Edisi Bulan 12/2015

Page 1

DISEMBER 2015 • RABIULAWAL 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Masa…Alpanya Kita!

Membentuk Fikrah Ummah

Saya tiada masa… saya sangat sibuk ..saya tak cukup masa … cepatnya masa berlalu.. melepak berjam-jam tanpa jemu… mabuk bergajet ..…FB, Insta dan whatsapp sehingga tahap gaban. Perkara berkaitan ibadah akan terasa terlalu lama , jiwa resah dan bosan giler, perkara yang sia-sia....

>4

Bekas Pelatih-Pelatih Baitul Ehsan Diberi Penghargaan

SABAK BERNAM 3 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus memperkenalkan program yang dapat memberi manfaat kepada golongan... >10

Misi Cuti Sekolah Yang Bermakna

Musim cuti persekolahan merupakan waktu yang sangat menyeronokkan dan dinantikan oleh anakanak. Pelbagai rancangan telah di fikir dan diatur untuk mengisi masa lapang cuti persekolahan tersebut. Ada di kalangan mereka telah merancang melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan dan ada juga yang hanya ingin bersama keluarga. Apa pun rancangan dan program mereka, para ibu bapa harus mengambil tahu setiap kegiatan anak-anak agar mereka tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh Syara’............. >3

KUIS Terima Lawatan Mahabbah Daripada Iain Bukit Tinggi Indonesia

Bandar Seri Putra - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mahabbah.... >11

Misi Membantu Mangsa Banjir Di Parit Mahang, Kuala Selangor & Lautan Samudera, Puncak Alam Pada 17 November 2015 (Selasa), SKUAD SUKARELAWAN Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah terlibat dalam misi bantuan bencana banjir di Lorong Lautan Samudera, Sinar Alam di Daerah Puncak Alam. >13


HARTANAH UNTUK DISEWA MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

1. No. 38 Jalan plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam (Tkt. Bawah) - Keluasan 1,400 kaki persegi - 1 Bilik Air - Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM 6,000.00

2. Lorong Universiti C, Seksyen 16, Petaling Jaya - Keluasan Tingkat Bawah - 1,033 kaki persegi Tingkat Satu - 1,294 kaki persegi - Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: Tingkat Bawah – RM5,000.00 Tingkat Satu – RM2,500.00

3. Kompleks MAIS, Klang - Tingkat 5(Pejabat) – RM 5,500/ Bulan Keluasan : 3,200 kaki persegi - Tingkat Bawah (Pejabat) Rm21,500.00/ Bulan Keluasan : 6,050 kaki persegi - Pasaraya (Pasaraya) Rm250,000.00/ Bulan Keluasan : 108,000 kaki persegi

4. Jalan Mahsuri, Sungai Besar - Tingkat 1 & 2 (Pejabat), 1,540 kaki persegi - Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM 500.00 – RM 1,000.00

PERMOHONAN Borang Permohonan Sewaan boleh didapati di www.mais.gov.my Dokumen yang diperlukan (Permohonan Individu) • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin • Salinan Penyata Kewangan Pemohon & Penjamin (3 Bulan Terkini) • Salinan Bil Eletrik/Air/Telefon

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

Dokumen yang diperlukan (Permohonan Syarikat) • Profil Syarikat • Salinan Penyata Kewangan Syarikat (3 Bulan Terkini) • Carian SSM • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin

5. Kompleks Amaniah, Gombak - Tingkat 1& 2 (Pejabat) - 807 – 968 kaki persegi /unit - Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM 500.00 – RM 1,000.00

Zare: 019 230 2040

Arzlan: 019 264 0631

Bahagian Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 5514 3400 Samb.2187 Faks: 03 5518 9002

Sidang Redaksi EDISI Penasihat: • Daud Lin Bin Abdullah Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta:

Interaktif:

Fakta Zikir Dari Sudut Sains

Belajar Bahasa Arab

Apabila mulut melafazkan Zikir, 14 Juta Saraf Otak akan aktif dan membina “Bio-ELetrik” (Nur) yang pula akan mempengaruhi 16 Juta Urat Saraf diseluruh tubuh untuk sama-sama berzikir. Lagi banyak jumlah ZIKIR yang dilafazkan maka akan lebih kuat “Tenaga Cahaya” (Nur) yang terbina dan “Cahaya” inilah yang menghalang hasutan syaitan. *ujikaji mengenainya pernah dilakukan di Universiti Washington.

-

Satu aplikasi yang bermanfaat membantu proses pembelajaran mahupun perbualan dalam Bahasa Arab.

-

Dipersembahkan secara menarik, interaktif dan mudah difahami.

Dakwah & Kerohanian:


FOKUS Edisi • Disember 2015 • 3

Misi Cuti Sekolah Yang Bermakna Musim cuti persekolahan merupakan waktu yang sangat menyeronokkan dan dinantikan oleh anak-anak. Pelbagai rancangan telah di fikir dan diatur untuk mengisi masa lapang cuti persekolahan tersebut. Ada di kalangan mereka telah merancang melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan dan ada juga yang hanya ingin bersama keluarga. Apa pun rancangan dan program mereka, para ibu bapa harus mengambil tahu setiap kegiatan anak-anak agar mereka tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh Syara’.

Oleh: Mohamad Fuad Haji Ishak Pensyarah Fakulti Pendidikan KUIS

P

ara ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengatur kehidupan anak-anak berlandaskan cara hidup Islam agar masa lapang mereka tidak disia-siakan. Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang bermaksud “Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya : Sihat dan masa lapang.(Riwayat al-Bukhari) Sehubungan itu, apakah misi utama ibu bapa dalam merencanakan aktiviti atau program untuk anak-anak di musim cuti sekolah mereka?, maka Misi utama ibu bapa Cuti Sekolah ialah meningkatkan ilmu dan kemahiran, ibadah serta akhlak anak-anak. Perkara ini bukanlah bermaksud anak-anak perlu pergi ke sekolah tetapi ibu bapa berperanan mewujudkan pembelajaran non formal kepada anak-anak bagi menjamin momentum dan kelangsungan pembelajaran di sekolah. Ilmu dan kemahiran anak-anak perlu ditingkatkan bagi mendepani hidup yang mencabar hari ini. Ilmu yang utama ialah ilmu fardu ain di samping melazimkan beribadah kepada Allah s.w.t dengan membaca alQuran, solat berjemaah, melaksanakan puasa sunat, membacakan hadis-hadis Nabi s.a.w. dan membawa menunaikan ibadah umrah bagi ibu bapa yang berkemampuan. Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam karyanya Tarbiah al-Aulad

menjelaskan pendidikan utama untuk anak-anak ialah pendidikan keimanan, pendidikan ibadah, pendidikan tasyri’(hukum hakam) dan pendidikan akhlak. Inilah yang perlu diterapkan oleh ibu bapa dalam memberi pengisian ilmu di musim cuti persekolahan mereka. Banyak program dianjurkan sama ada melalui institusi atau individu di masa cuti sekolah. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke programprogram yang dianjurkan seperti smart solat, Khemah Ibadah, Program Anak soleh, Program Tadarus al-Quran dan seumpamanya yang membantu meningkatkan ilmu dan penghayatan anakanak terhadap agama Islam. Di samping itu, anak-anak boleh menyertai program kemahiran dan jati diti seperti belajar komputer, kelas memasak dan menjahit bagi anak-anak remaja, ilmu mempertahankan diri, kursus bahasa Inggeris atau bahasa Arab jangka pendek, kem-kem motivasi dan sebagainya untuk meningkatkan kemahiran dan jati diri mereka. Sebagai ibu bapa ilmu keagamaan wajib diberikan kepada anak-anak, namun ilmu berkaitan kemahiran pula perlu dilihat dari sudut kemampuan, keselesaan dan kecenderungan minat mereka. Ini kerana setiap anak-anak memiliki perbezaan masing-masing bahkan Islam itu sendiri mengakui perbezaan setiap individu berdasarkan Firman Allah dalam surah al Isra’,ayat 84 bermaksud “katakanlah, setiap orang bertingkahlaku menurut keadaannya masing-masing (yakni bakat

Gambar hiasan

dan suasana), maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang mendapat jalan yang terlebih baik.” Selain itu, musim cuti sekolah juga merupakan masa yang paling sesuai untuk memupuk hubungan kekeluargaan dan meningkatkan jati diri anak-anak. Bagi ibu bapa yang bekerja, boleh mengambil cuti dengan membawa keluarga untuk menziarahi sanak saudara yang dekat dan jauh. Ini dapat menghubungkan silaturahim dan memupuk kasih sayang dalam keluarga. Sifat berkasih sayang ini adalah sifat orang beriman berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Demi diriku yang dalam tanganNya (demi Allah), kamu tidak akan masuk syurga sehingga kami beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Ibu bapa juga digalakkan untuk membawa anak-anak menziarahi ulama’. Anakanak dapat mengenal peribadi mulia ulama’ seterusnya menjadi ikuti yang baik dan model bagi mereka untuk menjadi insan yang berakhlak mulia. Luqman al-Hakim pernah menasihati anaknya tentang bergaul dengan orang yang pandai. Luqman berkata ; putera ku, bergaullah dengan orang pandai.

Caranya, dekatkan tubuh mu dengan mereka dan dengarkanlah mereka dengan kedua telinga mu, kerana hati akan hidup dengan cahaya orang pandai, sebagaimana bumi yang mati dihidupkan oleh hujan dari langit. Ibu bapa juga harus memupuk sikap bermasyarakat kepada anak-anak agar mereka tidak leka dengan dunia mereka sendiri. Penyertaan anak-anak bersama ibu bapa dalam program gotong royong, program membantu keluarga miskin, program sukan rakyat, program bersama pemimpin, program meraikan anak-anak yatim dan program-program masyarakat yang lain memberikan pengalaman kepada mereka tentang sifat prihatin, ambil peduli dan semangat kerjasama serta memahami budaya dalam masyarakat. Secara tidak langsung akan memberikan pengalaman yang berguna dan bernilai dalam kehidupan mereka. Inilah beberapa perkara atau cadangan bagi ibu bapa dalam Misi Cuti Sekolah untuk anak-anak agar masa yang terluang dapat dimanfaatkan dengan sebaikbaiknya. Jadikan anak-anak menjadi soleh dan solehah yang mempunyai rasa tanggungjawab pada diri, ibu bapa, keluarga, agama dan negara. Edisi


ISU 4 • Edisi • Disember 2015

Masa…

Alpanya Kita! Saya tak da masa… saya sangat sibuk ..saya tak cukup masa … cepatnya masa berlalu.. melepak berjam-jam tanpa jemu… mabuk bergajet ..…FB, Insta dan whatsapp sehingga tahap gaban. Perkara berkaitan ibadah akan terasa terlalu lama , jiwa resah dan bosan giler, perkara yang sia-sia dan hiburan sungguh cepat masa berlalu pastinya best giler dan terlajak laris.

