. Justeru, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi mencadangkan bagi membina generasi pemuda yang mempunyai kekentalan akidah supaya dapat berperanan di tengah-tengah ummat ialah: 1. Semua pihak perlu serius dalam agenda pembinaan generasi yang terdidik dengan didikan Islam secara sepadu. 2. Komited mahu melahirkan pemuda yang mempunyai ciri-ciri kecemer-
langan dari segi ilmu, akal fikiran, fizikal, kemasyarakatan, ekonomi, teknologi dan kebudayaan. 3. Bersungguh-sungguh melahirkan dan membina generasi yang seimbang dan sederhana dari segi pemikiran dan tingkah laku. Di akhir artikel tersebut, beliau memberikan pengharapan yang tinggi kepada generasi pemuda dengan katakata “kamu semua adalah harapan bangsa. Kamu adalah cita-cita umat. Kamu adalah pembentuk masa hadapan umat. Lunaskanlah perjuangan, Allah akan bersama kamu dalam usaha yang mulia ini. Allah tidak mensiasiakan usaha kamu”. Demikianlah harapan seorang ilmuan muslim yang mahu memastikan generasi pemuda berada di atas landasan yang betul mempunyai kekuatan akidah dan syariah serta kemurniaan akhlak. Semuga pemuda kita boleh menampilkan suatu wajah dan citra yang melambangkan generasi kemenangan di dunia bagi meraih kecemerlangan di akhirat. Edisi
BICARA MUFTI 6 • Edisi • Oktober 2015
Ancaman Akidah Di Alaf Baharu:
Ulasan Fatwa Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama LATARBELAKANG
Pemikiran liberalisme dan pluralisme dalam agama di Malaysia bukanlah isu baru, malah seawal tahun 2004 ia telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Panel Penasihatan Aqidah JAKIM bagi mendedahkan tembelang serta kecelaruan pemikiran ini. Hal ini seterusnya mendapat perhatian Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor pada 2011 untuk memanjangkan kertas kajian berkaitan pemikiran tersebut. Setelah mengambilkira kesan negatif pemikiran songsang ini terhadap masyarakat Islam di negara ini dan masyarakat Islam di Selangor khususnya, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan berpandukan kepada kertas kajian yang dipanjangkan dari Jabatan Agama Islam Selangor membuat keputusan seperti berikut: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 03/2013 yang telah bersidang pada 06 Jun 2013 memutuskan bahawa: “SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam”.
Oleh: Ustaz Hj. Mat Jais Bin Kamos Ketua Penolong Mufti Jabatan Mufti Selangor jais@muftiselangor.gov.my DEFINISI Antara elemen penting dalam memahami sesuatu isu adalah dengan memahami definisi yang diberikan oleh para ilmuwan berkaitan perkara tersebut, tafsiran yang tidak tepat bukan sahaja mengakibatkan kekeliruan kepada masyarakat awam, bahkan kepada tokoh-tokoh besar baik dalam bidang akademik mahupun politik dalam memberikan pandangan lantaran kegagalan untuk mendapatkan tafsiran yang tepat dan benar terhadap isu yang berlegar di dalam masyarakat dan lebih parah lagi apabila tafsiran yang salah itu melibatkan tafsiran agama yang melibatkan aqidah umat Islam. Terdapat pelbagai takrif dan definisi yang diberikan terhadap istilah liberalisme dan pluralisme agama, menurut kamus dewan, istilah liberal membawa makna : Bersifat condong kepada kebebasan atau berpandangan bebas dan terbuka. Manakala menurut pengertian sarjana politik barat istilah liberalisme berasal dari perkataan latin ( liber ) yang merujuk kepada kebebasan di mana masyarakat seharusnya dibebaskan daripada kongkongan kerajaan dan diberi hak untuk bersuara dan menentukan corak kehidupan mereka. Selain itu liberalisme juga boleh difahami sebagai satu falsafah politik yang menekankan nilai-nilai kebebasan individu. Kesimpulan daripada beberapa tafsiran yang dirujuk, istilah libralisme dapat difahami sebagai satu ideologi yang mendokong prinsip kebebasan dan kepentingan hak individu, persamaan ( equality ) dan menjunjung tinggi kerasionalan akal manusia serta mengiktiraf peranan manusia sebagai makhluk politik dan seterusnya tafsiran ini diluaskan lagi ke dalam kehidupan beragama. Manakala definisi pluralisme agama secara bahasa dan istilahnya berasal dari dua patah perkataan, iaitu pluralisme dan agama. Dalam bahasa Arab diterjemahkan “al-t’addudiyyah
al-diniyyah” dan dalam bahasa Inggris “religious pluralism”. Istilah pluralisme agama berasal dari bahasa Inggeris, Pluralisme bererti jama’ atau lebih dari satu. Dalam sesetengah rujukan pluralisme ditafsirkan sebagai: 1. Pluralisme disamakan dengan toleransi, yakni bermakna toleran dan hidup bersama secara rukun untuk mencegah dan mengelak pertikaian dan peperangan. 2. Pluralisme yang bermakna agama adalah satu. Semua agama datang dari sisi Tuhan, tetapi mempunyai bentuk yang berbeza-beza. 3. Pluralisme membawa maksud hakikat yang banyak dan kita tidak memiliki hanya satu hakikat (kebenaran adalah milik setiap orang). Kepelbagaian akidah dan pegangan yang saling bertentangan, terlepas dari perbezaan pemahaman kita, semuanya adalah hakikat dan benar. 4. Hakikat, merupakan totalitas dari bahagian-bahagian dan unsur-unsur, di mana masing-masing dari setiap unsur dan bahagian ini ditemukan dalam setiap agama-agama. Secara ringkasnya jika perkataan pluralisme itu digandingkan dengan perkataan agama maka ia akan membawa kepada maksud negatif yang sesuai dengan doktrin kebebasan pemikiran bukan sahaja dalam hal-hal keduniaan tetapi juga menyentuh hal-hal berkaitan akidah yang boleh merosakkan pemikiran seseorang. CIRI-CIRI LIBERALISME Antara kecelaruan yang menjadi pegangan golongan ini ialah: Aspek akidah a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung. b. Akal Manusia Adalah Wahyu Aliran ini membahagi wahyu kepada
dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman. c. Meragui Ketulinan Al-Quran Aliran pemikiran ini mendakwa alQuran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab. Aspek Syariah a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran alQuran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna. b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti. d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam. e. Sikap Terhadap Hukum Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum. KESIMPULAN Apa yang diketengahkan pada siri ini hanyalah merupakan sebahagian kecil daripada cabaran yang melanda umat Islam di negara kita. Dalam mendepani cabaran ini, umat Islam wajib memantapkan akidah berdasarkan akidah ahli sunnah wal jamaah, di samping mengambil peduli bentuk-bentuk serangan musuh-musuh Islam yang bergerak atas nama Islam. Dan inilah jihad sebenar umat Islam iaitu dengan memerangi segala bentuk kejahilan dalam diri umat Islam sendiri. Wallahu Ta’ala A’lam. Edisi
INFO HALAL Edisi • Oktober 2015 • 7
Menyaring Maklumat “Halal” Di Media Sosial Oleh: Halim Bin Mokhtar Penolong Pendaftar Kanan, Bhg. Pengurusan Korporat KUIS halim@kuis.edu.my
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada (berhati-hati) akan kebenarannya”. (al-Hujurat: 6)
M
utakhir ini kita sering dibanjiri dengan maklumat yang disalur melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatssapp dan sebagainya. Lambakan maklumat yang diterima secara terbuka dalam menyatakan kebenaran dan kepalsuan tanpa ruang untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya. Segala maklumat yang diperolehi tanpa asas kebenaran dan tanpa sanad pastinya mengundang kepada kekeliruan dan fitnah kepada masyarakat. Lebih menarik lagi apabila tokoh atau ikon tersohor turut terlibat dan dimanupulasi bagi memastikan maklumat yang di salurkan lebih panas, sensasi dan meletup. Akibatnya berbagai persepsi yang timbul yang dapat merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Dalam media sosial hari ini maruah dan harga diri manusia boleh dijual dengan begitu murah. Seseorang akan begitu mudah dengan menfitnah orang lain dalam segenap penjuru dari perkara yang nyata sehinggalah yang sulit dan privacy. Seakan mereka merasa dosa memfitnah orang melalui maya itu tidak akan dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari hari kiamat kelak. Para pengguna media sosial yang menerima maklumat dengan mudah untuk like, share dan viral bagi masyarakat menghukum dan memburukkan orang lain. Lebih dahsyat lagi jika penyebaran fitnah itu ada yang menggunakan nama agama, kononnya atas nama perjuangan Islam lalu DIHALALKAN apa yang diharamkan oleh al-Quran dan Sunah, lalu terhukumlah manusia tanpa bukti atas nama media sosial.
