NOVEMBER 2015 • SAFAR 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X
‘100 Most Influential Persons In History’, Kenapa Muhammad Yang Pertama? Ramai yang sudah tahu, tetapi ramai juga yang belum. Nabi Muhammad SAW telah disenaraikan oleh seorang sarjana barat....
Membentuk Fikrah Ummah
>5
13 Pelajar Tajaan MAIS Terima Sijil Graduasi
KOTA BHARU – Seramai 13 orang pelajar muallaf tajaan MAIS telah menerima Sijil Graduasi masing-masing daripada Institut Dakwah Islamiah.... >10
Majlis Hi-Tea Bicara Dua Mufti: Platform LZS Sebarkan Informasi Zakat
Ekspresi Cinta
SHAH ALAM, 22 Oktober 2015 – Lebih 100 orang peserta... >12
Rasulullah SAW
KUIS Anjur Seminar Peradaban Dan Pemikiran Islam (RECIT 2015) The Everly Hotel, Putrajaya, 27-28 Oktober, 2015 – Pusat Pengajian Teras, KUIS sekali lagi berjaya menganjurkan Seminar Peradaban dan Pemikiran Islam 2015 (Recit 2015)... >13
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi ibu bapanya, anaknya, dan seluruh manusia yang lainnya”. (Riwayat al-Bukhari).... >3
LZS CAWANGAN CHERAS BERPINDAH
Dari Taman Seri Taming
MCDONALD Bandar tun Hussein Onn
LEBUH UTAMA TUN HUSSEIN ONN
Dari Lebuhraya Cheras - Kajang
Janakuasa TNB
AEON BIG Bandar tun Hussein Onn
Ke 51-A, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan
Masjid Bandar tun Hussein Onn
Marry Brown
n sa wa ing Ka ark P a nd Ba K nn AN O TIB in CI usse H
ik lin h lik hra Po -Za Az
S XA e TE ous h
ak
un
rT
(BERHADAPAN PINTU UTAMA MASJID BANDAR TUN HUSSEIN ONN CHERAS)
MULAI 16 NOVEMBER 2015
Bandar Mahkota Cheras
H
Ste
RIC
PA
PA
AEON JUSCO
Columbia Hospital Dari Balakong (Lebuhraya SILK)
GPS coordinates 3° 04' 79.95" N 101° 75' 98.51" E
LANGGANI PRODUK
MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)
WASIAT Mengurus Wasiat Anda
HIBAH Pemegang Amanah Untuk Pemberian Dan Sedekah Anda
WANG ORANG BERHUTANG Menerima Wang Penghutang yang Gagal Memulangkan Hutang
HARTA LUQATAH Menerima harta yang dijumpai
WANG TIDAK PATUH SYARIAH Wang Syubhah / Wang Haram
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042
www.mais.gov.my Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar
© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my
Fakta:
Interaktif:
ZIKIR ADALAH IBADAH YG PALING RINGAN
Jam Tawaf Sebuah jam yang berpusing mengikut arah pusingan tawaf(anticlockwise) - Pergerakan Jam Arah Tawaf ini memberikan faedah yang sangat positif kepada jasad tubuh badan si pemakainya. - Dalam pada itu, ia juga memberikan kesan spiritual dan kerohanian kepada si pemakainya. Ia menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri dan kanan. Ia juga dipercayai memenuhi falsafah hukum 7 Kuasa Tenaga.
Senantiasa berzikir pada Allah menyebabkan seseorang tidak mungkin melupakan-Nya. Orang yang melupakan Allah adalah sebab sengsara dirinya dalam kehidupannya dan di hari ia dikembalikan. Seseorang yang melupakan Allah menyebabkan ia melupakan dirinya dan maslahat untuk dirinya. Allah Ta’ala berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka Itulah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hasyr 59:19). Zikir adalah cahaya bagi pemiliknya di dunia, kubur, dan Hari Berbangkit.
Dakwah & Kerohanian:
FOKUS Edisi • November 2015 • 3
Ekspresi Cinta
Rasulullah SAW “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi ibu bapanya, anaknya, dan seluruh manusia yang lainnya”. (Riwayat al-Bukhari) Gambar hiasan
Oleh: Halim Mokhtar Timbalan Pendaftar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor halim@kuis.edu.my
U
ngkapan cinta kepada Rasulullah SAW sentiasa diekspresikan oleh umat Islam khususnya pada bulan Rabiul Awal. Sambutan Maulidur Rasul merupakan tradisi yang berkembang di kalangan masyarakat Islam setelah kewafatan Rasulullah SAW yang merupakan ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Rasulullah SAW. Manifestasi cinta kepada Rasulullah SAW mestilah sentiasa dibugar dan dimurnikan agar ianya segar dan update sepanjang masa bukan bersifat bermusim kerana ianya memiliki nilai ritual yang harus mencerminkan logika kecintaan yang hakiki bukan bersifat retorik. Kecintaan seseorang terhadap Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan, namun ianya perlu menetapkan diri bahawa kecintaan yang sebenarnya ialah kecintaan yang tertinggi terhadapnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa mencintai sunnahku maka sungguh ia telah mencintai aku, maka ia bersamaku di syurga” (HR At-Tarmizi) Tanda seseorang cinta terhadap sesuatu adalah selalu teringat dalam hatinya apa yang dicintainya itu, segalanya indah dan menawan. Hati adalah tempat cinta bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa sahaja yang dicintai. Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai dengan memilih “siapa” dan “apa” yang hendak kita cintai. Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW tiada terpisah. Cinta kepada Allah adalah matlamat dan cinta Rasulullah itu jalan menuju cinta Allah.
Tidak mungkin tercapai tujuan “Lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.” Firman Allah yang bermaksud: “Katakan: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad). Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali ‘Imran: 31) Budi dan jasa Rasulullah SAW sangat luar biasa. Perjuangan dakwah, doa dan kepimpinan Rasulullah tidak terhitung nilainya menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat dengan menyampaikan khabar gembira (syurga) atau ancaman yang menakutkan (neraka) sebagai peringatan. Setiap hati manusia akan jatuh cinta kepada orang yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik disukai oleh setiap manusia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Ia nilai sejagat yang diakui oleh semua manusia. Ini juga salah satu sebab mengapa perlu mencintai Rasulullah SAW kerana ketinggian dan keagungan akhlak. Sesiapa yang tidak jatuh cinta kepada Rasulullah SAW itu petanda dia menolak fitrah manusia. Orang yang baik dan ingin menjadi baik mestilah mencintai dan meneladani orang yang baik. Tidak ada insan sebaik Nabi Muhammad SAW yang akhlaknya bukan sahaja dipuji oleh kawan dan lawan, malah oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud: “Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik.” ( al-Ahzab 21) Sesungguhnya orang yang bercinta mesti banyak mengingati sesiapa yang dicintainya. Apabila hati teringat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Begitulah ekspresi cinta kepada Rasulullah SAW yang perlu sentiasa segar di dalam jiwa. Beberapa saranan bagi memperkasa ekspresi cinta kepada Rasulullah SAW antaranya: 1. Mengenali Rasulullah SAW. Kita
perlu fokus mengenali Rasulullah melalui sirah dan sunnah Baginda. Tidak cukup hanya mengetahui dengan akal, tetapi kita perlu mengenali Rasulullah SAW dengan hati, lalu cuba mempraktikkan segala sunnahnya dalam realiti kehidupan.Untuk cinta, mesti kenal. “Tak kenal, maka tak cinta.” Apabila kita mengenali Rasulullah SAW, barulah kita boleh mencintainya. Bila sudah cinta pastinya semuanya indah belaka. Justeru, tuntutan yang paling utama selepas mengenal Allah adalah dengan mengenal Rasulullah barulah cinta sentiasa mekar mewangi. 2. Mematuhi ajaran Rasulullah SAW. Tanda cinta ialah patuh dan taat. Pepatah ada menyatakan: “Seseorang akan menjadi hamba kepada perkara yang dicintainya.” Seorang yang mencintai Rasulullah akan menjadi hamba kepada Allah dengan mengikut sunnah Rasulullah. Kepatuhan seseorang terhadap ajaran Rasulullah adalah bukti yang paling kuat menunjukkan kebenaran cintanya. Tanpa mematuhi ajarannya, dakwaan cinta itu adalah palsu. 3. Memuliakan dan menghormati Rasulullah SAW. Membenarkan segala berita yang dibawa oleh Rasulullah, mematuhi segala suruhan, menjauhi segala larangan dan beribadah kepada Allah dengan cara yang ditunjukkannya. Sesiapa yang tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, ini bererti dia tidak lagi menghormati Rasulullah walaupun mulutnya mendakwa demikian. Cinta itu tindakan, bukan hanya perkataan. Seseorang yang tidak menegakkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kerana kejahilan, kedegilan atau keangkuhan, maka secara langsung atau tidak telah menghina Rasulullah. Pada akhir zaman, bukti mencintai Rasulullah SAW adalah dengan menegakkan sunnah Baginda, namun ia sangat sukar dilakukan seumpama menggenggam bara api. 4. Mengingat dan menyebut Rasu-
lullah SAW . Orang yang mencintai kekasihnya maka ia akan sering mengingatnya, menyebutnya dalam setiap majlis dan forum. Berselawat ke atas Rasulullah SAW dapat menyuburkan rasa cinta terhadap Baginda. Sesiapa yang berselawat ke atas Rasulullah sekali maka Allah SWT akan berselawat iaitu mengurniakan rahmat dan ganjaran terhadapnya. Sabda Rasulullah yang bermaksud “Orang yang paling utama denganku (syafaatku) adalah mereka yang paling banyak selawatnya keatasku”. (Riwayat al-Bukhari) 5. Menjiwai sirah Rasulullah SAW. Cinta itu bermula dengan mengenal seperti kata pepatah “Tak kenal maka tak Cinta”. Melalui medium informasi yang terpilih, bahan bacaan atau siri pengajian sirah dapat mendalami dan mengenal Rasulullah. Dari sanalah kecintaan itu bermula. Semakin dalam kecintaan kepada Rasulullah seharusnya semakin memerlukan untuk mendalami pengetahuan tentang kehidupan Baginda. Ketaatan adalah bukti dan tanda kecintaan, sekaligus syarat dari kecintaan seseorang kepada Rasulullah SAW. “Di mana Rasulullah di hati kita?” Satu persoalan yang perlu dijawab secara jujur oleh setiap Muslim. Ini kerana kedudukan Rasulullah di hati kita adalah pengukur kedudukan Allah di hati kita. Semoga peringatan demi peringatan sepanjang menyambut bulan Maulidur Rasul SAW yang diatur dan rencanakan oleh kaum muslimin benar-benar merupakan ekspresi kecintaan yang penuh dengan komitmen dan komited untuk mentaati dan menghayati sunnah Rasulullah dalam setiap detik kehidupan sebagai penanda aras keimanan sehingga berkelayakkan untuk menerima syafaat daripada Rasulullah SAW. CINTA RASULULLAH.. CINTA TERINDAH MENUJU JANNAH. Edisi
ISU 4 • Edisi • November 2015
Memahami Persoalan Khilafiah Melalui Perkara-Perkara Furu’ KEBANGKITAN ISLAM Zaman kebangkitan Islam menyaksikan kemunculan pelbagai aliran pemikiran pembaharuan, tajdid atau islah yang berusaha menyeru umat Islam kembali menghayati ajaran Islam berdasarkan tuntutan al-Qur`an dan al-Sunnah. Para ulama’ dan intelektual Islam di negara kita juga terdedah dengan pemikiran pembaharuan untuk mengembalikan semula umat Islam kepada al-Qur`an dan al-Sunnah. Namun, dalam usaha merealisasikan cara hidup berdasarkan alQur`an dan al-Sunnah, berlaku ketaksuban melampau kepada satu-satu aliran dan menafikan yang lain Kemunculan aliran taksub ini berkemungkinan besar berpunca dari kekeliruan dalam memahami konsep sebenar bid‘ah sehingga cenderung secara emosional membid‘ah beberapa amalan khilafiah dan pelakunya tanpa mengambilkira dan meneliti dalil-dalil yang dipegang oleh pihak yang dituduh itu dengan alasan mana-mana amalan yang tidak diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat serta tidak dinyatakan secara jelas di dalam alQur`an mahupun al-Sunnah perlu ditolak kerana ia bid‘ah yang sesat.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor PERBEZAAN PENDAPAT Perbezaan pendapat dalam mendefinisi dan menghuraikan terminologi, ciri-ciri dan amalan-amalan mengenai konsep bid‘ah sebagai contohnya, menyebabkan kalangan mereka bertelagah untuk memenangkan pendirian masing-masing dari pelbagai perspektif dan sudut pandang termasuklah tafsiran secara literal atau kontekstual. Perbezaan-perbezaan tersebut sepatutnya tidak mengheret umat Islam kepada kancah perpecahan, kekeliruan dan perbalahan sesama sendiri. Kefahaman masyarakat yang dangkal tentang masalah khilafiah boleh menjerumuskan kepada kekeliruan terhadap amalan beragama. Kalangan mereka yang ratarata status kefahaman Islam masih rendah mudah terjerumus dalam permasalahan berkenaan. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja, di Negeri Selangor dengan penganjuran dan pemasyhuran program-program keIslaman dari semasa ke semasa memberi isyarat baik terhadap peningkatan kefahaman Islam. Justeru, situasi ini memerlukan penyelarasan yang bijaksana daripada pihak berkuasa agama secara istiqamah dan berterusan dalam usaha mengelakkan umat Islam terjebak dalam kecelaruan, perpecahan dan menjejaskan imej Islam secara keseluruhan, pada masa yang sama pengajaran Islam terus berkembang. PERBINCANGAN ULAMAK Asas utama dalam memahami perkara ijtihadiyyah atau furu’ ialah pasti berlaku khilaf kerana hukum pensabitan berasas-