Oleh: Halim Mokhtar Timbalan Pendaftar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor halim@kuis.edu.my

B

egitulah senario yang sering kita dengar dan saksikan tentang masa. Samada dikalangan remaja atau dewasa. Isunya adalah sama … pengurusan masa. Kadangkala kita berjaya menguasai masa tetapi selalunya kita alpa dan terpedaya dengan masa yang diberikan kepada kita. Asasnya cukup jelas sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). Ditegaskan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang (Riwayat Bukhari) Kelemahan yang wujud di kalangan kita ialah kegagalan menyusun

dan menguruskan masa dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, banyak tanggungjawab dan tugas tidak dapat dilaksanakan. Sikap suka melengahlengahkan masa, terlalu yakin bahawa kita masih ada banyak masa yang menjadi perangkap yang menjerat. Keadaan ini akan menyebabkan kita menjadi orang yang rugi. Perkara yang menyebabkan keterbatasan masa adalah sikap dalam melaksanakan perkara dipertangungjawabkan dibuat secara rambang, sambil lewa dan tidak fokus. Fokus maksudnya memberi tumpuan kepada sesuatu perkara secara mendalam sehingga menguasainya. Aulawiyyat atau keutamaan ialah menimbang sesuatu perkara, dengan didahulukan atau dikemudiankan. Kita boleh memiliki masa yang lebih dan boleh menguasai masa. Formulanya ialah Berani untuk berkata tidak, apabila berhadapan dengan aktiviti yang sia-sia atau minimum manfaatnya, beranikan diri berkata tidak. Tolaklah ajakan tersebut bermakna kita telah berjaya menguasai masa dengan lebih baik lagi. Kaedah temujanji yang telus. Contohnya ialah apabila ada rakan yang

Gambar hiasan

ingin bertemu kita, tetapkan waktu bermula dan berakhir. Kemudian pastikan masa ditepati seperti yang ditetapkan. Ini mungkin menimbulkan perasaan kurang selesa terhadap rakan kita. Yang paling penting masa temujanji kita dengan Allah yang mesti on time. Apabila urusan dengan Allah berjalan dengan sempurna pastinya urusan yang lain mantap. Oleh yang demikian masa perlu dirancang diurus dengan jadual program seharian, mingguan dan bulanan agar dapat digunakan semaksima yang mungkin. Dengan adanya program bertulis atau diprogramkan dalam gajet atau telefon pintar untuk kemudahan dan reminder tugasan kita. Belajarlah untuk melaksanakan segala aktiviti dan program dengan berpandukan jadual dan cuba untuk mematuhinya. Amalkan disiplin diri. Anggapkan segala tugas adalah penting dan perlu diselesaikan segera. Sediakan senarai semak untuk mencatat tugasan yang tertangguh dan tentukan tarikh baru untuk memulai dan menyelesaikannya. Belajar menilai aktiviti atau program sama ada berfaeadah atau tidak. Untuk mendapat keberkatan hidup

disisi Allah swt pastikan masa beribadat iaitu masa beramal kepada Allah, masa bekerja untuk mencari rezeki, masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan melalui sesi pembelajaran formal atau tidak, masa bersama bekeluarga untuk mencari kebahagiaan dan masa bermasyarakat dan bersosial khusus supaya hubungan antara satu sama lain bertambah erat dan mesra dapat dilaksanakan secara sempurna. Pengurusan masa yang terancang dan bijaksana akan menentukan berjaya atau gagalnya urusan kita. Sifat tegas dan berpegang kepada perencanaan dalam peringkat ini sangat penting. Kealpaan akan mengundang berbagai musibah dan kerugian, tetapi jika berjaya mengurus dan mengawal masa pastinya kitalah orang yang paling berjaya dalam kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Benarlah firman Allah: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]. Edisi


GENERASI•Q Edisi • Disember 2015 • 5

Anak Kita Mabuk Gajet Gajet (smart phone, tablet, note book dan sebagainya) kini menjadi sebahagian daripada masalah. Benar, gajet banyak menyelesaikan masalah, namun ia juga ‘menelurkan’ masalah yang lain. Khususnya kepada anak-anak, gajet memberi kesan negatif lebih banyak berbanding positif. Mungkin ibu bapa tidak sedar, atau buatbuat tidak sedar, sesungguhnya anak-anak kita hari ini tidak lagi menjadi anak-anak yang normal seperti kita dahulu.

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) (hamizul.ah@gmail.com)

N

ormalkah anak-anak jika lebih rela menjadi ‘kera sumbang’ dan tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya? Normalkah anakanak jika lebih suka memerap di dalam bilik mengadap gajet daripada mengeluarkan peluh di padang permainan? Normalkah anak-anak jika mata dan mental mereka lebih terfokus kepada gajet sedang fizikal mereka berada di hadapan orang lain? Kajian yang didedahkan oleh pakar menyatakan, anak-anak kecil di usia tiga tahun ke bawah adalah paling bahaya jika mereka terdedah dengan keterlaluan kepada gajet. Dikatakan, selsel otak mereka tidak akan berkembang dengan optimum, dan kesan jangka panjang pastilah anak berkenaan tidak mampu memanfaatkan otaknya untuk menjadi manusia yang seimbang. Kajian ini didedahkan di laman sesawang Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu http://www.ukm.my/wadahict/kanakkanak-gajet/. Cuba perhatikan, anak-anak yang terlalu terdedah dengan gajet selalunya akan melakukan perkara-perkara berikut: 1. Tidak sensitif dan tidak memperdulikan hal-ehwal sekelilingnya. Contohnya, jika selalunya anakanak kecil akan gembira menyambut kepulangan ibu ayahnya di waktu petang kerana seharian ditinggalkan, namun gajet akan menjadikan dia tidak kisah dengan

kepulangan ibu bapanya. Tidakkah ini sesuatu yang negatif ? 2. Sikap tamak dan mementingkan diri. Ini kerana gajet tidak menjadikan anak-anak pandai bergaul dan berkongsi dengan orang lain. Mereka menguasai 100 peratus gajet dan ini akan menghilangkan sifat toleransi anak-anak. 3. Hilang sifat sabar. Gajet selalunya bersifat memenuhi keperluan dengan segera, mahu main sesuatu permainan maka si anak akan terus mencarinya di internet dan main sahaja. Anak-anak yang terlalu bergantung kepada gajet akhirnya kurang sabar dengan cabaran hidup sebenar yang memerlukan usaha keras untuk mencapai sesuatu. 4. Mengantuk dan tidur berlebihan di waktu pagi hingga naik matahari. Ini kerana selalunya mereka sanggup bersengkang mata bermain gajet hingga larut malam dan kesannya mengantuk di waktu pagi. Lebih parah solat Subuh pun diabaikan. 5. Kurang kemahiran kendiri, seperti kepetahan bercakap, kemahiran bermain dan menggunakan anggota fizikal untuk menghasilkan sesuatu. Ini kerana, gajet menjadikan segalanya wujud di alam maya, hingga mematikan kemahiran-kemahiran kognitif (pemikiran) dan fizikal anak-anak. Rasanya masih banyak yang dapat disenaraikan di sini. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita berfikir, apakah kaedah terbaik untuk kita tangani wabak mabuk gajet ini. Mungkin perkara berikut dapat membantu: 1. Jangan hadiahkan gajet (smart

phone, tablet dan sebagainya) kepada anak-anak, sebaliknya hadiahkan sesuatu yang lain yang mampu merangsang pembangunan dirinya secara normal. Misalnya jika anak masih di usia lima tahun ke bawah, hadiahkan permainan yang sesuai, anak patung misalnya jika anak perempuan. Apabila usianya di sekolah rendah, maka boleh dihadiahkan lego atau buku bacaan yang sesuai. Hadiah seperti ini lebih memberi kebaikan kepada anak-anak. 2. Hadkan penggunaan gajet di rumah, khususnya kepada ibu bapa dan anak-anak yang sudah remaja atau dewasa. Misalnya dilarang menggunakan gajet di waktu makan bersama, waktu menonton TV bersama atau ketika bermusafir bersama-sama. Di kesempatan inilah selalunya masing-masing akan bertanya khabar dan berkongsi cerita seharian dengan ahli keluarga yang lain. 3. Ibu bapa harus menyediakan peraturan mengenai penggunaan gajet di rumah. Misalnya batas waktu menggunakan komputer, menonton TV dan sebagainya. Hal ini demi mengelakkan anak-anak tenggelam dalam mabuk gajet. Jika

perlu, ibu bapa boleh mengawal penggunaan WIFI di rumah agar hanya dapat dihidupkan dalam tempoh yang sesuai (dengan menyimpan kata laluannya). 4. Merancang aktiviti alternatif yang mampu mengembirakan semua anak-anak dan seisi keluarga. Misalnya berkemah, berkelah, mendengar ceramah agama, mengembara bersama dan membeli buku atau berkebun di sekitar rumah. Aktiviti seperti ini mampu mengeratkan tali kekeluargaan dan mencuri waktu anak-anak daripada tenggelam dengan gajet. 5. Menyediakan bahan ganti kepada gajet di rumah, misalnya membeli buku-buku yang sesuai dengan tahap umur, melanggan majalah yang menarik dan sebagainya lagi yang mampu merangsang minat anakanak untuk tidak melekat kepada gajet. Jika tidak mampu, maka bawalah mereka ke perpustakaan agar mereka dapat menikmati lebih banyak bahan bacaan dan melupakan gajet. Semoga kita selaku ibu bapa dapat memanfaatkan gajet untuk tujuan kebaikan, dan sekaligus menghilangkan mabuk gajet itu kepada anak-anak. Wallahua’lam. Edisi

Gambar hiasan


BICARA MUFTI 6 • Edisi • Disember 2015

Pewartaan Fatwa Mengenai

Black Metal ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47 Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu. JADUAL KUMPULAN BLACK METAL SERTA LANGKAH MENANGANINYA (1) Amalan dan perbuatan kumpulan Black Metal, Heavy Metal, Proto Metal, Doom Metal, Power Metal, SpeedMetal, Thrash Metal, Death Metal dan Progressive Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam. (2) Antara ciri-ciri kesalahan yang diamalkan adalah seperti berikut: Dari segi akidah i. Memijak Al-Quran; ii. Memuja Iblis dan syaitan; iii. Beramal dengan fahaman tiada agama (Free Thinker); iv. Anti Ketuhanan; dan v. Mengaku telah murtad. Dari segi syariah i. Membakar Al-Quran dan menghina Al-Quran; ii. Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan; iii. Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api; iv. Meminum arak; v. Mengamalkan seks bebas; vi. Menggalakkan amalan bunuh diri; dan vii. Menggalakkan pembunuhan.

Dari segi akhlak i.