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau persepsi semata-mata. Maka betapa banyak fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ianya tidak digemari oleh cakap orang ramai. Kejahilan manusia tidak boleh merubah hakikat kebenaran. Demikian pembohongan yang diterima ramai tidak boleh mengambil tempat kebenaran. Dalam Islam, dalil dan alasan atau fakta dan angka adalah apa yang ditegaskan oleh Allah dan RasulNya. Jika kita mengubah prinsip ini dalam mengenali kebenaran seperti menjadikan suara ramai sebagai pengukur utama kebenaran, maka banyaklah kesilapan atau kesalahan, bahkan kesesatan akan dianggap kebenaran begitu juga sebaliknya. Kita diajar supaya berhati-hati dan mengkaji kesahihan sesuatu berita yang datang sebelum ia diterima, dipercayai dan disebarkan. Sikap ber-
taklid buta iaitu terus mempercayai begitu sahaja tanpa mengkaji terlebih dahulu menyebabkan seseorang itu terus menerus berada dalam kejahilan dan kekeliruan. Maka pasti setiap individu bertindak dan bertanggungjawab menyaring atau Tabayyun setiap maklumat yang diterima untuk menentukan tahap keshahihan dan kebenaran. Oleh itu maklumat yang benar dan tepat dapat menjadikan kita sebagai seorang yang mampu untuk menilai, berfikir dan yang paling utama adalah bertindak di atas asas kebenaran yang kukuh dan menepati kehendak umum serta HALAL digunakan. Konflik yang berlaku akibat daripada kekaburan maklumat yang diterima menjadikan seluruh masyarakat dalam keadaan sentiasa syak wasangka dan membuat persepsi sendiri yang boleh mengundang mudarat kepada masyarakat. Inilah bala dan musibah yang mesti di ambil peduli dan sikap yang tegas dalam memastikan dan menyampaikan maklumat yang betul dan tepat. Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat. Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai tanggungjawab, kejujuran dan amanah. Media sosial menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalamnya
sentiasa terpandu dengan nilai ini dan bertanggungjawab dalam menyampai, menerima dan menyaring maklumat khususnya dalam meyampaikan risalah dakwah. Bagi memahami isu ini, ada dua perkara yang wajar diberi perhatian: Siapakah yang membawa maklumat? Apakah maklumat dibawa? Berdasarkan firman Allah dalam surah al Hujurat, maka prinsip Tabayyun adalah penting kerana bentuk lafaz fatabayyanu di atas berbentuk fi’lul amri (kata perintah). Hal ini memberikan pengertian bahwa tabayyun itu suatu kewajiban bagi memastikan kesahihan maklumat, sebelum kita membuat sebarang persepsi dan kesimpulan terhadap isu yang diterima dan menyaring serta menilai maklumat sebelum disebarkan dengan meletakkan nilai maklumat berasaskan sumber dari siapa maklumat itu diterima. Antara langkah-langkah dalam menangani penyebaran maklumat “halal” antaranya merujuk autoriti agama dan mengenalpasti maklumat yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jangan sebarkan dengan mudah dan pastikan setiap maklumat yang diterima perlu dikaji kebenarannya sebelum disebarkan kepada pihak ketiga. Mengabaikan manfaat dan ancaman akibat yang dijanjikan dalam penyebaran maklumat seperti “Surat Berantai” dan menguatkuasakan perundangan dengan tegas dalam kategori jenayah siber. Namun, risiko tersebarnya keburukan adalah terbuka luas bahkan kerosakan berskala besar boleh terjadi dengan sekelip mata jika tidak cermat menggunakannya. Kehidupan dalam era teknologi maklumat hari ini dikira sebagai ibadah dan membuahkan barakah serta hikmah untuk membina diri kita semua sebagai umat yang beriman dan berilmu, seterusnya ilmu yang diakses menjadikan kita umat yang diiktiraf ketaqwaan kepada Allah. Media sosial diibaratkan sebagai sebilah pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Islam adalah agama yang sangat menggalakkan umatnya untuk membaca, berfikir, mengkaji, meneliti dan seterusnya menyaring maklumat dan memilih yang terbaik diyakini, rujuklah ke medium yang berautoriti dan berintegriti dalam mencari maklumat dan menerima maklumat. Prinsip Tabayyun mestilah sentiasa diamalkan dalam menyampaikan diri kepada keredhaan Allah SWT. Edisi
SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Oktober 2015
Kepentingan Berguru Dalam Beraqidah Syarat penerimaan amalan kebaikan seseorang hamba disisi Allah ialah aqidah yang benar dan tepat dengan alQur’an dan petunjuk Rasulullah sallallahu alayhi wasallam. Sebaliknya segala kebaikan yang dilakukan sama ada ibadat yang berkaitan secara langsung dengan Allah subhanahu wata’ala seperti menunaikan solat, berpuasa atau pun ibadat yang berkaitan dengan manusia seperti memberi sedekah, menolong orang dalam kesusahan akan menjadi sia-sia sekiranya pegangan akidahnya tidak menepati petunjuk alQur’an dan al-Sunnah. Kepentingan pegangan akidah yang benar dibuktikan dengan usaha dakwah nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang memberi penumpuan kepada aspek akidah sepanjang 13 tahun dakwahnya di Mekah.
Gambar hiasan
Oleh: Salman Zainal Abidin Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS Kaedah pengambilan Ilmu dalam Islam Tradisi penyampaian ilmu dalam Islam tidak hanya melalui pembacaan dan penulisan semata-mata. Ini kerana tabiat kebanyakan disiplin ilmu dalam Islam tidak hanya berbentuk teori yang boleh difahami dengan cara membaca dan berfikir, tetapi perlu kepada petunjuk orang yang lebih mengetahui untuk menterjemahkan teori kepada amalan praktikal. Orang yang lebih mengetahui itu akan bertindak sebagai seorang guru yang membimbing bagaimana menterjemahkan sesuatu teori kepada amalan praktikal dengan kaedah yang betul.
Seperti contoh, pengetahuan tentang teori berwudhu’ dengan betul boleh diperolehi melalui pembacaan. Tetapi pemahaman bagaimana kaedah pelaksanaan teori berwudhu dengan sempurna tidak mungkin dapat dilakukan oleh seseorang melainkan dengan bimbingan dan tunjuk ajar seorang guru. Jika demikian halnya tentang ilmu Feqah yang berperanan memastikan ketepatan amalan-amalan ibadah seseorang hamba, sudah tentunya pemahaman tentang aqidah tidak akan dapat diperolehi dengan sempurna hanya dengan melalui pembacaan semata-mata. Ini kerana perkara-perkara akidah tidak menyentuh persoalan ibadah zahir seperti mana hal keadaan dalam ilmu feqah, malah aqidah menyentuh persoalan ghaib yang tidak mungkin dapat difahami melainkan
dengan bimbingan orang yang lebih mengetahui. Kisah Wasil bin ‘Atho’. Imam Hasan al-Basri terkenal sebagai salah seorang tabi’in yang masyhur kerana ketinggian ilmu dan kemuliaan akhlaknya. Dalam satu majlis ilmu yang dikendalikannya disebuah masjid, seorang lelaki telah bertanya tentang kedudukan orang-orang yang melakukan dosa besar. Imam Hasan al-Basri berfikir sejenak sebelum memberi jawapan, tiba-tiba salah seorang hadirin yang hadir, Wasil bin ‘Atho telah menjawab, “Aku tidak mengatakan orang yang melakukan dosa besar itu mukmin dan juga kafir, tetapi mereka berada di antara dua keadaan, tidak seorang yang beriman, dan bukan pula seorang yang kafir. Lantas, tanpa menunggu jawapan daripada Imam Hasan al-Basri, Wasil terus bangun dan pergi ke satu sudut lain mengulangi dan menegaskan jawapannya kepada ahli jemaah yang lain. Wasil bin ‘Atho’ dikenali sebagai pengasas kepada golongan Mu’tazilah, sebuah mazhab akidah yang dianggap menyeleweng dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Ternyata punca penyelewengan Wasil berpunca dari pemahamannya yang salah terhadap persoalan akidah serta mendahului guru yang muktabar, iaitu Imam Hasan Basri dalam merungkaikan persoalan yang ditanya oleh para hadirin. Demikian juga kesesatan yang berlaku kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat di zaman ini, kesemuanya berpunca dari pemahaman yang cetek tentang agama kerana menerima ilmu daripada orang yang tidak sepatutnya. Bolehkah memahami akidah melalui pembacaan? Secara umumnya, buku-buku dan bahan yang berkaitan akidah begitu banyak dan mudah diperolehi sama ada di kedai-kedai buku mahupun secara maya. Kesemua huraian-huraian tentang persoalan akidah kebiasaannya dicedok daripada kitab-kitab para ulama berdasarkan pemahaman para penulis. Justeru, akan didapati bahawa antara bahan yang sering menjadi rujukan adalah kitab-kitab seperti Matan Jauharah al-Tauhid, Matan al-Tohawiyyah dan lain-lain. Persoalan yang timbul adalah, adakah pembaca boleh memahami istilah-istilah yang diterangkan di dalam buku-buku tersebut tanpa merujuk kepada seorang guru? Istilah
