APRIL 2015 • JAMADILAKHIR 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X
Melahirkan Pemuda Subuh 2.0
Membentuk Fikrah Ummah
Alangkah indahnya solat subuh jika dapat dilaksanakan secara berjemaah. Solat yang paling awal tapi ramai yang kesiangan, solat paling sedikit rakaatnya dan istimewa azannya tetapi solat inilah yang paling berat dan paling sedikit berjaya dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau di surau....
>5
MAIS Kunjungi Amanah Raya Berhad (ARB)
KUALA LUMPUR - MAIS mengunjungi Amanah Raya Berhad pada 7 April lalu bertujuan menimba pengalaman dan bertukar-tukar.. >10
45 Orang Usahawan Asnaf Terima Lori
Dunia Di Hujung Usia Kala kita melihat seorang nenek yang sudah tua renta, apa ada di benak kita? Umumnya, kematian. Itulah jawapan tuntas yang menetas di minda kita. Benar, kematian subjektif. Muda atau tua, bukan ukuran. Namun, selalunya tua adalah paling dekat dengan kematian. Maka, bagaimana pula jika yang tua itu adalah dunia ini? Bersediakah kita menerima ‘kematiannya’? ............ >3
SHAH ALAM, 18 Mac 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan zakat berupa lori bergerak.... >11
LZS Dekati Pesakit Hospital HTAR KLANG, 1 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Sosial Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Unit Hal Ehwal Islam HTAR mengadakan program Tautan Mahabbah bertempat di HTAR di sini..... >12
Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Wartawan • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Nurhelmi Bin Ikhsan • Halim Bin Mokhtar • Mohd Helmi Bin Mohd Nuri © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my
Fakta Kaabah: Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, dengan lebih tepat di Kaabah dan radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berpenghujung)
Dakwah dan Kerohanian:
Interaktif: 200+ Kisah Sahabat Nabi Satu aplikasi android yang memuatkan Kompilasi lebih 200 kisah-kisah Sahabat Rasullulah SAW yang dikumpulkan dari tulisan-tulisan yang terdapat di Internet. Mampu dijadikan teladan kepada kanak-kanak dan menumbuhkan kecintaan kita kepada sahabat Nabi, dan akhirnya kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
FOKUS Edisi • April 2015 • 3
Dunia Di Hujung Usia Kala kita melihat seorang nenek yang sudah tua renta, apa ada di benak kita? Umumnya, kematian. Itulah jawapan tuntas yang menetas di minda kita. Benar, kematian subjektif. Muda atau tua, bukan ukuran. Namun, selalunya tua adalah paling dekat dengan kematian. Maka, bagaimana pula jika yang tua itu adalah dunia ini? Bersediakah kita menerima ‘kematiannya’?
Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
T
idak sukar untuk melihat betapa tuanya usia dunia. Andai rajin membelek hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, maka kita pasti akan bertemu dengan kisah perjalanan nabi merentas masa dari bumi ke langit. Itulah kisah israk wal mikraj. Bukankah di dalamnya ada dikhabarkan, nabi bertemu seorang wanita yang sudah sangat tua, bongkoknya tiga. Kata Jibril AS, “itulah usia dunia.” Bukan sekadar itu. Betapa banyak pula hadis-hadis lain yang mengkhabarkan perihal dunia sudah di hujung usia. Antara yang digambarkan, ramainya kaum Hawa, berlakunya peperangan dan pembunuhan di mana-mana, juga dunia kian berantakan tidak kira masa. Itulah simptom kiamat, yang menjadi titik terakhir perjalanan manusia. Itulah alamat dunia kita di penghujung usianya. Lalu, hari ini kita menyaksikan sendiri segala macam peristiwa. Tsunami yang bergelora, terasa terlalu asing dahulu kala. Tidak kedengaran ratusan ribu nyawa melayang sekelip mata hanya kerana gempa bumi di dasar lautan, lalu air yang lembut berubah ganas bak sebuah amukan. Tsunami adalah pertanda, dunia sudah di hujung usia. Begitu juga ribut dan taufan yang
melanda. Dahulu kita terdengar ia sekadar gulungan angin di luar negara, kini di negara kita juga kian terjadi di mana-mana. Pepohon, rumah, haiwan dan segala macam lagi, digulung bagaikan sebidang tikar pandan usang yang tidak berdaya. Ah, itu juga pertanda dunia di hujung usia. Banjir yang dahsyat, terlalu dahsyat sebenarnya. Ia juga makin kerap melanda. Bumi bagaikan tidak berdaya menelan air hujan yang menderu. Air sudah tidak tertahan di hulu. Lalu, bah menyerang manusia. Manusia yang kononnya hebat itu, bagaikan lembu di hari korban. Pasrah dalam gundah, terikat lalu tidak mampu berbuat apaapa. Kemarau pula, datangnya tiba-tiba. Bumi yang asalnya lembab, menjadi kontang kekeringan di terik mentari yang garang. Cuaca menjadi tidak bersahabat, kering keringat dan segalanya tertunda. Kesihatan terjejas teruk, apatah lagi jika tiba-tiba angin turut menjemput jerebu yang datangnya entah dari mana. Lalu persaksikan pula, gempa yang melanda. Goncangannya baharu beberapa skala richter, namun bangunan yang katanya kukuh luruh menyembah bumi, menjadi rata. Jambatan besi terbenam di perut sungai. Jalan raya patah dua jadinya. Manusia hilang nyawa, ratusan malah ribuan orang menderita. Di sisi benua lain, ada manusia ter-
us bersengketa. Puak yang kuat menindas yang lemah, semahu mereka. Atas nama keadilan dan menegakkan hak asasi manusia, ada yang dinafikan haknya. Paling sedih, Islam menjadi sasaran utama. Nama-nama jelek dicipta, lalu dilabelkan sebagai Islam puncanya. Benarlah, dunia sangat-sangat di hujung usia. Ini semua, terjadi setiap hari, saban waktu di sekeliling kita. Dunia hari ini sudah di hujung jari. Tanpa sempadan memagari. Apa yang ada adalah maklumat. Sedetik berlaku di Afrika Utara, sekejap sahaja berlegar di alam maya. Ini juga, isyarat dari nabi bahawa dunia sudah di hujung usia. Di sebalik semuanya, bagaimanakah kita menanggapi semua ini? Adakah sekadar cukup mengiyakan, bahawa benar sekali pesan nabi? Ingatlah, apa yang nabi khabarkan sejak 1400 tahun silam, lewat puluhan hadis baginda mengenai peristiwa akhir zaman, ia bukanlah omongan. Jauh sekali labun kosong. Nabi tidak berdusta, maka ia adalah peringatan yang nyata. Sangat-sangat nyata. Apa yang perlu kita lakukan, ialah mempersiapkan diri dengan keperluan yang ada. Perlunya kita kepada persiapan, kerana perjalanan di hadapan masih tidak mampu kita tebak bagaimana sudahnya. Adakah semulus kapas yang
putih, atau segetir lalang yang miang di semak yang terjang. Kita tidak tahu, maka kita wajib bersedia. Sudah cukupkah amalan kita? Sebelum itu, bagaimana ilmu di dada? Sudah ampuhkah akidah kita? Atau masih lagi bertaklid buta? Adakah masjid dan surau sudah menjadi rumah kedua kita? Atau masih gembira berhuhahuha di kedai kopi, taman bunga dan padang bola? Kita tidak perlu berwacana isu yang hebat, jika solat, zakat, puasa dan haji masih ‘sekadar buat’. Masih di tahap minimum semuanya. Tidak bertambah dengan yang sunat, walau kita tahu yang wajib itu pun belum tentu lulus di kaca mata Allah SWT. Jangan sesekali kita pejamkan mata, lalu enggan mengakui betapa malasnya kita. Lalu berpura-pura sibuk dengan dunia. Kini, kita dan dunia sudah sangatsangat di hujung usia. Namun yang berbeza, penghujung dunia adalah kiamat hakiki, penghujung kita adalah penamat sementara yang namanya mati. Jika dunia berakhir dengan tiupan sangkakala, maka berakhirnya kita dengan hadirnya Izrail yang perkasa. Habisnya dunia, bermulalah akhirat. Habisnya, kita bermulalah azab atau nikmat. Maka, sekali lagi ingin ditanya, sudah bersediakah kita? Edisi
Sekadar gambar hiasan
ISU 4 • Edisi • April 2015
Kebajikan Pesakit HIV/AIDS Muslim Lebih Terbela Di Darul Ukhwah Niat murni Ustaz Amin untuk membawa keluar mereka dari Gereja telah menjadi titik bermulanya penubuhan rumah kebajikan pesakit AIDS Muslim yang pertama di Malaysia iaitu Darul Ukhwah.”
Oleh: Darul Ukhwah Yayasan Al-Ijabah
D
arul Ukhwah Yayasan AlIjabah merupakan sebuah rumah kebajikan yang memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada pesakit – pesakit HIV Muslim. Ianya telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dengan kerjasama dan sokongan penuh dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Rumah ini mendapat bantuan penuh dana operasi daripada MAIS dan LZS di samping satu lagi rumah berkonsep sama iaitu Istana Budi di Kuang. Pembiayaan MAIS dan LZS terhadap 2 buah rumah ini melebihi RM1.5 juta setahun secara tetap. Bermulanya sejarah penubuhan Rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukhwah Yayasan Al-Ijabah adalah semasa Ustaz Muhamad Abdullah (Amin) menerima jemputan ceramah di Gereja untuk pesakit HIV/AIDS Muslim di bawah jagaan mereka. Niat murni Ustaz Amin untuk membawa keluar mereka dari Gereja telah menjadi titik bermulanya
penubuhan rumah kebajikan pesakit AIDS Muslim yang pertama di Malaysia iaitu Darul Ukhwah. Melalui pertemuan pertama kali di Gereja, Ustaz Muhammad bertekad untuk berusaha mengeluarkan saudara Muslim kita dan menubuhkan sendiri Pusat Jagaan HIV Muslim. Beberapa siri mesyuarat bersama pihak MAIS telah dilaksanakan bersama Pengerusi MAIS serta para pegawai di Bahagian Riqab MAIS dalam usaha untuk mengeluarkan saudara Muslim kita dari Gereja tersebut, seterusnya menempatkan mereka di Pusat Jagaan HIV Muslim yang bakal ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Al-Ijabah, MAIS serta Lembaga Zakat Selangor. Akhirnya dengan kesepakatan & kerjasama semua pihak yang terlibat, maka Pusat Jagaan HIV Muslim Darul Ukhwah Yayasan Al-Ijabah berjaya ditubuhkan dan kesemua saudara Muslim telah dapat dipindahkan dari Gereja ke Darul Ukhwah. Sehingga kini, Darul Ukhwah (DU) telah pun menguruskan sekurangkurangnya 380 orang pesakit HIV/ AIDS Muslim sejak tahun 2009 ianya ditubuhkan. Terdapat 7 tonggak
Program Mukhaiyyam Asnaf Al-Riqab 3 Hari Bersama MAIS
Program Sambutan Maulidurrasul Di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Di Surau Darul Islah, Dan Di Masjid Al-Falah
Pentadbiran yang menjadi asas kepada pengurusan kebajikan pesakit di Rumah Perlindungan Darul Ukhwah Yayasan Al-Ijabah iaitu: 1.Penjagaan Ubat Penjagaan ubat menjadi perkara penting yang amat dititikberatkan oleh kakitangan di DU. Pematuhan dalam pemberian ubat secara berjadual memberi kesan positif terhadap kesihatan pesakit di samping dapat menaikkan semula semangat pesakit. Pihak DU bekerjasama dengan Hospital Sg. Buloh, Pahang dan Terengganu dan sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan pihak hospital dalam memastikan pesakit di DU mendapat perhatian penuh. 2. Penjagaan Kesihatan Dalam pengisian jadual harian, pihak DU menjadikan aktiviti riadah sebagai aktiviti utama untuk menjadikan mereka lebih cergas. DU juga membuat kerjasama dengan pusat perubatan elektronik bagi memberi servis perubatan terbaik kepada pesakit, di samping perubatan alternatif. 3. Penjagaan Rohani Para penghuni di DU diwajibkan untuk solat berjemaah dan tazkirah serta diberi jadual penggiliran menjadi imam dan muadzin supaya semua penghuni mendapat peluang yang sama rata. Kelas agama, kelas Al-Quran dan pengetahuan asas fardhu ain disediakan kepada penghuni dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang
sejati. 4.Pembentukan Jati Diri Penghuni didorong untuk berasa yakin dan tidak malu untuk berhadapan dengan masyarakat dengan mengikuti program – program luar dan bergaul mesra dengan hadirin di majlis anjuran pihak masjid dan badan korporat. 5. Program Kemasyarakatan Jika terdapat program kemasyarakatan, pihak DU amat mengalu-alukan penglibatan penghuni untuk memberi khidmat sukarela. Penghuni DU juga diberi peluang untuk mendengar program “Tanyalah Ustaz” dan “Usrah” dan menghadiri pengambaran TV Hijrah. 6.Program Penerimaan Keluarga Ahli keluarga disarankan untuk menziarahi penghuni supaya mereka merasa diterima dan menjadikan mereka berfikiran positif dalam menghadapi hidup sebagai pesakit HIV/ AIDS. Program menziarahi keluarga penghuni juga diadakan bagi mengeratkan silaturrahim. 7. Program Kaunseling Terdapat dua program kauseling yang di berikan kepada penghuni DU iaitu oleh Puan Azila dari Hospital Sg. Buloh untuk penghuni perempuan manakala Progaram kauseling bersama Ustaz Hanafi SIDIM untuk penghuni lelaki. Dengan tertubuhnya Pusat Jagaan Pesakit HIV & AIDS Muslim Darul Ukhwah Yayasan Al-Ijabah, kebajikan pesakit HIV&AIDS kini lebih terbela.