Suka kepada muzik berbentuk heavy metal, ganas dan liar di samping mengagungkan syaitan dan memuja roh; ii. Minum darah binatang yang dibunuh dengan kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama; iii. Berpakaian tidak senonoh dan memakai aksesori seperti rantai salib terbalik dan pentagram, melukirkan parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling; iv. Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan serta mengamalkan seks bebas; dan v. Menghisap dadah. (3) Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam serta tindakan undang-undang yang sewajarnya boleh diambil ke atas mereka. Bertarikh 5 Februari 2007 Dengan Titah Perintah DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor


KENYATAAN MEDIA Edisi • Disember 2015 • 7

Kenyataan Media

Hukuman Khalwat Tidak Langgar Hak Asasi Di Bawah Perlembagaan Persekutuan Dan Selaras Dengan Prinsip Hukum Syarak

P

ada hari Ahad, 6 Disember 2015, semasa sidang media Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kumpulan bekas penjawat awam, G25 mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah yang sedang berkuat kuasa. Antara yang dicadangkan untuk dimansuhkan ialah kesalahan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pihak MAIS menegaskan bahawa matlamat undang-undang kesalahan khalwat digubal adalah bertujuan mengawal dan mencegah daripada berlakunya kesalahan yang lebih besar iaitu kesalahan zina seperti dinyatakan dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud; “dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Pihak MAIS juga menegaskan bahawa proses penyiasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama dalam kes khalwat ini bukan merupakan satu intipan dan bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama adalah hasil dari aduan orang ramai. Proses siasatan yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur yang sedia termaktub di dalam Akta atau Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri-negeri bagi memastikan aduan atau maklumat yang diterima adalah benar sebelum pendakwaan dibuat. Bahkan, tindakan mereka ini adalah selari dengan perintah Allah SWT di dalam surah Al Hujurat ayat 6 yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. Oleh itu, adalah tidak bertepatan apabila Pegawai Penguatkuasa Agama dituduh mengintip dan menceroboh hak privasi seseorang sedangkan tindakan mereka selaras dengan prosedur yang termaktub di bawah undang-undang. Adalah menjadi prosedur penyiasatan (SOP) bagi pegawai penguatkuasa agama apabila sesuatu aduan dibuat untuk ke tempat di mana kejadian khalwat dikatakan berlaku, seterusnya mengetuk pintu dan memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebe-

lum proses siasatan lanjut dijalankan. Pegawai penguatkuasa agama juga ditegah daripada mengambil tindakan menyerbu dengan membuta-tuli dan mendakwa seseorang melakukan khalwat atau penzinaan tanpa usul periksa. Pihak MAIS juga menegaskan bahawa konsep kebebasan dalam Islam adalah terhad kepada batas-batas tertentu dan umat Islam dilarang daripada melakukan dosa dan kemungkaran dengan bebas tanpa batasan. Islam juga menuntut supaya umatnya menghalang perbuatan dosa dan kemungkaran yang berlaku mengikut kemampuan masing-masing sepertimana termaktub di dalam hadis Rasulullah SAW yang berikut: ‘Sesiapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.” Justeru itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam untuk menghalang apa jua perbuatan maksiat dan dosa yang berlaku mengikut kemampuan masing-masing walaupun perlakuan tersebut berlaku di kawasan persendirian. Pihak MAIS turut mengingatkan kepada semua umat Islam bahawa sebarang kenyataan yang menghina peruntukan undang-undang Islam yang berkuat kuasa boleh diambil tindakan atas kesalahan menghina atau mempersendakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Negeri yang berhubungan dengan agama Islam, dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya. DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA PENGERUSI MAIS DATO’ SETIA HAJI MOHD. TAMYES BIN ABDUL WAHID DATO’ SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR


SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Disember 2015

Pengurusan Harta Dalam Islam Oleh: Indera Shahril Bin Mohd Shahid Pengurus Bhg. Harta Baitulmal (MAIS) indera@mais.gov.my

I

slam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, Islam telah menyediakan beberapa sistem yang dapat merealisasikan kenyataan itu dengan baik dan berkesan melalui pengurusan dan pentadbiran harta. Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta dengan berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari sebarang keburukan dan kemudaratan. Harta merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Allah s.w.t. menyediakan harta adalah khusus untuk menjamin kepentingan manusia supaya boleh hidup dengan baik dan sempurna. Harta yang diciptakan sebagai alat untuk kehidupan tidak seharusnya diselewengkan oleh pemiliknya atau sesiapa sahaja. Ia merupakan satu pertembungan dengan landasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Justeru itu, alQur’an mencela sifat kedekut, bakhil, membazir, boros, mementingkan diri sendiri, tidak mengeluarkan zakat dan memiliki mahupun membelanjakan harta dengan cara yang haram. Pengurusan harta yang benar-benar menepati syara’ amat diperlukan untuk menjamin perkara-perkara berikut : a. Memastikan harta beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai sektor kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan penggunaannya dilaksanakan secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syarak; b. Memberi galakan kepada muamalah kehartaan hingga dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil; dan c. Mencari alternatif tertentu bagi mengelakkan berlakunya kesukaran-kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi seperti kelonggaran untuk tidak menggunakan saksi dalam urusan perniagaan secara terus. Manakala, pembekuan atau monopoli harta oleh beberapa pihak tertentu sahaja adalah suatu keadaan yang ditolak oleh Islam kerana akan menimbulkan

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin”. (Surah Luqman: ayat 20)

berbagai-bagai gejala negatif dan bencana ke atas masyarakat dan negara. Dengan perhatian wajar dari sistem pentadbiran harta menurut Islam, peredaran harta akan berlaku secara sihat dan harmoni. Maka dengan sendirinya, nilai yang ada pada harta itu dapat dimaksimumkan melalui penggunaan terus atau pelaburan. Keadaan ini sudah tentu dapat meningkatkan taraf hidup umat Islam. KEPENTINGAN HARTA UNTUK AKHIRAT Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kebahagiaan insan di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan sumbangan kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya ialah: Membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan ibadat atau untuk kemudahan beribadat. Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti ibadat zakat dan haji. Kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan tanpa harta. Contoh kemudahan untuk beribadat pula ialah pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan. Perkara tersebut dianggap sebahagian daripada ibadat kerana tanpanya ibadat tidak dapat dilaksanakan. Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan oleh syarak seperti sedekah dan derma. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang bersifat kebajikan umum seperti mewakafkan harta untuk membina masjid, hospital dan sebagainya. JAMINAN KEADILAN DALAM HARTA Islam menjamin keadilan sebenar dalam hal-hal kehartaan. Ia bermaksud

meletakkan harta pada kedudukannya yang sebenar sebagaimana asal ia dijadikan dan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Bagi mencapai tujuan keadilan di dalam perbelanjaan, Islam telah menyediakan beberapa strategi iaitu: a. Perbelanjaan mestilah secara betul dan bertanggungjawab. Maksudnya ialah membelanjakan harta mengikut arahan wajib syarak seperti mengeluarkan zakat wajib, membelanjakan untuk diri dan keluarga atau mengikut arahan tidak wajib seperti sedekah, derma, untuk melayan tetamu dan sebagainya. Melalui strategi perbelanjaan yang betul dan bertanggungjawab ini maka tugas dan peranan harta telah dilaksanakan dengan adil kerana hasil daripada itu ia telah menampung segala keperluan individu, masyarakat, negara dan umat seluruhnya. Itulah yang dikatakan menjamin keadilan dalam kehartaan; b. Menyekat sifat bakhil dan menghalang boros dan pembaziran sebaliknya mendokong kesederhanaan. Al-Quran dan al-Sunnah telah menyerang habis-habisan penyakit orang yang kedekut dan membazir harta. Sifat kedekut digambarkan sebagai sifat yang dibenci oleh Allah s.w.t. manakala sifat membazir pula digambarkan sifat yang dimiliki oleh saudara kepada syaitan. Malah punca kepada kehancuran umat juga bermula daripada sifat kedekut dan membazir. Melalui strategi kedua ini pengendalian harta dapat mencapai objektif keadilan kerana konsep kesederhanaan akan menguasai kegiatan ekonomi dan pengurusan harta. Apabila kesederha-

naan dapat direalisasikan dalam kegiatan itu maka harta dapat berfungsi dengan baik dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dengan adil dan saksama. Inilah yang dikatakan sebagai keadilan melalui pengurusan harta dalam Islam. c. Memfungsikan harta orang kaya untuk keperluan yang diakui oleh syarak seperti keperluan yang mendesak di dalam negara. Imam al-Ghazali menyatakan harus bagi kerajaan mengambil kadar tertentu dari harta rakyat yang kaya berdasarkan keperluan negara misalnya bagi menjaga keamanan rakyat kerana negara mengalami masalah kekurangan wang dalam perbendaharaan atau baitul mal. Namun begitu ianya mestilah dilakukan dengan adil tanpa tekanan dan kezaliman. Ini bererti jika negara menghadapi bencana kemarau, banjir dan sebagainya sehingga memerlukan bantuan yang besar sedangkan negara tidak mampu menanggung jumlah tersebut maka disitulah adanya keadilan jika harta orang kaya difungsikan untuk mengatasi penderitaan orang ramai; dan d. Melindungi harta dari pencerobohan dan pengkhianatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti kecurian, rompakan, samun, pemusnahan, rampasan dan sebagainya. Sekaligus menjamin pemilik harta dari gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila pencerobohan harta tidak dikawal dan dibanteras, maka akan menyebabkan berlakunya kekacauan yang boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Melalui pengurusan harta, harta dilindungi dengan baik sehingga dapat dimanfaatkan oleh pemiliknya dan seluruh masyarakat. Perkara yang disebutkan tadi jelas menunjukkan kemantapan dan kesempurnaan syariah dalam pengurusan harta. Kemantapan dan kesempurnaan inilah yang dapat menjamin seluruh kepentingan dan kebaikan masyarakat. Namun begitu sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan, segala kebaikan yang ditonjolkan oleh syariat itu tidak memberi apa-apa erti. Apa yang perlu sekarang ialah sistem pengurusan harta mengikut Islam mesti dijadikan landasan kepada seluruh kegiatan hidup samada yang melibatkan aspek sosioekonomi dan sebagainya. Edisi


NGO Edisi • Disember 2015 • 9 Aktiviti

Profil Aman Palestin

Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 67 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan Kemanusiaan, Persaudaraan dan Kesucian Baitul Maqdis Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai.

Aman Palestin

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

VISI

Menjadi sebuah badan yang menjadi sumber rujukan (Marji’iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) serta sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan ( Jiddiyyah).

MISI

Misi Aman Palestin adalah untuk menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. Aman Palestin juga akan membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.

Objektif

Antara matlamat utama ialah: • Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin. • Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan. • Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara. • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO. • Merancang aktiviti secara bersepadu. • Menganjurkan siri-siri forum perbincangan. • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut: • Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka. • Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka. • Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan. • Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin. • Projek Pertanian Sara Diri di Nablus. • Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anakanak yatim dan masyarakat Palestin. • Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin. • Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha. • Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya. • Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah. • Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim. Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Pusat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg serta Projek Pakaian Musim Sejuk. Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya. Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan cita-cita suci lagi murni ini amatlah dihargai. Hanya ganjaran daripada Allah Ta’ala jua yang selayaknya dan kami bagi pihak rakyat Palestin yang amat-amat memerlukan bantuan mengucapkan jutaan terima kasih. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Disember 2015 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Bekas Pelatih-Pelatih Baitul Ehsan Diberi Penghargaan

Kunjungan MUIP ke MAIS

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

ABAK BERNAM 3 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus memperkenalkan program yang dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf riqab antaranya adalah pelatih-pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Pelbagai program diterjemahkan tahun ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM 4.37 juta kepada pelatih terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain agar golongan terbabit kembali ke pangkal jalan. Bagi memberikan penghargaan kepada bekas pelatihpelatih yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kemahiran, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS telah menganjurkan Hari Kecemerlangan Penghuni Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di mana penganjurannya pada tahun ini merupakan kali ke-7 semenjak diperkenalkan. Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan menyuntik semangat kepada pelatih supaya terus berusaha

Sesi bergambar kenangan.