kan kepada dalil-dalil dzanni. Secara tidak langsung merupakan suatu rahmat amat luas bagi umat dan sebaliknya mengelakkan dari berbantah-bantah dalam perkara berkaitan. Pendekatan wasatiyyah yang sederhana, bertoleransi, menumpukan hukum yang jelas dan nyata, serta melakukan pencerahan dengan menilai setiap perbezaan pandangan ulama’ dengan ilmu dan tidak membuat sebarang tuduhan adalah asas pemikiran dan landasan dalam membincangkan perkara berkaitan agama. Ketetapan Syarak dan hukum mestilah diutamakan sebagai landasan kepada setiap keputusan melangkaui pandangan nafsu dan akal. Ianya wajar menjadi asas pertimbangan di pihak individu, institusi mahupun agensi yang terbabit. Justeru, sekalipun wujud perbezaan pendapat dalam perkara khilafiah di kalangan para mujtahidin, mereka meletakkan keutamaan adalah untuk merealisasikan Maqasid al-Syariah dengan bersifat terbuka tanpa sedikitpun membawa kepada situasi pulau-memulau, label-melabel, benci-membenci, caci-mencaci atau berpecah belah sesama sendiri. Bahkan keperluan untuk mengetahui dalil-dalil sandaran hukum yang diijtihadkan adalah menjadi keutamaan kepada muqallid, di samping saling menghormati, berlapang dada dan bertolak ansur kerana menjadi tabiat perkara yang tiada dalil qat‘ie akan mewujudkan khilaf dari pelbagai aspek sama ada dari sudut hujjah, kaedah, daya keintelektualan dan penguasaan ilmu. Secara langsung terhindar dari sikap saling bermusuhan, bertentangan dan berpecah-belah. Usaha yang bersungguh-sungguh dan
ikhlas perlu segera dilaksanakan demi menegakkan pelaksanaan Syariat Islam dalam diri, institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara. Secara kolektif khususnya dalam menghurai, menerang dan menjelaskan isu-isu ini tidak wajar diperbesarbesarkan lebih-lebih lagi menghukumkan bid‘ah, khurafat atau kafir. Ini kerana khilaf dalam masalah furu’ adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting kerjasama digerakkan bagi memfokuskan perkara yang lebih utama seperti untuk memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang disepakati dan bekerja keras menegakkan yang makruf yang diijma’ ulama’ di samping bertolak ansur dalam mendepani isu khilafiah atas dasar persaudaraan dan kesatuan umat Islam. KEPUTUSAN FATWA Bagi membantu masyarakat Islam di Negeri Selangor dalam membuat keputusan berkaitan perkara yang diperbincangkan ini maka Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama bersama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor telah memanjangkan satu kertas kerja ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, berikut adalah keputusan fatwa tersebut: 1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu. 2. Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam. 3. Di antara amalan yang di dakwa se bagai bid’ah adalah: 3.1. Membaca Yaasin pada malam Jumaat 3.2. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati 3.3. Mengadakan kenduri arwah 3.4. Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun 3.5. Membaca Yaasin 3 kali di malam nisfu Syaaban 3.6. Berdoa beramai-ramai selepas
solat berjamaah 3.7. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu 3.8. Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu 3.9. Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat 3.10. Membaca qunut dalam solat Subuh 3.11. Bersalaman selepas solat berjamaah 3.12. Solat sunat sebelum solat Maghrib 3.13. Solat sunat sebelum Jumaat 3.14. Fidyah solat 3.15. Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini 3.16. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat 3.17. Menyapu muka selepas memberi salam 3.18. Akikah dengan kambing sahaja 3.19. Konsep pengamalan Hadith Dhaif ADAB IKHTILAF Islam merupakan agama yang sangat kaya dengan adab, adab ini telah ditunjuk dan diberikan contoh oleh Rasulullah SAW, sehingga baginda dikenali terlebih dahulu sebagai orang yang berakhlak sebelum diangkat menjadi Nabi. Hal ini sewajarnya menjadi iktibar serta ikutan para murabbi dan asatizah dalam menghuraikan kepada masyarakat berkaitan perkara-perkara yang menjadi khilaf di dalam mazhab-mazhab yang muktabar, berlapang dadalah bahawa ada pandangan lain selain dari pandangan yang dipegang. Walaubagaimanapun, bagi masyarakat Islam di Negeri Selangor setiap pandangan yang diberikan itu seharusnya mengambilkira juga fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor agar pandangan yang diberikan itu dapat membantu orang awam beramal dengan tenang dan juga bagi mengelakkan salah tanggapan yang negatif terhadap pandangan-pandangan dari mazhab lain dalam sesuatu isu yang berbangkit di dalam masyarakat. Edisi
Sekadar gambar hiasan
GENERASI•Q Edisi • November 2015 • 5
‘100 Most Influential Persons In History’, Kenapa Muhammad Yang Pertama? Ramai yang sudah tahu, tetapi ramai juga yang belum. Nabi Muhammad SAW telah disenaraikan oleh seorang sarjana barat, Dr. Michale H. Hart sebagai orang nombor satu dalam ‘ranking’ 100 manusia paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Hart bukanlah seorang muslim. Dia seorang non muslim lulusan matematik dari Universiti of Cornell, Amerika Syarikat (AS) dan meraih Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Astrofizik dari University of Princeton.
Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) hamizul@e-zakat.gov.my
H
art diakui sebagai orang yang rasis, kerana memperjuangkan ‘white separatist’ atau ‘ketuanan kulit putih’ di AS. Biar pun dia bekerja sebagai saintis angkasa lepas di NASA, namun dia juga menyempatkan diri menulis beberapa buah buku. Tahun 1978 dia menulis buku yang sangat besar impaknya kepada dunia, iaitu ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ (100 orang paling berpengaruh dalam sejarah). Hart meletakkan Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh, mengalahkan 99 manusia lain, termasuklah ‘top 5 ranking’ iaitu Isaac Newton, Jesus Christ, Buddha dan Confusius. Menariknya, Umar al-Khattab menduduki tangga ke 52 dan merupakan pemimpin Islam kedua selepas Nabi Muhammad SAW. Hal ini yang sebenarnya perlu kita kaji, kerana ‘ranking’ ini dinobatkan oleh seorang non muslim. Malah buku Hart ini laris hingga kini dan menyebar seluruh dunia. Ia sudah diterjemahkan ke lebih dari 15 bahasa. Menariknya, tahun 1992, buku berkenaan disemak kembali oleh Hart dan dia menerima banyak masukan baru dari pelbagai pihak. Hart juga melakukan ‘tambah baik’ bagi edisi kedua tersebut. Dia mengakui, beberapa tokoh awal yang dia masukkan di dalam bukunya, antaranya Mao Tse-Tung yang menjulang ideologi komunis (termasuklah Lenin dan Marx), mungkin tidak lagi ‘valid’ untuk menduduki anak tangga manusia yang paling berpengaruh satu masa nanti. Kenapa Hart berkata demikian? Tidak lain dan tidak bukan, pengaruh komunis hari ini sudah jatuh terduduk. Tahun 1990an menyaksikan pecahnya Negara Soviet Union, sesuatu yang tidak diduga. 15 negara baharu pasca perpecahan itu, satu pun tidak lagi menerima ideologi komunis. Malah negara-negara dunia yang berfahaman komunis, mundur semuanya. Hart malah menyatakan, tidak mustahil satu masa kelak tidak akan wujud lagi negara yang berfahaman komunis di dunia ini. Namun artikel ini tidak bermaksud mengupas apa yang Hart sematkan kepada semua manusia yang dia ‘ranking’kan di dalam bukunya. Ada baiknya jika kita
memfokuskan kepada Muhammad bin Abdullah, nabi kita. Mengenali siapa Nabi Muhammad SAW, diharap mampu menjentik naluri bawah sedar kita untuk lebih menyintainya, lebih daripada sesiapa sahaja di dunia ini. Jika seorang non muslim mampu mengiktiraf Muhammad, mana mungkin kita selaku umatnya tidak mampu melakukan lebih dari itu. Rasulullah SAW, nama sebenarnya ialah Ahmad atau Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Qusai bin Kilab, lahir pada 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 570 dan Buku karangan Michael H. Hart yang diterjemahkan ke bahasa melayu. wafat pada 8 Jun 632. Jika mengikut usia Masehi, Rasulullah SAW hidup selama 62 tahun, mad SAW adalah penterjemah kepada altetapi mengikut kalendar Hijrah maka nabi Quran. Selama 23 tahun kehidupan nabi di hidup selama 63 tahun. dua negeri (Mekah dan Madinah), baginda Pada pandangan non muslim, mereka ditugaskan Allah SWT untuk mensyarahmenganggap Muhammad itulah yang menkan seluruh isi al-Quran. Maka nabi mengciptakan agama Islam. British semasa mengunakan tiga metodologi untuk mensyarahjajah Tanah Melayu mencipta enakmen kan dan menterjemahkan al-Quran, iaitu: khusus dengan nama Muhammadan Law, 1. Percakapan khusus buat orang Islam. Biar pun mereka 2. Perbuatan tidak beriman dengan apa yang nabi seru3. Pengakuan kan, namun mereka mengiktiraf kerja buat Realitinya, Nabi Muhammad SAW mebaginda. Hal inilah yang telah disebutkan mang wajar dikagumi lawan dan kawan, oleh Hart di dalam bukunya. kerana nabi adalah manusia yang bukan “Pemilihan saya meletakkan Muhamsekadar berteori. Sama ada dalam aspek mad sebagai manusia paling berpengaruh peribadatan (disebut aspek keagamaan dalam dunia, sudah tentu akan menimbuloleh Hart) dan keduniaan (sekular), nabi kan kekagetan sebahagian pembaca, malah adalah juaranya. Nabi Muhammad SAW akan dipertikaikan oleh sebahagian yang melestarikan beberapa sisi keperibadianlain. Tetapi, ketahuilah bahawa dialah satunya dalam siri 23 tahun kehidupan baginda satunya lelaki di dalam sejarah yang sangat semasa menjabati jawatan Rasulullah, iaitu: berjaya dalam dua aspek kehidupan, iaitu 1. Ketua keluarga agama dan keduniaan (sekular).” Sebagai ketua keluarga, tidak ada orang Demikianlah Hart menulis di perenggan mampu menandingi baginda. Dicatatpertama bukunya mengenai Muhammad kan nabi pernah memiliki 12 orang isbin Abdullah. Sekali lagi bagi kita, hal ini teri, kecuali Siti Khadijah r.ha, selebihbukanlah satu kepelikan. Nabi Muhamnya hidup bermadu. Nabi Muhammad
SAW juga merupakan bapa kepada tujuh orang anak, tiga putera dan empat puteri. Baginda juga merupakan datuk kepada cucunda, dan yang paling terkenal pastilah Hassan dan Hussin. 2. Guru dan murabbi ummah Sudah pasti dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW bertanggung jawab memahamkan seluruh pengikutnya tentang Islam, dan bagaimana ‘amalinya’ hidup secara Islam. Segala aspek hukum-hakam agama, soal ibadah, memberikan fatwa semasa dan menjelaskan pelbagai kekeliruan dalam hidup beragama, menjadi tugas baginda. 3. Ketua negara Inilah yang paling besar cabarannya, kerana nabi juga harus menjadi seorang presiden, ketua hakim, ketua diplomat, ketua turus tentera dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan kenegaraan. Hart seterusnya mengungkapkan, Muhammad layak menjadi manusia terulung dalam sejarah dek kerana kemampuannya mengasaskan sebuah agama (Islam) yang kemudiannya terus berkembang pesat biar pun setelah ketiadaannya. Lebih menjadikan Hart takjub kepada Muhammad, kerana baginda dilahirkan dalam kelompok manusia pagan (jahiliyah), jauh dari ketamadunan. Namun, di sebalik semua itu ternyata Muhammad mampu menggagaskan sebuah pondasi (tapak) paling kukuh bagi sebuah peradaban untuk tahun-tahun mendatang. Sekali lagi bagi orang Islam, kita sedar bahawa yang mendidik Nabi Muhammad SAW bukanlah manusia. Sebaliknya Allah SWT yang telah menyediakan satu jalur pendidikan khusus buat nabi. Justeru itulah kita melihat, nabi menjadi mandiri (berdikari) sejak kecil, iaitu setelah kehilangan ibu dan ayah, kemudian datuknya dan kemudian pakciknya. Nabi Muhammad SAW melalui tahap-tahap kematangan yang sangat eksklusif, sehinggakan menjelang usia 40 tahun sebelum perlantikan sebagai nabi, baginda sudah melalui pelbagai jenis kehidupan yang mencabar. Nabi pernah menjadi pengembara dan berdagang bersama pakciknya, nabi pernah membantu tentera dalam peperangan Fijar, nabi pernah menjadi pengembala kambing, nabi pernah menjadi pedagang membawa barangan milik Khadijah dan banyak lagi. Ertinya, Allah SWT sudah mempersiapkan pelbagai aspek kemahiran yang perlu ada pada seorang nabi yang bakal menjadi pemimpin besar, iaitu persiapan mental, emosi, fizikal dan spiritual. Inilah perkara yang perlu kita tekuni tentang manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah. Baginda manusia teragung sepanjang sejarah. Biar jutaan pemimpin lain terukir namanya, namun tidak ada yang mampu mengatasi kehebatan Nabi Muhammad SAW. Tidak lain kerana baginda bukan sekadar manusia yang bertindak dengan akalnya, melainkan nabi sentiasa dipandu Allah SWT yang Maha Bijaksana. Sama-samalah kita meneladani manusia terulung ini. Wallahua’lam. Edisi
BICARA MUFTI 6 • Edisi • November 2015