Edisi
GENERASI•Q Edisi • April 2015 • 5
Melahirkan Pemuda Subuh 2.0 Alangkah indahnya solat subuh jika dapat dilaksanakan secara berjemaah. Solat yang paling awal pagi tapi ramai yang kesiangan, solat yang paling sedikit rakaatnya dan istimewa azannya tetapi solat inilah yang paling berat dan paling sedikit berjaya dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau di surau. Memiliki keutamaan yang luar biasa bagi siapa sahaja yang melaksanakannya secara rutin setiap hari, menyimpan berbagai rahsia-rahsia yang dahsyat, baik dari segi rohani, jasmani, akal dan emosi yang dapat memacu kejayaan hidup.
Oleh: halim@kuis.edu.my
B
erbahagialah masjid yang mampu membariskan ramai pemuda subuh yang hebat dan berdukacitalah masjid yang tidak mampu membariskan pemuda di dalam solat subuh yang lesu. Fonamena ini sudah menjadi satu yang lazim dan biasa berlaku di masjid Negara kita. Jesteru, Pemuda Subuh yang berusaha dan berjuang menegakkan solat subuh secara berjemaah di surau atau di masjid wajar disokong. Meskipun hasilnya belum lagi membanggakan namun yang paling utama ialah wujudnya sekelompok pemuda yang mengambil inisiatif untuk menegakkan sunnah dan syiar Islam dengan memperkasa solat subuh dikalangan pemuda. Pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah adalah di kalangan pemuda yang hebat dan istimewa. Inilah di antara indikator kepada generasi yang sentiasa meneladani generasi pejuangan Mohamad al Fateh dan generasi Solahuddin al Ayyubi. Pemuda Subuh? Kenapa subuh jadi pilihan? Bukan Pemuda Zohor ? Kerana ramai pemuda yang tewas dengan subuh akibat pertempuran antara iman dengan nafsu, umpama badan dan tilam memiliki magnet yang sangat kuat, kerapkali ‘accident’ pada waktu Subuh, cabaran untuk bangun dari graviti selimut ikat tepi dan digeruni ketika sesi wuduk dalam keadaan air yang sejuk. Waktu subuh itu sebenarnya ada rahsia kekuatan yang tidak akan dimiliki pada mana-mana tempat atau waktu solat yang lain. Bukan senang hendak menunaikan solat subuh, apatah lagi di masjid. Ia dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan di situlah terletaknya keistimewaan yang tersirat. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan: ‘Nikmatilah malam yang panjang ini.’ Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) Dalam usaha hendak melahirkan lebih ramai pemuda subuh maka antara yang boleh dilakukan ialah : 1.Menghayati Islam Sebagai Cara Hidup. Dengan meletakkan konsep ilmu sebagai asas kepada penghayatan Islam di mana penguasaan ilmu fardhu ain dapat membimbing diri dalam melaksanakan ibadah. Keutamaan
solat sebagai tiang agama. Konsep iman dan ehsan yang jitu mampu melatih dan mendisiplin diri untuk sentiasa melaksanakan solat dengan ketaatan kepada Allah tetapi penuh kerelaan. 2. Motivasi Diri Menunaikan Solat Subuh. Waktu pagi adalah waktu yang penuh berkah dan penuh kebaikan. Waktu pagi telah dido’akan khusus oleh Rasulullah SAW “Ya Alla berkati umatku pada waktu pagi.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi) dan setiap langkahnya pergi ke masjid maka akan dihitung pahalanya. Melangkah dengan kaki kanan maka akan menghapus dosanya dan melangkah dengan kaki kiri akan meningkatkan derajatnya. Menyediakan tips untuk bangun seperti tidur lebih awal dan bangun lebih awal, sebelum tidur, berwuduk dan sematkan niat yang kuat dalam
Solat membentuk jatidiri seorang muslim
hati serta berdoa kepada Allah agar memberi kekuatan untuk solat subuh berjamaah di masjid keesokan harinya bersama keluarga atau rakan. 3. Memperanankan Pemuda Sebagai Penggerak Masjid Dan Surau. Merujuk kepada sirah Rasulullah SAW dalam peristiwa perlantikan Usamah bin Zaid, maka sewajarnya memberikan peluang dan ruang seluasnya kepada pemuda untuk merancang dan melaksanakan program pemuda yang membumi dan menjiwai hasrat yang diinginkan oleh orang muda. Yakini dan positif terhadap potensi pemuda. Berilah mandat kepada Pemuda Subuh merangka program subuh agar ianya sehebat dengan program lain yang diminati . Kesimpulanya dalam melahirkan Pemuda Subuh merupakan cabaran bersama untuk diperjuangkan bagi memastikan lahirnya satu generasi yang hebat dan kuat sepertimana di zaman Rasulullah saw dan kekuatan pemuda dapat dibuktikan dengan kehebatan menunaikan solat subuh secara berjemaah. Kepada ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tunjukkan teladan yang dapat dicontohi oleh para pemuda.Umat Islam takkan hebat selagi solat subuh di masjid tidak sehebat solat Jumaat. Mari kita rancang satu demonstrasi mega yang dapat membakar semangat pemuda yang dinamakan Demonstrasi Subuh 2.0 yang mampu melahirkan lebih ramai Pemuda Subuh. Edisi
BICARA MUFTI 6 • Edisi • April 2015
Menyambung Kasih Ilahi, HIV/ Aids Ditangani Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “MENYAMBUNG KASIH ILAHI, HIV/AIDS DITANGANI”
Sumber: Laman sesawang JAKIM
umat Islam. Dengan cara ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Orang yang hidupnya sentiasa menjaga persaudaraan akan diberi beberapa keutamaan dan dilindungi di bawah naungan oleh Allah SWT di akhirat. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah SWT pada hari akhirat berfirman: di manakah orang yang kasih- mengasihi kerana keagonganku ? pada hari ini aku akan menaungi mereka dalam naunganku, pada hari yang tiada naungan selain naunganku.” (Riwayat Muslim) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan tarikh 01
A
IDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit yang disebabkan oleh virus HIV melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan dan pemindahan darah. Mereka yang dijangkiti HIV positif ini dikatakan pesakit AIDS. Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini pengidap HIV/AIDS adalah seramai 87,710 orang dan apa yang menyedihkan 7 daripada setiap 10 kes adalah warga Melayu beragama Islam. Penghidap HIV/AIDS sama halnya dengan pesakit-pesakit yang lain seperti pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain penyakit kronik yang mengharapkan bantuan dan simpati orang ramai. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian mimbar masih terdapat di kalangan masyarakat kita yang menganggap penghidap HIV/ AIDS seseorang yang sangat hina dan menjijikan sehingga kehidupan mereka dipinggirkan. Terdapat laporan penghidap HIV/AIDS yang beragama Islam ini dipinggirkan dari keluarga mereka dan mencari perlindungan di pusatpusat jagaan bukan Islam serta meninggal dunia di situ. Persoalan besar timbul di sini ialah apakah pandangan jijik ini selari dengan ajaran Islam?. Mimbar ingin mengingatkan kepada Jemaah dan umat Islam sekalian bahawa bersangka buruk dan memandang hina kepada orang yang dalam keadaan sakit sangat dibenci di dalam Islam. Prasangka buruk terhadap pembawa HIV/AIDS menyebabkan mereka menyisihkan diri daripada masyarakat dan mencari perlindungan di tempat yang lain. Seharusnya mereka ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan apatah lagi disisihkan dari masyarakat. kita sepatutnya perlu mem-
beri mereka sokongan, bahkan sewajarnya perlu diberi perlindungan dan pertolongan. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya:“Sesiapa yang memberi pertolongan kepada orang yang sedang menderita, Allah akan mengampunkan 73 kesalahannya. Salah satu daripadanya akan diberi kemudahan urusan dalam hidupnya di dunia, manakala 72 lagi akan diberi pada hari akhirat nanti.” (Riwayat al-Bukhari) Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia. Dalam usaha menunjukkan Islam adalah agama rahmat, maka Islam menyuruh umatnya agar sentiasa menghormati sesama insan dan menolong mereka yang mengalami musibah. Prinsip ‘menolong dalam hal kebajikan’ sangat dituntut oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 71: Maksudnya:” Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya..” Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa membajai hati kita dengan sifatsifat tolong menolong dan berkasih sayang sesama manusia khususnya terhadap
Disember setiap tahun sebagai Hari AIDS Sedunia semenjak tahun 1988. Hari AIDS Sedunia merupakan satu kempen untuk meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit AIDS atau bahaya HIV. Melalui kempen ini diharap pesakit-pesakit HIV dan orang awam dapat mengetahui tentang bahaya penyakit AIDS serta penyakit-penyakit yang timbul akibat HIV. Justeru, bagi mereka yang telah disahkan positif HIV, mimbar menegaskan agar pastikan sentiasa menjaga kesihatan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala yang telah disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan serta mematuhi peraturan-peraturan rawatan yang ditetapkan. dalam masa yang sama jangan lupa memohan keampunan dengan Allah SWT melalui taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan segala dosa-dosa yang lampau akan diampuni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap hamba-hamba-Nya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” Sejajar dengan semangat ajaran Islam dan menjaga nama baik umat Islam, maka mimbar menyeru muslimin seka-
lian khususnya kepada ibubapa, kaum kerabat, jiran tetangga agar bersikap prihatin membantu mereka yang menerima musibah HIV/AIDS ini. Mudah-mudahan dengan cara kita mengambil berat tentang diri mereka ini dapat menyambung kasih dan memberi sinar cahaya untuk mereka meneruskan kehidupan di bumi Allah serta mengelakkan golongan ini terjerumus ke lembah kebinasaan yang berterusan atau terjebak kepada akidah yang lain. Sebagai kesimpulan beberapa pengajaran yang dapat dipetik daripada khutbah hari ini ialah:Pertama:Islam menegah sikap memandang hina, prasangka dan menindas kepada mangsa HIV/AIDS demi masa depan mereka, Kedua:Agama Islam juga menuntut kita mengasihi insan lemah dan menghulurkan bantuan setiap masa, Ketiga:Islammenuntut tanggungjawab bersama dalam menegakkan kebenaran dan meruntuh kemungkaran, Keempat: Anak-anak hendaklah dididik dengan didikan agama yang sempurna, tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa mereka. Disamping mengawasi dan memastikan mereka tidak mengabaikan kewajipan ibadah kepada Allah SWT, Kelima:. Kerjasama semua pihak amat penting dalam membendung wabak dan mencegah HIV dan AIDS. Termasuklah masyarakat perlu memberi sokongan dan menerima mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan serta telah insaf bertaubat dan keenam: Para pendidik, ketua-ketua dan para pemimpin masyarakat hendaklah sama-sama memberi dorongan dan mendidik generasi belia khususnya, agar benar-benar menghayati roh Islam dalam kehidupan dan sentiasa memberi contoh tauladan yang terbaik. Mengakhiri khutbah Pada minggu ini mimbar menyeru, marilah kita bersama-sama menyemai perasaan kasih sayang dan memberi layanan secara adil kepada individu yang dijangkiti HIV/ AIDS supaya mereka dapat menjalani kehidupan sepertimana insan-insan yang lain, di samping berusaha bersama-sama mencegah anggota masyarakat daripada ancaman HIV/AIDS. Marilah samasama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 96: Maksudnya:”Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Edisi