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS menyampaikan hadiah kepada salah seorang bekas pelatih.

untuk mencapai kejayaan, di samping memberi dorongan dan keyakinan untuk berjaya dalam bidang akademik walaupun berada di dalam pusat perlindungan. Selain itu, penghargaan ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk sahsiah diri supaya menjadi insan lebih sempurna dan cemerlang. Seramai 31 orang pelatih Baitul Ehsan telah menerima anugerah meliputi Anugerah Ketua Rumah Terbaik, Ketua Penghuni Terbaik, Anugerah Khas Disiplin Terbaik, Anugerah Khas ‘Saiditina Khadijah’ dan Anugerah Khas Al-Riqab. Penghargaan ini turut diberikan kepada tenaga pengajar yang menjadi tunjang utama kepada kejayaan pelatih-pelatih di sini. Pusat Perlindungan Wani-

Para tetamu yang hadir semasa majlis berlangsung.

ta Baitul Ehsan merupakan pusat perlindungan di bawah Bahagian Pemulihan AlRiqab MAIS yang memberi perkhidmatan, perlindungan, pemulihan, kaunseling dan latihan yang dinamik terhadap wanita yang terdedah kepada gejala sosial selaras dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Edisi

S

HAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima rombongan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 19 November yang lalu. Lawatan ahli rombongan diketuai oleh Y.D.H. Orang Kaya Indera Pahlawan,Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua MUIP bertujuan mengenali MAIS secara lebih dekat sama ada dari segi fungsi dan perjalanan MAIS terutama untuk mempelajari dengan lebih dekat berkaitan kaedah yang diterima pakai oleh MAIS mengenai modul Istitabah. Rombongan ini disambut dengan mesra oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan Ketua-Ketua Bahagian yang hadir. Selain diberi taklimat berkaitan perjalanan MAIS, ahli rombongan juga turut diberi peluang mengemukakan pelbagai soalan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu atau persoalan yang dibangkitkan. Lawatan selama setengah hari ini diharap dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan MAIS dan MUIP demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. Edisi

MAIS Dengan Politeknik Sultan Idris Shah Adakan Perbincangan Kerjasama Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 16 November – MAIS telah menerima kunjungan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam diketuai oleh Puan Hjh. Norehan Binti Md. Shariff, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bersama pegawaipegawai Politeknik yang lain. Lawatan ini bagi membincangkan perkara bagi membentuk kerjasama yang boleh dibuat di antara pihak PSIS dengan MAIS. Sebelum ini, PSIS dan MAIS telah banyak

mengadakan berbagai bentuk kerjasama dan aktiviti bersama khususnya kepada Pusat Pemulihan Wanita Baitul

Ehsan, Sabak Bernam. Perbincangan dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Edisi

Suasana di bilik mesyuarat.


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Disember 2015 • 11 Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Majlis Perasmian Pusat KUIS Terima Lawatan Mahabbah Pendidikan Isesco Di Daripada Iain Bukit Tinggi Malaysia (Isesco – Indonesia Kuis) Oleh: Pusat Pendidikan ISESCO-KUIS

B

andar Seri Putra, 28 Oktober 2015 - Majlis Perasmian Pusat Pendidikan ISESCO di Malaysia (ISESCO-KUIS) telah diadakan pada Khamis 22 Oktober 2015. Perasmian Pusat Pendidikan ISESCOKUIS telah disempurnakan oleh En. Mohamad Farkhan Bin Md Yassin yang mewakili YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi. Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani ikatan persefahaman (MoU) antara pihak KUIS yang diwakili oleh Rektornya, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri dan pihak ISESCO PUSAT diwakili oleh En. Adil Buroui. Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh pihak Ke-

menterian Pendidikan Malaysia, Kementerian Luar, ADUN Bangi serta wakil-wakil daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti UIAM, UKM, UPM, MARSAH, KIDU, KIAS, YIK, KUIPs dan UNITI. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil negara Asia Tenggara yang terdiri wakil Brunei Darussalam, Thailand, Kambodia, Vietnam, Indonesia dan jemputan khas dari Republik Rakyat China. ISESCO atau Islamic Educational, Scientific and Civilization yang bernaung di bawah pertubuhan OIC kini mempunyai dua pusat pendidikan serantau iaitu di Sharjah dan Tehran serta empat pusat pendidikan di luar tanah Arab iaitu di N’djamena di Chad, Niamey di Niger, Labey di Guinea Conakry dan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor, Malaysia. Edisi

Oleh: Seksyen Komunikasi BPK

B

andar Seri Putra Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mahabbah daripada Institut Agama Islam Negeri Bukit Tinggi Indonesia 12 November 2015 yang lalu dan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Lawatan ini mewujudkan jaringan kerjasama akademik dan pembangunan mahasiswa di peringkat antarabangsa yang bermula 2015 – 2020. Rektor KUIS Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri melahirkan rasa bangga dan gembira di atas kunjungan dan kesudian delegasi IAIN Bukit Tinggi yang diketuai oleh Ybhg Dr. Ridha Ahida, M Hum. dan rombongan untuk meneruskan kerjasama ini. Hasil perbincangan pihak KUIS dan IAIN Bukit Tinggi bersetuju untuk memperka-

Suasana di bilik mesyuarat.

sakan MoU dengan terus melebarkan dan mempelbagaikan jaringan kerjasama khususnya di dalam penganjuran seminar dan konvensyen, penerbitan jurnal serta penyelidikan, pertukaran pensyarah dan pembangunan mahasiswa yang dapat memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak khususnya pihak KUIS di dalam menuju status Universiti pada tahun 2016. Turut hadir di dalam majlis ini Dr. Mohamad Syukri Abdul Rahman Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Dr Mokmin Basri , Dr. Zulkifli

Abd. Hamid Timbalan Rektor Pengurusan Korporat, En. Zulhizam Hamzah Pendaftar KUIS, Dekan-dekan Fakulti, Pengarah Pusat dan Ketua Bahagian. Majlis Menandatangani MoU telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi photografi. Pertemuan kali ini sangat harmoni dipenuhi dengan perasaan mahabbah di antara KUIS dan IAIN Bukit Tinggi Indonesia yang dapat memperkasa ikatan persahabatan dan silaturrahim. Semoga Allah sentiasa memberkati pertemuan dan majlis ini. Ameen. Edisi

Seminar Serantau Komunikasi Islam Dan Masyarakat (Sskim 2015) Oleh: Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS

S

hah Alam, 28 Oktober 2015 : Seminar Serantau Komunikasi Islam dan Masyarakat (SSKIM) telah dianjurkan oleh Kumpulan Penyelidikan “Media & Perkabungan Negara”, Jabatan Mufti Selangor dan KUISCELL Sdn, Bhd. yang bertemakan ‘Amalan, Krisis dan Tajdid Media’ di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Penganjuran seminar ini adalah wadah untuk menyempurnakan penyelidikan yang mengkaji ‘Program Media Semasa Hari Perkabungan Negara Berdasarkan Perspektif Islam’. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.A.D Dato’ Setia Hj. Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Ucaptama daripada Prof. Asiah Sarji, Pengarah Penerbitan UNIMAP yang bertajuk ‘Transformasi Pemikiran Islam Melalui Media’ dan Pembentangan Jemputan oleh Ally Iskandar, Penerbit dan Pengacara TV3 yang bertajuk ‘Cabaran Peradaban Moden & Peradaban Islam dalam Media Penyiaran’. Selain itu, aktiviti seminar pada waktu petang diisi dengan slot rakaman 30 Minit Ustaz Don oleh TV AlHijrah. Aktiviti kemuncak seminar ini adalah pembentangan resolusi hasil penyelidikan oleh Ketua Penyelidik Media & Perkabungan Negara, Pn Rahmahtunnisah Hj Sailin iaitu berkenaan tentang konsep perkabungan musibah dan bencana menurut perspektif Islam dan juga kandungan media yang seharusnya disiarkan ketika Hari Perkabungan Negara. Aktiviti seminar ini juga dimeriahkan dengan

majlis pelancaran dua buah buku terbitan Jabatan Mufti Selangor iaitu ‘Pelan Integriti Organisasi dan Kod Etika’ dan ‘Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor 2015-2019’ oleh Y.B Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Kerajaan Negeri Selangor. Seramai 22 orang pembentang telah menghadiri sidang selari seminar ini pada kedua-dua hari yang terdiri daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Seminar ini diharap dapat memberikan impak yang positif dalam membentuk budaya dan tatacara khusus kepada masyarakat dan pengamal media untuk berada dalam landasan sebenar menurut perspektif Islam. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Disember 2015 Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

Seminar Serantau Komunikasi Islam Dan Masyarakat: Krisis, Amalan Dan Tajdid Sumber: Jabatan Mufti

P

ada 28 dan 29 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsung Seminar Serantau Komunikasi Islam dan Masyarakat : Krisis, Amalan dan Tajdid, ia merupakan kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Selangor bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), KUISCELL dan juga Masjid Tengku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada proses menyempurnakan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan “Media Dan Perkabungan Negara” yang telah menerima Geran Penyelidikan Dan Inovasi KUIS (GPIK) 2015 di bawah penyelidikan bertajuk “PROGRAM MEDIA SEMASA HARI PERKABUNGAN NEGARA BERDASARKAN PERSPEKTIF IS-

LAM”. Seminar dua hari ini telah dirasmikan oleh Y.A.D Dato’ Setia Hj. Mohamad Adzib Bin Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, manakala YB. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Selangor pula telah menutup upacara penangguhan seminar yang dihadiri oleh lebih 300 orang peserta dari kalangan pemegang-pemegang tauliah mengajar di Negeri Selangor, kakitangan kerajaan dan juga pelajar. Sepanjang 2 hari seminar ini berlangsung sebanyak 24 kertas kerja telah dibentangkan secara pembentangan selari. Antara tajuk yang menjadi perhatian adalah ucaptama seminar yang disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Dr. Asiah Sarji, Professor Pelawat, Universiti Malaysia Perlis. Pembentang beliau berta-

Kembara Falak Di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng Sumber: Jabatan Mufti

S

atu program falak telah dianjurkan secara bersama antara Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember 2015. Program dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada objek angkasa dan talkimat penggunaan peta bintang. Para pelajar turut didedahkan dengan skop bidang ilmu falak atau astronomi antaranya aspek penentuan arah kiblat dan asas sains takwim serta pengendalian teleskop. Beberapa objek langit berjaya dicerap seperti buruj orion, taurus, pleaides, bulan, planet venus, planet zuhrah dan matahari. Tahniah diucapkan kepada pihak Kolej Matrikulasi Perak sebagai pihak penganjur dan semoga berjumpa lagi di lain kali. Edisi

Para pelajar sedang memerhatikan matahari melalui teleskop.

juk ‘Transformasi Pemikiran Islam Melalui Media’. Di samping seminar, urusetia program juga menjemput Y.Bhg. Ust Don Daniyal untuk rakaman khas 30 Minit Ustaz Don di TV al-Hijrah, rakaman tersebut akan disiarkan pada 7 dan 8 Disember dengan tajuk berkaitan penggunaan media masa kini. Kemuncak kepada penganjuran ini adalah pembentangan resolusi oleh ketua penyelidik Puan Rahmahtunnisah Bt. Hj Sailin. Resolusi ini merupakan hasil daripada kerja keras kumpulan penyelidik dalam menjalankan penyelidikan berkaitan “PROGRAM MEDIA SEMASA HARI PERKABUNGAN NEGARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM”. Seterusnya ia akan dicadangkan ke peringkat yang lebih tinggi untuk perhatian pihak yang berkaitan. Sebelum ucapan penangguhan, Jabatan Mufti Negeri

Para tetamu tekun mendengar seminar.