akidah yang digunakan apabila membicarakan sifat-sifat Allah subhanahu wata’ala seperti sifat ma’ani, sifat salbi, tidak mungkin boleh difahami melainkan dengan penjelasan seorang guru. Mereka yang ingin memahami akidah hanya melalui pembacaan akan juga menghadapi masalah apabila merujuk kepada kitab-kitab kalangan ulama’ nusantara seperti Aqidah al-Naajin, Zahratul Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid dan lain-lainnya. Ini kerana selain penggunaan tulisan jawi lama yang tidak sama dengan ejaan jawi yang diguna pakai pada waktu ini, kitabkitab ini juga menggunakan gaya penulisan yang sangat berbeza dengan corak penulisan moden. Oleh yang demikian, adalah mustahil pemahaman akidah boleh diperolehi hanya dengan melalui pembacaan semata-mata. Oleh kerana akidah adalah persoalan pokok yang paling penting dalam menentukan keselamatan seseorang di hari akhirat, maka tidak ada jalan mudah bagi seorang Islam untuk memahami akidah melainkan dengan mencari guru yang muktabar. Kepentingan berguru dalam berakidah disimpulkan seperti berikut: 1. Akidah melibatkan persoalan ghaib yang tidak mampu difikirkan oleh akal dan pancaindera yang zahir. Percubaan untuk memahami akidah dengan panduan akal semata-mata tanpa bimbingan guru akan menatijahkan penyelewengan dalam memahami akidah. 2. Tradisi berguru dalam ilmu agama telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad salallahu alayhi wasalllam. Peristiwa yang dikenali dengan ‘Hadis Jibril’ mengisahkan kedatangan malaikat Jibril kepada baginda yang menanyakan beberapa persoalan dengan tujuan untuk mengajar sahabat-sahabat baginda tentang perkara-perkara pokok dalam agama. 3. Berleluasanya ajaran sesat yang menyebarkan dakyah melalui bahan bacaan yang sangat mudah diperolehi. Penerimaan secara melulu doktrin ajaran-ajaran tersebut tanpa bertanya kepada orang yang lebih tahu akan menjerumuskan seseorang kepada menganut fahaman ajaran sesat. Justeru, seorang Muslim yang sedar kepentingan akidah yang seharusnya berusaha mencari guru yang muktabar untuk membimbingnya kepada pemahaman akidah yang betul. Edisi
ARTIKEL KHAS Edisi • Oktober 2015 • 9
Biasiswa Pendidikan Tahfiz KUIS Lahirkan Para Huffaz Cemerlang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran Dan al-Qiraat dan Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Qiraat (Kepujian) telah memulakan pengambilan kumpulan pelajarnya yang pertama pada sesi Mei 2002, setelah mendapat kebenaran secara rasmi untuk mengendalikan kursus daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Pendidikan Swasta. Kewujudan Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat telah membuka peluang kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh Malaysia khususnya rakyat Selangor untuk menceburi bidang menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya termasuklah ilmu Qiraat.
Oleh: Halim Bin Mokhtar Penolong Pendaftar Kanan, Bhg. Pengurusan Korporat KUIS halim@kuis.edu.my
P
rogram ini dirancang bagi menyediakan graduan yang berdaya saing, berkemahiran dan berketrampilan dalam bidang alQuran dan al-Qiraat bagi memenuhi keperluan semasa dan tanggungjawab umma bagi membolehkan para pelajar menghafaz al-Quran dengan baik dan sempurna, di samping memahami secara mendalam tentang semua ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Qiraat serta cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan keduaduanya. Perlaksanaan sistem Talaqqi dan Musyafahah yang diamalkan oleh para ulama terdahulu serta pembela-
jaran berbentuk kuliah, syarahan dan tutorial, para pelajar akan dapat menjadi Huffaz al-Quran yang cemerlang. Bermula tahun 2015 semua pelajar tahfiz KUIS telah menerima biasiswa pendidikan Negeri Selangor di bawah Tabung Pendidikan Tahfiz Al Quran Wal Qiraat KUIS. Tajaan biasiswa terbuka kepada warganegara Malaysia meliputi pembiayaan yuran pengajian, yuran penginapan dan wang saradiri. Mahasiswa pengajian tahfiz di peringkat Diploma dan Ijazah layak untuk menerima biasiswa ini. Disamping itu program pengukuhan sahsiah dan kepimpinan menjadi agenda utama di dalam pembangunan mahasiswa tahfiz di KUIS untuk melahirkan Da’i, Ulama dan Umara. Pemberian biasiswa melalui Tabung Pendidikan Tahfiz di peringkat Diploma dan Ijazah akan memberikan
impak yang besar kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan sebagai sebuah negeri yang mengutamakan pendidikan rakyat dan bertanggungjawab untuk melahirkan para huf-
faz cemerlang demi tanggungjawab ummah dan menjamin kemakmuran negeri. Dengan menjadikan KUIS sebagai HUB untuk melahirkan para huffaz yang mendapat pendidikan dan pengajian di peringkat diploma dan Ijazah membuktikan bahawa pembangunan insan merupakan agenda yang utama di dalam membentuk sebuah negeri maju. KUIS akan terus melahirkan lebih ramai para huffaz yang akan memelihara al Quran yang dapat memberikan keberkatan kepada masyarakat dan negeri serta pembinaan negara Baldatun Tayyibatul Wa Rabbul Ghaffor. Kini KUIS terus membuka peluang dan ruang kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang tahfiz untuk melanjutkan pengajian di KUIS. Pendaftaran bagi sesi November boleh secara on line atau boleh berhubung dengan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS ditalian 03 89117072 atau layari laman sesawang www.kuis.edu.my. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah. Edisi
Perasmian Tahfiz di Surau Ehsan, Taman Haneco
BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Oktober 2015 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
MAIS Gesa Umat Islam Menderma Secara Bijak
Y.A.D. Dato’ Setia Pengerusi MAIS.
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
K
ebelakangan ini, kejadian memungut derma di tempat awam di Negeri Selangor semakin menjadi-jadi dan dilihat begitu berleluasa. Ini berpunca daripada sikap individu atau kumpulan orang yang mengambil kesempatan ke atas amalan bersedekah di kalangan umat Islam yang semakin memahami keutamaan ibadah ini di sisi Allah SWT. Berdasarkan rekod Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) dari tahun 2014 sehingga Jun 2015, ter-
dapat seramai 72 individu telah disiasat di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana memungut derma tanpa kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Dalam operasi yang dijalankan pada 8 Julai 2015 sehingga 15 Ogos 2015, sebanyak RM35,246.21 telah dirampas daripada 137 individu dan kumpulan. Selain daripada aktiviti pungutan derma oleh individu, operasi yang dijalankan juga meliputi 550 buah premis termasuk masjid, surau, stesen minyak, hentian rehat dan premis-premis perniagaan yang telah digunakan untuk meletakkan tabung-tabung berkenaan. Daripada operasi tersebut, Bahagian Penguatkuasaan JAIS mendapati bahawa sebahagian besar pungutan derma tidak menepati kehendak seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, antaranya:1) menyalahgunakan wang kutipan derma bagi tujuan membiayai kos operasi ajaran atau fahaman yang
difatwakan menyeleweng/ sesat; 2) memalsukan surat kebenaran pungutan derma daripada MAIS; 3) membuat pungutan di kawasan yang tidak dibenarkan atau di tempat awam; 4) meneruskan aktiviti kutipan derma walaupun selepas tamat tempoh kebenaran; dan 5) mempergunakan kanakkanak sekolah, orang kurang upaya atau anak yatim bagi meraih simpati orang awam. Sehubungan dengan itu, MAIS dan JAIS menggesa umat Islam supaya lebih berhati-hati ketika menginfakkan harta mereka. Perbuatan ini walaupun mulia di sisi agama namun terdapat unsur-unsur pembohongan dan penipuan yang boleh mencemarkan agama Islam serta memberikan persepsi bahawa institusi zakat tidak memainkan peranan dalam membantu golongan tersebut. Bagi mengekang gejala ini, MAIS telah mewujudkan garis panduan pungutan derma yang memberi kebenaran
kepada mana-mana pihak untuk membuat pungutan derma dalam tempoh yang dibenarkan, dan menetapkan supaya laporan pungutan dibuat kepada pihak MAIS bagi memudahkan pemantauan terhadap aktiviti tersebut. Oleh itu, umat Islam disarankan untuk menyumbang hanya kepada individu atau kumpulan yang mendapat kebenaran memungut derma dan sumbangan daripada MAIS. Sumbangan kepada individu atau kumpulan yang tidak mendapat kebenaran akan menggalakkan perkembangan gejala tidak sihat serta mencemarkan imej Islam. Mana-mana orang yang mengesyaki terdapat individu atau kumpulan yang membuat pungutan khairat atau derma tanpa surat kebenaran MAIS yang masih sah tempoh lakunya di mana-mana tempat awam di dalam Negeri Selangor, bolehlah membuat aduan terus ke HOTLINE Bahagian Pengurusan, JAIS di talian 1800-88-2424 atau menghantar sistem pesanan ringkas di talian 019-3570676/0193570862 untuk tindakan
siasatan di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana memungut wang atau sumbangan tanpa kebenaran bertulis dari MAIS. Mana-mana orang yang membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang tanpa kebenaran bertulis daripada MAIS adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pihak MAIS turut menyeru mana-mana individu atau kumpulan yang berhasrat untuk memungut wang atau sumbangan lain bagi tujuan khairat diminta mengemukakan permohonan ke Bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor atau berhubung terus ke talian 035514 3773 untuk keterangan lanjut. DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA PENGERUSI MAIS
Kursus Pemantapan Aqidah Muallaf (Bahasa Tamil) Dan (Bahasa Mandarin) Siri 2/2015 Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
T
elah berlangsung Kursus Pemantapan Aqidah Muallaf( Bahasa Tamil) Siri 2/2015 dan Kursus Pemantapan Aqidah Muallaf (Bahasa Mandarin) Siri 2/2015 pada 121410/2015 di Hotel Impian Morib yang telah dihadiri oleh pelajar Muallaf di seluruh Negeri Selangor. Pelabagai aktiviti di jalankan antaranya solat berjemaah dan aktiviti luar yang menguji
minda. Kursus berlangsung dengan sempurna sehingga ke hari terakhir. Syabas kepada
semua peserta dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Edisi
Sesi solat berjemaah.