INFO HALAL Edisi • April 2015 • 7
Isu Halal: Media Sosial Pencetus Huru Hara? Sumber: Perancangan dan Penyelidikan JAIS
S
ecara umumnya ramai mengakui kekuatan media sosial dalam mempengaruhi penerimaan dan persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara. Kekuatan media sosial ini secara tidak langsung telah dilihat sebagai satu kesempatan yang boleh diekploitasi dan dimanipulasi oleh pihak – pihak tertentu yang berkepentingan dengan begitu halus sekali. Kedua – dua media arus perdana dan media sosial setakat ini telah berjaya membentuk sentimen halal yang tebal dikalangan pengguna Islam. Malangnya tahap penguasaan ilmu dan kefahaman majoriti pengguna Islam pada hari ini dalam hal ehwal berkaitan pensijilan halal sebagai contoh masih tidak menyeluruh dan berbeza mengikut situasi. Kekuatan pengaruh media dan kelemahan penguasaan ilmu dikalangan pengguna Islam pada ketika ini sebagai satu situasi yang sangat strategik dimata pihak – pihak tertentu sebagai opportunist. Media sosial dengan semaksimanya secara berterusan dimanipulasi dengan pelbagai cerita dan isu berkaitan status halal haramnya sesuatu produk atau syarikat sehingga menimbulkan kegelisahan majoriti pengguna dalam kelompok di atas Apa yang pasti hasil siasatan mendalam mendapati lebih 90% daripada maklumat berkaitan status halal – haram produk atau syarikat yang disebarkan melalui media sosial pada ketika ini adalah maklumat – maklumat yang palsu atau kes sebenar yang telah selesai tetapi masih diulang – ulang. Hanya beberapa peratusan kecil adalah mewakili maklumat dari kes sebenar. Berikut adalah dua contoh maklumat palsu yang disensasikan sehinga menjadi satu isu halal yang terus menerus disebarkan menerusi media sosial secara berulang – ulang. Isu Pertama: Walaupun penjelasan berulang kali telah diberikan oleh pihak berkuasa atau pakar – pakar makanan bahawa kod E yang dikuatkuasakan di negara – negara eropah dan diterima di Malaysia hanyalah sekadar kod pengenalan nama bahan tambahan makanan tanpa mengkhusus status halal dan sumbernya sama ada dari haiwan atau tumbuhan, dakwaan bahawa sejumlah kod E dalam makanan adalah bersumberkan babi sentiasa konsisten yang cuba dikaitan dengan pelbagai produk, antaranya adalah: (Rujuk Rajah 1)
Sehingga Januari 2012, sebanyak 62% dari 29 juta penduduk Malaysia adalah pengguna Internet. Daripada peratusan tersebut, sebanyak 87.9% pengguna internet di Malaysia adalah pemilik Facebook. Manakala 67% pengguna Malaysia pula adalah penonton youtube. Statistik terbaru pula menunjukkan bahawa sebanyak 7.9 akaun baru facebook berjaya setiap saat.
Sekadar gambar hiasan
BIL
PRODUK
Isu kedua: Penyebaran maklumat palsu bahawa beberapa produk/syarikat adalah haram/ disahkan haram atau diambil tindakan oleh JAKIM, antaranya adalah: (Rujuk Rajah 2) Lumrah masyarakat di Malaysia cenderung melihat maklumat dari sumber alternatif sebagai lebih neutral berbanding maklumat dari pihak berkuasa yang sering dianggap bias sehingga pengguna secara tidak sedar berjaya ditanamkan kepercayaan bahawa maklumat dari sumber alternatif adalah tepat dan berintegriti. Paling terkesan adalah keyakinan semua pengguna terhadap produk – produk berlogo halal yang sangat terjejas walaupun hakikatnya telah diperakui status halalnya oleh JAKIM / JAIN melalui proses pensijilan yang sangat teliti, berhati – hati dan berperingkat – peringkat. Realitinya golongan opportunist secara halus telah berjaya mencapai matlamatnya yang tidak disedari ramai, iaitu duit, nama dan kuasa dengan mengawal serta memanipulasi media sosial. Kemunculan media alternatif ketika tercetusnya revolusi teknologi maklumat pada tahun 1990-an secara umumnya tidak begitu dirasakan kesannya sehinggalah kemunculan teknologi telefon pintar bersama komputer tablet yang di sokong oleh keluasan dan kepantasan capaian internet beberapa tahun terakhir ini. Pembangunan dan penempatan posisi media alternatif sebagai platform rangkaian sosial mewujudkan suatu fenomena luar biasa apabila pelbagai maklumat boleh dimasukkan dengan begitu mudah dan dapat disebarkan dengan sekelip mata pada bila – bila masa menerusi media ini. Edisi
RAJAH 1
KOD E
STATUS HALAL
1
“Kopiko” L.A. Coffee Low Acid Coffeemix
E 472e
Logo Halal Indonesia
3.
“Oriental” Prawn Cracker ROTA
E 110
Logo Halal Malaysia
2. 4
BIL
“Yeo’s” Teh Bunga Chrysanthemum “Wall’s” Magnum Ice-cream
PRODUK/SYARIKAT
E 102, E 110 E 471, E 472
RAJAH 2
Logo Halal Malaysia
Logo Halal Indonesia
ISU DIBANGKITKAN
1
Munchy Food Industry Sdn. Bhd.
Arak dalam biskut Munchy’s
3.
Cadbury Confectionery (M) Sdn. Bhd.
Pencemaran babi dalam coklat susu
2. 4
Syarikat Yeo Hiap Seng (M) Bhd. (Yeo’s) Restoran McDonalds
Pengetinan babi
Babi dalam mayonis (LM-10)
SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • April 2015
Penyucian Harta Haram Dalam Kehidupan Bahagian 2 Oleh: indera@mais.gov.my Penggunaan dan Pengagihan Harta atau Wang Tidak Patuh Syariah Keharusan penggunaan harta yang haram digunakan untuk tujuan maslahah umum juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa sewaktu Rasulullah SAW menyuruh menyedekahkan kambing yang diberikan kepadanya. Kambing tersebut diambil dari sumber yang haram (diambil tanpa diketahui siapa pemiliknya), lalu Rasulullah SAW menyuruh kambing tersebut disembelih dan diberikan kepada tawanan perang. Sesuatu harta yang diperolehi dari sumber yang haram juga tidak wajar dimusnahkan terutamanya sekiranya harta-harta tersebut mempunyai manfaat. Walau bagaimanapun, dalam apa jua keadaan orang yang bersedekah dengan harta yang haram atau syubhah ke jalan kebajikan tetap tidak mendapat pahala sedekah, sebaliknya akan mendapat pahala dari sudut lain iaitu beroleh pahala disebabkan usahanya untuk melupuskan harta yang haram dan tidak menggunakan harta tersebut untuk dirinya dan ini adalah pahala disisi Allah SWT Manakala sumbangannya adalah mekanisme kebajikan yang menyampaikan harta yang mengambil faedah dari sedekah itu dan inilah pahala atas usahanya dengan izin Allah SWT Fatwa Harta atau Wang Tidak Patuh Syariah Di negara kita Malaysia, ketetapan berkenaan penyaluran wang-wang haram telah diputuskan sejak dahulu lagi iaitu melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 pada 21hb. Jun 1971 yang telah memutuskan: i. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini; dan ii. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang Muslim dalam manamana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum. Manakala melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu: “Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: i. Diserahkan kepada baitulmal untuk maslahah maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seum-
pamanya; ii. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau iii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada baitulmal”. Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Baitulmal telah disenaraikan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dalam ketetapannya berkenaan Senarai Sekuriti Patuh Syariah pada 20hb. November 2008 yang mana antara lain menyebut: i. “Sekuriti patuh syariah” yang kemudiannya bertukar status kepada “tidak patuh syariah” “… Walau bagaimanapun, sebarang lebihan keuntungan modal yang diperoleh daripada penjualan selepas hari pengumuman pada harga pasaran yang lebih tinggi daripada harga penutup pada hari pengumuman, hendaklah disalurkan kepada badan kebajikan atau baitulmal”. ii. Sekuriti patuh syariah “… Sebarang keuntungan dalam bentuk keuntungan modal atau dividen yang diperoleh ketika atau selepas pelupusan sekuriti berkenaan hendaklah disalurkan kepada badan kebajikan atau baitulmal. Pelabur hanya berhak untuk memperoleh kembali kos pembelian asal sahaja”. Pengklasifikasian sesuatu pelaburan yang mematuhi syariah (shariah-compliant securities) boleh dilihat dengan jelas melalui Senarai Sekuriti Patuh Syariah yang dikeluarkan Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertarikh 28hb. November 2014 (Layari: http://www.sc.com.my/wp-content/ uploads/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_141128.pdf ). Lebih dari itu, dinyatakan juga dalam senarai tersebut bagaimana aras sesuatu sekuriti itu diukur dari segi kehalalan dan kepatuhan prinsip syariahnya. Bukan itu sahaja, senarai tersebut juga dinyatakan syarikat-syarikat yang terkeluar atau tidak mematuhi syariah dengan jelas. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga telah mengeluarkan List of launched funds in relation to unit trust funds yang dikemaskini pada 31hb. Disember 2014 yang mana jelas menyatakan dana-dana amanah yang mematuhi syariah dan tidak mematuhi syariah. (Layari: http://www.sc.com.my/wp-content/ uploads/eng/html/resources/stats/UTF.pdf ) Titah DYMM Sultan Selangor Di negeri Selangor, DYMM Sultan Selangor telah bertitah semasa Perasmian Dewan Undangan Negeri Selangor pada 10 Mac 2009 iaitu: “Beta juga dengan sukacitanya mengambil kesempatan ini menyeru kerajaan negeri menyokong usaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memastikan penyaluran wang syubhah daripada mana-mana orang dan syarikatsyarikat yang beroperasi di Selangor ke akaun