Selangor telah menjemput YB. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad untuk melancarkan dua buah buku terbitan Jabatan iaitu Buku Pelan Integriti Organisasi Dan Kod Etika dan Buku Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Selangor 2015 – 2019. Dan majlis ini diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada YB. Kerjasama ini dilihat sebagai satu usaha meneruskan jalinan kerjasama yang baik

antara jabatan-jabatan kerajaan dan juga institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri dalam menggalakkan kerjasama penyelidikan yang berterusan dalam perkara yang melibatkan isu-isu semasa. Dari sudut yang lain program-program yang dianjurkan juga bertujuan untuk mendidik masyarakat agar sentiasa bertindak sesuai dengan syarak dalam setiap perkara yang ada kaitannya dengan agama Islam. Edisi

Rukyah Hilal Rabi’ul Awwal Sumber: Jabatan Mufti

C

erapan hilal Rabi’ul awwal telah dilaksanakan di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam dan Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting Selangor pada 30 Safar 1437H disebabkan ijtimak

berlaku pada 10 Disember 2015 jam 18:29 petang. Berdasarkan keduduka matahari dan bulan pada 29 Safar, hilal tidak memenuhi kriteria imkanurrukyah. Kenampakan hilal pada 11 Disember 2015 bersamaan 30 Safar adalah seperti berikut:

Kelihatan dengan teleskop: Jam 19:27 petang Kelihatan dengan teodolit: Jam 19:32 petang Kelihatan dengan binocular: Jam 19:35 petang Kelihatan dengan mata: Jam 19:45 petang

Bulan yang kelihatan melalui teleskop

Keadaan Cuaca: Sedikit berawan Umur Hilal: 25 jam 30 minit


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Disember 2015 • 13 Sumber: Yayasan Islam Darul Ehsan

& Lembaga Zakat Selangor

Misi Membantu Mangsa Banjir Di Parit Mahang, Kuala Selangor & Lautan Samudera, Puncak Alam Sumber: YIDE

P

ada 17 November 2015 (Selasa), SKUAD S U K A R E L AWA N Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah terlibat dalam misi bantuan bencana banjir di Lorong Lautan Samudera, Sinar Alam di Daerah Puncak Alam. Bencana Banjir ini melibatkan 50 buah keluarga. Menurut Ahli Jawatankuasa Penduduk di situ, iaitu Encik Ridzuan mengatakan bahawa punca kejadian banjir tersebut disebabkan oleh masalah perparitan dan saliran yang bermasalah sehingga menyebabkan takungan air berlaku di beberapa buah kawasan termasuk Lautan Samudera. Hujan lebat yang turun secara berterusan menyebabkan hampir keseluruhan kawasan Lautan Samudera dinaiki air

Skuad sukarelawan menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir.

sehingga paras dada. Skuad Sukarelawan telah turun ke tempat kejadian untuk memberi sumbangan dan bantuan secara langsung kepada mangsa yang terlibat. Pada 19 November 2015 (khamis), SKUAD SUKARELAWAN Yayasan Islam darul Ehsan (YIDE) bersama pihak Jabatan Kebaji-

kan Masyarakat ( JKM) dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) sekali lagi terpanggil untuk turut serta dalam misi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di Sek Keb Parit Mahang, Daerah Kuala Selangor. Bencana banjir ini melibatkan seramai 257 buah keluarga yang terpaksa dipin-

dahkan ke pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang. Bencana ini melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Parit Mahang, Kampung Bukit Hijau dan Simpang Tiga Jeram. Kampung Parit Mahang mencatat jumlah mangsa paling ramai apabila limpahan air Sungai Buloh memasuki kawasan rumah ditambahi hujan lebat. Misi yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang diketuai oleh staf Yayasan Islam Darul Ehsan serta sukarelawan yang terlibat iaitu seramai 6 orang. YIDE mengalu-alukan niat murni individu & pihakpihak tertentu untuk menyumbang samada berbentuk kewangan atau keperluan diri ke cawangan-cawangan Pusat

Dialisis MAIS atau terus ke akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN : 12234010003184 YIDE juga mengalu-alukan individu yang berminat dalam misi membantu mangsa-mangsa bencana seperti ini serta menjadi sebahagian daripada agen penyampai info terikini jika berlaku malapetaka/musibah supaya bantuan dari pihak YIDE dapat dihulurkan kepada individu yang memerlukan dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami di talian: 03-5510 3931 atau whatsapp apa-apa sahaja info yang berkaitan bencana di talian: 013-3331358. Segala kerjasama dan keprihatinan anda membantu insan yg memerlukan amatlah dihargai. Edisi

LZS Terima Anugerah Inovasi Kutipan Zakat Peringkat Kebangsaan Sumber: LZS

S

HAH ALAM, 16 Disember 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima Anugerah Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) peringkat kebangsaan di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat dan Karnival Usahawan Asnaf Kebangsaan 2015 pada 8 Disember bertempat di Dataran Pusat Islam Melaka. Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Wira Haji Yaakub Md. Amin kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Selain LZS, enam lagi anugerah turut disampaikan kepada penerima yang dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Zakat Kebangsaan, iaitu:

Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Akademik) yang diberikan kepada YBrs. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramli dari negeri Perak; Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan) yang diberikan kepada Encik Mohd Noh bin Zaini dari negeri Johor; Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan Khas) yang diberikan kepada Encik Zulkapli bin Ahmad dari negeri Kelantan; Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat GLC) yang diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka; Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Sendirian Berhad) yang diberikan kepada Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dari negeri Melaka; Anugerah Zakat Kebang-

saan (Syarikat Awam Berhad) yang diberikan kepada Far East Holdings Berhad dari negeri Pahang. Bersempena dengan Sam-

butan Bulan Zakat Kebangsaan 2015 ini juga, turut diadakan Karnival Usahawan Asnaf 2015 peringkat kebangsaan dengan menghim-

punkan para usahawan asnaf zakat dari seluruh negari bagi tujuan promosi dan jualan produk asnaf zakat negeri masing-masing. Edisi

Penerima Anugerah bergambar kenangan sebelum majlis bersurai.


IKON ASNAF 14 • Edisi • Disember 2015

ARJIAH Positif Bangunkan Diri Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) (hamizul.ah@gmail.com)

N

amun, kebahagiaan yang dirancang tidak berpanjangan. Di pertengahan jalan, hubungan retak dan akhirnya terbelah dua. Sejak itu, wanita ini membawa haluannya sendiri bersama empat anak di sisi. Marilah sama-sama kita ikuti kisah Arjiah binti Muhammad Rafie, 48 yang sudi mengisi slot Jejak Asnaf pada kali ini. “Ustaz datang sebelah petang ya, belah pagi saya ada di sawah.” Demikianlah dia membalas panggilan telefon saya saat menghubunginya. Sesuai janji temu, sore itu penulis mencari jalan ke rumahnya yang terletak di Sungai Leman, Sekinchan. Wanita berstatus ibu tunggal itu ceria kala menemui penulis. Dia langsung membawa penulis ke kedai jahitan miliknya di sebelah rumah. “Saya memang asal orang sini. Sudah 19 tahun saya menjadi ibu tunggal. Selama itu, sayalah yang membesarkan anak-anak. Bukan sekadar itu, semasa ibu dan ayah masih ada, saya jugalah yang menjaga keperluan mereka. Memang kehidupan saya sebelum ini sentiasa sibuk, namun saya gembira kerana semua anak-anak membesar di hadapan mata saya.” Cerita Arjiah. Bagi Arjiah, hidup akan menjadi mudah jika dia sentiasa berfikiran positif. Maka atas dasar itu, pasca perceraian dia sanggup mengambil kesemua anaknya. Malah dia sanggup kembali ke desa menjaga orang tua. Kebaktian dan kebaikan yang ditabur, pasti di sisi Allah SWT akan diukur. Ganjaran pahala dan laba dunia sentiasa terbuka buat mereka yang berusaha mencarinya. “Selepas berpisah, mula-mula saya membantu kakak di butik pakaiannya. Alhamdulillah, saya ini jenis yang cepat belajar. Dalam tempoh dua bulan di butik, saya sudah boleh menjahit walaupun saya tidak ada asas jahitan. Tetapi saya tidak lama di butik kakak, tidak sampai setengah tahun saya ambil keputusan balik ke kampung. Niat saya hanya satu, saya ingin menjaga anakanak dan juga ibu bapa yang sudah uzur di kampung.” Terangnya lagi. Rezeki Arjiah agak murah, di kampung yang memang sawah padinya terbentang saujana mata memandang itu, dia telah ditawarkan sebidang sawah oleh pakciknya. “Pakcik sewakan tanah sawah kepada saya, jadi dapatlah saya tambahkan rezeki.” Lalu, selama kira-kira 10 tahun lamanya Arjiah menjadi petani yang setia. Dia mengusahakan sawah yang disewa dari pakciknya dan pada masa yang sama, membanting tulang di tanah sawah milik ibunya. “Tetapi harga padi ketika itu sangat rendah. Sekali musim menuai, saya selalunya hanya dapat hasil dalam 10 tan, manakala harga satu tan padi hanya RM600. Setelah ditolak kos dan juga dibahagikan dua, maka hasilnya tidak sebanyak mana. Tetapi, saya tetap bersyukur dan gembira dengan rezeki yang saya terima.” Kongsi Arjiah ceria. Memikirkan bahawa dia tidak mampu hanya bergantung kepada hasil sawah, maka Arjiah harus mencari alternatif. Lalu dia ter-