Sesi bergambar kenangan.
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Oktober 2015 • 11 Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
& Kolej Universiti Islam Selangor
Program Ceramah Umum Falak Dan Majlis Penyerahan Modul Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor 2015 Sumber: Jabatan Mufti
J
abatan Mufti dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan program ceramah umum falak dan majlis penyerahan Modul Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor kepada 33 buah Kelab Falak Sekolah. Majlis telah dilaksanakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 1 Oktober 2015. Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail telah diberi peluang menyampaikan ceramah umum bertajuk Kosmologi
Oleh: Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi & Kewangan (IRCIEF)
Sesi bergambar kenangan.
Falak: Kualitatif dan Kuantitatif. Semoga semua pihak beroleh manfaat daripada program yang dianjurkan ini dan semoga Kelab Falak
Sekolah dapat mengambil peluang merancang pelbagai aktiviti di peringkat sekolah berpandukan Modul Kelab Falak Sekolah sebagai asas perancangan aktiviti. Edisi
Syarahan Umum Dan Perasmian IRTI Corner Library IRCIEF-KUIS Oleh: Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi & Kewangan (IRCIEF)
B
andar Seri Putra, 17 September - Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS telah melaksanakan syarahan umum yang kedua dimana ia adalah di bawah program “2015 Quarterly Islamic Fi-
Prof Dato’ Dr Mohamed Azmi Omar menyampaikan syarahan.
Lawatan Kerja Ke KUIM Dan UTEM
nance Public Lecture IRCIEF KUIS – IRTI IDB”. Program ini adalah kerjasama di antara IRCIEF KUIS dan Islamic Research and Training Institute (IRTI), Islamic Development Bank (IDB). Syarahan umum yang kedua ini telah disampaikan oleh Professor Dato’ Dr. Mohamed Azmi Omar yang juga merupakan Ketua Pengarah IRTIIDB. Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah “Sukuk Market Development and Issues”. Program ini telah dihadiri seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada para ahli akademik, wakil-wakil industri perbankan dan kewangan Malaysia, dan mahasiswa KUIS. Syarahan ini semestinya memberikan pengetahuan dan input yang bermakna kepada mahasiswa dan pensyarah khususnya dalam isu-isu terkini dan semasa berkaitan pasaran sukuk. Prof. Madya Dr. Rusni binti Hassan yang merupakan felo bersekutu
IRCIEF telah menjadi moderator untuk syarahan tersebut. Syarahan umum selama dua jam ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan ucapan penutup oleh Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri. Dalam ucapan penutup Rektor KUIS, beliau amat berterima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Mohamed Azmi Omar kerana kesudian beliau meluangkan masa untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu ini. Dalam masa yang sama, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Azmi Omar telah merasmikan IRTI Corner Library yang terletak di Aras 2, Blok Akademik 3, KUIS. IRTI Corner Library merupakan satu lagi kerjasama di antara IRCIEF KUIS dan IRTI IDB yang merupakan sumber rujukan dan informasi berkaitan ekonomi dan kewangan Islam yang boleh dijadikan rujukan oleh ahli akademik dan staf malahan juga kepada mahasiswa KUIS. Edisi
M
elaka, 17 Oktober - KUIS telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kolej Universiti Islam Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Delegasi KUIS diketuai Ybhg Prof. Dato Dr Abdul Halim Tamuri bersama Pengurusan KUIS dan pegawai kanan KUIS. Objektif lawatan ini sebagai usaha mengeratkan hubungan ukhuwah dan jaringan akademik disamping meningkatkan kerjasama dan berkongsi pengalaman di dalam menguruskan Universiti dari segi pentadbiran dan akademik. Pada sesi pagi lawatan KUIS diketuai oleh Timbalan Rektor Pengurusan Korporat Dr Zulkifli Abd Hamid ke KUIM disambut oleh Naib Canselor Prof. Dr. Hj. Mohd. Taib Bin Hj. Dora dan pegawai kanan KUIM. Perbincangan dan perkongsian informasi mengenai perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan akademik menjadi fokus perbincangan diantara dua pihak. Pada sesi petang delegasi KUIS diketuai Rektor Prof Dato Dr Ab Halim Tamuri meneruskan lawatan ke UTeM dan telah disambut oleh Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin bersama Pengurusan tertinggi dan pegawai kanan Universiti. Dalam lawatan ini KUIS lebih menumpukan kepada pengurusan pentadbiran dan pemurnian beberapa program yang lebih berdaya saing di UTeM. Pihak KUIS juga berhasrat menempatkan staf untuk mempelajari dan mendalami kemahiran pentadbiran dalam tempoh yang ditetapkan. Pertemuan dan perbincangan berjalan dengan penuh harmoni dan lancar yang memberikan impak yang positif kepada KUIS dalam usaha mencapai status universiti penuh dalam masa yang terdekat. Semoga Allah sentiasa memberkati KUIS. Ameen. Edisi
Sesi bergambar kenangan.
Naib Censelor UTeM dan Rektor KUIS bertukar cenderahati.
BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Oktober 2015 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
Seminar bertajuk “Evidence Enactment of the Syariah Court For Civil and Criminal Cases”
Para peserta tekun mendengar seminar.
Oleh: JAKESS
3
0 September 2015- Satu Seminar bertajuk “Evidence Enactment of the Syariah Court For Civil
and Criminal Cases” telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Undang-undang Syariah, Majlis Peguam bertempat di Auditorium Raja Aziz Ad-
druce, Kuala Lumpur. YAA Dr. Hj. Mohd. Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS) telah menerima jemputan sebagai pembentang di dalam seminar yang telah diadakan pada sesi petang tersebut. Seminar dimulakan dengan penegenalan oleh YAA Dr dan ucapan penghargaan di atas jemputan oleh pihak Jawatankuasa. Peserta yang hadir pada seminar tersebut adalah terdiri dari pelbagai latarbelakang dan agama. Seterusnya YAA Dr telah memulakan pembentangan dengan pengenalan terhadap
Bengkel Kumpulan Inovatif Kreatif Oleh: JAKESS
J
abatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor telah mengadakan bengkel Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) pada 5 hingga 7 Oktober 2015 di Kinrara Resort, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Bengkel ini melibatkan 35 peserta dan mempunyai empat kumpulan yang telah dilantik oleh jabatan bagi menangani beberapa masalah yang berbangkit dari proses kerja, pengurusan jabatan dan perundangan. Kumpulan Inovatif Kreatif di dalam jabatan ini tersebut ialah Perintis, FastTrack, Transform dan V-Blast. Tujuan utama penubuhan KIK ini adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam system penyampaian kepada pelanggan melalui; 1. Penciptaan cara bekerja yang baharu atau menghasilkan inovasi; 2. Penyelesaian masalah atau membuat penambahbaikan kerja; 3. Semangat bekerja secara berpasukan; 4. Penyemaian dan penerapan
nilai serta etika kerja positif; 5. Dorongan kerja yang tinggi; 6. Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan Negara; 7. Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan reatif; dan 8. Hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja. Jabatan ini telah memberi peluang kepada para peserta bagi memperolehi ilmu dan pengalaman KIK dengan menjemput seorang penceramah iaitu Tuan Rosdi bin Othman yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas berkaitan dengan projek inovasi dan kreatif serta pernah membantu kumpulan KIK dari agensi lain.