Baitulmal, MAIS. Wang syubhah ialah wang yang dihasilkan daripada aktiviti yang tidak diketahui status halal atau haram dan bercampur dengan perkara yang dilarang oleh syariah. Pengumpulan wang syubhah oleh MAIS ini akan digunakan untuk kepentingan umum masyarakat seperti pembinaan kemudahan awam yang manfaatnya kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Keputusan untuk menyalurkan wang syubhah ini ke akaun Baitulmal telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Kebangsaan Pada 19 Februari 2009 dan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti juga telah menyenaraikan Baitulmal sebagai badan penerima wang syubhah di dalam “Senarai Sekuriti Patuh Syariah Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti” bertarikh 28 November 2008.” Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Sejajar dengan itu, satu ketetapan berkenaan penyaluran wang tidak patuh syariah atau wang haram ini juga telah dibuat melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 1/2009 pada 18hb. Mac 2009 yang menyatakan: i. Wang tidak patuh syariah yang diperolehi boleh dijadikan sumber baitulmal dan harus dimasukkan ke dalam akaun baitulmal. ii. Penggunaan wang tidak patuh syariah harus untuk kegunaan menjalankan operasi perjalanan kerja di MAIS seperti pembinaan, penyelenggaraan bangunan, emolumen, pendidikan, pertanian, penyelidikan, perubatan, kemudahan asas seperti pembinaan dewan, tandas, jambatan dan lain-lain untuk kegunaan umum. Bagaimanakah peranan Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor ke atas Harta atau Wang Tidak Patuh Syariah? Ramai yang tidak mengetahui mengenai Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Apa yang diketahui umum ialah MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah. Manakala skop pengurusan dan perkhidmatan Baitulmal kurang diserlahkan kepada masyarakat umum. Di bawah Seksyen 81(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, “Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, samada alih atau tidak alih menurut hukum syarak”. Ia terdiri daripada harta yang meliputi zakat, wakaf, pusaka, wasiat, wang tidak patuh syariah dan sebagainya. Sehingga kini adalah dirumuskan bahawa terdapat 36 jenis harta Baitulmal yang sedang dilaksanakan oleh Baitulmal, MAIS secara berperingkat. Ini bermakna semua harta orang Islam dalam negeri Selangor adalah menjadi tanggungjawab kepada Majlis Agama Islam Selangor melalui Baitulmal untuk mengurus dan mentadbirnya jika telah ditentukan dan diputuskan oleh undang-undang yang berkaitan. Sebagai sebuah entiti tunggal yang mentadbir harta umat Islam, Baitulmal berperanan penting dalam mendakwah masyarakat terutamanya mengurus harta secara bijaksana berdasarkan hukum syarak. Hal ini selaras sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid
(Negeri Selangor) 2003 iaitu, “maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak”. Kebanyakan masyarakat mengetahui kewajipan membayar zakat sebagai wadah penyucian harta umat Islam. Kewajipan ini bagaimanapun terhad kepada syarat-syarat kelayakan harta yang dizakatkan dan asnaf-asnaf yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat juga kurang arif akan perihal harta-harta yang diperolehi dengan jalan yang tidak betul. Unsur-unsur tidak halal ke atas harta dan juga keraguan yang timbul sering kali dipandang enteng oleh sebilangan masyarakat mutakhir ini. Dengan kepesatan ekonomi kini, seringkali menjauhkan masyarakat daripada menitik beratkan aspek hasil atau rezeki yang dikurniakan Allah ke atas hambanya. Oleh yang demikian, Baitulmal MAIS ingin mengambil peluang ini mengajak umat Islam untuk sama-sama membersihkan harta yang diperolehi agar kehidupan yang dilalui penuh keberkatan dan sentiasa berlandaskan hukum syarak. Sebagai sebuah organisasi ulung yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam berkenaan peri pentingnya mengurus harta secara bijaksana sebagaimana yang dituntut oleh hukum syarak. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”. (Surah Al-Nisa’: Ayat 29) Penyerahan kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor merupakan pilihan cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta mampu menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003: “maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak.” Edisi
NGO Edisi • April 2015 • 9
Ubah Persepsi Negatif Terhadap Mahkamah Syariah Sehingga kini, masyarakat khususnya umat Islam mempunyai persepsi negatif terhadap Mahkamah Syariah yang mendakwa institusi itu sering kali mengambil masa yang lama serta tidak tegas dalam mengendali dan menyelesaikan sesuatu kes terutama isu tuntutan nafkah dan penceraian.
Sumber: JAKESS Disiarkan Oleh: BERNAMA
T
idak menolak perkara itu, Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata persepsi negatif telah lama dibiarkan ‘tergantung’. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat Islam untuk mengubah persepsi negatif berkenaan. PERSEPSI NEGATIF “Institusi kehakiman syariah adalah milik masyarakat khususnya yang beragama Islam dan beriman. Justeru, tanggungjawab mempertahankan institusi ini bukan hanya terletak pada hakim dan peguam sahaja namun menjadi tanggungjawab kita (umat Islam) semua,” katanya kepada Bernama. Mohd Na’im merujuk kenyataan Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed dalam laporan berita bertajuk ‘Mahkamah Syariah Perlu Tegas Kendali Kes Berkaitan Nafkah, yang menyebut Mahkamah Syariah perlu bertindak lebih tegas dan adil dalam mengendalikan keskes berkaitan tuntutan nafkah, khususnya melibatkan wanita yang telah bercerai dan mempunyai anak. Dalam laporan itu, Ahmad Martadha turut berkata antara kelemahan sistem Mahkamah Syariah pada hari ini ialah kes bekas suami enggan membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak pada waktu dan kadar yang ditetapkan. TERIKAT UNDANG-UNDANG Mengenai isu tuntutan nafkah, Mohd Na’im berkata di bawah Undang-undang Keluarga Islam Negeri , terdapat hak-hak lain yang sebenarnya boleh dituntut namun perkara yang paling hampir dengan masyarakat ialah isu tuntutan nafkah atau cerai. Beliau berkata antara undang-undang yang melibatkan isu berkaitan nafkah dan cerai ialah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen Undang-Undang Kekeluargaan Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 dan Enakmen Keterangan Syariah Negeri Selangor 2003. Katanya, Mahkamah Syariah hanyalah pelaksana kepada undang-undang kerana Hakim Mahkamah Syariah tidak terlibat secara langsung dalam proses penggubalan undang-undang. “Hakim-hakim apabila dilantik mereka akan berakujanji untuk melaksanakan undang-undang tersebut, itu aku janji kita
sebagai hakim. Begitu juga dengan Hakim Mahkamah Sivil apabila dilantik, mereka akan buat aku janji untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan semua undang-undang yang telah digubal,” katanya. Timbul persoalan tidak bolehkah hakim-hakim membantu memudahkan perkara tersebut? Menjawab persoalan itu Mohd Na’im berkata hakim-hakim terikat dengan undang-undang, khususnya berkaitan dengan peraturan, tatacara dan keterangan yang diperuntukkan dalam undangundang Keterangan Islam dan undangundang Tatacara Mal sedia ada seperti keperluan pliding mengikuti syarat-syarat, tempoh masa penyampaian dokumen-dokumen mahkamah, dan pemeriksaan saksi dan lain lain lagi. “Ini semua bukan mahkamah yang buat tetapi ada dalam undang-undang dan apabila sesuatu kes difailkan di mahkamah sebagai contoh penceraian atau nafkah maka mahkamah akan terikat untuk mematuhi undang-undang di atas. “Perlu diingat, urusan mahkamah bukan berbentuk pentadbiran tetap berbentuk kehakiman dan perundangan,” katanya. Mohd Na’im turut menambah selagi undang-undang tersebut digunapakai dan tidak dipinda, maka peraturan tersebutlah yang perlu dipatuhi oleh para hakim. LAMBAT DAN TIDAK TEGAS Mengapa mahkamah mengambil masa lama untuk menyelesaikan sesebuah kes sehingga dianggap sebagai tidak tegas dan lambat? Menjelaskan hal itu, Mohd Na’im berkata dalam situasi biasa seperti kes permohonan pembubaran perkahwinan atau nafkah, minimum pemain (pihak yang terlibat) akan ada tiga orang sahaja iaitu hakim, isteri dan suami, namun dalam situasi berlainan, si isteri atau suami akan diwakili peguam masing-masing sekaligus menyebabkan ‘jumlah pemain’ dalam kes tersebut bertambah. “Sebagai contoh, isteri memohon satu perintah di bawah Seksyen 53 (1)(h) Enakmen Undang-Undang Kekeluargaan Islam Selangor 2003 iaitu pembubaran perkahwinan disebabkan penderaan yang dilakukan suami atau dikenali sebagai permohonan fasakh nikah. Dalam situasi ini biasanya hanya akan ada isteri, suami dan hakim. “Namun ada situasi lain si isteri melantik peguam, suami (defenden) juga melantik peguam dan sekarang dah tambah lagi pemain. Apabila masuk perbicaraan, si isteri akan bawa beberapa orang saksi untuk buktikan suami menderanya dan si suami
YAA Dr Hj. Mohd. Na’im Hj. Mokhtar
pula akan bawa saksi untuk pertahankan dirinya,” katanya. Mohd Na’im berkata akibat daripada itu jumlah ‘pemain’ dalam kes tersebut telah bertambah. Seterusnya beliau menjelaskan lagi Enakmen Keterangan Syariah Negeri Selangor 2003 yang menyebut tentang peruntukan beban mengemukakan bukti keterangan yang diperlukan mahkamah seperti yang terkandung dalam Seksyen 87 iaitu beban bukti terletak kepada orang yang mendakwa. Katanya seperti isu kes isteri menuntut cerai atas alasan didera oleh suami, dalam konteks pembuktian si isteri perlu membuktikan kepada hakim bahawa beliau benar-benar didera, setelah hakim mendengar keterangan daripada semua pihak yang terlibat. “Sebagai seorang hakim, saya tak boleh membuat keputusan berdasarkan sebelah pihak sebaliknya perlu mendengar keterangan dari kedua-dua pihak. “Keterangan ini melalui proses yang disebut sebagai proses pemeriksaan saksi seperti yang termaktub dalam Enakmen Keterangan Syariah Negeri Selangor 2003. Enakmen inilah yang mengikat hakimhakim Mahkamah Syariah sama ada suka ataupun tidak,” katanya. PROSES MAHKAMAH Mohd Na’im menjelaskan terdapat tiga proses pemeriksaan yang perlu dilalui oleh pihak-pihak yang terlibat dlam perbicaraan di Mahkamah iaitu pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. “Contohnya seorang isteri akan memberi keterangan utama dengan bercerita tentang fakta-fakta yang berlaku dalam tempoh perkahwinan beliau dengan Defendan iaitu suaminya dan bila habis bercerita suami dan peguam suami akan menyoal balas isteri tadi dan bila habis soal