Dahulu dia pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan dengan mendapat gaji yang agak besar. Kemudian dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki, lalu mengikat janji. Mereka mendirikan rumah tangga, dan alhamdulillah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Arjiah bersama mesin jahit kepunyaannya

ingat, pengalaman beberapa bulan di butik jahitan kakaknya sebelum ini pasti dapat membantu. “Buat permulaan, saya mengambil tender menjahit pakaian dari kilang kain. Tetapi kondisi kesihatan ibu yang mulai merosot, sedikit sebanyak mengganggu kerja berkenaan. Ibu pengidap diabetes yang kronik, bayangkan luka di telapak kakinya telah tembus sehingga boleh nampak dari atas ke bawah. Semasa itu, pihak hospital sampai mengajar saya cara merawat ibu di rumah.” Tokoknya lagi. Ibunya menderita diabetes agak lama, iaitu dari tahun 2000 hingga 2008. Sebelum itu, bapa Arjiah meninggal dunia pada tahun 2001, kerana serangan athma yang teruk. “Selepas kematian ibu, tanah sawah yang saya usahakan itu harus dikongsi dengan 11 orang adik beradik. Saya mendapat pusingan pada tahun ketujuh. Bayangkan, betapa sukarnya buat saya menampung kehidupan. Pendapatan bulanan memang merosot, namun saya tetap bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang bijak dan mendengar kata.” Ujar Arjiah mengenang kisah silamnya. Benar bagai yang dikata, anak-anak Arjiah memang tercatat dalam rekod Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai anak asnaf cemerlang. Mereka pernah menggondol kedudukan 6A dan 8A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini. “Anak pertama saya, Arif Asyraf, 24 kini

sudah bekerja sebagai juruteknik. Anak kedua, Arisya Nur Ain, 22 kini belajar dalam bidang perniagaan di Universiti Malaysia Sabah, anak ketiga Arisya Nur Azreen, 21 belajar dalam bidang pemasaran di Universiti Malaysia Terengganu dan anak keempat, Nur Shazleen, 20 belajar dalam bidang Seni Reka Industri di Universiti Teknologi MARA.” Cerita Arjiah tentang anakanaknya yang semuanya bijak-bijak belaka. Maka, bagaimanakah kisahnya Arjiah boleh berkenalan dengan LZS? “Tahun 2004, saya masih ingat kondisi ketika itu memang agak menekan. Maklumlah, pendapatan saya memang kecil dan tanggungan pula besar. Maka, saya bertanya kepada pihak jawatankuasa kampung apakah saya ini layak mendapat zakat?” Ceritanya. Kehidupan Arjiah ketika itu memang menjerihkan. Jadual hidupnya padat dengan pekerjaan dari pagi membawa ke malam. Masakan tidak, dengan status ibu tunggal dia harus membesarkan anak-anaknya sendirian. Pada masa yang sama, dia juga wajib menata urus ibunya yang menderita kronik diabetes. “Jadual harian saya bermula di awal pagi. Selepas menyiapkan anak-anak, saya menitipkan mereka ke sekolah. Balik dari sekolah, saya akan menguruskan emak. Kemudiannya, saya pergi berniaga lemang dan jagung di tepi jalan besar. Tengah hari, saya perlu kembali ke sekolah mengambil

anak. Kemudian balik ke rumah saya harus segera memasak makan tengah hari. Petang ke sekolah agama menghantar anak-anak lagi. Sebelah malamnya, saya membakar lemang untuk jualan esoknya. Di sela-sela itu, saya akan mengajar anak-anak mengaji alQuran. Saya akan tidur lewat malam, malah kadang-kala awal pagi. Begitulah setiap hari.” Arjiah menceritakan betapa sibuknya dia satu waktu dahulu. Malah tong gasnya juga hilang dicuri orang, sewaktu dia mengambil anaknya di sekolah. Dengan izin Allah SWT, jodoh Arjiah dengan LZS memang ada. Dia diakui layak menerima bantuan zakat. Antara yang diberikan ialah, bantuan persekolahan untuk anak-anaknya, bantuan hari raya, bantuan bulanan dan juga bantuan makanan. Arjiah juga diberikan sebuah rumah oleh LZS, dibina bersebelahan rumah ibunya. “Sekitar tahun 2006, LZS ada memberikan saya modal sebesar RM5,000 untuk menyewa bendang. Saya berfikir dengan modal sebesar itu, ia dapat memanjangkan lagi langkah saya dalam mengusahakan bendang dan sekaligus melipatgandakan pendapatan. Tetapi ketentuan Allah di luar jangkauan. Ibu meninggal dunia pada tahun 2008, dan bendang milik ibu telah diwariskan kepada 11 orang anak. Sudah pasti giliran membuat bendang mengecilkan peluang saya menambah rezeki. Bayangkan, selepas tujuh tahun baharu menjadi giliran saya. Sementara itu, tanah bendang pakcik pun telah dijual kepada orang lain. Makin kecillah pendapatan saya.” Kongsi Arjiah seterusnya. Ditambah dengan keadaan anak-anak yang semuanya sedang meningkat besar dan sedang rancak menyambung pelajaran, maka Arjiah tidak mampu bertahan. Dia yang sepatutnya dicadangkan keluar dari status asnaf, akhirnya kembali bernaung di bawah LZS. Harapan Arjiah hanya satu, iaitu LZS mendanai pendidikan anak-anaknya, itu yang utama. “Alhamdulillah, LZS bantu anak-anak saya di IPT.” Ujarnya lagi. Kini, Arjiah sedang giat mengusahakan butik di sebelah rumahnya. Rumah yang dahulunya dibina oleh LZS, kini dia jadikan sebagai kedai jahitan. Rumah pusaka peninggalan orang tua dia jadikan tempat berteduh. Di kampung itu, biar pun agak jauh dari bandar besar namun rezekinya terus bercambah. “Saya tetap mengusahakan sawah dan pada masa yang sama mengambil upah menjahit pakaian. Saya boleh menjahit baju Melayu, jubah, kemeja, baju kurung dan juga baju pengantin. Alhamdulillah, sambutan pun nampaknya sangat baik.” Tambahnya. Jelas, Allah SWT pasti tidak mensesiakan perjuangan hamba-Nya yang ikhlas dan tekun bekerja. Rezeki Arjiah kini kian berganda, biar pun dia masih lagi perlu berjimat dalam berbelanja. Malah Arjiah sudah mampu tersenyum mengenangkan anakanaknya kini sedang berada di menara gading. Ia adalah lambang kejayaan bagi seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. “Saya berdoa semoga Allah SWT memberkati semua pihak yang telah membantu saya selama ini. Kepada anak-anak juga saya sering berpesan, agar kelak satu hari nanti mereka juga mesti menjadi pembayar zakat. Jangan ada sifat kikir, kita juga mesti membantu orang lain.” Arjiah menamatkan bicaranya. Nota: Sesiapa berminat menempah pakaian, boleh menghubungi Arjiah di Lot 432817, Tali Air 8, Sg. Leman, Sekinchan, Selangor atau di talian 017-657 6608. Edisi


ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • Disember 2015 • 15

Orang Malas Haram Dapat Zakat? SOALAN: Baru-baru ini ada seorang ustaz menyatakan, orang miskin yang malas tidak layak dan haram diberikan zakat. Ini kerana, katanya ia akan menjadikan mereka lebih malas untuk berusaha, dan seterusnya akan terus bergantung dengan zakat selama-lamanya. Jadi, adakah benar orang-orang miskin yang malas ditegah daripada memakan harta zakat? Mohon pencerahan ustaz. JAWAPAN: Terima kasih kerana telah mengajukan satu soalan yang bagi saya, memang sering juga dipersoalkan oleh orang lain. Namun atas dasar menjaga hati sesama muslim, ada yang cuba memejamkan mata dengan isu orang malas ini. Justeru itu saya berharap, semoga jawapan yang disajikan ini mampu membuka suatu horizon baharu dalam pemikiran umat Islam, sama ada di pihak pembayar mahu pun penerima zakat, bahawa Islam mempunyai sisi pandang khusus kepada orang-orang yang pemalas, dan apakah sikap Islam kepada mereka. Mari saya mulakan jawapan ini dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek (bakhil), aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (Hadis riwayat Abu Dawud) Doa ini sebenarnya telah dirangkaikan oleh Imam Hassan al-Banna dan dijadikan wirid harian yang disebut sebagai al-Ma’thurat. Di dalamnya, antara perkara yang sangat ditakuti oleh nabi ialah sifat malas. Ini kerana malas adalah musuh kemajuan. Pemalas akan menjadikan Islam lemah, jumud dan mundur. Pemalas akan menconteng arang ke wajah Islam. Nabi SAW dan para sahabatnya merupakan golongan yang rajin, dan kerajinan mereka terbukti dengan gemilangnya Islam sehingga mampu menaungi 2/3 dunia. Cuba bayangkan jika generasi awal Islam ini dahulunya bersifat malas, mana mungkin Islam akan tersebar hingga seluruh pelusuk dunia. Al-Imam Abu Zur’ah ar-Razi, seorang ulama hadis yang merupakan guru Imam Muslim menyatakan, semasa Nabi Muhammad SAW wafat di Madinah, jumlah sahabat di Jazirah Arab ada lebih dari 100,000 orang. Namun begitu, seandainya hari ini kita ke Mekah dan Madinah dan mengunjungi perkuburan di Ma’la dan Baqi’, maka apa yang kita dapati jumlah kuburan para sahabat hanya ada kira-kira 20,000 buah sahaja. Di manakah kuburan sahabat yang lain? Itu menunjukkan, ramai dari kalangan sahabat bertebaran di seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Itu juga menjadi dalil betapa mereka orang yang rajin, dan tidak hairanlah sehingga ke era Khilafah Uthmaniyyah, umat Islam zaman dahulu telah berjaya memberikan citra yang sangat positif kepada Islam. Semuanya bermula dengan sifat rajin dan tekun. Itulah dampak kerajinan. Berbalik kita kepada persoalan di atas, bagaimanakah Islam mendepani golongan miskin yang malas? Adakah Islam mengharamkan zakat ke atas orang-orang yang malas? Bukankah fakir dan miskin itu sememangnya mempunyai hak ke atas zakat, tanpa mengira sama ada mereka malas atau rajin? Dalam menjawab persoalan ini, mari kita lihat apakah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berhadapan dengan situasi yang sama di zaman baginda. Ternyata, memang ada. Disebutkan di dalam kitab ‘Anasirul quwwati fil Islam’ (Elemen Kekuatan Dalam Islam) oleh Syed Sabiq, tentang satu hadis yang sangat panjang. Hadis berkenaan diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Suatu hari telah datang seorang lelaki dari kaum Ansar menemui Nabi Muhammad SAW di masjid. Lelaki berkenaan meminta sedikit makanan untuk diri

dan keluarganya. Nabi SAW sebaliknya tidak memberikan dia makanan, melainkan nabi bertanya apakah dia mempunyai sesuatu di rumahnya untuk dijual. Lelaki berkenaan mengaku ada, iaitu sehelai kain dan sebuah mangkuk. Nabi meminta dia pulang mengambil barangan itu. Kemudian nabi menolong menjual barangan berkenaan, dan laku dengan harga dua dirham. Nabi membahagikan wang dua dirham dan mengarahkan lelaki itu membeli makanan untuk keluarganya dan satu dirham lagi untuk dibeli sebilah kapak dan tali. Lelaki berkenaan mengikuti arahan nabi. Kemudian nabi memberikan arahan kepadanya, hendaklah dia mencari kayu dan hendaklah datang lagi berjumpa dengan nabi setelah berlalu 14 hari berikutnya. Ternyata, setelah berlalu 15 hari lelaki berkenaan datang kembali dengan senyuman. Dari asal satu dirham sebagai modal, kini dia sudah ada 10 dirham, keuntungan hasil jualan kayu apinya. Ternyata, nabi telah memberikan dia satu didikan halus, iaitu mesti rajin berusaha dan jangan cepat meminta-minta. Hakikatnya, hadis di atas menjadi isyarat betapa Nabi Muhammad SAW sendiri tidak meraikan orang-orang yang malas, sedangkan mereka masih kuat dan sihat tubuh badan. Jika si lelaki di atas sakit, pastilah dia tidak mampu bekerja dan nabi tidak akan memaksanya mencari kayu api. Ingatlah, mencari kayu api di Madinah (kawasan padang pasir) bukanlah mudah, namun ternyata berkat ketekunan dan kerajinan, lelaki berkenaan mampu melakukannya. Maka, samalah dengan kondisi hari ini. Apakah bezanya orang-orang yang datang meminta zakat walhal tubuh badan mereka masih kekar dan kuat. Buktinya, mereka masih mampu berjalan berkilo-kilo meter, masih dapat berlari laju, mampu membawa beban malah sanggup berdiri lama menanti nombor giliran. Hakikatnya mereka bukanlah orang uzur yang tidak mampu menjana pendapatannya sendiri, tetapi dek kerana sifat malas yang ada dalam diri. Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW menyatakan: “Tidak ada hak zakat untuk orang kaya, mahu pun orang yang masih kuat bekerja.” (Hadis riwayat an-Nasa’i dan Abu Daud) Mengulas mengenai hadis di atas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitabnya: “Sesungguhnya diharamkannya zakat bagi orang-orang yang sihat dan kuat, kerana dia masih mampu bekerja untuk mencukupi keperluan dirinya sendiri, tanpa harus menunggu dan menggantungkan harapannya pada sedekah.” (Hukum Zakat, hal. 678) Dalam nada yang lebih keras, Yusuf al-Qaradhawi memetik pandangan Syafie dan Hanbali: “Apakah orang yang hidup menganggur (tanpa pekerjaan) diberi bahagian zakat, padahal dengan begitu hanya akan menjadi beban masyarakat, di mana dia hanya akan menggantungkan dirinya kepada sedekah dan pertolongan, sedangkan dia berbadan kuat dan sanggup berusaha menghidupi dirinya? Menurut pendapat yang tegas dari golongan Syafie dan Hanbali, zakat dari bahagian fakir dan miskin tidak boleh diberikan kepada orang kaya, juga kepada orang yang mampu berusaha secara layak sehingga mampu mencukupi diri dan keluarganya.” (ibid, hal. 521) Maka, dari sinilah sebahagian besar fuqaha (termasuk sebahagian pengikut Maliki) me-