Fatwa Menangani Persoalan BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’ 1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu. 2. Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam. 3. Di antara amalan yang di dakwa sebagai bid’ah adalah 3.1 Membaca Yaasin pada malam Jumaat 3.2 Membaca tahlil dan talqin untuk si mati 3.3 Mengadakan kenduri arwah 3.4 Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun 3.5 Membaca Yaasin 3 kali di malam nisfu Syaaban 3.6 Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah 3.7 Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu 3.8 Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu 3.9 Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat 3.10 Membaca qunut dalam solat Subuh 3.11 Bersalaman selepas solat berjamaah 3.12 Solat sunat sebelum solat Maghrib 3.13 Solat sunat sebelum Jumaat 3.14 Fidyah solat 3.15 Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini 3.16 Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat 3.17 Menyapu muka selepas memberi salam 3.18 Akikah dengan kambing sahaja 3.19 Konsep pengamalan Hadith Dhaif Bertarikh 17 Julai 2014 Dated 17 July 2014 [MAIS/SU/BUU/01- 2/002/2012 - 5(1); P.U. Sel. (ADV) PS 05/4/12] Dengan Titah Perintah/ By Command DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/ Chairman of the Fatwa Committee of Selangor
ARTIKEL KHAS Edisi • November 2015 • 7
Mengingati Kewafatan Rasulullah SAW Melalui Kisah Yang Sebenar Oleh: Daud Lin Bin Abdullah Pengarah Penyelidikan (MAIS) (daudlin@mais.gov.my)
F
irman Allah SWT: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah Al Israa’ [17:36]) Perkara yang anda harus tahu. Bahawa hakikat kewafatan Rasulullah SAW yang menyebut UMMATI-UMMATI ADALAH TIDAK BENAR dan amat mendukacitakan apabila seseorang menyebarkan kisah palsu ini tanpa mengetahui kebenarannya. Antara kisah yang biasa kita dengar tetapi tiada sandaran dalil atau nas yang benar: Di saat kematian Rasulullah…… “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diambil nyawanya,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat kesakitan menghadapi maut ini, timpakan saja semua kesakitan maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangisan mulai kedengaran, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan sambil menyebut. “Ummatii, ummatii, ummatiii! - Umatku, umatku, umatku”. Sehinggakan ada yang menyebut bahawa Rasulullah SAW wafat di sisi Fatimah iaitu anaknya. Dimanakah riwayatnya? nas dan dalilnya? Mengapa anda tidak mempersoalkan malah ramai diantara kita takjub dengan kisah ini dengan susunan ayat halus yang menyentuh jiwa bagi orang yang mencintai Rasulullah SAW dan terus saja tanpa merujuk kebenarannya. Maka tersebarlah kisah sebegini dengan banyaknya. Justeru Perlulah berhati-hati agar tidak menyatakan sesuatu yang tidak ada sumber dari dalil yang jelas. Berikut adalah ringkasan saat kewafatan Rasulullah SAW yang sebenar. Rasulullah SAW jatuh sakit tiga bulan setelah baginda pulang ke Madinah setelah menunaikan Haji Terakhir (al Bidayah wa al Nihayah) Rasulullah SAW berada di rumah Maymunah ketika jatuh sakit (Fath al Bari) dan berlarutan selama 10 hari. Al Bayhaqi meriwayatkannya dengan satu isnad sahih. Lebih tepat 13 hari. Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin, dua belas haribulan Rabiulawal, ketika baginda berusia 63 tahun. (Ibn Hajar, Fath al Bari) Perkara yang sebenar membuatkan Rasulullah SAW jatuh sakit adalah ketika Baginda
Perlu dijelaskan apabila sesuatu yang tidak tsabit dengan nas dan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan I’tikad dan tidak boleh diamal & disebarkan. Urusan aqidah & kepercayaan adalah urusan agama. Tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil sahih dari al-Quran ataupun as-Sunnah.
SAW menyatakannya semenjak pada tahun ketujuh Hijrah, sebaik sahaja setelah penaklukkan Khaybar, apabila Baginda memakan seketul daging beracun yang diberikan kepada baginda oleh Salam ibn Mashkan, seorang Yahudi. Walaupun Rasulullah SAW telah meludahnya keluar dari mulut baginda dan tidak menelan daging tersebut, racun itu masih berbisa dalam diri baginda (Al Bukhari) Setelah beberapa ketika dalam keadaan masih sakit lagi, Rasulullah SAW memberitahu dan meminta izin dari isteri-isteri baginda bahawa baginda ingin dijagai dan dirawati di rumah ‘Aishah (Umm al Mu’minun). ( Imam Ahmad, Al Musnad,(al Fath al Rabbani) Aishah seringkali menyapu peluh-peluh baginda dengan tangan beliau sendiri sambil membaca surah-surah Mu’awwadhatayn, dua surah terakhir dalam al- Quran. ( Al Bukhari) Ketika kematian semakin hampir kerana sakit baginda semakin kuat, Rasulullah SAW memanggil Fatimah ra, dan mengatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ra menangis. Kemudian Rasulullah SAW memanggil Fatimah dan menyatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ketawa. Setelah kewafatan Rasulullah SAW , Fatimah ra memberitahu bahawa baginda telah memberitahu beliau bahawa baginda akan wafat (meninggal dunia), sebab ini beliau (Fatimah) telah menangis; kemudian baginda memberitahu beliau, bahawa beliau akan menjadi orang pertama dalam keluarga yang akan menyertai baginda, maka Fatimah ketawa (Al Bukhari). Perkara ini telah terbukti . Ia suatu kelebihan dan tanda-tanda kerasulan. Ketika sakit Rasulullah SAW menjadi semakin teruk dan telah menghalang baginda daripada keluar dari tempat berehat untuk mengimamkan orang- orang Islam dalam solat. Rasulullah SAW bersabda, “Beritahu Abu Bakar ra untuk mengimamkan mereka di dalam solat.” Aishah menegah baginda daripada melakukannya, kerana beliau khuatir orangorang Islam akan menganggap sebagai suatu alamat yang buruk. Fatimah ra berkata, “Abu Bakar ra seorang lelaki baik hati, suara beliau lemah lembut dan menangisnangis apabila mereka membaca ayatayat al-Quran (Ibn Kathir, al Bidayah wa
dan menarik tirai. Fatimah memasuki dan berkata: “Bagaimanakah sakitnya bapa aku!” Rasulullah SAW bersabda: “Bapa kamu tidak akan menderita sebarang kesakitan setelah hari ini.” (Al Bukhari) Usamah ibn Zayd memasuki bilik baginda, dan Rasulullah SAW berdoa dengan senyapnya untuk beliau dengan suatu isyarat; baginda tidak boleh berkata-kata kerana kegeringan yang begitu berat. (Sirah Ibn Hisyam) Apabila kematian tiba, baginda sedang bersandar di dada Aishah ra. Beliau(Aishah ra) telah mengambil “siwak”(sugi) daripada saudara lelakinya ‘Abd al Rahman, dan mengunyah hujungnya dan Rasulullah SAW telah mencuci gigi baginda dengannya. (Al
Pintu Makam Rasulullah SAW
al Nihayah), Tetapi Rasulullah SAW mendesaknya juga. Maka, Abu Bakar ra keluar dari tempat berehat Rasulullah SAW dan mengimamkan mereka dalam solat (Ibn Kathir). Rasulullah SAW keluar dari bilik baginda Cuma sekali, dibantu oleh Al Abbas, dan Ali, mengimamkan orang-orang Islam dalam solat dan menyampaikan ucapan memuji Abu Bakar ra dan menerangkan kelebihan-kelebihan beliau. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT telah memberikan beliau (Abu Bakar ra) pilihan samaada memilih dunia ini atau Akhirat, dan beliau telah memilih Akhirat (al Bukhari). Ketika Solat al Fajr pada hari kewafatan Rasulullah SAW, ketika mana ia didirikan, Rasulullah SAW telah menarik tirai bilik Aishah dan melihat orang-orang Islam yang sedang dalam saf untuk solat. Kemudian baginda tersenyum, seakanakan baginda menyatakan selamat tinggal kepada mereka. Orang-orang Islam telah dilanda kegembiraan kerana Rasulullah SAW telah keluar dari bilik baginda. Abu Bakar ra telah berundur ke belakang, kerana beliau menyangka bahawa Rasulullah saw akan keluar untuk mengimamkan solat tetapi Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan tangan untuk menyudahkan solat tersebut. Kemudian baginda masuk semula ke biliknya
Bukhari). Rasulullah SAW dalam saat kewafatan memasukkan tangan baginda ke dalam sebuah bekas air, dan menyapu mukanya, sambil bersabda, “La ilaha illa Allah, wujudnya keazaban(sakaraat) maut.” (Al Bukhari) Suara Rasulullah SAW menjadi parau ketika baginda sedang bersabda: Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut : Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada’ dan salihin,(An Nisa:69) Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.(AL Bukhari) Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. “Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali”. Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan KerahmatanNya kepada RasulNya dan keluarga baginda SAW. Edisi
SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • November 2015
7 Kriteria Pewaris Syurga Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid (hamizul.ah@gmail.com), Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
A
langkah beruntungnya kita andai disenaraikan sebagai manusia yang dirindui syurga. Apatah lagi jika kita sudah dicatatkan sebagai pewarisnya. Ibarat nama sudah terpilih untuk mengikuti rombongan Diraja ke luar negara. Menjadi tamu Diraja pastilah layanannya kelas pertama. Semuanya terjaga, tertata dengan sempurna. Demikianlah, Allah SWT menyatakan, ada beberapa kriteria bagi mereka yang disebut sebagai pewaris syurga, iaitu: 1. Orang yang beriman kepada Allah dengan sempurna 2. Orang yang menjauhi perkataan dan perbuatan sia-sia 3. Orang yang menunaikan zakatnya 4. Orang yang menjaga kemaluannya 5. Orang yang memegang janji-janjinya 6. Orang yang setia menunaikan amanahnya 7. Orang yang mampu menjaga khusyuk dalam solatnya Mereka ini, kata Allah, ialah orang-orang yang dirindui syurga dan Syurga Firdaus itulah tempat kembali mereka. [Rujuk surah al-Mukminun, ayat 1- 11] Alangkah beruntungnya. Sudah pasti segala kenikmatan berganda menanti kita. Sungai-sungai yang mengalir jernih, anak-anak ikan berenang riang, semilir berpuput lembut, pohonan hijau yang merendang, buah-buahan yang boleh dicapai tangan ranum bergayutan, beburung berterbangan, para bidadari yang rupawan dan tiada yang lebih mulia melainkan sapaan dan ucapan salam. Allah SWT berfirman: “Mereka (penghuni syurga itu) tidak mendengar di dalamnya (syurga) perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa; melainkan perkataan salam (di dalamnya).” (Al-Waqi’ah 56: 25-26) Hakikatnya, ini ialah motivasi yang mampu menggerakkan diri mengejar sesuatu yang pasti, iaitu syurga. Caranya mudah, berimanlah kepada Allah SWT, tunaikan solat dengan sekusyuk yang terdaya, dan jagalah diri daripada segala yang lalai dan jauhilah dosa kemaluan, tunaikan hak sesama manusia, iaitu
berzakat dan tunaikanlah janji serta amanah lain yang tergalas di bahu. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam daripada sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Benar (Engkau Tuhan kami dan) kami menjadi saksi’.” (Al-A’raf 7: 172) Maka, melaksanakan janji dan amanah adalah suatu tuntutan nyata. Apabila kita sudah mengotakan janji yang kita waadatkan dengan Allah, maka pasti pula Allah SWT lebih berhak mengotakan janjinya untuk kita. Dalam hal ini, Syurga Firdaus itulah janji Allah dan ia bukanlah janji para dewata yang tiada ketahuan puncanya. Inilah motivasi dalam beragama. Jiwa manusia perlu digembur selalu agar tetap ingat kepada Penciptanya. Sang Maha Pencipta tahu apa keperluan kita. Mencari kegembiraan hidup di dunia dan jika boleh, kegembiraan itu biarlah berkekalan di akhirat sana. Maka, salah satu caranya ialah menjanjikan syurga buat manusia yang memegang janji dan amanahnya. Juga buat mereka yang khusyuk dalam solatnya, tidak lalai dalam urusan keduniaannya dan tidak pula menyalahgunakan nikmat kemaluannya. Allah SWT memberi ingat kepada kita – manusia yang sering pelupa bahawa kehidupan ini perlu dipandu dengan hala tuju akhirat. Syurga adalah destinasi terakhir kita. Dunia ini hanya persinggahan. Dahulu kita berasal dari alam roh, menetap sebentar di alam rahim dan kini buat sementara juga memikul kewajipan memakmurkan dunia. Selepas ini, kita akan mati, mendiami alam akhirat yang abadi. Maka, benarlah bicara Opick, seorang penyanyi dakwah Indonesia lewat bait-bait lagunya: Mereka adalah pewaris syurga, manusia yang disayangi Allah. Alangkah indah bila hati mengenal, tanda-tanda ada tujuh di hidupnya. Wallahua’lam. Edisi
NGO Edisi • November 2015 • 9
Transformasi Agama dengan Kuasa Kasih Penubuhan Yayasan Kasih Tauhid ini diilhamkan dari wakaf royalti buku Natrah : Cinta, Rusuhan dan Air Mata (19372009) – tulisan Datin Seri Fatini Yaacob yang diterbitkan oleh Penerbit UTM pada tahun 2010. Buku Natrah tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd.Yassin dan Pengisytiharan wakaf royalti itu dilakukan sempena pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata (1937-2009), di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur pada 9 Mac 2010 oleh penulis.