balas, peguam bagi pihak isteri akan soal semula. Keterangan ini tidak mungkin boleh selesai dalam masa sehari sebab nak bercerita apa yang berlaku dalam tempoh 30 tahun perkahwinan sebagai contohnya. “Mahkamah dengar tidak kurang 30 kes setiap hari termasuklah sebutan kes, maknanya ada 30 pasangan setiap hari. Dalam keadaan kes yang banyak ini Hakim tidak dapat menagguhkan pendengaran kes fasakh isteri tadi pada tarikh yang terdekat. Ini adalah kerana jadual Mahkamah telah penuh pada hari berikutnya, tegas Mohd Na’im lagi. Namun begitu, Mohd Na’im berkata proses mahkamah akan menjadi mudah sekiranya pihak yang dituntut mengambil pendekatan untuk bersetuju terhadap tuntutan yang dibuat. Sebaliknya kes-kes akan mengambil masa yang lama apabila pihak-pihak enggan bertolak ansur menyebabkan kes tadi terpaksa melalui proses pemeriksaan yang agak panjang seperti yang diperjelaskan sebelum ini maka ia menjadi punca utama kenapa sesuatu kes itu menjadi lambat untuk diselesaikan. TINDAKAN UNDANG-UNDANG Bagaimana jika defendan tidak hadir ke mahkamah dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Mohd Na’im berkata sekiranya defenden (contoh kes pukul isteri tadi) suami tidak hadir ke mahkamah, ia sememangnya mendatangkan masalah namun Mahkamah akan mengunakan dua alternatif untuk kes tersebut. “Pertama, mahkamah boleh menggunakan Seksyen 121 (1) (b) dan (c) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2003 untuk mahkamah meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran suami dengan isteri mendakwa dia dipukul suami. Namun, mahkamah perlu memastikan saman telah sempurna diserah dan sampai kepada suami, kemudian barulah mahkamah membenarkan perbicaraan dijalankan tanpa kehadiran suami dan membenarkan permohonan isteri setelah isteri melakukan sumpah istizhar. “Atau, Seksyen 51 Enekmen Tatacara Mal, Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan waran tangkap kepada suami yang ini bermakna kes-kes itu tertangguh sebab ketidakhadiran suami,” katanya. Beliau menegaskan dalam konteks ini tidak timbul isu Mahkamah Syariah menagguhkan pendengaran kes isteri tadi sehinggalah suami hadir ke Mahkamah. Beliau berkata ada juga kes, yang suami yang hadir ke mahkamah untuk perbicaraan yang pertama dan pada perbicaraan kedua suami tidak hadir namun hanya datang bagi sijil sakit di mahkamah atau menelefon mahkamah maklumkan tentang ketidakhadiran. “Begitu juga jika dia diwakili peguam dan peguamnya tidak dapat hadir dan ada saksi yang tidak hadir akibat demam maka akan ada penangguhan. Mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan kerana kes tersebut sudah melibatkan ramai pemain dan sekali mereka dah terlibat, mereka perlu hadir pada perbicaraan seterusnya,” katanya. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • April 2015
MAIS Kunjungi Amanah Raya Berhad (ARB) Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
K
UALA LUMPUR - MAIS mengunjungi Amanah Raya Berhad pada 7 April lalu bertujuan menimba pengalaman dan bertukar-tukar pendapat berhubung operasi keseluruhan masing-masing termasuk perbincangan dalam beberapa perkara yang boleh menjalinkan hubungan kerjasama antara MAIS dan ARB. Delegasi MAIS diketuai oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS serta turut melibatkan semua Pengarah, Pengurus dan Pegawai di Bahagian Harta Baitulmal MAIS disambut baik oleh Dato’ Abd Rahman bin Md Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan ARB. Di akhir lawatan, kedua-dua agensi telah bertukar-tukar cenderamata kenangan sebagai tanda hubungan yang sedia terjalin demi pembangunan ummah. Edisi
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
Dato’ Abd Rahman bin Md Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan ARB menerima plak sumbangan MAIS yang disampaikan oleh Dato’ Bakhtiar Bin Hussin
Ahli rombongan kunjungan hormat bergambar kenangan di perkarangan pejabat ARB
Kunjungan Hormat GIBS ke MAIS
Dato’ Haji Yasir bin Haji Ikhsan, Setiausaha Kehormat, GIBS menyerahkan cenderahati kepada Setiausaha MAIS.
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
S
HAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima rombongan Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS) pada 1 April yang lalu. Lawatan ahli rombongan yang diketuai oleh Dato’ Haji Yasir bin Haji Ikhsan , Setiausaha Kehormat, GIBS bertujuan mengenali MAIS secara lebih dekat sama ada dari segi fungsi dan perjala-
Perpustakaan Wakaf MAIS Sumbang Buku Kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
nannya terutama dalam pengurusan hartanah dan Projek MAIS di samping mengenali pegawai-pegawai MAIS bagi memudahkan urusan di masa
akan datang. Rombongan ini disambut dengan mesra oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan KetuaKetua Bahagian yang hadir. Selain diberi taklimat berkaitan perjalanan MAIS, ahli rombongan juga turut diberi peluang mengemukakan pelbagai soalan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu atau persoalan yang dibangkitkan. Lawatan selama setengah hari ini diharap dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan MAIS dan GIBS demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. Edisi
Ahli rombngan GIBS semasa di bilik mesyuarat.
S
UBANG USJ 28 Februari – Perpustakaan Wakaf MAIS telah memberi sumbangan buku kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dalam program Khidmat Masyarakat anjuran UiTM Sarawak. Sumbangan buku ini merupakan buku-buku yang telah diwakafkan oleh orang ramai bertujuan bagi manambah bahan bacaan yang terdapat di Perpustakaan RACTAR yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Abd Salam, Pengurus Perpustakaan Wakaf MAIS. Antara buku yang disumbangkan meliputi buku akademik, majalah, biografi, buku cerita kanak-kanak, dan buku sejarah untuk kegunaan bacaan oleh penghuni RACTAR yang terdiri dari-
pada anak-anak yatim. Sementara itu, pada majlis yang sama turut diadakan program khidmat masyarakat antara Kakitangan Perpustakaan Wakaf MAIS dan pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak bersama penghuni RACTAR. Program yang berlangsung selama sehari ini melibatkan 27 orang pelajar termasuk dua orang pensyarah dengan melibatkan pelbagai aktiviti seperti acara sukaneka dan menyusun buku-buku sumbangan mengikut subjek di Perpustakaan RACTAR. Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi pegawai-pegawai Perpustakaan Wakaf MAIS disamping perkongsian ilmu pengetahuan yang baru bersama pensyarah dan pelajar-pelajar UiTM Sarawak dalam program berkenaan. Edisi
Encik Mohd Hafiz bin Abd Salam, Pengurus Perpustakaan Wakaf MAIS. menyampaikan sumbangan buku kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah(RACTAR)
Penghuni Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah(RACTAR) semasa di Perpustakaan Wakaf.
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • April 2015 • 11
ISOT 2015 Bentuk Kerjasama Baitul Ehsan, Juara Keseluruhan Karnival Antara KUIS Dan UIN AR-RANIRY Sukan Pusat 2015 (KASUP) I Sumber: Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat
Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang
Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS
S
ABAK BERNAM 2 April – Karnival Sukan Pusat 2015 (KASUP) disambut meriah dengan penglibatan 4 buah rumah perlindungan AlRiqab (RPA) iaitu Darul Islah (PERKID), Darul Islah Lil Banat, Baitul Islah, Raudhatus Sakinah dan Rumah Perlindungan Kompleks Dar Assaa’dah anjuran Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Karnival sukan ini telah memasuki penganjuran kali ke-4 di PPW Baitul Ehsan iaitu bermula pada tahun 2009 dengan penganjurannya secara bergilir bersama Rumah Perlindungan Dar Assaa’dah. Pada tahun ini, sebanyak 7 acara dipertandingkan antaranya ialah pertandingan karom, bola tampar, ping pong, bola jaring, batu seremban, congkak dan acara sukan khas dengan penglibatan seramai 174 orang peserta. Bersesuaian dengan tema “Riadhah Pengerat Ukhwah” penganjuran KASUP kali ini memperlihatkan usaha kakitangan pusat –pusat perlindungan untuk memantapkan sahsiah diri dan semangat bekerjasama bagi melahirkan penghuni-penghuni yang berdaya saing serta berfikiran positif dalam mengamal-
kan gaya hidup yang sihat di samping dapat mengeratkan ukhwah dikalangan penghuni rumah perlindungan dan juga kakitangan. Juara Keseluruhan dimenangi oleh Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS) diikuti naib juara oleh Baitul Islah dan tempat ketiga oleh Kompleks Dar Assaadah (MAIWP). Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar Bin Hussin, Setiausaha MAIS dan pada masa yang sama turut melancarkan Projek Smart Agro PPW Baitul Ehsan yang berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam. Projek ini diilhamkan untuk memberi ruang kepada penghuni bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian dan penternakan sekali gus dapat menjana pendapatan sampingan dengan menjual hasil daripada projek tersebut. Di antara projek yang terdapat dalam Smart Agro ialah tanaman bayam merah, kangkung, cili padi, sawi, bayam hijau, roselle serta ternakan ikan keli. Projek ini akan dipertingkatkan dari semasa kesemasa supaya kemahiran dan keupayaan penghuni dapat dipelbagaikan dan diaplikasi apabila mereka tamat tempoh kelak. Edisi
N T E R N AT I O N A L SEMINAR ON TARBIYAH (ISoT 2015) anjuran Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry dengan kerjasama Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM) pada 5 hingga 8 Mac 2015 telah berlangsung dengan jayanya. Rektor UIN Ar-Raniry Prof. Dr. H. Farid Wajdi Ibrahim MA telah merasmikan seminar ini dan sesi ucaptama seminar ini telah di sampaikan oleh Rektor KUIS, Ybhg Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri dan Dekan Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Dr. H. Mujiburrahman MA. Seminar ini telah berjaya mengumpulkan pembentang
Sesi bergambar kenangan
kertas kerja dari Malaysia dan Indonesia yang terdiri daripada 21 orang pensyarah daripada KUIS, enam orang daripada UKM, enam daripada UPSI, lima daripada Universiti Malaya, dua orang Universiti Sains Islam Malaysia, dua orang daripada Institut Pendidikan Guru dan wakil daripada Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia, Maktab Rendah Sains MARA, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Open Universiti Malaysia dan dua belas orang pembentang dari Negara Indonesia. Semasa seminar ini berlangsung, Majlis menandatangani MoU di antara KUIS - UIN Ar-Raniry telah diadakan. Dengan termeterainya MoU ini telah melebarkan rangkaian jaringan akademik KUIS di peringkat antarabangsa. Tahniah KUIS.