nyatakan, haram disalurkan zakat kepada orangorang yang malas. Ia bertujuan untuk mendidik mereka agar menjadi rajin, tidak pasrah membabi-buta dan paling malang, menjadi ‘parasit’ yang hidup menumpang di atas usaha dan susah-payah orang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad SAW masih ada pertimbangan sekiranya orang yang kuat dan sihat tubuh badan itu memohon zakat, dalam kondisi mereka sebenarnya sudah berusaha. Di dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana dua orang lelaki telah datang meminta zakat sehingga nabi berkata kepada mereka: “Jika kalian menghendaki akan aku beri; tetapi zakat bukan bahagian orang kaya dan orang yang kuat bekerja.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasaie) Di dalam kes di atas, Nabi SAW telah memberikan harta zakat kepada kedua-dua orang lelaki berkenaan. Namun ulama membahaskan, punca nabi menyerahkan juga zakat kepada mereka, kerana nabi tidak mengetahui dengan tepat kondisi diri mereka. Boleh jadi mereka sudah bekerja namun penghasilannya masih tidak cukup, atau mereka sudah mencari pekerjaan namun belum mendapatkannya (ibid, hal. 524). Penulis sendiri melihat, nabi tetap memberikan zakat itu lantaran nabi yakin mereka memerlukannya. Para sahabat zaman nabi ditarbiyyah (dididik) langsung oleh Rasulullah SAW. Sekiranya mereka tidak memerlukan zakat, pastilah mereka malu untuk meminta-minta langsung kepada nabi. Mereka juga sudah pasti sedar implikasi memakan harta zakat dengan cara yang salah. Tentulah mereka takut untuk mengambilnya melainkan mereka benar-benar dalam kondisi yang sangat memerlukan. Malah Allah SWT juga pasti akan menegur perbuatan nabi itu jika ternyata ia suatu keputusan yang salah. Maka, berdasarkan hadis di atas fuqaha merumuskan, orang-orang yang sihat tubuh badannya masih layak mendapat zakat, sekiranya pekerjaan yang mereka lakukan masih tidak mampu memenuhi keperluan diri dan tanggungannya. Ini kerana, mereka bukanlah orang yang malas berusaha, tetapi kerana memang tidak mempunyai kecukupan harta biar pun setelah berusaha. Inilah antara pandangan yang muktabar termasuklah yang yang pernah dikemukakan oleh Imam anNawawi sendiri. Oleh itu, suka ditegaskan kembali bahawa jumhur fuqaha memang menyatakan, zakat

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS. adalah haram bagi orang-orang yang dengan sengaja malas untuk berusaha dan bekerja, walhal kesempatan bekerja terbuka luas di depan matanya. Di Malaysia hari ini, sudah pastilah ruang pekerjaan sangat terbuka. Jutaan warga asing membanjiri Malaysia untuk bekerja, maka apakah alasannya lagi bagi umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan diri andai ditanya Allah SWT di akhirat nanti, melainkan memang penyakit jiwa iaitu malas telah bersarang di lubuk hatinya. Hal ini sebenarnya turut melibatkan mereka yang enggan bekerja; dengan alasan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT. Siang malam berpuasa, solat, zikir, tilawah dan sebagainya lagi, hingga tenggelam dalam ibadah. Orang yang seperti ini juga dirangkumkan sebagai orang yang malas, biar pun mereka rajin beribadah. Zakat tidak boleh diberikan kepada mereka, kerana hakikatnya mereka juga adalah orang yang malas, sedangkan sahabat ahlus suffah zaman silam adalah ahli ibadah yang rajin berjihad di jalan Allah SWT. Inilah pandangan ulama seperti mana dinukilkan oleh Imam anNawawi di dalam kitabnya, ar-Raudhah dan alMajmu’ (ibid, 525). Amalan di Lembaga Zakat Selangor sendiri, setiap orang fakir dan miskin memang akan disantuni dengan zakat; namun jika mereka mempunyai potensi untuk maju, maka dalam masa yang sama mereka akan digerakkan untuk menjadi orang yang berdikari. Tujuannya agar mereka tidak terus bergantung dengan zakat dan terbelenggu dengan sifat malas yang menjadi-jadi. Kesimpulannya, Islam menganjurkan umatnya menjadi rajin. Orang yang malas hakikatnya lemah iman. Orang yang malas tidak diraikan Allah SWT, malah diancam dengan dosa. Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang waktu malasnya dalam batas wajar (tidak melampau batas) dan tetap dalam Sunnah (cuba membaiki dirinya), maka dia telah menempuh jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang kemalasannya (mendorongnya) melakukan kemaksiatan (seperti tenggelam dalam kemalasan), maka itulah yang celaka.” (Hadis riwayat Ahmad). Wallahua’lam. Edisi

Gambar hiasan


ULASAN BUKU 16 • Edisi • Disember 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

KISAH 10 MUALLAF PALING BERPENGARUH DI EROPAH & AMERIKA CALL NO : 297.574 MYA Buku ini menggambarkan tentang penulisan perjalanan beberapa orang muallaf yang berpengaruh di Benua Eropah dan Amerika yang berjaya untuk mendapatkan hidayah tentang kebenaran agama Islam. Setiap cerita yang disampaikan oleh para muallaf ini berlainan antara satu sama lain tetapi dengan satu tujuan murni yang sama yakni pengakuan kebenaran kepada agama Islam. Terdapat 10 cerita yang berlaku kepada 10 orang muallaf di Eropah dan Amerika yang mempunyai pengaruh yang besar. Bak katakata yang “di sebalik setiap peristiwa itu pasti ada hikmah yang tersirat” akan lebih diketahui jika anda betul-betul mengambil berat tentang kejadian yang berlaku di sekeliling anda dan menyedari yang proses untuk mencapai kebenaran itu bukanlah suatu peristiwa yang mudah. Di dalam buku ini, dimuatkan proses pencarian kebenaran yang dialami oleh sepuluh orang muallaf yang paling berpengaruh di Eropah dan Amerika yang membawa mereka menuju ke jalan Allah SWT. Seperti kisah Mark Hanson yang kini dikenali sebagai Hamza Yusuf selepas bertukar kepada agama Islam yang berusaha untuk mendalami makna sejati di sebalik misteri hidup dan mati. Kisah mengenai Malcolm X juga disebut di dalam buku ini yang mana beliau merupakan seorang yang tegas dan gigih dalam berjuang untuk kaum keturunan hamba Afro-Amerika dalam hak-hak sivil mereka pada dekad 1950 dan 1960an. Serta dicoretkan tentang perjalanan spiritual oleh Cat Stevens yang juga seorang penyanyi dan pernah popular dengan lagu “Father and Son” atau “Wild World”; Michael Wolfe seorang penulis Amerika, Maurice Bucaille seorang ilmuan Perancis; Charles Le Gai Eaton seorang diplomat dan ahli falsafah British; Kareem Abdul-Jabbar seorang pemain bola keranjang NBA dan Kristiane Backer yang merupakan pengulas TV Eropah. Kembara mereka dapat membuat pembaca merasa terharu, menajubkan dan dapat memberi inspirasi untuk terus beriman dan berpegang dengan ajaran Islam.

ISSUES IN ISLAMIZATION OF HUMAN KNOWLEDGE CALL NO : 297.26 MUH Islamization of Human Knowledge are popular issues among people on education fields such as scholar and students across the world. But still, this topic should be research more to get much attentions from people. Aims for this book is for providing more details on this topic so people would aware. Some research by these ideologies has been listed in this book which are Kamal Hassan, Syed Muhammad Naquib alAttas, Ismail al-Faruqi and AbduHamid Abu Sulayman. Among the contents that been provided by this book includes, 1. Introduction. 2. Islamization of knowledge from universal and people oriented perspective. 3. Islamization of human knowledge and worldview: Kamal Hassan on Islamicisation of knowledge and relevantization of Islamic sciences, 2010. 4. De-westernization or Islamization of all branches of knowledge: Syed Muhammad Naquib Al-Attas in 1970s on Islamization of present-day knowledge: A few new dimensions. 5. Islamization of knowledge: general principles and work plan: Ismail Raji AlFaruqi in 1982. 6. AbdulHamid AbuSulayman on Islamization of knowledge and methodology of Islamic thought. 7. Methodological issues in Islamization of knowledge. 8. Islamic methodology and the first principles of disciplines. 9. The work plan of Islamization of knowledge. 1982 - 1989 editions.