Oleh: Sri Hartini Binti Md Noh Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS) sri@mais.gov.my
P
enubuhan Yayasan Kasih Tauhid ini diilhamkan dari wakaf royalti buku Natrah : Cinta, Rusuhan dan Air Mata (1937-2009) – tulisan Datin Seri Fatini Yaacob yang diterbitkan oleh Penerbit UTM pada tahun 2010. Buku Natrah tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd.Yassin dan Pengisytiharan wakaf royalti itu dilakukan sempena pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata (1937-2009), di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur pada 9 Mac 2010 oleh penulis. Tujuan penubuhan Yayasan tauhid ini adalah untuk memupuk rasa kasihkan Allah, agama dan tanah air dan sumbangan royalti ini juga adalah sebagai tanda hormat penulis kepada bangsa yang bangkit berjuang mempertahankan agama dan hak melayu yang ketika itu yang masih dijajah dan juga terpinggir, miskin, terpisah-pisah dan dihina pula oleh penjajah. Visi dan misinya pula adalah untuk menyemarakkan makna ehsan dan membangkitkan rasa kasih agama berteraskan moto transformasi bangsa dengan kuasa kasih. Wakaf royalti itu akhirnya mendapat tempat apabila tertubuhnya Pemegang Amanah Yayasan Kasih Tauhid berdaftar pada 15 Februari 2012. Bertalikan makna kasih agama dari generasi terdahulu, Yayasan ini ditubuhkan dengan hasrat memanjangkan makna kasih agama kepada generasi bangsa Melayu kini dengan penambah baikkan elemen yang sesuai dengan cabaran zaman moden. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak yayasan seperti pembinaan masjid, penglibatan dalam ibadah qurban, menyebar dan berkongsi ilmu agama untuk mentarbiah masyarakat dalam mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Membantu mengadakan kelas-kelas fardhu ain oleh ustaz dan ustazah yang dilantik. Di samping itu juga pihak yayasan menerima bukubuku iqra’ dan dan mari belajar solat bagi lelaki dan perempuan dari jaringan yang sedia ada untuk pengedaran kepada surausurau terpencil dan kepada mana-mana pihak yang memerlukan. Bagi menyemai
kasih agama melalui sejarah Bangsa Melayu dalam tragedi Natrah satu Seminar Guaman Syarie juga telah diadakan kepada anak-anak peguam anjuran bersama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysiadi Shah Alam baru-baru ini. Yayasan berharap dengan pelbagai program seperti ceramah/kursus motivasi kasih tauhid, sentuhan kasih kepada masyarakat, penerbitan buku/filem, program rangkaian perniagaan dan pendidikan dengan pembinaan sekolah, kolej dan universiti untuk jangka panjang dapat membantu menyuburkan makna kasih agama, memperkukuhkan kekuatan jati diri dan membantu bangsa Melayu membina kecemerlangan hakiki di tanah airnya sendiri. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • November 2015 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Muallaf Orang Asli Jalani Kursus Pemantapan Akidah
& Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
13 Pelajar Tajaan MAIS Terima Sijil Graduasi Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
K
Suasana semasa kursus di dalam kelas.
Semasa aktiviti dalam kumpulan.
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
S
HAH ALAM – Seramai 30 peserta yang terlibat di kalangan saudara baru orang asli telah menjalani Kursus Pemantapan Akidah Muallaf yang diadakan di Hotel Carlton pada 2 hingga 4 Oktober yang lalu anjuran Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf. Kursus selama 3 hari ini mendedahkan peserta kepada kefahaman Islam dengan lebih jelas di samping memantapkan akidah di kalangan muallaf. Bagi mencapai matlamat utama kursus ini, para peserta turut mengambil Ujian Kefahaman Islam dan
Latihan Praktikal bagi mendalami Agama Islam dengan lebih terperinci. Selain itu, para peserta juga turut diberi pendedahan dengan aktiviti seperti Ceramah, Slot Tazkirah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Praktikal Solat. Sementara itu, pesertapeserta kursus berkenaan yang datang dari pelbagai tempat khususnya di daerah Selangor rata-rata memuji dan berterima kasih atas usaha murni pihak MAIS terutama Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf yang telah menganjurkan kursus tersebut bagi memantapkan lagi kefahaman Islam pada diri masing-masing. Edisi
OTA BHARU – Seramai 13 orang pelajar muallaf tajaan MAIS telah menerima Sijil Graduasi masing-masing daripada Institut Dakwah Islamiah, Perkim (IDIP), Taman Putra, Pengkalan Chepa dalam Majlis Penyampaian Anugerah Graduasi IDIP. PAD Daripada jumlah itu, kesemua pelajar muallaf tajaan MAIS adalah kumpulan yang mengikuti Sijil Pengajian Islam (3 Tahun) dan Sijil Asas Pengajian Islam (1 Tahun Setengah). Turut hadir majlis ini adalah Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS dan Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengurus Bahagian Pengu-
Sesi penyampaian sijil graduasi.
rusan Dan Pembangunan Muallaf. Tahniah diucapkan kepada pelajar tajaan MAIS yang telah berjaya menghabiskan pengajian di IDIP, Pengkalan Chepa, Kelantan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan kepada ummah dalam memajukan agama Islam. Sementara itu, Pihak MAIS juga turut menga-
dakan perjumpaan bersama pihak pengurusan IDIP dan pelajar muallaf di sana. Pelbagai perkara dibincangkan untuk penambahbaikan dan beberapa pemakluman turut disampaikan kepada pelajar. Pihak MAIS sangat berterima kasih atas layanan mesra kakitangan IDIP dan pelajar yang menyambut kedatangan rombongan MAIS. Edisi
Forum Pemerkasaan Integriti Sumber: JAKESS
2
0 Oktober 2015- Forum Pemerkasaan Integriti 2015 anjuran Institut Integriti Malaysia telah diadakan bertempat di Ideal Convention Centre, Shah Alam. Forum tersebut telah berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga jam 12 tengahari dan melibatkan 3 ahli Panel bersama seorang Moderator. Forum tersebut telah menjemput YAA Dr Haji Mohd Naim Bin Haji Mokhtar, selaku Ketua Hakim Syariah Negeri Selangor ( JAKESS) bagi membentangkan tajuk Integriti Dari Perspektif Islam. Forum tersebut telah dihadiri oleh 500 orang kakitangan kerajaan yang terdiri dari pelbagai institusi. Antara intipati pembentangan yang telah disampaikan oleh YAA Dr ialah maksud integrity dan bagaimana Islam memandang
nilai integriti yang sebenarnya di samping menekankan konsep kepentingan berintegriti lebih-lebih lagi kepada penjawat awam. Di samping itu YAA Dr juga menjelaskan apakah nilai-nilai yang boleh membantu seseorang untuk terus berintegriti termasuklah berada di bawah persekitaran yang positif dan membina. Melalui forum tersebut dapat dismpulkan bahawa integriti bukan sahaja penting dalam urusan kerjaya malahan ia merupakan elemen penting bagi memastikan kesejahteraan hidup di akhirat kelak kerana nilai integriti adalh nilai-nilai positif yang telah digariskan oleh Islam dan telahpun diberi tauladan oleh Rasulluah SAW. Diharapkan perkongsian melalui forum tersebut dapat membuka minda para peserta yang hadir sekaligus mampu membentuk satu kumpulan kerja yang sentiasa berintegriti. Inshaa Allah. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • November 2015 • 11 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
& Lembaga Zakat Selangor
Lawatan Sambil Belajar SMK Seksyen 18, Shah Alam
P
Sesi bergambar kanangan.
ke dewan-dewan bicara untuk menyaksikan sendiri kes perbicaraan yang dijalankan. Sebelum dibawa masuk ke dewan bicara, para pelajar diberi penerangan mengenai peraturan dan etika yang perlu dipatuhi semasa berada di dalam dewan bicara. Rata-rata pelajar yang ditemui berpuas hati dengan sesi
lawatan yang dikendalikan. Para pelajar juga dilihat teruja serta menunjukkan minat yang tinggi terhadap Mahkamah Syariah. Sebelum bersurai, kedua-dua pihak merakam gambar kenang-kenagan di samping bertukar-tukar cenderamata. Lawatan berakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari. Edisi
Jejaki Asnaf Penerima Bantuan Makanan Bulanan Sumber: LZS
S
EPANG, 23 Oktober 2015 – Dalam usaha memenuhi kecukupan asnaf fakir dan miskin yang layak, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama-sama MAIS Zakat Sdn Bhd sentiasa bekerjasama bagi memastikan setiap bantuan makanan bulanan yang disalurkan memenuhi kualiti dan terus bermanfaat untuk penerima. Melalui aktiviti pemantauan bantuan makanan secara berjadual, LZS dan MAIS Zakat Sdn Bhd baru-baru ini turun padang mendapatkan respon terus daripada penerima bantuan, di samping melihat sendiri kualiti setiap bantuan makanan yang disalurkan.