Sehubungan dengan itu, hasrat YAA Dr. Hj Mohd Na’im bin HJ Mokhtar sebagai Ketua Hakim Syarie berharap agar kumpulan-kumpulan ini dapat membentangkan hasil kerja KIK pada Hari Inovasi Jabatan yang akan diadakan pada bulan Disember 2015 dan seterusnya akan menyertai konvensyen KIK yang dianjurkan oleh mana-mana agensi pada tahun 2016. Harapan beliau juga agar 4 kumpulan ini sentiasa memberi komitmen dan hasil yang terbaik demi mempertingkatkan mutu dan kualiti jabatan semasa majlis penutup yang dirasmikan oleh YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Hj Mokhtar pada 7 Oktober 2015 di Dewan Acasia III, Kinrara Resort, Bandar Kinrara Puchong, Selangor. Edisi
Sesi bergambar kenangan.
sejarah penubuhan Enakmen Keterangan Syariah. Pada seminar tersebut YAA Dr telah menyatakan bahawa Enakmen Keterangan Syariah adalah tidak jauh berbeza dengan Enakmen Keterangan Sivil. Walau bagaimanapun perbezaan kecil yang ada di antara kedua-dua enakmen ini adalah lebih kepada prinsip dan asas pembuktian di dalam mahkamah di mana pembuktian di dalam Mahkamah Syariah adalah berasaskan kepada Hukum Syarak. YAA. Dr. juga telah memberikan penjelasan samada Mahkamah Syraiah boleh mengambil prinsip yang di-
gunakan di Mahkamah Sivil dalam isu keterangan dan ini dibolehkan selagi mana undang-undang Syarak adalah tidak diketepikan. Sesi diteruskan lagi dengan sesi soal jawab oleh peserta seminar yang hadir pada hari tersebut dengan YAA Dr. Diharapkan seminar seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bagi mengharmonikan lagi hubungan baik antara dua sistem kehakiman yang wujud di Malaysia serta secara tidak langsung mampu mempertingkatkan lagi krtedibiliti dan kualiti Mahkamah Syariah di Malaysia. Inshaa Allah. Edisi
Lawatan Ke Malaysia Mediation Centre (MMC) Oleh: JAKESS
Sesi bergambar kenangan.
Y
AA Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi seramai 15 orang pegawai sulh dan Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS) telah mengadakan lawatan ke Pusat Mediasi Malaysia (MMC) yang bertempat di Malaysia Bar Sekretariat di Jalan Lebuh Pasar Besar di Kuala Lumpur. Objektif lawatan tersebut dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai Sulh mengenai apakah peranan yang dimainkan oleh MMC dan fungsi badan tersebut dalam menyelesaikan pertikaian secara mediasi. Lawatan ini juga membolehkan Pegawai Sulh berkongsi maklumat dan idea dalam menjayakan proses mediasi dalam majlis Sulh di Mahkamah Syariah. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat oleh Datuk Haji Kuthubul Zaman bin Bukhari, Pengerusi MMC dan diteruskan dengan pengenalan Unit Sulh JAKESS oleh YAA Dr. Hj Mohd Na’im dan seterusnya diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian idea antara kedua-dua pihak. Pelbagai cadangan, idea dan input diutarakan kedua-dua pihak untuk dimanafaatkan secara bersama khususnya oleh semua pegawai Sulh JAKESS. Secara keseluruhannya, objektif lawatan ini telah berjaya mencapai sasarannya dan hasil daripada pertemuan ini diharapkan dapat menwujudkan kerjasama antara JAKESS dan MMC dalam memberikan kursus dan latihan kepada semua Pegawai Sulh dalam usaha memantapkan lagi kemahiran dan kepakaran para pegawai. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Oktober 2015 • 13 Sumber: Lembaga Zakat Selangor
LZS Bantu Mohd Fadzil
Wacana Pemimpin Galak Pimpinan Masyarakat Bantu Dakwah Zakat
Petikan dari Facebook.
Oleh: LZS
S
HAH ALAM, 12 Oktober 2015 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan kes viral seorang asnaf patah tulang akibat jatuh pokok dan memerlukan wang untuk kos pembedahan, yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun facebook (FB) baru-baru ini. Dalam muat naik FB tersebut menyatakan seorang asnaf, Mohd Fadzil Mat Rathi telah patah kaki akibat jatuh dari pokok sewaktu memetik buah mangga. Ekoran daripada kejadian tersebut, beliau perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan alatan sokongan pada tangan dan kakinya dengan kos pembedahan sebanyak RM5,800. Melalui viral itu juga dikatakan Mohd Fadzil telah membuat permohonan zakat untuk memohon pembiayaan kos pembedahan, namun perlu menunggu tiga bulan untuk kelulusan. Hasil semakan rekod LZS mendapati Mohd Fadzil merupakan asnaf miskin dan telah membuat permohonan bantuan perubatan pada tarikh 7 Oktober 2015. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak LZS pada 9 Oktober sebanyak RM2,900 berdasarkan kepada kos pembedahan alatan sokongan yang diperlukan oleh beliau merujuk kepada surat dari pihak Hospital Kajang. LZS berharap dengan bantuan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban kos pembedahan Mohd Fadzil.
Suasana di dewan auditorium.
Oleh: LZS
K
AJANG, 29 September 2015—Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Wacana Pemimpin yang diadakan di Dewan Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), di sini. Forum dihadiri seramai 200 orang wakil pimpinan masyarakat yang terdiri daripada Penghulu, Ketua Kampung, PAID Kajang,
Nazir Masjid, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang. Ia menampilkan dua orang panelis daripada LZS iaitu Eksekutif Dakwah Zakat, Ustaz Hamizul Abdul Hamid dan Pengurus Dakwah Agihan, Ustaz Abdul Samad Ibrahim bersamasama panelis dari Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Hulu Langat, Roziah Osman. Ustaz Shahafizan Sabarudin bertindak sebagai moderator sepanjang program. Forum bertajuk ‘Bersama
Kami Membantu Asnaf ’ ini turut membincangkan berkenaan pengurusan agihan zakat di Selangor, selain wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) menerangkan peranan mereka sebagai sebuah organisasi yang menjaga hak serta kebajikan masyarakat. Turut hadir Orang Besar Daerah Hulu Langat, YDH Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Dato’ Engku Abdul Jalil Abdul Rani dan Pengurus Daerah Hulu Langat, Ustaz Muhd Salahuddin Azmi Muhd Ali. Edisi
LZS Kunjungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Oleh: LZS
K
UALA LUMPUR, 6 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan lawatan kerja ke pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Kunjungan yang diketuai oleh Pengurus Besar
Komunikasi Korporat dan Pusat Panggilan, Norajun Ainun Hashim bersama 13 orang kakitangan LZS dari pelbagai bahagian disambut oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dan ketua-ketua unit Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM. Lawatan kerja ini bertujuan bagi berkongsi pengalaman dari PDRM tentang kaedah pengurusan media
sosial dalam meningkatkan jumlah pengikut, pengendalian krisis, kaedah pengendalian maklum balas, bidang kuasa agensi keselamatan dan ancaman penggodam serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM melalui media sosial. Dalam masa yang sama, LZS turut berkongsi pengalaman dan peranan dalam kutipan dan pengagihan zakat khususnya di Selangor. LZS juga turut diberi ru-
ang untuk mengunjungi Pusat Operasi Media (POM) dan diberi taklimat ringkas tentang bidang tugas operasi pemantauan media sosial. Lawatan ini dilihat sebagai usaha untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala antara agensi kerajaan terutamanya dalam bidang keselamatan dan kepercayaan kepada orang ramai. Edisi
Sesi bergambar kenangan.
IKON ASNAF 14 • Edisi • Oktober 2015
Berdikari Dengan Produk Soya Pasangan ini sibuk menyiapkan bahan jualan mereka untuk dipasarkan di bazar Ramadan. Namun, kedatangan penulis dan krew Jejak Asnaf tetap disambut mesra. Semasa menjengok ke bengkel memproses produk soya, beberapa orang yang lain turut cekatan membantu. Mesin memproses kacang soya, besen besar, dapur memasak air soya, dapur membuat taufu fa dan beberapa biji kontainer bersaiz besar untuk taufu fa siap menunggu.
Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
“
Sudah berapa lama membuat air soya?” Penulis berbasa basi memulakan bicara. “Kami sudah mulai serius membuat produk soya sejak tahun 2013. Alhamdulillah, sampai sekarang nampaknya produk kami terus mendapat sambutan.” Ujar seorang lelaki bertubuh sasa. Dialah pemilik perusahaan itu. Kali ini, penulis ingin bawakan semua pembaca setia Jejak Asnaf untuk sama-sama menguliti kesungguhan usaha pasangan ini, Amrizal bin Omar, 51 dan Yusniha binti Mohd. Yusof, 38 mencipta kejayaan. Jika dahulu tangan mereka di bawah meminta bantuan, namun ternyata kini ia sudah berubah. Tangan mereka pula di atas menghulurkan zakat, sebagai bukti kejayaan. “Saya sebenarnya dilahirkan di Padang, Sumatera Barat. Tahun 1978 ketika berusia kira-kira 15 tahun, pakcik dari Melaka membawa saya ke Malaysia. Kononnya mahu disekolahkan di sini, kerana memang bapa saya asal orang Melaka. Namun, sebaliknya dia meminta saya menjual barang. Saya tidak betah bersamanya, lalu melarikan diri ke Pulau Pinang dengan hasrat menemui seorang lagi pakcik di sana. Namun, saya tidak berjaya menemuinya dan terus hidup mandiri dari remaja lagi.” Amrizal berkongsi sejarah hidupnya. “Selama kira-kira empat tahun di Pulau Pinang, saya bekerja dengan bapa angkat sebagai penjual sayur. Kemudiannya saya berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di pelbagai lapangan. Saya pernah bekerja di restoran, di pasar dan menjadi pemandu teksi dan bas. Saya pernah memandu Bas Mini sehinggalah ke tahun 1990, iaitu tahun berakhirnya riwayat bas mini di Kuala Lumpur. Selepas itu Bas Intrakota diperkenalkan dan saya terus memandu bas itu pula.” Amrizal terus ghairah menghimbau kisah silamnya. Amrizal ditakdirkan bertemu jodoh dengan Yusniha pada tahun 2005. Yusniha ketika itu merupakan seorang jurujual produk di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur, dan dia memang anak jati Ampang. “Tahun 2004 sebelum mendirikan rumahtangga, di samping memandu bas saya juga membeli sebuah teksi. Harapan saya, biarlah kelak pendapatan saya bertambah, maklumlah saya akan berkahwin dan pasti akan beranak-pinak.” Ujar Amrizal lanjut. Pasca perkahwinan, ibu saudara Yusniha mempelawa mereka berpindah ke Klang. Ada sebuah rumah buat didiami mereka.
Amrizal dan isteri di samping mesin tofu milik mereka.
Tanpa berfikir panjang, Amrizal menyetujui dan mereka pun berpindah ke Klang, iaitu sekitar tahun 2006. “Sebenarnya, suami saya ini mengidap sejenis penyakit yang memang mengganggu pekerjaannya. Dia ada sejarah lama, menyebabkan gangguan kepada kesihatannya. Sejak sekian lama dia mendapat rawatan dari pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sehinggalah berkahwin dengan saya, baharulah penyakitnya agak berkurangan. Namun, hingga kini jika tiba-tiba penyakitnya datang, maka kami akan segera merujuk ke HKL.” Yusniha pula mengambil posisi. Ketika itu, Amrizal perlu bergegas ke dapur bagi menyiapkan proses pembikinan produk soyanya. Setelah berpindah ke Klang, Amrizal telah berhenti dari pekerjaannya sebagai pemandu atas alasan sakit kekal yang tidak boleh sembuh. Dia mendapat ‘medical board’. Namun dia masih mempunyai teksi, dan teksi itulah ibarat galang ganti baginya mencari rezeki. “Namun, ada insiden yang menyebabkan suami saya tidak dapat terus membawa teksi berkenaan. Agak lama juga dia berhenti, sehingga akhirnya pihak berkenaan telah menarik balik teksi tersebut. Walhal suami saya sudah banyak membayar ansuran bulanannya. Sedih sungguh hati kami, kerana ia bagaikan menutup salah satu pintu rezeki kami sekeluarga.” Ujar Yusniha sayu. Bebanan perasaan kian bertambah, kerana anak ketiga mereka turut disahkan mengidap penyakit tulang rapuh (osteoporosis). Itu bermakna mereka perlu selalu membawanya mendapatkan rawatan, kerana jika salah hari bulan tulangnya mudah patah jika terjatuh.
“Kehidupan kami anak-beranak ketika itu memang kosong pendapatan. Sesak nafas sungguh kami dibuatnya. Sering kali, anakanak tidak dapat makan yang cukup seperti anak-anak orang lain. Malah pernah kami sekeluarga seharian tidak dapat makan kerana tiada wang. Paling sedih, bayi saya hanya minum air suam kerana tiada duit buat membeli susu. Semua itu, amat menjerakan perasaan. Namun, kami lalui juga setakat terdaya. Biar perih amat terasa.” Ujar Yusniha lirih mengenang kisah silam mereka. Amrizal ketika itu, biar pun dalam kondisi tidak stabil, namun tetap gigih berusaha. Dalam keadaan poket kosong, dia sanggup berjalan kaki mencari rezeki. Namun, bukanlah mudah beroleh pekerjaan. Jika ada pekerjaan sekali pun, pendapatannya tidak mampu menampung keperluan. “Kami terpaksa bersabar. Mujurlah ibu saudara memberi izin kami diam di rumahnya. Dahulu rumahnya hanya rumah kayu, banyak yang rosak, namun itulah pelindung kami dari hujan panas. Begitu juga, ramai kenalan yang membantu. Dapatlah anak-anak saya ke sekolah dengan baju-baju pemberian orang, daripada terpaksa memakai seragam sekolah tahun lepas.” Ujar ibu kepada enam anak itu lagi. Sehinggalah tahun 2012, Yusniha merasakan dia perlu melakukan sesuatu. Dia pernah terdengar bahawa di Selangor, ada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang membantu orang-orang susah sepertinya. Dia mahu mencuba, manalah tahu untung sambut timbul. Jika tidak berjaya, setidaknya dia telah mencuba. “Saya ke kaunter zakat di Klang Sentral
dan bertemu Ustaz Kamarul. Alhamdulillah, LZS melayan permohonan kami dengan baik sekali. Dalam tempoh kira-kira sebulan, permohonan saya diluluskan dan diberikan pelbagai bantuan. Antaranya bantuan kewangan bulanan, makanan bulanan, bantuan raya, pendidikan dan modal perniagaan.” Ujar Yusniha dengan nada yang lebih ceria. “Sebenarnya, saya memang ada membantu kawan-kawan yang mendapat order katering memasak makanan. Jadi, saya terfikir kenapa saya tidak mencuba sendiri. Dari situlah saya ajukan idea berkenaan kepada Ustaz Kamarul. Alhamdulillah dia bersetuju dan membantu. Peringkat awal, saya diminta menghadiri kursus terlebih dahulu. Kemudiannya, baharulah diberikan modal berupa peralatan dan modal pusingan berjumlah RM3,000.” Kongsi Yusniha lagi kian gembira. Namun begitu, katering nampaknya tidaklah menjanjikan pulangan yang lebih besar. Amrizal dan Yusniha berfikir, pasti ada produk lain yang lebih disukai manusia. Maka, mereka mencuba membuat air soya dan produk taufu fa. “Di bawah Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat (PPUAZ), kami diberikan empat lagi kursus lanjutan. Akhirnya, baharulah modal lebih besar disalurkan kepada kami. Sekarang, kami memiliki pelbagai peralatan memproses soya yang jumlahnya mencecah RM10,000. Dengan itu, dapatlah kami merencanakan perubahan yang lebih baik.” Tambah Yusniha. Benar seperti dikata, pasangan ini nampaknya tidak menoleh ke belakang lagi. Modal yang disalurkan oleh pihak LZS dijana dengan sebaik-baiknya. Mulai tahun 2013, mereka mengorak langkah dengan lebih gagah. “Alhamdulillah, pendapatan kami hari ini kian baik. Malah saya sudah dapat membayar zakat pada awal 2015 baru-baru ini. Semua ini, berkat adanya bantuan zakat. Jadi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu kami selama ini. Khususnya para pembayar zakat. Kami berdoa, mudah-mudahan Allah SWT memberkahi, memberikan usia yang panjang, rezeki yang melimpah dan kesihatan yang baik kepada mereka semua.” Doa Amrizal dan Yusniha begitu bermakna. Siapa menyangka orang yang hampir hilang arah tuju kerana kemiskinan yang melanda, mampu tersenyum dengan pendapatan yang besar dan mampu pula menunaikan zakat. Semua ini adalah bukti, di mana ada kesungguhan di sana ada kejayaan. “Pesan kami kepada asnaf yang lain, rajin dan terus rajin. Itulah resepi kami sebenarnya.” Amrizal menamatkan perbualan dengan sebuah pesanan ringkas, tapi amat bermakna. Nota: Sepanjang Ramadan, mereka berniaga di Bazar Ramadan Jalan Paip, Pekan Meru dan di hari biasa di hadapan Sekolah Rendah Perempuan Bukit Kuda, Klang. Produk utama mereka ialah air soya gula merah dan taufu fa. Mereka juga turut menerima tempahan katering untuk sebarang majlis. Sila hubungi 012-921 1153 atau 016-266 6806 untuk sebarang tempahan. Edisi
ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • Oktober 2015 • 15