RASULULLAH IS MY DOCTOR CALL NO : 297.63 GRA

MUDAHNYA AJAR ANAK SOLAT CALL NO : 297.3822 CHE Buku ini sesuai dibaca oleh ibu bapa yang ingin mendapatkan tips untuk mendidik anak-anak mereka agar rajin dan seronok mengerjakan solat. Ibadah wajib ini perlu dilatih dan dipupuk dari awal usia kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa. Pengalaman penulis sebagai ibu bapa dicoretkan di dalam buku tersebut serta terdapat pengalaman, perkongsian dan pembacaan daripada para ibu bapa yang lain. Kaedah solat bagi orang sakit serta rukhsah solat ketika sakit dan musafir juga dibincangkan di dalam buku ini untuk pengetahuan para ibu bapa. Perkara utama yang dapat disenaraikan di dalam buku tersebut adalah terdiri daripada, 1. “Kepentingan pendidikan solat terhadap anak-anak” 2. “Perkara utama memudahkan urusan mendidik anak-anak bersolat” 3. “Cabaran dan gangguan yang menyebabkan anak-anak tidak bersolat 4. “Wahai anak-anakku, betapa mudahnya untuk bersolat” 5. “Langkah pertama ibu bapa sebelum mendidik anak-anak bersolat” 6. “Cara mendidik kanak-kanak dan remaja bersolat” 7. “Ibu bapa terlewat mengajar anak-anak bersolat” 8. “Cara mengatasi anak-anak yang melalaikan solat” 9. “Amalan doa agar anak-anak taat dalam beribadah”

Buku ini menggambarkan tentang perubatan gaya Nabi Muhammad menggunakan tumbuhan semula jadi dapat merawat keadaan kesihatan diri dan menyembuhkan penyakit yang ada. Kaedah perubatan Rasulullah ini amat berkesan kerana ia mengabungkan resipi untuk merawat penyakit secara spiritual dan fizikal. Jadi ia masih boleh digunakan pada zaman moden ini kerana terdapat beberapa penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden. Al-quran dan hadis adalah sumber utama yang perlu dirujuk bagi manusia untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah mengubat pelbagai jenis penyakit. Bukan sahaja penyakit yang kita nampak sahaja dapat diubati, penyakit sihir juga boleh dirawat tanpa menggunakan bomoh dan kaedah syirik yang menjadi kebiasaaan sesetengah masyarakat Muslim pada zaman ini. Pengalaman penulis dalam mengamalkan perubatan cara Rasulullah ini dapat mengubati beberapa penyakit yang pernah beliau hadapi dengan izin Allah. Isi kandungan yang terdapat di dalam buku tersebut dapat dibahagikan kepada, 1. “Kedoktoran Rasulullah SAW” seperti ‘Menyedari dan mempercayai’, ‘Doa, ubat yang diperlukan’, ‘Habbatussauda (biji jintan hitam)’ dan ‘Bekam’. 2. “Manfaat ramuan semula jadi” seperti ‘Tajamkan pandangan mata’ dan ‘Ramuan dari pasar’ 3. “Ancaman terhadap kesihatan manusia” seperti ‘Kekacauan perubatan’ dan ‘Kebenaran yang menakutkan berkenaan vaksin’.

Buku berikut boleh didapati di Pusat Pengurusan Pengetahuan yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


TOKOH ISLAM Edisi • Disember 2015 • 17

Syeikh Abdullah Fahim (1879-1961M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

D

ilahirkan berhampiran kaabah, iaitu di Syu’ab ‘Ali pada tahun 1879M/1296H, Syeikh Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan Abdullah Pak Him, berdedikasi meneruskan warisan perjuangan Rasulullah SAW untuk membawa manusia menghargai Allah yang Maha Pencipta sebagai Rabul’alamin. Syu’ab ‘Ali adalah tempat di mana terdapat penempatan bagi beberapa ulama Alam Melayu yang terkenal di Makkah seperti Syeikh Wan Ahmad al-Fatani (1856-1908) yang pernah bermukim di situ. Selain itu, di Syu’ab ‘Ali jugalah kemudiannya di bina Madrasah Darul ‘Ulum al-Diniyah yang diurus tadbir oleh ulama Melayu pada tahun 1935. “Fahim” adalah ungkapan istilah dalam bahasa Arab yang bermaksud “seorang yang faham dan luas ilmunya”. Manakala dalam beberapa ‘taqriz’ (kata pengantar) yang ditulis Syeikh Abdullah Fahim, beliau menggunakan nama “Abdullah Pak Him”, iaitu nama yang biasanya digunakan dalam dialek harian orang-orang di utara Semenanjung yang menunjukkan penghormatan kepada seseorang yang dianggap mempunyai kedudukan tinggi di dalam masyarakat lebih-lebih lagi yang dianggap berilmu pengetahuan. Ayah beliau, Syeikh Ibrahim bin Haji Tahir (Pak Him), berasal dari Kubur Panjang Kedah, berhijrah ke Makkah bagi menimba ilmu pengetahuan dan kemudiannya menjadi salah seorang tenaga pengajar di Masjidil Haram. Ibunya Hajah Khadijah dikatakan mempunyai keturunan yang berasal dari Patani dan mempunyai susur galur keturunan yang berasal dari Maghribi. Sumbangan Sejurus selepas kembali ke Seberang Prai dari Makkah, Syeikh Abdullah menetap di Kepala Batas dan mengajar di rumah beliau. Oleh kerana perhubungan yang rapat yang sedia terjalin dengan Haji Wan Sulaiman Wan Sidik (kembali ke Malaysia tahun 1906) semasa menuntut di Makkah, Syeikh Abdullah kemudiannya telah dijemput untuk mengajar di Madrasah al-Hamidiah yang terletak di Limbong Kapal, Alor Setar, tidak jauh dari Pejabat Agama Islam Kedah waktu itu. Haji Wan Sulaiman selaku Syeikul

Islam Kedah ketika itu telah mengasaskan Madrasah al-Hamidiah pada tahun 1916 di mana ia ditadbir sebagai sebuah sekolah agama Islam ‘moden’. Beliau kemudian dijemput menjadi Mudir Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar pada tahun 1932. Madrasah Idrisiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, adalah sebuah institusi pendidikan agama yang dibangunkan pada tahun 1916 dan beroperasi pada tahun 1922 atas hasrat Sultan Idris Mursyidul Azam Shah untuk melihat wujudnya sebuah institusi pendidikan agama yang setanding dengan beberapa insitusi pendidikan yang terkenal di Perak ketika itu seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK-1905) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC-1922). Beliau kemudian menjadi Mufti pertama Pulau Pinang pada tahun 1951. Antara sumbangan besar berkaitan Matematik Syeikh Abdullah Fahim ialah kebolehan beliau dalam ilmu falak. Bagi mengukur waktu sembahyang, penentuan arah kiblat, pembahagian harta pusaka (faraid), penentuan awal puasa dan hari raya, ilmu matematik atau ketika itu dikenali sebagai ilmu hisab amat diperlukan. Antara alat yang digunakan ketika itu ialah rubu’ mujayyab iaitu alat yang berfungsi dan digunakan bagi menghitung kedudukan matahari untuk menentukan waktu solat sepanjang tahun selain fungsi matematik logaritma yang mengetengahkan sinus (jayyib) dan tangent (zhill) yang diasaskan oleh al-Khawarizmi. Sebenarnya hanya segelintir sahaja yang benar-benar menguasai ilmu Falak yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah Fahim kepada mana-mana muridnya yang benar-benar berminat berikutan pelajaran ilmu Falak adalah satu pelajaran yang sukar dan melibatkan banyak pengiraan. Contohnya seperti ditunjuk dalam Rajah 1 di bawah yang merupakan hasil kerja Syeikh Abdullah Fahim. Kepala takwim jadual waktu solat ditulis: “Dihimpunkan angka tahun dengan angka barangmana bulan dibilangkan dari Ahad itulah sehari bulan. Dibahagikan tarikh atas 30 jika yang baki seperti angka yang sebelah maka tahun Kabisah Dzul Hijjah 30. Ini jadual dikira-kirakan dengan jam kereta api sekarang telah mehatar (memilih) kandia Al Faqir Ilallah Abdullah Fahim. Al Kibanas 2-5-7-10-13-15-18-21-24-26-29.” Selain itu, beliau juga turut manghasilkan jadual waktu sembahyang yang dikatakan boleh digunakan sepanjang tahun. Contohnya seperti terdapat dalam rajah di Rajah 2. Berdasarkan rajah tersebut, ini menunjukkan bahawa Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaedah tersendiri dalam membuat catatan berkaitan matematik. Segala perkara dan butiran yang dicatatkan dengan tulisan tangan Syeikh Abdullah Fahim dalam jadual takwim waktu solat berkenaan bermula dari kanan ke kiri ialah:1. Bulan Afranji (tahun siam) yang menyamai tahun Masihi (solar year) 2. Bilangan hari Afranji mengikut jumlah hari Masihi. 3. Bulan Piama bendang iaitu bulan Asa, bulan Dua, bulan Tiga, bulan Empat, bulan Lima, bulan Enam, bulan Tujuh,

bulan Lapan, bulan Sembilan, bulan Sepuluh, bulan Sebelas dan bulan Dua Belas. 4. Waktu solat yang dimulai dari waktu Maghrib, Isyak, Imsak, Subuh, naik matahari, (syuruq), Dhuha (dan waktu solat raya), Zohor dan Asar. Semuanya dinyatakan dalam jam dan minit. 5. Pihak dan musim iaitu musim kering, deklinasi matahari kembali pihak selatan, musim panas, deklinasi matahari pergi

ke pihak utara, musim lembah, deklinasi matahari kembali pihak utara, musim dingin dan deklinasi matahari pergi pihak selatan. 6. Buruj-buruj matahari atau 12 buruj zodiac: Jadiy (Capricornus), Daluw (Aquarius), Hut (Pisces), Hamal (Aries), Tsur (Taurus), Jauzak (Gemini), Sarathan (Cancer), Asad (Leo), Sumbulah (Virgo), Mizan (Libra), ‘Aqrab (Scorpius), dan Qawus (Sagittarius). Edisi

Rajah 1: Kepala Waktu Takwim Solat

Rajah 2: Jadual Waktu Solat


FOTO MAIS 18 • Edisi • Disember 2015

1

2

3

1. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS merasmikan Majlis Hari Kecemerlangan Penghuni Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang berlangsung pada 2 November 2015. 2. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama pegawai-pegawai Politeknik yang lain semasa kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Selangor pada 19 November 2015. 3. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS mempengerusikan perbincangan semasa kunjungan hormat Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 16 November lalu.


FOTO MAIS Edisi • Disember 2015 • 19

4

5

6

7

8

4. SKUAD SUKARELAWAN Yayasan Islam darul Ehsan (YIDE) bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) sekali lagi terpanggil untuk turut serta dalam misi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di Sek Keb Parit Mahang, Daerah Kuala Selangor. 5. Seminar Serantau Komunikasi Islam Dan Masyarakat : Krisis, Amalan Dan Tajdid, kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Selangor bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), KUISCELL dan juga Masjid Tengku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong, Shah Alam telah berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Oktober 2015 yang lalu. 6. Ustaz Hardi Mohamad Sadali sedang memberi penerangan skop bidang ilmu falak semasa program Kembara Falak Di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng pada 4 dan 5 Disember 2015. 7. Hilal yang kelihatan pada 30 Safar 1437H semasa aktiviti Rukyah Hilal Rabiíul Awwal di Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting Selangor . 8. Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 25 buah syarikat berjumlah RM3,191,390.31 dalam satu Majlis yang disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Y.A.D. Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 7 Disember 2014.


DISEMBER 2015 • RABIULAWAL 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Syeikh Abdullah Fahim (1879-1961M)

Terkini HIBAH Membentuk Fikrah Ummah

Dilahirkan berhampiran kaabah, iaitu di Syu’ab ‘Ali pada tahun 1879M/1296H, Syeikh Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan Abdullah Pak Him, berdedikasi meneruskan warisan perjuangan Rasulullah SAW...

>17

HANYA

3K1INI8 RAM NDA BOLEHAH BERHIB

FAEDAH

HIBAH

(Fi Perlaksanaan 1% Mengikut Nilai Harta)

✓ ✓ ✓

Pewarisan/pemindahan harta yang mudah dan cepat Harta yang dihibah tidak boleh dituntut oleh mana-mana waris Boleh diberikan kepada sesiapa pun termasuk waris yang tidak layak menerima harta pusaka

✓ ✓ ✓

Jumlah yang diberikan tidak terhad Sunat berhibah secara sama-rata kepada ahli waris Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042

www.mais.gov.my EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my

18cm x 4cols - SINAR HARIAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.