Sumber: JAKESS
A
Sumber: JAKESS ada 15 Oktober 2015 (Khamis), seramai 45 orang pelajar tingkatan lima iaitu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 SMK Seksyen 18, Shah Alam diiringi dua orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS). Tepat pukul 8.30 pagi para pelajar bersama guru pengiring tiba di lobi JAKESS. Mereka kemudiannya dibawa ke Dewan Muktamar untuk mendengar taklimat yang disampikan oleh Pegawai Komunikasi Korporat Puan Herlina Ainizawati binti Zakaria di samping menonton video korporat jabatan. Selepas sejam berada di Dewan Muktamar, para pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan dibawa melawat
Bengkel Afidavit fidavit merupakan suatu penyataan bertulis yang disahkan dengan cara mengangkat sumpah atau mengikrar pernyataan di hadapan orang yang diberi kuasa menurut Enakmen No.4/2003, untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah. Menurut peruntukan seksyen 112 Enakmen No.4/2003, pernyataan hendaklah dibuat dengan sumpah: a. di Negeri Selangor, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar; b. di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar mengikut kehendak kes; c. di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah. Sebagai pendedahan kepada semua Pendaftar Mahkamah Syariah Selangor berkaitan pengurusan afidavit dalam Mahkamah, satu Bengkel Afidavit telah diadakan pada 12 – 13 Oktober 2015 di Dewan Muktamar, Aras 2, JAKESS. Bengkel ini dirangka dengan merujuk kepada pemakaian keterangan afidavit dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [ Enakmen No.4 / 2003] yang dibandingkan dengan pemakaian afidavit mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [atau undangundang sivil yang berkaitan perkahwinan/perceraian]. Perbandingan ini telah dikupas oleh penceramah jemputan iaitu Puan Nizam binti Zakaria daripada Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Seramai 35 peserta yang hadir telah diberikan pendedahan berkenaan pemfailan afidavit dalam kes-kes melibatkan perkahwinan, perceraian dan pembahagian pesaka orang Islam yang diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Disebelah petang 13 Oktober 2015, bengkel di akhiri dengan program lawatan ke Mahkamah Keluarga, Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan affidavit di Mahkamah tersebut. Di samping itu, JAKESS berpeluang bertukar-tukar pendapat dan berkongsi mencari jalan penyelesaian bagi pemasalahan yang dihadapi oleh pelanggan yang melibatkan kedua-dua institusi ini. Diharapkan bengkel ini memberi manfaat kepada peserta dan juga Jabatan. Edisi
Poster Zakat di Hati
Dalam aktiviti pemantauan tersebut, sebanyak lima buah rumah telah diziarahi. Turut hadir, Pengurus Dae-
rah Sepang, Muhd Nur Fadli Yohman dan Pengurus Besar MAIS Zakat Sdn Bhd, Raja Maimunah Raja Ngah. Edisi
Sesi pemberian cenderahati kepad penceramah jemputan.
BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • November 2015 Sumber: Lembaga Zakat Selangor
Majlis Hi-Tea Bicara Dua Mufti: Platform LZS Sebarkan Informasi Zakat Sumber: LZS
S
HAH ALAM, 22 Oktober 2015 – Lebih 100 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta yang menyertai skim potongan zakat secara bulanan di Lembaga Zakat Selangor (LZS), hadir dalam Majlis Hi-Tea Bicara Dua Mufti yang diadakan di sini hari ini. Majlis ini mengetengahkan dua tokoh berwibawa bagi membicarakan isu-isu zakat pada masa kini iaitu Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Secara tidak langsung, majlis ini menjadi platform untuk menyebarkan informasi berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor, sekali gus menjawab persoalan berkai-
tan zakat yang sering kali berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Sebagai makluman sehingga bulan September 2015, LZS telah mengutip zakat sebanyak RM413 juta, di mana sebanyak RM168 juta dikutip melalui skim potongan gaji membabitkan 169,319 orang yang membuat potongan zakat secara bulanan. Dalam majlis yang sama, LZS turut menyerahkan bantuan kepada lima individu berjumlah RM158,317.50. Mereka ialah Siti Ruzana Ab. Rahim yang menerima bantuan pembinaan rumah bernilai RM59,550, Mohd Shahriman Ahmad yang menghidap penyakit Myelodyplastic Syndrome menerima bantuan perubatan berjumlah RM48,667.50 dan Nordin Manan Abdul Manan yang menerima bantuan perubatan sebanyak RM44,100 bagi menampung rawatan
Sumber: LZS
S Suasana semasa majlis berlangsung.
untuk suntikan penyakit Multiple Myeloma. Sementara itu, dua orang mahasiswa asnaf fakir dan miskin, iaitu Muhammad Zulfikri Mohd Nadzari dan Muhammad Luqmanul Hakim Azmi masing-masing menerima bantuan dermasiswa LZS untuk wang saku berjumlah RM3,000. Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Edisi
LZS Raikan Pesakit Wad Kanak-Kanak HTAR Sumber: LZS
HAH ALAM, 27 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) sentiasa memberikan perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalime dalam urusan kutipan dan agihan zakat di Selangor terutama melibatkan keperluan pendidikan asnaf melalui Bantuan Umum Pelajaran (BUP). Bantuan ini merupakan sumbangan bagi meringankan beban kewangan ditanggung oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta ibu bapa atau penjaga yang membiayai persekolahan anak-anak mereka setiap tahun. Merujuk kepada viral di laman media sosial mengenai pemohonan BUP, LZS ingin menjelaskan bahawa bantuan di bawah asnaf fisabilillah ini
hanya dibuka dua kali setahun. Pemohon boleh memohon mendapatkan bantuan tersebut pada bulan Januari-Mac bagi pelajar pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta IPT, manakala pada bulan Julai-September dibuka bagi pelajar IPT sahaja. Walau bagaimanapun, permohonan BUP bagi pelajar tahun pertama di IPT dibuka sepanjang tahun. Pemohon hanya boleh memohon sekali dalam tempoh setahun. Sehubungan dengan itu, LZS memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang diviralkan dan sebarang maklum balas boleh mengunjungi 27 cawangan LZS di seluruh Selangor atau menghubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353. Layari laman web www.zakatselangor.com.my dan facebook LembagaZakatSelangor. MAIS untuk maklumat lanjut. Edisi
Program Smart A To Z: Dekati Pelajar PSIS Sumber: LZS
K
LANG, 23 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan 140 orang pesakit di wad kanak-kanak bersempena dengan program ‘Kita Enjoy!’ bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini. Program ini merupakan program ‘Zakat Social Responsibility’ (ZSR) yang diadakan bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Ia adalah inisiatif bagi merapatkan ukhuwwah di antara LZS, pihak HTAR serta para pesakit kanak-kanak termasuk penjaga mereka.
Maklum Balas Viral Bantuan Umum Pelajaran
S
Sesi bergambar kenangan.
Dalam program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali telah menyampaikan sumbangan beg berisi makanan kesihatan kepada para pesakit kanakkanak ini. Selain itu, LZS turut menyumbangkan pera-
latan berupa rak buku, tikar dan juga barangan mainan untuk kegunaan pesakit kanak-kanak di sini. Hadir sama dalam program ini, Ketua Unit Kawalan Infeksi dan Antibiotik HTAR, Dr. Shabuddin Ibrahim. Edisi
abak Bernam, 15 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjayakan program SMART A TO Z sempena Pesta Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang ke-10 di sini baru-baru ini. Program melibatkan seramai 200 orang terdiri daripada pelajar PSIS dan menampilkan Eksekutif Dakwah LZS, Ustaz Hamizul Abdul Hamid sebagai penceramah. Tazkirah ringkas dan padat tentang zakat disertakan dengan kuiz merupakan pendekatan yang sesuai untuk generasi Z sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain program SMART A TO Z, turut diadakan Forum Perdana dengan tajuk ‘Hijrah’ yang menampilkan beberapa panelis hebat seperti pendakwah yang dikenali ramai, Ustaz Haslin Baharin, selebriti yang merupakan Rakan Dakwah Zakat, Shamsul Ghau-Ghau dan Raja Farah Raja Aziz. Turut dibuka sepanjang konvensyen ialah Kaunter Bergerak LZS yang menyediakan perkhidmatan taksir dan bayar zakat serta agihan zakat. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • November 2015 • 13 Sumber: Yayasan Islam Darul Ehsan
& Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Berita Kejohanan Golf Amal Yayasan Islam Darul Ehsan 2015 Sumber: YIDE
Y
ayasan Islam Darul Ehsan buat julung kalinya telah menganjurkan Program Kejohanan Golf Amal 2015 yang berlangsung di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor Darul Ehsan. Kejohanan yang berlangsung pada 31 Oktober 2015 tersebut telah mendapat penyertaan yang menggalakkan iaitu seramai 120 orang daripada 19 buah syarikat yang terdiri daripada pemain golf professional, amatur mahupun para penyumbang sendiri. Kejohanan tersebut telah menawarkan hadiah berupa sebuah kereta Proton Persona 1.6 serta Vespa Primera 150 cc bagi pemain yang mendapat pukulan Holein-One serta pelbagai hadiahhadiah lain yang berbentuk peralatan elektrik serta kelengkapan rumah. Dianggarkan sebanyak RM 500,000.00 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, agensi atau badan korporat mahupun individu. Bertempat di Grand BallRoom, Amverton Cove Golf, telah diadakan majlis penyampaian sumbangan Tajaan
Kejohanan Golf Amal Yayasan Islam Darul Ehsan 2015 dari Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa. Turut berkesempatan menyerikan majlis penerimaan sumbangan tajaan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang adalah Setiausaha MAIS iaitu Y.Bhg Dato’ Bakhtiar Bin Hussin selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohaann Golf Amal serta diiringi oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Darul Ehsan, Nur Mohd Razali Bin Abdullah. Penganjuran Kejohanan Golf Amal ini secara tidak langsung dapat merialisasikan objektif utama penubuhan Yayasan Islam Darul Ehsan yang berorientasi sebagai penyalur bantuan dan kebajikan umat Islam di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Sumbangan serta kutipan dana yang diterima akan disalurkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti Yayasan untuk kemaslahatan umat Islam seperti Bantuan malapetaka dan musibah, menguruskan Hal Ehwal Anak-anak Yatim Dan Perkhidmatan Rawatan Haemodialisis.
Berikut merupakan penaja dan penyumbang bagi Kejohanan Golf Amal 2015 Penaja Pakej Mawaddah 1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd Penaja Pakej Warahmah 1. Badrul Hisham Bin Mohd Isa 2. Dnex Solutions Sdn Bhd Penaja Pakej Warahmah 1. B & 1 Builder Sdn Bhd 2. Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM) Berdaftar 3. Sime Darby Property 4. Operasi Jitu Sdn Bhd 5. Puncak Niaga Holdings Berhad
10. Jasmine Food Corporation 11. Jurukur Hashim Serantau 12. Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad 13. Likay Enterprise 14. Medical Apparatus Supplies Sdn Bhd 15. WZ Satu Berhad 16. Permodalan Negeri Selangor Berhad 17. Prisma Serantau Sdn Bhd 18. Softlabs Technologies Sdn Bhd 19. Jasmurni Sdn Bhd 20. Tourisme Selangor Sdn Bhd 21. UMZ Enterprise 22. WZR Property Sdn Bhd
23. Zikay Sdn Bhd 24. Majlis Sukan Negeri Selangor Sekalung Penghargaan Yayasan Islam Darul Ehsan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang di atas sumbangan yang gelah diberikan sempena Kejohanan Golf Amal 2015, Yayasan Islam Darul Ehsan. Dengan Sumbangan yang diperolehi, bantuan akan diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik yang menjadi teras atau focus utama Yayasan Islam Darul Ehsan. Semoga mereka mendapat perhatian yang sewajarnya. Edisi
Lain-lain Penyumbang 1. AmanahRaya Berhad 2. Azam Corporate Services Sdn Bhd 3. Ain MediCare Sdn Bhd 4. BP HealthCare Group 5. Century Software (M) Sdn Bhd 6. Dato’ Haji Sarip Bin Haji Hamid 7. Damini Corporation Sdn Bhd 8. Dole (M) Sdn Bhd 9. Hospitech Sdn Bhd
KUIS Anjur Seminar Peradaban Dan Pemikiran Islam (RECIT 2015) Sumber: KUIS
T
he Everly Hotel, Putrajaya, 27-28 Oktober, 2015 – Pusat Pengajian Teras, KUIS sekali lagi berjaya menganjurkan Seminar Peradaban dan Pemikiran Islam 2015 (Recit
2015) untuk siri yang kedua. Seminar ini diadakan dengan kerjasama Universiti Brunei Darusallam. Tujuan utama pengajuran seminar ini adalah untuk menyerlahkan legasi peradaban dan pemikiran Islam di persada dunia dan rantau ini. Selain itu, seminar
Barisan tetamu VIP tekun mendengar seminar.
ini dianjurkan untuk menyediakan platform wacana kepada ahli akademik di semua peringkat dan lapangan pengetahuan. Isu yang menjadi tumpuan seminar ialah perbincangan tentang kepelbagaian pemikiran dalam kalangan negara serantau. Seminar ini dirasmikan oleh Muhamad Naser bin Disa (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) dengan membawa tema “Membangun Nusa Bangsa”. Terdapat tiga ucaptama persidangan daripada sarjana Islam Serantau (Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam), antaranya
ialah Prof. Dr. Syukri Salleh daripada Pengarah Pusat Kajian Pembangunan Insan (ISDEV), USM (wakili Malaysia), Drs. Afif Hamka anak kepada Prof. Buya Hamka, dari Universitas al-Azhar Indonesia (MUI) Jakarta (wakil Indonesia), dan Dr. Haji Norafnan Haji Zainal, Rektor, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), wakil Brunei Darussalam. Seramai 150 peserta menghadiri seminar tersebut daripada pelbagai bidang keilmuan, sama ada pensyarah, ahli korporat, pelajar siswazah dan sebagainya. Terdapat sekitar 80 kertas kerja dibentangkan dengan pelbagai
isu. Selain itu, 10 poster penyelidikan turut dipertandingkan dalam seminar tersebut. Recit 2015 ini mendapat sokongan padu daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat dalam bentuk penajaan serta Yayasan-yayasan yang turut memberikan sumbangan dalam menjayakan persidangan ini. Majlis bermula pada 9 pagi 27 Oktober 2015 dan berakhir pada 5 petang 28 Oktober 2015. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Prof. Dato Dr. Ab.Halim bin Tamuri.