Status Zakat Terlebih Bayar SOALAN: Saya membuat pembayaran zakat menerusi caruman atau potongan gaji pada setiap bulan. Setelah ditaksir oleh pihak Lembaga Zakat Selangor, ternyata zakat bulanan saya hanya sebanyak RM35.00 sahaja; namun saya telah memberikan dalam jumlah yang lebih dari itu. Soalan saya, adakah ia dikira sebagai zakat juga atau hanya menjadi seperti sedekahsedekah biasa? JAWAPAN: Terima kasih di atas komitmen saudara dalam menunaikan zakat, sehinggakan mahu membayar lebih daripada apa yang telah pun ditaksirkan oleh pihak pegawai zakat. Mudah-mudahan Allah SWT menerima amalan saudara berkenaan dan diberikan keberkatan yang berkekalan hendaknya dalam rezeki saudara, amin. Baiklah, demi menjawab persoalan saudara, suka dinyatakan bahawa ibadah zakat itu adalah ibadah khususi, yang sudah tertentu kaedah perlaksanaannya. Sama seperti dengan ibadah khususi yang lain, seperti solat, puasa dan haji, ia telah ditentukan oleh Islam kaedah perlaksanaannya (kaifiatnya). Maka, di sini dapat kita fahami, dalam melakukan ibadah khususi berkenaan, kita tidak boleh mengubah, mengurangkan atau menokok tambah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh syariat di dalamnya. Maka, demikianlah kondisinya dalam ibadah zakat dan telah pun dijelaskan oleh para fuqaha bahawa, zakat adalah ibadah harta yang mestilah dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat tertentu. Salah satu syarat perlaksanaan zakat ialah, harta itu mestilah dikeluarkan dengan kadar tertentu apabila ia mencapai paras nisab. Bagi kebanyakan harta zakat, selain haiwan ternakan, produk pertanian dan harta galian, maka kadar yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5 peratus atau menyamai 1/40 sahaja. Hal ini adalah bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Baihaqi daripada Saiyidina Ali kwjh)
Gambar hiasan
Dan begitu juga sebuah hadis yang lain: “Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu.” (Hadis sahih Imam Bukhari daripada Anas r.a) Untuk makluman, nilai setengah dinar (0.5 dinar) itu adalah menyamai 2.5 peratus (atau 1/40 bahagian) ke atas keseluruhan 20 dinar atau 200 dirham berkenaan (2.5% X 200 dirham = 5 dirham). Oleh itu, seseorang yang telah ditaksirkan zakatnya dengan tertentu jumlahnya, maka itu sebenarnya dibuat adalah atas kehendak dalil di atas. Jika saudara memiliki RM100,000.00, maka zakatnya hanyalah 2.5% X RM100,000.00 = RM2,500.00; dan tidak perlulah saudara mengeluarkan jumlah yang lebih kerana memang telah tertentu bahawa zakatnya adalah jumlah yang tersebut. Namun begitu, seperti mana yang saudara pertanyakan, apakah kondisi atau kedudukan wang yang sengaja dilebihkan? Adakah ia masih dikira zakat atau menjadi sedekah biasa? Maka, sudah pastilah ia tidak menjadi zakat kerana zakat adalah jumlah yang tertentu. Jika diberikan dengan jumlah yang lebih, maka lebihan itu
hanyalah bersifat sunat sahaja (sedekah sunat). Hal ini boleh disandarkan kepada sebuah hadis yang sangat panjang ketika mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan amil pada zaman baginda agar turun ke ceruk desa menaksir zakat haiwan ternakan. Di penghujung hadis itu, Nabi SAW menegaskan: “Zakat ghanam (kambing atau biri-biri) ialah ghanam yang lepas (yang meragut secara bebas atau saaimah). Mulai dari 40 ekor hingga 120 ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dari 120 ekor hingga 200 ratus, zakatnya dua ekor Syaatun. Dari 200 ekor hingga 300 ekor, zakatnya tiga ekor Syaatun. Dari 300 ekor hingga seterusnya, tiap-tiap 100 ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang dari 40 ekor (belum mencapai nisab ghanam), biarpun hanya kurang seekor (39 ekor), tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau dia suka membayarnya (maka dia masih boleh mengeluarkannya dan pihak amil boleh menerimanya).” (Hadis sahih Imam Bukhari daripada Anas r.a) Hadis ini menunjukkan, dalam pemberian zakat ghanam di atas, dek kerana hanya terkurang seekor kamb-
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.
ing misalnya, maka pemilik ternakan tidak wajib mengeluarkan zakat ternakannya. Namun, Nabi SAW juga menyatakan, jika dia masih mahu memberikan kambingnya kepada pihak pengutip zakat, ia masih boleh diterima dan kala itu, sungguh pun hakikatnya ia bukanlah kambing zakat; namun ia adalah kambing sedekah yang perlu diraikan oleh amil, yakni diterima dengan baik dan didoakan ke atas pembayarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Demikian jugalah, dalam kes hari ini, memang ramai umat Islam yang melebihkan potongan zakat dan pihak amil wajar menerimanya, kerana memang Islam menggalakkan sedemikian. Walau bagaimanapun, suka juga diingatkan kepada pembayar zakat bahawa kemungkinan besar mereka masih mempunyai pelbagai jenis zakat harta yang lain yang boleh dilunasi lewat potongan gaji bulanan, misalnya zakat qada yang lalu, zakat simpanan atau zakat bagi pihak orang lain (isteri atau suami yang mewakilkannya untuk menunaikan zakat dan ia boleh disekalikan dalam satu resit dan satu nama, namun semasa membuat potongan saudara sendiri memaklumi bahawa sekian jumlah adalah zakat pihak pasangan), dan dalam kaedah ini, syarak tiada halangan untuk menerimanya. Ini kerana, kaedah potongan gaji hanyalah satu alternatif dalam menunaikan kewajipan zakat, dan ia diharap mampu meringankan dan mempermudahkan umat Islam demi menunaikan ibadah zakat itu sendiri. Kesimpulannya, saudara boleh melebihkan amaun bayaran zakat berkenaan dan mudah-mudahan, ia dikira oleh Allah SWT sebagai infak yang suci dan ikhlas demi membolehkan saudara mendapat pelbagai keberkatan dan ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT, di dunia dan akhirat, amin. Wallahua’lam. Edisi
ULASAN BUKU 16 • Edisi • Oktober 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)
RAHSIA MENJEMPUT RAHMAT
TEMBOK ZULQARNAIN SUDAH BOLOS
CALL NO : 297.57 HAR
CALL NO : 297.23 AZR
Kasih sayang Allah kepada hambaNya tidak dapat dinilai. Allah memberikan nikmat yang sangat banyak kepada setiap manusia. Antaranya ialah rasa belas kasih yakni rahmat yang ditanamkan di dalam setiap hati mereka. Perasaan belas kasihan dalam hati manusia tidak kekal sentiasa kerana perasaan tersebut berkait dapat dengan iman mereka yang kadang kala naik dan kadang kala turun. Nasib orang yang dicabut rasa belas kasih dari hatinya boleh dianggap sebagai seorang yang kurang bernasib baik. Sepanjang kehidupan kita yang dipinjamkan oleh Allah, peluang untuk mendapat rahmatNya itu sentiasa ada selagi kita masih hidup. Jangan pernah berputus asa untuk meraih rahmat Allah kerana rahmat itu amat luas untuk makhlukNya. Buku ini memandu kita bagaimana untuk menjemput rahmat agar kita sentiasa tergolong dalam insan yang sentiasa bernaung dalam rahmat dan hidayah-Nya. Isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini dapat dibahagikan kepada: 1. Rahsia rahmat dan cinta iaitu “Rahsia menjemput rahmat Allah”; “Rahsia cinta luar biasa yang Islami”; “Langkah awal menjemput cinta luar biasa yang Islami” dan “Tidak ada kedamaian di jalan cinta’. 2. Revolusi cinta iaitu “Revolusi cinta kekasih”; “Revolusi cinta suami isteri”; “Revolusi cinta ibu bapa”; “Revolusi cinta anak”; “Revolusi cinta saudara”; “Revolusi cinta rakan atau sahabat”; “Revolusi cinta sesama manusia”; “Revolusi cinta binatang”; “Revolusi cinta pekerjaan”; “Revolusi cinta kekayaan”; “Revolusi cinta jawatan”; “Revolusi cinta dunia”; dan “Revolusi cinta Allah dan Rasul-Nya”.
AYAH & IBU IZINKAN AKU KE SYURGA CALL NO : 297.577 SIT Ibu bapa telah melalui suatu perjalanan yang sungguh perit dalam membesarkan anak-anak mereka dengan setiap penat lelah dan keringat. Acap kali mereka menunaikan semua kehendak yang kita inginkan dan memantau segala salah silap yang kita lakukan. Seiring dengan umur mereka yang semakin tua, berbakti kepada mereka adalah wajib bagi anak-anak. Antara ilmu yang wajib difahami dan patut diketahui oleh anak-anak ialah hak ibu bapa yang perlu ditunaikan sama ada keduaduanya masih hidup atau sesudah meninggal dunia; bagaimana perilaku yang mesti ditonjolkan pada ibu bapa, apakah perbuatan yang mendatangkan mudarat pada mereka semasa di dalam kubur, dan apakah pahala amalan yang boleh dihadiahkan dan sampai kepada mereka. Di dalam buku ini, telah dibahagikan 8 perkara utama seperti “Adab terhadap ibu bapa”; “Peranan, tanggungjawab dan hak anak kepada ibu bapa”; “Balasan kepada anak yang berbuat baik”; “Balasan kepada anak yang menderhaka”; “Keadaan yang tidak dianggap derhaka”; “Bakti anak kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia”; “Seputar penjelasan ayat Al-Quran dan hadis”; dan “Himpunan kisah”. Sama ada dalam keadaan tua atau muda, miskin atau kaya, setiap anak perlu mengetahui hal ini untuk menyedarkan mereka tentang masalah pengabaian terhadap kewajipan kepada ibu bapa ini yang semakin berleluasa dan menjadi wabak yang sukar dibendung dalam masyarakat moden yang lebih mementingkan materialistik dan dunia semata-mata. Anak yang soleh amat diimpikan oleh para ibu bapa yang mana golongan ini amat memahami dan dapat melaksanakan kewajipan terhadap ibu bapa mereka.