Edisi
45 Orang Usahawan Asnaf Terima Lori Sumber: LZS
S
HAH ALAM, 18 Mac 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan zakat berupa lori bergerak beserta modal pusingan dan barangan kepada 45 orang usahawan mobil terdiri daripada asnaf fakir dan miskin dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM2,475,000.00. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersempena dengan Majlis Anugerah dan Penghargaan LZS 2014 di Wisma PKPS di sini. Salah seorang asnaf yang ditemui, Mohd Naim Hamzah, 48, berkata dia kini mampu menyara keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan dengan bantuan lori bergerak daripada LZS itu. “Saya bersyukur LZS menyumbang lori bergerak untuk memudahkan saya berniaga dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Terima kasih kepada LZS kerana memberi peluang kepada saya untuk keluar daripada golongan asnaf.” Pada tahun lalu, LZS telah menyalurkan
sebanyak RM22.2 juta bantuan zakat untuk tujuan pembangunan ekonomi asnaf. Bantuan tersebut disalurkan kepada para asnaf yang mempunyai potensi dalam bidang perniagaan seperti peruncitan, makanan, perkhidmatan, penternakan, pertanian, perikanan, lori bergerak, motor roda tiga dan sebagainya. Turut hadir, Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Siti Maslamah Osman, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar, Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi MAIS Zakat Sdn Bhd, Dato’ Ibrahim Md. Yusof. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Edisi
Sesi bergambar kenangan bersama replika kunci lori.
BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • April 2015
LZS Anjur Program Santai Mesra Gerak
K
UALA SELANGOR, 29 MAC – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah Kuala Selangor mengan-
jurkan program Santai Mesra Gerak bertempat di Dataran Kaki Bukit Malawati di sini. Program yang diadakan sehari ini bertujuan untuk mendekati di samping menyebarkan dakwah zakat kepada masyarakat di sekitar Kuala Selangor. Se-
lain itu, orang ramai yang hadir berpeluang mendapatkan perkhidmatan urusan zakat melalui Kaunter Bergerak LZS. Pelbagai aktiviti dilaksana bagi menarik para pengunjung antaranya termasuklah aktiviti seperti Kuiz Roda Impian, Kick
LZS Dekati Pesakit Hospital HTAR
Seorang pesakit dibantu staff LZS.
Sumber: LZS
K
LANG, 1 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Sosial Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Unit Hal Ehwal Islam HTAR mengadakan program
Tautan Mahabbah bertempat di HTAR di sini. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara LZS dengan pihak hospital, selain mendekati dan menziarahi para pesakit yang berada di situ. Dalam program tersebut, LZS turut menyampaian sumbangan hamper
kepada 200 orang pesakit di Wad 8A dan 8B. Antara aktiviti lain yang diadakan bersempena dengan program tersebut termasuklah ceramah zakat dan kesihatan, di samping perkhidmatan Kaunter Bergerak LZS untuk urusan kutipan zakat dan permohonan agihan zakat. Dalam program yang sama, seramai empat orang individu turut menerima agihan zakat bagi bantuan perubatan dan dialisis berjumlah RM62,812. Turut hadir, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir dan Pengurus Wilayah LZS, Zaidi Rasid.
Edisi
Majlis Perasmian Hafazan Peringkat Negeri Selangor Sumber: JAIS
0
3 Februari 2015 – Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor tahun 1436H/2015 telah dirasmi-
Sumber: JAIS
2
6 Februari 2015 – Kumpulan pertama penerima insentif umrah Tajaan Kerajaan Negeri Selangor telah berangkat ke Tanah Suci pada 26 Februari 2015. Kumpulan ini disertai oleh 27 peserta lelaki dan 30 peserta wanita dari kalangan penjawat awam dan guru KAFA. Turut hadir menghantar rombongan di balai perlepasan KLIA ialah YB Dato’.Dr Hj Ahmad Yunus Bin Hj Hairi,EXCO Hal Ehwal
1
Edisi
Sesi bergambar kenangan.
Agama Islam, Pengarah JAIS SS. Dato’ Haris Bin Kassim, Pengurus Besar Kumpulan (Sumber Manusia Dan Pentadbiran) KDEB, YM. Raja Ahmad Hidzir Bin Raja Muhamad dan beberapa ketua jabatan yang terlibat. Edisi
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan 7 Mac 2015 – Majlis perhimpunan bulanan Jabatan kerajaan yang dihoskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dihadiri kirakira 1300 orang kakitangan awam dari pelbagai agensi kerajaan. Majlis berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam terse-
Shah, Shah alam. Seramai 43 peserta dari kesemua daerah seluruh Negeri Selangor akan memperdengarkan bacaan.
sama pengunjung juga berpeluang mendekati dan merasai pengalaman di Mini Konti Zakatfm bersama barisan artis yang hadir. Hadir sama Pengurus Besar Agihan LZS, Abdul Basith Hamid Edisi
Pelepasan Peserta Lambaian Ka’abah
Sumber: JAIS
kan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB, Tuan Mohamed Azmin bin Ali. Majlis yang berlangsung selama empat hari diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz
Ketibaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor
Star dan puzzle. Program ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti bagi memeriahkan acara seperti Shamsul Ghau Ghau, Aris Ariwatan dan Adam Corrie. Turut diedarkan risalah berkaitan zakat bagi tujuan dakwah. Pada masa yang
but yang turut dihadiri oleh Y.A.D Dato’ Menteri Besar Selangor dan Dato’ SUK. Pada majlis perhimpunan tersebut, Dato’ Menteri Besar telah menyempurnakan sesi pelancaran “Integrated Holistic Education System” (IHES). Diakhir majlis, satu sesi ramah mesra Ketua Jabatan dan kakitangan awam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor. Edisi
Hadirin berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
SIAM hawhkU natuaT margorP
Sumber: LZS
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • April 2015 • 13
Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Sumber: JAIS
2
nagnatikaK nagnubuH naktarE
0 MAC 2015 – Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor tahun 1436H/2015 telah diadakan di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Pada majlis tersebut, DYMM Sultan Selangor telah berkenan menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampain hadiah kepada pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Se-
langor 2015M/1436H. Pada majlis yang berlangsung selama 4 hari itu, seramai 16 orang peserta Qari & Qariah telah memperdengarkan bacaan. Johan Qari telah disandang oleh Abdul Khair Bin Jalil dari Daerah Klang manakala Johan Qariah telah disandang oleh Nur Ruzana Natiah Binti Jaafar dari Daerah Hulu Langat. Johan Qari & Qariah akan mewakili Negeri Selangor bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015. Edisi
Hadirin berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
Seminar Pengukuhan Perkhidmatan Awam
Hadirin tekun mendengar taklimat berkaitan integriti.
Sumber: JAIS
0
9 Mac 2015 – Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan satu Seminar Pengukuhan Perkhidmatan Awan yang bertajuk “Berintegritikah Kita?”
di Dewan Gemilang, Hotel Carlton, Shah Alam, dengan dihadiri kira-kira 150 orang kakitangan awam dari pelbagai agensi. Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
dari Institut Latihan Islam Malaysia dan Tuan Haji Hamilye Sham Bin Harun dari Institut Integriti Malaysia. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JAIS, Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Haji Arsad. Edisi
MAIS Erat Hubungan Dengan Masyarakat Majmuk
Anjur Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato’ Pengerusi MAIS Sumber: PRO Lembaga Zakat Selangor
S
HAH ALAM - Bagi mendekati dan menyantuni masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum terutama kepada masyarakat non muslim, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato’ Pengerusi MAIS yang diadakan di padang Stadium Mini barubaru ini. Kejohanan ini disertai oleh 20 pasukan dari pelbagai agensi agama Islam dan pasukan non muslim seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Perak (MAIP), Jabatan Agama Islam Perak ( JAIP), Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Selangor, dan beberapa agensi NGO Islam. Turut serta pasukan non muslim yang dijemput untuk turut serta seperti Pasukan Kapar FC , dan orang asli. Program yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada masyarakat Islam mendekati non muslim melalui aktiviti sukan selain membudayakan cara hidup ajaran Islam yang sebenar dilapangan apabila bergaul dan merapatkan
hubungan ukhwah sesama mereka. Selain itu, melalui aktiviti ini turut dapat mengurangkan salah tanggap Islam kepada masyarakat non muslim. Pasukan Kapar FC muncul juara keseluruhan bagi tahun ini yang menyaksikan perlawanan sengit di peringkat akhir apabila menewaskan Pasukan MAIS Fisabillilah dengan jaringan 1-0. Dengan kekalahan jaringan tersebut, Naib Juara disandang oleh Pasukan MAIS Fisabillah dan tempat ketiga diraih oleh Pasukan Desa Temuan Orang Asli. Acara perasmian dan simbolik perasmian disempurnakan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS, manakala bagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Bagi juara keseluruhan membawa hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3000 beserta Piala Iringan, manakala RM2000 tempat kedua dan tempat ketiga berjumlah RM1000. Rata-rata peserta melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dan berharap agar kejohanan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang supaya hubungan antara kaum dan agama bertambah baik dan erat. Edisi
Sesi bergambar kenangan bersama pemenang.
IKON ASNAF 14 • Edisi • April 2015
Ishrafi, Bagai Mati Hidup Kembali “Tahun 2004, saya mendapat keputusan empat prinsipal dengan nilai gred 2.4 di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Saya telah mendapat tawaran ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Sayangnya ketika itu, saya tidak tahu ada bantuan pendidikan disediakan di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Saya terpaksa melepaskan tawaran tersebut dan memulakan kehidupan dengan bekerja di Shah Alam”. Rencah kehidupan dewasa pun bermula bagi seorang anak lelaki yang bernama Mohd. Ishrafi bin Ikhlaq Ahmad, yang kini sudah menginjak usia 30 tahun.
Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
“
Tidak lama di Shah Alam, saya kembali ke Sabak Bernam dan belajar sebagai pelukis pelan di Kolej Komuniti di sini. Alhamdulillah, selepas dua tahun saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik kolej. Kemudian, ada sebuah syarikat swasta dari Cheras, Kuala Lumpur langsung menawarkan saya tempat untuk bekerja. Itulah rezeki namanya dan saya amat bersyukur”. Ujar Ishrafi lanjut, sambil wajahnya ceria mengimbau kisah silamnya. Namun, selaku manusia kita hanya bisa merancang dan Tuhan yang menentukan. Dua hari sebelum sempat Ishrafi melaporkan dirinya ke syarikat berkenaan, dia ditimpa kecelakaan yang langsung mengubah corak dan wajah masa hadapannya. “14 Ogos 2009, saya masih ingat tarikh itu. Saya bermotorsikal dari kampung di Sungai Besar menuju ke Cheras. Sampai di Wangsa Maju, di situlah titik terakhir perjalanan saya sebelum saya dilanggar oleh sebuah kenderaan. Segala-galanya berlaku dengan pantas tanpa saya mampu mengingati apa-apa. Sedar-sedar sahaja, saya sudah terlantar di Hospital UKM (HUKM), dan itu pun setelah 10 hari kemudiannya”. Inshrafi cuba untuk menggingati kembali sejarah dukanya. Menurut Ishrafi, dia tidak tahu dengan kenderaan jenis apa dia berlanggar. Dia juga tidak tahu, siapakah yang melanggarnya dan siapakah yang membawanya ke HUKM. Apa yang dikhabarkan kepadanya, berbulan-bulan selepas itu, ada seorang lelaki yang membawanya ke hospital berkenaan lalu menyerahkan segala dokumen miliknya yang sedikit pun tidak terusik. “Saya koma selama 10 hari, kemudian kira-kira tiga bulan pula setelah itu saya tidak mampu mengingati sesuatu dengan baik, banyak yang hilang dari ingatan. Akibat kemalangan itu juga, tengkuk saya retak sehingga memaksa saya menggunakan
Ishrafi menunjukkan coconut shake jualannya
sejenis alatan yang menyokong leher saya. Alat itu dipasang dengan ditanam besinya di tempurung kepala dan saya mesti memakai baju khas di badan. Selama tujuh bulan saya menahan derita. Apabila hari hujan dan kilat memancar atau cuaca berubah mejadi sejuk, bagaikan ada besi berlaga di dalam kepala, hingga darah akan meleleh keluar.” Ngeri bagi Ishrafi untuk mengenangnya kembali. “Jujurnya, itulah yang paling menyakitkan bagi saya, sehingga saya sanggup melanggar arahan doktor dengan mengambil ubat penahan sakit sekali dalam setiap jam, padahal arahannya ialah dua kali dalam 12 jam. Jika tidak, saya tidak akan mampu menahan kesakitan. Malah, selama tujuh bulan itu, tidur saya tidak ketentuan. Saya hanya akan tertidur dalam kondisi duduk apabila saya telah betul-betul mengantuk, dengan kepala yang tetap tegak. Ketika itu, jika ada sedikit bunyi sekali pun saya akan mudah terjaga, dan dari saat terjaga itulah kesakitan pun akan kembali menjelma”. Cerita Ishrafi lanjut. Bagi Ishrafi, tujuh bulan derita dipasang besi di kepalanya hanyalah secebis kesakitan, kerana dia turut mengalami banyak
lagi keadaan yang sulit. “Jujurnya, selain tengkuk retak, saya juga lumpuh sebelah kanan badan sehingga telinga menjadi pekak, mata kanan buta dan seluruh anggota sebelah kanan tidak boleh digerakkan. Komplikasi hilang ingatan selama tiga bulan, menyebabkan saya mesti menjalani pembedahan di kepala untuk membuang darah beku. Malah, pihak hospital pernah memaklumkan kepada keluarga yang saya sudah pun mati, kerana nadi saya berhenti berdenyut selama dua jam akibat kahak yang memenuhi anggota pernafasan. Lalu doktor bergegas membuat lubang di leher saya bagi mengeluarkan kahak, dan selepas dua jam, keluarga dimaklumkan saya ‘hidup kembali’, hingga ke saat ini”. Lanjut Ishrafi. Setelah dikeluarkan dari HUKM, Ishrafi kembali ke kampung halamannya dan dia menjalani pelbagai jenis rawatan alternatif termasuklah di Pahang selama dua tahun. “Saya ke rumah abang ipar di Jengka, alhamdulillah berkat usaha berubat cara kampung, akhirnya saya kembali pulih seperti hari ini. Namun, hakikatnya saya tidak mampu untuk pulih sepenuhnya seperti sedia kala. Ini kerana, bila-bila masa sahaja saya boleh pitam, malah saya tidak mampu memerah fikiran dengan kuat, kerana saya akan diserang sakit kepala yang teruk. Mungkin itulah kesan kemalangan berkenaan.” Tambahnya lagi. Malah, kemalangan itu juga telah membantutkan hasrat Ishrafi untuk menjadi pelukis pelan. Tawaran kerja yang pernah diperolehinya dahulu, hanya menjadi angan-angan sahaja. “Saya tidak boleh berfikir dengan keras, malah tangan kanan saya tidak lagi sesempurna dahulu. Sementara itu, saya sudah lama ketinggalan dalam dunia melukis pelan yang memerlukan saya untuk sentiasa menggunakan perisisan baharu setiap tahun. Atas segala kekurangan itu, saya tahu masa hadapan saya tidak lagi di dalam dunia berkenaan. Maka, saya pun mula mencari arah baharu kehidupan.” Terangnya lanjut. Menurut Ishrafi, atas niat enggan menyusahkan kedua ibu bapanya yang juga merupakan asnaf zakat di LZS, maka dia berusaha melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Namun, dek kerana kekurangan dirinya akibat kemalangan, dia tidak mampu bertahan lama dalam sesuatu bidang pekerjaan. “Saya pernah menjadi kerani di sebuah syarikat di Pelabuhan Kelang, kemudian menjadi Pengawal Kualiti, kemudian menjadi penghantar bungkusan sehinggalah saya pernah pitam ketika menunggang motosikal. Setelah itu, saya kembali ke kampung dan bekerja mengait buah sawit, sehingga saya sering kali pitam malah pernah koma di kebun sawit. Begitulah saya nekad untuk berdikari dan mencari duit,
sehinggalah akhirnya saya diserang sakit appendiks dan dibelah, lalu doktor melarang saya melakukan sebarang kerja berat. Akhirnya, dalam keadaan serba keliru itulah, terbit satu idea sehingga menjadikan saya seperti mana sekarang ini.” Cerita Ishrafi menjadi lebih menarik untuk diikuti. “Ustaz, saya melakukan satu kerja yang paling saya tidak suka, iaitu saya mesti berurusan secara langsung dengan orang. Saya ini jenis pemalu, maka menjual air minuman coconut shake seperti hari ini, bererti saya mesti berurusan dengan ramai orang. Tetapi, itulah satu bidang kerja yang ringan dan hakikatnya, mampu mengangkat kedudukan saya.” Jelasnya berbaur rasa bangga. Kisahnya, Ishrafi telah meminjam modal sebanyak RM2,500 dari kawan-kawannya untuk membolehkan dia membuka perniagaannya. “Bermula bulan Jun 2013, saya bermula, dan kemudiannya pada bulan Oktober tahun yang sama, saya mendapat pula sebuah gerai di simpang tiga Pasir Baru ini. Jualan awalnya memang perlahan, kemudian meningkat naik hingga saya mampu bernafas dengan lega”. Ujarnya. Kebetulan ibu bapa Ishrafi adalah asnaf zakat, maka wajarlah kesungguhannya mengubah dirinya perlu dibantu. Lalu, atas nama ibu bapanya Ishrafi sering mengikuti pelbagai kursus anjuran LZS, termasuklah Kursus Asas Keusahawanan. “LZS melihat bahawa perniagaan saya ini boleh pergi lebih jauh, lalu pada tahun 2013 LZS telah mula memberikan modal perniagaan tambahan kepada saya. Antaranya, saya mendapat bantuan untuk perniagaan di bazaar Ramadan, iaitu sebuah peti sejuk beku. Kemudian pada tahun 2015 ini, Alhamdulillah LZS berikan saya sebuah lori bergerak pula. Jujurnya, saya melihat pasaran akan lebih berkembang apabila saya dapat bergerak mencari pelanggan”. Tambah Ishrafi. Kini, di usia awal 30, Ishrafi sudah sedar potensi dirinya yang kian menyerlah. Dengan lori bergerak pemberian LZS, dia bukan sekadar menjualcoconut shake, malah dia juga menjual steam boat, dan pelanggannya adalah terdiri daripada anak-anak mahasiswa di institusi pendidikan tinggi di sekitarnya. “Saya mengucapkan terima kasih dan mudah-mudahan mereka yang membantu saya dan orang-orang seperti saya, diredai Allah dan diberikan Allah rezeki yang berlimpah-limpah. Doakan juga agar perniagaan saya maju, kerana saya memang bercita-cita mengeluarkan diri saya dan ibu bapa saya dari senarai asnaf, amin”. Tuntas Ishrafi menamatkan sesi perbualan. Nota: Lori baru Ishrafi kini dalam proses renovasi dan dia bakal menjalankan perniagaan bergerak tidak lama lagi, bagi yang berminat mempelawa Ihsrafi membuka jualan, boleh menghubunginya di talian 012-602 4020 (whass app) atau 019-349 9943. Edisi
ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • April 2015 • 15
Menilai Kedudukan Zakat Pendapatan SOALAN: Ada pihak yang mempertikaikan, bahawa zakat pendapatan atau mal mustafad tidak wujud pada zaman nabi dan ia tidak patut dilaksanakan. Apakah benar pandangan ini? JAWAPAN: Terima kasih kerana sudi mengemukakan soalan yang masih menjadi banyak tanda Tanya ini. Benar, zakat pendapatan memang merupakan penyumbang terbesar kepada kutipan keseluruhan zakat harta. Di Selangor misalnya, saban tahun menyaksikan sumbangan zakat pendapatan mencecah 60 peratus, malah ada waktunya lebih dari itu. Bilakah mulanya zakat pendapatan? Ada pandangan menyatakan zakat pendapatan ini hanya wujud selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Namun, apabila dikaji secara lebih mendalam, ada beberapa dalil yang boleh dijadikan hujah, bahawa pada zaman nabi pun sudah ada zakat pendapatan ini. Namun, namanya ketika itu tidaklah disebut dengan jelas, seperti mana zakat emas, perak, pertanian, penternakan dan galian. Tetapi sudah ada pada waktu itu yang disebutkan oleh nabi mengenai zakat nuqud, iaitu matawang. Harus diingat, dahulu upah dibayar dalam bentuk dinar dan dirham (nuqud), maka nabi juga mengambil zakat dari kedua-dua matawang itu. Maka, sesuailah dengan upah yang diterima dalam bentuk wang, bukankah sudah ada zakat ke atasnya ketika itu? Seandainya ada pihak yang tetap berkeras, maka zakat pendapatan ini tetap sesuatu yang tidak bercanggah dengan syarak. Ini kerana, zakat itu sendiri dikenakan ke atas harta yang bersifat berkembang (an-nama’) seperti mana yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Umar al-Khattab r.a ketika mengira zakat kambing, maka konsep yang sama boleh diaplikasi ke atas zakat pendapatan. Ada persamaan sebabnya (ilah), kerana pendapatan dalam bentuk wang juga mempunyai potensi untuk berkembang dengan sendirinya. Maka, sesuailah ia dizakatkan. Jadi, apakah harta yang dikategorikan sebagai harta pendapatan atau mal mustafad ini? Menurut fuqaha, maksud mal mustafad ataupun pendapatan, ialah semua jenis upah, imbuhan, bayaran, sewaan atau hasil yang diperoleh daripada apa sahaja jenis pekerjaan atau usaha yang dilakukan, sama ada secara tetap, bermusim atau sekali-sekala. Malah, ia termasuklah juga harta yang diperolehi bukan melalui jalan pekerjaan. Justeru itu, pandangan ulamak dan fatwa mutaakhirin telah membahagikan Mal alMustafad ini kepada empat jenis, iaitu (1) Penggajian dan upah kerja; (2) Harta kerja bebas dan professional, (3) Harta al-Mustaghallat (hasil sewaan) dan (4) Pendapatan tanpa jalan pekerjaan (contohnya mas kahwin yang diterima oleh isteri).. Penggajian dan upah kerja bermaksud, semua pendapatan yang diperolehi melalui gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebagainya yang diperolehi oleh seseorang pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) ataupun selepas kematian. Contohnya, gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah, insentif, hasil ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) dan sebagainya serta apa sahaja hasil yang diperolehi dengan sebab jalan pekerjaan atau penggajian. Harta kerja bebas dan profesional pula, bermaksud semua pendapatan yang diperolehi melalui upah, bayaran, imbuhan, royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas (freelance) atau perkhidmatan profesional. Terma yang lebih mudah bagi pendapatan jenis ini ialah, pendapatan sampingan. Sebagai contoh, bayaran perkhidmantan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor dan sebagainya. Juga bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim. Ia juga meliputi komisyen dan residual income, yakni pendapatan daripada jualan insuran, takaful, saham amanah atau unit trust, brokeraj dan seumpamanya termasuklah jualan langsung. Bayaran royalti atau komisyen hasil daripada penulisan, penerbitan, aktiviti seni, ceramah dan sebagainya juga termasuk dalam harta pekerjaan bebas dan professional. Manakala, harta al-Mustaghallat adalah semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat pada induknya (fizikal); tetapi mendatangkan pulangan atau hasil dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contohnya, hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis perniagaan, kenderaan, alat pengangkutan, peralatan dan mesin dan juga termasuklah hasil yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual dan memperolehi hasil. Manakala harta yang diperolehi melalui jalan bukan pekerjaan pula sangatlah banyak, misalnya pencen, pemberian seseorang, hadiah, sedekah, pampasan, hibah, mahar perkahwinan dan sebagainya. Ulamak fikah bersetuju bahawa zakat harta pendapatan perlu ditunaikan demi maslahah umat Islam. Hal ini memandangkan gaji atau upah daripada pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang itu mampu menjadikannya kaya. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menggunakan hujah
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.