Edisi
IKON ASNAF 14 • Edisi • November 2015
Dobi Suri Ubat Hati Mazura “Waktu sarat mengandung, saya masih menjaja kuih. Penjaga tapak binaan tidak benarkan saya masuk, kerana perut saya sudah besar, tetapi saya nekad. Satu hari, motorsikal yang saya bawa terbalik. Semua kuih yang saya bawa jatuh, habis terkena pasir. Sedihnya perasaan saya, hampir menitiskan air mata. Bayangkan, dalam keadaan penat kerana mengandung, saya gagahkan diri. Namun semuanya rosak. Saya hanya mampu bersabar.”
dari sebuah syarikat dengan membuat sup bunjut di rumah. Semasa itu saya dan keluarga masih tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya. Namun pendapatan yang saya dapat tidak sebesar mana. Akhirnya, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk emikianlah secebis mukaddimah kembali ke kampung. Ia berlaku sekitar tabuat mengisi slot Jejak Asnaf pada hun 1999.” Ujarnya lagi. kali ini. Penulis menjejaki seorang Buat permulaan, Mazura dan keluarganya wanita di usia 40 tahun, Mazura binti Md. tinggal bersama ibunya di Kampung Sungai Rais, yang kini gigih mengusahakan sebuah Apung, Sabak Bernam, Selangor. Namun, kedai dobi. Ternyata banyak iktibar yang kemudiannya Mazura mendapat sebidang boleh kita kongsikan di sebalik senyuman tanah hasil pemberian kerajaan. Mereka manis yang dilontarkan. Justeru, di sebalik harus tinggal di tanah berkenaan, atau jika kemanisan itulah tersembunyi seribu kepa- tidak ia akan diambil kembali oleh kerajaan. hitan yang pernah dilaluinya. Namun mereka tiada duit, bagaimanakah “Suami saya hanya seorang pengawal ke- mereka mampu membina rumah? selamatan, gajinya sangat kecil. Sejak muda, “Dek kerana tiada modal, kami terpaksa itulah pekerjaannya. Manakala saya sendiri, meneroka sendiri kawasan tanah yang sansatu masa dahulu pernah bekerja di sebuah gat semak itu. Setelah siap diteroka, kami kelab golf ternama di Shah Alam. Pendapa- pun membina rumah. Namun gaji suami titan semasa itu agak besar. Apabila men- dak seberapa. Akhirnya, cukuplah bagi kami gandung, saya mengalami alahan sangat ter- dengan membina sebuah pondok yang kecil uk dan tidak larat lagi untuk terus bekerja. dahulu. Perlahan-lahan, nanti ada modal Saya selalu mengambil MC. AKhirnya saya kami akan besarkan.” Terang Mazura lanjut. terpaksa ambil keputusan untuk berhenti.” Sebenarnya ada kisah sedih tetapi sangat Ujar Mazura. inspiratif di sebalik kehidupan susah MaTahun 1997 Mazura berhenti kerja di zura. Dia tidak punya wang, namun dia berKelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, setelah dikit-dikit berusaha menyiapkan rumahnya kira-kira 12 tahun berkhidmat di situ. Sebe- tanpa bantuan orang. lum itu, Mazura mendirikan rumahtangga “Kami tak ada duit, jadi saya akan memdengan Azhari bin Arshat, dan mereka beli bahan-bahan untuk membuat rumah dititipkan Allah SWT dengan empat orang itu sedikit demi sedikit. Setiap hari saya anak, dua perempuan dan dua lelaki. Selepas akan membuat kuih dan menjualnya. Apaberhenti kerja, Mazura tidak duduk diam. bila jualan habis dan laku, maka dengan Dia cuba melakukan apa sahaja pekerjaan wang yang ada itulah saya akan ke kedai biyang dapat menghasilkan wang demi me- naan dan membeli barang. Setiap hari saya nampung pendapatan suaminya. beli sebatang kayu. Habis kayu, saya beli “Selepas berhenti kerja, saya ambil upah sekeping papan. Demikianlah sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya cukuplah bahan binaan buat membina rumah yang kecil.” Kongsi Mazura lagi. Kini rumah asal yang dibina dengan jerih payah dirinya dan juga suaminya itu masih ada, walaupun sudah ditampung dengan binaan baharu yang lebih baik. “Syukurlah ada projek pembinaan politeknik dan Institut Latihan Dakwah Selangor Puan Mazura menyerahkan kain kepunyaan pelanggan yang berdekatan kamsiap dicuci. pung saya, maka
Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
D
di sanalah saya dapat mencari rezeki. Setiap pagi saya akan menjual kuih dan air, sebelah tengah hari saya menjual nasi dan lauk. Setahun lebih jugalah saya berjualan makanan kepada para pekerja kontrak di sana.” Tambahnya lagi. Saat-saat kritikal itu, Mazura pernah dimasukkan ke wad hospital kerana tiba-tiba dia diserang sakit mahu bersalin. Insiden itu menurut doktor, bukanlah kerana tarikh bersalinnya sudah tiba, melainkan kerana tekanan dan keletihan melampau yang dia hadapi menyebabkan dia sakit dan hampir bersalin awal. Kemudiannya, dia diizinkan pulang ke rumah. “Doktor menasihatkan saya agar berehat, kurangkan kerja. Namun, jika saya tidak bekerja saya tidak mampu mencari duit. Rumah pun belum siap. Maka, saya gagahi juga kederat yang ada. Akhirnya, satu hari saya benar-benar diserang sakit mahu bersalin. Kelam-kabut suami mencarikan kenderaan; dan belum pun sempat sampai di hospital saya sudah bersalin di dalam kereta.” Terang Mazura lanjut. Dalam ingatannya, Mazura masih ingat dahulu dia selalu membuat pinjaman perniagaan dengan Amanah Ikhtiar, sebuah ejensi kerajaan untuk membiayai kehidupan. Namun, dia merasa letih kerana wajib membuat bayaran balik pada saban minggu. Dia pernah terfikir, tiadakah jalan lain baginya untuk mencari modal dan berniaga? “Wang pinjaman itu bukan sekadar untuk berniaga kecil-kecilan, tetapi juga saya gunakan untuk membeli kelengkapan raya dan persekolahan anak-anak. Memang terasa sesak sangat. Hinggalah satu hari, amil di kampung ini mencadangkan agar saya mengajukan masalah ini ke Lembaga Zakat Selangor (LZS).” Terangnya lagi. Pihak amil kampung berkenaan turut membantu Mazura membuat permohonan. Alhamdulillah, akhirnya pada tahun 2010 Mazura menerima bantuan pertama kali berupa persiapan hari raya sebanyak RM650 dan juga persekolahan anak-anak berjumlah RM700. “Terasa syukur sangat dengan bantuan yang LZS hulurkan. Sebelum itu, saya tidak sangka rupanya ada institusi zakat yang boleh membantu.” Jelasnya. Biar pun sudah dibantu, namun Mazura tidak pernah merasa lega dan menunggu sahaja. Sesungguhnya dia memang seorang yang ringan tulang. Lalu kawasan rumahnya yang agak luas, dia manfaatkan dengan menanam pokok cili, serai dan limau. Hasilnya dia jual buat menokok keperluan diri dan anak-anak. Malahan, seiring kemasukan para pelajar ke politeknik berdekatan
rumahnya, Mazura terfikir dia boleh mengambil upah membasuh baju. “Dengan sedikit simpanan, saya membeli sebuah mesin basuh terpakai. Kemudian, saya naikkan iklan di kedai runcit dan balai raya kampung, rupa-rupanya sambutan yang saya terima sangat berbaloi. Ramai pelajar yang datang menghantar pakaian untuk saya cuci. Itulah kisahnya, bagaimana saya mula berjinak-jinak dalam dunia dobi.” Cerita Mazura ceria. “Saya tidak langsung pernah terfikir akan mempunyai kedai dobi sendiri satu masa nanti. Ketika saya mula mencuci pada tahun 2011, saya buat sekadar termampu. Syukur alhamdulillah, LZS nampak usaha saya lalu tawarkan modal lebih besar. Siapa sangka, tahun 2014 saya mendapat bantuan modal sebesar RM31,000 dari pihak zakat. Bak bulan jatuh ke riba, mimpi menjadi nyata.” Girang sungguh hati Mazura. Sememangnya Nabi Muhammad SAW ada berpesan: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat al-Baihaqi) Lalu, rezeki Mazura dalam bidang dobi pun terus subur. Dengan modal tambahan, bermakna operasinya juga kian membesar. Biar pun kedai dobinya hanya dibina di hadapan rumah, dan agak tersorok di dalam kampung; namun ternyata orang-orang yang sudah menggunakan khidmat dobinya terus menerus mendatanginya dan bisnisnya kian berkembang. “Dahulu waktu belum ada kedai seperti ini, saya malu apabila pelanggan datang ke rumah. Maklumlah, mesin basuh pun hanya guna yang terpakai, serba-serbi terbatas. Tetapi sekarang saya tidak segan untuk mengiklankan khidmat dobi dengan lebih luas. Malah saya juga menawarkan khidmat ambil dan hantar pakaian secara percuma.” Terangnya lagi. Di sudut yang lain, mengenang kembali saat-saat susah, Mazura akui dia sudah puas menangisi nasibnya. Kini, setelah dia merasai nikmat atas hasil usaha kerasnya, dia enggan lagi menoleh ke belakang. Mazura cukup gembira dengan apa yang dia ada sekarang, sebuah perniagaan yang menguntungkan, dan pendapatan yang mampu memberikan kecukupan buat diri, anak-anak dan sekaligus meringankan beban suami tercinta. “Masakan saya boleh lupa, dahulu saya pujuk anak-anak agar pakai baju lama sewaktu hari raya. Saya rasa segan jika tetamu datang bertandang, kerana rumah kami sangat daif. Malah saya pernah masuk wad ICU di hospital gara-gara diserang athma, kerana membuat kerja-kerja kontrak di tapak pembinaan.Tetapi, kini semuanya sudah berlalu. Syukurlah, zakat juga banyak membantu. Alhamdulillah.” Di akhir perbualan, Mazura tidak lokek mengalungkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantunya selama ini. “Saya hanya dapat doakan, moga semua yang membantu saya beroleh rezeki yang melimpah-limpah, dipanjangkan usia dan kekal dalam kebahagiaan di dunia hingga akhirat, amin.” Doa Mazura penuh pengharapan. Nota: Mazura binti Md. Rais menjalankan perniagaan Dobi Suri di Lorong 4, Rumah Berkelompok, Jalan Beting Kepah, Kg. Sg. Apung, 45100 Sabak Bernam, Selangor dan boleh dihubungi di talian 019361 1445 atau 0111-4250 0406. Edisi
ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • November 2015 • 15
Zakat Itu Beban? SOALAN: Ada pihak yang merasakan, zakat yang diwajibkan di dalam agama Islam itu adalah membebankan. Ini kerana, misalnya seorang peniaga yang tidak mencapai keuntungan dalam urus niaganya; namun dia masih dikenakan zakat. Begitu juga dengan harta yang terkumpul, misalnya bagi seorang pesara yang hanya memanfaatkan wang KWSPnya, juga diwajibkan zakat. Adakah benar tanggapan sedemikian ini?