Kita selalu disogokkan dengan banyak cerita momokan dan mitos mengenai Yakjuj dan Makjuj malah daripada kanak-kanak lagi yang membuatkan kita terfikir yang adakah dengan kemunculan makhluk luar biasa ini nanti akan menjadi suatu pengakhiran bagi manusia. Sejauh manakah benarnya kisah-kisah ini yang mana persoalan seperti benarkah tembuk Zulqarnanin yang utuh itu sudah bolos dan betulkah Yakjuj dan Makjuj masih dalam kepungan tembok tersebut sering kali menjadi pertanyaan manusia. Buku ini akan memberi suatu nafas dan konsep yang baru dalam membincangkan tentang topik ini di kalangan ulama dan beberapa penyelidik mengenai Yakjuj & Makjuj, siapa Zulqarnain dan beberapa tajuk yang berkaitan. Terbongkarnya kesan pengaruh Israeliyat, lokasi tembok Zulqarnain dan bagaimanakah rupa makhluk yang bergelar Dabbatul Ard dapat dirungkaikan di dalam buku tersebut. Tujuan buku ini diterbitkan akan memberikan peluang kepada pembaca untuk menekuni seterusnya menilai kesahihan cerita yang dipaparkan sebelum ini. Buku ini dibahagikan kepada 4 blok perbincangan iaitu Kiamat Pasti Berlaku, Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj dan Dabbatul Ard. Disertakan juga kaitan di antara puak barbar ini dengan kerakusan Yahudi mutakhir ini. Dengan membaca buku ini kita akan menginsafi kekerdilan diri dan mengakui bahawa janji Allah itu benar dan pasti bagi kita sebagai hamba yang kerdil.
AISYAH YANG CERDAS DAN DICINTAI CALL NO : 297.642 BAD Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar ialah seorang nama harum mekar yang mempunyai peribadi agung sepanjang zaman, yakni dikenali sebagai srikandi Islam. Tokoh tersebut dikagumi dan dihormati disebabkan jasa, peranan, keilmuan dan keistimewaan diri, bukan sahaja kerana menjadi isteri Rasulullah SAW. Kecerdasannya dalam menimba ilmu menjadikannya seorang yang mulia di mata Rasulullah. Beliau ialah seorang isteri yang sangat dicintai Rasulullah dengan kepandaiannya berkhidmat kepada suami tercinta. Sumbangan beliau dalam ilmu dan dakwah Islam juga amat besar yang mana tinggi ilmunya berkaitan fiqh, faraidh, tafsir dan hadis. Terdapat 12 bab dibahagikan di dalam buku ini iaitu “Zaman kanak-kanak”; “Pengantin yang diberkati”; “Aisyah di hati Rasulullah”; “Barakah Aisyah”; “Doa Nabi yang barakah”; “Keistimewaan Aisyah r.h.a.”; “Interaksi antara Rasulullah dan Aisyah”; “Keperibadian Aisyah”; “Kecemburuan Aisyah”; “Keilmuan dan kepakaran Aisyah”; “Pemahaman dan penguasaan Al-Quran”; “Isu fitnah”; “Cara Aisyah menyelesaikan masalah”; “Pendapat ulama mengenai Aisyah”; “Hilangnya sebutir bintang” dan “Sajak: keutamaan Ummul Mukminin”. Dua bukti yang dapat dilihat bahawa Aisyah RA amat disenangi melalui, 1. Telah diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda kepada Aisyah RA, “Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata, ‘Inilah isterimu’. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata, sekiranya perkara itu datangnya daripada Allah, pasti ia terlaksana”. 2. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Kelebihan Aisyah daripada wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tarid iaitu sejenis makanan Arab daripada makanan-makanan lain’.”
Buku berikut boleh didapati di Pusat Pengurusan Pengetahuan yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116
TOKOH ISLAM Edisi • Oktober 2015 • 17
OMAR KHAYYAM (1048-1131M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011. N a m a penuh beliau ialah Ghiyath al-Din Abu alFath Umar Ibn Ibrahim alNisapuri al-Khayyam. Beliau dilahirkan di Nishapur, Utara Iran dan dibesarkan di Bandar Balkh (sekarang di utara Afganistan). Beliau belajar dibawah seorang guru terkenal iaitu Syaikh Muhammad Mansuri. Berbangsa Parsi, Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair hebat. Sumbangan Beliau terkenal sebagai seorang ahli dalam bidang matematik yang mengemukakan idea menarik khususnya menyelesaikan xn = a untuk n integar yang membawa kepada konsep nombor bukan nisbah dan pendapatnya bahawa nombor yang tak tersukat itu sebagai nombor nyata. Newton, seorang ahli fizik dan matematik inggeris yang hidup antara 1642-1727M telah menegaskan tentang pendapat ini sebagai suatu yang benar dan terbukti benar sekali. Al-Khayyam juga menulis Sharh ma Ashkala min Musadarat Kitab Uqlidis (Penjelasan tentang kesukaran definisi Euklid) yang antara lain membincangkan istilah-istilah matematik dan geometri seperti titik, garis, sudut, satah, sudut tepat, serenjang, rajah, bulatan, selari dan sebagainya. Antara contoh postulat Euklid ialah “Dua titik boleh disambung dengan satu garis” dan “Melalui satu titik yang tidak berada di atas satu garis, dapat dilukis satu dan hanya satu garis yang selari dengannya”. (Shaharir, 1985) Omar al-Khayyam juga dikenali sebagai seorang penyair, namun sisi negativ tentang puisi beliau oleh Sarjana Barat telah merosakkan nama beliau. Hal ini ditempelak antaranya oleh Syed Hussin Nasr yang berhujah bahawa al-Khayyam juga turut menulis “al-Khutbah al-Gharra” yang mengagungkan Allah serta mengkritik beberapa pandangan sufi tentang metode mengenal Allah. Edisi
FOTO MAIS 18 • Edisi • Oktober 2015
1
2
3
1. Telah berlangsung seminar bertajuk Evidence Enactment of the Syariah Court For Civil and Criminal Cases anjuran Jawatankuasa Undang-undang Syariah, Majlis Peguam bertempat di Auditorium Raja Aziz Addruce, Kuala Lumpur pada 30 September 2015 lalu. 2. Jabatan Mufti dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan program ceramah umum falak dan majlis penyerahan Modul Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor kepada 33 buah Kelab Falak Sekolah. 3. KUIS telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kolej Universiti Islam Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 17 Oktober yang diketuai Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri bersama Pengurusan KUIS dan pegawai kanan KUIS.
FOTO MAIS Edisi • Oktober 2015 • 19
4
5
6
7
4. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Azmi Omar bergambar bersama Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri semasa merasmikan IRTI Corner Library yang terletak di Aras 2, Blok Akademik 3, KUIS. 5. Kursus Pemantapan Aqidah Muallaf( Bahasa Tamil) Siri 2/2015 6. Kursus Pemantapan Aqidah Muallaf (Bahasa Mandarin) Siri 2/2015 7. Kursus Bersiri Ana Mukallaf Siri 9/2015 berlangsung dengan jayanya di hotel Sri Malaysia Bagan Lalang Sepang pada 16-19 Oktober 2015
OKTOBER 2015 • MUHARAM 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my
Terkini Membentuk Fikrah Ummah
OMAR KHAYYAM (1048-1131M)
Nama penuh beliau ialah Ghiyath al-Din Abu al-Fath Umar Ibn Ibrahim alNisapuri al-Khayyam. Beliau dilahirkan di Nishapur, Utara Iran dan dibesarkan di Bandar Balkh (sekarang di utara Afganistan).
>17
JADUAL KURSUS INTENSIF MUALAF BAGI NOVEMBER TAHUN 2015 BAHAGIAN PEMBANGUNAN UMMAH, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
KURSUS INTENSIF MUALLAF (ASAS) Tarikh: 21-24 November 2015 Tempat: KEM BUMI JATI, LOT 3319, BATU 7, JALAN KEM BUMI JATI, JALAN KEBUN, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM
KURSUS INTENSIF MUALLAF (LANJUTAN) Tarikh: 7-10 November 2015 Tempat: KEM EL-AZZHAR, MORIB • Jadual dan tempat tertakluk kepada perubahan. • Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa. • Semua peserta dikehendaki berkumpul di mais shah alam atau di pejabat agama islam daerah pada hari pertama jam 8.30 Pagi dan bas/ kenderaan akan bertolak jam 9.00 Pagi. Disediakan oleh, Unit Latihan dan Perkaderan Bahagian Pembangunan Ummah (MAIS) EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my