daripada al-Quran untuk mewajibkan zakat harta pendapatan. Misalnya firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kamu keluarkan daripada hasil bumi.” (al-Baqarah: 267) Walaupun ayat ini tidak dianggap dalil khusus kepada perintah mengeluarkan zakat pendapatan, para ulama bersetuju bahawa ayat ini menjadi dalil kepada perlaksanaan zakat harta pendapatan dan harta-harta lain. Hal ini selari dengan perintah Rasulullah SAW yang memerintahkan umat Islam bekerja supaya dapat menunaikan zakat. Sabda baginda: “Setiap Muslim wajib bersedekah.” Sahabat bertanya, “Jika tidak dapat?” Nabi menjawab: “Bekerjalah dengan tangannya yang berguna bagi dirinya dan ia dapat bersedekah.” (Riwayat Abu Musa) Sementara itu, sebahagian ulama berpendapat bahawa zakat pendapatan sebenarnya sudah diamalkan sejak zaman para sahabat lagi. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan yang mana beliau memerintahkan tenteranya mengisytiharkan harta pada setiap akhir tahun. Sesiapa yang mempunyai lebihan harta hendaklah mengeluarkan zakat ke atas harta itu. Lebihan harta bermaksud harta yang sudah ditolak dengan keperluan wajib diri dan tanggungan sebagaimana firman Allah: “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: (Apa) yang lebih daripada keperluanmu.” (al-Baqarah: 219) Keperluan yang dimaksudkan di sini meliputi enam aspek perbelanjaan iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, rawatan dan pengangkutan. Walaupun demikian, ada juga ulama berpandangan zakat pendapatan wajib dikeluarkan tanpa menolak perbelanjaan asas. Hal ini dikiaskan kepada zakat hasil pertanian yang mana zakat dikeluarkan tanpa dibuat sebarang tolakan. Oleh hal yang demikian, pusat-pusat zakat di negara ini memberi kebebasan kepada pengeluar zakat sama ada mahu membuat tolakan atau tidak ke atas jumlah pendapatan yang hendak dizakatkan. Sesuai dengan keanjalan hukum fikah, penerimaan hukum zakat pendapatan ini sebenarnya memberikan natijah yang sangat besar kepada umat Islam. Ia juga sesuai dengan konsep pengembangan harta (an-nama’) sebagaimana yang digagaskan oleh Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. ribuan tahun silam. Hal ini mencerminkan sifat Islam sebagai agama yang meraikan keperluan dan perubahan zaman. Oleh itu, wajarlah umat Islam menghayati dan menerima zakat pendapatan ini sebagai kewajipan baharu yang tidak patut dikesampingkan, demi meraih keberkatan dalam pendapatan dan keberkatan dalam segenap aspek kehidupan. Wallahua’lam. Edisi
Sekadar gambar hiasan
ULASAN BUKU 16 • Edisi • April 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)
WASIAT SEBELUM DIRIMU BERGELAR ULAMA
FROM CAT STEVEN To YUSOF ISLAM Call No: 297.574092 AKS
Call No: 297.61 MSA Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap dan “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu, dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi , informasi, dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.
Buku ini menelusuri liku-liku kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan sebagai penyanyi pop dalam mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah hatinya. Dan dia bertemu Islam setelah mengharungi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran. Akhirnya dia menjadi pejuang agama yang berjuang dengan mendidik diri dan keluarganya, membina sekolah Islam dalam misi pendidikan, mengutus misi kemanusiaansejagat, malah mengungguli kehidupan total sebagai seorang Islam dalam segenap aspek kehidupannya. Buku ini juga menangani isu global seperti kes Salman Rushdie dengan Satanic Verses, golongan militant dan serangan 11 September , menubuhkan Muslim Aid dan merakam semula labum serta membuat persembahan pentas. Buku ini adalah satu kronologi lengkap satu perjalanan mencari kebenaran.
SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W
A MINI GUIDE TO ISLAMIC BANKING AND FINANCE
CALL NO : 297.63 TIR
CALL NO : 332.1091767 MIN
SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW. Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan secara langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan semangat kepada orang yg lemah. Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu : 1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur. 2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan. 3. IBADAH: Wudhu’, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur’an. 4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu’, rasa malu dan tangisan. 5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah SAW., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW
The primary objective of this mini guide is to explain to interested individuals especially the Muslims the differences between forbidden financial transactions commonly used in conventional finance and their corresponding Islamic transactions which are allowed by Syariah. It also endeavors to provide clearly the basic understanding on various contracts coupled with the full information about “state of the art” Islamic financial instruments as well as discussion of recent fatwa and decision of jurists. The earlier four chapters of this guide review the prohibitions of riba and gharar, the permissible financial methods, the permissible investment vehicles and the permissible insurance alternatives. The last chapter gives some answers to commonly asked questions or issues which are practically useful in the area of Islamic banking and finance to face the challenges of a modern era. It is hoped that this mini guide will assist the readers to attain a better understanding on financial transactions according to the Syariah in order to conduct such dealings within its parameters.
Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116
TOKOH ISLAM Edisi • April 2015 • 17
AL-FARABI (259-339H / 870-950M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.
pelbagai kesukaran termasuk menjadi tukang kebun.
N
SUMBANGAN Al-Farabi memberi sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang Falsafah, Sains, Sosiologi, Perubatan, Muzik, Matematik dan Logik. Dikenali sebagai “Guru Kedua” Iaitu merujuk kepada Aristotle, beliau mensintesiskan apa yang dibincangkan oleh Aristotle dan Plato dengan pandangan al-Quran serta memberi komen-komen sehingga beliau dikenali sebagai “Neoplatonis”. Al-Farabi dikatakan mengemukakan idea menjadikan ilmu logik lebih mudah iaitu dengan mengkategorikan ilmu Logik kepada dua bahagian iaitu takhayyul (idea) dan thubut (bukti). Antara pemikiran besar yang dikemukakan oleh beliau ialah tentang Negara yang ideal iaitu merujuk kepada Negara Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW yang berasaskan wahyu dan berbeza dengan pandangan Plato ketika itu yang men-
ama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad al-Farabi, dilahirkan di Farab di Turkistan dan berhijrah ke beberapa tempat seperti ke Baghdad, Mesir dan akhirnya menetap di Syiria dan meninggal dunia di sana ketika berumur dalam lingkungan lapan puluhan. Al-Farabi di kenali di Eropah dengan nama al-Phrarabius, anak seorang jeneral dan mendapat pendidikan awal di Farab dan kemudian pendidikan tinggi di Baghdad. Dari segi karakter, al-Farabi menguasai banyak bahasa dan juga cabang ilmu pengetahuan dan dikatakan hidup di bawah pemerintahan enam orang Khalifah Abbasiah. Beliau menjadi terkenal setelah menjadi orang penting kepada Raja Saif al-Dawlah di Halab (Aleppo). Beliau merupakan seorang yang gigih menuntut ilmu pengetahuan dan pernah menempuh
egaskan Negara ideal mesti dipimpin oleh rada dan ahli falsafah. Antara sumbangan besar al-Farabi antaranya ialah: • Kitab Madinah al-Fadilah (Negara yang Baik) yang mengandungi khazanah pemikiran yang tinggi untuk membina Negara terbaik. Bandar, pada al-Farabi adalah tempat tinggal terbaik yang terdapat peraturan-peraturan dan elemen katamadunan. Ummah akan mencapai kebahagiaan tertinggi apabila seluruh warganya bekerjasama untuk mencapai matlamat negara yang baik. Al-Farabi juga membincangkan tentanghirarki Akal dan Ruh yang mempunyai kaitan dengan Allah. Beliau turut menulis dalam pelbagai bidang seperti Metafizik, Logik, Akhlak, Muzik dan Politik. • Kitab al-Musiqa – Al-Farabi membincangkan beberapa instrument alat-alat muzik, mencipta beberapa notes dan membincangkan tentang seni muzik.
Al-Farabi
Walaupun sebahagian besar bukubuku karya al-Farabi telah hilang, namun 117 antaranya masih dikenal pasti. 43 buah karya beliau dikenal pasti dalam bidang Logik, 11 buah dalam bidang Metafizik, 7 buah dalam bidang akhlak, 17 buah dalam bidang Muzik, 7 buah dalam bidang Sains Politik dan 17 buah dalam bidang Perubatan dan Sosiologi serta 11 buah bersifat komentar. Edisi
FOTO MAIS 18 • Edisi • April 2015
1
2
3
4
1. Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Dato’ Setia Ismee Ismail menyerahkan cek zakat perniagaan untuk negeri Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam satu upacara di Istana Bukit Kayangan. 2. Pengerusi MAIS menyempurnakan penyampaian bantuan zakat berupa lori bergerak beserta modal pusingan dan barangan kepada 45 orang usahawan mobil di Wisma PKPS pada 18 Mac lalu. 3. Jabatan Usuluddin telah melaksanakan program ilmu di peringkat Jabatan iaitu Kolokium Pengajian Usuluddin dan Multimedia 2015 (KoPUM 2015) pada 12 & 13 Mac lalu di KUIS. 4. Program Hari Usahawan FSTM 2015 (PHU í15) ini berlangsung selama 2 hari dan dijayakan seramai 43 orang mahasiswa dan mahasiswi Semester 6 kursus Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia).
FOTO MAIS Edisi • April 2015 • 19
5
6
7
5. Rektor UIN Ar-Raniry telah merasmikan INTERNATIONAL SEMINAR ON TARBIYAH (ISoT 2015) dan sesi ucap tama seminar ini telah disampaikan oleh Rektor KUIS, Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri dan Dekan Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Dr. H. Mujiburrahman MA. 6. Delegasi MAIS diketuai Setiausaha MAIS telah mengunjungi Amanah Raya Berhad pada 7 April lalu bertujuan bertukar-tukar pendapat berhubung operasi keseluruhan agensi masing-masing. 7. Perpustakaan Wakaf MAIS telah memberi sumbangan buku kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dalam program Khidmat Masyarakat anjuran UiTM Sarawak.
APRIL 2015 • JAMADILAKHIR 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my
Terkini Membentuk Fikrah Ummah
AL-FARABI
(259-339H / 870-950M)
Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad al-Farabi, dilahirkan di Farab di Turkistan dan berhijrah ke beberapa tempat seperti ke Baghdad, Mesir dan akhirnya menetap di Syiria dan meninggal dunia di sana ketika berumur dalam lingkungan....
>17
EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my