Sekadar gambar hiasan
JAWAPAN: Semoga Allah SWT memberkahi kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, yang sewajarnya berusaha menakah anak-anak tangga keimanan menjadi manusia yang muttaqin. Semoga Allah SWT membimbing saya dalam menyajikan jawapan yang terbaik kepada persoalan yang telah dilontarkan oleh individu terbabit. Benarkah zakat satu beban kepada umat Islam? Soalan ini sebenarnya, tidak wajar ditanya jika kita benar-benar merupakan seorang mukmin yang sejati. Ini kerana, zakat adalah suatu ketetapan daripada Allah SWT, ia bersifat mutlak. Setiap muslim, wajib mentaatinya. Meninggalkan zakat atau menafikannya, bukanlah ciri-ciri muslim yang taat; sebaliknya ia mencerminkan keangkuhan manusia, seperti Qarun yang dilaknat. Di dalam sejarah, memang pernah ada manusia yang menganggap zakat sebagai beban ke atas dirinya. Akhirnya dia dimurkai oleh Rasulullah SAW. Kisahnya panjang sekali untuk dipaparkan di sini, namun cukuplah jika dikatakan, lelaki itu akhirnya menyesal seumur hidupnya kerana keangkuhannya mempertikaikan zakat. Para pembaca boleh merujuk kisah lelaki ini, di dalam tafsir surah at-Taubah untuk mendapatkan penjelasannya
dengan lebih ditil. Maka, melalui medium yang amat terbatas ini saya akan cuba memaparkan beberapa hujah betapa zakat bukanlah suatu peraturan yang menekan umat Islam. Sebaliknya, zakat adalah suatu ketentuan yang di penghujungnya, ada natijah yang cukup baik buat kehidupan. Sama ada kehidupan peribadi seseorang, mahu pun kehidupan sesebuah komuniti atau ummah secara keseluruhan. Pertama, zakat tidak diwajibkan kecuali kepada mereka yang hartanya sudah berkelebihan daripada keperluannya yang asasi, yakni sudah memenuhi keperluan diri dan tanggunganya. Jika tidak memenuhi, dan orang itu masih mahu berzakat sehingga menyebabkan orang yang menjadi tanggungan wajibnya teraniaya, maka orang yang berzakat itu dikira berdosa. Firman Allah SWT: “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang perlu mereka nafkahkan (zakatkan), jawablah: apa yang berlebih daripada keperluan.” (al-An’am: 141) Kedua, zakat dikenakan bagi harta yang cukup nisab. Harta yang di bawah paras nisab, walaupun terkurang satu sen maka tidak diwajibkan zakat ke atasnya. Nisab ini pula berubah-ubah mengikut harga 85 gram emas semasa, maka semakin tinggi nisab, hanya mer-
eka yang layak sahajalah mampu berzakat. Ia tidak menzalimi orang yang tidak mampu. Ketiga, zakat dikenakan setelah genap setahun bagi harta yang cukup nisab dalam milikan sempurna seseorang. Maka, jika tiba-tiba lagi sehari mahu cukup haul tetapi ada keperluan yang mendesak, sehingga terkurang nisabnya walau seringgit, maka tidak wajib baginya menunaikan zakat. Keempat, zakat dikenakan setelah mengambil kira keperluan dalam perusahaan. Misalnya, petani yang menjalankan projek pertanian, maka fuqaha mengizinkan dia menolak dahulu kos ke atas projek pertaniannya sebelum dikeluarkan zakatnya. Demikian jugalah dalam zakat perniagaan, asset tetap tidak diambil kira dalam kiraan zakatnya. Kelima, jika berhutang, maka diizinkan dahulu menolak hutang sebelum zakat dikeluarkan, dengan syarat hutang itu hutang yang sudah sampai tempohnya. Misalnya, si A berhutang RM10 ribu dan dia berjanji melunasinya pada 31 Disember 2014, maka sampai tarikh itu dia hanya ada RM20 ribu dalam simpanan, setelah ditolak RM10 ribu, terkurang dari nisab, maka tidak wajiblah dia berzakat. Keenam, Islam juga mensyaratkan harta yang wajib zakat itu mempunyai syarat an-nama’ yakni mampu untuk berkembang atau dikembangkan. Misalnya, haiwan ternakan dan wang. Maka, jika rumah atau kenderaan yang digunakan sendiri tidak wajib zakat, biar pun nilainya jutaan ringgit selagi ia tidak mendatangkan hasil. Setelah asset itu dijadikan sumber penghasilan, misalnya rumah yang disewa, maka hasil sewaan itulah yang dizakatkan. Ketujuh, zakat harta juga diwajibkan dalam kadar tetap yang amat minimum, iaitu 2.5 peratus. Jumlah ini relatifnya amat kecil jika mahu dibandingkan dengan jumlah sehingga 25 peratus ke atas cukai pendapatan atau 50 peratus bagi kegunaan lain, yang sering manusia belanjakan. Maknanya, Allah SWT tidak mahu menekan hamba-hamba-
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.
Nya dengan kadar zakat yang tinggi, namun ia lebih sekadar untuk menguji jati diri seorang mukmin. Di samping itu, bagi menjelaskan kes peniaga yang masih diwajibkan zakat sekali pun dia mengalami kerugian, maka suka dinyatakan bahawa dengan menunaikan zakat itulah menjadi sumber untuk menyuburkan dan menguntungkan perniagaannya. Malah zakat sepatutnya menjadi motivasi unggul bagi mana-mana peniaga, bahawa mereka mesti berniaga sehingga mampu mengeluarkan zakat. Maka, dengan itu mereka akan berniaga bersungguhsungguh sehingga meraih keuntungan dan dengan itu, mereka mampu menunaikan zakat. Manakala bagai pesara yang sudah tua, dan mengharapkan wang KWSP sebagai sara dirinya tetapi masih wajib berzakat, maka Nabi Muhammad SAW sudah lama menyarankan agar wang itu dilaburkan di tempat yang boleh mengembangkannya. Misalnya, jangan disimpan di dalam akaun wadiah semata-mata, kerana tiada mendatangkan keuntungan; sebaliknya boleh disimpan dalam mana-mana akaun bersifat perkongsian keuntungan (contohnya mudarabah) atau simpanan di Tabung Haji, dan dengan itu, wang mereka turut berkembang saban tahun dan tidaklah ia terus susut dimakan oleh zakat. Kesimpulannya, dengan beberapa hujah dan penerangan yang telah diberikan di atas, maka diharapkan tidak ada lagi orang Islam yang berfikiran negatif mengenai kewajipan zakat. Malulah kita kepada Allah SWT yang telah memberikan mata, telinga, hidung, kaki, tangan dan segala-galanya yang kita kecapi tanpa perlu pun kita menghitung kosnya. Nescaya, di sana akan tumbuhlah rasa kerendahan diri kita kepada Allah SWT, lalu mencantas bibit-bibit kesombongan diri yang membawa binasa. Wallahua’lam. Edisi
ULASAN BUKU 16 • Edisi • November 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)
MENJEMPUT REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA CALL NO : 297.382 FAK Buku ini memberi gambaran betapa pentingnya solat sunat Dhuha dalam memberi manfaat kepada sesiapa yang mengerjakannya. Umat Islam dituntut untuk berusaha secara fizikal dan bukan fizikal (beribadat dan beramal). Antara ibadah yang dapat memurahkan rezeki seseorang itu dengan melakukan solat Dhuha. Alasan sibuk bekerja dan lain-lain kerap digunakan oleh ramai individu yang tidak memandang serius dan mengabaikan ibadat sunat tersebut. Walhal, begitu banyak fadilat dan pahala ganjaran dari Allah yang akan diberikan kepada orang yang mengerjakan perkara tersebut. Betapa mudahnya untuk mendapatkan rezeki dari Pencipta kita yakni hanya solat sunat dua rakaat ini. Rezeki akan semakin terbuka dengan kerajinan usaha yang dilakukan. Terdapat kisah-kisah nyata para pelaku solat sunat ini berserta hadis Rasulullah. Di dalam buku ini, dapat dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu “Semesta rezeki”; “Menjemput rezeki dengan solat dhuha” dan “Doa dan zikir permudah rezeki”.
KISAH 10 MUALLAF PALING BERPENGARUH DI EROPAH & AMERIKA CALL NO : 297.574 MYA Buku ini menggambarkan tentang penulisan perjalanan beberapa orang muallaf yang berpengaruh di Benua Eropah dan Amerika yang berjaya untuk mendapatkan hidayah tentang kebenaran agama Islam. Setiap cerita yang disampaikan oleh para muallaf ini berlainan antara satu sama lain tetapi dengan satu tujuan murni yang sama yakni pengakuan kebenaran kepada agama Islam. Terdapat 10 cerita yang berlaku kepada 10 orang muallaf di Eropah dan Amerika yang mempunyai pengaruh yang besar. Bak kata-kata yang “di sebalik setiap peristiwa itu pasti ada hikmah yang tersirat” akan lebih diketahui jika anda betul-betul mengambil berat tentang kejadian yang berlaku di sekeliling anda dan menyedari yang proses untuk mencapai kebenaran itu bukanlah suatu peristiwa yang mudah. Di dalam buku ini, dimuatkan proses pencarian kebenaran yang dialami oleh sepuluh orang muallaf yang paling berpengaruh di Eropah dan Amerika yang membawa mereka menuju ke jalan Allah SWT. Seperti kisah Mark Hanson yang kini dikenali sebagai Hamza Yusuf selepas bertukar kepada agama Islam yang berusaha untuk mendalami makna sejati di sebalik misteri hidup dan mati. Kisah mengenai Malcolm X juga disebut di dalam buku ini yang mana beliau merupakan seorang yang tegas dan gigih dalam berjuang untuk kaum keturunan hamba Afro-Amerika dalam hak-hak sivil mereka pada dekad 1950 dan 1960an. Serta dicoretkan tentang perjalanan spiritual oleh Cat Stevens yang juga seorang penyanyi dan pernah popular dengan lagu “Father and Son” atau “Wild World”; Michael Wolfe seorang penulis Amerika, Maurice Bucaille seorang ilmuan Perancis; Charles Le Gai Eaton seorang diplomat dan ahli falsafah British; Kareem Abdul-Jabbar seorang pemain bola keranjang NBA dan Kristiane Backer yang merupakan pengulas TV Eropah. Kembara mereka dapat membuat pembaca merasa terharu, menajubkan dan dapat memberi inspirasi untuk terus beriman dan berpegang dengan ajaran Islam.
MERAWAT PENYAKIT DENGAN SOLAT TAHAJUD CALL NO : 297.382 FAK Solat tahajud yang dilakukan pada penghujung malam dapat memberi banyak syafaat kepada umat Islam yang menunaikannya. Kortisol atau hormon steroid dapat dikurangkan menjadi seimbang yang dapat menurunkan tahap tekanan perasaaan seperti yang telah dibuat kajian oleh para penyelidik dunia. Maka, kita dapat mengelakkan diri daripada menghidapi pelbagai serangan penyakit. Buku tersebut membincangkan tentang apa kaitan solat tahajud dengan kesihatan dan penjelasan dari perspektif Islam. Antara kandungan yang terdapat di dalam buku ini ialah, 1. “Kisah benar: sembuh dengan tahajud” seperti ‘Sebagai bukti dan penguat teori’ dan ‘Sebagai pengajaran’ 2. “Tahajud untuk kesembuhan” seperti ‘Berdoa dengan doa dan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW’, ‘Ruqyah diri kita sendiri’, ‘Waktu yang afdal untuk berdoa’, ‘Golongan yang makbul doanya’, ‘Tip-tip berdoa’ dan ‘Tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa 3. “Solat tahajud” seperti ‘Jumlah rakaat solat tahajud’, ‘Waktu solat tahajud’, ‘Cara-cara solat tahajud’, ‘Adab solat tahajud’, ‘Kelebihan solat tahajud’ dan ‘Perbezaan antara solat sunat tahajud dengan Qiamullail’ 4. “Agar mudah tahajud” seperti ‘Penyakit-penyakit zahir’ dan ‘Penyakitpenyakit batin’
SUAMI BUKAN MALAIKAT ISTERI BUKAN BIDADARI CALL NO : 297.577 MHM Buku ini menggambarkan inspirasi ilmu tentang alam perkahwinan terutamanya bagi pasangan muda yang baru sahaja mendirikan masjid. Untuk kekal bahagia di dalam alam tersebut, bukan hanya cinta yang perlu dipupuk, cinta dengan tanggungjawab perlu ada dalam setiap diri pasangan sama ada lelaki atau wanita. Antara tanggungjawab yang ditekankan menggunakan ilmu yang telus di dalam buku ini adalah tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak. Di dalam buku ini, terdapat beberapa isi kandungan yang diketengahkan penulis iaitu, 1. “Manual pranikah” yang mengandungi 17 bab di bawahnya. 2. “Manual cabaran rumah tangga” yang mengandungi 12 bab di bawahnya. 3. “Manual tarbiah anak-anak” yang mengandungi 13 bab di bawahnya. 4. “Manual hubungan dengan ibu bapa” yang mengandungi 3 bab di bawahnya.
Buku berikut boleh didapati di Pusat Pengurusan Pengetahuan yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116
TOKOH ISLAM Edisi • November 2015 • 17
ABU RAYHAN AL-BIRUNI (973-1048M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.
A
bu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni ialah seorang ahli Matematik Islam berbangsa Parsi dilahirkan di Birun dalam daerah Kath (Sekarang di Uzbekistan) dan dikatakan oleh George Sarton, seorang ahli falsafah sains, sebagai seorang saintis besar Islam yang pernah muncul dalam sejarah. Tashkent Technical University di rujuk penubuhannya kepada alBiruni sebagai penghormatan kepada jasa-jasa beliau. Beliau juga dianggap bapa atau pengasas kepada ilmu Indology, iaitu yang mengkaji tentang India dan tradisi Brahminichal. Selain bidang Matematik, beliau juga dikenali sebagai seorang ahli Astronomi, Antropologi, Kimia dan ahli Sejarah. Berdasarkan perkembangan zaman kecil kehidupan beliau, al-Biruni dikatakan mendapat pendidikan awal di madrasah dan menengah di sekitar Timur Tengah. Sementara itu, beliau juga membesar berhampiran dengan Khawarizm iaitu sebuah tempat yang menjadi pusat bagi perkembangan ilmu Matematik ketika itu. Beliau dikatakan belajar Matematik dengan seorang guru terkenal Abu Nas Mansur dan hidup dalam era Ibnu Sina. Beliau dikatakan seorang penuntut ilmu yang tidak pernah jemu dan banyak mengembara sehingga ke Asia Tengah (termasuk India, Pakistan dan Afganistan) dan menulis buku “Tarikh al-Hindi”. Beliau turut mempelajari ilmu sains India serta falsafahnya. Beliau menguasai bahasa Parsi, Greek, Arab, Sanskrit dan dikatakan juga
belajar Bahasa Tamil. Bagaimanapun, tulisan beliau terdapat dalam Bahasa Arab dan Parsi. Sumbangan Hasil karya al-Biruni dikatakan berjumlah sebanyak 146 buah iaitu 35 buah buku dalam bidang Astronomi, 4 buah dalam Astrolables, 23 buah dalam Astrologi, 5 buah dalam Chronology, 2 buah tentang mengukur masa, 9 dalam Geografi, 10 dalam Geodesi dan teori pemetaan, 15 buah dalam Matematik meliputi Aritmatek, Geometri danTrinogometri dan lainlain dalam Agama, Sejarah, Kesusasteraan, Farmasi dan Falsafah. Di antara banyak hasil karya beliau, kini dikatakan terdapat hanya 22 buah yang masih dapat dikenalpasti dan 13 buah diterbitkan kembali. Antara hasil karya beliau adalah seperti berikut: • Critical study of what India says, whether accepted by reason or refused - A compendium of India’s religion and philosophy. • The Remaining Signs of Past Centuries – A comparative study of calendars of difference cultures and civilizations, interlaced with mathematical, astronomical and historical information. • The Mas’udi Canon – An extensive encyclopedia on astronomy, geography and engineering, named after Mas’ud, son of Mahmud of Ghazni to whom he dedicated. • Understanding Astrology – A question and answer style book about mathematics and astronomy in Arabic and Persian. • Pharmacy – About drugs and medicines. • Gems – About geology, minerals
HIBAH
FAEDAH HIBAH
Pewarisan/pemindahan harta yang mudah dan cepat • Harta yang dihibah tidak boleh dituntut oleh mana-mana waris • Boleh diberikan kepada sesiapa pun termasuk waris yang tidak layak menerima harta pusaka • Jumlah yang diberikan tidak terhad • Sunat berhibah secara sama-rata kepada ahli waris • Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka
and gems, dedicated to Mawdud son of Mas’ud. • Astrolabe. • A historical summary book. • History of Mahmud of Ghazni and his father. • History of Khawarazm (http:// en.wikipedia.org/wiki/al-Biruni). Sesuai sebagai seorang yang digelar pemikir besar dizamannya, sumbangan al-Biruni boleh diringkaskan seperti berikut: • Sebagai pelopor kepada eksperimen kajian berkaitan fenomena astronomi. Hasilnya beliau adalah orang pertama yang menemui fenomena astronomi. Hasilnya beliau adalah orang pertama yang menemui fenomena gerhana matahari iaitu pada 8 April 1019 dan gerhana bulan pada 17 September 1019. Beliau menyempurnakan bukunya Kitab al-Qanun al-Mas’udi di mana beliau merekodkan hasil kajiannya berkaitan jadual astronomi. • Beliau juga mencipta alat-alat astronomi yang membolehkan ukuran arah kiblat ditentukan bagi seluruh dunia serta perkiraan waktu bagi sembahyang fardhu. Beliau turut menggunakan tube bagi tujuan pemerhatian fenomena astronomi yang kemudiannya digunakan untuk membangunkan kaedah teleskop. • Beliau turut menyumbang kepada bidang sains bumi di mana beliau melukis aspek “Pemetaan”. Beliau mengukur jarak lilitan bumi dengan menggunakan astrolabe iaitu di tempat gunung yang tinggi di tepi satu tanah rata dan kemudian menyelesaikan persamaan yang ru-
mit. Al-Biruni berpendapat bumi ini berputar atas paksinya sendiri. • Dalam aspek Geologi, al-Biruni menyatakan bahawa kepulauan India muncul hasil dari penurunan paras air laut berdasarkan beberapa penemuan fosil laut. Apa yang dapat disimpulkan ialah usaha al-Biruni khususnya dalam bidang Matematik dan yang ada kaitan dengannya adalah bagi menjelaskan beberapa asas yang disebut dalam alQuran. Contohnya, berkaitan astronomi, Allah telah berfirman antaranya yang bermaksud: “Dan dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya” (al-Quran, al-Anbiya’: 33) “Dan bukan matahari mendahului bulan dan juga bukan malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri” (al-Quran, Yasin: 40) “Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang member cahaya”. (al-Quran, al-Furqan: 61). Edisi
Hanya
RM318 Anda Kini Boleh Berhibah (Fi Perlaksanaan 1% Mengikut Nilai Harta)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042 www.mais.gov.my
FOTO MAIS 18 • Edisi • November 2015
1
2
3
1. Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Selangor melancarkan dua buah buku terbitan Jabatan iaitu Buku Pelan Integriti Organisasi Dan Kod Etika dan Buku Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor 2015-2019 pada 28 Oktober 2015 yang lalu. 2. Program lawatan kerja ke rumah Ronald Macdonald PPUKM dan anjung kasih Hospital Selayang yang telah berlangsung pada 6 November 2015 bertujuan untuk mempelajari kaedah modus operandi pengurusan rumah macdonald dan anjung kasih. 3. Seramai 30 peserta yang terlibat di kalangan saudara baru orang asli telah menjalani Kursus Pemantapan Akidah Muallaf yang diadakan di Hotel Carlton pada 2 hingga 4 Oktober yang lalu anjuran Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf.
FOTO MAIS Edisi • November 2015 • 19
4
5
6
7
8
9
4. DYMM Sultan Selangor berkenan menerima kunjungan Imam Besar Masjid China Ma Yi Ping. 5. Pihak MAIS telah mengadakan perjumpaan bersama pihak pengurusan IDIP dan pelajar muallaf yang berjaya menerima Sijil Graduasi masing-masing daripada Institut Dakwah Islamiah, Perkim (IDIP), Taman Putra, Pengkalan Chepa. 6. Seramai 40 Orang Peserta telah menyertai 1 Lawatan Sambil Belajar Muallaf Daerah Klang ke Langkawi sebagai penghargaan kepada muallaf yang konsisten menghadiri kelas fardhu ain yang dianjurkan oleh MAIS pada 5 November 2015. 7. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mahabbah daripada Institut Agama Islam Negeri Bukit Tinggi Indonesia 12 November 2015 8. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali telah menyampaikan sumbangan beg berisi makanan kesihatan kepada para pesakit kanak-kanak dalam satu program Zakat Social Responsibility (ZSR) yang diadakan bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 23 Oktober 2015 di HTAR Klang. 9. Salah Seorang peserta bertanyakan soalan kepada panel Mufti dalam satu Majlis Hi-Tea Bicara Dua Mufti:Platform LZS Sebarkan Informasi Zakat, pada 22 Oktober 2015 lalu.
NOVEMBER 2015 • SAFAR 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my
ABU RAYHAN ALBIRUNI (973-1048M)
Terkini Membentuk Fikrah Ummah
Keganasan Terhadap Wanita Adalah Masalah Sejagat Sumber: Laman Sesawang IKRAM (http://ikram.org.my/)
K
UALA LUMPUR - “Keganasan terhadap wanita adalah masalah sejagat mengesani semua wanita tidak mengira agama, bangsa ataupun warna kulit mereka,” kata Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim. Beliau menegaskan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu keadaan yang ditentang oleh mana-mana bangsa dan cara hidup yang bertamadun serta tidak boleh diterima atas alasan apa sekalipun. Dalam sidang media Himpunan Penulis Wanita IKRAM Nasiona (PenaWan), beliau mengucapkan tahniah dan menyambut baik kempen 90 hari menangani keganasan terhadap wanita yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 1 Oktober 2015 lalu. “Kempen ini selaras dengan kempen UNiTE yang diadakan di peringkat masyarakat antarabangsa,” demikian kata beliau. Dengan tema ‘Orange Your Day’ atau ‘Orenkan Hari Anda’, kempen ini dilancarkan di Putrajaya bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap isu yang melanda wanita dan gadis ini. “Sebagaimana yang kita tahu, 25 November setiap tahun dinobatkan oleh Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu sebagai hari untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.” Menurut beliau, walaupun pelbagai aktiviti dan kempen menangani keganasan terhadap wanita dijalankan oleh pelbagai pihak sejak sekian lama, namun kes-kes keganasan dan kezaliman terhadap wanita ini terus berlaku dan menghantui wanita. “Dalam tempoh lapan bulan sahaja dari Januari - Ogos 2015, Polis Diraja Malaysia melaporkan sebanyak 3,343 kes keganasan rumah tangga. Daripada jumlah itu, 75% atau 2,528 kes membabitkan golongan wanita. Menariknya, baki 25% terdiri daripada kaum lelaki yang juga turut diganasi.” Menurut Che Asmah, Wanita IKRAM Malaysia konsisten untuk meneruskan kempen menangani keganasan terhadap wanita. Antara inisiatif yang telah dan sedang Wanita IKRAM lakukan termasuklah bengkel dan aktiviti penulisan, Siri Bengkel Bela Wanita, Kempen ‘Moms Against Pornography’ (Kaum Ibu Menentang Pornografi) dan Bengkel Advokasi. “Sempena Himpunan PenaWan (Penulis Wanita IKRAM Nasional) 2015, Wanita IKRAM menyeru; i. Semua anggota masyarakat agar berpegang teguh dengan tatacara hidup beragama yang mengajarkan nilai-nilai kebaikan dan kemuliaan termasuk nilai memartabat dan menempatkan semula wanita ditempatnya yang sebenar. ii. Pelbagai pihak hendaklah melaksanakan langkah proaktif pencegahan keganasan terhadap wanita, diantaranya dengan memberikan pendidikan dan pendedahan kemahiran holistik kepada seluruh ahli keluarga dan anggota masyarakat merangkumi aspek intelek, pengurusan emosi dan peningkatan spiritual. iii. Pihak-pihak yang bertanggungjawab hendaklah prihatin dan memastikan supaya mangsa keganasan mendapat pembelaan undang-undang dan setiap pelaku keganasan mestilah dibawa kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal yang dapat menjadi iktibar dan pengajaran. Disamping itu, sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih mesra wanita mestilah diusahakan bagi menjamin pembelaan dan kesejahteraan mereka. “Wanita IKRAM berdoa dan berharap semoga dengan usaha-usaha ini, Malaysia dilihat benarbenar menjadi sebuah Negara Rahmah yang melindungi setiap warganya.”Edisi
Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni ialah seorang ahli Matematik Islam berbangsa Parsi dilahirkan di Birun dalam daerah Kath (Sekarang di Uzbekistan) dan dikatakan oleh George Sarton, seorang ahli falsafah sains....
>17
Iklan Premis Kosong Medium:
Facebook MAIS Lokasi:
Pangsapuri Bestari, Seksyen 16, Shah Alam Butiran: No. Unit
Kegunaan
Keluasan
Kadar Sewa Bulanan
301
Pejabat Perniagaan
1540 kaki persegi
RM 1,800.00
304
Pejabat Perniagaan
1540 kaki persegi
RM 1,800.00
307
Pejabat Perniagaan
1540 kaki persegi
RM 1,800.00
306
Pejabat Perniagaan
984 kaki persegi
RM 1,100.00
Dokumen diperlukan:(Permohonan Individu) 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin 2. Salinan Penyata Kewangan Pemohon & Penjamin (3 bulan terkini) 3. Salinan Bil Elektrik/Air/Telefon Atau; (Permohonan Syarikat) 1. Profil Syarikat 2. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (3 bulan terkini) 3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat & Penjamin
Borang Permohonan Sewaan boleh didapati di www.mais.gov.my Hubungi: Arzlan: 019 264 0631 Bahagian Pengurusan Hartanah Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-55143400 samb. 2187 Faks: 03-5518 9008
EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my